Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 62

Kategori pelancongan

Adalah mungkin untuk membezakan antara pelbagai jenis pelancongan mengikut


citarasa pelancong dan aktiviti yang boleh dilakukan semasa penginapan.

Dia pelancongan membeli-belah Ia dicirikan dengan teratur untuk melawat pusat-


pusat membeli-belah dan ruang-ruang di mana pengembara boleh mengambil
belanja.
Dia pelancongan kebudayaan Ia memberi tumpuan kepada lawatan ke muzium,
pameran, dan tempat-tempat lain di mana pengembara boleh mengetahui lebih
lanjut tentang sejarah dan kehidupan budaya tapak yang dikunjunginya.
Istilah ini pelancongan luar bandar Ia merujuk kepada mana-mana aktiviti
pelancongan yang terletak di persekitaran luar bandar, berhampiran alam
semulajadi, kawasan pantai dan yang membolehkan aktiviti yang berkaitan dengan
kerja sektor luar bandar. Ia adalah sejenis pelancongan yang bertentangan dengan
yang dipenuhi, yang digambarkan di bandar-bandar pesisir, dan menuntut
persekitaran endogen yang disokong oleh persekitaran manusia dan persekitaran.
Ia adalah pelancongan yang mesra alam, yang cuba untuk menyertai aktiviti
pelancongan yang lain dengan memanfaatkan sumber-sumber tempatan.
Dia pelancongan formatif Objektifnya adalah untuk menawarkan pengetahuan
pengembara mengenai subjek tertentu, objektif perjalanannya.
Dia pelancongan gastronomi Objektifnya ialah pengembara mengetahui makanan
tempatan tempat dan menjalankan rasa dan kegiatan yang berkaitan dengan
memasak.
Dia agrotourisme Ia terdiri daripada aktiviti-aktiviti di kawasan luar bandar di mana
pelancong tinggal dan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tempat,
bekerjasama dalam pemulihan ladang atau ladang-ladang.
Dia ekopelancongan Ia adalah yang dilakukan dengan cara perlindungan semula jadi.
Penduduk tempat yang menerima pelancong dan hadir ruang biasanya menyertai
aktiviti ini. Keutamaan ekopelancongan adalah pemeliharaan alam semula jadi.
Dia pelancongan pengembaraan Ia terdiri daripada satu siri aktiviti yang dijalankan di
persekitaran luar bandar dan tujuannya adalah untuk menawarkan sensasi
penemuan, untuk menguji batasan kelangsungan hidup para pelancong. Ia
dijalankan di dalam ruang yang hampir tidak dieksploitasi di peringkat pelancong.
SEBAGAI sebuah negeri pelancongan gastronomi, Melaka mempunyai
pelbagai tarikan tempat makan menarik yang berselerakan di serata
negeri. Tempat-tempat makan sedemikian menawarkan pelbagai pilihan
menu, baik tempatan mahupun antarabangsa. Jika anda seorang yang
ingin menjamah hidangan sambil menikmati pemandangan dari tepi Sungai
Melaka, lima tempat makan berikut memang wajar anda kunjungi.
1. RESTORAN LINECLEAR KAMPUNG JAWA

Restoran ini tiada kaitan dengan restoran nasi kandar tersohor Line Clear
di Pulau Pinang. Sebaliknya restoran ini menawarkan pelbagai menu
juadah tempatan seperti sate, mee rebus, char kuetiau dan mee rojak.
Menurut pemilik restoran yang merupakan generasi ketiga yang
mengusahakan perniagaan turun-temurun itu, sate dan mee rebus adalah
juadah yang paling laris jualannya di situ.

2. RESTORAN MELAYU MELAKA JALAN MUTAHIR


Bagi yang menyukai masakan Melayu, inilah antara tempat yang harus
anda serbu. Terdapat lebih 100 jenis lauk-pauk disediakan termasuklah
‘signature dish’ Melaka iaitu asam pedas. Ia juga mempunyai kawasan
meletak kenderaan yang luas untuk para pengunjung.

3. DUTCH HARBOUR CAFE JALAN LAKSAMANA


Namanya seperti sebuah kafe di Belanda namun percayalah ia sebenarnya
terletak di Melaka. Menawarkan pelbagai menu makanan Barat dan
tempatan. Yang penting, makanan di sini halal.

4. HALIA INC JALAN MERDEKA


Bangunan ini dahulu adalah gudang milik Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
sebelum diubahsuai. Sajian Barat dan kopi adalah menu utama di sini.
Namun ia turut menawarkan menu tempatan seperti nasi lemak dan laksa
nyonya.

