Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH

Soalan 2a

“Kesepaduan dalam Kepelbagaian” (Unity in Diversity) dari perspektif psikologi sosial


bermaksud rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang meliputi
juga konteks metafizikal. Konsep ini telah menjadi keutamaan Malaysia dalam mewujudkan
perpaduan dalam kalangan rakyatnya.
(Shamsul Amri 2012)

1.0 PENGENALAN
Pembangunan ekonomi sesebuah negara adalah berdasarkan keupayaan untuk
menjana kekayaan dan kemajuan dalam masyarakat secara menyeluruh. Pembangunan
ekonomi bukan sahaja meliputi pertumbuhan ekonomi, malah ia turut merangkumi
peningkatan taraf hidup penduduk, corak agihan pendapatan yang lebih setara,
peningkatan taraf pendidikan dan kesihatan serta penurunan kadar pengangguran dan
kadar kemiskinan penduduk. Kerajaan Malaysia telah merancang pelbagai strategi
rancangan pembangunan ekonomi negara dalam usaha mencapai pembentukan negara
bangsa Malaysia. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Y.A.B.
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik
dalam pembangunan ekonomi negara.

2.0 BAGAIMANA PEMBANGUNAN EKONOMI DAPAT MEMBANTU KERAJAAN DALAM


USAHA MENCAPAI PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

Dalam artikel Sinar Harian (2021) (surat khabar dalam talian) menyatakan bahawa
kadar kemiskinan negara telah meningkat 8.4% pada tahun 2020 berbanding dengan
tahun 2021 iaitu 5.6% sahaja. Hal ini berpunca daripada keadaan ekonomi yang terjejas
ekoran penularan Covid-19. Bagi mengurangkan kadar kemiskinan ini, kerajaan telah
merancang beberapa dasar. Pada tahun 2021 merupakan tahun pertama Rancangan
Malaysia Kedua Belas (RMK12) diperkenalkan bagi tempoh 2021-2025. RMKe-12
merupakan bahagian terakhir dalam Pelan Pemulihan Negara di bawah pendekatan 6R
iaitu menyusun semula (reform). DPN mengandungi beberapa dimensi seperti
mengurangkan jurang ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara negeri
dan antara kawasan bandar dan luar bandar. Pada zaman kemerdekaan Tanah Melayu,

1
setiap kaum menjalankan pekerjaan yang tertentu sahaja seperti orang Melayu bekerja
sebagai nelayan, orang India bekerja di ladang getah dan orang Cina pula bekerja di
lombong. Ini menyebabkan jurang dan ketidakseimbangan pendapatan mereka. Apabila
kerajaan merancang dasar seperti mengurangkan jurang kemiskinan, mereka telah
menyediakan beberapa peluang pekerjaan kepada semua tanpa mengira kaum bagi
membangunkan ekonomi.
Sehubungan dengan ini, kerajaan juga memberi keutamaan kepada sektor swasta
sebagai rakan pembangunan. Ini kerana sektor swasta berperanan sebagai peneraju
pertumbuhan melalui beberapa inisiatif dan sokongan khusus yang disediakan.
Penglibatan sektor swasta melalui pelaburan berkualiti akan membolehkan industri
beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi. Selain itu, perusahaan mikro, kecil dan
sederhana yang mempunyai potensi yang besar akan diperkukuh untuk menjadi tunjang
kepada pembangunan negara serta ia juga digalakkan untuk memodenkan perniagaan
dengan menggunakan teknologi termaju.
Misalnya, apabila sektor swasta melabur dan menjalankan perniagaan mereka,
mereka hendaklah membayar cukai kepada kerajaan Malaysia. Melalui pembayaran
cukai tersebut kerajaan boleh membantu rakyat Malaysia dalam menyediakan pelbagai
bantuan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Melalui ini, rakyat
Malaysia berpeluang untuk bekerja di bawah sektor swasta tanpa mengira agama,
bangsa, jantina dan lain-lain. Dengan memberi keutamaan kepada sektor swasta
kerajaan dapat meningkatkan ekonomi negara dan juga membentuk negara bangsa
Malaysia serta dapat mengurangkan penggangguran rakyat.
Disamping itu, dasar pemerintahan British di Tanah Melayu iaitu ‘pecah dan perintah’
telah menyebabkan kewujudan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekolah yang wujud
ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan
sekolah Inggeris. Sikap kedaerahan atau kenegerian yang diwarisi oleh setiap kaum
mendorong kepada sistem persekolahan yang berlainan. Ini menyebabkan murid-murid
tidak dapat berinteraksi dengan murid-murid daripada kaum atau agama lain. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan beriman, berakhlak
mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia
untuk keperluan kemajuan negara dan lain-lain.
Dengan matlamat ini, kerajaan Malaysia berusaha untuk memberikan pendidikan
kepada semua individu tanpa mengira latar belakang murid-murid bagi meningkatkan
taraf pendidikan rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah
mewujudkan sekolah kebangsaan yang memberi peluang untuk belajar kepada semua
individu yang berlainan agama. Sebagai contohnya, pada zaman sekarang, murid-murid

