Kajian Kes Sejarah Tingkatan 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 2

Tajuk Kajian : Kekayaan sumber alam di Alam Melayu


menyebabkan pelbagai kegiatan ekonomi dapat
dijalankan

Nama Penulis : Sri Maisara Syahirah bt Sulaiman Mokhtari

Kelas : 2 Aranda

Nama Guru : En Mahesparan A/L Kolakan


JADUAL KERJA
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulilah kerana dengan izin Allah SWT, saya telah


diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan kerja
kursus sejarah ini dengan jayanya.
Di sini saya ingin mengucapkan setingi-tinggi penghargaan
kepada semua yang menjayakan kajian kes ini. Saya ingin
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah
saya iaitu Cikgu Mahesparan A/L Kolakan.
Terima kasih tidak terhingga buat kedua orang tua saya yang
menjadi sumber dan telah sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang
diperlukan untuk melengkapkan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terbabit secara
langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya, pengalaman dan
pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna.
Sekian, terima kasih
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1.0 PENYATAAN MASALAH 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.0 KAEDAH KAJIAN 2

4.0 HASIL DAPATAN

4.1 PENGENALAN: KEKAYAAN SUMBER ALAM 3


KERAJAAN ALAM MELAYU
4.2 KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT
KERAJAAN ALAM MELAYU 4

4.3 KESAN KEMAJUAN EKONOMI KEPADA


6
SESEBUAH NEGARA
4.4 IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA
KEGEMILANGAN KERAJAAN ALAM MELAYU 6
KEPADA GENERASI MUDA PADA HARI INI

5.0 RUMUSAN 7

6.0 RUJUKAN 8
1.0 PENYATAAN MASALAH
Kerja kursus kajian kes ini memberi pendekatan terhadap persoalan
tentang kekayaan sumber alam yang terdapat di Alam Melayu. Kajian
juga akan memberi keutamaan kepada kegiatan ekonomi yang
dijalankan oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu. Selain itu,kesan
kemajuan ekonomi kepada sesebuah negara juga ditampilkan dalam
kerja kursus ini . Akhir sekali, kajian akan menghuraikan iktibar yang
diperoleh daripada kegemilangan kerajan Alam Melayu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Pengetahuan:
Menyenaraikan kekayaan sumber alam di Alam Melayu yang
menyebabkan pelbagai kegiatan ekonomi dapat dijalankan

Kemahiran:
Meneroka bukti - dapat menganalisis dan megenal pasti kegiatan ekonomi
masyarakat kerajaan Alam Melayu.
Nilai:
1. Memupuk semangat kreatif dan inovatif
2. Memupuk sikap kegigihan memajukan negara
3. Memupuk semangat kerajinan dalam diri

1
3.0 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menganalisis dan
mendapatkan maklumat,iaitu:

Kaedah Bertulis
Saya merujuk kepada buku teks dan buku latihan dengan mengkaji dan
meneliti serta mencatat isu-isu yang diperlukan.

Kaedah Perbincangan
Saya berbincang dengan Guru Sejarah saya,ibu dan ayah saya juga rakan-rakan
sekelas untuk menyiapkan kajian kes ini.

Kaedah Penyelidikan Internet


Saya membuat carian Internet untuk mendapatkan rujukan bagi kajian kes ini.

2
4.0 HASIL DAPATAN
4.1 PENGENALAN : KEKAYAAN SUMBER ALAM KERAJAAN ALAM MELAYU

Alam Melayu terkenal sebagai kerajaan yang kaya dengan


sumber alam.Alam Melayu mempunyai tanah yang subur untuk
kegiatan pertanian. Pada tahap awal, kegiatan pertanian
bertujuan untuk menyara diri sahaja. Namun begitu, apabila
terdapat lebihan hasil pertanian, lebihan tersebut akan
dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan
penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian.
Sebahagian besar kawasan Alam Melayu ditanam dengan
padi.Hujan membekalkan air ke tasik-tasik besar seperti di
Tonle Sap yang digunakan untuk mengairi kawasan padi
sawah.

Selain itu,kerajaan Alam Melayu juga terkenal dengan


kekayaan rempah ratusnya seperti bunga cengkih,buah pala
dan lada hitam.
Seterusnya,Alam Melayu juga kaya dengan hasil hutan dan
hasil laut.Antara hasil hutan dan hasil laut yang mendapat
permintaan tinggi daripada pedagang asing ialah
gaharu,sarang burung,rotan,kapur barus,gamat,mutiara dan
rumpai laut.
Sumber alam seperti bijih timah,perak dan bijih besi juga
terdapat di Alam Melayu.
3
4.2 : KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU

Alam Melayu mempunyai tanah yang subur untuk kegiatan


pertanian. Pada tahap awal, kegiatan pertanian bertujuan untuk
menyara diri sahaja. Namun begitu, apabila terdapat lebihan
hasil pertanian, lebihan tersebut akan dipasarkan atau
dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak
terlibat dalam kegiatan pertanian, Sebahagian besar kawasan
Alam Melayu ditanam dengan padi.Selain itu,Alam Melayu juga
menanam tanaman lain seperti pisang,tebu dan bijan.

