Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

SENI

CAROLLINA BT JINGGA | TUGAS INDIVIDU CAROLLINA | 20/9/2021


ISI KANDUNGAN

UNSUR SENI

 GARISAN

 JALINAN

 RUPA

 BENTUK

 NILAI

 WARNA

PRINSIP REKAAN

 HARMONI

 KADAR BANDING

 PENEGASAN

 IMBANGAN

 IRAMA & PERGERAKAN

 KEPELBAGAIAN

PAGE 1
 EKONOMI

UNSUR SENI...

Maksud garisan.
Garisan merupakan satu titik dari titik yang lain. Apabila
titik-titik ini disambungkan maka wujudlah satu garisan.
Kemudian garisan dihasilkan menggunakan media atau alatan
yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi sesuatu
kawasan hingga terciptanya suatu objek atau bentuk.
Kebiasaannya garisan terdapat pada benda alam dan benda
buatan manusia.

Terdapat 2 jenis garisan yang wujud. Iaitu garisan yang


terdapat pada benda buatan manusia dan garisan yang
terdapat pada alam semulajadi. Berikut adalah contoh benda
bagi 2 jenis garisan yang wujud.

-Contoh garisan yang terdapat pada benda buatan manusia:-


 tali
 bakul anyaman
 kain tenunan
 bangunan

PAGE 2
 tayar kereta
 corak fabrik
 jala
 penapis

-Contoh garisan pada alam semulajadi:-


 batu
 haiwan
 tumbuhan(akar)
 ombak di lautan
 titis-titis hujan
 kulit haiwan dan tumbuhan
 batu marmar

Jenis-jenis garisan:
o Garisan halus
o Garisan beralun
o Garisan berpancar
o Garisan berlingkar
o Garisan berserabut
o Garisan bersudut-sudut
o Garisan bergerigi
o Garisan berbiji
o Garisan berbulu
o Garisan berulang

PAGE 3
o Garisan putus-putus
o Garisan berduri

JALINAN

Maksud jalinan.

Jalinan merupakan kesan yang terdapat di atas permukaan


sesuatu benda. Jalinan boleh dikesan secara sentuhan
ataupun tampak(penglihatan). Jalinan terbahagi kepada 2
jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan pada
benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi
kesan tampak yang berbeza. Setiap objek yang mempunyai
jalinan mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

Contoh jalinan sentuh:-

 permukaan tayar
 kulit durian

PAGE 4
 kulit kayu
 kulit nenas
 permukaan kulit kerang

Contoh jalinan tampak:-

 kulit tembikai
 kulit kuku
 batik
 sayap rama-rama
 kertas dinding

CONTOH JALINAN TAMPAK;-

PAGE 5
RUPA

Maksud rupa...

Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Rupa merupakan hasil


daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaan. Rupa
bersifat rata dan bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai
jisim, ton warna, dan jalinan. Namun rupa boleh dihasilkan
daripada garisan, warna, jalinan.

Jenis-jenis rupa:-

 Rupa geometri
- Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut serta
sempadan yang tetap. Rupa geometri dihasilkan dengan
menggunakan peralatan khas iaitu pembaris, set
geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.

PAGE 6
 Rupa organik
-Kebiasaannya, rupa organik ini terdapat pada benda
semulajadi. Manakala garisan luar atau sempadan
luarnya tidak terikat oleh itu, rupa organik mempunyai
sempadan yang bebas.

 Rupa positif dan negetif


-Rupa positif ialah rupa yang diletakkan di atas sesuatu
permukaan. Manakala rupa negetif pula ialah ruang yang
ada di sekeliling objek tersebut. Kedua-dua rupa ini
saling bergantung antara satu sama lain.

PAGE 7
PAGE 8
BENTUK

Maksud Bentuk...

Bentuk adalah lanjutan daripada pemahaman rupa. Bentuk


mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan biasanya bentuk
mempunyai lebih dari satu permukaan. Bentuk mempunyai
struktur dalaman. Gabungan daripada rupa dapat
menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi kepada 2 dimensi, 3
dimensi dan pelbagai dimensi.

