Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA
KELANTAN DARUL NAIM

PIMK 3052
SENI DALAM PENDIDIKAN

Nama : NUR ATIQAH BINTI MUHAMAD


RAZALI

No. K/P : 021218-02-1000

Angka Giliran : 2021082340172

Program : PISMP

Ambilan : JUN 2021

Unit : PENDIDIKAN ISLAM 4

Nama Pensyarah : ENCIK MUHAMAD


KUSHAIRI BIN JUSOH

Tarikh Hantar : 20 MAC 2022


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
KOTA BHARU.

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: NUR ATIQAH BINTI MUHAMAD Angka Giliran: 2021082340172


RAZALI
Kod: PIMK3052 Nama Kursus: SENI DALAM PENDIDIKAN

Pensyarah: ENCIK MUHAMAD KUSHAIRI BIN JUSOH


Tarikh Hantar: 20 MAC 2022 Tarikh Terima diisi oleh Pensyarah:

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya’

Tanda tangan Pelajar: Atiqah Tarikh: 20 MAC 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Atiqah Tarikh:


BIL. MUKA
ISI KANDUNGAN SURAT

1 PENGHARGAAN 1

2 PENGENALAN 2

3 KONSEP ASAS 2

4 TEORI PEMBELAJARAN 3-4


- TEORI KECERDASAN PELBAGAI
- TEORI KONSTRUKTIVISME
- TEORI HOKA HOKI

5 ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM PROSES 4-5


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
- SENI VISUAL
- SENI MUZIK
- SENI PERGERAKAN

6 PENUTUP 6

7 RUJUKAN 7-8
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana


dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek Seni Dalam
Pendidikan (PIMK 3052) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Encik Muhamad Kushairi Bin Jusoh, selaku pensyarah Seni Dalam
Pendidikan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
saya Encik Muhamad Kushairi Bin Jusoh atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan
ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

1
1.0 PENGENALAN

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu bidang yang digunapakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang meliputi tiga elemen iaitu seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan (Faridah Nazir et al, 2015). Seni Dalam Pendidikan ini amat patut diterapkan
dalam pembelajaran kerana ia berperanan meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Di
samping mampu memberikan pelbagai impak yang positif kepada murid, seperti mereka akan
dapat meneroka, memperoleh pengalaman, serta mampu meningkatkan kreativiti, sensitiviti,
daya imaginasi dan estetika melalui pancaindera (Md.Nasir Ibrahim,2003). Secara tidak
langsung ia juga akan turut membentuk insan yang bersifat holistik, iaitu bersifat menyeluruh
dan tidak sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja (Kamus Dewan Edisi Keempat).

2.0 KONSEP ASAS

Pembentukan individu bersifat holistik adalah matlamat utama bagi Seni Dalam Pendidikan.
Ketiga-tiga elemen asas dalam Seni Dalam Pendidikan, iaitu seni visual, muzik dan
pergerakan adalah bertujuan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Apabila seni diterapkan dalam pendidikan, ia akan lebih menarik minat
murid-murid untuk belajar kerana mereka lebih berminat terhadap perkara-perkara yang
mempunyai tarikan yang kreatif. Murid juga akan menjadi lebih kreatif dan berkembang dari
segi intelek dan penyelesaian masalah

2
3.0 TEORI PEMBELAJARAN

3.1 TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Terdapat beberapa teori yang menyokong Seni Dalam Pendidikan. Salah satunya adalah
Teori Kecerdasan Pelbagai daripada Horward Gardner yang dikatakan sebagai kaedah untuk
mencapai kecemerlangan melalui asas pemupukan minda murid (Abdullah, 1993). Hal ini
kerana, setiap murid mempunyai kemahiran atau kecerdasan yang berbeza, maka strategi
pengajaran juga perlu dipelbagaikan. Kecerdasan pelbagai tersebut adalah verbal – linguistik,
logik – matematik, visual – ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Dalam teori ini, terdapat sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang meliputi kebolehan,
bakat dan kemahiran semulajadi (Gardner, 1983). Salah satunya adalah kecerdasan muzik,
individu yang memiliki kecerdasan ini amat menggemari muzik serta akan meluahkan
perasaan melaluinya. Mereka amat sensitif dan peka terhadap bunyi-bunyian yang terdapat
di sekeliling mereka. Gaya pembelajaran individu yang cenderung terhadap muzik ini adalah
kaedah pengajaran lisan.

