Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

KURSUS

PPPM3123 GERAKAN DAKWAH MASAKINI

TAJUK

GERAKAN DAKWAH NON-MUSLIM PERKIM

PENSYARAH

PROF. MADYA DR. ABDUL GHAFFAR BIN DON

NAMA

ASNORUL AISHAH BINTI MOSMAN (A174851)

NUR SHAFIQAH BINTI MOHD SUKARNO (A174624)

ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 LOGO PERKIM 2

3.0 SEJARAH PERKIM 3-5

4.0 PERANAN PERKIM 5-8

5.0 CABARAN PERKIM DALAM DAKWAH KEPADA 8 - 11


NON-MUSLIM

6.0 KESIMPULAN 11 - 12

7.0 RUJUKAN 12 - 13
1

1.0 PENGENALAN

Islam adalah agama yang syumul yang mana mencakupi seluruh aspek kehidupan daripada
sekecil-kecil perkara sehingga ke besar-besar perkara. Disebabkan itu, Islam juga turut
mengambil berat dan membincangkan segala persoalan yang berkaitan dengan bukan muslim.Di
Malaysia, terdapat pelbagai etnik dan agama yang bernaung di bawah satu komuniti. Disebabkan
itu, dakwah Islamiyyah memerlukan strategi dan cara yang betul supaya ajaran Islam dan
dakwah Islamiyyah yang dibawa adalah jelas dan tepat. Tugas menyeru dan berdakwah kepada
orang bukan Islam bukanlah perkara yang baru dan bukan juga perkara yang asing lagi dalam
agama Islam. Hal ini kerana, jika dilihat sejarah-sejarah dakwah pada zaman Rasulullah
sudahpun banyak aktiviti dan kerja dakwah yang dibawa oleh Rasulullah dan Para Sahabat.

Dakwah berasal daripada kalimah Arab ‫دَعـْوة يـ َ ْدعـُو دَعـَى‬. Perkataan ‫ دَعـْ َوة‬merupakan istilah
yang dikembangkan daripada kalimah ‫ دَعـَى‬yang bererti meminta tolong, beribadat, memandu,
menjemput mengajak, memanggil dan menyeru. Dakwah merujuk kepada usaha mengajak atau
menyeru kepada agama Allah SWT iaitu agama Islam atau dalam erti kata lain, dakwah ialah
seruan atau ajakan manusia ke arah jalan yang benar. Menurut Abd al-Aziz (tt), dakwah
merupakan satu usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu
untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah SWT. Allah berfirman dalam surah Al-imran
ayat 110:

‫اب لَ َكا َن‬ ِ


ِ َ‫وف وَتْنهو َن َع ِن الْمْن َك ِر وتُْؤ ِمنُو َن بِاللَّ ِه ۗ ولَو آمن َْأهل الْ ِكت‬ ِ ِ ‫ت لِلن‬
ْ َ َ ‫َّاس تَْأ ُمُرو َن بالْ َم ْعُر‬ ْ ‫ُأخ ِر َج‬
ٍ
ْ ‫ُكْنتُ ْم َخْيَر َُّأمة‬
ُ ََ ْ َ َ ُ
ِ ‫خيرا هَل م ۚ ِمْنهم الْمْؤ ِمنُو َن وَأ ْكَثرهم الْ َف‬
‫اس ُقو َن‬ ُُُ َ ُ ُ ُ ُْ ً ْ َ
Maksudnya:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli
Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman,
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Berdasarkan dalil di atas menunjukkan bahawa dakwah adalah satu tuntutan dan
kewajipan oleh setiap manusia.Walaubagaimanapun, dalam menyampaikan dakwah dan misi
2

dakwah, seorang pendakwah perlu untuk merancang dengan baik proses penyampaian dakwah
nya dan perlu mempunyai pengetahuan sebagai medan untuk menyampaikan dakwah
terutamanya dalam berdakwah kepada golongan bukan Islam.

