Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 49

BAB 4

DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan kanak-kanak autistik dalam
kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku melalui aktiviti renang berstruktur.
Bab ini memaparkan dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian yang telah dinyatakan
dalam Bab Satu.

Bab ini melaporkan perbincangan dan kesimpulan dapatan kajian yang telah
dijalankan untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan mengenai pergangguan
dalaman yang dikaji. Untuk tujuan penyelidikan ini, pendekatan kajian yang digunakan ialah
pendekatan kajian kualitatif kajian kes. Ini adalah kerana pendekatan ini sesuai untuk
mendapatkan penjelasan dan pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai subjek yang
dikaji.

Pembentangan hasil dapatan ini adalah berdasarkan kepada instrumen yang telah
digunakan dalam kajian ini iaitu analisis dokumen, temu bual separa berstruktur responden
iaitu ibu bapa dan guru pendidikan khas dan pemerhatian separa berstruktur menggunakan
instrumen senarai semak kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Pengkaji melaporkan dapatan kajian berdasarkan tiga persoalan kajian. Dapatan


kajian daripada ketiga-tiga sumber ini di analisis menggunakan menggunakan triangulasi
iaitu triangulasi data temubual separa berstruktur antara temubual ibu bapa dan guru dan
triangulasi antara analisis dokumen, temubual dan pemerhatian.

Pengkaji juga menggunakan perisian Atlas t.i 8.0 untuk membina tema-tema penting
yang didapati semasa analisis dokumen, analisis temubual dan analisis pemerhatian
dilaksanakan. Tema-tema akan dibincangkan secara terperinci dalam bab ini bagi mengenal
pasti perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku melalui aktiviti renang berstruktur.
4.2 Latar Belakang Subjek

Laporan analisis didahului dengan menghuraikan data maklumat profil subjek secara ringkas
melalui analisis dokumen rekod peribadi subjek di sekolah. Pengkaji telah memilih empat
orang subjek yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak lelaki yang mengikuti program
aktiviti renang di Pusat Renang Kuala Kangsar, Perak.

Kanak-kanak autistik yang terlibat dengan kajian ini menepati ciri-ciri sampel yang
telah ditetapkan iaitu kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 14 tahun yang mengikuti
program Pendidikan Khas Integrasi di sekolah. Kanak-kanak ini juga mengikuti aktiviti
renang sebagai terapi atau kaedah rawatan. Mereka ini terdiri dari kanak-kanak autistik yang
dikategorikan sebagai autistik sederhana atau berat. Keempat-empat kanak-kanak autistik ini
masih mengikuti terapi di Bahagian Terapi Cara Kerja dan Bahagian Terapi Pertuturan di
Hospital Kuala Kangsar, Perak.

4.2.1 Subjek 1 (S1)

S1 berumur 9 tahun. Mengikuti program Pendidikan khas integrasi di salah sebuah sekolah di
Daerah Kuala Kangsar, Perak. S1 merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik.
Mempunyai adik lelaki berumur lapan tahun dan adik perempuan berumur lima tahun.
Berdasarkan rekod di sekolah mengesahkan S1 dikategorikan sebagai gangguan dalam
pembelajaran kategori autistik sederhana.

Berdasarkan rekod perkembangan S1 boleh bertutur dengan baik namun begitu


mempunyai ciri-ciri autistik yang ketara dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku. S1 mula mengikuti aktiviti renang sebagai terapi bermula Oktober tahun 2020
ketika berumur lapan tahun.

4.2.2 Subjek 2 (S2)

S2 berumur 9 tahun. Mengikuti program Pendidikan khas integrasi di salah sebuah sekolah di
Daerah Kuala Kangsar, Perak. S2 merupakan anak tunggal. Berdasarkan rekod di sekolah
mengesahkan S2 dikategorikan sebagai masalah pembelajaran kategori autistik sederhana.
Berdasarkan rekod perkembangan S2 boleh bertutur namun begitu sangat terhad dan
mempunyai ciri-ciri autistik yang ketara dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku.S2 mula mengikuti aktiviti renang sebagai terapi bermula Januari tahun 2021.
4.2.3 Subjek 3 (S3)

S3 berumur 7 tahun. Mengikuti program Pendidikan khas integrasi di salah sebuah sekolah di
Daerah Kuala Kangsar, Perak. S3 merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik.
Abangnya berumur 13 tahun manakala adiknya berumur 5 tahun. Berdasarkan rekod di
sekolah mengesahkan S3 dikategorikan sebagai gangguan dalam pembelajaran kategori
autistik sederhana.

Berdasarkan rekod perkembangan S3 masih tidak boleh boleh bertutur dan


mempunyai ciri-ciri autistik yang ketara dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku. S3 mula mengikuti aktiviti renang sebagai terapi bermula Oktober tahun 2020
ketika berumur enam tahun.

4.2.3 Subjek 4 (S4)

S4 berumur 14 tahun. Mengikuti program Pendidikan khas integrasi di salah sebuah sekolah
di Daerah Kuala Kangsar, Perak. S4 merupakan anak sulung daripada tiga orang adik
beradik. Adik lelakinya berumur 11 tahun manakala adik perempuannya berumur 8 tahun.
Berdasarkan rekod di sekolah mengesahkan S4 dikategorikan sebagai gangguan dalam
pembelajaran kategori autistik berat.

Berdasarkan rekod perkembangan S3 masih tidak boleh boleh bertutur dan


mempunyai ciri-ciri autistik yang ketara dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku. S4 mula mengikuti aktiviti renang sebagai terapi bermula Ogos tahun 2020
ketika berumur 11 tahun.

4.3 Analisis dapatan kajian

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti perkembangan kanak-kanak autistik dalam
kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku melalui aktiviti renang berstruktur.
Dapatan kajian dianalisis bagi menjawab persoalan kajian yang ditetapkan iaitu:

i. Apakah kesan aktiviti renang berstruktur terhadap perkembangan kemahiran


komunikasi kanak-kanak autistik.

ii. Apakah kesan aktiviti renang berstruktur terhadap perkembangan interaksi sosial
kanak-kanak autistik.

iii. Apakah kesan aktiviti renang berstruktur terhadap perkembangan tingkah laku
kanak autistik.
Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif dan dapatan kajian dilaporkan secara
terperinci dan mendalam dalam bab ini berdasarkan soalan kajian di atas. Pengkaji telah
menganalisis dapatan analisis dokumen, temu bual separa berstruktur responden iaitu ibu
bapa subjek dan guru pendidikan khas subjek. Selain itu pengkaji juga menganalisis dapatan
pemerhatian oleh jurulatih renang.

4.3.1 Soalan kajian 1. Apakah kesan aktiviti renang berstruktur terhadap


perkembangan kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik?

Soalan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aktiviti renang berstruktur
terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi. Pengkaji
menjawab persoalan kajian dengan menghuraikan perkembangan subjek sebelum mengikuti
aktiviti renang bersturktur berdasarkan analisis dokumen rekod perkembangan subjek di
sekolah. Perkembangan terkini subjek dalam kemahiran komunikasi selepas mengikuti aktviti
renang berstruktur dilaporkan melalui analisis dapatan temu bual separa berstruktur.
Temubual bersama responden iaitu responden ibu bapa (RI) dan responden guru (RG) telah
dijalankan bagi mendapatkan pandangan responden terhadap perkembangan subjek dalam
kemahiran komunikasi selepas mengikuti aktiviti renang berstruktur.

Manakala, dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak


autistik yang menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Pemerhatian
dilaksanakan oleh jurulatih menggunakan senarai semak pemerhatian. Bagi menjelaskan
kesan aktiviti renang berstruktur terhadap kemahiran komunikasi, laporan dapatan kajian
dibentangkan mengikut dapatan temubual separa berstruktur dan pemerhatian yang di analisis
setiap satu sehingga membentuk tema akhir.

Berdasarkan triangulasi data antara temu bual ibu bapa dan guru serta triangulasi data
antara analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran
komunikasi dijelaskan seperti berikut :

4.3.1.1 Analisis dokumen

Berdasarkan analisis dokumen iaitu melalui rekod perkembangan/pencapaian di sekolah S1


mempunyai ciri-ciri autistik yang ketara dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku.
Berdasarkan rekod perkembangan tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti gangguan yang
dialami subjek sebelum mengikuti aktiviti renang. Bagi analisis dokumen ini, pengkaji hanya
memilih item yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi, interaksi social dan tingkah laku
sahaja.

i) Gangguan kemahiran komunikasi

Menurut laporan dalam rekod perkembangan pelajar, S1 mengalami gangguan


kemahiran komunikasi dalam aspek ekspresi wajah. Gangguan kemahiran komunikasi yang
dialami direkodkan oleh guru pendidikan khas dalam laporan awal tahun. Laporan bertarikh
27 Januari 2021 menjelaskan S1 mengalami gangguan kemahiran komunikasi dalam aspek
ekspresi wajah. Ianya direkodkan seperti berikut :

Pelajar boleh menunjukkan ekspresi wajah yang sesuai mengikut perasaan contohnya sedih,
gembira dan marah. Semasa aktiviti bermain, pelajar sentiasa ketawa dan tersenyum. Namun
begitu, apabila permintaan atau kemahuannya tidak dipenuhi, pelajar akan marah dengan
mengetapkan bibirnya. Pelajar akan menangis apabila di ganggu oleh rakan-rakannya.

Pelajar juga tidak memahami ekspresi wajah yang di tunjukkan oleh orang lain. Pelajar tidak
memberikan tindakbalas terhadap ekspresi wajah yang ditunjukkan. Semasa aktiviti
permainan meniru mimik wajah, pelajar hanya memandang sahaja. Pelajar tidak memberikan
tindakbalas. (Rekod perkembangan / pencapaian pelajar: 30 Januari 2021)

S1 juga dilaporkan mengalami gangguan kemahiran komunikasi dalam aspek respons.


Gangguan yang dialami direkodkan oleh guru pendidikan khas dalam laporan awal tahun
seperti berikut:

Pelajar tidak memberikan tindakbalas ketika guru memanggil namanya. Pelajar tidak
memberikan tindakbalas apabila guru memberi arahan. Pelajar tidak pandai menunjukkan apa
yang dia mahu. Pelajar belum menguasai kemahiran meminta. Pelajar menunjukkan
keinginannya dengan menarik tangan guru kearah objek yang dia mahu. (Rekod
perkembangan / pencapaian pelajar: 30 Januari 2021).

Dalam aspek tindakbalas deria terhadap bunyi, gangguan yang dialami S1 direkodkan seperti
berikut :
Apabila guru memanggil namanya, pelajar ini tidak menoleh. Sensitif terhadap bunyi bising,
apabila ada pekerja mesin rumput atau bunyi motor yang kuat, pelajar ini akan menutup
telinga. (Rekod perkembangan / pencapaian pelajar: 30 Januari 2021).

Berdasarkan rekod perkembangan S2 boleh bertutur namun sangat terhad. S2 mempunyai


ciri-ciri autistik yang ketara dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.
Gangguan yang dialami oleh S2 direkodkan sepanjang bulan pertama perdekolahan. Laporan
menjelaskan S2 mengalami gangguan kemahiran komunikasi dalam aspek ekspresi wajah
seperti berikut :

Pelajar tidak menunjukkan ekspresi wajah yang sesuai mengikut perasaan / situasi dan tidak
memahami ekspresi wajah orang lain. Kadang-kala pelajar kelihatan seperti mengalami
gangguan dalam pendengaran kerana apabila guru memanggil, pelajar tidak menoleh kearah
guru. Pelajar sensitif dengan bunyi yang kuat. (Rekod perkembangan / pencapaian pelajar: 30
Januari 2021)

Gangguan kemahiran komunikasi dalam aspek ekspresi wajah dialami S3 direkodkan oleh
guru kelasnya semasa aktiviti ‘freeplay’ sepanjang minggu pertama persekolahan bertarikh
03 Januari – 07 Januari 2021 seperti berikut:

Ekspresi wajah – Pelajar tidak dapat mempamerkan perasaan melalui ekspresi wajah.
Kebanyakan masa, pelajar menunjukkan ekspresi wajah tidak sesuai dengan keadaan.
(Laporan pencapaian pelajar:05 Januari 2021)

Meniru mimik muka – pelajar belum mampu meniru mimik muka yang ditunjukkan oleh
guru. (Laporan pencapaian pelajar:06 Januari 2021).

