Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih Tel & Faks : 07-8251198


e-mail : jba3062@moe.edu.my
81600 Pengerang,
jba3062@edidik.edu.my
Johor Darul Ta’zim laman web:https://www.facebook.com/sktanjungpengelih/

Ruj Kami : JBA3062/700/1/2/5


Tarikh : 22 September 2022

Pegawai Memerintah,
KD Sultan Ismail,
Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM,
Pangkalan TLDM Tg Pengelih,
81600 Pengerang.

Tuan,

MEMOHON PENGANGKUTAN UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH


KEBANGSAAN TANJUNG PENGELIH.

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih akan


mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid-murid Tahap 2. Lawatan ini akan
diadakan pada:

Tarikh : 3 November 2022


Masa : 7.00 pagi (Bertolak)
Tempat : Legoland, Johor
Peserta : 40 orang (termasuk 4 orang guru)

2. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon kenderaan bas dari pihak TLDM
untuk membawa murid-murid ke tempat yang dilawati.

3. Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan dapat membantu
bagi melancarkan lagi perjalanan tersebut. Jasa baik pihak tuan kami dahului dengan
ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih

Sekian terima kasih,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih Tel & Faks : 07-8251198
e-mail : jba3062@moe.edu.my
81600 Pengerang,
jba3062@edidik.edu.my
Johor Darul Ta’zim laman web:https://www.facebook.com/sktanjungpengelih/

Ruj Kami : JBA3062/600


Tarikh : 11 Ogos 2022

Pegawai Memerintah,
KD Sultan Ismail,
Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM,
Pangkalan TLDM Tg Pengelih,
81600 Pengerang.

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN BARANG KEPERLUAN UNTUK MAJLIS PENUTUPAN


SEMARAK KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih akan


mengadakan majlis penutupan Semarak Kemerdekaan Hari Malaysia peringkat
sekolah. Berikut adalah butiran mengenai majlis:

Tarikh : 15 September 2022 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Ilmiah
Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih

2. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pinjaman peralatan bagi


melancarkan perjalanan majlis pada hari tersebut. (Rujuk Lampiran)

3. Jasa baik pihak tuan kami dahului dengan ucapan penghargaan dan jutaan
terima kasih.

Sekian terima kasih,

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………..…….
Lampiran

Keperluan Peralatan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Kuantiti


1 Kanopi 3
2 Kerusi Plastik 100
3 PA Sistem
4 Wireless microphone 4

You might also like