Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BARU

(SEKOLAH TRANSFORMASI (TS25) KOHORT 5)


KAMPUNG LADANG BARU
36000 TELUK INTAN,PERAK

KERTAS KERJA
KELAS ASPIRASI
ABAD KE 21
Pendahuluan :

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan


kurikulum.Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan
untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.Sehubungan itu perubahan perlu
bermula dari pengurusan kelas.Suasana kelas perlulah berunsurkan abad ke-21 dimana kelas
perlu berada dalam keadaan yang kondusif.Sudut-sudut didalam kelas juga yang berasaskan
PAK-21 perlu diwujudkan.Pengajaran dan Pemudahcaraan perlu berorientasikan pendekatan
PAK-21 Pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam
teknologi maklumat mahu pun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada
beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21
amat mencabar.

Matlamat :

Mewujudkan satu suasana pembelajaran abad ke 21 disekolah dan seterusnya


menghasilkan murid-murid bercirikan abad ke 21.Diharapkan melalui pendekatan ini
pembangunan murid adalah secara menyeluruh dari segi akademik,sahsiah dan kokurikulum.

Objektif :

1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria.


2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan murid melalui
amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan.
3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
4. Mengembangkan potensi murid secara menyeluruh melibatkan kemenjadian murid dari
aspek akademik,sahsiah dan sukan.
5. Mengembangkan budaya inovasi dikalangan guru dan murid.
6. Memastikan pembelajaran bermakna berlaku di sekolah dengan kewujudan sudut-
sudut yang berkaitan pembelajaran abad ke21.
Sasaran :

1. Semua guru dan kakitangan SK Seri Baru


2. Semua murid SK Seri Baru
3. KomunitI setempat / ibubapa dan penjaga

Pelaksanaan :

Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu mewujudkan kelas yang kondusif
dan ceria, memperkasakan sudut-sudut berunsurkan abad ke 21 di dalam bilik darjah dan
membudayakan pembelajaran dan pemudahcaraan pembelajaran abad ke 21 .

1. Keceriaan Kelas

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.Persekitaran yang selesa,
kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran
murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan
dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot
serta kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberI penekanan khusus terhadap kelas yang
bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.Susun atur bagi
kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdPc yang berlangsung.Sehubungan
itu bilik kelas akan dicat untuk menambah keceriaan dan mewujudkan suasana kondusif
untuk PdPc..

2. Memperkasakan sudut-sudut di dalam kelas

Sudut-sudut di dalam kelas akan diperkasakan dan ditambah contohnya,sudut hasil


kerja murid,perpustakaan mini dan sudut rekreasi murid.Sudut mata pelajaran juga akan
dikemaskini dengan tambahan sudut PAK-21 dan hasil kerja murid.
3. Membudayakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan PAK-21

Setiap kelas akan dibekalkan dengan Kit PAK21 yang mengandungi alat-alat untuk
melaksanakan PdPC berorientasikan PAK 21.Hal ini juga memudahkan guru untuk
menjalankan aktiviti berkumpulan kepada murid

AnggaranPerbelanjaan

1. Keceriaan Kelas

Bil Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah

1 Cat Simen Warna Biasa 7 liter RM 49 7 Rm 343

2 Cat Simen Warna Istimewa 7 liter RM 69 3 Rm 207

3 Cat Simen Warna Biasa 18 Liter RM 98 1 Rm 98

4. Cat Kayu 5 liter RM 110 2 RM 220

Jumlah Keseluruhan RM868

2. Memperkasakan sudut-sudut di dalam kelas

Bil Perkara Kuantiti Perbelanjaan

1 Plastik sudut mata pelajaran Segulung RM150

Jumlah RM150

1. 4. Membudayakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan PAK-21

Bil Perkara Bil Harga seunit Perbelanjaan

1 Gam 60 Rm1.20 RM 72

2 Gunting 60 Rm 1.50 RM 90

3 Marker pen 60 Rm 2.00 RM 120

4. Pembaris pendek 30 Rm 1.50 Rm 45

5. Pen Penanda 8 RM 4.00 Rm 32

Jumlah RM 360

Jumlah keseluruhan : RM 868 + RM 150 + RM 360 = RM 1378


Sumber Kewangan

1. Peruntukan LPBT Sekolah

2. Peruntukan Sekolah Transformasi

3. PIBG

Tarikh Pelaksanaan

3 Oktober 2020 (Sabtu)

Masa

8:00 pagi hingga 12:00 tengahari

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En.Mohd Ariff Bin Abdul Hamid

Naib Pengerusi 1 : Pn. Hajah Hafidzah Binti Ahmad

Naib pengerusi 2 : Pn. Rasyidah Binti Basir

Setiausaha : En.Ahmad Muzammil Bin Abdul Halim

Bendahari : En.Mohd Nazrul Ahyat Bin Azmi

Jawatankuasa Kerja

Tahun 1 : Pn.Arizan,En.Zulkifli,AJK PIBG dan Ibubapa Murid Tahun 1

Tahun 2 : En.Mohd Nazri,Pn.Hafidzah ,AJK PIBG dan Ibubapa Murid Tahun 2

Tahun 3 : En.Mohd Nazrul Ahyat,Pn.Hartini,AJK PIBG dan Ibubapa Murid Tahun 3

Tahun 4 : Pn.Nafisah,En.Ismail ,AJK PIBG dan Ibubapa Murid Tahun 4.

Tahun 5 : En.Maizul Hisham,Pn.Amira Aina,AJK PIBG dan Ibubapa Murid Tahun 5

Tahun 6 : Tn.Hj Hishamuddin,Pn.Rasyidah,AJK PIBG dan Ibubapa Murid Tahun 6

Pemulihan : Pn.Siti Norma,En.Sharifuddin dan AJK PIBG

Prasekolah : YM Tengku Nazrinisham dan Pn.Wan NurulSyuhada,AJK PIBG dan Ibubapa Murid
Prasekolah
Penutup :

Diharapkan jalinan antara pihak sekolah,ibubapa dan PIBG dengan dapat membantu
meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Seri Baru yang berstatus” Sekolah Transformasi”
dalam semua aspek 4 K dan 1 N iaitu komunikasi,kolaborasi,kreativiti,kritis dan nilai murid.Pihak
sekolah juga akan mengadakan pertandingan melibatkan kelas dan murid untuk
menyemarakkan budaya pembelajaran abad ke 21 ini dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

………………………………………………. ………………………………………………

AHMAD MUZAMMIL BIN ABDUL HALIM MOHD ARIFF BIN ABDUL HAMID
SETIAUSAHA TS25 GURU BESAR

You might also like