Gangguan kemahiran komunikasi dalam aspek respons juga dialami S3 direkodkan oleh guru
kelasnya semasa aktiviti ‘freeplay’ sepanjang minggu pertama persekolahan bertarikh 03
Januari – 07 Januari 2021 seperti berikut:

Pelajar tidak memberikan respons apabila guru memanggil namanya. Pelajar juga masih
belum boleh memberikan respons apabila guru memberi arahan contohnya guru
menunjukkan objek dan memberi arahan untuk mengambil objek tersebut, Pelajar masih
belum memahami arahan guru. (Laporan pencapaian pelajar:04 Januari 2021)
Pelajar belum pandai untuk menunjukkan sesuatu yang dia mahu dengan jari telunjuk. Pelajar
akan menarik tangan guru untuk menunjukkan kemahuannya. (Laporan pencapaian pelajar:06
Januari 2021)

Gangguan kemahiran komunikasi direkodkan oleh guru kelasnya seperti dalam laporan
perkembangan bertarikh 14 Januari 2021 seperti berikut:

Ekspresi wajah - Pelajar tidak memberikan ekspresi wajah yang tepat mengikut perasaannya.
Pelajar kadang kala ketawa, menangis tiba-tba tanpa diketahui sebabnya. Pelajar masih tidak
boleh menunjukkan ekspresi wajah sesuai dengan situasi dan keadaan yang sedang berlaku.
Semasa sesi bermain, pelajar tidak menunjukkan ekspresi wajah gembira. Pelajar tidak
memahami ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh orang lain. (Laporan perkembangan: 14
Januari 2021).

S4 juga dilaporkan mengalami gangguan kemahiran komunikasi dalam aspek respons.


Gangguan yang dialami S4 direkodkan oleh guru kelasnya seperti dalam laporan
perkembangan bertarikh 14 Januari 2021 seperti berikut:

Respons terhadap bunyi bising - Pelajar tidak suka mendengar bunyi yang kuat seperti bunyi
ekzos motosikal. Pelajar akan menutup telinganya menggunakan tangan.

Mengikuti arahan - Pelajar masih belum dapat memahami arahan daripada guru samada
arahan lisan atau bukan lisan contohnya apabila guru meminta pelajar mengutip sampah
sambil guru menunjukkan sampah di lantai pelajat tidak memahami arahan tersebut.
(Laporan perkembangan: 14 Januari 2021)

Temubual

Laporan dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas menjelaskan
perkembangan kanak-kanak autistik selepas mengikuti aktiviti renang berstruktur. Bagi
laporan dapatan temu bual, hasil dapatan berdasarkan protokol temubual yang telah
disediakan bersama responden ibu bapa (RI) dan responden guru pendidikan khas (RG) telah
ditranskripsikan.

i. Kesesuaian ekspresi wajah

Dapatan kajian mendapati subjek boleh menunjukkan pelbagai ekspresi wajah dan ekspresi
wajah yang ditunjukkan sesuai mengikut perasaan. Antara ekspresi wajah yang ditunjukkan
oleh subjek ialah ekspresi wajah gembira, sedih, takut, keliru dan marah. Ini dinyatakan
melalui temubual RI dan RG.

RI S1 (RI1) menyatakan :

Dia boleh memperlihatkan perasaan melalui ekspresi wajah. Saya boleh nampak dari muka
dia samada dia sedang gembira, sedih, marah dan takut. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG S1 (RG1). RG1 menyatakan:

Dia boleh memperlihatkan pelbagai ekspresi wajah. Ekspresi wajah dia sesuai dengan
perasaan. Dia boleh tunjuk melalui muka dia samada dia gembira, sedih atau marah.
(TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru mendapati antara ekspresi wajah yang boleh
ditunjukkan oleh subjek ialah gembira, sedih, takut, keliru dan marah. Dapatan temubual
mendapati S1 boleh menunjukkan ekspresi wajah gembira, sedih. Ianya di nyatakan dalam
temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti berikut:

Ekspresi wajah gembira memang dia akan tunjukkan sesuai dengan situasi. Contoh masa
kawan-kawan dia datang rumah, dia memang menunjukkan reaksi gembira. Kalau adik-adik
dia ambil mainan dia, memang dia marah, dia akan bulatkan mata dan menjerit ‘ Dont
touch’. Dia boleh juga menunjukkan ekspresi wajah sedih dan merajuk seperti
memuncungkan bibir. Contohnya semasa di kampung baru-baru ini dia menunjukkan wajah
cemas dan takut apabila masuk ke dalam sebuah bilik. Saya terkejut juga sebab memang
nampak dia dalam ketakutan. Kalau dia tak faham arahan saya dia akan kerutkan dahi.
Nampak dia ‘confius’. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Masa bermain memang nampak dia menunjukkan ekspresi wajah gembira. Kawan-kawan
selalu ganggu dia, memang dia akan marah, menjerit. Kalau marah sangat tu kadang-
kadang dia cakap ‘I hate u’. Besar jek mata dia bila dia marah. Contoh dia akan datang
dengan wajah sedih mengadu kawan dia ganggu dia. Dia dah boleh faham arahan ringkas.
Kalau dia tak faham, saya boleh nampak dahi dia berkerut. (TB:RG1:TARIKH)

(TB:RG1:TARIKH)

RI Subjek 2 pula menyatakan :


Melalui muka dia saya boleh tahu dia sedang suka atau marah. Ekspresi wajah dia
kebanyakannya memang sesuai mengikut perasaam.. Saya juga boleh faham dari muka dia
samada dia sedih, takut. Pernah juga saya nampak ekspresi wajah keliru pada wajah dia.
(TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG Subjek 2 :

Ekspresi wajah dia memang sesuai mengikut perasaan.. Kalau gembira ke marah ke memang
saya boleh nampak dari air muka dia. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S2 boleh menunjukkan ekspresi wajah gembira.


Ianya dinyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya dinyatakan dalam dialog berikut:

Masa dia bermain dengan abang dan kakak dia memang saya nampak dia suka, senyum dan
ketawa semasa bermain. Contoh macam marah memang dia akan jengilkan biji mata.
Kadang-kadang dia ketap bibir. Kalau marah sangat dia akan menjerit ‘No’ kuat-kuat.
Selalu dia akan datang dengan wajah sedih sambil mengadu kakak dia ganggu dia. Dia juga
boleh menunjukan ekspresi wajah takut dan cemas contoh pernah dia nampak ular dan dia
berlari dengan wajah ketakutan. Pernah juga adiknya pegang pisau dan dia datang dengan
muka cemas tarik tangan saya kearah adiknya. Arahan-arahan yang ringkas dia dah boleh
faham. Bila dia tak faham arahan, dia kerutkan dahi. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut :

Dia faham kalau saya bergurau, dia akan senyum dan ketawa. Kalau marah tu dia gigit
bibir, macam geramla. Tak pun bulat mata dia pandang kawan dia terutama kalau kawan
dia ambil barang dia. Sebab dia memang tak boleh orang ambil barang dia. Dia jerit dan
cakap ‘no,no,no’ berulang kali. Dia boleh juga menunjukkan ekspresi sedih. Kalau ada
kawan-kawan ganggu dia akan datang kepada cikgu tunjuk muka sedih. Dia juga boleh
menunjukkan ekspresi takut. Dia takut pada kucing. Kalau nampak kucing memang dia akan
lari dengan muka ketakutan. Kalau saya bagi arahan, kadang-kadang dia faham, kadang-
kadang dia tak faham. Kalau tak faham nampak la muka dia tu macam keliru.
(TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 juga mendapati S3 boleh menunjukkan
pelbagai perasaan melalui ekspresi wajah dengan baik. Contohnya dinyatakan oleh RI S3
(RI3) seperti berikut :
Dia boleh menunjukkan perasaan melalui ekspresi wajah dengan baik. Ekspresi
wajah dia memang sesuai mengikut perasaan. Macam sekarang dia dah boleh bercakap,
ekspresi muka dia tu memang selari dengan apa yang dia kata. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG Subjek 3 (RG3). Contohnya ditunjukkan dalam
dialog berikut :

Dia boleh menunjukkan pelbagai ekspresi wajah sesuai mengikut perasaan.


(TB:RG3:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh menunjukkan ekspresi wajah gembira.


Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog
berikut:

Biasanya kalau main dengan adik beradik dia, dia memang suka dan gembira.
Biasanya adik beradik dia akan layan dia main benda yang dia suka. Muka dia tu memang
nampak gembira sangat masa main. Abang dia selalu menyakat dia. Kalau dia tengah main,
abang dia ambil mainan dia, dia akan rampas semula mainan, menjerit dan mengetap bibir.
(TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Kalau suka, gembira dia akan senyum. Masa bermain dengan kawan-kawan dia
menunjukkan ekspresi wajah gembira sambil melompat-lompat. Dia paling tak suka kawan
dia bising. Dia akan tutup telinga sambil menjerit. Kadang-kadang dia akan gigit bibir dia.
Sebab dia masih tak pandai cakap. Dia juga boleh menunjukkan ekspresi wajah takut, cemas
dan geram (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 juga mendapati S4 boleh
menunjukkan ekspresi wajahnya. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual RI subjek 4,
(RI4). RI4 menyatakan :

Dia telah boleh menunjukkan ekspresi wajah. Dia boleh tunjuk ekspresi gembira dan sedih.
(TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG Subjek 4 (RG4). RG4 dalam temubual
menyatakan:

Ekspresi wajah dia saya dah boleh faham ialah masa dia gembira dan sedih la. Saya boleh
tahu samada dia sedang gembira atau sedih melalui muka dia. (TB:RG4:TARIKH)
Dapatan temubual juga mendapati S4 boleh menunjukkan ekspresi wajah gembira. Ianya di
nyatakan dalam temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Kalau gembira dia akan senyum. Contohnya masa bermain dengan adik-adik dia
memang dia suka dan menunjukkan wajah gembira. Kalau marah dia akan menjerit. Dia
selalu marah kalau adik dia ambil makanan dia. Kadang-kadang sampai berguling. Muka
dia memang nampak marah sampai merah padam. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Masa main di padang dengan kawan-kawan dia memang suka. Senyum dan ketawa
sepanjang main dengan kawan-kawan dia. Kalau marah dia akan baring, hentak-hentak
kaki. Kadang-kadang dia selalu dia marah kalau tak dapat apa yang dia nak. Pernah juga
dia marah, dia gigit tangan dia sendiri. (TB:RG4:TARIKH)

ii. Tindak balas terhadap ekspresi wajah

Dapatan kajian mendapati subjek boleh menunjukkan tindakbalas terhadap ekspresi wajah
yang ditunjukkan oleh orang lain. Subjek memberikan tindakbalas terhadap ekspresi wajah
marah dan sedih. Ini didapati berdasarkan dapatan temubual RI dan RG. Tindakbalas subjek
terhadap ekspresi wajah orang lain ditunjukkan melalui temubual. Berdasarkan dapatan
temubual RI1, pendapatnya dinyatakan dalam dialog berikut:

Dia boleh faham beberapa ekspresi wajah saya dan biasanya kalau saya tunjuk ekspresi
wajah, dia ada tindakbalas juga. Contoh kalau saya marah, saya pandang dia, bulatkan
mata, dia akan senyap dan tunduk. Kalau saya sedih dia akan tanya, ‘mama, why u sad. Dia
sekarang pandai cakap sikit-sikit tapi banyak guna Bahasa inggeris la. Tindakbalas
terhadap ekspresi wajah yang lain saya tak pernah nampak lagi.(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1, Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia faham ekspresi wajah yang saya tunjukkan. Selalunya sebelum ni dia susah nak pandang
muka saya. Dalam kelas dia asyik bergerak tak duduk diam, saya pandang dia buat muka
marah, dia akan cepat-cepat duduk. Kalau kawan dia sedih pun dia boleh pujuk, Dia dah
pandai cakap sikit-sikit, dia akan pergi kat kawan dia, tepuk-tepuk bahu kawan tu. Kalau
saya tunjuk ekspresi wajah gembira, teruja dan lain-lain lagi saya masih tak nampak
tindakbalas dia. .(TB:RG1:TARIKH)

Berdasarkan dapatan temubual RI2 , pendapatnya dinyatakan dalam dialog berikut:


Dia boleh memahami sesetengah ekspresi wajah saya. Saya suka main dengan dia, saya
tunjukkan macam-macam ekspresi wajah, sebab nak tengok tindakbalas dia. Dia bertindak
balas, kalau saya tunjuk muka marah dan sedih.. Pernah saya sedih dia datang pada saya,
pandang muka saya lama-lama dan lapkan air mata. Kalau nak marah tu, saya pandang
lama-lama, dia faham saya marah, dia akan diam jek. Kalau saya buat ekspresi wajah yang
lain dia tak faham lagi, kebanyakannya dia buat tak endah sahaja .(TB:R12:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual guru RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut:

Dia boleh faham sikit-sikit ekspresi wajah yang saya tunjukkan. Tindakbalas dia apabila
saya buat ekspresi wajah tertentu selalunya dia hanya tengok jek muka saya. Dia tak buat
apa-apa. Kalau saya marah, dia pandang lantai, Cuma saya pernah tengok bila kawan dia
sedih, dia pergi kat kawan dia, pandang muka kawan dia. Macam dia faham yang kawan dia
tengah sedih. Kalau ekspresi wajah lain yang saya tunjukkan macam seronok, suka, gembira,
takut atau marah dia tak faham lagi rasanya. Dia masih buat tak tau jek. .
(TB:RG2:TARIKH)

iii. Respons apabila dipanggil

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran
komunikasi dijelaskan berdasarkan tema yang kedua iaitu kesesuaian respons.

