Jurnal Reflektif M1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 1

CABARAN PELAKSANAAN KAEDAH PENTAKSIRAN PDPR

1. Isu Yang Difokuskan

Minggu ini merupakan Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi SMK


Kapit No.2. Isu yang saya ketengahkan dalam penulisan jurnal reflektif minggu
pertama ini ialah cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam pelaksanaan
kaedah pentaksiran PdPR. Bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menetapkan setiap pelajar perlu mendapat akses
kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa
hadapan, setiap pelajar berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan walaupun
tidak dapat hadir ke sekolah.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan

Malaysia berhadapan situasi gelombang ketiga pandemik COVID-19 bermula


pada Oktober tahun lalu. Sehubungan itu, sistem pendidikan sekali lagi terkesan
akibat daripada analisis data kes positif, kontak rapat dan kuarantin dalam kalangan
warga sekolah semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, sekolah di seluruh
negara terpaksa ditutup buat kali kedua. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) bagi pelajar dan murid di seluruh negara dilihat bukan sahaja
membawa cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga terpaksa berdepan
dengan pelbagai isu.

Antara cabaran yang saya sendiri hadapi ialah masalah kehadiran. Kehadiran
kelas secara dalam talian dalam kalangan murid terutamanya dari kelas belakang
adalah agak rendah. Kehadiran murid tidak mencapai separuh daripada bilangan
keseluruhan di dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar akan terus ketinggalan
dalam pelajaran. Pelaksanaan pentaksiran dalam PdPR adalah bergantung kepada
persediaan murid itu sendiri dari segi peranti, pelan data dan motivasi.

Di samping itu, cabaran lain dalam pelaksanaan pentaksiran dalam PdPR


ialah kesukaran untuk memantau disiplin dan tumpuan pelajar. Ketika pelaksanaan
pentaksiran, disiplin murid tidak dapat dipantau. Tahap pengetahuan sebenar
seorang murid tidak dapat ditaksir sepenuhnya. Hal ini demikian kerana, guru tidak
dapat menentukan sama ada pentaksiran tersebut dilakukan sendiri oleh murid tanpa
bantuan dan bimbingan dari ahli keluarga dan rujukan dari internet atau sebaliknya.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Tindakan yang perlu saya usahakan adalah seperti berikut:


a) Meneroka dan merancang pentaksiran alternatif untuk menggantikan
peperiksaan serta ujian bertulis.
 Guru boleh memilih pentaksiran alternatif yang dapat disesuaikan
berdasarkan kaedah PdPR.
 Antara pentaksiran alternatif untuk pembelajaran yang boleh dilaksanakan
secara dalam talian ialah kuiz dalam talian, e-permainan dan aktiviti soal
jawab semasa kelas dalam talian.
 Beberapa teknologi pendidikan boleh diaplikasikan seperti Spreadsheets,
Geogebra, Tools Graphing dan Applets.
 Antara aplikasi dalam talian boleh diaplikasikan ialah kuiz dalam talian
Quizizz. Kuiz dalam talian dan e-permainan menggunakan pelantar Quizizz
dapat digunakan guru kerana aplikasi pembelajaran ini dilihat mudah
penggunaan dan guru dapat mengaplikasikan untuk pentaksiran.

4. Tempoh Masa dan Tindakan Susulan

Tempoh: Satu minggu

Bagi menghadapi isu dan cabaran yang dihadapi, saya akan mencuba untuk
menggunakan kreativiti yang ada pada diri saya untuk meneroka kaedah pentaksiran
alternatif untuk menggantikan kaedah pentaksiran secara ujian bertulis. Saya akan
memperkenalkan aplikasi-aplikasi mudah yang boleh digunakan oleh golongan murid
menengah rendah seperti Quizziz dan WordWall. Aplikasi ini boleh digunakan kerana
ianya mudah dan menarik. Guru boleh membina kuiz dalam bentuk gamifikasi untuk
menarik perhatian dan minat murid.

You might also like