Jika terdapat permasalahan, kelemahan dan kesilapan dalam melakukan pendekatan


dakwah kepada golongan ini seperti kelemahan dari sudut kaedah penyampaian dan cara
penyampaian. Hal ini akan menyebabkan mereka kurang berminat dan komited dengan ajaran
Islam dan tidak dapat memahami isi dakwah yang disampaikan kepada mereka dengan baik.

Oleh itu, organisasi-organisasi seperti PERKIM dilihat sedaya upaya untuk


menyampaikan dakwah dengan pelbagai strategi dan inisiatif.

2.0 LOGO PERKIM

3.0 SEJARAH PERKIM


PERKIM telah ditubuhkan pada 20 Ogos 1960 oleh Y.T.M Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj.
(Ismail Abdul Rahman & Mohd Nasir Omar 1991: 52) Tujuan penubuhannya ialah ialah untuk
3

mengembangkan Islam kepada orang bukan Islam, terutamanya kepada orang yang tidak
memeluk mana-mana agama. Ia juga bertujuan memberi khidmat kepada saudara-saudara baru
baru bagi mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam agama Islam dan menolong mereka
mengatasi masalah-masalah yang dihadapi (PERKIM t.t, 20). Yang Teramat mulia Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj bukan sahaja digelar 'Bapa Merdeka', 'Bapa Malaysia', tetapi juga digelar
'Bapa PERKIM'. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia telah ditubuhkan di rumah rasmi Tunku
iaitu rumah Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 19 Ogos 1960. Pada hari itu, Tunku telah
mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang Islam yang berminat, dengan tujuan hendak
menubuhkan sebuah badan yang akan berusaha mengembangkan agama Islam di Semenanjung
Tanah Melayu (Malaya).

Pada hari itu, YTM Tunku berpendapat bahawa sungguhpun tujuan utama mereka hendak
menyampaikan seruan Islam kepada mereka yang belum beragama Islam dari semua kaum di
Malaya, terutamanya dari kalangan orang Cina. Nama yang dipilih ialah Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaya, ringkasnya 'PERKIM'. Beberapa tahun kemudian apabila lahir negara Malaysia,
maka perkataan Malaya ditukar kepada Malaysia. Turut hadir di perjumpaan itu, selain daripada
YTM Tunku ialah Tuan S.O.K Ubaidulla, Tuan Haji Mohamed Ali Taib, Ustaz Nik Mahyudin
Musa, Tuan Haji Ally Maricar, Tuan Sheikh Ahmad, Tuan Haji Ahmad Damanhuri, Tuan Syed
Jaafar Albar, Tuan Haji Ali Raya, Tuan Wan Kadir dan Tuan Haji Abdul Mubin Sheppard. Pada
petang itu juga, YTM Tunku telah menyerahkan sekeping cek bernilai dua puluh ribu ringgit
sebagai sumbangan pelancaran.

Sebelum mesyuarat ditamatkan, YTM Tunku memberitahu bahawa beliau akan


menyembahkan laporan berkenaan pertubuhan ini (PERKIM) ke bawah Duli Raja-Raja Melayu,
dan meminta sokongan dari kerajaan- kerajaan negeri masing-masing. Maka sebagaimana yang
dijanjikan, YTM Tunku telah membawa laporan penubuhan PERKIM kepada Majlis-Majlis
Raja-Raja dan telah mendapat restu dari Duli-Duli dan kerajaan negeri. Sungguhpun YTM
Tunku sentiasa sibuk dengan tugas Perdana Menteri dan lawatan ke luar negara, YTM Tunku
sentiasa memberi perhatian berat kepada perjalanan PERKIM dan membantunya apabila perlu.

