Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

030321-01-1251

1.0 PENGENALAN

Menurut akhbar Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
(2012) pernah membuat kenyataan bahawa "Kepelbagaian sosio budaya inilah yang
menjadi aset utama negara dan perlu dipelihara dan terus disemarakkan di bawah
gagasan 1Malaysia,". Beliau membuat kenyataan ini demi memastikan kelangsungan
keharmonian dan kesejahteraan di Malaysia dapat terus dinikmati oleh generasi akan
datang. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2015), sosio- merupakan
awalan asing berkaitan dengan faktor sosial atau kemasyarakatan. Selanjutnya,
budaya mempunyai beberapa maksud. Antaranya ialah kemajuan fikiran, akal budi
merangkumi cara berfikir dan berkelakuan dan sebagainya.

Selain itu, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2015)
budaya juga didefinisikan sebagai membiasakan sesuatu perilaku atau perbuatan yang
baik supaya berbudaya atau beradab, kebudayaan keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan
penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun,atau
peradaban. Oleh yang demikian, pengkaji dapat dirangkaikan bahawa definisi
sosiobudaya merupakan faktor sosial atau kemasyarakatan yang berkaitan dengan
cara berfikir dan cara hidup sesuatu masyarakat di sesuatu kawasan.

Tema tugasan yang dipilih oleh pengkaji ialah sosial dan budaya iaitu
makanan. Tema tersebut telah menunjukkan sesebuah masyarakat yang mengamalkan
makanan tradisional secara turun-temurun mengikut tradisi sejak dahulu lagi.
Pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mendalami kajian tentang makanan
tradisional khususnya dalam kalangan masyarakat India di Taman Permas 6, Johor
Bahru. Hal ini dikatakan demikian kerana pengkaji berpendapat bahawa terdapat
banyak persoalan yang boleh dirungkai dan seterusnya memberi peluang kepada
pengkaji untuk mengetahui serta memahami tentang sajian makanan tradisional dalam
perayaan masyarakat India di Taman Permas 6, Johor Bahru dengan lebih mendalam.

Oleh itu, pengkaji telah menetapkan tajuk kajian yang berkaitan “Sajian
Makanan Tradisional dalam Perayaan Masyarakat India di Taman Permas 6, Johor
Bahru.” Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), sajian ialah hidangan atau
santapan. Sajian secara umumnya bermaksud sesuatu makanan yang disajikan kepada
yang hendak makan. Sajian juga ditakrifkan sebagai makanan yang disajikan pada
masa tertentu seperti sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, dan
makan malam.

Menurut Sayyid Sabiq (Tahun 2014), makanan merupakan sesuatu yang boleh
dimakan oleh semua benda hidup terutamanya manusia dengan tujuan menjaga
kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Makanan berperanan besar
dalam kehidupan manusia daripada sudut budaya. Bagaimana makanan dinikmati dan
kandungannya yang boleh membawa penyakit turut dikaitkan dengan budaya.
Pemilihan makanan berdasarkan idea kesihatan dan pantang larang turut dikaji.
Makanan yang berunsurkan angin, bisa, tajam dan kesannya kepada kesihatan
masyarakat India antara kajian diet masyarakat India. Masyarakat India kaya dengan
kepelbagaian makanan tradisionalnya yang tersendiri. Menerusi makanan, latar
belakang masyarakat dapat dikenal pasti termasuklah keunikan budaya sesebuah
kelompok termasuk cara mereka berinteraksi dalam sistem sosial dapat difahami
dengan lebih baik.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), tradisional ialah sesuatu


kebiasaan yang kekal turun temurun dan ia merupakan amalan yang sudah sebati
dengan sesuatu masyarakat. Tradisional juga boleh ditakrifkan sebagai kebiasaan
yang diturunkan dari nenek moyang yang diturunkan dari generasi ke generasi turun
temurun dan masih diamalkan secara meluas oleh masyarakat kini. Sesuatu atau
seseorang itu dikatakan tradisional jika sikap, cara berfikir, bertindak, atau ciri-ciri
lain mengikut adat, tabiat, atau norma yang diwarisi turun temurun. Menurut
Marwanti (2000: 112), makanan tradisional mempunyai pengertian makanan sehari-
hari, baik berupa makanan ruji, makanan ringan, atau hidangan istimewa yang telah
diturunkan dari semasa ke semasa moyang. Cara memproses resipi dan rasa makanan
tradisional rasa secara amnya turun temurun sehingga makanan tradisional di setiap
tempat atau wilayah adalah berbeza.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), perayaan ialah pesta untuk
merayakan sesuatu peristiwa. Perayaan ini disambut oleh keramaian antara kaum dan
masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji, terdapat beberapa sorotan
kajian lepas yang telah dijadikan sebagai rujukan. Menurut Firdaus Mahmud (2018),
kajian hubungan etnik yang dijalankan oleh beliau telah memfokuskan tentang
perayaan-perayaan berdasarkan agama yang disambut oleh masyarakat di negara ini.
Di samping itu, kajian turut mendapati perayaan-perayaan yang pelbagai ini
memperlihatkan keunikan Malaysia dan menjadi suatu tarikan kepada pelancong-
pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri perayaan- perayaan yang
setiap satunya mempunyai keunikan dan nilai-nilai yang tersendiri. Misalnya dalam
agama Islam, perayaan yang diraikan ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari
Raya Qurban. Bagi penganut agama Buddha pula, perayaan Tahun Baru Cina dan
Cap Goh Mei merupakan antara perayaan yang wajib disambut oleh penganut agama
berkenaan yang majoritinya berbangsa cina. Manakala bagi penganut agama Hindu di
negara ini, antara perayaan yang diraikan ialah Deepavali dan Thaipusam.

