Proposal Sejarah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

TEMA 2 : SEJARAH POLITIK

1.TAJUK

SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN UMNO DARI TAHUN 1946

SEHINGGA TAHUN 2020.

2.PENGENALAN

Pertubuhan Bangsa Melayu Bersatu (UMNO) merupakan sebuah parti politik yang amat terkenal

dan utuh di Malaysia sejak kelahirannya pada tahun 1946. UMNO telah ditubuhkan oleh Dato’

Onn Jaafar yang juga merupakan seorang Menteri Besar bagi negeri Johor yang dilantik pada

tahun 1947. Terdapat lapan orang presiden UMNO yang bermula daripada Dato’ Onn Jaafar

pada tahun 1946 sehinggalah presiden UMNO yang terkini iaitu Dato’ Seri Ahmad Zahid

Hamidi. UMNO telah banyak memberikan sumbangan kepada rakyat berbangsa Melayu di

Malaysia. Parti UMNO juga amat terkenal sebagai sebuah parti yang menjadi tulang belakang

bagi Barisan Nasional, parti UMNO juga sering dikatakan sebagai sebuah parti yang menjadi

sebuah parti ketuanan Melayu dan parti nasionalisme Melayu. Bagi memberikan sumbangan dan

perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat jelata di Malaysia, UMNO telah menubuhkan

cawangan dan bahagian UMNO di seluruh Malaysia yang tidak terkira banyaknya.

3.OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang dan sejarah penubuhan dan

perkembangan UMNO di Malaysia. Disamping itu tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk

mengenal pasti sumbangan yang telah diberikan oleh UMNO kepada Malaysia dan rakyatnya
yang bermula dari tahun 1946 hingga tahun 2020. Selain itu, ianya juga bertujuan bertujuan

untuk menjelaskan tentang logo dan bendera UMNO yang telah digunakan.

4.PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian yang akan diselesaikan dalam kajian ini ialah untuk mengetahui bagaimana

UMNO telah ditubuhkan dan perkembangannya. Kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenal

pasti apakah sumbangan yang telah diberikan oleh UMNO kepada negara dan rakyat. Di

samping itu, kajian ini dijalankan bagi meninjau apakah maksud disebalik logo dan bendar yang

digunakan oleh parti UMNO.

5.SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh kajian dan

aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, saya telah memilih untuk menkaji UMNO secara

keseluruhan iaitu Parti UMNO di Malaysia. Dari segi tempoh kajian, ianya bermula dari tahun

1946 hinggan 2020 manakala daripada aspek yang dikaji adalah sumbangan UMNO kepada

negara dan rakyat serta makna dibalik logo dan bendera yang digunakan oleh UMNO.

6.SOROTAN KAJIAN LEPAS

Secara umumnya terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan dengan sejarah penubuhan

dan perkembangan dari awal penubuhan iaitu pada tahun 1947 hingga tahun 2020. Antaranya

ialah pertama, kajian yang dihasilkan oleh Seow Han Lin “Sejarah Penubuhan dan

Perkembangan UMNO di daerah Kubang Pasu pada tahun 2000 hingga tahun 2015” , kajian ini

amat mirip dengan kajian yang ingin saya lakukan iaitu tentang sejarah penubuhan UMNO.
7.KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, penulis menggunakan 2 kaedah kajian untuk mendapatkan

maklumat. Pada mulanya, penulis menjalankan penyelidikan ke perpustakaan bagi memperolehi

sumber primer dan sumber sekunder. Selain itu penulis juga mendapatkan maklumat melalui

kaedah temubual. Maklumat yang diperoleh akan dicatat adan dirakam.

8.PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, tujuan pengkaji telah dijelaskan.

Pada bahagian isi pula, sejarah penubuhan dan perkembangan UMNO akan dijelaskan. Aspek

terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan merumus hasil kajian berkenaan.

9.PENUTUP

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi khazanah tentang

sejarah penubuhan dan perkembangan UMNO di Malaysia dari tahun 1946 hingga tahun 2020.

10.BIBLIOGRAFI

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan mendapatkan maklumat daripada tiga sumber iaitu

sumber primer, sumber sekunder dan sumber lisan seperti berikut :

10.1 Sumber Primer

Temubual Muhamad Faizu Bin Mat Rashid (2022, Ogos 30). Usahawan. Personal interview.

Lima EB Holding sdn. Bhd.

10.2 Sumber Sekunder


Seow Han Lin. “KERJA KURSUS SEJARAH STPM 2018 : SEJARAH POLITIK”

SCRIBD, Jan 05, 2019.

https://www.scribd.com/document/396845611/Kerja-Kursus-Sejarah-STPM-2018-Sejarah-Politi

Permatahijau95. “PROPOSAL KERJA KURSUS SEJARAH ! MEMANG AWESOME;)”

permatahijau95. June 03, 2014.

https://permatahijau95.wordpress.com/2014/06/03/proposal-kerja-kursus-sejarah-memang-awes0

me/

You might also like