Pada awal tahun 1962, YTM Tunku telah memberi perhatian kepada masalah orang Islam
penduduk di Sarawak yang tidak diberi layanan langsung oleh Kerajaan British di situ. YTM
Tunku telah bersetuju supaya PERKIM memberi pertolongan kepada Persatuan Islam Sarawak.
4

Dengan contoh layanan dan pertolongan yang dicatatkan dengan ringkas ini, sudah nyata bahawa
YTM Tunku, sungguhpun sangat sibuk dengan berbagai-bagai tanggungjawab lain, telah
memberi sokongan kepada PERKIM yang dilahirkan di rumahnya.

Dengan daya usaha YTM Tunku, nama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM) dikenali sebagai badan Islam yang berpengaruh luas di negara Islam dan menjadi
anggota di Badan Muktamar Islamiah sedunia. Badan itu berpusat di Beirut dan Mufti Besar
Palestin, Syed Amin Al-Husaini adalah Yang Dipertuanya. Maka dua orang wakil PERKIM
telah dijemput hadir di perjumpaan Muktamar di Baghdad pada tahun 1962 dan Setiausaha
Agung badan itu telah melawat ke Kuala Lumpur serta diberi layanan oleh PERKIM.

Hasil dari lawatan itu, dengan persetujuan YTM Tunku, Kuala Lumpur telah dipilih
sebagai tempat persidangan wakil-wakil Islam dari sembilan belas buah negara di Asia
Tenggara. Persidangan itu telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan
dirasmikan oleh YTM Tunku pada 28 Januari 1964. Usaha menyiapkan dan mentadbirkan
persidangan ini diserahkan kepada Jawatankuasa kerja PERKIM. Tun Abdul Razak, Timbalan
Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis. Mufti besar Palestin telah
dibawa oleh wakil PERKIM melawat ke beberapa tempat di mana PERKIM menjalankan
usahanya termasuk Pusat
Latihan Mubaligh dan Balai Islam Kelang.

Rancangan PERKIM hendak mendirikan Balai Islam di Kuala Lumpur sentiasa diberi
sokongan oleh YTM Tunku. Masalah yang utama ialah usaha mencari modal untuk
pembinaannya, tetapi YTM Tunku telah memberikan bantuan dengan beberapa cara. YTM
Tunku telah meminta jutawan Runme Shaw di Singapura memberikan kepada PERKIM dari
hasil tayangan perdana filem yang bertajuk "Lawrence of Arabia" di Kuala Lumpur, dengan
syarat kutipan dari tayangan itu digunakan untuk tabung pembinaan. Hasil dari kutipan itu
berjumlah RM 26,000.00 dari sekali tayangan. Masalah memberikan latihan kepada mubaligh
muda diberi perhatian oleh YTM Tunku dengan menyewa sebuah rumah di Batu 4, Jalan
Ampang bagi tujuan tersebut. Dengan adanya YTM Tunku dalam jawatan Yang Dipertua
berbagai rancangan dapat dihidupkan kembali, terutama sekali rancangan pembinaan Ibu Pejabat
PERKIM di atas tanah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang telah diberikan oleh Menteri Besar
Selangor atas permintaan YTM Tunku.
5

Kini PERKIM semakin maju kehadapan dengan wujudnya cawangan-cawangan


PERKIM hampir di setiap negeri di Malaysia yang dikenali sebagai PERKIM negeri. Terdapat
13 buah bahagian di seluruh negeri kecuali Sabah. Segala pengurusan PERKIM bahagian
dikendalikan oleh pengerusi PERKIM bahagian yang telah dilantik dalam mesyuarat Agung
PERKIM bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan akan menyalurkan peruntukan untuk
penggajian kakitangan dan juga beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM bahagian.
Dalam menjalankan kegiatan dakwah, PERKIM menyedari bahawa usaha dakwah bukanlah
terhenti sekadar Islamnya seseorang. Malah ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti memberi
kefahaman, pengajaran dan didikan agama yang sebenar secara berterusan.