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi


kerajaan Alam Melayu. Barangan dari Alam Melayu menjadi
tarikan pedagang luar. Selain itu, kedudukan Alam Melayu di
tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat, dan adanya
kemudahan pelabuhan telah membolehkan kerajaan Alam
Melayu berkembang maju hasil kegiatan perdagangan dengan
pedagang luar. Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat
menyimpan barang dagangan dan kawasan berjual beli.Rempah
merupakan barang dagangan utama Alam Melayu yang
didagangkan kepada pedagang-pedagang daripada China,India
dan Arab.Selain itu,Alam Melayu juga memperdagangkan hasil-
hasil hutan dan laut.Antara hasil hutan yang diperdagangkan
adalah seperti kayu gaharu yang digunakan untuk membuat
minyak wangi dan sarang burung layang-layang yang
digunakan dalam bidang kesihatan dan perubatan.

.
4
Seterusnya,antara hasil laut yang diperdagangkan adalah
seperti gamat yang dijadikan bahan makanan dan
perubatan,rumpai laut yang dijadikan makanan dan mutiara
yang digunakan sebagai barang perhiasan.Kegiatan ekonomi
yang seterusnya pula adalah kegiatan perlombongan dan
pembuatan.Antara kegiatan perlombongan yang dijalankan
adalah perlombongan emas,bijih besi dan perak manakala
kegiatan pembuatan yang dilakukan adalah pembuatan
tembikar yang mahir dibuat oleh masyarakat kerajaan
Champa.Sementara itu,masyarakat kerajaan Majapahit
mengusahakan pembuatan garam,gula dan minyak.Selain
itu,masyarakat kerajaan Champa pula mengusahakan
pembuatan cuka kelapa.

5
4.3:KESAN KEMAJUAN EKONOMI KEPADA SESEBUAH NEGARA.

Terdapat pelbagai kesan kemajuan ekonomi kepada sesebuah


negara.Kemajuan ekonomi mampu menjana ekonomi negara
serta membantu pembangunan dalam negara.Selain
itu,kemajuan ekonomi mampu menyediakan peluang pekerjaan
kepda masyarakat yang boleh mengurangkan kadar
pengangguran di Malaysia.Seterusnya,ianya mampu
meningkatkan imej negara agar tidak dipandang serong oleh
negara luar.Kemajuan ekonomi juga boleh menjamin
kesejahteraan kepada masyarakat serta meningkatkan taraf
hidup rakyat dan pendapatan negara.Akhir sekali,kemajuan
ekonomi membolehkan kerajaan untuk menyediakan
infrastruktur yang baik kepada rakyat.

4.4:IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA KEGEMILANGAN KERAJAAN


ALAM MELAYU KEPADA GENERASI MUDA PADA HARI INI

Sebagai seorang anak muda,kita perlulah bijak memanfaatkan


sumber kekayaan negara.Kita juga perlulah berpemikiran kreatif
serta inovatif demi kemajuan diri dan negara.Selain itu,Anak
muda perlulah berusaha dan bertanggungjawab untuk
memajukan negara.Akhir sekali,kita haruslah menjaga ekonomi

negara kerana ianya merupakan sebuah aspek yang penting


untuk membina kegemilangan tamadun bangsa dan negara

6
5.0 RUMUSAN

Sepanjang menjalankan kajian kes ini,saya memperoleh


pengetahuan berkaitan kegiatan ekonomi masyarakat kerajaan-
kerajaan Alam Melayu.

Hasilnya,saya dapat merumuskan bahawa kita haruslah bijak


memanfaatkan kekayaan sumber alam untuk kemakmuran
ekonomi negara.

Kesimpulannya,jelaslah bahawa kemajuan ekonomi


merupakan satu aspek yang sangat penting untuk
membangunkan negara.Di masa yang akan datang,saya
berharap agar Malaysia dapat munculsebagai sebuah negara
maju yang setanding dengan negara lain di dunia ini.

7
6.0 RUJUKAN
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Dr Suffian bin Mansor,Dr Mardiana binti Nordin :2017 Dewan Bahasa
Dan Pustaka

OH MY GURU MODUL Versi 6.0


Nora Johnday,Siti Amirah : 2022 Myteach SDN BHD

Laman Sesawang
https://www.slideshare.net/5006/dasar-
pembangunan-negara-malaysia

You might also like