Soalan Muar 2016

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SULIT* 1

944/2 Peperiksaan
Ekonomi Percubaan 2016
Kertas 2
April
2016
2 Jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MUAR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2 TAHUN 2016


(PRA-UNIVERSITI)

EKONOMI
KERTAS 2
Masa : 2 jam

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN
BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A, empat soalan daripada Bahagian B, dan dua
soalan daripada Bahagian C.

Ada dua puluh soalan dalam Bahagian A. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan. Pilih satu jawapan yang betul dan tandakan jawapan itu pada Borang Jawapan. Aneka
Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Gunakan helaian jawapan yang berasingan bagi tiap-tiap Bahagian B dan C.

Tunjukkan semua penghitungan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

Markah untuk soalan atau Bahagian soalan dalam B dan C diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini mengandungi 80 markah.

Kertas soalan ini terdiri daripada 9 halaman bercetak termasuk kulit


© Peperiksaan Percubaan 2016 Hak Cipta JKD Ekonomi Daerah Muar

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Antara berikut, yang manakah bukan isu ekonomi?


A Inflasi
B Pengangguran
C Kestabilan politik negara
D Pertumbuhan ekonomi yang rendah

2 Berikut menunjukkan proses pengeluaran oleh sebuah ekonomi.

Keluaran Kayu Balak Papan Perabot

Nilai keluaran [RM juta] 405 812 1,201

Jumlah nilai ditambah bagi proses pengeluaran perabot ialah


A RM405 juta
B RM796 juta
C RM872 juta
D RM1 201 juta

3 Jika nilai Keluaran Negara Kasar (KNK) kos faktor lebih besar daripada nilai KNK harga
pasaran, maka
A cukai tak langsung adalah positif
B cukai tak langsung lebih kecil daripada subsidi
C cukai tak langsung lebih besar daripada subsidi
D pembayaran faktor bersih ke luar negeri adalah positif

4 Jadual di bawah menunjukkan data tentang ekonomi sebuah negara.

Butiran RM juta
Subsidi 9000
Cukai tak langsung 24 000
Pendapatan faktor bersih luar negeri 3000
Susut nilai 25 000
KDNK kos faktor 83 000

Berapakah Keluaran Negara Kasar (KNK) kos faktor?


A RM58 000 juta
B RM65 000 juta
C RM71 000 juta
D RM86 000 juta

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

5 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan jumlah tabungan
dalam sesebuah negara.

Pendapatan negara Tabungan


(RM juta) (RM juta)
200 100
240 110

Berapakah kecenderungan mengguna sut?


A 0.25
B 0.46
C 0.50
D 0.75

6 Diberikan fungsi perbelanjaan agregat bagi sebuah ekonomi tiga sektor (RM juta);
C = 250 + 0.75Yd.
I = 300
G = 200
T = 200

Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?


A RM 900 juta
B RM 1000 juta
C RM 1200 juta
D RM 3000 juta

7 Dasar fiskal yang paling sesuai untuk mengatasi masalah inflasi ialah
A mengurangkan perbelanjaan kerajaan
B menambahkan perbelanjaan kerajaan
C mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menambahkan cukai
D menambahkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai

8 Nilai pendapatan negara pada tingkat keseimbangan ekonomi terbuka lebih kecil daripada
tingkat pendapatan ekonomi tiga sektor jika
A Import melebihi eksport
B Pelaburan melebihi tabungan
C Tabungan melebihi penggunaan
D Perbelanjaan kerajaan melebihi cukai

9 Dalam analisis keseimbangan permintaan agregat-penawaran agregat (AD - AS), peningkatan


perbelanjaan isi rumah akan menyebabkan
A tingkat harga umum dan keluaran negara menurun
B tingkat harga umum dan keluaran negara meningkat
C tingkat harga umum menurun tetapi keluaran negara meingkat
D tingkat harga umum meningkat tetapi keluaran negaratidak berubah

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

10 Gambar rajah dibawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan penawaran agregat
(AS) bagi sebuah ekonomi.

Harga

AS

P1

Po
AD1
ADo
0 Yo Y1 Keluaran negara

Harga naik daripada P0 ke P1 disebabkan


A pengurangan eksport
B kenaikan kadar cukai
C pengurangan stok modal
D peningkatan kecenderungan mengguna sut.