Berdasarkan kajian Firdaus Mahmud (2018), beliau telah menyatakan


beberapa contoh iaitu perayaan Deepavali dan Thaipusam. Perayaan Deepavali
merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat di kuil seperti
perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk menghapuskan
segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-nilai murni.
Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas kembali
segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk
dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan
serta memberi cahaya baru kepada manusia. Perayaan-perayaan ini juga sangat
penting kerana pelbagai makanan tradisional akan dimasak dan dihidangkan.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), masyarakat didefinisikan


sebagai kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat dengan aturan.Masyarakat
didefinisikan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama sama di suatu tempat
dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula
menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai
individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.
Masyarakat juga menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.
Berdasarkan artikel Universiti Teknologi Malaysia masyarakat India merupakan
etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang
ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat
lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan terutamanya dari segi pemakanan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai
suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat
India secara umum.

Berdasarkan kajian Melanie ( 2016 ), beliau amat tertarik untuk menjalankan


kajian tentang makanan tradisional masyarakat India, iaitu manisan. Kajian ini
dilakukan kerana ingin mengetahui secara lanjut serta keunikan makanan tradisional
masyarakat India. Manisan merupakan makanan tradisional masyarakat India yang
sememangnya berasal dari negara India itu sendiri. Sebelum makanan tradisional ini
dibawa ke Tanah Melayu, hasil manisan ini terbentuk daripada gabungan beberapa
buah daerah di negara India. Imigrasi yang berlaku serta percampuran budaya
menghasilkan makanan tradisional yang unik. Sebahagian masyarakat India
beranggapan makanan yang terhasil merupakan simbol keagamaan dan identiti sosial
yang diamalkan oleh seseorang individu tersebut. Masyarakat India juga terdiri
daripada pelbagai penganut seperti Buddha, Jainisme, Punjabi dan juga Hindu.
Perbezaan penganut telah menghasilkan satu jenis makanan yang boleh dimakan oleh
semua penganut iaitu, manisan.
Menurut kajian lepas oleh pengkaji Nadhirah Razak ( 2016 ), di dalam kajian ini
pengkaji akan menerangkan tentang budaya makanan pelbagai kaum di Malaysia iaitu
Melayu, India dan Cina. Makanan tradisional kaum India yang turut menjadi
kegemaran oleh kaum-kaum lain seperti Muruku, Tosai, Idli, Nasi Beriani dan
macam-macam lagi. Nasi beriani ada beberapa jenis seperti nasi beriani gam yang
sememangnya turut digemari oleh bangsa lain juga. Selain itu, kuih muih seperti
vadai, muruku dan suji merupakan makanan tradisional kaum India. Roti canai turut
disukai oleh kaum India dan oleh masyarakat lain tidak kira di Malaysia atau
masyarakat di luar negara. Roti canai tidak jauh popularnya berbanding nasi lemak
yang amat diminati oleh rakyat Malaysia ketika bersarapan pagi. Roti canai enak di
makan bersama dal, kari dan sambal.

Rasional pengkaji menjalankan kajian ini adalah kerana penduduk yang terdiri
daripada kaum India yang menetap di Taman Permas 6 mengamalkan menu makanan
tradisional pada musim perayaan masyarakat India. Selanjutnya, keunikan makanan
tradisional masyarakat India pada hari perayaan kaum India juga merupakan rasional
untuk melaksanakan kajian ini. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti jenis-jenis
menu makanan tradisional dalam perayaan masyarakat India di Taman Permas 6,
Johor Bahru dan mengkaji simbolik keunikan makanan tradisi yang menjadi pilihan
masyarakat India di kawasan tersebut.

Kesimpulannya, melalui kajian ini pengkaji berhasrat bahawa masyarakat kini


akan sentiasa mengingati dan mengamalkan penyajian makanan tradisional ketika
menyambut hari perayaan masing-masing supaya generasi akan datang dapat
mengenali serta mewarisinya secara berterusan. Pengkaji juga berharap masyarakat
berbilang kaum dapat mengetahui tentang kepentingan dan keunikan sajian makanan
tradisional masyarakat India melalui kajian ini.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat dua objektif penting yang ingin dicapai iaitu:

2.1 Mengenal pasti jenis-jenis menu makanan tradisional dalam


perayaan masyarakat India di Taman Permas 6, Johor Bahru.