4.0 PERANAN PERKIM


Dalam organisasi PERKIM terdapat beberapa bahagian yang memainkan peranan penting dalam
menyampaikan dakwah kepada ummat. Terdapat Bahagian Dakwah, Bahagian Kebajikan,
Bahagian penerbitan dan banyak lagi.

5.1 Bahagian Dakwah


Manusia diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan dan Allah SWT juga memuliakan manusia
daripada makhluk-makhluk lain. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Isra ayat 70:

ِ ‫ض ْلنَاهم علَ ٰى َكثِ ٍري مِم َّن خلَ ْقنَا َت ْف‬ ِ ِ َ‫ولََق ْد َكَّرمنَا بيِن آدم ومَح ْلنَاهم يِف الْبِّر والْبح ِر ورز ْقن‬
‫ضياًل‬ َ ْ َ ْ ُ َّ َ‫اه ْم م َن الطَّيِّبَات َوف‬
ُ َ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ ََ َ ْ َ
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di
daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan
mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami
ciptakan.”

Oleh yang demikian, setiap manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk


kesejahteraan bumi Allah SWT. Antaranya ialah tanggungjawab berdakwah kepada seluruh umat
Islam dan juga kepada yang bukan Islam.

PERKIM menyahut seruan Allah SWT dalam memberi dakwah kepada muslim dan juga
non-muslim. Didalam PERKIM terdapat Bahagian Dakwah yang mana didalam bahagian ini
6

mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengatur segala aktiviti dakwah kepada
muslim dan juga non-muslim. Mereka memperkenalkan ajaran Islam yang sebenar kepada
masyarakat dan menghapuskan pandangan negetif non-muslim tentang Islam. Menurut (Azman
et al., 2018) Dalam proses dakwah Islam di Malaysia, tanggapan positif dan negatif oleh
masyarakat non-Muslim berlaku. Menurut Abdull Rahman el at (2009) dalam artikel (Azman et
al., 2018) juga menyebutkan bahawa perubahan yang berlaku di Malaysia pada waktu ini iaitu
dengan proses dakwah Islam cukup merisaukan masyarakat bukan Islam. Selain daripada itu,
Bahagian Dakwah PERKIM juga berusaha untuk mempertingkatkan ajaran penghayatan Islam
dikalangan anggota masyarakat Islam dan sekali gus dapat memupuk minat serta komitmen
berdakwah, dan menyampaikan risalah Islamiyyah kepada non-Muslim. Terdapat beberapa
aktiviti yang dilakukan oleh Bahagian ini dalam berdakwah kepada non-Muslim, antaranya ialah,
mengadakan PengIslaman saudara baru. Tugas pengislaman merangkumi penerangan tentang
Agama Islam, mengucap dua kalimah syahadah, pendaftaran pengislaman serta urusan
berkhatan. Selain daripada itu, mereka juga berdakwah kepada masyarakat Cina sama ada yang
Muslim dan non-Muslim yang diadakan pada setiap tahun. Antaranya program dakwah
masyarakat Cina di kawasan perkampungan Cina seperti Pulau Ketam, Bagan Hailam dan
sebagainya. Seterusnya, aktiviti dakwah kepada non-Muslim ialah menyambut parayaan Tahun
Baru Cina dan perayaan- perayaan yang lain bersama-sama masyarakat selagi tidak bertentangan
syarak.

5.2 Bahagian Kebajikan


Islam sebuah agama yang sangat menuntut umatnya berlumba-lumba untuk membuat kebaikan
dan memberi manfaat kepada orang lain. Seperti mana hadis Rasulullah, Rasulullah bersabda:

ِ ِ‫الناس َأْن َفعُ ُه ْم ل‬


‫لناس‬ ِ ‫َخْيُر‬

Maksudnya:
Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Firman Allah SWT dalam Surah Al-maidah ayat 2:


