Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21

Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

Hubungan antara Sikap dengan Pengetahuan Penggunaan Web 2.0


Pensyarah Matematik Kejuruteraan di Politeknik Malaysia Terhadap
Pengajaran dalam Talian

Suhana binti Ramli1,a* dan Noorain binti Ithnin1,b


Abstract. This study was conducted to examine the relationship between attitudes and knowledge of
Engineering Mathematics lecturers at the Malaysian Polytechnic towards the usage of Web 2.0 in online
teaching. About 209 lecturers who teach Engineering Mathematics at the Malaysian Polytechnic were
selected as the study sample. This study applied a quantitative method in which questionnaires are
distributed online via google form. The findings of the study were analyzed using SPSS 26.0 software.
Pearson correlation analysis was used to analyze the level of relationship while descriptive statistical
analysis was used to analyze mean, standard deviation, frequency and percentage.The study’s findings
showed that the relationship between attitudes and knowledge of Engineering Mathematics lecturers at
the Politeknik Malaysia towards the usage of Web 2.0 in online teaching was at a moderate level and had
a positive relationship with a correlation value of 0.631. While the level of knowledge and attitude of
lecturers towards the usage of Web 2.0 in online teaching also got a mean score at a high level of 3.88
and 3.91 respectively. These findings indicate that the level of attitude of Engineering Mathematics
lecturers at the Politeknik Malaysia will influence their level of knowledge towards their usage of Web
2.0 in online teaching.

Keywords: Attitude, knowledge, Engineering Mathematics

Abstrak. Kajian ini dijalankan bagi meninjau hubungan antara sikap dengan pengetahuan pensyarah
Matematik Kejuruteraan di Politeknik Malaysia terhadap penggunaan Web 2.0 di dalam pengajaran dalam
talian. Seramai 209 orang pensyarah yang mengajar Matematik Kejuruteraan di Politeknik Malaysia telah
dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana borang soal selidik
diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan google form. Dapatan kajian telah dianalisis
menggunakan perisian SPSS 26.0. Analisis kolerasi Pearson digunakan bagi menganalisis tahap hubungan
manakala analisis statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis min, sisihan piawai, frekuensi dan
peratusan. Dapatan kajian menunjukkan hubungan sikap dengan pengetahuan pensyarah Matematik
Kejuruteraan di Politeknik Malaysia terhadap penggunaan Web 2.0 di dalam pengajaran dalam talian
berada pada tahap sederhana dan mempunyai arah hubungan yang positif dengan nilai kolerasi sebanyak
0.631. Manakala tahap pengetahuan dan sikap pensyarah terhadap penggunaan Web 2.0 di dalam
pengajaran dalam talian pula mendapat skor min pada tahap yang tinggi iaitu masing – masing sebanyak
3.88 dan 3.91. Dapatan ini menunjukkan tahap sikap pensyarah Matematik Kejuruteraan di Politeknik
Malaysia akan mempengaruhi tahap pengetahuan penggunaan Web 2.0 di dalam pengajarannya secara
dalam talian.

Kata kunci: sikap, pengetahuan, Matematik Kejuruteraan

Corresponding author
Suhana binti Ramli*
1
Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
a
email : suhanaramli@polipd.edu.my
b
e-mail: noorain@polipd.edu.my

