Teks Ucapan GB Kesenian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA ENCIK AWG MORNI BIN MUDA


GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN MERITAM

Bismillahirahmanirahim .
Terima kasih Pengerusi Majlis
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Keluarga
Malaysia dan Salam Seni Untuk Semua.

Yang berbahagia Encik Patrick Lukong , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor
Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.
Yang berbahagia Encik Awang Zainalabidin Bin Usop, Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah, Sektor Pembangunan Bakat Murid , Pejabat Pendidikan Daerah Limbang
Yang Berusaha pengetua-pengetua dan guru-guru besar Daerah Limbang
Yang dihormati barisan penceramah untuk Program Penggalakan Kesenian , “Seni
Untuk Semua , Cikgu Arison Ngadan Anak Charlie dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Medamit Limbang, Cikgu Erlisa Anak Ennie dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Limbang dan Encik Haiqal Zulfitri Bin Hadanan , jemputan khas pelajar
seni tari tahun akhir Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia
(ASWARA)

Guru-guru pengiring murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah ,


Semua Ahli Jawatankuasa Pengelola dan semua peserta program secara bersemuka
dan dalam talian pada hari ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana
atas izin-Nya kerana dapat kita bersama-sama menjayakan program pada hari ini.
Untuk makluman hadirin, program Penggalakan Kesenian , “Seni Untuk Semua “
merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat
Pendidikan Daerah Limbang dan dikelolakan oleh warga kerja Sekolah Kebangsaan
Meritam Limbang di Dewan Kampung Meritam secara bersemuka dan secara dalam
talian.

Sesungguhnya, saya mewakili semua warga kerja Sekolah Kebangsaan Meritam


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Limbang atas
kepercayaan yang telah diamanahkan kepada warga kerja Sekolah Kebangsaan
Meritam untuk mengelolakan program penggalakan kesenian , “seni untuk semua yang
berprestij ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Untuk makluman tuan , jumlah peserta yang hadir bersemuka pada hari ini adalah
seramai 76 orang manakala jumlah peserta secara atas talian seramai 56 orang dari
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah seluruh daerah Limbang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai program
penggalakan kesenian ini sama ada secara bersemuka mahupun secara dalam talian
pada hari ini. Sesungguhnya, semua peserta pada hari ini sangat bertuah dan
berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran seni tari yang telah
dikongsikan dan diajar oleh semua barisan penceramah yang berkaliber dalam setiap
slot dalam program pada hari ini.
“Seni untuk semua” , begitulah kata-kata keramat yang menjadi tunjang kepada objektif
penganjuran program pada hari ini. Hal ini kerana, seni ini merupakan manifestasi
tamadun kehidupan sesebuah negara dan peranannya cukup besar impaknya dalam
pembangunan masyarakat dalam negara. Seni tari dan muzik adalah antara seni yang
menjadi pemangkin kepada kehidupan berkualiti. Semua negara maju di dunia
menegaskan pentingnya latihan dan galakan seni sama ada melalui latihan formal
mahupun galakan lain dalam kalangan masyarakat.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah memadu tenaga dan membuat
perancangan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan berkaitan memperkayakan kebudayaan, kesenian dan warisan ke arah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang lengkap, unggul dan prihatin terhadap seni
seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia. Justeru, program penggalakan kesenian
yang diadakan ini adalah bertepatan dan selaras dengan usaha KPM ini kerana akan
dapat mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam bidang tarian ini. Tambahan
pula, alam pergerakan seni tarian ini yakni pergerakan kreatif merupakan satu
bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan
secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif (meliputi aktiviti gerak tari)
bertujuan untuk membantu murid-murid menyelesaikan masalah dan
melahirkan perasaan masing-masing (expressive and functional) . Demikianlah
antara impak yang murid-murid telah perolehi yakni hasil daripada penyertaan aktif
dalam program penggalakan kesenian pada hari ini.
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya di sini sekali merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepada kami
, yakni warga kerja Sekolah Kebangsaan Meritam untuk mengelolakan program
penggalakan kesenian yang berprestij ini, Ucapan penghargaan dan terima kasih juga
diucapkan kepada semua barisan jurulatih kesenian atas kesudian berkongsi ilmu
berkaitan seni tari ini serta syabas dan tahniah diucapkan kepada semua para peserta
yang telah menyertai dan mengikuti program hari ini secara bersemuka mahupun
secara dalam talian. Semoga, murid-murid dapat memperolehi manfaat segala ilmu
seni tari yang telah dipelajari untuk dipraktikkan pada masa akan datang.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah.

Assalamualaikuum W.B.T.

You might also like