7

‫اب‬ ُ ‫الت ْق َو ٰى ۖ َواَل َت َع َاونُوا َعلَى اِإْل مْثِ َوالْعُ ْد َو ِان ۚ َو َّات ُقوا اللَّهَ ۖ ِإ َّن اللَّهَ َش ِد‬
ِ ‫يد الْعِ َق‬ َّ ‫َوَت َع َاونُوا َعلَى الْرِب ِّ َو‬

Maksudnya:
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada
Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas jelas lah bahawa berbuat baik dan menjaga
kebajikan masyarakat adalah satu tuntutan. Selain daripada itu, menjaga kebajikan masyarakat
adalah satu usaha unuk kesejahteraan sosial di Malaysia.

Oleh yang demikian, PERKIM menyahut seruan Allah SWT dengan menjaga kebajian
masyarakat tidak kiralah masyarakat Islam ataupun bukan Islam. PERKIM amat prihatin
terhadap kebajikan orang-orang yang tidak berkemampuan sama ada golongan Islam, Muallaf,
dan juga bukan Islam. Dengan menjaga kebajikan masyarakat, Islam dianggap sebagai agama
yang menyebarkan kebaikan tidak kira kepada sesiapa pun. Dalam usaha ini mampu untuk
menarik orang yang bukan Islam berminat dengan agama Islam. Antara aktivit kebajikan yang
dilakukan adalah memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada mereka yang
berkelayakan, menziarahi orang sakit, miskin, dhaif dan mereka yang layak diberi bantuan,
menyediakan khidmat yang berbentuk kebajikan, bantuan kewangan, barangan keperluan harian,
dermasiswa kepada pelajar dan dalam bantuan dalam bentuk kecemasan dan akhir sekali,
PERKIM juga mengadakan program ziarah hospital pada setiap bulan

5.3 Bahagian Penerbitan


Dakwah dan menyebarkan agama Islam mempunyai pelbagai cara dan inisiatif, bukan sekadar
memberi ceramah di masjid-masjid dan sebagainya. Dakwah juga boleh dilakukan dengan
penulisan, penerbitan buku-buku dan sebagainya. Tiada istilah penulis dakwah secara khusus
sebagaimana pendakwah menulis di akhbar, majalah dan sebagainya kerana menurut konsep ini,
sesiapa sahaja boleh menulis dan menerbitkan untuk dibaca oleh masyarakat di atas talian
selagimana perkara yang ingin disampaikan itu adalah perkara yang baik-baik. Sebagaimana
firman Allah SWT dalam surah Al-Qalam ayat 1:
8

‫ۚنٓ َوٱ ۡل َقلَ ِم َو َما ۡي‬


‫سَطُُرو َن‬

Maksudnya:

“Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis”

Potongan ayat tersebut jelas membuktikan bahawa dakwah tidak hanya tertumpu kepada kata-
kata sahaja, malah ia juga boleh disampaikan melalui kaedah penulisan. Menurut Nurul Amira
(2021), penulisan berfungsi untuk menyampaikan ilmu, memberi nasihat dan kesedaran untuk
menarik minat masyarakat melakukan kebaikan.

Menurut Nurul Amira (2021), penulisan dakwah mengandungi pendekatan yang pelbagai
dapat memberikan impak yang lebih efektif kepada para pembaca. Oleh itu, pendakwah
digalakkan menggunakan pendekatan yang pelbagai demi keberkesanan penyampaian sesebuah
dakwah yang ingin disampaikan.

Di PERKIM, terdapat bahagian penerbitan yang menulis dan menerbitkan majalah,


akhbar, makalah, risalah, poster dan buku-buku agama bagi memudahkan masyarakat khususnya
mereka yang ingin memahami Islam. Selain daripada itu, Bahagian Penerbitan PERKIM juga
menghasilkan pamplet-pamplet serta buku-buku PERKIM. Buku-buku ini mengandungi aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak PERKIM serta diselitkan juga beberapa bahagian untuk
motivasi diri. Buku-buku yang dihasilkan oleh PERKIM adalah seperti Islamic Herald (bahasa
Inggeris), Nur Islam (bahasa Cina). Seterusnya, PERKIM juga menghasilkan video serta audio
yang berkaitan tentang pengIslaman sebagai rujukan. Buku-buku dan risalah yang diterbit oleh
PERKIM disebarkan secara percuma kepada para mualaf dan orang awam (Abdul Shukor & Nor
Fadzila 1999).