BorNCe’21  535
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

1 Pengenalan

Pembelajaran dalam talian merupakan kaedah pembelajaran terpenting yang dapat digunapakai
pada masa kini semenjak pandemik Covid-19 menyerang dunia. Kerajaan Malaysia telah
memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 [15].
Tambahan pula, Kementerian Pengajian Tinggi melalui kenyataan media telah memaklumkan
bahawa semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam
talian sehingga 31 Disember 2020 dan semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan
kecuali ke atas beberapa kategori pelajar tertentu [10].
Kebanyakan institusi pengajian tinggi seperti di Politeknik Malaysia khususnya, mula
menggunakan pelbagai jenis aplikasi Web 2.0 dan teknologi yang lain untuk melaksanakan proses
PdP secara dalam talian. Aplikasi Web 2.0 dilihat sebagai revolusi bagi penyebaran dan perkongsian
maklumat hasil daripada ciri teknologi yang ditawarkan iaitu komunikasi secara dua hala oleh
pengajar dan pelajar [21]. Penggunaan Web 2.0 boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran dalam
talian dengan menggunakan kaedah jenis segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous).
PdP menggunakan Web 2.0 secara dalam talian juga boleh melibatkan pembelajaran berbentuk teori
dan juga amali.
Secara umumnya pembelajaran dalam talian adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan set komputer, tablet dan juga telefon pintar untuk penyampaian isi kandungan
pembelajaran. Dengan sokongan daripada kemudahan internet jalur lebar (broadband internet),
pembelajaran secara dalam talian melalui aplikasi Web 2.0 semakin menjadi pilihan. Pengajaran dan
pembelajaran bahan yang disampaikan menggabungkan unsur teks, grafik, animasi, simulasi, audio
dan video [4]. Melalui ciri-ciri menarik pembelajaran menggunakan Web 2.0 secara dalam talian,
pensyarah perlu mempunyai pengetahuan proses pengajaran bagi merancang dan menyediakan isi
kandungan pembelajaran yang berkesan dan menarik minat pelajar. Peranan pendidik turut berubah
kepada fasilitator, pembantu dan rakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping harus
mendorong pelajar serta mewujudkan keadaan di mana pembelajaran dapat berlaku. Hal ini dapat
dicapai dengan penggunaan teknologi dalam menyediakan akses yang fleksibel dan terbuka terhadap
keperluan individu pelajar di dalam proses pembelajaran dalam talian [2]. Walaubagaimanapun,
pengetahuan dan pengalaman dalam mengintegrasikan teknologi ke dalam sesi pembelajaran tidak
mencukupi walaupun kemudahan teknologi yang lengkap seperti komputer dan internet telah
disediakan [9].
Proses PdP secara dalam talian harus dipandang positif oleh pendidik lebih-lebih lagi di dalam
keadaan keterpaksaan bagi membendung wabak Covid-19 yang semakin meningkat. Pendidik dilihat
perlu bersedia untuk mengubah amalan PdP secara tradisional kepada PdP secara dalam talian. Sikap
pendidik juga mempunyai peranan yang penting terhadap proses PdP dalam talian [24]. Sikap adalah
kecenderungan untuk bertindak balas secara negatif atau positif terhadap tahap tertentu, idea, objek,
benda dan juga institusi [1]. Persoalannya adakah terdapat hubungan signifikan di antara sikap dan
pengetahuan pensyarah terhadap penggunaan Web 2.0? Lantaran itu, satu kajian telah dijalankan bagi
mengkaji hubungan sikap dan pengetahuan pensyarah terhadap penggunaan Web 2.0 yang digunakan
sebagai pemudahcara bagi pengajaran dalam talian.

1.2 Objektif kajian adalah :

i. mengkaji hubungan sikap dengan tahap pengetahuan pensyarah terhadap penggunaan Web
2.0.

BorNCe’21  536
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

2 Sorotan Kajian

Pengetahuan

Bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian, pensyarah perlu mempunyai
pengetahuan dalam mengendalikan aplikasi Web 2.0 yang berkaitan. Di dalam satu kajian yang
dijalankan terhadap halangan penggunaan aplikasi teknologi Web 2.0 mendapati bahawa mereka
kekurangan masa,pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pembelajaran kerana kurang
menerima latihan berkaitan teknologi Web 2.0. Walaubagaimanapun, majoriti daripadanya
melaporkan bahawa mereka lebih cenderung untuk menggunakan aplikasi Web 2.0 sekiranya
didedahkan lebih lagi dengan pengetahuan berkenaan aplikasi Web 2.0 [16]. Oleh itu, mereka harus
menguasai pengetahuan teknologi pengajaran dan pembelajaran dalam talian untuk memastikan
objektif pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai. Penguasaan yang lemah dalam pengetahuan
mengendalikan teknologi Web 2.0 dalam talian juga mampu menjadi punca ketidakkeberkesanan
pembelajaran dalam talian.
Aplikasi Web 2.0 merupakan kemudahan yang mampu memperluaskan skop penyampaian isi
kandungan pembelajaran. Kelebihannya yang menggalakkan kolaborasi antara pengajar dan pelajar
menjadi ciri penting yang membantu pelaksanaan pembelajaran yang berkesan secara dalam talian.
Di Politeknik Malaysia khususnya, sistem pengurusan pembelajaran terbuka (LMS) yang dipanggil
sebagai CIDOS telah digunakan bagi memudahcara proses pembelajaran semasa bersemuka
mahupun ketika pandemik Covid-19. CIDOS telah digunakan untuk memuat naik dan memuat turun
latihan dan tugasan, mentadbir kuiz dan ujian di dalam talian, menghantar pesanan ringkas di forum
perbincangan, dan juga menghantar nota kuliah dalam talian [8]. Dari segi trend penggunaan CIDOS,
antara ciri utama yang digunakan oleh pensyarah ialah penilaian dan pengurusan kursus seperti
perkongsian nota kuliah [17]. Di dalam kajian yang lain mendapati bahawa aplikasi CIDOS terlalu
kompleks bagi pensyarah dan mendapati bahawa mereka perlu mengikuti kursus-kursus yang
melibatkan penggunaan platform dan aplikasi pembelajaran dalam talian [13].
Selain kemudahan Web 2.0 yang disediakan oleh intitusi pengajian masing-masing, pelbagai
platform dan aplikasi daripada sumber luar turut digunakan oleh tenaga pengajar. Satu kajian yang
telah dijalankan di sekolah-sekolah Kuala Langat mendapati bahawa tahap pengetahuan guru
terhadap aplikasi Web 2.0 berada pada tahap rendah. Berdasarkan kajian pengkaji, guru mempunyai
pengetahuan yang sederhana bagi aplikasi Web 2.0 seperti Facebook, Youtube, dan blog tetapi
mempunyai pengetahuan yang rendah bagi aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang lain [3]. Di dalam kajian
lain yang dijalankan terhadap pensyarah universiti mendapati bahawa tahap pengetahuan pensyarah
terhadap penggunaan Web 2.0 berada pada tahap sederhana disebabkan oleh kurangnya pendedahan
terhadap Web 2.0 [20].

