Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 5 KSSM

NAMA : AHMAD NAQIB NAQIUDDIN BIN AHMAD KAMIL

KELAS : 5 IBNU NAFIS

SEKOLAH : SEKOLAH IZZUDDIN SHAH

SOALAN

Sebagai Raja Berpelembagaan, kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja ditentukan oleh
Perlmebagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Sebagai rakyat
Malaysia, menjadi tanggungjawab kita untuk memartabatkan institusi beraja kerana institusi
ini menjadi lambing kedaulatan negara. Bincangkan.
a. Huraikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan.

Peranan dan kuasa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-pertuan Agong mempunyai peranan
yang besar dalam pentadbiran tanah air meliputi bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan
perundangan.

Di dalam bidang kuasa eksekutif, KBDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik
Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong akan melantik seorang Ahli
Dewan Rakyat yang pada hemat dan budi bicara baginda beliau mendapatkan sokongan dan
kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. Yang di-Pertuan
Agong juga melantik Menteri-menteri dan Timbalan Menteri-menteri daripada Ahli Dewan
Rakyat atau Ahli Dewan Negara dengan nasihat Perdana Menteri. Selain itu, Yang di-Pertuan
Agong melantik jawatan-jawatan penting. Baginda tuanku melantik Peguam Negara, Panglima
Angkatan Tentera, Ketua Audit Negara, Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis
dan beberapa ahli dalam Majlis Angkatan Tentera. Dalam aspek ketenteraan, Yang di-Pertuan
Agong merupakan pemeritah tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia. Baginda dibantu
oleh Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab di bawah kuasa baginda bagi
pemerintahan, tatatertib dan pemerintahan angkatan tentera serta perkara yang bersangkutan
dengan gerakan tentera. Akhir sekali, dalam aspek diplomatik, baginda berperanan melantik
diplomat Malaysia ke luar negara. Baginda juga menerima menghadap diplomat asing sebelum
mereka mula menjalankan tugas di Malaysia.

Di dalam bidang kuasa perundangan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memperkenankan


sesuatau Rang Undang-Undang yang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan
Dewan Negara. Dalam aspek persidangan parlimen, baginda mempunyai kuasa memanggil
Parlimen bersidang dan juga berkuasa untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen
menurut keperluan Perlembagaan. Ia selari dengan petikan Perlembagaan Malaysia menurut
Perkara 55 seperti yang dilampirkan di bawah:
Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa
mutlak untuk menghenti atau pun membubarkan Parlimen. Justeru, Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan persidangan
Parlimen dalam tempoh masa enam (6) bulan di antara persidangan yang lepas dalam
Ketua dalam persidangan
penggal  terakhir dan tarikh mesyuarat pertama Presiden penggal akan datang.
Hakim Mahkamah
Rayuan
Negara

Hakim Hakim Besar


Hakim
Besar Mahkamah
Mahkamah
Mahkamah Tinggi
Persekutua
Tinggi Sarawak dan
n
Malaya Sabah

Hakim Hakim
Mahkamah Mahkamah
Tinggi Rayuan

Dalam aspek agama pula, Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai Ketua Agama Islam di
negeri pemerintahan baginda sendiri, Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan;
Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Manakala, di negeri-negeri yang lain, urusan hal
ehwal agama Islam diketuai oleh sultan atau raja yang memerintah di negeri masing-masing.
Dalam urusan hak dan keistimewaan rakyat Malaysia, Yang di-Pertuan Agong
bertanggungjawab melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak
dan Sabah. Baginda juga bertanggungjawab melindungi kepentingan sah kaum lain. Akhir sekali,
dalam urusan pengisytiharan darurat, Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat
setelah baginda memastikan kebenaran wujudnya keadaan yang mengancam keselamatan
awam dan ekonomi negara.

Dalam bidang kuasa kehakiman, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong melantik hakim
Mahkamah Atasan atas nasihat Perdana Menteri setelah dipertimbangkan Suruhanjaya
Pelantikan Kehakiman dan berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Hakim Mahkamah
Atasan ini terdiri daripada:

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai Kuasa Pengampunan. Dalam hal jenayah di Wilayah
Persekutuan, seseorang yang sudah dijatuhi hukuman boleh memohon keampunan daripada
Yang di-Pertuan Agong. Baginda akan bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan. Baginda
berkuasa mengampunkan, menangguhkan dan meringankan hukuman yang dijatuhkan oloeh
Mahkamah Tentera, Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan.

b. Senaraikan alat-alat kebesaran Diraja yang menjadi lambang kekuasaan dan


kedaulatan Raja-raja Melayu.
Setiap pemerintah sudah pasti mempunyai alat atau peragaan yang melambangkan kekuasaan
dan kedaulatan pemerintah itu sendiri. Begitu juga dengan Raja-raja Melayu. Setiap sultan atau
raja di negeri-negeri mempunyai alat kebesaran diraja masing-masing. Di peringkat
persekutuan pula, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memiliki alat-alat kebesaran di-
Raja yang unik.