Data temubual ibu bapa dan guru serta pemerhatian yang dikumpulkan mendapati bagi tema
peningkatan ketara dalam aspek respons, melibatkan enam kategori kod iaitu respons
meningkat, memberikan respons apabila dipanggil, memberikan respons apabila mendengar
bunyi, memberikan respons apabila ditunjukkan objek yang menarik, kesesuaian respons
terhadap nada suara dan boleh mengawal respons apabila mendengar bunyi bising.

i) Respons meningkat

Dapatan kajian mendapati perkembangan subjek dalam aspek respons semakin meningkat.
Subjek boleh memberikan respons, respons semakin baik dan peningkatan ketara dapat
dilihat. Antara respons positif yang ditunjukkan oleh subjek ialah memberikan respons
apabila dipanggil, memberikan respons apabila mendengar bunyi dan memberikan respons
apabila ditunjukkan objek yang menarik. Ini dijelaskan melalui temubual RI dan RG. RI1
menyatakan
Respons dia lebih positif. Dia dah boleh respons dengan baik. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui kenyataan oleh RG1 yang menyatakan seperti berikut :

Respons dia semakin positif. Respons yang dia bagi tepat. (TB:RG1:TARIKH)

Berdasarkan dapatan temubual menjelaskan subjek memberikan respons dengan cepat


apabila dipanggil. Subjek akan memandang dan menyahut terutama apabila dipanggil dengan
nada yang kuat. Namun begitu subjek tidak memberikan respons terhadap panggilan apabila
sedang melakukan sesuatu yang diminati ataupun ketika bermain. Ianya dijelaskan
berdasarkan temubual berikut. S1 boleh memberikan respons apabila namanya dipanggil. S1
akan menyahut dan memandang ke arah ibu atau gurunya. Hanya apabila S1 sedang fokus
melukis, S1 tidak memberikan respons terhadap panggilan. Ianya dijelaskan oleh RI1 yang
menyatakan

Dia akan memandang kearah saya apabila saya memanggil namanya. Kalau dulu panggil
banyak kali dia buat tak endah, tapi sekarang panggil sekali dua sahaja dia telah tunjukkan
respons. Dia juga telah boleh menyahut ‘Ya’ apabila saya memanggil namanya. Tapi satu
jekla, kalau dia melukis dia tak peduli dah sekeliling dia. Saya panggil pun dia takkan
menyahut takkan pandang dah. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui kenyataan oleh RG1 yang menyatakan seperti berikut :

Dia akan memandang kearah saya apabila saya memanggil namanya. Dia juga dah boleh
bercakap jadi bila saya panggil dia akan jawab ‘Ya, cikgu’. Kalau panggil sekali dua dia
akan terus menyahut dan cepat-cepat datang kepada saya. Cuma kalau tengah melukis, dia
memang sangat fokus jadi kadang-kadang dia tidak mengendahkan panggilan guru.
(TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati subjek boleh memberikan respons terhadap bunyi dan
peka serta fokus terhadap bunyi walaupun bunyi yang perlahan. Subjek akan teruja
mendengar bunyi dan akan datang ke arah bunyi yang diperdengarkan terutama bunyi yang
disukai. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1 yang menjelaskan S1 memberikan
respons baik terhadap bunyi walaupun bunyi yang perlahan terutama cerita kesukaannya. RI1
menyatakan seperti berikut:

Respons dia terhadap bunyi sangat baik. Kalau pasang tv dengan volume perlahan pun dia
boleh dengar terutama kalau cerita-cerita yang dia suka. (TB:RI1:TARIKH)
Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia sangat peka terutama bunyi yang dia suka. Bunyi yang perlahan pun dia akan toleh. Dia
ni dia suka dengar nasyid, kalau nak tarik perhatian dia, pasangkan lagu nasyid, walaupun
perlahan dia cepat-cepat akan datang. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S2 juga memberikan respons yang baik terhadap
bunyi walaupun bunyi yang perlahan. S2 peka terhadap bunyi, fokus dan teruja serta
menunjukkan minat dengan datang ke arah bunyi tersebut. Ianya dinyatakan dalam temubual
bersama RI2. Contohnya dinyatakan dalam dialog berikut:

Respons terhadap bunyi sangat baik. Dia boleh fokus terhadap bunyi-bunyi tertentu. Bunyi
yang dia suka bunyi-bunyi siren. Kalau dengar bunyi siren-siren ni dia sangat ‘excited’.
(TB:RI1:TARIKH)

iv) memberikan respons apabila ditunjukkan objek yang menarik

Dapatan mendapati subjek boleh memberikan respons dengan baik apabila ditunjukkan objek
yang menarik terutama objek yang disukai. Antara respons yang ditunjukkan subjek ialah
memandang objek, menunjukkan minat dan cuba memegang objek. Ianya dijelaskan
berdasarkan temubual RI dan RG. Menurut temubual RI1 dan RG1 menyatakan S1
memberikan respons apabila ditunjukkan objek yang disukai.

Dia dah boleh respons dengan baik apabila saya tunjukkan sesuatu yang menarik. Contoh
kalau dulu pergi zoo, saya tunjuk haiwan dia memang langsung tak pandang. Gajah yang
besar pun dia tak pandang. Sekarang dia akan beri respons, dia akan pandang.
(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Berdasarkan temubual dengan RG1 mendapati
S1 memandang objek, menunjukkan minat dan cuba memegang objek. Ianya dinyatakan oleh
RG1 seperti berikut:

Apabila saya tunjukkan sesuatu, dia akan pandang dan akan cuba pegang objek tersebut.
sebelum ini, kalau saya tunjukkan objek-objek dia tak pandang, buat tak endah sahaja. Dia
mula menunjukkan minat terhadap objek-objek baru yang saya tunjukkan.
(TB:RG1:TARIKH)
Selain itu, dapatan juga menjelaskan subjek boleh menunjukkan kemahuannya dengan jari
Berdasarkan temubual mendapati subjek boleh menunjukkan kemahuan dengan jari. Dapatan
temubual bersama RI1 seperti berikut:

Dia pun telah pandai tunjukkan apa yang dia mahu terutama benda yang dia suka. Dia boleh
tunjukkan kemahuan dia dengan jari. Sebelum ni dia akan tarik tangan saya, dia tak pandai
nak tunjukkan dengan jari dia sendiri..(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1, Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia sendiri pun telah boleh tunjuk kalau dia nak sesuatu contoh masa Pendidikan jasmani,
dia akan tunjuk dia nak bola, dia nak raket. (TB:RG1:TARIKH)

v) boleh mengawal respons apabila mendengar bunyi bising,

Dapatan temubual mendapati subjek boleh mengawal respons apabila mendengar bunyi
bising. Subjek tidak lagi menunjukkan tingkah laku luar kawal apabila mendengar bunyi
bising seperti menutup telinga, menjerit, menyorok dan melarikan diri. Ianya di nyatakan
dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti berikut:

Kalau dulu dia sensitif terhadap sesetangah bunyi contoh bunyi blender atau vakum, dia
akan tutupkan telinga. Tapi sekarang dia dah boleh terima bunyi-bunyi tu.
(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Kalau dulu dia sensitif juga kalau dengar bunyi bising, contoh bunyi mesin rumput atau
kalau kawan-kawan dia bising dia akan tutup telinga atau menjerit, tapi sekarang dah
semakin ok. Dia boleh kawal. (TB:RG1:TARIKH)

vi) Kesesuaian respons terhadap nada suara

Dapatan mendapati subjek memberikan respons yang sesuai terhadap nada suara. Ianya
dijelaskan berdasarkan temubual RI dan RG. Dapatan temubual mendapati S1 memberikan
respons yang tepat terhadap nada suara samada kuat atau perlahan. Ianya di nyatakan dalam
temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti berikut:
Dia sangat faham terutama apabila saya meinggikan suara dia tahu saya sedang marah.
Apabila saya bercakap dengan nada perlahan, Dia akan datang dekat dan fokus terhadap
apa yang saya perkatakan. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Kalau saya cakap kuat tu dia faham saya minta dia berikan tumpuan. Kalau saya tinggikan
suara, dia faham saya sedang marah. Kalau saya cakap dengan nada perlahan pun respons
dia sangat baik, dia akan pandang dan mendengar dengan tekun. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut :

Dia boleh bagi respons yang baik walaupun bunyi yang perlahan. Dia peka terhadap bunyi.
Dia boleh fokus terhadap bunyi-bunyi contoh saya perdengarkan bunyi siren kereta, bunyi
haiwan dia akan respons, dia datang dan minat untuk dengar. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan juga mendapati S2 boleh menunjukkan respons yang baik. Ini dapat dilihat
berdasarkan dapatan temubual RI2. Ianya dijelaskan melalui penyataan berikut :

Respons dia sangat baik. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Dia boleh memberikan respons yang baik. Dari segi respons boleh dikatakan saya nampak
peningkatan yang ketara. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan juga mendapati S2 boleh menunjukkan respons yang baik apabila dipanggil.
S2 akan menyahut dan menoleh. Namun begitu, perlu dipanggil dengan nada yang kuat. Ada
kala juga S2 tidak mengendahkan panggilan. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual
RI2 melalui penyataan berikut :

Apabila saya panggil nama memang dia akan menoleh walau dalam apa jua keadaan
samada dia tengah bermain atau tengok tv pun dia akan menoleh. Sekarang dia dah pandai
cakap dia akan menyahut ‘ya’. Tapi kena panggil dengan nada yang kuat. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Apabila panggil nama dia, dia akan respons dengan cepat. Sekali atau dua kali panggil dia
akan menoleh. Dia akan jawab panggilan guru. Cuma Ada juga masa kalau dia tengah
main, dia tak memberikan respons. Dia akan buat tak endah. (TB:RG2:TARIKH)
Dapatan temubual juga mendapati S2 akan melihat ke arah objek yang ditunjukkan dan cuba
memegang objek. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI2. RI2 menyatakan:

Dia menunjukkan respons yang baik. Dia akan melihat ke arah objek yang saya tunjukkan.
Contoh kalau saya tunjuk mainan, memang dia akan pandang dan ambil mainan tu.
(TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Dialog RG2 adalah seperti berikut :

Dia akan pandang objek yang saya tunjuk dan cuba pegang objek tersebut.
(TB:RG2:TARIKH)

Berdasarkan dapatan temubual RI2 , pendapatnya dinyatakan dalam dialog berikut:

Malahan dia telah pandai tunjukkan apa yang dia mahu terutama makanan. Contohnya
kalau pagi dia nak minum susu dia akan tunjuk pada saya susu dan air. Kalau nampak
sesuatu yang dia suka, dia akan tunjuk. Masa berjalan contohnya bila nampak pasar malam
dia akan bagi isyarat suruh berhenti dan dia akan pergi ke gerai cendol kesukaan dia. Kalau
dia nampak taman mainan pun dia akan tunjuk dan bagi isyarat suruh berhenti.
(TB:R12:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S2 mengawal respons apabila mendengar bunyi


bising. Ianya dinyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya dinyatakan dalam dialog
berikut:

Dulu kalau bunyi bising dia akan tutup telinga. Kadang-kadang lari macam takut , sekarang
ni dia ok dah. Dia tak lari dah. Cuma kalau bising sangat dia tutup telinga.
(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut :

Bunyi-bunyi bising pula, dia dah boleh terima. Respons dia apabila dengar bunyi bising
sekarang ni hanya sekejap sahaja dia tutup telinga. Kalau dulu dia akan lari seperti
ketakutan. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati S2 memberikan respons tepat terhadap nada suara kuat atau
tinggi. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI2 yang ditunjukkan dalam dialog
berikut:
Dia memahami nada suara saya. Kalau saya menguatkan suara dia tahu saya sedang marah
atau saya nak dia tumpukan perhatian. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Diab oleh faham nada suara saya. Dia suka berjalan-jalan dalam kelas, bila saya tinggikan
suara dia faham saya sedang marah dia akan cepat-cepat duduk. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual guru RI3. RI3 menjelaskan seperti berikut:

Dia juga boleh tunjukkan keinginannya. Kalau pergi kedai mainan, dia akan tunjuk mainan
yang dia nak. Dia pun dah pandai, kalau nak sesuatu dia akan tunjukkan. Contoh bila
berjalan pergi pasaraya, dia nak makan KFC, bila dia Nampak KFC dia akan tunjuk.
(TB:RG2:TARIKH)
Dapatan temubual juga mendapati S3 peka dan boleh menunjukkan respons yang baik
terhadap bunyi walaupun bunyi perlahan. S3 akan datang ke arah bunyi. Ianya di nyatakan
dalam temubual bersama RI3 yang menyatakan :

Respons dia terhadap bunyi-bunyi sangat baik, contoh bunyi yang perlahan pun dia boleh
dengar dengan baik. Memang dia tak mengalami masalah pendengaran. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dia peka terhadap bunyi walaupun bunyi yang perlahan. Dia suka tengok cerita upin ipin,
kadang-kadang saya saja nak test, pasang cerita dengan bunyi yang perlahan pun, dia akan
cepat-cepat datang. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 mendapati S3 menunjukkan peningkatan dari
aspek respons. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual ibu bapa RI3. Contohnya
dalam ayat berikut:

Dari segi respons telah ada peningkatan. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Respons dia sangat baik kalau berbanding sebelum ini memang meningkat.
(TB:RG3:TARIKH)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 mendapati S3 menunjukkan respons apabila
namanya dipanggil. Namun begitu, S3 tidak memberikan respons ketika dia sedang bermain.
Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual ibu bapa RI3 dalam ayat berikut:
Apabila saya panggil memang dia akan menoleh melainkan dia tengah main mainan yang
dia suka.Dia suka membentuk tanah liat jadi dia betul-betul akan fokus kat situ.
(TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3 yang ditunjukkan dalam dialog berikut :

Apabila saya memanggil namanya selalunya dia akan respon, dia akan menoleh kearah
saya. Cuma kalau dia sedang bermain, kadang-kadang dia tidak mengendahkan panggilan
guru.