Sikap

Walaupun pendidik percaya bahawa teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
talian ini penting tetapi kekurangan pengetahuan dan kemahiran menyebabkan mereka tidak mahu
mencuba teknologi seperti mencuba pelbagai platform dan aplikasi Web 2.0 di dalam pengajaran dan
pembelajaran sedia ada. Di dalam satu kajian berkenaan sikap pensyarah terhadap pembelajaran
dalam talian mendapati bahawa sikap pensyarah yang baik dan positif terhadap sistem pembelajaran
dalam talian menunjukkan bahawa mereka menerima kaedah ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di pengajian tinggi [23]. Melalui dapatan kajian yang dinyatakan, didapati pensyarah
yang mempunyai pengalaman mengendalikan pembelajaran secara dalam talian menggunakan
aplikasi Web 2.0 mencatatkan skor min yang tinggi berbanding yang tidak mempunyai pengalaman.
Di samping itu, sikap terhadap teknologi dan aplikasi Web 2.0 akan menjadi positif jika seseorang
itu dapat mengawal teknologi tersebut dengan beranggapan teknologi dan aplikasi Web 2.0 ini mudah

BorNCe’21  537
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

dikendalikan dan membawa manfaat kepada mereka [5,17]. Pensyarah seharusnya mempunyai tahap
sikap positif yang tinggi dalam meningkatkan pengetahuan penggunaan Web 2.0 untuk melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil yang diinginkan.
Peranan pensyarah juga boleh mempengaruhi penerimaan yang positif bagi pembelajaran dalam
talian di kalangan pelajar institusi. Beberapa faktor seperti penyampaian yang menarik, gaya
pengajaran yang bersistematik serta interaksi yang mesra mampu menggalakkan pelajar menerima
dan mendorong aplikasi pembelajaran dalam talian [22]. Hasil kajian terhadap guru-guru sekolah di
Negeri Sembilan mendapati bahawa guru mempunyai sikap yang positif terhadap teknologi
maklumat dan komunikasi kerana mereka sedar bahawa proses pembelajaran yang lebih interaktif
dapat dilakukan dengan menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan Web 2.0 [5]. Sejak norma
baharu, pendidik menjadi lebih kreatif dalam penggunaan kaedah pengajaran dan pemudahcara di
mana pendidik dilihat lebih memanfaatkan penggunaan teknologi yang ada untuk memastikan proses
pembelajaran pelajar tidak terabai sepanjang tempoh PKP [14].

3 Metodologi

Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif di mana pengumpulan data adalah menggunakan
borang soal selidik yang dibangunkan di google form dan diedarkan secara dalam talian. Instrumen
kajian diedarkan bagi mendapatkan maklumat untuk melihat sejauhmana hubungan sikap pensyarah
dengan pengetahuannya terhadap penggunaan Web 2.0 terhadap pengajaran dalam talian di samping
menguji tahap sikapnya terhadap pengajaran secara dalam talian.
Pemilihan sampel kajian dilakukan bagi tujuan untuk memilih responden yang mewakili ciri-ciri
yang sama dengan populasi. Pensampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan di mana hanya
pensyarah yang mengajar Matematik Kejuruteraan di seluruh Politeknik Malaysia dipilih sebagai
sampel. Oleh itu, seramai 209 orang responden menjawab soalselidik dalam kajian ini.
Bagi tujuan kesahan, instrumen penilaian yang dibina telah diberikan kepada tiga (3) orang panel
pakar. Bilangan pakar bagi tujuan kesahan adalah tidak spesifik dan boleh antara 3 hingga 10 orang
sama ada profesional atau bukan profesional [12,19]. Panel pakar terdiri daripada pensyarah-
pensyarah Politeknik yang mempunyai kemahiran dan pengalaman mengajar dalam kursus
Matematik Kejuruteraan lebih daripada 10 tahun telah dipilih di dalam kajian ini. Pakar yang dipilih
haruslah mempunyai kelayakan akademik sama ada ijazah sarjana atau kedoktoran dan sekurang-
kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang yang ingin di kaji [18,25].
Dalam kajian ini, borang Semakan Pakar Instrumen Penilaian telah diberikan kepada kumpulan
pakar. Item-item yang diterima mestilah mendapat peratusan yang melebihi 80 peratus penilaian
pakar [7].