11 Dalam sebuah pasar didapati harga sayur kangkong ialah RM2.40 sekilogram dan harga timun
ialah RM2.00 sekilogram. Ini menunjukkan wang berfungsi sebagai
A alat ukuran nilai
B alat bayaran tertunda
C alat penyimpan nilai
D alat perantaran pertukaran

12 Sebuah bank perdagangan menerima deposit semasa sebanyak RM3000 dari seorang
pelanggan, dan nisbah rizab tunai ialah 25%. Berapakah pertambahan penawaran wang yang akan
diciptakan pada peringkat kedua proses penciptaan kredit?
A RM1312.50
B RM1687.50
C RM2250.00
D RM3937.50

13 Mengikut Teori Kuantiti Wang Fisher, jika jumlah urusniaga, T = 800 unit, halaju wang,
V = 10 dan bekalan wang, M = RM640. Apabila bekalan wang berkurangan sebanyak 25 peratus,
maka tingkat harga akan berubah daripada
A RM4 kepada RM3
B RM3 kepada RM4
C RM5 kepada RM4
D RM4 kepada RM5

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

14 Perangkap kecairan ialah


A bahagian keluk permintaan wang yang anjal sempurna terhadap kadar bunga
B bahagian keluk permintaan wang yang tidak anjal sempurna terhadap kadar bunga
C keadaan apabila orang ramai terperangkap memegang sejumlah bon semasa harganya
sedang jatuh
Dbahaya yang dihadapi oleh pelabur yang gagal memegang peratusan tertentu daripada aset
merekadalam bentuk wang tunai

15 Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, kadar bunga akan meningkat sekiranya
A bekalan wang meningkat
B tingkat tabungan meningkat
C tingkat pelaburan meningkat
D permintaan terhadap wang meningkat

16 Perdagangan antarabangsa wujud kerana


A kos lepas berbeza
B nilai mata wang berbeza
C corak penggunan berbeza
D kapasiti pengeluaran berbeza

17 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang X dan barang Y oleh seunit buruh di negara
A dan negara B.

Negara
Negara A Negara B
Pengeluaran
Barang X (unit) 180 40
Barang Y (unit) 60 80

Berapakah pertambahan output selepas pengkhususan?


A 40 unit barang X dan 120 unit barang Y
B 20 unit barang X dan 140 unit barang Y
C 120 unit barang X dan 40 unit barang Y
D 140 unit barang X dan 20 unit barang Y

18 Sekiranya Bank Pusat ingin menetapkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia terhadap Dolar
Singapura daripada S$1 = RM2.30 kepada S$1 = RM2.20, ia perlu
A membeli Ringgit Malaysia dan menjual Dolar Singapura
B membeli Dolar Singapura dan menjual Ringgit Malaysia
C membeli kedua-dua Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura
D menjual kedua-dua Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura

19 Untuk mengatasi masalah defisit dalam imbangan pembayaran, kerajaan akan


A menambahkan import
B mengurangkan eksport
C menurunkan nilai mata wang
D menggalakkan kemasukkan buruh asing

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

20 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan penawaran (SS) domestik
sebuah negara selepas perdagangan antarabangsa dan tarif.
Harga (RM)

D S

30
20 S2
10 S1

D
S
0
Kuantiti (juta )
20 25 30 35 40

Berapakah hasil kerajaan daripada pengenaan tarif?