(TB:RG3:TARIKH)

Manakala bagi S3 pula dapatan temubual mendapati S3 memberikan respons apabila


ditunjukkan objek yang dia suka sahaja. S3 akan pandang dan memegang objek yang disukai.
Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog
berikut:

Dia akan memandang pada objek-objek yang saya tunjukkan terutama objek yang dia suka.
Contoh kalau masa jalan-jalan saya tunjukkan mainan yang dia suka memang dia berhenti
dan pegang mainan tu.. Kalau objek yang dia tak suka, jarang dia nak pandang
(TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dia akan pandang lama kalau tunjukkan objek yang dia suka. Kalau yang dia minat, dia
akan cuba pegang. Kalau yang dia tak minat, dia hanya pandang sahaja (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati S3 dan S4 masih mengalami masalah apabila


mendengar bunyi bising namun telah berkurang. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama
RI3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dia ada masalah apabila dengar bunyi bunyi motor yang kuat dia akan lari sembunyi, tutup
telinga. Kadang-kadang dia macam marah bila dengar bunyi bising, dia akan menjerit.
Sekarang ni masih lagi tak boleh dengar bunyi ni. Cuma reaksi dia tu ada berkurang sikitla.
(TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh memberikan respons tepat apabila


mendengar nada suara kuat . Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI3. Contohnya
ditunjukkan dalam dialog berikut:
Kalau saya tinggikan suara memang dia tahu saya sedang marah atau berikan arahan.
Kebanyakan masa saya kena cakap dengan nada yang kuat, sebab dia kalau cakap perlahan
dia kurang bagi perhatian. Kena cakap dengan nada tinggi baru dia akan fokus.
(TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dengan dia memang kena cakap dengan kuat. Kalau nak dia pandang kena kuatkan suara
tapi dia faham nada suara saya tu samada saya marah atau tidak. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati S4 boleh menunjukkan respons yang baik terhadap bunyi yang
disukainya. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Dia boleh memberikan respons yang baik walaupun bunyi yang perlahan tetapi hanya bunyi
yang dia suka. Sekarang ini dia suka dengar muzik biola, kalau pasang muzik biola perlahan
pun cepat-cepat dia datang. Kalau bunyi-bunyi lain dia tak beri perhatian sangat.
(TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Apabila dengar bunyi yang dia suka, respons dia sangat baik. Ibu dia maklumkan dia suka
dengar bunyi biola. Kalau nak tarik perhatian dia, saya akan pasangkan bunyi biola, Dia
akan bagi tumpuan. Tapi, Kalau saya cuba perdengarkan bunyi-bunyi muzik yang lain, tiada
respons dari dia. (TB:RG4:TARIKH).

Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 juga mendapati S4 boleh
menunjukkan respons yang baik. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual RI4. Ianya
ditunjukkan dalam dialog berikut:

Respons dia lebih baik kalau berbanding sebelum ini mungkin tak banyak tapi boleh
dikatakan meningkat. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Respons dia kalau berbanding sebelum ini lebih baik. Ada peningkatan walaupun mungkin
tak ketara sangat perkembangan tu, tapi boleh dikatakan meningkat. (TB:RG4:TARIKH)

Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 juga mendapati S4 boleh
menunjukkan respons terhadap panggilan. Namun begitu, ketika bermain atau menonton
cerita kesukaannya, S4 tidak memberikan respons terhadap panggilan. Dapatan juga
mendapati, S4 akan memberikan respons apabila dipanggil dengan nada yang kuat. Ini dapat
dilihat berdasarkan dapatan temubual RI4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Kalau panggil kuat-kuat tu memang dia pandang la sekejap. Tapi kalau dia tengah ralit
main ataupun tengah tengok cerita kesukaan dia, dia masih buat tak endah.
(TB:RI4:TARIKH.

Dapatan ini disokong melalui pernyataan daripada RG4 seperti berikut :

Kalau dia tengah main mainan yang dia suka, kadang-kadang tu lambat la respons dia.
Sama juga kalau dia sedang tengok cerita upin ipin, kadang-kadang sebagai ganjaran saya
akan bagi dia tengok cerita yang dia suka. Masa tengok tu kalau saya panggil dia memang
tak endah la. Panggil dengan nada yang kuat baru dia akan menoleh.

Dapatan temubual juga mendapati S4 memberikan respons apabila ditunjukkan objek


yang dia suka sahaja. S4 menunjukkan reaksi suka dan teruja. Ianya di nyatakan dalam
temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Dia akan tengok benda yang dia suka. Contoh kalau saya tunjuk lampu-lampu yang
berwarna warni dia akan pandang. Bila saya tunjuk gambar-gambar dinasor dia akan suka
dan teruja (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Kalau yang dia tak minat, dia tengok sekejap sahaja. Contoh saya tunjuk mainan yang baru,
kalau yang dia minat dia akan ambil dan main. Kalau objek yang dia minat contoh dia minat
dinasor, jadi bila saya tunjuk gambar-gambar dinasor dia excited sangatla.
(TB:RG4:TARIKH)

Manakala dalam temubual bersama RI4 menyatakan:

Masalah dengan bunyi bising nampak berkurang. Kalau dulu dia sangat tak suka apabila
dengar bunyi bising dia akan menjerit dan tutup telinga. Kadang-kadang dia akan menyorok.
Bunyi tv yang kuat pun kalau dulu dia tak boleh dengar. Sekarang dia dah boleh kawal,
Cuma masih nampak dia tak suka. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :
Cuma saya perasan dulu dia sensitif dengan bunyi bising. Pernah ada lori lalu dengan bunyi
yang kuat, dia lari menyorok sambil tutup telinga. Kawan-kawan bising pun dia marah.
Sekarang da ok sikitla. (TB:RG4:TARIKH).

Dapatan temubual juga mendapati S4 boleh memberikan respons terhadap nada suara
yang kuat. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Dia hanya faham kalau saya tinggikan suara bermakna saya marah. Sebenarnya kadang-
kadang saya tak marah, tapi kalau cakap perlahan dia tak beri perhatian, jadi kena cakap
kuat. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Selalunya kalau nak beri arahan, memang kena guna nada tinggi la. Kalau saya cakap kuat,
dia akan lebih fokus. Selalunya dia akan rasa saya marah dia bila saya cakap kuat. Jadi dia
akan tunduk, duduk diam dan dengar arahan saya. (TB:RG4:TARIKH)

Pemerhatian

Dapatan pemerhatian menyokong dapatan temubual di atas. Item A1 iaitu ‘menunjukkan


ekspresi wajah’ dirangka adalah bertujuan untuk mengetahui adakah kanak-kanak
menunjukkan ekspresi wajah yang sesuai mengikut perasaan. Semasa pemerhatian
dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat sampel kajian menunjukkan
ekspresi wajah gembira. Ianya dijelaskan seperti berikut :

Apabila jurulatih memberikan mainan yang subjek suka, subjek akan menunjukkan
ekspresi gembira iaitu S1 dan S3 senyum dan suka sambil memegang mainan tersebut.
Manakala S2 akan mengambil mainan, tersenyum dan terus menunjukkan kepada ibunya. S3
pula akan ketawa. Sementara S4 memegang mainan dan sangat teruja sehingga melompat.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat


sampel kajian menunjukkan ekspresi wajah marah. Contohnya apabila kawan-kawannya
mengambil mainan daripada subjek, subjek akan menunjukkan ekspresi marah. S1
membulatkan mata. Sementara S2 dan S3 mengetapkan bibir. S4 pula menjerit dan
menghentak-hentak kaki.

Dapatan pemerhatian menyokong dapatan temubual di atas. Dapatan pemerhatian


menjelaskan subjek boleh menunjukkan ekspresi sedih. Contohnya apabila jurulatih
mengambil semula mainan yang diberikan, subjek akan menunjukkan ekspresi sedih iaitu S1
menunjukkan muka masam, S2 memalingkan muka dan menangis. Manakala S3 dan S4 akan
menangis dan menjerit.

Dapatan temubual ini disokong oleh dapatan pemerhatian. Bagi item A2 merujuk kepada
pernyataan ‘Memahami dan menunjukkan tindak balas yang sesuai berdasarkan ekspresi
wajah yang ditunjukkan oleh jurulatih’. Item ini dirangka bertujuan untuk mengetahui
adakah subjek boleh memahami perasaan melalui ekspresi wajah dan memberikan tindak
balas yang sesuai terhadap ekspresi wajah yang ditunjukkan oleh jurulatih . S1 dan S2
menunjukkan skor 2 iaitu ’kadang-kadang’.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S1 dan S2 boleh memberikan


tindak balas yang sesuai terhadap ekspresi wajah marah yang ditunjukkan oleh jurulatih.
Contohnya, S1 akan menundukkan pandangan apabila jurulatih menunjukkan ekspresi wajah
marah, manakala S2 akan duduk diam di tepi kolam. S1 dan S2 juga boleh memahami dan
memberikan tindak balas yang tepat apabila jurulatih menunjukkan ekspresi wajah sedih.
Contohnya apabila S1 dan S2 tidak mengikut arahan jurulatih, jurulatih menunjukkan
ekspresi wajah sedih, S1 akan datang kepada jurulatih dan memeluk jurulatih. Sementara S2
akan datang mencium jurulatih.

Dapatan temubual di sokong oleh dapatan pemerhatian. Item A3 iaitu ‘Memusingkan


badan atau kepala ketika namanya dipanggil’ adalah bertujuan untuk mengetahui adakah
kanak-kanak menunjukkan respons apabila namanya dipanggil. Berdasarkan pemerhatian
yang dijalankan mendapati S1 dan S2 menunjukkan skor 3 iaitu ‘Selalu’ bagi item ini. S1
dan S2 akan menoleh kepada jurulatih apabila dipanggil dan menyahut panggilan jurulatih.
Manakala S3 dan S4 menunjukkan skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’ bagi item ini. S3 dan S4
akan menoleh hanya apabila jurulatih memanggil dengan suara yang kuat. Kadang kala S3
dan S4 tidak mengendahkan panggilan jurulatih.

Dapatan temubual di sokong oleh dapatan pemerhatian. Item A6 iaitu ‘Melihat ke arah objek
apabila jurulatih menunjukkan sesuatu objek’ adalah bertujuan untuk mengetahui adakah
kanak-kanak menunjukkan respons apabila ditunjukkan objek-objek yang menarik. S1 dan S2
mendapat skor 3 iaitu ‘selalu’. Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati
bahawa S1 dan S2 akan memandang dan memegang objek yang ditunjukkan.

Manakala S3 dan S4 mendapat skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’. Semasa pemerhatian


dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S3 dan S4 hanya memandang dan memegang
objek yang disukai sahaja.
Dapatan temubual ini disokong oleh dapatan pemerhatian. Bagi item A4 merujuk kepada
pernyataan ‘Menunjukkan keinginannya dengan menggunakan isyarat jari.’. Item ini
dirangka bertujuan untuk mengetahui adakah subjek boleh menunjukkan apa yang dia mahu
dengan menggunakan isyarat jari. S1, S2 menunjukkan skor 3 iaitu selalu, S3 menunjukkan
skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’. Manakala S4 menunjukkan skor 1 iaitu ‘tidak pernah’.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih memberikan beberapa alatan untuk dipilih. S1,S2
dan S3 akan menunjukkan pilihannya dengan jari. Manakala S4 pula akan menarik tangan
jurulatih ke arah alatan yang dikehendakinya.