Jadual 1: Keputusan pencapaian kesahan kandungan


Pakar Penilai Pencapaian Kesahan Kandungan Pandangan Pakar
Pakar 1 94.33 Diterima
Pakar 2 93.26 Diterima
Pakar 3 92.91 Diterima
Purata 93.50 Diterima

Bagi tujuan kebolehpercayaan, kajian rintis telah dijalankan. Seramai 31 orang responden di
kalangan pensyarah Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Port Dickson telah dipilih
untuk menjawab kajian rintis. Selepas kajian rintis dijalankan, didapati kesemua item dalam
instrumen yang diedarkan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan. Oleh itu,
tiada item yang perlu diubahsuai atau dibuang. Keputusan ujian kebolehpercayaan yang diperolehi
ditunjukkan dalam jadual 2. Secara keseluruhannya, nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah
melebihi 0.6.

BorNCe’21  538
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

Jadual 2: Keputusan ujian kebolehpercayaan terhadap kajian rintis


Pembolehubah Bil. Item Nilai Alpha Cronbach
Pengetahuan 10 0.950
Sikap 13 0.878
Jumlah Keseluruhan 23 0.886

Bagi menjawab objektif kajian, analisis kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif
skor min dan sisihan piawai. Pengukuran dibuat berdasarkan kepada julat skor min yang dicadangkan
seperti jadual 3 [11].

Jadual 3: Tafsiran skor min


Min Tafsiran min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi

Hasil ujian normal Kolmogorov Smirnov didapati nilai signifikan yang diperolehi adalah 0.200
iaitu lebih besar dari 0.05. Maka dapat disimpulkan bahawa nilai residual mempunyai taburan normal.
Oleh itu, bagi mengukur hubungan sikap pensyarah dengan pengetahuan pensyarah terhadap
penggunaan Web 2.0, analisis kolerasi Pearson digunakan dalam kajian ini. Jadual 4 menunjukkan
interpretasi mengikut tafsiran pekali korelasi Pearson yang menentukan tahap hubungan antara
pembolehubah [6].

Jadual 4: Tafsiran Pekali Kolerasi Pearson


Saiz Pekali Korelasi (R) Kekuatan
< 0.20 Korelasi Yang Kabur
0.20 – 0.40 Hubungan Sedikit
0.41 – 0.71 Korelasi Sederhana
0.72 – 0.90 Korelasi Tinggi
> 0.90 Korelasi Amat Tinggi

4 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Demografik

Dalam jadual 5 menunjukkan analisis bahagian demografik yang bertujuan untuk memperolehi serba
sedikit latar belakang responden seperti jantina, bangsa, umur, tahap pendidikan dan bidang.

Jadual 5 : Demografik
Demografik Kriteria Kekerapan Peratus
Jantina Lelaki 60 28.7
Perempuan 149 71.3
Bangsa Melayu 170 81.3
Cina 21 10.0
India 4 1.9
Lain-lain 14 6.7
< 30 tahun 10 4.8
Umur 31–40 tahun 117 56.0
41–50 tahun 74 35.4
> 50 tahun 8 3.8

BorNCe’21  539
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

Demografik Kriteria Kekerapan Peratus


Diploma 2 1
Tahap Ijazah Sarjana Muda 98 46.9
Pendidikan Sarjana 109 52.2
PhD 2 1
Bidang Kejuruteraan 125 59.8
Matematik 37 17.7
Sains 11 5.3
Teknologi Maklumat 33 15.8
Lain-lain 3 1.4