5.0 CABARAN PERKIM DALAM DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM


Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh PERKIM dalam berdakwah kepada non-muslim
ialah:

a) Tiada Guru/ Mubaligh Cina


9

Di antara masalah atau cabaran yang dihadapi oleh PERKIM dari permulaan adalah ketiadaan
orang Cina di Malaya yang layak bertugas sebagai guru atau mubaligh dan boleh menyampaikan
seruan kepada kaum Cina. (Tuan Haji Ibrahim T.Y. Ma, bekas konsul Cina di Malaya sebelum
Perang Dunia kedua) masih tinggal di Singapura dan hanya dijemput datang ke Kuala Lumpur
serta memberi tenaganya kepada PERKIM kira-kira tiga bulan sekali. Jawatankuasa kerja
mengambil keputusan untuk menjemput beberapa tokoh orang Cina Islam dari Taiwan. YTM
Tunku telah memberi arahan khas supaya kebenaran masuk luar biasa diberi kepada orang yang
berkelayakan. Sungguhpun kebenaran ini telah diberikan, jawatankuasa kerja mengalami
kerumitan untuk memilih tokoh Cina Islam yang layak kerana mereka hanya faham Bahasa Cina
dan tidak dapat berhubung dan berunding dengan ahli-ahli Jawatankuasa atau pegawai pegawai
kerajaan. Masalah ini terus menghalang usaha PERKIM dan kira-kira setahun kemudian,
Jawatankuasa mengambil keputusan untuk mengadakan Pusat Latihan Mubaligh di mana orang
Melayu akan belajar Bahasa Cina sambil belajar agama Islam dan cara menyampaikannya
kepada orang ramai.

b) Sumber kewangan yang tidak kukuh

Menurut temubual yang dilakukan terhadap Ustaz Farhan Tee Abdullah, beliau menyatakan
bahawa masalah kewangan merupakan masalah yang sudah lama membelenggu PERKIM dan
sukar untuk diatasi. PERKIM tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk
menjalankan kerja-kerja dakwah. PERKIM juga menghadapi masalah dengan saudara baru
sendiri, mereka sering memohon bantuan kewangan setiap kali mereka pergi ke pejabat
PERKIM. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang berpendapatan rendah, Oleh itu,
mereka meminta sumber kewangan daripada PERKIM untuk menyara kehidupan keluarga.
Inilah antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh PERKIM dalam usaha membimbing
saudara baru di kalangan warga asing (Anuar et. al, 2014).

Jika diteliti dari pelbagai sudut, masalah kewangan mendatangkan kesan yang amat besar
kepada perjalanan dakwah PERKIM khususnya dalam memberi bimbingan saudara baru.
PERKIM tidak dapat mengupah pakar yang betul-betul mahir dari luar negara untuk memberi
bimbingan kepada saudara baru kerana kos atau upahnya adalah sangat tinggi. Ini berikutan
PERKIM terpaksa menampung penginapan, tambang dan juga upah kepada tenaga pengajar
10

tersebut. Setakat ini, kebanyakan tenaga pengajar di PERKIM sama ada tetap atau jemputan
adalah di kalangan rakyat Malaysia.