5. CENDOL JAM BESAR JALAN LAKSAMANA


Kunjungan anda ke Melaka dianggap tidak lengkap jika tidak singgah di
sini. Ia hanyalah gerai yang telah wujud sekian lama yang menawarkan
pelbagai jenis cendol sebagai menu utama. Anda boleh mengamati
keindahan Sungai Melaka yang terletak bersebelahan sambil menikmati
cendol yang dingin pilihan anda di tengah-tengah kepanasan Bandaraya
Melaka.

Terdapat banyak tempat makan di Johor yang berbaloi untuk kita singgah.
Oleh sebab itu, Johor boleh dianggap seperti syurga makanan di Malaysia.
Kenapa tidak, dari makanan masakan melayu, cina, india semuanya ada.
Selain itu, kalau setakat nak masakan barat, pelbagai masakan yang ada.
Kepelbagaian masakan di Johor yang sangat mudah diperoleh in menjadikan
Johor satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar
negara yang cintakan masakan yang sedap.

Apa Makanan Wajib Anda Cuba di Johor?


Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan
kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang
ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di
Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini
biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak
mengenalinya.

Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah
seperti:

1. Laksa Johor

Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan


laksanya dan di makan bersama kuah yang penuh dengan rempah ratus.
Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak
bersama rempah ratus terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu,
kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba terpilih.

Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal
harganya ini di pilih kerana di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup
enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan kuah laksa Johor. Selain
ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama,
sambal belacan, ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga
kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris halus, bawang mentah
dan lobak asin.
2. Mi bandung

Mee bandung pada asal usulnya hanya sejenis hidangan gandingan antara mi
dan telur selain ramuan lain seperti campuran cili, bawang tumisan serta
udang kering. Tetapi telah ditambah baik dengan campuran bahan-bahan
lain seperti udang segar, hirisan ayam mahupun hirisan daging agar rasanya
lebih enak di makan. Ada juga memakannya bersama-sama dengan cili jeruk
agar rasanya lebih masam dan pedas sedikit.

Hiasan sampingan seperti daun sup dan bawang goreng ditabur halus
dipermukaan mi bandung, menaikkan lagi selera si pemakan. Mi Bandung
Muar antara hidangan yang paling dikenali di serata Malaysia dan telah
manjadi ikon buat Bandar Diraja Johor.

3. Mi rebus

Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau
nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana. Ia juga
mempunyai cawangan disatu lagi kedainya yang diuruskan oleh anaknya,
terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin. Uniknya mi rebus ini kerana
kepekatan kuahnya itu sendiri,keenakan mi rebus ini juga terletak pada
tepung goreng yang ditabur di atas hidangan. Ia jugadigandingkan dengan
kerangupan bawang goreng, cili hidup, telur rebus serta tauhu goreng. Tak
cukup sepinggan dibuatnya kalau anda sudah mencubanya buat kali
pertama.

4. Arisa

Masakan ini juga dikenali sebagai masakan Arab Peranakan dan sangat
popular di Johor. Namun tak semua orang di Johor yang mengenali jenis
masakan ini dan hanya popular di Johor Bahru. Ianya biasa dihidangkan
ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit. Arisa dimasak dengan
menggunakan daging kambing, lembu dan ayam yang dicampur dengan
oats.
5. Sate

Makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor


malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai
jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di
dalam mana-mana sahaja sekitar Johor. Uniknya sate Johor ini, sebelum ia
dibakar dengan mengunakan arang, ia akan diperam semalaman agar
rempah sate itu sebati dengan isi sate itu.

6. Telur pindang

Amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur


ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-
daun. Antara daun-daun yang digunakan ialah daun jambu batu, daun pokok
senduduk, daun serai, daun lengkuas, daun pandan serta daun salam. Telur
ini juga akan direbus sekali bersama ketumbar, jintan manis dan jintan putih
selama 3 hari. Hasilnya telur itu lebih enak dan tahan lama.

7. Roti Kirai/Roti Jala

Nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat
daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang
dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak
bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan
bersama.

8. Burasak

Sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan


menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di
dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.

9. Nasi Ambeng
Ambeng merupakan makanan tradisional penduduk tempatan di Johor dan
ianya popular dikalangan masyarakat Jawa yang tinggal di pantai Barat
Semenanjung Malaysia. Nasi Ambeng juga berasal daripada Pulau Jawa yang
terletak di Indonesia dan hari ini terbukti sebahagian daripada penduduk
Pulau Jawa masih menikmati hidangan Nasi Ambeng ini.