3.2 TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme pula adalah teori yang mengatakan bahawa perkembangan kanak-
kanak berlaku secara sistematik, logik dan rasional. Individu juga akan membentuk atau
mengkonstruk mengenai apa yang telah mereka fahami dan pelajari (Azizi Yahaya, Asmah
Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawaziah Yahya, 2005). Dalam teori ini, individu memerlukan
bimbingan verbal atau bantuan daripada orang lain untuk saling membina pengetahuan baru.
Teknik scaffolding yang terdapat dalam teori ini dapat membantu murid menguasai sesuatu
pembelajaran, dengan menggunakan teknik penjelasan verbal, tanda isyarat, soal jawab dan
sebagainya. Prinsip konstruktivisme menekankan pembelajaran yang berpusatkan kepada
murid yang mengamalkan komunikasi dua hala, iaitu antara guru dan murid. Selain itu, murid
juga perlu membentangkan isi pelajaran atau pengetahuan mereka dalam bentuk
persembahan supaya lebih mudah untuk mendapat kefahaman. Ini amat berkait rapat dengan
salah satu elemen seni iaitu dari segi pergerakan, disebabkan teori ini memerlukan murid
untuk mendapatkan bimbingan secara verbal.

3
3.3 TEORI HOKA HOKI

Seterusnya teori otak kiri otak kanan, atau lebih dikenali sebagai teori hoka hoki. Menurut
kajian yang telah dijalankan oleh Edward Gardner, Roger Sperry dan Hermann, otak memiliki
pelbagai fungsi dan ia memerlukan penyuburan dalam pembentukan insan kamil. Bahagian
otak terbahagi kepada dua, iaitu otak kanan dan otak kiri yang turut mempunyai cara
pemikiran yang berbeza. Gaya pemikiran otak kiri adalah vertikal iaitu lebih kepada logik,
rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Manakala otak kanan pula adalah lebih
menyeluruh, bebas dan rawak. Ia lebih cenderung ke arah perkara yang kreatif, kesenian atau
visual. Teori ini dikatakan penting dalam Seni Dalam Pendidikan kerana ia melibatkan salah
satu elemen, iaitu elemen seni visual yang terdapat pada individu yang lebih cenderung
terhadap penggunaan otak kanan.

4.0 ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

4.1 SENI VISUAL

Elemen seni visual mempunyai kaitan dengan teori hoka hoki. Hal ini kerana, dalam teori
tersebut, otak kanan lebih banyak memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan
visual berbanding hal-hal yang menjurus kepada fakta atau analitik dalam mempelajari
sesuatu pembelajaran atau perkara baharu. Misalnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menjalankan aktiviti mewarnakan huruf-huruf jawi
dengan menyediakan pelbagai jenis pensil warna yang menarik. Kelebihan melakukan aktiviti
menggunakan elemen seni visual ini adalah dapat menarik minat murid untuk belajar apabila
wujudnya unsur-unsur warna yang akan menambahkan keseronokan dan keceriaan
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, aktiviti seperti ini juga akan
dapat mencungkil bakat murid dan dapat dikenal pasti tahap kreativiti mereka.

4
4.2 SENI MUZIK

Seterusnya, elemen seni muzik yang juga berkaitan dengan teori kecerdasan pelbagai, dapat
menjadi salah satu tarikan kepada murid. Antara elemen yang terdapat dalam seni muzik ini
adalah irama, yang mana ia boleh menarik minat dan perhatian seseorang apabila mendengar
muzik. Terdapat banyak irama yang berada di sekeliling kita tanpa disedari, seperti bunyi
titisan air, derapan tapak kaki, degupan jantung dan banyak lagi. Dalam pembelajaran
Pendidikan Islam, seni muzik ini dapat diaplikasikan bagi membantu murid meningkatkan
kekuatan minda untuk menghafal sesuatu perkara yang telah dipelajari. Contohnya seperti
murid menyanyikan lagu 25 nabi dan rasul. Kaedah nyanyian secara berulang-ulang yang
diguna pakai akan lebih memudahkan murid untuk mengingat nama 25 nabi dan rasul dengan
betul dan lancar berbanding menghafalnya tanpa ada iringan muzik dan juga irama. Contoh
lainnya adalah nyanyian niat puasa yang kerap kali digunakan kerana ia akan lebih mudah
untuk dihafal oleh murid.