Hasil daripada analisis yang dijalankan, didapati sebanyak 71.3 peratus adalah responden
perempuan, manakala 28.7 peratus adalah responden lelaki. Responden berbangsa Melayu pula
mengatasi peratusan bangsa-bangsa lain dengan peratus sebanyak 81.3 peratus diikuti oleh bangsa
Cina sebanyak 10 peratus, India sebanyak 1.9 peratus dan lain-lain bangsa sebanyak 6.7 peratus.
Didapati lebih daripada 50 peratus responden berumur antara 31 – 40 tahun iaitu sebanyak 56 peratus,
diikuti responden berumur 41 – 50 tahun sebanyak 35.4 peratus, kurang daripada 30 tahun sebanyak
4.8 peratus dan responden yang berumur lebih 50 tahun sebanyak 3.8 peratus. Paling ramai responden
yang berkelulusan Sarjana iaitu sebanyak 52.2 peratus, diikuti oleh respoden dengan Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda sebanyak 46.9 peratus dan responden berkelulusan Diploma dan Doktor
Falsafah (PhD) masing-masing sebanyak 1 peratus. Latar belakang pendidikan responden dalam
bidang Kejuruteraan adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 59.8 peratus. Ianya diikuti oleh responden
yang berkelulusan dalam bidang Matematik iaitu sebanyak 17.7 peratus, bidang Teknologi Maklumat
sebanyak 15.8 peratus, bidang Sains sebanyak 5.3 peratus dan lain-lain bidang sebanyak 1.4 peratus.

Tahap Pengetahuan Pensyarah Terhadap Penggunaan Web 2.0

Jadual 6: Tahap pengetahuan pensyarah terhadap penggunaan Web 2.0


N = 209
Bil Pernyataan Min Sisihan Piawai Interpretasi
Saya tahu membentuk satu jaringan komunikasi
1 menggunakan kemudahan Web 2.0 di luar bilik 3.96 0.777 Tinggi
kuliah bersama pelajar.
Saya tahu aplikasi Web 2.0 dapat meningkatkan daya
2 3.79 0.838 Tinggi
komunikasi antara saya dan pelajar.
Saya tahu menghantar pelbagai bahan berbentuk nota
pelajaran, kuiz mahupun latihan dengan mudah,
3 3.92 0.733 Tinggi
menarik, berkesan dan disediakan dengan paparan
yang cantik dan menarik.
Saya tahu pembelajaran berasaskan Web 2.0 lebih
4 3.86 0.781 Tinggi
berpusat kepada pelajar.
Saya tahu teknologi Web 2.0 dapat menambah
5 pengetahuan saya terhadap penggunaan Internet serta 3.92 0.726 Tinggi
literasi komputer.
Saya tahu pengajaran dengan menggunakan Web 2.0
6 dan Internet dapat meningkatkan minat pelajar dalam 3.77 0.813 Tinggi
pembelajaran.
Saya tahu penggunaan aplikasi Web 2.0 boleh
7 menampung pelbagai keperluan pelajar dengan cara 3.81 0.752 Tinggi
yang berasingan

BorNCe’21  540
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

N = 209
Bil Pernyataan Min Sisihan Piawai Interpretasi
Saya tahu mempamerkan, memperluaskan dan
8 berkongsi kreativiti pengajaran saya dengan sesiapa 3.92 0.733 Tinggi
sahaja tanpa batasan
Saya tahu aplikasi Web 2.0 dan internet menyediakan
9 maklumat terkini dalam pelbagai bentuk topik yang 3.91 0.695 Tinggi
berkaitan.
Saya tahu penggunaan aplikasi Web 2.0 dapat
10 3.90 0.728 Tinggi
mewujudkan PdP secara kolaboratif.
Saya tahu aktiviti penilaian dapat dilaksanakan
11 3.88 0.778 Tinggi
dengan lebih pantas.
Saya tahu pelbagai inovasi pendidikan dapat
12 3.91 0.695 Tinggi
dihasilkan menggunakan Web 2.0.
Saya tahu proses pengajaran dan pembelajaran dapat
13 3.84 0.767 Tinggi
dijalankan dengan lebih berkesan menerusi Web 2.0
Min keseluruhan 3.88 Tinggi

Hasil dari analisis yang dijalankan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 6, didapati bahawa
tahap pengetahuan pensyarah Matematik Kejuruteraan di Politeknik Malaysia terhadap penggunaan
Web 2.0 bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan
skor min sebanyak 3.88. Item di mana saya tahu membentuk satu jaringan komunikasi menggunakan
kemudahan Web 2.0 di luar bilik kuliah bersama pelajar mendapat skor min tertinggi iaitu sebanyak
3.96. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan pensyarah dalam penggunaan Web 2.0 telah
membolehkan pelajar tidak sekadar mengakses internet untuk mendapatkan maklumat, namun
mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial bersama pensyarah dan rakan
sekuliah. Secara keseluruhan bagi item-item yang dinilai menunjukkan bahawa penggunaan Web 2.0
dalam bidang pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara bersemuka dan juga secara dalam talian. Namun
begitu, item saya tahu pengajaran dengan menggunakan Web 2.0 dan Internet dapat meningkatkan
minat pelajar dalam pembelajaran perlu diberi perhatian kerana mendapat skor min yang terendah
iaitu sebanyak 3.77. Ini disebabkan oleh faktor pengalaman memandangkan pembelajaran Matematik
Kejuruteraan yang biasa diajar secara bersemuka sebelum ini tetapi terpaksa dijalankan secara dalam
talian.

