Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN ULU

YBA1336

KERTAS KERJA
KERTAS KERJA PERMOHONAN
MENUKAR TINGKAP NAKO KEPADA
TINGKAP SLIDING KELAS PRASEKOLAH
PPKI, SK TABUAN ULU.
KERTAS KERJA PERMOHONAN MENUKAR TINGKAP NAKO KEPADA TINGKAP SLIDING
KELAS PRASEKOLAH PPKI, SK TABUAN ULU.

1.0 NAMA PROJEK.

Kertas Kerja Permohonan Menukar Tingkap Nako Kepada Tingkap Sliding.

2.0 PENGELOLA PROJEK.

Pn.Janet Anak John Samai selaku Guru Besar SK Tabuan Ulu.

3.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuching
memperuntukkan sumber kewangan untuk menukar tingkap nako kepada tingkap sliding.

4.0 LATAR BELAKANG

Prasekolah PPKI SK Tabuan Ulu merupakan perluasan pada tahun pada tahun 2013.Oleh itu,
bangunan baharu dibina untuk menempatkan murid inklusif di kelas prasekolah
PPKI.Bangunan baharu yang dibina bersesuaian dengan jumlah kapasiti murid seramai 8
orang.Namun begitu, reka bentuk tingkap nako yang ada pada bangunan tidak bersesuaian
dan tidak selamat untuk murid kurang upaya.Cermin pada tingkap nako tidak kukuh dan
boleh jatuh pada bila-bila masa.Hal ini membimbangkan para ibubapa murid prasekolah
PPKI sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa anak mereka sedang belajar di
dalam kelas.

5.0 RASIONAL

Permohonan ini dibuat bertujuan untuk menjamin keselamatan murid-murid semasa belajar
di dalam kelas dan juga memberi keselesaan kepada murid-murid untuk belajar di dalam
kelas.Murid juga lebih teruja untuk hadir ke sekolah kerana suasana kelas yang kondusif dan
menarik perhatian mereka.

6.0 MATLAMAT

Menyediakan infrastrukur yang selamat dan juga selesa kepada murid-murid prasekolah
ppki untuk mereka belajar di dalam kelas.

7.0 JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat:
Pn.Janet Anak John Samai.(Guru Besar SK Tabuan Ulu)

Pen.Penasihat:
En.Jkhann Bin Julaihi (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha:
Pn.Dayang Hamizza Binti Awang Daud (Guru Prasekolah PPKI)

Bendahari:
Pn. Shelly Anak Robat Inggir (PPM Prasekolah PPKI)

Ahli Jawatan Kuasa Kecil:


Semua Guru PPKI
8.0 SUMBER KEWANGAN

8.1 Peruntukkan daripada Pihak PPD.

9.0 ANGGARAN KOS PROJEK.

9.1 Anggaran kasar kos untuk projek ini ialah RM 5,400.00

10.0 CADANGAN PENGGANTIAN TINGKAP.

10.1 Jumlah Tingkap yang perlu di ganti ialah sebanyak 7 bahagian utama dan pembinaan
tingkap sliding di dapur.Berikut gambar dan ukuran setiap tingkap dan cadangan tingkap
sliding baru untuk rujukan:

1)

Tingkap 1

73 cm (L)X 123 cm(T)

Anggaran Kos:

RM300.00
Cadangan Pembinaan Tingkap 1.

2)

Tingkap 2

282 cm (L)X 123 cm (T)

Anggaran Kos:

RM1050.00

Cadangan Pembinaan Tingkap 2.


3)

Tingkap 3

73 cm (L)X 123 cm (T)

Anggaran Kos:

RM300.00

Cadangan Pembinaan Tingkap 3.

4)

Tingkap 4

271 cm (L)X 123 cm (T)

Anggaran Kos:

RM1050.00
Cadangan Pembinaan Tingkap Sliding 4.

5)

Tingkap 5

143 cm (L)X 123 cm (T)

Anggaran Kos:

RM650.00

Cadangan Pembinaan Tingkap 5.


6)

Tingkap 6

274 cm (L)X 123 cm (T)

Anggaran Kos:

Rm1050.00

Cadangan Pembinaan Tingkap 6.

7)

Tingkap 7

117 cm (L)X 135 cm(T)

Anggaran Kos:

Rm1000.00
Cadangan Pembinaan Tingkap Aluminum ruang di dapur.

10.2 RUMUSAN JUMLAH KOS UBAHSUAI.

BIL PERKARA JUMLAH


1. Tingkap 1 RM300.00
2. Tingkap 2 RM1050.00
3. Tingkap 3 RM300.00
4. Tingkap 4 RM1050.00
5. Tingkap 5 RM650.00
6. Tingkap 6 RM1050.00
7. Tingkap 7 RM1000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM5400.00

11.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kepada pihak Pra PPKI SK Tabuan Ulu mendapat peruntukkan
sewajarnya agar projek yang diusahakan berjalan dengan seperti yang telah
dirancangkan.Semoga projek ini memberi manfaat dan keselesaan kepada murid-murid
prasekolah PPKI untuk belajar di dalam kelas prasekolah PPKI.

Disediakan oleh:

__________________________
(Pn.Dayang Hamizza Awang Daud)
Setiausaha
Guru Kelas Prasekolah PPKI,Sk Tabuan Ulu.
Disemak oleh:

_________________________
(En.Jkhann Bin Julaihi)
Pen.Penasihat Projek.
Guru Pen.Kanan Pendidikan Khas,Sk Tabuan Ulu.

Disahkan Oleh:

__________________________
(Pn.Janet Anak John Samai., PJK)
Penasihat Projek.
Guru Besar, Sk Tabuan Ulu.

You might also like