Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK TINJAR

MINIT MESYUARAT PANITIA BIOLOGI


BIL 3/2022

Tarikh : 14 Julai 2022


Hari : Khamis
Masa : 12.40 petang
Tempat : Makmal Fizik SMK Tinjar
Kehadiran :
1. Pn.Mable Christie (KP Biologi)
2. Pn.Glorie Binti Kiki Apat (KP Kimia)
3. Cik Nurul Atikah Bt Ahmad (KP Sains)
4. Cik Noor Fara Erma (KP Fizik)

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Pn.Rolina (Pembantu Makmal Biologi)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir pada
mesyuarat Panitia Sains Tulen kali ketiga ini. Pengerusi memaklumkan mesyuarat
kali ini menekankan kepada analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun dan post moterm
SPM.
Tindakan: Semua guru
2. Pengesahan Minit
Pn.Mable mencadangkan agar minit mesyuarat Bil 2/2022 disahkan dan disokong
oleh Cik Nurul Atikah
Tindakan : Makluman
3.Perkara berbangkit: -
4. Laporan KPI dan PCG
-Rujuk Lampiran-
4.1 Pengerusi meminta penyelaras panitia Kimia, Biologi dan Fizik untuk membincangkan
bahan dan alatan yang hendak dibeli berdasarkan keutamaan menggunakan PCG subjek.
Tindakan: KP dan Penyelaras Panitia
4.2 Cik Nurul Atikah mencadangkan pembelian alatan yang mahal boleh dibeli dalam
kuantiti yang sedikit tahun demi tahun. Cadangan beliau disokong oleh ahli panitia.
Tindakan: KP dan Penyelaras Panitia
4.3 Pn.Mable memaklumkan bahawa eksperimen sangat penting untuk keberkesanan
pembelajaran Sains. Justeru itu, pembelian untuk alatan dan bahan bagi eksperimen perlu
diperbanyakkan untuk mengatasi masalah yang boleh merencatkan eksperimen
dijalankan. Guru-guru perlu memaklumkan kepada panitia alatan atau bahan yang perlu
dibeli mengikut keutamaan.
Tindakan: Semua guru Sains
4.4 Pn Hamidah mencadangkan setiap panitia sains tulen perlu merancang pembelian bahan
dan alatan selama 3 tahun.
Tindakan : Penyelaras Sains
5. Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun
-Rujuk Lampiran-
5.1 Berdasarkan laporan analisa peperiksaan pertengahan tahun yang dibentangkan didapati
kebanyakan subjek masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan .Pengerusi meminta
setiap guru memberi pandangan dan cadangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian
pelajar.
Tindakan: Semua guru Sains
5.2 Pengerusi memberitahu, buat masa sekarang ulangkaji berfokus perlu dijalankan dan
penerangan konsep perlu diberi satu persatu. Pelajar perlu didedahkan untuk memahami
soalan sebelum menjawab soalan.
Tindakan: Semua guru Sains
5.3 Pn.Glorie pula memberikan cadangan pembelajaran yang berkesan adalah kaedah
pembelajaran secara topikal. Penerangan mengenai konsep yang asas perlu
diperkukuhkan.
Tindakan: Semua guru Sains
5.4 Pengerusi menjelaskan guru muda boleh membantu rakan lain dan pemberatan
pengajaran perlu bagi bab yang lemah.
Tindakan: Semua guru Sains

6. Perbincangan Profesionalisme
6.1 Pn.Mable membentangkan tentang Proses Kreatif Terarah dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Tindakan: Pn Mable Christie
6.2 Guru-guru didedahkan dengan teknik pengajaran yang kreatif ialah berasaskan masalah,
secara inkuiri penemuan ,secara konstruktivisme dan pengajaran berasaskan projek.
Semua guru Sains di galakkan untuk menerapkan teknik pengajaran ini di dalam
pengajaran di kelas.
Tindakan : Semua guru Sains
8 Hal-hal lain
8.1 PLC seterusnya akan dibincangkan dalam Panitia Sains untuk mengadakan PLC Lesson
study.PLC Lesson Study ini perlu dilaksanakan segera selewat-lewatnya pada bulan Ogos
tahun 2022.
Tindakan: Semua Panitia Sains
8.2 Pn Hamidah memaklumkan pejabat akan menguruskan pembelian sijil PEKA dan jumlah
perbelanjaan sijil akan dibincangkan samaada diambil daripada panitia ataupun pihak
sekolah.
Tindakan:KP Sains

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 1.30 petang.

Disediakan oleh : Pn. Mable Christie


Tanda tangan :

Tarikh : 29 Julai 2022

You might also like