2.2 Mengkaji simbolik keunikan makanan tradisi yang menjadi pilihan


masyarakat India di Taman Permas Jaya 6, Johor Bahru.
3.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian ini dijalankan di kawasan perumahan Taman Permas Jaya 6 di


daerah Johor Bahru yang terletak di negeri Johor.

3.1 Peta Negeri

PETA 1 : NEGERI JOHOR

Sumber : Laman Web Google Map


Johor Darul Ta’zim, juga dikenali sebagai Johor, adalah negeri Malaysia di
selatan Semenanjung Malaysia. Johor mempunyai sempadan darat dengan negeri –
negeri di Malaysia Pahang di utara dan Melaka dan Negeri Sembilan di barat laut.
Sempadan Johor adalah sempadan maritim dengan Singapura di selatan dan Indonesia
di kedua - kedua barat dan timur. Keluasan Johor ialah 19,984km². Johor mempunyai
sebanyak 10 buah daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian,Kota Tinggi, Kluang,
Muar, Batu Pahat, Mersing , Tangkak dan mempunyai jumlah penduduk sebanyak
3,764,800. Kota Iskandar bagi negeri Johor ialah pusat pentadbiran berfungsi sebagai
bandar DiRaja yang diisytiharkan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim ibni
Almarhum Sultan Iskandar.

3.2 Peta Daerah

PETA 2 : DAERAH JOHOR BAHRU

Sumber : Laman Web Google Map

Peta di atas menyatakan peta kepada ibu negeri kepada Negeri Johor iaitu Johor
Bahru. Johor Bahru mempunyai sebanyak 876 000 penduduk dengan mempunyai
300km keluasan. Johor Bahru terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor
Bahru (MPJB). Johor Bahru merupakan pusat kegiatan ekonomi sebab Johor Bahru
mempunyai sektor perindustrian, pelancongan dan perdagangan. Pelabuhan yang
terkenal di Johor Bahru ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Tempat yang paling
terkenal untuk pelancongan di Johor Bahru ialah Legoland. Legoland di Johor Bahru
adalah Legoland pertama di Asia. Selain itu, di Johor Bahru juga terkenal untuk pusat
membeli belah dan kawasan pelancongan. Seterusnya, Johor Bahru dapat laluan untuk
digabungkan dengan negara jiran kita iaitu Singapura.

3.3 Peta Lokasi Kajian


Peta 3 : Kawasan Permas Jaya

Sumber : Laman Web Google Map

Permas Jaya ialah sebuah Bandar yang terletak di Johor Bahru dengan
mempunyai penduduk lebih daripada 300 000 penduduk. Permas Jaya terletak 15km
dari Bandaraya. Masa yang diambil untuk sampai dari Bandaraya ke Permas Jaya
ialah 20 minit. Permas Jaya ialah sebuah kawasan yang merangkumi semua asas yang
manusia diperlukan. Antara kemudahan yang Permas Jaya merangkumi ialah Permas
Jaya mempunyai semua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga Sekolah Menengah
Kebangsaan. Permas jaya juga mempunyai pusat membeli belah, Klinik tempat
aktiviti riadah, pusat tuisyen, kedai – kedai dan juga perkhidmatan pos. Permas jaya
dapat dihubungkan dengan pelbagai jenis lebuh raya. Antara contohnya, EDL dan
juga lebuh raya Pasir Gudang. EDL adalah laluan yang mengaitkan Permas Jaya
dengan bandar raya.

RAJAH 4 : PETA TAMAN PERMAS 6

Sumber : Laman Web Google Map

Peta di atas menunjukkan kawasan kajian ini iaitu di Taman Permas 6. Jarak di
antara kawasan kajian ini dengan Johor Bahru ialah 18 km dan ia mengambil 20 min
untuk sampai. Kawasan kajian ditadbir oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB).
Kawasan perumahan di Taman Permas 6 kebanyakan terdiri daripada masyarakat
kaum India. Terdapat juga sebuah kuil iaitu “Arulmigu Sri Maha Mariamman
Devasthanam Permas Jaya”. Kuil tersebut terletak di alamat NO 10, Jalan Permas
10/6, Bandar Baru Permas Jaya.

4.0.) METODOLOGI :

PENDAHULUAN :

Menurut kamus dewan edisi keempat maksud metodologi ialah sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan,disiplin, dan
sebagainya. Oleh ini,bahagian ini akan dibincangkan tentang reka bentuk kajian,
sampel kajian, batasan kajian, instrumen kajian dan prosedur analisis data bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

4.1) Reka Bentuk Kajian :

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian kualitatif merupakan satu rangka
rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan analisis data. Kajian ini
adalah untuk mengenal pasti jenis jenis menu makanan tradisional dalam perayaan
masyarakat India di Taman Permas 6, Johor Bahru. Selain itu, kajian ini juga
dijalankan untuk mengkaji simbolik keunikan makanan tradisi yang menjadi pilihan
masyarakat India di Taman Permas 6, Johor Bahru.