2 Dimensi 3 Dimensi

PAGE 9
NILAI

Maksud nilai...
Makna atau idea yang sempurna dan diakui bersama bagi
seseorang individu atau sesebuah masyarakat dan ia kekal
serta tidak berubah. Merupakan maklumat yang dimiliki oleh
seseorang tentang sesuatu objek atau perkara, sama ada
pengetahuan fakta atau pengalaman tentang sesuatu objek
yang terlibat. Nilai adalah sesuatu yang ideal yang berkait
rapat dalam kehidupan seseorang individu. Contohnya, nilai
dalam aliran seni tradisi Melayu menitikberatkan nilai
kemasyarakatan dan tidak bersifat individualistik dan bukan
untuk bermegah-megah

 Nilai dalam pengalaman intelektual dikategorikan


kepada enam dimensi iaitu :
- Nilai mengenai sesuatu teori 
- Nilai berkaitan ekonomi
- Nilai estetik
- Nilai berkaitan institusi sosial
- Nilai berkaitan politik
- Nilai berkaitan keagamaan 

PAGE 10
WARNA

Maksud Warna...

Warna pigmen ialah pewarna kimia yang bertindak balas


pada sesuatu permukaan. Warna terdiri kepada 3 kumpulan
utama iaitu warna asas, warna sekunder, dan warna tertier.
Warna asas terdiri daripada warna biru, merah, kuning; dan
ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan
ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran 2 warna asas.
Sementara itu, warna tertier pula terhasil daripada
percampuran warna asas dan sekunder.

PAGE 11
PRINSIP REKAAN...

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni


untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni
visual. Prinsip rekaan terbahagi kepada 7 iaitu:

A. HARMONI
Prinsip rekaan dalam karya seni tampak seperti unsur-
unsur harmoni boleh diwujudkan dalam karya lukisan
semulajadi. Harmoni dalam konteks seni visual dapat
ditonjolkan apabila wujudnya susunan ataupun ulangan
unsur-unsur seni yang sesuai, seimbang dan menarik.
Sebagai contohnya, keseragaman bentuk serta
kepelbagaian saiz yang terdapat pada bahagian tubuh
serta sayap seekor rama-rama akan menimbulkan kesan
yang lebih harmoni, menarik serta seimbang.
Penggunaan unsur-unsur harmoni dalam sesuatu hasil
karya adalah bertujuan untuk menarik perhatian serta
dapat menimbulkan kesan estetika.

PAGE 12
B. EKONOMI
Ekonomi berkaitan dengan aspek ‘abstrak’. Abstrak
pula berkaitan dengan proses pengurangan kepada
keperluan yang penting, berdasarkan stail ekspresi
artis. Ekonomi dapat dilihat di dalam stail seni
kontemparari 

PAGE 13
C. PENEGASAN
Salah satu aspek terpenting dalam prinsip-prinsip
rekaan seni adalah aspek penegasan. Penegasan dalam
konteks Pendidikan Seni Visual adalah merupakan
sesuatu yang boleh memberi tumpuan kepada
pemerhatian tampak. Penegasan pada sesuatu objek
tersebut dapat menarik perhatian seseorang apabila
melihat atau memerhati objek tersebut. Penegasan
sememangnya dapat menonjolkan sesuatu unsur atau
objek dalam sesuatu hasil karya yang dapat menarik
perhatian.

D. IMBANGAN
Imbangan juga merupakan prinsip rekaan. Imbangan
bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat,

PAGE 14
tarikan dan tumpuan. Imbangan dibahagikan kepada 2
iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri.
Imbangan simetri ialah unsur seni yang sama antara kiri
dan kanan atau atas dan bawah (garis “axis” dilukis di
tengah-tengah pembahagian tersebut.) Imbangan tidak
simetri ialah unsur seni tidak sama di kedua-dua
bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan
kesan keseimbangan.

E. IRAMA DAN PERGERAKAN.


Irama dan pergerakan juga merupakan prinsip rekaan.
Irama dan Pergerakan berfungsi untuk memberi kesan
lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan.
Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang,

PAGE 15
berayun, berpancar, bersinar-sinar dan sebagainya.
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air,
ombak, taufan, dan sebagainya.

F. KEPELBAGAIAN.
Unsur kepelbagaian juga merupakan prinsip rekaan.
kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya,
nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
Kepelbagaian juga memberi gaya, variasi, tenaga, dan
daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian
dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti
garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu
gubahan.

PAGE 16
G. KADAR BANDING
Kadarbanding adalah berkenaan nisbah bahagian-
bahagian tubuh individu atau objek. Di dalam karya
seni visual, perhubungan bahagian-bahagian tubuh
manusia adalah sukar untuk di ukur dengan tepat
kerana kadarbanding adalah penilaian peribadi.
Bahagian-bahagian dalam kadarbanding ini dianggap
berkaitan mengenai keseluruhan dan apabila
digabungkan bahagian-bahagian tersebut
menghasilkan harmoni dan imbangan.

PAGE 17
PAGE 18
The End..

PAGE 19

You might also like