Tahap Sikap Pensyarah Terhadap Penggunaan Web 2.0

Data yang dianalisis dalam jadual 7 adalah berkaitan dengan tahap sikap pensyarah Matematik
Kejuruteraan di Politeknik Malaysia terhadap penggunaan Web 2.0 di dalam pengajaran dalam talian.
Sebanyak 13 item soalan dikemukakan kepada responden melalui soalselidik.

BorNCe’21  541
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

Jadual 7 Tahap sikap pensyarah terhadap terhadap penggunaan Web 2.0


N = 209
Bil Pernyataan Sisihan
Min Interpretasi
Piawai
Saya sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti kursus-
1 4.00 0.676 Tinggi
kursus kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam talian
2 Saya berminat untuk mempelajari teknologi yang baharu 4.14 0.690 Tinggi
Saya menggunakan Portal CIDOS untuk melancarkan proses
3 3.70 1.105 Tinggi
PdP saya
Saya berjaya menjadikan pembelajaran teradun seperti
4 3.90 1.021 Tinggi
melalui Portal CIDOS, Whatsapp dan Telegram
Saya sentiasa memberikan sokongan psikologi dari aspek
5 emosi dan sosial kepada pelajar saya untuk belajar di dalam 4.00 0.744 Tinggi
talian.
Saya mengambil inisiatif mewujudkan platform sokongan
6 emosi dan sosial kepada pelajar seperti melalui Facebook, 3.78 0.925 Tinggi
aplikasi Whatsapp dan Telegram.
Saya sentiasa bersedia menghasilkan pengajaran yang
7 3.95 0.715 Tinggi
menarik secara dalam talian
Saya memperbaiki cara pengajaran saya melalui medium
8 3.98 0.661 Tinggi
pengajaran yang diperkenalkan.
Saya mencari idea menghasilkan inovasi yang berevolusi
9 berdasarkan permasalahan yang timbul semasa PdP dalam 3.79 0.785 Tinggi
talian.
Saya berasa lebih mudah berinteraksi dengan pelajar melalui
10 3.89 0.767 Tinggi
medium pengajaran yang digunakan.
Saya mengamalkan ‘Dasar Soalan Terbuka’ di mana pelajar
11 4.13 0.726 Tinggi
bebas bertanya pada bila-bila masa secara maya.
Saya peka tentang kemudahan yang ada di institusi untuk
12 3.47 1.156 Sederhana
melaksanakan PdP dalam talian
Saya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pengajaran
13 4.05 0.667 Tinggi
dalam talian
Min keseluruhan 3.91 Tinggi

Berdasarkan jadual 7, hanya item ke dua belas (12) iaitu ‘Saya peka tentang kemudahan yang
ada di institusi untuk melaksanakan PdP dalam talian’ mendapat skor min pada tahap sederhana iaitu
sebanyak 3.47. Ini mungkin disebabkan oleh perlaksanaan PKP yang menyebabkan kebanyakan
pensyarah bekerja dari rumah dan kurang pasti tentang kemudahan yang disediakan di institusi
masing-masing. Manakala lain-lain item dalam kajian ini mendapat skor min pada tahap yang tinggi.
Item ‘Saya berminat untuk mempelajari teknologi yang baharu’ mendapat skor min tertinggi iaitu
sebanyak 4.14. Dapatan ini memberi maklumat kepada pihak kementerian, jabatan atau institusi
supaya perlu mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan atau kursus-kursus berkaitan teknologi
baharu yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Impak pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dijangkakan akan wujudnya pelbagai
inovasi yang kreatif di kalangan pensyarah. Ianya dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian tahap sikap
pensyarah melalui kenyataan item ‘Saya mendapat idea inovasi-inovasi yang berevolusi berdasarkan
permasalahan yang timbul dalam PdP dalam talian’ yang mendapat skor min sebanyak 3.79 iaitu
berada pada tahap tinggi. Selain itu, kesan positif kepada pelajar pula ditunjukkan oleh tahap sikap
pensyarah yang mengamalkan ‘Dasar Soalan Terbuka’ di mana pelajar bebas bertanya pada bila-bila
masa secara maya dengan mendapat skor min pada tahap tinggi sebanyak 4.13. Ini sudah tentunya