Dapatan temubual di sokong oleh dapatan pemerhatian. Item A7 iaitu ‘Memahami


nada suara jurulatih sama ada jurulatih sedang marah dll.’ adalah bertujuan untuk mengetahui
adakah kanak-kanak menunjukkan respons terhadap nada suara daripada jurulatih dan
memahami nada suara yang dikeluarkan. S1 dan S2 mendapat skor 3 iaitu ‘selalu’. Semasa
pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S1 dan S2 menunjukkan respons
terhadap nada suara samada kuat atau perlahan. S1 dan S2 juga memahami apabila jurulatih
meninggikan suara menunjukkan jurulatih sedang marah. S1 dan S2 akan menundukkan
kepala apabila dimarahi. S1 dan S2 juga memberikan tumpuan apabila jurulatih memberikan
arahan walaupun dengan suara yang perlahan. S1 dan S2 beri perhatian terhadap arahan
jurulatih dan boleh memahami arahan yang diberikan.

Manakala S3 dan S4 mendapat skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’. Semasa pemerhatian


dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S3 dan S4 menunjukkan respons apabila jurulatih
meninggikan suara. S3 dan S4 akan merasakan diri mereka sedang dimarahi. Namun begitu,
S3 dan S4 kurang fokus apabila jurulatih bercakap dengan perlahan.

4.3.1 Soalan kajian 2. Apakah kesan aktiviti renang berstruktur terhadap


perkembangan interaksi sosial kanak-kanak autistik?

Soalan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aktiviti renang berstruktur
terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam interaksi sosial. Pengkaji menjawab
persoalan kajian dengan menghuraikan perkembangan subjek sebelum mengikuti aktiviti
renang berstruktur berdasarkan analisis dokumen rekod pelajar di sekolah. Perkembangan
terkini subjek dalam kemahiran komunikasi selepas mengikuti aktviti renang berstruktur
dilaporkan melalui analisis dapatan temu bual separa berstruktur. Temubual bersama
responden iaitu responden ibu bapa (RI) dan responden guru (RG) telah dijalankan bagi
mendapatkan pandangan responden terhadap perkembangan subjek dalam kemahiran
komunikasi selepas mengikuti aktiviti renang berstruktur.

Manakala, dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak


autistik yang menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Pemerhatian
dilaksanakan oleh jurulatih menggunakan senarai semak pemerhatian. Bagi menjelaskan
kesan aktiviti renang berstruktur terhadap kemahiran komunikasi, laporan dapatan kajian
dibentangkan mengikut dapatan temubual separa berstruktur dan pemerhatian yang di analisis
setiap satu sehingga membentuk tema akhir.

Berdasarkan triangulasi data antara temu bual ibu bapa dan guru serta triangulasi data
antara analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran
komunikasi dijelaskan seperti berikut.

Analisis dokumen

ii) Gangguan Interaksi Sosial

Menurut laporan dalam rekod perkembangan pelajar, S1 mengalami gangguan


interaksi sosial dalam aspek kontak mata. Gangguan interaksi sosial yang dialami direkodkan
oleh guru pendidikan khas dalam laporan awal tahun. Laporan menjelaskan S1 mengalami
gangguan interaksi sosial dalam aspek kontak mata seperti berikut:

Tidak fokus di dalam kelas iaitu tidak memandang guru semasa guru mengajar. Semasa
bercakap tidak memandang wajah guru. Mengelakkan pandangan apabila guru bercakap
dengannya. Kontak mata yang sangat singkat. Kontak mata tidak melebihi 3 saat. (Rekod
perkembangan / pencapaian pelajar: 30 Januari 2021).

Menurut laporan dalam rekod perkembangan pelajar, S1 jug mengalami gangguan


interaksi sosial dalam aspek pergaulan rakan sebaya. Gangguan yang dialami direkodkan oleh
guru pendidikan khas dalam laporan awal tahun. Laporan bertarikh 27 Januari 2021
menjelaskan S1 mengalami gangguan interaksi sosial dalam aspek pergaulan rakan sebaya
seperti berikut:

Suka duduk bersendirian iaitu berada dalam alam sendiri. Hanya bermain sendiri dan tidak
pandai untuk bergaul dengan rakan-rakan. Tidak membenarkan rakan untuk berkongsi alatan.
Apabila rakan-rakan menghampiri, pelajar ini melarikan diri dan duduk di bawah meja.
Kebiasaannya duduk sendiri dan tidak boleh diganggu. (Rekod perkembangan / pencapaian
pelajar: 30 Januari 2021)

S2 juga dilaporkan mengalami gangguan interaksi sosial dalam aspek kontak mata. Gangguan
dalam yang dialami oleh S2 direkodkan sepanjang bulan pertama perdekolahan seperti
berikut :

Pelajar tidak mempunyai kontak mata. Pelajar mengelak daripada pandangan orang lain.
(Rekod perkembangan / pencapaian pelajar: 30 Januari 2021)

S2 juga dilaporkan mengalami gangguan interaksi sosial dalam aspek pergaulan rakan
sebaya. Gangguan dalam yang dialami oleh S2 direkodkan sepanjang bulan pertama
perdekolahan seperti berikut :

Pelajar masih lagi suka bermain bersendirian. Ketika aktiviti bermain di padang pelajar tidak
bermain dengan rakan sebaya. Pelajar masih tidak pandai untuk bermain permainan fantasi /
olok-olok. Pelajar masih mengelak untuk bergaul dengan rakan sebaya dan sukar untuk
bermain dalam kumpulan. (Rekod perkembangan / pencapaian pelajar: 30 Januari 2021)

S3 juga mengalami gangguan interaksi sosial dalam aspek kontak mata yang direkodkan oleh
guru kelasnya semasa aktiviti ‘freeplay’ sepanjang minggu pertama persekolahan bertarikh
03 Januari – 07 Januari 2021 seperti berikut:

Kontak mata – Apabila guru memanggil pelajar, pelajar hanya menoleh ke arah guru seketika
sahaja. Pelajar boleh menunjukkan kontak mata hanya selama 3 saat. Semasa guru bercakap
dengan pelajar, pelajar tidak memandang ke arah guru dan mengelakkan pandangan.
(Laporan pencapaian pelajar:04 Januari 2021)

Gangguan interaksi sosial dalam aspek pergaulan rakan sebaya juga dialami S3 yang
direkodkan oleh guru kelasnya semasa aktiviti ‘freeplay’ sepanjang minggu pertama
persekolahan bertarikh 03 Januari – 07 Januari 2021 seperti berikut:

Guru menyediakan patung mainan untuk mengenalpasti tahap imaginasi pelajar. Pelajar tidak
memberikan tindakbalas untuk bermain olok-olok. (Laporan pencapaian pelajar:03 Januari
2021)
Pelajar seolah-olah berada dalam dunia sendiri. Pelajar suka bersendirian. Apabila ada rakan
menghampiri, Pelajar melarikan diri dan menyorok di bawah meja. Pelajar tidak
membenarkan kawan-kawan mengambil barangannya. Semasa aktiviti berkumpulan
dilaksanakan pelajar tidak bermain bersama rakan. Aktiviti sosial ( main carrom) – Pelajar
belum memahami konsep giliran. (Laporan pencapaian pelajar:06 Januari 2021)

S4 juga dilaporkan mengalami gangguan interaksi sosial dalam aspek kontak mata. Gangguan
dalam yang dialami S4 direkodkan oleh guru kelasnya seperti dalam laporan perkembangan
bertarikh 14 Januari 2021 seperti berikut:

Pelajar mempunyai kontak mata yang singkat. Hanya boleh memandang tepat kearah mata
guru dalam 1 – 2 saat sahaja. (Laporan perkembangan: 14 Januari 2021)

S4 juga dilaporkan mengalami gangguan interaksi sosial dalam aspek pergaulan rakan
sebaya. Gangguan dalam yang dialami S4 direkodkan oleh guru kelasnya seperti dalam
laporan perkembangan bertarikh 14 Januari 2021 seperti berikut:

Ketika aktiviti berkumpulan pelajar tidak menyertai kawan-kawan. Pelajar juga masih belum
memahami konsep penggiliran, konsep berkongsi dan konsep menunggu, contohnya semasa
aktiviti bermain baling bola, pelajar hanya bermain sendiri sahaja. (Laporan perkembangan:
14 Januari 2021)

Temubual

Laporan dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas menjelaskan perkembangan
kanak-kanak autistik selepas mengikuti aktiviti renang berstruktur. Bagi laporan dapatan
temu bual, hasil dapatan berdasarkan protokol temubual yang telah disediakan bersama
responden ibu bapa (RI) dan responden guru pendidikan khas (RG) telah ditranskripsikan.

i) Menunjukkkan kontak mata

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam interaksi sosial
menjelaskan subjek menunjukkan kontak mata, memberikan dan membalas kontak mata.
Subjek juga menunjukkkan kontak mata dengan memandang wajah, mengekalkan pandangan
dan tidak mengelak pandangan mata orang lain. Perkembangan subjek dalam menunjukkan
kontak mata juga dapat dilihat semasa bergambar. Subjek memandang kamera dan fokus
semasa bergambar. Subjek juga menunjukkan kontak mata mengikut pergerakan tangan
dengan memandang objek yang ditunjukkan serta memahami arahan berdasarkan pergerakan
tangan yang ditunjukkan.

Laporan dapatan temubual bersama RI dan RG adalah seperti berikut. Berdasarkan dapatan
temubual RI1 menyatakan :

Dia telah boleh menunjukkan kontak mata walaupun tak la sama macam kanak-kanak
normal.. Kalau saya bercakap dia boleh menumpukan perhatian dan memandang ke wajah
atau mata saya. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Kalau saya bercakap dia boleh menumpukan perhatian. Mungkin tak lama tapi dia lebih
fokus. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati subjek boleh menunjukkan kontak mata semasa


bergambar. S1 dan S2 akan memandang kamera dan menunjukkan pelbagai aksi semasa
bergambar terutama semasa selfie. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1
menyatakan seperti berikut:

Semasa bergambar telah boleh memandang kamera. Dalam video pun saya boleh nampak
kontak mata dia. Dia selalu memandang kamera. Sangat suka bergaya. Kalau selfie lagilah
dia suka (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Kalau bergambar mata dia boleh memandang kamera. Fokus dia lama, contoh saya buat
video, dalam video tu kontak mata dia lama dia pandang kearah kamera.
(TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati S2 boleh menunjukkan kontak mata semasa bergambar. Ianya
di nyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Masa bergambar dia boleh fokus sekarang ini. Kalau dulu memang susah nak ambil gambar
dia, dia tak duduk diam. Sekarang dia boleh pandang kamera semasa bergambar. Semasa
saya ambil video pun boleh nampak dia pandang dan fokus kepada kamera
(TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :
rakaman video juga menunjukkan kontak mata dia lebih baik berbanding sebelum ini. Dia
boleh memandang kamera dalam jangka masa yang lama. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 dan S4 menunjukkan kontak mata semasa


bergambar. Namun begitu hanya ketika selfie sahaja. Contohnya ditunjukkan dalam dialog
berikut:

Sekarang ni dia boleh memandang kamera tapi kalau selfie jekla dia memang suka dan boleh
buat gaya macam-macam. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Sekarang ni dia boleh memandang kamera terutama ketika selfie dia memang suka dan
boleh buat macam-macam aksi. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S4 boleh menunjukkan kontak mata semasa


bergambar. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI4. RI4 menyatakan:

Sekarang ni dia akan pandang dan respons dengan gaya-gaya sekali kalau selfie.
(TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Kalau tengok gambar-gambar sebelum ini, memang tak ade gambar dia pandang kamera.
Terkini saya ambil gambar semasa pembukaan sekolah baru-baru ini, semasa selfie banyak
gambar dia memandang kamera.. (TB:RG4:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati S1, S2 dan S3 boleh menunjukkan kontak mata


mengikut pergerakan tangan dan memahami arahan berdasarkan pergerakan tersebut. Ianya
di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti berikut:

Saya selalu menyanyi lagu sambil tunjukan arah contoh lag tu ‘Pandang kanan, Pandang
kiri, pandang atas, pandang bawah. Dia akan ikut pergerakan tangan saya.
(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia akan ikut pergerakan tangan saya. Kalau saya bagi arahan ringkas sambil tunjukkan dia
faham, contoh saya tunjukkan sampah, dia akan kutip sampah. Saya tunjuk bakul sampah dia
akan buang sampah ke dalam bakul tu. (TB:RG1:TARIKH)
Dapatan temubual mendapati S2 boleh menunjukkan kontak mata semasa bergambar. Ianya
di nyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dia akan ikut pergerakan tangan saya dengan pandangan mata dia. Apabila saya minta
tolong ambilkan sesuatu, contohnya saya tunjuk sesuatu barang dia faham saya minta dia
ambil barang tu. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Apabila saya beri arahan ringkas tugasan seperti kutip sampah, buang sampah, dia faham
apabila saya tunjukkan sahaja. Begitu juga apabila saya tunjuk penyapu dia faham, tugas
dia menyapu. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual jug menjelaskan S3 boleh menunjukkann kontak mata terhadap pergerakan
tangan dan memahami arahan.

