Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PRAKTIKUM

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH

Peraturan Am
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan, budi pekerti dan tingkah laku

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH


yang baik kepada murid-murid dan oleh kerana itu adalah diharapkan semua guru akan
memberi pengaruh yang baik dan menjadi contoh dalam perkara ini. (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.2/76)

Kehadiran Bertugas
Guru-guru dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum waktu
persekolahan bermula.
Guru bertanggungjawab mencatat kehadiran pada waktu hadir dan pulang di pejabat sekolah
termasuklah aktiviti tambahan serta mengambil perhatian/tindakan semua notis yang
dipaparkan/diedarkan.
Guru yang terlewat hadir hendaklah berjumpa dengan Guru Besar/Penolong Kanan apabila
tiba di sekolah.
Guru-guru boleh dipanggil ke sekolah untuk menjalankan sesuatu aktiviti dan mesyuarat pada
bila-bila masa yang difikirkan perlu walaupun semasa cuti sekolah. (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bi.5/1977)
Guru diwajibkan hadir ke mesyuarat/majlis/perjumpaan rasmi sama ada kelolaan
sekolah/PPD/JPN dengan menepati masa.
Semua guru juga diwajibkan hadir bagi upacara khas sekolah seperti Sukan Tahunan, Hari
Anugerah Cemerlang, Mesyuarat Agung PIBG dan semua perjumpaan kemajuan staf. Guru
dikehendaki menandatangani waktu kehadiran. Bagi guru yang tidak hadir hendaklah
menerangkan secara bertulis kepada Guru Besar.
Sila bawa takwim sekolah pada setiap kali perjumpaan sekolah. Pastikan setiap guru
mencatat butiran mesyuarat supaya tindakan dapat diambil.

Ketidakhadiran
Apabila guru tidak hadir disebabkan sakit/urusan kecemasan/sebagainya, peraturan-peraturan
berikut hendaklah dipatuhi:
✓ Menelefon atau menghubungi pihak sekolah sebelum waktu PdP bermula
✓ Mengemukan sijil sakit kepada Guru Besar apabila datang bertugas

Meninggalkan Kawasan Sekolah


Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan tanpa
kebenaran Guru Besar.
Guru-guru yang dibenarkan keluar oleh Guru Besar atau Penolong Kanan hendaklah
mencatat di dalam Buku Kebenaran Keluar Guru.
Semua guru dinasihatkan menyelesaikan urusan peribadi di luar waktu bertugas. Pihak
pentadbir hanya akan mempertimbangkan kebenaran awal pulang awal atau kes-kes
kecemasan/tertentu sahaja atas budi bicara Guru Besar.

Guru yang Bercuti/Bertugas Luar/Kursus


Perlu menyediakan kerja/latihan kepada murid dan diserahkan kepada penolong kanan untuk
diberi kepada guru ganti.
Guru yang menghadiri kursus/mesyuarat hendaklah menulis laporan dalam minit curai di
pejabat untuk diserahkan kepada Guru Besar/penolong Kanan supaya tindakan susulan boleh
diambil.

Disiplin
Disiplin dan tatatertib murid adalah tanggungjawab semua guru. Sebarang kesalahan yang
dilakukan oleh murid perlu ditegur dan diperbetulkan. Rujuk kepada Guru Besar atau wakilnya
yang terkanan jika kesalahan itu berat.
Guru-guru yang mengajar di dalam kelas hendaklah memberi perhatian kepada kawalan kelas
dan kes ponteng kelas serta tegas berkenaan dengan penyelesaian kerja-kerja sekolah yang
diberi.
PRAKTIKUM

PERATURAN – PERATURAN SEKOLAH


3. Murid dikehendai memakai pakaian yang telah ditetapkan.
4. Murid-murid digalakkan melibatkan diri dalam persatuan dan unit beruniform sekurang-
kurangnya satu di setiap bahagian.

KELAKUAN DAN KEGIATAN YANG TIDAK DIINGINI


Murid dilarang melakukan perkara-perkara berikut:
1. Merokok
2. Mencuri
3. Memeras ugut murid/orang lain.
4. Memasuki kumpulan haram.
5. Menganiaya pelajar-pelajar baru/kecil.
6. Mengambil dadah.
7. Minum minuman keras.
8. Melakukan sesuatu yang mencemarkan nama baik sekolah.
9. Membawa senjata/alat yang boleh dijadikan senjata.
10. Ingkar perintah guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.
11. Sengaja menconteng, merosakkan harta benda sekolah, guru dan rakan.
12. Mebantah hukuman pihak sekolah.
13. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menghina yang menurut budi bicara Guru Besar
sebagai melanggar tataertib.
14. Menarik kerusi yang diduduki rakan.

You might also like