4.3 SENI PERGERAKAN

Elemen seni pergerakan pula, turut berkait dengan teori kecerdasan manusia oleh Horward
Gardner dari segi kecerdasaan kinestetik. Individu yang mempunyai kecerdasan kinestetik
dapat menggunakan pergerakan tubuh untuk meluahkan perasaan, menyelesaikan
permasalahan dan meminati aktiviti seperti bersukan, menari dan perkara yang melibatkan
kemahiran motor. Sebagai contoh, perlakuan dalam solat ataupun rukun fi’li dapat
disimulasikan oleh murid bagi meningkatkan tahap pemahaman mereka tentang ibadah solat.
Pengajaran menerusi elemen pergerakan akan membuatkan pelajar lebih fokus dan dapat
menumpukan perhatian dengan lebih baik. Selain itu, berdasarkan teori konstruktivisme yang
belajar berpusatkan murid, ia juga mempunyai perkaitan iaitu murid dikehendaki untuk
melakukan pembentangan kepada rakan sekelas mengenai apa yang dipelajari. Penerangan
yang dibuat dan disertai dengan gaya sebagai contoh akan meningkatkan kefahaman murid-
murid. Faedah yang diperoleh melalui elemen pergerakan ini, murid akan menggunakan
kesemua deria yang dimiliki dan juga dapat meningkatkan kemahiran motor mereka dalam
proses menerima ilmu pengetahuan.

5
5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Seni Dalam Pendidikan adalah amat penting untuk diaplikasikan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, ia memberi banyak impak yang positif
dan lebih berkesan terhadap murid. Tambahan lagi, ia turut berfungsi untuk meningkatkan
lagi pemahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran di sekolah kerana terdapat beberapa
elemen dalam Seni Dalam Pendidikan dan strategi pembelajaran juga dapat dipelbagaikan
mengikut kesesuaian dan tahap kreativiti murid.

6
RUJUKAN

Abdullah, J. (1993). Pendidikan muzik semasa. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawaziah Yahya. (2005). Aplikasi kognitif

dalam pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional

Cik Syue. (2022). Perkaitan sdp dengan teori pembelajaran


Tarikh bahan diakses pada 19 Mac 2022 daripada
http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/09/perkaitan-sdp-dengan-teori-
pembelajaran.html

Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Noraini Mohd, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad,

Hartini Kana & Sunizah Ali. (2015). Seni dalam pendidikan. Selangor: Sasbadi Sdn.

Bhd.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: Theory of multiple intelligences. New York: Basic Books

Inc

Guest. (2020). Ulasan kritis mengenai konsep dan teori pembelajaran serta kepentingan seni

dalam pendidikan. Tarikh bahan diakses pada 18 Mac 2022

https://pdfcoffee.com/ulasan-kritis-tentang-konsep-dan-teori-pembelajaran-serta-
kepentingan-seni-dalam-pendidikandocx-pdf-free.html

Hashim Harun. (2017). Seni dalam pendidikan. Tarikh bahan diakses pada 18 Mac 2022

daripada https://www.academia.edu/31785970/SEni_DLM_Pendidikan_docx

Jono Towy. (2015). Aplikasi seni dalam pengajaran.


Tarikh bahan diakses pada 20 Mac 2022 daripada
https://www.academia.edu/11680286/APLIKASI_SENI_DALAM_PENGAJARAN_1_0
_Pengenalan_kepada_seni

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Md Nasir Ibrahim. (2003). Pendidikan Seni: Untuk Maktab & Universiti. Kuala Lumpur: PTS

Publication & Distributors Sdn. Bhd.

7
Sajidin Jais. (2015). Teori kecerdasan pelbagai. Tarikh bahan diakses pada 19 Mac 2022
daripada https://www.academia.edu/10609507/Teori_kecerdasan_pelbagai

Unknown (2020). Ulasan seni dalam pendidikan. Dia’s Blog


Tarikh bahan diakses pada 18 Mac 2022 daripada
https://diyanasir.wordpress.com/2020/10/28/ulasan-seni-dalam-pendidikan/

You might also like