BorNCe’21  542
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar. Keadaan ini dapat mendorong pelajar-pelajar yang
kurang berkeyakinan bertanya soalan secara bersemuka untuk menghubungi pensyarah melalui
Whatsapp, Telegram atau lain-lain medium yang digunakan. Pensyarah juga mendapat manfaat ini
kerana tidak perlu lagi terikat dengan temujanji bersama pelajar sebaliknya boleh menjawab soalan
pelajar pada bila-bila masa yang sesuai.
Secara keseluruhannya, purata skor min keseluruhan tahap sikap pensyarah Matematik
Kejuruteraan di Politeknik Malaysia terhadap terhadap penggunaan Web 2.0 pengajaran dalam talian
adalah sebanyak 3.91 dan ianya berada pada tahap yang tinggi. Walaupun tahap sikap berada pada
interpretasi yang tinggi, namun pensyarah-pensyarah ini juga perlu sentiasa diberikan dorongan dan
sokongan oleh pihak institusi bagi mengekalkan sikap positif mereka kerana sesi pengajaran dan
pembelajaran Matematik Kejuruteraan adalah satu proses yang mencabar lebih-lebih lagi dijalankan
secara dalam talian.

Hubungan Sikap Dengan Tahap Pengetahuan Pensyarah Terhadap Penggunaan Web 2.0

Dapatan kajian bagi mengkaji hubungan sikap dengan tahap pengetahuan pensyarah terhadap
penggunaan Web 2.0 bagi tujuan pengajaran dalam talian adalah seperti yang ditunjukkan dalam
jadual 8.

Jadual 8 : Hubungan sikap dengan tahap pengetahuan pensyarah


terhadap penggunaan Web 2.0
Hubungan Nilai Signifikan (p) Pekali Kolerasi
Sikap dan pengetahuan 0.000 0.631

Berdasarkan jadual 8, nilai pekali kolerasi yang diperolehi adalah 0.631 dengan nilai signifikan
kurang daripada 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan
pengetahuan pensyarah terhadap penggunaan Web 2.0 bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Tahap hubungan pula adalah berada di tahap sederhana dan mempunyai bentuk hubungan yang
positif.

5 Kesimpulan

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan berbentuk positif di antara sikap
dan tahap pengetahuan pensyarah Matematik Kejuruteraan di Politeknik Malaysia terhadap
penggunaan Web 2.0 bagi pengajaran secara dalam talian. Walaupun tahap hubungan berada pada
tahap sederhana namun hubungan berbentuk positif bermaksud semakin tinggi tahap sikap pensyarah
maka semakin tinggi tahap pengetahuannya terhadap penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dalam
talian. Dengan kata lain, tahap sikap pensyarah akan mempengaruhi tahap pengetahuannya terhadap
penggunaan Web 2.0 dalam mengoptimumkan kaedah pengajaran secara dalam talian.
Hasil kajian diharap dapat menyumbang maklumat dan memberi manfaat kepada Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia amnya dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti khususnya.
Maklumat-maklumat dari kajian ini dapat membantu pihak pentadbir dan pengurusan bagi merancang
dan mengatur strategi yang dapat meningkatkan motivasi dan kecekapan pensyarah untuk
meningkatkan pengetahuan dalam bidang e-learning dan teknologi-teknologi yang baharu. Di
samping itu, pengkaji mencadangkan agar kajian berkenaan pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian terhadap pemikiran kreatif pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan dan kesannya
ke atas hubungan sosial pensyarah dan pelajar perlu dilakukan pada masa akan datang.