2
yang beragama Islam dapat belajar di sekolah Tamil dan juga sekolah Cina. Melalui ini,
kerajaan juga dapat menyatupadukan rakyat sejak dari bangku sekolah kerana murid-
murid yang berlainan agama dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Seterusnya ialah pihak kerajaan dan pihak swasta boleh menganjurkan pelbagai
program kepada rakyat bagi mewujudkan perpaduan antara satu sama lain seperti
program maraton ‘charity run’. Program seperti Standard Chartered KL Marathon,
Penang Bridge International Marathon dan sebagainya dijalankan bagi menyatupadukan
masyarakat Malaysia. Melalui program ini, kerajaan dapat meningkatkan ekonomi
negara iaitu ahli yang terlibat dalam program akan bayar yuran pendaftaran dan yuran
tersebut boleh digunakan untuk memperbaiki atau menyediakan kemudahan awam serta
dapat meningkatkan infrastruktur dan membaiki sekolah, hospital awam dan lain-lain.
Apabila rakyat terlibat dalam aktiviti sepeti ini, mereka berpeluang untuk berinteraksi
antara satu sama lain dan dapat mengenal serta tolong menolong antara mereka. Hal ini
dapat membantu mewujudkan perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Jurang ekonomi antara kaum telah menimbulkan perasaan kurang berpuas hati
kerana terdapat beberapa perbezaan pekerjaan antara mereka. Ini kerana majoriti
penduduk yang berada di luar bandar ialah orang Melayu yang menjalankan aktiviti
ekonomi sara diri manakala masyarakat di bandar pula menjalankan aktiviti ekonomi
komersial. Ini boleh menggugat perpaduan negara. Bagi membasmi kemiskinan dan
mewujud perpaduan antara kaum, pihak boleh berusaha untuk membuka dan
membangunkan kawasan tanah kepada golongan yang tidak memiliki tanah oleh agensi
kerajaan seperti FELDA dan FELCRA. Melalui ini, masyarakat di luar bandar turut
menjalankan aktiviti komersial seperti masyarakat di bandar. Misalnya, jika masyarakat
di luar bandar menjalankan aktiviti penternakan ayam, masyarakat bandar yang
menjalankan perniagaan ayam boleh menghubung pihak di luar bandar bagi
mendapatkan bahan mentah perniagaan mereka iaitu ayam. Melalui ini, mereka akan
berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan ini dapat mewujudkan
perpaduan antara mereka.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kerajaan Malaysia telah merancang pelbagai dasar bagi memupuk
perpaduan dalam diri setiap rakyat Malaysia. Pembangunan ekonomi akan dapat
membantu kerajaan dalam usaha pembentukan negara bangsa Malaysia.
Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip
pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial
dan memperkukuhkan perpaduan negara.

3
4.0 RUJUKAN
(2021, September 9). Retrieved from Kadar kemiskinan negara meningkat 8.4 peratus pada
2020: https://www.sinarharian.com.my/article/160438/BERITA/Nasional/Kadar-
kemiskinan-negara-meningkat-84-peratus-pada-2020

Contoh maraton. (n.d.). Retrieved from 23 fun marathons and running events in Malaysia:
https://www.expatgo.com/my/2015/09/25/24-marathons-to-run-in-malaysia/

Dasar pembangunan negara. (n.d.). Retrieved from DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL:


https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/08DASAR_PEMBANGUNAN_NA
SIONAL.pdf

Dasar pendidikan. (n.d.). Retrieved from DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN:


https://www.moe.gov.my/dasar/1196-buku-dasar-kpm/file

Kadar kemiskinan negara 2021. (2021, September 9). Retrieved from Kadar kemiskinan
negara meningkat 8.4 peratus pada 2020:
https://www.sinarharian.com.my/article/160438/BERITA/Nasional/Kadar-kemiskinan-
negara-meningkat-84-peratus-pada-2020