KAEDAH INSTRUMEN:
KAJIAN:
Kuantitatif Borang Soal
Selidik
Kualitatif Laman Web,
Pemerhatian
Jadual 1 : Kaedah Instrumen Kajian

4.2 ) Instrumen Kajian :

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep


yang berkaitan dengan jenis jenis menu makanan tradisional dalam perayaan
masyarakat India di Taman Permas 6, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor untuk
simbolik keunikan makanan tradisi yang menjadi pilihan masyarakat India di Taman
Permas 6, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor. Dalam kajian ini ‘BORANG
SOAL SELIDIK’ digunakan untuk menganalisis data.
4.3 ) Cara Mendapat Responden :

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang yang terdiri daripada penduduk
di kawasan perumahan Permas 6. Keseluruhan responden adalah terdiri daripada 30
masyarakat kaum India. Responden memberi kerja sama untuk mengisi borang soal
selidik yang disediakan oleh pengkaji. Melalui menggunakan kaedah ini ia
memudahkan pengkaji unt5uk mengumpulkan maklumat. Melalui kajian ini pengkaji
mendapat 30 responden dan juga mendapat 30 set jawapan. Pengkaji juga
menggunakan kaedah kualitatif bagi mencari maklumat di laman web.

4.4 ) Cara Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen
utama bagi mencapai objektif kajian. Seterusnya, pengkaji melakukan pemerhatian di
lokasi kajian bagi mengumpulkan data mengenai tajuk kajian. Selanjutnya, pengkaji
juga menggunakan kaedah rujukan untuk mengumpul data bagi menyiapkan kajian
ini dengan sempurna.

4.4.1 ) Soal Selidik

Soal selidik ialah satu kaedah dengan mengagihkan kertas borang kepada
responden di kawasan lokasi kajian. Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik
untuk menjalankan soal selidik bagi mendapatkan data dan pandangan secara
terperinci daripada penduduk setempat di Taman Permas 6, Johor Bahru. Pengkaji
telah mengedar borang soal selidik kepada 30 orang responden di Taman Permas 6,
Johor Bahru secara rawak.

Terdapat 3 bahagian dalam soal selidik kajian ini iaitu Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C. Bahagian A merupakan bahagian profil demografi responden
seperti kategori jantina, umur, tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan status
kehidupan. Selanjutnya, Bahagian B merupakan objektif kajian pertama iaitu
mengenal pasti jenis-jenis menu makanan tradisional dalam perayaan masyarakat
India di Taman Permas 6, Johor Bahru. Bahagian ini mengandungi 10 jenis menu
makanan tradisional masyarakat India.

Di samping itu, Bahagian C ialah objektif kajian kedua iaitu mengkaji


simbolik keunikan makanan tradisi yang menjadi pilihan masyarakat India. Bahagian
ini juga mengandungi 10 simbolik keunikan dan pengkaji menggunakan skala likert 4
peringkat bagi menilai objektif yang kedua. Setiap peringkat penilaian telah diberi
nombor sebagai wakil iaitu 1 mewakili sangat tidak setuju, 2 mewakili tidak setuju, 3
mewakili setuju dan 4 mewakili sangat setuju.

TAHAP KESETUJUAN
1 2 3 4
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

Jadual 2 : Skala Likert 4 Peringkat Digunakan dalam Borang Soal Selidik


Sumber : Kajian Lapangan 2022

4.4.2 ) Rujukan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), rujukan ditakrifkan sebagai
keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara atau sumber untuk dirujuk. Pengkaji
telah menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat bagi mencari definisi sesuatu
perkataan dalam kajian ini. Seterusnya, pengkaji juga telah melayari internet bagi
mencari sorotan kajian lepas iaitu jurnal yang berkaitan dengan kajian ini supaya
pengkaji dapat memperoleh gambaran dan menjadikannya sebagai panduan untuk
melaksanakan kajian. Rujukan daripada internet juga telah memudahkan urusan
pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan kajian ini.
4.4.3 ) Pemerhatian

Pemerhatian telah dilakukan dengan lawatan ke lokasi kajian. Dalam proses


pemerhatian ini,beberapa gambar telah diambil untuk dijadikan bukti berkaitan kajian
dilakukan di Taman Permas 6, Johor Bahru.

4.5 ) Cara Menganalisis Data

Pengkaji akan melakukan analisis data secara deskriptif iaitu melalui kuantitatif
dan kualitatif bagi menganalisis data yang diperoleh daripada kaedah soal selidik dan
kaedah rujukan bagi mendapatkan hasil kajian. Pengkaji akan menggunakan bentuk
kekerapan dan skala likert untuk menganalisis data yang diperoleh daripada soal
selidik. Data yang telah dianalisis akan dipaparkan dengan menggunakan jadual, graf
dan carta pai. Oleh itu, data-data yang diperoleh dapat dipersembahkan dengan rapi
dan sistematik.