BorNCe’21  543
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

Rujukan

[1] Ajzen, I., & Fishbein, M. (2005). The influence of attitudes on behaviour. The handbook of attitudes.
Red. D. Albarracin, BT Johnson & MP Zanna. Mahwah: Erlbaum, 173-221.
[2] Anderson, T. (2008). The Theory and Practice of Online Learning: Second Edition (Athabasca
University Press) (2nd ed.). Athabasca, Canada: Athabasca University Press.
[3] Baharuddin, S. H., & Badusah, J. (2016). Tahap Penggunaan Web 2.0 dalam Pengajaran Guru Bahasa
Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 38–48.
[4] Carliner, S. (2004). An Overview of Online Learning (2nd ed.). Amherst, United States: HRD Press.
[5] Fadila, N., Mahamod, Z., & Mohammad, W. M. R. W. (2016). Kompetensi, sikap dan penggunaan
aplikasi web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 52-58.
[6] Guilford, J.P. dan Franchter, B. (1973). Fundamental Statistic in Psychology and Education. New
York : McGraw Hill.
[7] Hamzah, M. S. G., Paim, L., & Abdullah, M. F. N. L. (2013). Buku panduan pembinaan instrumen
“Anda dan Kepenggunaan.” Tanjung Malim, Perak: Emeritus Publication.
[8] Ismail, N., Ali, W. W., Yunus, A. S. M., & Ayub, A. M. (2014). The effects of blended learning
methods on educational achievement and the development of online material in a Curriculum
Information Document Online System (CIDOS) for computer application courses. Malaysian Journal
of Distance Education, 16(2), 59-82.
[9] Izmirli, Z. A., & Kirmaci, M. (2017). New Barriers to Technology Integration. Eurasian Journal of
Educational Research, 17(72), 1. https://doi.org/10.14689/ejer.2017.72.8
[10] Kementerian Pengajian Tinggi. (2020, May 27). MoHE - Pengendalian Aktiviti Akademik Di
Kampus Institusi Pendidikan Tinggi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan [Press
release]. Dimuat turun daripada https://www.mohe.gov.my/en/announcements/media-
statement/pengendalian-aktiviti-akademik-di-kampus-institusi-pendidikan-tinggi-semasa-dan-pasca-
perintah-kawalan-pergerakan
[11] Lendal, H. K. (1997). Management by Menu. London, United States: John Wiley & Sons, Inc.
[12] Mary R. Lynn. (1986). Determination and Quanti ficatiom of Content Validity. Journal of
Experimental Psychology: General.
[13] Mohamad, S. N. M., Salam, S., & Bakar, N. (2014). Lecturers’ Perceptions and Attitudes Towards
the Usageof Online Learning at Polytechnic. learning, 51, 43.
[14] Najmi Syahiran, M. (2020, April 21). Normal baharu: PKP jadikan guru lebih kreatif dalam
penggunaan PdPc. Dimuat turun daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/normal-
baharu-pkp-jadikan-guru-lebih-kreatif-dalam-penggunaan-pdpc-239446
[15] Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2020, March 16). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri
Mengenai COVID-19 - 16 Mac 2020. Dimuat turun daripada
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-covid-19-16-
mac-2020-2/
[16] Pritchett, C. G., Pritchett, C. C., & Wohleb, E. C. (2013). SRATE Journal. Usage, Barrier and
Training of Web 2.0 Technology Applications, 22(2), 29–38.
[17] Razali, S. N., & Shahbodin, F. (2014). The usage of CIDOS and social network sites in teaching and
learning processes at Malaysian polytechnics. Journal: Internation Journal Of Computers And
Technology, 13(4).
[18] Rodrigues, I. B., Adachi, J. D., Beattie, K. A., & MacDermid, J. C. (2017). Development and
validation of a new tool to measure the facilitators, barriers and preferences to exercise in people with
osteoporosis. BMC Musculoskeletal Disorders.

BorNCe’21  544
Prosiding Borneo National Conference 2021  BorNCe’21
Kolej Komuniti Tawau, Malaysia  20 – 21 Oktober 2021

[19] Rubio, D. M., Berg-weger, M., Tebb, S. S., Lee, E. S., & Rauch, S. (2003). Objectifying Content
Validity: In Social Work Research. Social Work Research.
[20] Saad, N., & Sankaran, S. (2014). Hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan web 2.0 tools
dalam kalangan pensyarah universiti. International Conference on Postgraduate Research 2014
(ICPR 2014), 299–304.
[21] Stapa, M. A., Ibrahim, M., & Yusoff, A. (2017). Kolaborasi dalam Pendidikan Vokasional:
Mewujudkan Pembelajaran Teradun Melalui Teknologi Web 2.0. Journal Of ICT In Education
(JICTIE), 4, 35–51.
[22] Umbit, A. F., & Taat, M. S. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran
dalam kalangan pelajar di institut. Jurnal Penyelidikan IPGK BL, 13, 1-14.
[23] Xhaferi, G., Bahiti, R., & Farizi, A. (2018). Investigation of lecturer' attitudes towards e-learning
according to demographic variables. European Journal of Formal Sciences and Engineering, 1(1),
11-16.
[24] Xhaferi, G., Farizi, A., & Bahiti, R. (2018). Teacher' attitudes towards e-learning in higher education
in Macedonia Case study: University of Tetovo. European Journal of Electrical Engineering and
Computer Science, 2(5).
[25] Zamanzadeh, V., Ghahramanian, A., Rassouli, M., Abbaszadeh, A., Alavi-Majd, H., & Nikanfar, A.-
R. (2015). Design and Implementation Content Validity Study: Development of an instrument for
measuring Patient-Centered Communication. Journal of Caring Sciences.

BorNCe’21  545

You might also like