Pembangunan ekonomi dalam mewujudkan perpaduan. (n.d.). Retrieved from


PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM:
http://eprints.utm.my/id/eprint/14760/1/HamidahAbdulRahman2009_PembangunanE
konomidalamHubunganEtnik.pdf

Rancangan Malaysia terkini. (n.d.). Retrieved from Mengenai Rancangan Malaysia Kedua
Belas: https://rmke12.epu.gov.my/bm/informasi/mengenai-rancangan-malaysia-
kedua-belas

Soalan 2 (D)

Sekolah ialah salah satu tempat pengintegrasian murid khasnya murid berlainan etnik dan
budaya. Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai pusat menimba ilmu pengetahuan, malah 4
berfungsi sebagai senjata untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid.
1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sekolah merupakan tempat untuk belajar dan
mengajar, tempat menerima dan memberi pendidikan formal. Sekolah juga dianggap
sebagai pusat menimba ilmu kepada kanak-kanak bermula dari peringkat prasekolah,
sekolah rendah, sekolah menengah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Sekolah
merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai etnik dan budaya. Sekolah turut
mewujudkan perpaduan bagi membentukkan dan memperkukuhkan hubungan antara
pelajar pelbagai kaum. Ini kerana sekolah membantu memupuk perpaduan dan integrasi
sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Sekolah memainkan peranan
penting dalam melaksanakan beberapa langkah bagi mewujudkan perpaduan dalam
kalangan pelajar.

2.0 MENGANALISIS PERANAN PENGURUSAN SEKOLAH MELAKSANAKAN


LANGKAH-LANGKAH DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN
MURID.

Antara langkah yang dapat membantu untuk memperkukuh dan membentuk


perpaduan antara kalangan pelajar ialah melalui bahasa kebangsaan sebagai Bahasa
perpaduan. Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsanaan Malaysia dan setiap individu
perlulah mahir dalam bertutur dalam bahasa tersebut. Pihak sekolah boleh menjalankan
beberapa program dan aktiviti bagi memperkasakan bahasa kebangsaan seperti Program
Minggu Bahasa Melayu, Program Bulan Bahasa dan Sastera dan lain-lain. Sepanjang
program ini, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan seperti mencipta dan
mendeklamasikan sajak, puisi, syarahan, kuiz, pertandingan menulis karangan dan
sebagainya. Bukannya ia hanya dapat memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar malah, ia juga menggalakkan murid-murid untuk berinteraksi antara murid yang
berlainan kaum. Hal ini kerana, apabila setiap kaum dapat berkomunikasi dalam bahasa
Melayu ia memudahkan mereka untuk berkongsi pendapat dan berkomunikasi antara satu
sama lain tanpa mengalami sebarang kesukaran. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah
bolehlah mengadakan program memartabatkan bahasa melayu agar perpaduan antara
kaum dapat dikecapi.

Selain itu, pada setiap musim perayaan, pihak sekolah boleh meracang bagi meraikan
sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Ponggal
dan lain-lain. Melalui ini setiap murid dapat mempelajari cara meraikan perayaan tersebut
dan adat resam serta kepercayaan kaum-kaum di Malaysia dengan melibatkan diri dalam
sambutan tersebut. Pihak sekolah boleh merancang pelbagai aktiviti seperti tarian tradisi,

5
menyediakan makanan tradisi mengikut kaum dan lain-lain. Misalnya tarian zapin, tarian
kipas, tarian kolattam dan lain-lain. Apabila murid-murid terlibat dalam persembahan seperti
ini, mereka dapat berpeluang untuk memakai pakaian tradisional kaum tertentu dan
mempersembahkan tarian tersebut melalui tunjuk ajar guru. Apabila pihak sekolah
menyediakan makanan tradisi, ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk
menikmati makanan tradisi kaum lain disamping memahami budaya kaum berbeza
daripadanya. Melalui program ini juga pihak sekolah dapat mewujudkan rasa hormat dalam
kalangan murid yang berlainan agama. Melalui program seperti ini, pihak sekolah dapat
menggelakkan salah faham dan perbezaan kaum dalam kalangan murid.