Masalah kewangan juga menyebabkan PERKIM tidak dapat menjalankan program secara
kerap. Ianya hanya dibuat mengikut keperluan dan jika mempunyai dana yang cukup. Rentetan
itu, usaha dakwah dilihat agak terbantut dan mengganggu perkembangan dakwah.

c) Saudara baru hilang keyakinan kepada Allah

PERKIM turut berdepan dengan saudara baru yang hilang keyakinan kepada Allah setelah diuji
dengan pelbagai ujian dan cabaran setelah memeluk Islam seperti masalah kewangan dan
sebagainya. PERKIM perlu memikirkan langkah untuk meyakinkan kembali mereka dengan
Islam dan menaikkan kembali semangat mereka untuk terus kekal dalam Islam. PERKIM khuatir
jika mereka kembali kepada ajaran asal setelah gagal menghadapi ujian yang melanda diri
saudara baru tersebut. Hilang keyakinan kepada Allah menyebabkan mereka hilang semangat
untuk menghadiri dan mempelajari apa yang diajar di PERKIM. Namun begitu, menurut Ustaz
Farhan, ada juga di kalangan saudara baru yang enggan untuk merujuk ke PERKIM dan
berdepan dengan masalah tersebut sendirian. Oleh itu, PERKIM tidak mempunyai kuasa untuk
memaksa seseorang untuk datang ke PERKIM tidak dapat membantu saudara baru berkenaan
jika mereka sendiri tidak mahu dibantu (Anuar et.al, 2014).

Masalah ini kebiasaannya timbul pada saudara baru yang memeluk Islam kerana
mendapat hidayah daripada Allah. Setelah memeluk Islam saudara baru berdepan dengan
pelbagai cabaran seperti persepsi masyarakat dan juga masalah saudara baru iru sendiri. Mereka
tidak ada saudara mara yang boleh dirujuk jika menghadapi sesuatu masalah seperti masalah
kewangan, masalah rumahtangga dan sebagainya. Mereka juga tidak mempunyai orang yang
boleh memberi bimbingan ke arah pembentukan seorang Muslim yang sejati dan melakukan
amalan-amalan serta ibadah seperti solat, puasa dan sebagainya. Lebih rumit lagi mereka
terpaksa berhadapan dengan masyarakat Islam yang memandang serong terhadap niat baik
mereka. Di saat ini, mereka hilang arah dan hilang keyakinan untuk meneruskan kehidupan
sebagai seorang Muslim.

d) Saudara baru yang memeluk Islam dengan niat yang salah


11

Cabaran yang dihadapi seterusnya adalah cabaran untuk berhadapan dengan mengendalikan
saudara baru yang memeluk Islam dengan niat yang salah, mereka bukan memeluk Islam kerana
tertarik dengan ajaran Islam tetapi mereka ada niat yang lain. Kesan dari masalah ini, akan
lahirlah orang Islam hanya pada nama sahaja. Mereka tidak mengamalkan ajaran Islam yang
sepatutnya kerana mereka tidak hadir ke kelas bimbingan yang diadakan. Jika adapun yang hadir
ke kelas tersebut, hanyalah untuk menanda kehadiran. Mereka terpaksa mengikut prosedur atau
syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan visa.

Seterusnya, ia membawa impak kepada wujudnya masalah disiplin di kalangan mereka.


Menurut Ustazah Fatimah PERKIM menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan
kefahaman tentang Islam kepada saudara baru warga asing. Terdapat di kalangan mereka yang
menunjukkan tingkah laku dan akhlak yang kurang memuaskan sebagai contoh dari segi
pergaulan, percakapan dan pemakaian. Perbuatan mereka bukan sahaja memberi contoh yang
buruk kepada saudara baru yang lain, malah ia turut memberi imej yang buruk terhadap Islam.

