Professional Documents
Culture Documents
KERTAS KERJA BWH 12 Pengelolaan 2022
KERTAS KERJA BWH 12 Pengelolaan 2022
SEKOLAH PENGELOLA
SK JALAN GURNEY 2
Selaras dengan program ini maka satu pengelolaan iaitu PERTANDINGAN BOLA
SEPAK BAWAH 12 TAHUN MSSWP DAERAH KERAMAT 2022 akan dilaksanakan oleh
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) pada bulan April 2020.
Sehubungan dengan itu, setiap zon di Wilayah Persekutuan diminta menyediakan empat buah
pasukan sekolah yang terbaik untuk kejohanan tersebut.
Sehubungan dengan itu, satu kejohanan bola sepak bawah 12 tahun akan diadakan
di zon masing-masing sebagai persediaan dan pemilihan pasukan yang terbaik bagi
membentuk pasukan zon ke pertandingan bola sepak bawah 12 tahun peringkat negeri nanti.
Pertandingan Peringkat Zon Keramat akan diadakan pada 20 hingga 24 Jun 2022 yang akan
dikelolakan oleh SK Jalan Gurney 2.
2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan pemain-pemain yang akan membawa kepada peningkatan dan kejayaan
MSSW Keramat dan pasukan negeri Wilayah Persekutuan di semua kejohanan sukan /
permainan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
2.2 Melahirkan pemain-pemain yang cemerlang dalam bidang sukan / permainan dan
akademik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara .
2.3 Mengetengahkan pemain yang berbakat dan berpotensi untukmewakili pasukan MSSWP
bwh 12 tahun ke kejohanan MSSM Peringkat Kebangsaan tahun 2022.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan program latihan yang saintifik dan bersistematik dan berterusan.
3.2 Menyediakan prasarana dan peralatan latihan yang mencukupi
3.3 Menyertai pelbagai kejohanan bola sepak / futsal
Pendapatan :
BIL PERKARA JUMLAH
1 Bayaran Pendaftaran
RM 100 satu pasukan x 26 buah pasukan RM 2600.00
JUMLAH RM 2600.00
Perbelanjaan :
BIL PERKARA JUMLAH
1 Imbuhan urusetia murid
(RM 5.00 X 48 orang murid) RM 240.00
2 Imbuhan urusetia guru
(RM 10.00 X 12 orang murid X 5 hari ) RM 600.00
3 Imbuhan Pengadil / Penolong Pengadil
- Hari Pertama (4 venue) : RM 30.00 X 20 orang RM 600.00
- Hari Kedua (4 venue) : RM 30.00 x 20 orang RM 600.00
- Hari Ketiga (2 venue) : RM 30.00 x 10 orang RM 300.00
- Hari Keempat (1venue) : RM 30.00 x 5 oorang RM 150.00
- Hari Kelima (1 venue ) : RM 30.00 x 5 orang RM 150.00
Total RM 1800.00
4 Persediaan padang
(RM 50.00 X 4 padang) RM 200.00
JUMLAH RM 2600.00
Pihak pengurusan bola sepak Zon Keramat mengharapkan kejohanan ini akan dapat
memberikan impak yang besar kepada para pemain. Pengetahuan , motivasi yang didedahkan akan
mampu membina semangat juang bertanding seterusnya mencatatkan keputusan yang lebih baik
untuk pasukan Zon Keramat amnya dan MSSWP khususnya.
..................................................... .........................................
(MOHD FARID BIN ABDULLAH) (NORIZA BINTI MUHAMAD)
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum
SK Jalan Gurney 2 SK Jalan Gurney
Kuala Lumpur Kuala Lumpur.
Disahkan oleh,
...........................................
(JAMILAH BINTI ARIFFIN)
Guru Besar
SK Jalan Gurney 2
Kuala Lumpur.