4.6 ) Kesimpulan

Kesimpulannya, metodologi kajian mampu menjamin kesahihan sesuatu


maklumat yang diperoleh supaya kajian yang dilakukan adalah penuh berkualiti.
Pengkaji dapat menjalankan kajian dengan menggunakan pelbagai metodologi kajian
seperti borang soal selidik, pemerhatian dan kaedah rujukan. Hal ini telah
memudahkan pengkaji untuk mengumpul maklumat dan menganalisis hasil dapatan
kajian yang diperoleh melalui kaedah-kaedah tersebut dengan teratur, sistematik dan
berkesan.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan keputusan analisis data berdasarkan
hasil daripada borang soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah rujukan yang telah
dijalankan berkaitan dengan objektif kajian pengkaji. Proses analisis data telah
dijalankan terhadap objektif 1 iaitu mengenal pasti jenis-jenis menu makanan
tradisional dalam perayaan masyarakat India di Taman Permas 6, Johor Bahru dan
objektif 2 iaitu mengkaji simbolik keunikan makanan tradisi yang menjadi pilihan
masyarakat India.

5.1 Profil Demografi Responden


5.1.1 Jantina
JANTINA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)
Lelaki 13 43.3
Perempuan 17 56.7
JUMLAH 30 100
Jadual 2 : Profil Demografi Responden Mengikut Jantina
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 1: Jantina Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 2 dan rajah 1 menunjukkan profil demografi responden mengikut jantina


berdasarkan hasil dapatan daripada soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji. Dalam
jadual 2 dan rajah 1, jumlah responden lelaki adalah sebanyak 13 orang yang
bersamaan dengan 43.3% manakala jumlah responden perempuan yang terlibat adalah
sebanyak 17 orang yang bersamaan dengan 56.7%. Jelaslah bahawa, penduduk
setempat di kawasan Taman Permas 6, Johor Bahru kebanyakannya terdiri daripada
perempuan yang mampu memasak makanan tradisional berbanding lelaki yang harus
bekerja untuk menanggung keperluan harian keluarga. Kebanyakkan kaum wanita
lebih meminati bidang masakan tradisional dan mereka lebih mengetahui tentang
warisan makanan tradisional dalam keluarga mereka.

5.1.2 Umur
UMUR (TAHUN) KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)
21 - 30 8 26.7
31 - 40 9 30
41 - 50 7 23.3
51 - 60 4 13.3
60 dan ke atas 2 6.7
JUMLAH 30 100
Jadual 3 : Profil Demografi Responden Mengikut Umur
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 2 : Umur Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022
Berdasarkan jadual 3 dan rajah 2, jadual dan carta pai tersebut telah
menunjukkan profil demografi responden berdasarkan umur responden melalui
dapatan daripada borang soal selidik terhadap kajian “Sajian Makanan Tradisional
Dalam Perayaan Masyarakat India Di Taman Permas 6, Johor Bahru.” Daripada
jumlah 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 8 orang responden
berumur 21 hingga 30 tahun dan bersamaan dengan 26.7%. Selanjutnya, 9 orang
responden merupakan daripada kategori umur 31 hingga 40 tahun yang bersamaan
dengan 30%. Sebanyak 7 orang responden adalah berumur 41 hingga 50 tahun dan
bilangan ini bersamaan dengan 23.3%. Seterusnya, terdapat 4 orang responden dalam
kategori umur 51 hingga 60 tahun bersamaan dengan 13.3%. Bagi responden yang
berumur 60 tahun dan ke atas, bilangannya ialah 2 orang iaitu bersamaan dengan
6.7%.

Golongan majoriti adalah daripada responden dalam kategori 31 hingga 40


tahun iaitu 9 orang. Hal ini disebabkan oleh kategori umur ini terdiri daripada dewasa
yang mempunyai minat yang tinggi dalam makanan tradisional. Manakala golongan
minoriti adalah daripada kategori umur 60 tahun dan ke atas. Hal ini dapat dijelaskan
bahawa kategori tersebut merupakan golongan warga tua telah mengubah tabiat
makanan.

5.1.3 Tahap Pendidikan


Tahap Pendidikan KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)
PT3 3 10
SPM 11 36.7
STPM 3 10
IJAZAH 6 20
LAIN - LAIN 7 23.3
JUMLAH 30 100
Jadual 4 : Profil Demografi Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 3 :Tahap Pendidikan Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan jadual 4 dan rajah 3, jadual dan carta pai tersebut telah
menunjukkan profil demografi responden berdasarkan tahap pendidikan responden
melalui dapatan daripada borang soal selidik terhadap kajian “Sajian Makanan
Tradisional Dalam Perayaan Masyarakat India Di Taman Permas 6, Johor Bahru”.
Daripada jumlah 30 orang responden yang telah disoal selidik, keseluruhan responden
yang disoal selidik mempunyai latar belakang pendidikan. Sebahagian kecil
responden mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu Penilaian Menengah
Responden (PT3) iaitu seramai 3 orang sahaja dan hanya 10 peratus keseluruhannya.
Berdasarkan analisis data, responden yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia ialah seramai 11 orang iaitu hampir separuh daripada jumlah responden
yang mewakili 36.7 peratus. Seramai 3 orang yang mewakili 10 peratus daripada
keseluruhan responden mempunyai kelulusan STPM. Manakala bilangan responden
yang mempunyai tahap pendidikan tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda ialah seramai 6
orang mewakili 20 peratus sahaja.. Selain itu, latar belakang pendidikan responden
yang lain - lain termasuk diploma atau pendidikan kemahiran hidup mempunyai
seramai 7 orang atau 23.3 peratus. Aspek pendidikan turut memainkan peranan
penting dalam penyelidikan ini untuk mengkaji sejauh mana taraf pendidikan
responden mempengaruhi tahap pengetahuan tentang simbolik keunikan makanan
tradisional dengan lebih jelas.