Seterusnya ialah pihak sekolah juga boleh mewujudkan persekitaran bilik darjah
sebagai mesra budaya sebagai langkah mewujudkan perpaduan. Menurut Woolfolk (2007),
pengurusan bilik darjah adalah perlu bagi mengekalkan persekitaran pembelajaran yang
positif dan produktif. Guru memainkan peranan penting dalam menggalakkan murid-murid
untuk menghias bilik darjah yang bertemakan kepelbagaian budaya di Malaysia. Sesebuah
bilik darjah perlulah ada sudut informasi atau maklumat berkaitan dengan kepelbagaian
budaya dan ia membantu murid-murid untuk mendapayy ilmu pengetahuan tentang
kepelbagaain kaum dan budaya yang perlu dihormati. Bukan itu sahaja, apabila murid-murid
menghias kelas bersama-sama, ia juga dapat mewujudkan sifat kerjasama dan tolong-
menolong antara murid di dalam kelas tersebut.

Selain itu, antara langkah mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan
murid, guru hendaklah menggunakan pendekatan dan bahan bantu mengajar yang lebih
sesuai, menarik dan yang mengaitkan semua kaum seperti penggunaan visual atau gambar
untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran murid-murid berkaitan
kepentingan kepelbagaian budaya di Malaysia. Perkara ini lebih bersesuaian dengan apa
yang dijelaskan oleh Najeemah (2011) iaitu jika guru ingin mendedahkan ilmu tentang
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum kepada murid dengan lebih berkesan, guru
perlulah menyadiakan bahan, maklumat dan alat bantuan mengajar visual yang
bersesuaian. Guru juga perlulah mempunyai sikap diskriminasi terhadap murid-muridnya
dan perlulah menghormati dan menerima murid tanpa mengira latar belakang, agama dan
budaya masing-masing. Ini kerana guru dianggap sebagai contoh teladan kepada murid-
muridnya. Apabila guru hormat dan bergaul mesra dengan setiap murid, murid-murid lain
juga akan meniru nilai hormat menghormati tersebut dan mereka turut mengamalkannya
dalam membentuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid di sekolah.

Disamping itu, pihak sekolah juga menjalankan Program Rancangan Integrasi Murid
untuk Perpaduan (RIMUP) yang dikenali oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada

6
tahun 1986 di sekolah masing-masing. RIMUP ialah salah satu program yang dijalankan
oleh KPM bagi mewujudkan perpaduan antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya
dapat wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dalam program ini, KPM
menyediakan modul untuk sekolah melaksanakan program-program yang telah dirancang
seperti Hari Kokurikulum, Program Jati Diri dan sebagainya. Program ini menggalakkan
penglibatan masyarakat setempat, para guru dan murid serta pihak sekolah. Program ini
berfokus terhadap bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Melalui program ini,
murid-murid berpeluang untuk bergaul mesra bersama-sama dengan masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Dengan ini, secara tidak langsung murid dari
berlainan kaum dan agama dapat menjalankan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah
dan juga dapat mewujudkan semangat perpaduan dan juga dapat menimbulkan suasana
hormat menghormati terhadap agama, budaya dan adat resan sesuatu kaum dengan kaum
yang lain.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan sekolah memainkan peranan penting dalam mewujudkan


perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid di sekolah. Pengurusan sekolah
melaksanakan pelbagai langkah bagi mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum di
sekolah. Peranan sekolah dan seseorang guru adalah amat penting dan besar dalam
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid. Namun, kerjasama daripada pihak lain
seperti ibu bapa dan masyarakat setempat juga amat membantu pihak sekolah dalam
merealisasikan perpaduan ini.

4.0 RUJUKAN
Dawi, N. A. (2019, Julai 17). Peranan sekolah dalam mengintegrasikan murid. Retrieved
from Peranan sekolah dalam pembentukan perpaduan antara kaum dalam kalangan
pelajar: https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/download/2670/2057/

7
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Modul Hubungan Etnik. Institut Pendidikan Guru

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia

Najeemah Mohd Yusof. (2011). Persekitaran Sekolah dan Guru dalam meningkatkan
Interaksi
Sosial Dalam Kalangan Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan.
Pendidikan Sosial. DP 11(2): 67-76.
Peranan sekolah dalam merealisasikan perpaduan. (n.d.). Retrieved from Sekolah
pembentuk perpaduan:
https://www.academia.edu/6870847/sekolah_pembentuk_perpaduan

Program Bahasa Melayu. (n.d.). Retrieved from Aktiviti Panitia Bahasa Melayu Sepanjang
Tahun: https://www.tchercollection.com/aktiviti-panitia-bahasa-melayu/

Woolfolk (2001). Educational Psychology (8th Ed), Boston: Allyn and Bacon, Inc.

You might also like