Selain itu terdapat segelintir daripada mereka kurang memberi komitmen terhadap kelas
yang dijalankan oleh pihak PERKIM. Mereka tidak hadir ke kelas bimbingan yang dijalankan.
Ada juga yang hadir hanya untuk menanda kehadiran kelas. Mereka tidak mengambil perhatian
terhadap pengajaran dan penerangan yang diberikan. Kadang-kadang mereka sengaja lewat
masuk ke kelas dengan mengemukakan pelbagai alasan kerana tidak mahu mengikuti kelas yang
disediakan. Terdapat di kalangan mereka yang sudah bertahun-tahun menghadiri kelas tapi masih
lagi tidak pandai membaca Al-Fatihah. Mereka hanya datang ke kelas untuk memenuhi rekod
kehadiran bagi mendapatkan visa (Anuar et.al, 2014).

6.0 KESIMPULAN

Walaupun PERKIM menghadapi banyak masalah dalam mengurus gerakan dakwah non-Muslim
atau saudara baru, PERKIM mengatur dan melaksanakan program menurut kemampuannya.
PERKIM memilih dasar aktif, positif dan dinamik, bukan agresif sehingga menimbulkan reaksi
yang tidak baik dari golongan sasaran. Mereka bergerak atas dasar yang berlandaskan prinsip
dakwah seperti yang terdapat dalam Al-Quran iaitu dengan menggunakan hikmah, kata-kata
yang baik, dan dengan bertukar-tukar fikiran. Walaupun berdepan dengan masalah-masalah
12

seperti masalah kewangan, PERKIM tidak pernah berputus asa dalam mendidik dan
membimbing saudara-saudara baru serta mencuba sedaya upaya untuk mencari alternatif dalam
setiap permasalahan yang dihadapi supaya gerak kerja dakwah dapat diteruskan dan tidak
berhenti di pertengahan jalan. Walaupun terdapat segelintir daripada mereka yang mengambil
kesempatan atas kebaikan dan keprihatinan PERKIM, namun mereka bersikap positif dan
berusaha membawa saudara baru tersebut ke arah Islam yang sebenarnya.

7.0 RUJUKAN

Al-Quran

Anuar Puteh, Abdul Ghafar Hj Don, Razaleigh Muhamat@Kawangit, Badlihisham Mohd Nasir,

Yusmasayu Abdullah. 2014. Komitmen Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)

Dalam Mengurus Saudara Baru Warga Asing.

http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/01-PERKIM-Mualaf-Warga-

Asing.pdf [23 jun 2022]

Azman, S., Shaharuddin, B., Yusuf, M., Bin, M., Sahlawati, A., Abu, B., Siti, B., Binti, K., &

Hamzah, M. (2018). Persepsi Masyarakat Non-Muslim Terhadap Dakwah Islam Di

Malaysia. In Tenera Hotel. Bandar Baru Bangi. Selangor. Organized By Faculty Of

Islamic Civilisation Studies. International Islamic University College Selangor.

http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf [5

jun 2022]

Nur Hieadayah Abdul Rahim, Idris Zakaria. 2014. Dakwah PERKIM kepada Etnik Cina di

Malaysia. Islamiyyat. Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of

Islamic Studies, 36 (1): 63-70. http://journalarticle.ukm.my/8017/ [24 jun 2022]


13

Nurul Amira Husna Yusli. 2021. Dakwah Melalui Penulisan.

https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/2021/12/29/dakwah-melalui-penulisan/ [18

jun 2022]

Razaleigh Muhamat @ Kawangit. 2014. Dakwah Kepada Muallaf Orang Asli: Tanggungjawab

Dan Peranan Perkim Pahang.

https://www.researchgate.net/publication/301887172_DAKWAH_KEPADA_MUALLA

F_ORANG_ASLI_TANGGUNGJAWAB_DAN_PERANAN_PERKIM_PAHANG [16

jun 2022]

Shukor, A. (1999). Permasalahan Di Kalangan Mualaf Dan Khidmat Sokongan Oleh Perkim

Negeri Perak - Universiti Putra Malaysia InstitutionalRepository.Upm.edu.my.

https://doi.org/http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9107/1/FPP_1999_1_A.pdf

You might also like