Antara alat kebesaran Diraja ialah Keris Panjang Diraja dan Keris Pendek Diraja. . Keris Panjang
Diraja adalah Keris Kerajaan dan merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, dari hulu
hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan
Persekutuan dan lambang sebelas Negeri-negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi
waja yang diambil daripada sebelas bilah keris negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk Tapak
Kuda dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja. Manakala Keris Pendek
Diraja pula diperbuat dari pada mata keris lama dengan berhulu dan bersarungkan gading
bertatahkan emas.

Selain itu, terdapat juga Cogan Alam, Cogan Agama dan Cokmar. Cogan Alam diperbuat
daripada perak. Panjang Cogan Alam ialah 162.66 sentimeter berupa suatu bulatan di atas hulu
tongkat. Di atas bulatan ini diperbuat anak bulan dengan bintang daripada emas. Di sekeliling
bulatan ini diterapkan dengan lambang sebelas Negeri-negeri Tanah Melayu yang diperbuat
daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri
manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi yang diperbuat daripada emas.
Cogan Agama juga diperbuat daripada perak. Panjangnya 155.04 sentimeter berupa sebatang
tongkat bulat berhulu besar. Di atas hulu tongkat itu diperbuat anak bulan dengan bintang
pecah lima daripada emas. Pada batang dan hulunya diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-
Quran. Cokmar pula merupakan dua batang tongkat pendek berhulukan kubah merupakan alat
perang zaman dahulu. Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya adalah 81.32
sentimeter.
Selain itu, antara alat kebesaran Diraja yang lain ialah Pedang, Keris Panjang dan Sundang
Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja adalah tiga senjata Melayu lama yang
dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris
panjang dan sundang zaman purbakala. Keris Panjang dan Sundang pula disalut dengan perak
serta berukir-ukir pada hulu dan sarungnya.
Payung Ubur-ubur Kuning, Tombak Berambu dan Singgahsana ini juga adalah sebahagian
daripada alat kebesaran diraja. Terdapat dua puluh kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang
diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja iaitu suatu warna yang dipandang
mulia oleh orang Melayu dan dikhaskan menjadi lambang kebesaran Raja-rajanya. Di
kemuncaknya dipasangkan anak bulan dengan bintang. Di samping itu terdapat dua puluh
batang Tombak Berambu yang matanya berlok tiga diperbuat daripada tombak-tombak pusaka
dari sebelas buah negeri di Semenanjung Malaysia. Singgahsana pula menonjolkan ukiran
tradisional Melayu, tulisan khat 99 nama Allah dan ayat-ayat suci al-Quran.

c. Bagaimanakah anda menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara dalam prinsip ke-
2 Rukun Negara.
Sebagai Rakyat Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan kesetiaan kita
kepada raja dan negara. Perkara ini telah termaktub di dalam prinsip Rukun Negara yang
menjadi tonggak perpaduan dan keharmonian Malaysia.

Kita boleh menzahirkan kesetiaan kepada raja dan negara dengan mematuhi perlembagaan dan
undang-undang negara. Sekiranya kita mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara,
negara akan terus harmoni dan aman. Sebaliknya, jika kita membangkan dan mengetepikan
perlembagaan dan undang-undang negara, kekacauan dan ketidakstabilan sosial akan berlaku.

Selain itu, kita juga menzahirkan kesetiaan kepada raja dengan memartabatkan institusi raja.
Cara memartabatkan institusi raja ialah kita menghormati institusi raja dengan tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah atau biadap kepada institusi diraja. Selain itu,
pihak kerajaan juga boleh memperkenalkan institusi raja dengan lebih mendalam melalui
pelbagai medium seperti dokumentari, rancangan televisyen, infografik dan sebagainya.

Akhir sekali, kita dapat menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara dengan menyemai
semangat patriotik dalam diri. Apabila diri mempunyai semangat patriotik, rasa sayang kepada
raja dan negara akan membara. Kita boleh memeriahkan sambutan-sambutan patriotik seperti
Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, hari keputeraan raja-raja, Hari Pahlawan dan sebagainya.
Semangat patriotic ini juga boleh dizahirkan dengan cara melawat ke tempat-tempat bersejarah
seperti Muzium Diraja, Muzium Negara, muzium-muzium tentera, Tugu Negara dan sebagainya.

Rujukan Kajian Kes


Buku atau bahan cetak

Dr. Mohamad Bin Samsudin, 2020, Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 5, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazril Aiman, 2021, FOCUS Sejarah SPM KSSM Tingkatan 4&5, Johor, Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd.

Pautan Internet

https://www.parlimen.gov.my/yang-di-pertuan-agong.html?uweb=yg&
https://www.istananegara.gov.my/alat-kebesaran-diraja/
https://www.pmo.gov.my/ms/2019/07/alat-kebesaran-diraja/

You might also like