5.1.4 Pekerjaan
PEKERJAAN KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)
Kerajaan 9 30
Swasta 12 40
Bekerja Sendiri 9 30
Lain - Lain 0 0
JUMLAH 30 100
Jadual 5: Profil Demografi Responden Mengikut Pekerjaan
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 4 : Pekerjaan Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 5 dan rajah 4 di atas menunjukkan profil demografi responden mengikut


pekerjaan berdasarkan hasil dapatan daripada soal selidik. Hasil kajian menunjukkan
bahawa terdapat 9 orang responden yang bekerja di sektor kerajaan yang bersamaan
dengan 30%. Dalam sektor swasta pula, terdapat 12 orang responden iaitu bersamaan
dengan 40%. Selanjutnya, jumlah responden yang bekerja sendiri adalah sebanyak 9
orang yang juga bersamaan dengan 30%. Tiada responden yang tidak bekerja di
Taman Permas 6, Johor Bahru. Sektor pekerjaan yang berbeza telah mencerminkan
berbagai-bagai status golongan responden dan aspek in penting untuk mendapat
pandangan yang berbeza dalam kajian ini.

5.1.5 Pendapatan
PENDAPATAN KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)
RM 3000 dan ke bawah 5 16.7
RM 3001 - RM 4000 5 16.7
RM 4001 - RM 5000 12 40
RM 5001 - RM 6000 4 13.3
RM 6001 dan ke atas 4 13.3
JUMLAH 30 100
Jadual 6 : Profil Demografi Responden Mengikut Pendapatan
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 5 : Pendapatan Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan jadual 6 dan rajah 5, jadual dan carta pai tersebut telah
menunjukkan profil demografi responden berdasarkan pendapatan responden melalui
dapatan daripada borang soal selidik terhadap kajian “Sajian Makanan Tradisional
Dalam Perayaan Masyarakat India Di Taman Permas 6, Johor Bahru.” Daripada
jumlah 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 5 orang responden
memperoleh pendapatan RM 3000 dan ke bawah bersamaan dengan 16.7%.
Selanjutnya, 5 orang responden memperoleh pendapatan RM 3001 - RM 4000 yang
juga bersamaan dengan 16.7%. Sebanyak 12 orang responden memperoleh
pendapatan RM 4001 - RM 5000 dan bilangan ini bersamaan dengan 40%.
Seterusnya, terdapat 4 orang responden yang memperoleh pendapatan RM 5001 - RM
6000 bersamaan dengan 13.3%. Bagi responden yang menjana pendapatan RM 6001
dan ke atas, bilangannya ialah 4 orang iaitu bersamaan dengan 13.3%. Maka, majoriti
responden yang memperoleh pendapatan yang ialah RM 4001 - RM 5000.

5.1.6 STATUS
STATUS KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)
BUJANG 9 30
BERKHAWIN 21 70
JUMLAH 30 100
Jadual 7 : Profil Demografi Responden Mengikut Status
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 6 : Status Responden


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 7 dan rajah 6, menunjukkan demografi responden berdasarkan Status.


Daripada 30 responden yang telah disoal selidik, responden yang status bujang
terdapat 9 orang bersamaan dengan 30%. Sementara itu, responden yang berkahwin
dalam kajian terdapat 21 orang responden bersamaan 70%. Hal ini menunjukkan
responden yang status berkahwin lebih berpotensi dan matang dalam mengetahui dan
menjaga warisan makanan tradisional.
5.2 Mengenal Pasti Jenis - Jenis Menu Makanan Tradisional Dalam Perayaan
Masyarakat India Di Taman Permas 6, Johor Bahru.
Bagi mengenal pasti jenis - jenis menu makanan tradisional dalam perayaan
masyarakat India di Taman Permas 6, Johor Bahru, berikut merupakan hasil dapatan
kajian daripada 10 jenis makanan yang dikemukakan dalam Bahagian B pada borang
soal-selidik.
Bil. Jenis - YA TIDAK
Jenis Menu
Makanan
Tradisional
BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS

