Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Modul Ponteng Sekolah (e-Disiplin)

1.1 Borang Disiplin (Ponteng Sekolah) 1.2 Laporan Disiplin (Ponteng Sekolah)

1.1 Borang Disiplin


Modul ini membolehkan pengguna untuk memasukkan beberapa maklumat penting berkenaan dengan proses kawalan disiplin di dalam sekolah seperti berikut : Borang Ponteng Sekolah

1.1.1 Borang Ponteng Sekolah


Borang ponteng sekolah ini digunakan untuk merekod ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa surat ketidakhadiran.

1.

Arahkan tetikus pada menu borang disiplin dan klik pada Borang Ponteng Sekolah.

Rajah 2.1.1 : Menu Borang Ponteng Sekolah

2.

Pengguna perlu mencari murid yang berkenaan dengan memasukkan nama murid atau no kad pengenalan murid.

Rajah 2.1.2 : Antaramuka Carian Murid

3.

Pengguna perlu memilih murid yang berkenaan seperti dibawah

Rajah 2.1.3 : Antaramuka Carian Murid

4.

Pengguna perlu klik pada nama murid tersebut untuk ke borang ponteng sekolah. Pengguna boleh mengisi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan. Setelah mengisi maklumat yang diperlukan, klik pada butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang dimasukkan ke dalam pangkalan data.

Rajah 2.1.5 : Antaramuka Borang Salah Laku

5.

Berikut adalah petunjuk tindakan amaran untuk ponteng sekolah :

A) Berturut-turut 3 hari - Amaran 1

10 hari - Amaran 2 17 hari - Amaran Akhir 31 hari - Buang Sekolah

B) Berkala 10 hari - Amaran 1 20 hari - Amaran 2 40 hari - Amaran Akhir 60 hari - Buang Sekolah

5.1 Sekiranya bilangan hari murid yang ponteng sekolah telah mencapai tahap seperti diatas, sistem secara automatik akan mengeluarkan pemberitahuan kepada pengguna untuk mengeluarkan surat-surat amaran yang berkaitan seperti contoh berikut :-

Rajah 2.1.6 : Antaramuka Tindakan Surat Amaran Ponteng Sekolah

6.

Berikut adalah contoh laporan ponteng sekolah bagi murid yang terlibat :

Rajah 2.1.7 : Antaramuka Laporan Ponteng Sekolah Bagi Murid Terlibat

1.1.2 Kemaskini Kes Ponteng Sekolah


Kemaskini kes ponteng sekolah murid adalah untuk memudahkan pengguna membuat pengemaskinian pada kes ponteng sekolah murid yang telah dimasukkan untuk proses pengemaskinian bilangan hari, jenis ponteng, keterangan perkara dan juga untuk kes ponteng yang bersurat.

1. Arahkan tetikus pada menu laporan disiplin, dan klik pada menu Kemaskini Kes Ponteng Sekolah.

Rajah 2.1.8 : Menu Kemaskini Kes Ponteng Sekolah

2. Antaramuka seperti dibawah akan dipaparkan.

Rajah 2.1.9 : Antaramuka Carian Murid

3. Pengguna perlu mencari murid yang berkenaan dengan memasukkan nama murid atau no kad pengenalan murid atau pilih senarai kelas atau senarai tingkatan.

Rajah 2.1.10 : Antaramuka Carian Murid

4. Antaramuka seperti dibawah akan dipaparkan. Pengguna boleh mengemaskini senarai ponteng dan memadam dengan klik pada ikon berkenaan yang terdapat pada skrin.

Rajah 2.1.11 : Antaramuka Senarai Kes Ponteng Sekolah

1.2 Laporan Disiplin


Modul ini membolehkan pengguna untuk melihat atau mencetak keluar analisa dan laporan-laporan mengenai disiplin sekolah.

1.2.1 Laporan Bulanan Kes Ponteng Sekolah


Laporan Kes Ponteng digunakan untuk menghasilkan laporan berdasarkan kes yang terlibat secara bulanan. Terdapat beberapa laporan yang boleh dihasilkan pada menu Laporan Bulanan Ponteng Sekolah, antaranya ialah : Laporan keseluruhan Laporan secara keseluruhan individu

1. Untuk mengakses menu laporan kes ponteng, pengguna perlu arahkan tetikus pada menu Laporan Disiplin, menu laporan disiplin sekolah, laporan bulanan dan klik pada Laporan Ponteng.

Rajah 2.1.12 : Menu Laporan Ponteng

2. Paparan untuk menghasilkan laporan dipaparkan. Pengguna perlu memilih jenis laporan yang dikehendaki.

Rajah 2.1.13 : Menu Laporan Ponteng

3. Pengguna boleh memilih samaada ingin menghasilkan laporan berdasarkan laporan keseluruhan ataupun laporan keseluruhan individu. 4. Untuk menghasilkan laporan, pengguna perlu memilih Bulan dan Tahun dan klik pada butang Laporan untuk menghasilkan laporan. Paparan seperti berikut akan dilihat :-

Rajah 2.1.14 : Laporan Secara Keseluruhan

Rajah 2.1.15 : Laporan Keseluruhan Individu

10

1.2.2 Laporan Tahunan Kes Ponteng Sekolah


Laporan Kes Ponteng digunakan untuk menghasilkan laporan berdasarkan kes yang terlibat secara tahunan. Terdapat beberapa laporan yang boleh dihasilkan pada menu Laporan Tahunan Ponteng Sekolah, antaranya ialah : Laporan keseluruhan Laporan secara keseluruhan individu

1. Untuk mengakses menu laporan kes ponteng, pengguna perlu arahkan tetikus pada menu Laporan Disiplin, menu laporan disiplin sekolah, laporan tahunan dan klik pada Laporan Ponteng.

Rajah 2.1.16 : Menu Laporan Ponteng

11

2. Paparan untuk menghasilkan laporan dipaparkan. Pengguna perlu memilih jenis laporan yang dikehendaki.

Rajah 2.1.17 : Menu Laporan Ponteng

3. Pengguna boleh memilih samaada ingin menghasilkan laporan berdasarkan laporan keseluruhan ataupun laporan keseluruhan individu. 4. Untuk menghasilkan laporan, pengguna perlu memilih Tahun dan klik pada butang Laporan untuk menghasilkan laporan. Paparan seperti berikut akan dilihat :-

12

Rajah 2.1.18 : Laporan Secara Keseluruhan

Rajah 2.1.19 : Laporan Keseluruhan Individu

13

You might also like