Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN KEJADIAN GIGITAN SEMUT CHARLIE

LOKASI : DORM ASPURI, ASRAMA SMKCE

TARIKH : PENGHUJUNG BULAN OGOS, 2020

Pada penghujung Ogos 2020, beberapa penghuni asrama perempuan mengadu telah digigit
sejenis serangga sehingga menyebabkan badan yang terkena gigitan serangga tersebut seakan melecur ,
bernanah dan terasa pedih kesakitan. Salah seorang penghuni telah meminta kebenaran untuk ke
Hospital Tumpat bersama ibunya kerana kesan gigitan itu telah berupa seperti jerawat yang bernanah
dan menggelembung.

Doktor yang merawat mengesahkan gigitan tersebut adalah akibat gigitan ‘Semut Charlie’ atau
dikenali juga sebagai ‘Semut Kayap’ . Pihak Hospital Tumpat telah menghubungi Pejabat Kesihatan
Tumpat dan memaklumkan hal tersebut.

Pada keesokkan harinya, beberapa Inspektor Kesihatan, Pejabat Kesihatan Tumpat telah datang
ke asrama untuk mengesan dan mencari serangga tersebut namun gagal ditemui. Oleh itu, mereka telah
memasang perangkap semut dan membiarkan perangkap tersebut selama satu hari di beberapa tempat
di kawasan dorm aspuri. Apabila pihak kesihatan datang pada keesokan hari, mereka telah berjaya
memerangkap tiga ekor semut Charlie.

Ekoran penemuan tersebut, pihak Pejabat Kesihatan Tumpat telah berjanji akan datang semula
untuk membuat semburan pencegahan. Sehingga 12 September 2020, pihak asrama masih menunggu
semburan tersebut dan telah melakukan beberapa tindakan pencegahan awal seperti melakukan
gotong-royong membersihkan kawasan dalam dorm, bilik air dan sekitar.

Laporan disediakan oleh Dilihat dan diakui oleh

Aliffa Noorain Bt Abd Rahim

Warden Asrama SMKCE

You might also like