Kalau saya tunjuk tu, mata dia memang pandang pada pergerakan tangan saya. Sekarang
dia memang faham kalau saya tunjuk sesuatu. Bila saya minta tolong dia ambil barang, saya
hanya tunjuk sahaja dia dah faham. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Kalau saya tunjukkan sesuatu Dia akan pandang kearah tempat atau objek yang saya
tunjukkan. Contoh saya selalu juga suruh dia ambil barang, saya hanya tunjuk sahaja, dia
akan ambil barang tersebut. Bila saya minta tolong dia hidupkan suis lampu dan kipas, saya
tunjuk sahaja, dia akan hidupkan suis. (TB:RI3:TARIKH)

Namun begitu, dapatan temubual mendapati S4 menunjukkan kontak mata mengikut


pergerakan tangan namun tidak memahami dan bertindakbalas terhadap arahan. Contohnya
ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dia akan pandang kearah tempat atau objek yang saya tunjukkan tapi dia tak faham arahan
saya. Bila saya memberi arahan sambil menunjukkan pergerakan tangan dia tak
bertindakbalas. Contoh saya bagi arahan bergerak ke sebelah kanan sambil tunjukkan
tangan ke kanan, dia duduk diam jek tak bergerak pun. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :
Kalau saya tunjukkan sesuatu, dia akan pandang. Tapi dia tak faham arahan yang saya
maksudkan, contoh saya tunjuk sesuatu barang dan minta tolong dia ambil barang tu, dia tak
faham. Dia Cuma pandang sahaja barang yang saya tunjuk tu (TB:RG4:TARIKH)

ii) Kontak mata lebih lama

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam interaksi sosial
menjelaskan kontak mata subjek bertambah baik. Subjek dapat mengekalkan kontak mata
dalam masa yang lebih lama contohya semasa rakaman video, subjek memandang kamera
lebih lama. Laporan dapatan temubual bersama RI dan RG adalah seperti berikut.
Berdasarkan dapatan temubual RI1 menyatakan :

Dapatan temubual mendapati subjek boleh menunjukkan kontak mata lebih lama berbanding
sbeelumnya. RI1 menyatakan seperti berikut:

Kontak mata dia lebih lama berbanding sebelum ini cuma tak ketara sangat peningkatan tu.
(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia boleh pandang lebih lama bila saya bercakap dengan dia. Boleh dikatakan bertambah
baik.(TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S2 boleh menunjukkan kontak lebih lama. Ianya
dinyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya dinyatakan dalam dialog berikut:

Dia boleh mengekalkan kontak mata lebih lama berbanding sebelum ini. Mungkin dalam 7
ke 8 saat.. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut :

Kontak mata dia meningkat, dia boleh kekalkan kontak mata.. nak kata berapa saat tu saya
tak pasti la. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh mengekalkan kontak mata lebih lama.
RI3 menyatakan :
Kontak mata ada sikit peningkatan. Dia boleh pandang kita lebih lama. Tak la sama macam
budak-budak biasa tapi nak banding dengan sebelum ni, nampak ada dah kontak mata tu.
(TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Kontak mata dia nampak ada progresif. Dia boleh kekalkan kontak mata beberapa saat.
(TB:RG3:TARIKH)

Dapatan temubual RI4 juga menunjukkan sedikit peningkatan dalam kontak mata.
RI4 menyatakan:

Kontak mata okla sikit.. Dah nampak dia pandang mata saya. Kalau dulu satu saat pun
susah untuk dia pandang mata saya, sekarang macam 3 saat..(TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Ada peningkatan dalam‘eye contact’. Tak banyak tapi ada la. (TB:RG4:TARIKH)

2) Pergaulan rakan sebaya minimum

Data temubual RI dan temubual RG serta pemerhatian yang dikumpulkan mendapati bagi
tema pergaulan rakan sebaya minimum, melibatkan dua kategori kod iaitu menunjukkan
perasaan gembira bersama rakan sebaya namun tidak bermain bersama rakan sebaya dan
tidak memahami konsep bermain.

i) Menunjukkan perasaan gembira bersama rakan sebaya namun tidak bermain bersama rakan
sebaya.

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas serta
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam interaksi sosial
menjelaskan pergaulan subjek bersama rakan sebaya masih di tahap minimum. Subjek masih
tidak berminat untuk bergaul dan bermain dengan rakan sebaya. Namun begitu ketika rakan-
rakan berkumpul subjek gembira berada bersama rakan-rakan sebaya. Dapatan temubual
mendapati S1, S2 dan S3 menunjukkan perasaan gembira apabila bersama rakan sebaya.
Namun begitu ketiga-tiga subjek masih tidak menyertai rakan-rakan bermain.

Berdasarkan dapatan temubual RI1 menyatakan :


Kalau ada sedara dia yang lebih kurang umur dia datang rumah dia suka, main kejar-kejar,
lari-lari gitu jekla..kalau nak main bola ke badminton ke dia tak pandai. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Masa kelas PJ, dia akan turun ke padang dengan rakan-rakan. Dia suka sangat kalau pegi
padang. Main sepak bola ke arah gol, main baling-baling bola. Dia main sendiri jekla.
(TB:RG1:TARIKH)

Dapatan juga mendapati S2 gembira bersama rakan . Ini dapat dilihat berdasarkan
dapatan temubual RI2. Ini dijelaskan melalui penyataan berikut :

Kalau bawa pergi taman dengan adik beradik dia jekla dia main. Dia memang suka. Tu pun
dia masih main sendiri. Memanjat, berlari macam tu jekla. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Dia suka gi padang masa PJ. Dia akan lari keliling padang. Tapi nak join kawan-kawan dia
main bola, badminton dan lain-lain tu dia tak nak. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 juga mendapati S3 gembira berada bersama
rakan sebaya tetapi tidak menyertai rakan-rakan bermain. Contohnya dalam ayat berikut:

Kalau adik beradik dia turun main depan rumah, dia memang suka ikut jugak main depan
rumah. Tapi dia main ikut cara dia la. Contoh adik beradik dia main bola dengan kawan-
kawan, tapi dia main basikal sorang-sorang. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Kalau di padang, apabila kawan-kawan main bola, dia pun main bola. Kalau kawan-kawan
main badminton, dia akan ikut main badminton. Cumanya cara bermain tak sama macam
kanak-kanak masalah pembelajaran yang lain. (TB:RG3:TARIKH)

Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 mendapati S4 masih bermain
sendiri dan tidak berminat untuk bergaul dengan rakan sebaya. Ini dapat dilihat berdasarkan
dapatan temubual RI4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dia lebih suka duduk dalam rumah, main mainan yang dia suka. Dengan adik-adik dia join
jugak tapi dia tak pandai nak ikut cara main yang betul. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :
Kalau masa main di padang dia tak join kawan-kawan main. Dia hanya melompat-lompat,
berlari-lari. (TB:RG4:TARIKH).

ii) Tidak memahami konsep bermain

Selain itu, dapatan temubual mendapati subjek masih tidak memahami konsep-konsep yang
diterapkan semasa bermain contohnya penggiliran, berkongsi dan peraturan.

Dapatan temubual bersama RI1 menjelaskan S1 tidak memahami konsep berkongsi tapi
mengalah dengan adik-adiknya. RI1 menyatakan seperti berikut:

Kalau di rumah dengan adik-adik dia mengalah. Tapi kalau mainan yang dia suka, dia
memang tak kan kongsi. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia suka bawa lego ke sekolah. Dia masih tak boleh berkongsi mainan.. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S2 belum memahami konsep-konsep yang


diterapkan semasa bermain. Ianya dinyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya
dinyatakan dalam dialog berikut:

Saya ajak dia main permainan kad, dia masih tak faham kena bergilir, peraturan permainan.
Kalau main bola, baling-baling tu bolehla. Tapi nak main ikut cara yang betul, dia tak
pandai. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menjelaskan seperti berikut :

Kawan-kawan ajar dia cara main bola. Dia tak berminat. Jadi memang dia masih tak faham
cara nak main. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 juga belum memahami konsep-konsep yang


diterapkan semasa bermain. RI3 menyatakan :

Kalau main bola dengan adik dia, dia boleh la tendang bola ke arah gol. Kalau dia dah
seronok tu tak leh ganggu. Jangan di ambik bola dia, dia akan marah. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Semasa bermain, saya terapkan konsep-konsep macam berkongsi, bergilir. Dia masih tak
faham. Saya ajak dia main, tunjuk cara sepak bola. Dia pandang tapi tak pandai nak buat.
(TB:RG3:TARIKH)
Dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak autistik yang
menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Item 2.1 ialah kontak
mata. Item B1 iaitu ‘Memandang tepat ke arah jurulatih semasa jurulatih bercakap’ dirangka
adalah bertujuan untuk mengetahui adakah kanak-kanak menunjukkan kontak mata semasa
jurulatih berinteraksi dengan subjek.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat subjek


mendapat skor 2 iaitu ‘kadang-kadang’. Contohnya apabila jurulatih memberikan arahan,
subjek memandang kepada jurulatih dan mendengar arahan. Namun begitu perlu bagi arahan
yang ringkas sahaja. Subjek memberi perhatian yang baik terhadap arahan namun
memandang kepada jurulatih seketika sahaja.

Dapatan pemerhatian menyokong dapatan temubual di atas. Item B2 iaitu ‘Pandangan


matanya mengikut tangan jurulatih apabila jurulatih menunjukkan sesuatu pergerakan’
dirangka adalah bertujuan untuk mengetahui adakah kanak-kanak menunjukkan kontak mata
terhadap pergerakan tangan dan memahami arahan jurulatih. S1, S2 dan S3 menunjukkan
skor 3 iaitu ‘Selalu’ bagi item ini. Manakala S4 mendapat skor 1 iaitu ‘tidak pernah’

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih memberi arahan untuk berenang


berdasarkan arah pergerakan tangan jurulatih. S1, S2 dan S3 mengikut pergerakan tangan
jurulatih dan berenang mengikut arah pergerakan tangan yang ditunjukkan. S4 hanya
berenang berdekatan dengan adik-adiknya sahaja.

Dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak autistik yang


menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Item B3 iaitu ‘Berminat
untuk bergaul dengan rakan-rakan’, B4. ‘Bermain bersama rakan-rakan semasa aktiviti
berkumpulan’ dan item B6 ‘Menunjukkan perasaan suka dan gembira apabila bersama
rakan-rakan’ dirangka adalah bertujuan untuk mengetahui adakah subjek menunjukkan reaksi
yang sesuai apabila bermain bersama rakan sebaya.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat subjek


mendapat skor 3 iaitu ‘selalu’ bagi item B6. Subjek menunjukkan reaksi gembira semasa
bermain berada bersama rakan sebaya. Manakala bagi item B3 dan B4 keempat-empat subjek
mendapat skor 1 iaitu ‘tidak pernah’. Semasa aktiviti berkumpulan iaitu sesi bermain baling
bola di air keempat-empat subjek gembira apabila diberikan bola. Subjek memusing-
musingkan bola dan membaling bola ke arah gol. Namubn begitu, subjek tidak mahu
menyertai rakan-rakan bermain.
4.3.1 Soalan kajian 3. Apakah kesan aktiviti renang berstruktur terhadap
perkembangan tingkah laku kanak-kanak autistik?

Soalan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aktiviti renang berstruktur
terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi. Pengkaji
menjawab persoalan kajian dengan menghuraikan perkembangan subjek sebelum mengikuti
aktiviti renang bersturktur berdasarkan analisis dokumen rekod perkembangan subjek di
sekolah. Perkembangan terkini subjek dalam kemahiran komunikasi selepas mengikuti aktviti
renang berstruktur dilaporkan melalui analisis dapatan temu bual separa berstruktur.
Temubual bersama responden iaitu responden ibu bapa (RI) dan responden guru (RG) telah
dijalankan bagi mendapatkan pandangan responden terhadap perkembangan subjek dalam
kemahiran komunikasi selepas mengikuti aktiviti renang berstruktur.

Manakala, dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak


autistik yang menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Pemerhatian
dilaksanakan oleh jurulatih menggunakan senarai semak pemerhatian. Bagi menjelaskan
kesan aktiviti renang berstruktur terhadap kemahiran komunikasi, laporan dapatan kajian
dibentangkan mengikut dapatan temubual separa berstruktur dan pemerhatian yang di analisis
setiap satu sehingga membentuk tema akhir.