1 MURUKKU 29 96.7 1 3.33

2 NEI 30 100 0 0
URUNDAI
3 ATHIRAASA 30 100 0 0
M

4 LADDU 30 100 0 0

5 PAYASAM 30 100 0 0

6 BRIYANI 30 100 0 0

7 IDLI 30 100 0 0

8 THOSAI 28 93.3 2 6.7

9 JALEBI 22 73.3 8 26.7

10 GULAB 20 66.7 10 33.3


JAMUN
11 LAIN - 0 0 0 0
LAIN
Jadual 8 :Demografi Responden Mengikut Jenis Makanan Tradisional
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 7 : Data Responden Mengikut Jenis Makanan Tradisional


Sumber : Kajian Lapangan 2022
Jenis - Jenis Menu YA TIDAK
Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
MURUKKU 29 1

Jadual 9 : Makanan Tradisional Murukku


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 8 : Makanan Tradisional Murukku


Sumber : Kajian Lapangan 2022
Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India
yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Seramai 29 orang responden
iaitu 96.7 % setuju bahawa Murukku adalah makanan tradisional masyarakat India.
Manakala, seorang persamaan iaitu 3.3% tidak setuju bagi menu makanan ini.
Kebanyakkan masyarakat India makan Murukku sejak kecil lagi Murukku boleh
didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.. Hal ini
dapat membuktikan bahawa Murukku merupakan warisan makanan masyarakat
India. Oleh itu, kebanyakan responden menyetujui kepada menu makanan Murukku.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
NEI URUNDAI 30 0

Jadual 10 : Makanan Tradisional Nei Urundai


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Carta 9 : Makanan Tradisional Nei Urundai


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Semua 30orang responden iaitu
100 % setuju bahawa Nei Urundai adalah makanan tradisional masyarakat India.
Semua masyarakat India pernah makan Nei Urundai walaupun sekali dalam
kehidupannya. Nei Urundai sangat digemari oleh masyarakat India kerana ia dalam
bentuk bola yang kecil yang manis. Hal ini dapat membuktikan bahawa Nei Urundai
merupakan warisan makanan masyarakat India. Oleh itu, semua responden
menyetujui kepada menu makanan Nei Urundai.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional
BILANGAN BILANGAN
ATHIRAASAM 30 0

Jadual 11 : Makanan Tradisional Athiraasam


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 10 : Makanan Tradisional Athiraasam


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Semua 30 orang responden iaitu
100 % setuju bahawa Athiraasam adalah makanan tradisional masyarakat India.
Semua masyarakat India makan Athiraasam masa perayaan dan juga hari biasa.
Athiraasam adalah satu makanan yang dapat disediakan dengan ramuan yang mudah.
Jenis - Jenis Menu YA TIDAK
Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
LADDU 30 0

Jadual 12 : Makanan Tradisional Laddu


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 11 : Makanan Tradisional Laddu


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Semua 30 orang responden iaitu
100 % setuju bahawa Laddu adalah makanan tradisional masyarakat India. Semua
masyarakat India suka makan Laddu disebabkan perisa yang manis. Laddu sangat
digemari oleh masyarakat India kerana ia dalam warna kuning yang menarik. Hal ini
dapat membuktikan bahawa Laddu merupakan warisan makanan masyarakat India.
Oleh itu, semua responden menyetujui kepada menu makanan Laddu.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
PAYASAM 30 0
Jadual 13 : Makanan Tradisional Payasam
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 12 : Makanan Tradisional Payasam


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Semua 30 orang responden iaitu
100 % setuju bahawa Payasam adalah makanan tradisional masyarakat India. Semua
masyarakat India suka Payasam disebabkan ia mengandungi perisa yang manis dan
tekstur susu. Ia adalah pencuci mulut yang hebat dan dinikmati sepanjang tahun.
Dalam versi selatan dan timur India ia dibuat untuk perayaan tertentu. Hal ini dapat
membuktikan bahawa Payasam merupakan warisan makanan masyarakat India. Oleh
itu, semua responden menyetujui kepada menu makanan Payasam.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
BRIYANI 30 0

Jadual 14 : Makanan Tradisional Briyani


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 13 : Makanan Tradisional Briyani


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Semua 30 orang responden iaitu
100 % setuju bahawa Briyani adalah makanan tradisional masyarakat India. Semua
masyarakat India suka Briyani disebabkan ia kaya dengan rempah ratus dan berlemak.
Ia bukan sahaja digemari oleh kaum India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang
lain pencuci mulut yang hebat dan dinikmati sepanjang tahun.Hal ini dapat
membuktikan bahawa Briyani merupakan warisan makanan masyarakat India. Oleh
itu, semua responden menyetujui kepada menu makanan Briyani.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
IDLI 30 0
Jadual 15 : Makanan Tradisional Idli
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 14 : Makanan Tradisional Idli


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Semua 30 orang responden iaitu
100% setuju bahawa Idli adalah makanan tradisional masyarakat India. Idli
mempunyai banyak jenis. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan
ringan. Makanan ini sering dihidangkan dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan
lain-lain. Hal ini demikian kerana, makanan tradisional ini menjadi pilihan bagi ramai
masyarakat India kerana ianya berkhasiat bagi tubuh badan. Oleh itu, semua
responden menyetujui kepada menu makanan Idli.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
THOSAI 28 2