A RM100 juta
B RM150 juta
C RM 200 juta
D RM 300 juta

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

Bahagian B [40 markah]

Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Jelaskan mengapa matlamat yang berikut ingin dicapai dalam ekonomi;
(i) guna tenaga penuh [2]
(ii) kestabilan tingkat harga umum [2]
(b) Jelaskan tiga faktor yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi. [6]

22 (a) Apakah maksud pendapatan per kapita? Dengan contoh berangka bagaimana ia
dihitung? [4]
(b) Huraikan tiga kelemahan data pendapatan perkapita sebagai pembanding taraf hidup
antara negara. [6]

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila
pelaburan meningkat. [8]

24 Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan permintaan aggregat–penawaran aggregat


(AD-AS), huraikan kesan pertambahan bekalan wang terhadap tingkat keseimbangan pendapatan
negara dan harga. [10]

25 Encik Amir menyimpan wang tunai sebanyak RM10 000 dalam deposit semasa di Bank A.
Andaikan nisbah rizab tunai ialah 20 peratus dan tiada lebihan rizab. Terangkan proses penciptaan
kredit yang berlaku sepenuhnya. [10]

26 (a) Apakah maksud kadar pertukaran asing? [2]


(b) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan proses penentuan kadar pertukaran asing antara
Ringgit Malaysia (RM) dan Dolar Singapura (S$) dalam sistem kadar pertukaran boleh ubah. [8]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

Bahagian C [20markah]

Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan data keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran
Negara Kasar (KNK) Malaysia (dalam RM juta) pada harga tetap tahun 2000

Butiran 2014 2015


KDNK 209 365 213 585
KNK 190 324 195 052

(a) Hitung pendapatan faktor bersih luar negeri pada tahun 2014 dan 2015 [3]
(b) Nyatakan kesan nilai pendapatan faktor bersih luar negeri yang diperolehi pada tahun
2014 dan 2015 kepada ekonomi negara. [2]
(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan nilai KDNK dan KNK tahun 2015 [3]
(d) Antara KDNK dengan KNK, yang manakah lebih sesuai menggambarkan pertumbuhan
ekonomi Malaysia? Mengapa? [2]

28 Berikut adalah maklumat tentang sebuah ekonomi;


Fungsi penggunaan, C = 500 + 0.6Yd dengan Yd = Y - T
Fungsi pelaburan, I = RM300 juta
Fungsi cukai, T = RM40 juta
Perbelanjaan kerajaan, G = RM200 juta

(a) Terbitkan fungsi perbelanjaan agregat ekonomi tiga sektor. [2]


(b) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [3]
(c) Sekiranya keseimbangan pendapatan pada tingkat guna tenaga penuh ialah RM2500 juta;
(i) hitung lompang deflasi/lompang inflasi. [2]
(ii) berapakah perubahan cukai diperlukan untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh?
[2]
(d) Sekiranya ekonomi tersebut menjadi ekonomi terbuka dengan fungsi eksport dan import
masing-masing X = RM50 juta dan M = 20 + 0.1Y, Terbitkan fungsi bocoran ekonomi tersebut
[1]

29 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran kamera mikro dan kaca mata oleh seunit buruh di
negara X dan negara Y sebelum perdagangan antarabangsa.

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9

Pengeluaran
Negara
Kamera Mikro (unit) Kaca Mata (unit)
X 50 100
Y 10 60

(a) Negara manakah yang mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kamera mikro
dan kaca mata. [4]
(b) Sediakan jadual pengeluaran negara X dan negara Y selepas pengkhususan. [2]
(c) Bolehkah kedua-dua negara menetapkan kadar pertukaran pada 1 unit kamera mikro = 1
unit kaca mata? Mengapa? [2]
(d) Andaikan kedua-dua negara bersetuju menjalankan perdagangan pada kadar pertukaran 1
unit kamera mikro = 4 unit kaca mata, dan negara yang mengkhusus dalam pengeluaran kamera
mikro mengimport sebanyak 80 unit kaca mata, sediakan jadual penggunaan negara X dan
negara Y selepas perdagangan. [2]

944/2 [Lihat sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like