Berdasarkan triangulasi data antara temu bual ibu bapa dan guru serta triangulasi data
antara analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran
komunikasi dijelaskan seperti berikut :

4.3.1.1 Analisis dokumen

Berdasarkan analisis dokumen iaitu melalui rekod perkembangan/pencapaian di sekolah S1


mempunyai ciri-ciri autistik yang ketara dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku.

iii) Gangguan tingkah laku

Menurut laporan dalam rekod perkembangan pelajar, subjek mengalami gangguan


tingkah laku dalam aspek tingkah laku berulang. Gangguan tingkah laku yang dialami
direkodkan oleh guru pendidikan khas dalam laporan awal tahun. Laporan bertarikh 27
Januari 2021 menjelaskan S1 mengalami gangguan dalam tingkahlaku dalam aspek tingkah
laku berulang seperti berikut:

Selalu berulang-ulang datang kepada guru menanyakan soalan yang sama. Sangat suka pada
buku namun sering membawa dan membaca buku yang sama. Suka menutup pintu kelas.
Marah apabila pintu dibuka.

Menurut laporan dalam rekod perkembangan pelajar, S1 juga mengalami gangguan


tingkah laku sosial dalam aspek tingkah laku agresif. Gangguan yang dialami direkodkan
oleh guru pendidikan khas dalam laporan awal tahun. Laporan bertarikh 27 Januari 2021
menjelaskan S1 (S1) mengalami gangguan tingkah laku dalam aspek tingkah laku agresif
seperti berikut:

Suka mendesak untuk guru melihat hasil kerjanya walaupun ketika guru sedang mengajar.
Memarahi kawan-kawan sekiranya kawan-kawan bergurau dengannya. Sekiranya marah,
membuang barangan. Sekiranya diganggu oleh rakan-rakan membalingkan barangan ke arah
rakan. Menjerit secara tiba-tiba apabila guru sedang mengajar. Bertindak agresif sekiranya
rakan-rakan mengusik barangan yang disusun. (Rekod perkembangan / pencapaian pelajar:
30 Januari 2021).

Gangguan tingkah laku juga dilaporkan dialami oleh S2 dalam aspek tingkah laku berulang.
Gangguan dalam yang dialami oleh S2 direkodkan sepanjang bulan pertama perdekolahan
seperti berikut :

Terdapat rutin sama yang berulang dilakukan oleh pelajar antaranya, pemakanan yang sama,
melakukan sesuatu yang disukai sahaja contoh melukis benda sama, menyebut perkataan atau
ayat yang sama dan sSuka pada objek bulat atau pun objek-objek yang boleh berpusing
seperti tayar dan akan fokus melihat objek berpusing. (Rekod perkembangan / pencapaian
pelajar: 30 Januari 2021)

S2 juga dilaporkan mengalami gangguan tingkah laku dalam aspek tingkah laku agresif.
Gangguan dalam yang dialami oleh S2 direkodkan sepanjang bulan pertama perdekolahan
seperti berikut :
Pelajar tidak menunjukkan emosi yang sesuai mengikut situasi. Ada kalanya pelajar menjerit
secara tiba-tiba. Sekiranya dalam keadaan marah, pelajar memusnahkan objek. pelajar marah
apabila disentuh. (Rekod perkembangan / pencapaian pelajar: 30 Januari 2021)

S3 juga mengalami gangguan tingkah laku. Gangguan tingkah laku dalam aspek tingkah laku
berulang direkodkan oleh guru kelasnya semasa aktiviti ‘freeplay’ sepanjang minggu pertama
persekolahan bertarikh 03 Januari – 07 Januari 2021 seperti berikut:

Pelajar tidak mahu menyentuh mainan yang guru sediakan. Pelajar cuma pegang mainan
yang di bawa dari rumah. (Laporan pencapaian pelajar:03 Januari 2021)

Aktiviti masukkan gelung ke dalam tiang. Pelajar tidak memberikan fokus dan tidak mahu
melaksanakan aktiviti. Pelajar hanya memusing-musingkan gelung.. (Laporan pencapaian
pelajar:04 Januari 2021)

Gangguan tingkah laku dalam aspek tingkah laku agresif juga dialami S3 direkodkan oleh
guru kelasnya semasa aktiviti ‘freeplay’ sepanjang minggu pertama persekolahan bertarikh
03 Januari – 07 Januari 2021 seperti berikut:

Apabila guru meminta haris untuk bermain pasir, Pelajar terus menjerit secara tiba-tiba.
Apabila guru mengambil mainan, pelajar marah dan menggigit tangannya sendiri. (Laporan
pencapaian pelajar:03 Januari 2021)

Pelajar tidak membenarkan kawan-kawan mengambil barangannya. Pelajar akan menjerit dan
menolak kawannya. (Laporan pencapaian pelajar:06 Januari 2021).

S4 juga dilaporkan mengalami gangguan tingkah laku dalam aspek tingkah laku berulang.
Gangguan yang dialami S4 direkodkan oleh guru kelasnya seperti dalam laporan
perkembangan bertarikh 14 Januari 2021 seperti berikut:

Aktiviti kehidupan harian - Pelajar, hanya makan makanan tertentu sahaja. Kebiasaannya
ibunya akan membekalkan makanan nasi dan ayam goreng. (Laporan perkembangan: 14
Januari 2021)

Tingkah laku berulang - Pelajar melakukan ‘hand flapping’. Pelajar menyusun objek-objek
contohnya apabila bermain lego, pelajar akan menyusun lego memanjang.
S4 juga dilaporkan mengalami gangguan tingkah laku dalam aspek tingkah laku agresif.
Gangguan dalam yang dialami S4 direkodkan oleh guru kelasnya seperti dalam laporan
perkembangan bertarikh 14 Januari 2021 seperti berikut:

Tingkah laku agresif -Selalu menangis dan menjerit tanpa sebab. Pelajar akan menggigit
bibirnya sendiri apabila marah. Pelajar membaling barangan kepada rakan yang mengganggu
dirinya. (Laporan perkembangan: 14 Januari 2021).

Temubual

Laporan dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas menjelaskan perkembangan
kanak-kanak autistik selepas mengikuti aktiviti renang berstruktur. Bagi laporan dapatan
temu bual, hasil dapatan berdasarkan protokol temubual yang telah disediakan bersama
responden ibu bapa (RI) dan responden guru pendidikan khas (RG) telah
ditranskripsikan.4.3.1.1 Pengulangan tingkah laku berkurang

Data temubual RI dan temubual RG serta pemerhatian yang dikumpulkan mendapati bagi
tema pengulangan tingkah laku fizikal, melibatkan tiga kategori kod iaitu Tingkah laku
fizikal berulang berkurang, pengulangan ayat / perkataan pada masa yang sesuai dan
menerima rutin baru / perubahan.

i) Pengulangan tingkah laku berkurang

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam tingkah laku ialah
pengulangan tingkah laku fizikal berkurang. Perkembangan subjek dilihat apabila tingkah
laku berulang tidak selalu dibuat, kadang-kadang sahaja melakukan tingkah laku berulang,
bila ditegur akan berhenti melakukan tingkah laku berulang dan tidak lagi menyusun objek.
Ini pengulangan tingkah laku fizikal berkurang.

Laporan dapatan temubual bersama RI dan RG adalah seperti berikut. Berdasarkan dapatan
temubual RI1 menyatakan. Berdasarkan dapatan temubual RI1 menyatakan :
Kalau dulu ada satu tingkahlaku dia yang selalu dia ulang ialah tutup pintu. Dia tidak suka
pintu rumah terbuka. Tetapi sekarang dia dah tak selalu buat sangatlah, ada waktu pintu
rumah boleh dibiarkan terbuka. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Tingkah laku berulang yang dia selalu buat dulu ialah tutup pintu. Tak tau kenapa dia
memang tak suka kalau pintu terbuka. Sekarang ni ok sikitla. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan juga mendapati tingkah laku berulang S2 semakin berkurang. Ini dapat
dilihat berdasarkan dapatan temubual RI2. Ini dijelaskan melalui penyataan berikut :

Dulu dia suka tengok benda berpusing macam tayar kereta mainan, dia akan tengok lama-
lama. Memang kalau dia tengah ralit, tak boleh diganggu. Sekarang ni masih lagi suka, tapi
bila saya tegur, dia akan berhenti tengok.. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Dia suka main benda berpusing. Selalu saya bagi dia main spinner, dia memang boleh main
lama. Kalau saya suruh berhenti dia marah. Sekarang pun masih suka tapi saya hanya bagi
sebagai ganjaran kalau dia telah siap melaksanakan tugasan. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual ibu bapa dan guru S3 juga mendapati tingkah laku berulang S3
semakin berkurang. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual RI3. Contohnya dalam
ayat berikut:

Kalau dulu dia memang selalu bertepuk tangan dan melompat berulang-ulang tapi sekarang
tingkah laku berulang ini telah banyak berkurang. Kadang-kadang sahaja dia masih
melakukan tingkah laku berulang. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual guru pendidikan khas S3, Responden guru S3 (RG3).
Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Setakat yang saya nampak semasa sesi mengajar, tingkah laku berulang yang dia selalu buat
tepuk tangan dan melompat. Tapi kalau nak bandingkan dengan sebelum ini, masa awal
tahun hari itu rasanya tingkah laku berulang dia dah semakin berkurang.
(TB:RG3:TARIKH)
Dapatan temubual bersama ibu bapa dan guru S4 mendapati tingkah laku berulang S4
semakin berkurang. Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan temubual RI4. Contohnya
ditunjukkan dalam dialog berikut:

Tingkah laku berulang semakin kurang. Dia ni tingkah laku berulang dia banyak, kadang-
kadang dia jalan mengundur, angguk-angguk kepala, ‘hand flapping’. Sekarang ni dia masih
kerap buat hand flapping, yang lain jarang-jarang dia buat. Sebelum ni suka susun objek,
semua benda dia akan susun, pergi kenduri dia akan susun kerusi memanjang. Sekarang ni
dah tak susun dah. (TB:RI4:TARIKH).

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Tingkah laku berulang yang masih dia buat ialah hand flapping. Cuma kalau berbanding
dulu kekerapan tu dah berkurang. (TB:RG4:TARIKH).

ii) pengulangan ayat / perkataan pada masa yang sesuai.

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam tingkah laku
seterusnya ialah pengulangan ayat / perkataan pada masa yang sesuai. Berdasarkan dapatan
temubual RI1 menyatakan :

Kalau dulu dia akan suka bertanya benda yang sama berulang-ulang sehingga dia dapat
kepastian berkenaan perkara tersebut contoh kalau kerja sekolah dia akan bertanya kepada
saya berulang-ulang walaupun saya sedang sibuk dan buat kerja lain. Tapi sekarang ini dia
dah faham, dia akan tanya pada masa yang sesuai. Sekarang dah tiada ayat yang selalu dia
ulang. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Kalau dulu dia akan suka bertanya benda yang sama berulang-ulang walaupun saya
sedang sibuk dan buat kerja lain. Tapi sekarang ini dia dah faham, dia akan tanya pada
masa yang sesuai. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan pemerhatian menyokong dapatan temubual. Item 3.1 ialah tingkah laku
berulang. Item C2 iaitu ‘Mengulang ayat atau perkataan tertentu.’ dirangka adalah bertujuan
untuk mengetahui adakah subjek menunjukkan tingkah laku berulang dari aspek kelakuan
fizikal.
Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S1 mendapat skor 2
iaitu ‘kadang-kadang’.

iii) Boleh menerima rutin baru / perubahan

Dapatan temubual mendapati subjek boleh menerima rutin baru dan perubahan. Ini
dapat dilihat dari segi pilihan mainan, subjek tertarik dengan mainan lain serta cara bermain
juga boleh dipelbagaikan. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan
seperti berikut:

Kalau dulu dia sangat suka mainan lego sahaja. Lego dia akan main susun sampai panjang.
Tapi sekarang dia dah pandai membuat pelbagai bentuk daripada lego. Melukis pun sama,
dia pandai melukis, tetapi sebelum ini dia hanya melukis kartun yang sama, sakarang dia
boleh melukis pelbagai karakter kartun. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia suka melukis, cuma perkembangan dia yang saya nampak, kalau dulu dia lukis kartun
yang sama, sekarang dia boleh melukis macam-macam. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati S2 boleh menunjukkan kontak mata semasa bergambar. Ianya
di nyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dia sangat suka main lego. Cuma sekarang saya Nampak cara dia main lego dah bertambah
baik. Kalau dulu dia dia akan main susun sampai panjang. Tapi sekarang dia dah pandai
membuat pelbagai bentuk daripada lego.. Dia juga suka main tanah liat. Sekarang dah boleh
buat pelbagai bentuk daripada tanah liat. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia juga suka main tanah liat. Dulu dia pandai buat bentuk skuter je. Sekarang ni dia boleh
buat orang, haiwan dan macam-macam bentuk lagi la. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh menerima rutin baru. Contohnya


ditunjukkan dalam dialog berikut:

Begitu juga dengan mainan, kalau saya bawa pergi kedai 2 ringgit, dulu dia wajib beli tanah
liat, raket dan bulu tangkis. Kalau tak beli akan tantrum la kat situ. Sekarang dia akan pilih
mainan-mainan lain juga.. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :


Dia suka main tanah liat, selalu dia bawa tanah liat dari rumah. Macam-macam bentuk dia
akan buat dengan tanah liat. Kelebihan dia saya nampak dia kreatif. (TB:RI3:TARIKH)

Dari segi pemakanan juga subjek boleh menerima pelbagai jenis makanan. Dapatan
temubual mendapati S1, S2 dan S3 tidak memilih makanan. Ianya di nyatakan dalam
temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti berikut:

Dari segi pemakanan, dia memang dah boleh makan pelbagai jenis makanan..
(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dia akan ikut pergerakan tangan saya. Kalau saya bagi arahan ringkas sambil tunjukkan dia
faham, contoh saya tunjukkan sampah, dia akan kutip sampah. Saya tunjuk bakul sampah dia
akan buang sampah ke dalam bakul tu. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati S2 boleh menunjukkan kontak mata semasa bergambar. Ianya
di nyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dari segi pemakanan, Dia suka makan pelbagai jenis makanan. Nasi ke mi semua dia
makan. Telur pun dia makan. Cuma kesukaan dia ayam goreng. Ikan dia memang tak makan.
(TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Dari segi pemakanan, dia telah boleh terima pelbagai jenis makanan berbanding dulu hanya
makan ayam sahaja. Kalau tak ade ayam dia tak makan. Sekarang ni dia makan kalau RMT
ada telur, ada ayam dia akan makan. Cuma ikan jekla masih tak makan lagi.
(TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual jug menjelaskan S3 boleh menunjukkann kontak mata terhadap pergerakan
tangan dan memahami arahan.

Dari segi pemakanan, dia telah boleh terima pelbagai jenis makanan berbanding dulu hanya
makan ayam sahaja. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dari segi pemakanan, dia akan makan makanan yang disediakan, pelajar Pendidikan khas
dapat RMT contoh mi goreng, nasi goreng mihun semua dia makan cuma kena ada ayam,
baru nampak dia selera.. (TB:RI3:TARIKH)
Namun begitu, dapatan temubual mendapati S4 masih memilih makanan. Contohnya
ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dari segi pemakanan Dia masih memilih makanan. Kalau tak ade ayam, dia tak makanla.
(TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. RG4 menjelaskan seperti berikut :

Dari segi pemakanan, selalunya ibu dia bekalkan ayam goreng. Makanan yang disediakan
dia tak makan. (TB:RG4:TARIKH)

4.3.1.2 Penurunan tingkah laku agresif

Berdasarkan triangulasi data antara temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas dan
triangulasi kaedah antara temu bual dan pemerhatian yang telah dijalankan, kesan aktiviti
renang berstruktur terhadap perkembangan kanak-kanak autistik dalam tingkah laku
dijelaskan berdasarkan tema yang kedua iaitu penurunan tingkah laku agresif. Data temubual
RI dan temubual RG serta pemerhatian yang dikumpulkan mendapati bagi tema tingkah laku
agresif berhenti dan berkurang, melibatkan dua kategori kod iaitu Tingkah laku agresif
mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain dan tingkah laku agresif memusnahkan
objek dan menjerit tiba-tiba berkurang.

Perkembangan subjek dilihat apabila tingkah laku agresif subjek sehingga


mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain telah berhenti. Ini dijelaskan melalui
temubual RI dan RG yang menyatakan subjek boleh mengawal emosi, tiada lagi tantrum dan
tidak lagi membaling barang.

Laporan dapatan temubual bersama RI dan RG adalah seperti berikut. RI1 menyatakan :

Dia dah boleh kawal perasaan marah. Berbanding sebelum ini dia pernah juga tantrum /
mengamuk bila tidak dapat barang yang dia hendak. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan juga mendapati S2 boleh mengawal emosi. Ini dapat dilihat berdasarkan
dapatan temubual RI2. Ini dijelaskan melalui penyataan berikut :

Dia boleh kawal emosi. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. RG2 menyatakan seperti berikut :

Kawalan emosi dia sangat baik. (TB:RG2:TARIKH)


Dapatan temubual mendapati subjek boleh menerima rutin baru. Ini dapat dilihat dari
segi pilihan mainan, subjek tertarik dengan mainan lain serta cara bermain juga boleh
dipelbagaikan. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI1. RI1 menyatakan seperti
berikut:

Berdasarkan dapatan temubual RI1 menyatakan :

Tingkah laku agresif boleh katakan dah takde. Kalau dulu dia dia ada juga menjerit tiba-
tiba, baling barang dan bertindak agresif kalau diganggu. Tapi tak pernahla sampai
mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain.. (TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Tingkah laku agresif dah berhenti berbanding sebelum ini dia pernah juga tantrum
tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Kalau marah dulu kadang-kadang dia baling barang,
sekarang memang dia dah tak buat. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati tingkah laku agresif S2 juga telah berhenti. Ianya di nyatakan
dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Sekarang ini dia memang langsung telah tiada tingkah laku agresif berbanding sebelum ini
dia pernah juga tantrum / mengamuk bila tidak dapat barang yang dia hendak. Tingkah laku
agresif yang lain seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain memang dah
berhenti (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Sekarang ini dia memang langsung telah tiada tingkah laku agresif. Sepanjang saya
mengajar, tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain
memang tak pernah dia buat. Cuma dulu dia ada jugakla memusnahkan barang-barang
apabila marah. Sekarang ni da tak buat macam tu lagi.. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 boleh menerima rutin baru. Contohnya


ditunjukkan dalam dialog berikut:

Alhamdulillah tingkah laku agresif sehingga mencederakan diri sendiri, mencederakan


orang lain memang dah berhenti. Dulu dia gigit tangan dia sendiri kadang-kadang sampai
berdarah, sekarang ni dia tak gigit dah. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :


Setakat saya mengajar, dia memang tidak menunjukkan tingkahlaku agresif sehingga
mencederakan diri sendiri atau orang lain. Dia juga tidak pernah menunjukkan tantrum di
sekolah. Cuma ibu dia pernah cerita yang dia gigit tangan dia sebelum ni.
(TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati subjek dapat mengawal tingkah laku menjerit tiba-tiba.
Subjek tidak lagi menjerit tiba-tiba tanpa sebab. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama
RI1 yang menyatakan seperti berikut:

Dari segi menjerit tiba-tiba pula telah sangat berkurang. Mungkin sebab dia telah
boleh bercakap jadi kita dah faham kehendak dia, tingkah laku agresif dia sangat berkurang.
(TB:RI1:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG1 menyatakan seperti berikut :

Sekarang dia dah boleh berkomunikasi, dia boleh bagitahu kemahauan dia, jadi mungkin
sebab tu dia dah tak tantrum. (TB:RG1:TARIKH)

Dapatan temubual mendapati tingkah laku agresif S2 iaitu menjerit tiba-tiba tanpa sebab juga
telah berhenti. Ianya di nyatakan dalam temubual bersama RI2. Contohnya ditunjukkan
dalam dialog berikut:

Dulu dia selalu menjerit tiba-tiba tanpa sebab. Dia nak sampaikan pada saya apa yang dia
nak, tapi saya tak faham tu yang dia menjerit jek. Sekarang ni walaupun baru boleh cakap
sikit-sikit sepatah-patah jek, saya faham apa yang dia nak jadi sikap dia yang suka menjerit-
jerit tu da kurang sangat. (TB:RI2:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG2. Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut :

Sekarang dia dah boleh bercakap, jadi dia dah boleh bagitahu kemahuan dia. Jadi dia tak
lagi menjerit tanpa sebab. Kadang-kadang jekla tiba-tiba menjerit tu mungkin ada yang dia
nak bagitahu tapi guru tak faham. (TB:RG2:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S3 tidak lagi menjerit tiba-tiba tanpa sebab.
Contohnya ditunjukkan dalam dialog berikut:

Dulu dia akan menjerit kalau sakit, tapi saya tak faham. Sekarang ni dia da boleh tunjuk dia
sakit. Kalau sakit perut dia pegang perut. Jadi saya dah faham, dia pun da kurang la
menjerit tak tentu pasal. (TB:RI3:TARIKH)
Dapatan ini disokong melalui temubual RG3. Contohnya seperti berikut :

Dia selalu juga menjerit tiba-tiba tanpa kita tahu sebab. Tapi bila guru-guru terangkan
melalui cerita sosial, peraturan-peraturan di kelas, contohnya jangan menjerit, sekarang
telah makin berkurang.. (TB:RI3:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S4 masih melakukan tingkah laku agresif menjerit
tiba-tiba namun tekah berkurang. Contohnya ditunjukkan dalam dialog SI4 berikut:

Tingkah laku agresif menjerit tiba-tiba memang selalu sangat la. Tapi sekarang dah makin
berkurang. Walaupun dia masih belum boleh bercakap, tapi saya sendiri dah lebih faham
kehendak dia, tu yang tantrum dia pun semakin berkurang. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. Contohnya seperti berikut :

Menjerit tiba-tiba masih lagi ada. Tapi terkawal sikitla. Kalau dia menjerit, guru-guru akan
tenangkan dia, guru-guru pun dah faham cara nak handle bila dia menjerit tu. Jadi takde
masalah sangat (TB:RG4:TARIKH)

Dapatan temubual juga mendapati S4 masih membaling barang. Contohnya


ditunjukkan dalam dialog SI4 berikut:

Cuma kadang-kadang apabila marah, Dia masih baling barang Cuma semakin berkurang
berbanding sebelum ini. (TB:RI4:TARIKH)

Dapatan ini disokong melalui temubual RG4. Contohnya seperti berikut :

Dia masih baling barang kalau dia marah. (TB:RG4:TARIKH)

Dapatan pemerhatian menjelaskan perkembangan terkini kanak-kanak autistik yang


menyokong dapatan temubual ibu bapa dan guru pendidikan khas. Item 3.1 ialah tingkah laku
berulang. Item C3 iaitu ‘pengulangan tingkah laku fizikal (contoh : menepuk tangan /
berjalan ulang alik)’ dirangka adalah bertujuan untuk mengetahui adakah subjek
menunjukkan tingkah laku berulang dari aspek kelakuan fizikal.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa S1 mendapat skor 3


iaitu ‘tidak pernah’. Manakala S2 mendapat skor 2 iaitu kadang-kadang. S3 dan S4 pula
menunjukkan skor 1 iaitu ‘selalu’. S3 masih menunjukkan tingkah laku berulang iaitu
menepuk tangan dan melompat manakala S4 masih menunjukkan tingkah laku berulang iaitu
‘hand flapping’.
Item 3.2 ialah tingkah laku agresif. Item C3 iaitu Menunjukkan tingkah laku agresif
sehingga mencederakan diri sendiri dan item C4 ‘menunjukkan tingkah laku agresif sehingga
mencederakan orang lain’ dirangka adalah bertujuan untuk mengetahui adakah subjek
menunjukkan tingkah laku agresif sehingga mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Keempat-empat sampel kajian menunjukkan skor 3 iaitu ‘tidak pernah’ bagi item ini.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat


sampel kajian tidak pernah mencederakan diri sendiri dan orang lain.

Item C6 iaitu ‘Menunjukkan tingkah laku agresif seperti menjerit secara tiba-tiba’
dirangka adalah bertujuan untuk mengetahui adakah subjek masih menunjukkan tingkah laku
agresif iaitu menjerit tiba-tiba. Keempat-empat sampel kajian menunjukkan skor 2 iaitu
‘kadang-kadang’ bagi item ini.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati bahawa keempat-empat


sampel kajian masih menunjukkan tingkah laku agresif menjerit tiba-tiba. Namun begitu
subjek menjerit dalam situasi tertentu sahaja. Contohnya S1 akan menjerit apabila penat. S2
akan menjerit apabila tidak dapat apa yang dikehendaki, S3 menjerit apabila jurulatih
memaksa subjek untuk memakai google dan pelampung. Manakala S4 akan menjerit apabila
ibunya mengajak pulang.

Dapatan pemerhatian menyokong kenyataan ini. Item C7 iaitu Menunjukkan tingkah


laku agresif sehingga memusnahkan objek’ dirangka adalah bertujuan untuk mengetahui
adakah subjek menunjukkan tingkah laku agresif sehingga memusnahkan objek. S4 mendapat
skor 3 iaitu ‘selalu’.

Semasa pemerhatian dilaksanakan, jurulatih mendapati S4 akan marah apabila ibunya


mengajak pulang. S4 akan membaling kerusi ke dalam kolam.

You might also like