Jadual 16 : Makanan Tradisional Thosai


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 15 : Makanan Tradisional Thosai


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Seramai 28 orang responden
iaitu 93.3 % setuju bahawa Thosai adalah makanan tradisional masyarakat India.
Manakala, 2 orang responden persamaan iaitu 6.7 % tidak setuju bagi menu makanan
ini. Semua masyarakat India menikmati makan Thosai sebagai sarapan atau pun
makan malam. Thosai merupakan makanan yang mudah disediakan. Dalam
pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, pengkaji dapat tahu bahawa 2 orang
responden yang tidak menyetujui Thosai sebagai makanan tradisional masyarakat
India merupakan keturunan campuran iaitu antara Kaum India dan Cina. Akhirnya,
kebanyakan responden menyetujui kepada menu makanan Thosai.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
JALEBI 22 8

Jadual 17 : Makanan Tradisional Jalebi


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 16 : Makanan Tradisional Jalebi


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Seramai 22 orang responden
iaitu 73.3 % setuju bahawa Jalebi adalah makanan tradisional masyarakat India.
Manakala, 8 orang responden persamaan iaitu 26.7 % tidak setuju bagi menu
makanan ini. Menurut akhbar South China Morning Post (2021) Jalebi berasal dari
India yang terkenal bagi rangup dan manis. Jalebi tidak hanya sebagai makanan
perayaan untuk acara-acara khusus seperti acara pernikahan dan acara kuil, tetapi juga
dianggap sebagai ubat untuk berbagai macam penyakit. 500 tahun yang lalu, seorang
pedagang Persia dari Iran membuat perubahan bagi Jalebi demi mengaut keuntungan.
Jalebi mendapat warna baru, tekstur yang kristal dan menjadi lebih rangup. Lama-
kelamaan masyarakat beranggapan salah bahawa Jalebi merupakan makanan berasal
dari Persia. Hal ini dapat membuktikan punca 8 responden tidak menyetujui Jalebi
sebagai makanan tradisional masyarakat India. Selain itu, kebanyakan responden
menyetujui kepada menu makanan Jalebi.

Jenis - Jenis Menu YA TIDAK


Makanan Tradisional

BILANGAN BILANGAN
GULAB JAMUN 20 10

Jadual 17 : Makanan Tradisional Gulab Jamun


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Rajah 16 : Makanan Tradisional Gulab Jamun


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual di atas menunjukkan statistik bilangan responden iaitu masyarakat India


yang setuju dan tidak setuju bagi menu makanan ini. Seramai 20 orang responden
iaitu 66.7% setuju bahawa Thosai adalah makanan tradisional masyarakat India.
Manakala, 10 orang responden persamaan iaitu 33.3% tidak setuju bagi menu
makanan ini. Di India, Gulab Jamun merupakan salah satu makanan tradisional yang
terkenal. Rupanya, tak hanya di India, Gulab Jamun juga menjadi makanan tradisional
di Pakistan, Nepal, Srilanka, dan Bangladesh. Meskipun disebut makanan tradisional,
membuat Gulab Jamun tidak terlalu sulit. Responden yang tidak menyetujui bagi
menu makanan Gulab Jamun sebagai makanan tradisional masyarakat India
berkemungkinan besar tidak mengetahui sejarah Gulab Jamun. Selain itu, kebanyakan
responden telah menyetujui untuk menu makanan tradisional membuktikan Gulab
Jamun warisan makanan masyarakat India.
5.3 Mengkaji Simbolik Keunikan Makanan Tradisi Yang Menjadi Pilihan
Masyarakat India Di Taman Permas 6, Johor Bahru.

Bagi mengkaji simbolik keunikan makanan tradisi yang menjadi pilihan masyarakat
India di Taman Permas 6, Johor Bahru, berikut merupakan hasil dapatan kajian
daripada 10 simbolik keunikan yang dikemukakan dalam Bahagian C pada borang
soal-selidik.

Bil. Sangat Tidak Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju
Setuju
Simbolik
Keunikan
B % B % B % B %

1 Pengamalan 0 0 0 0 18 60 12 40
adat resam sejak
turun temurun

2 Sebagai 0 0 0 0 16 53.3 14 46.7


pembuka acara
pembuka
sebelum
memulakan
majils
3 Mempunyai 0 0 0 0 17 56.7 13
pantang larang.

4 Kepercayaan 0 0 0 0 10 20
kaum

5 Mengeratkan 0 0 0 0 14 16
perpaduan
sesama kaum
dan antara
kaum
6 Menjaga 0 0 0 0 21 9
kesihatan

7 Menjadi 0 0 0 0 17 13
identiti
kaum India

8 Cara 0 0 0 0 13 17
penggunaan
bahan

9 Bahan – 0 0 0 0 14 16
bahan
masakan
yang
terdapat
dalam setiap
makanan
tradisi
10 Cara 0 0 0 0 16 14
penyediaan
makanan

You might also like