10. Nasi Briyani Gam

Kalau berkunjung ke Batu Pahat Johor anda semua mesti mencuba hidangan
Nasi Beriyani Gam.Nasi Beriyani Gam juga dikenali sebagai Nasi Beriyani
Dam atau Dum. Nasi Beriyani dimasak dengan ketulan daging yang diperap
semalaman bersama beras.Apabila Nasi ini siap nasi ini akan berbau
rempah,dan rasa lemak manis yang dihasilkan oleh daging tersebut. Sejarah
kemasukan resepi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi,rakyat Johor
memperharui resepi ini ke selera Melayu dan terjadilah Nasi Beriyani Gam
ini.

Tempat Makan di Johor

Kali ini admin tempatmenarik.my ingin membuat 1 senarai lengkap lokasi-


lokasi yang wajib anda pergi mengikut daerah di Johor. Jom kita terjah lokasi
berikut mengikut daerah.
Tempat Makan di Johor Bharu

1. Restoran ZZ Sup Tulang


2. Kedai Makan Rahmat
3. Kedai Makanan Jadi Baru Botak

Tempat Makan di Batu Pahat

1. Nasi Lemak Cik Chom


2. Restoran Kari Kambing 40 Hari
3. Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota

Tempat Makan di Kluang

1. Restoran Nasi Daun Pisang NSM Tempat Makan Sedap Di


Johor
2. Jamal Satay Kampung Melayu Tempat Makan di Simpang
Renggam

Tempat Makan di Kulai

Tempat Makan di Muar

Tempat Makan di Kota Tinggi

Tempat Makan di Segamat

Tempat Makan di Pontian

Tempat Makan di Tangkak

 Durian Murah dan Enak di Tangkak Johor


 Cendol Satar Tempat Makan Sedap di Simpang Renggam

Tempat Makan di Mersing


Hang nak pi mana tu? Penang?” Kalau macam tu mai baca artikel 45 Tempat
Makan Menarik di Penang ni dulu. Ya, tak terkira banyaknya kedai makan
dekat Penang ni.

Buktinya, pulau ini pernah disenaraikan oleh banyak media antarabangsa


antaranya Forbes, TheCultureTrip dan Thrillist sebagai salah satu bandar
paling meriah dengan makanan yang best. Pada tahun 2014 pula Penang
pernah terpilih sebagai “Best Foodie Destination” oleh Lonely Planet.

Di sinilah anda dapat menemui antara masakan Melayu, Cina dan India yang
paling best di Malaysia. Penang sememangnya syurga makanan dunia! Tanpa
buang masa lagi, jom kita lihat satu-persatu tempat makan menarik di
Penang yang boleh anda cuba disana nanti.

Kandungan [tunjuk]

45. Hameediyah Beriani


Sumber: HAMEEDIYAH RESTAURANT

Pernah cuba nasi beriani mamak? Kalau belum, ini adalah lokasi yang tepat
untuk anda mencubanya buat pertama kali kerana restoran ini dikatakan
menghidangkan antara nasi beriani yang terbaik di Penang. Rasa nasi yang
sempurna, dengan pilihan lauk yang pelbagai dari ayam hinggalah kambing,
tak cukup sepinggan.

Baca: 65 Destinasi Terbaik Di Pulau Pinang

Jangan pula makan nasi beriani tu sampai tak muat perut untuk cuba
makanan yang lain lagi, sebab selain nasi beriani, hidangan lain yang popular
di kedai makan ni adalah murtabak, sedapnya sampai menjilat jari!
 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 164, Lebuh Campbell, 10100 George Town, Pulau Pinang

44. Nasi Kandar Deen Maju

Sumber: Deen Maju Nasi Dalca Ayam Berempah

Penang cukup sinonim dengan hidangan nasi kandaqnya. Percutian ke


Penang tak sah selagi tak beratur untuk mencuba makanan yang satu ni.
Limpahan rasa daripada campuran kuah kari yang dicurahkan ke atas nasi
kandar serta lauk yang diambil, cukup memuaskan deria rasa.

Untuk mendapatkan pengalaman sebegini sewaktu menikmati nasi kandar,


anda boleh mengerakkan kaki ke kedai Nasi Kandar Deen Maju yang terletak
di Jalan Gurdwara, Georgetown. Anda boleh memilih daripada pelbagai
pilihan kari yang ditawarkan seperti kari sotong, kari kepala ikan, kari ayam
dan banyak lagi.

Lauknya pula, anda mesti cuba ayam goreng berempahnya yang menjadikan
nama kedai ini makin terkenal. Untuk pengetahuan anda, ayam goreng ini
telah diperapkan dengan 15 rempah berbeza selama 8 jam. Bayangkanlah
rasanya, padu tak padu?

Seeloknya hidangan nasi kandar dengan ayam goreng berempahnya, terus


dinikmati di kedai daripada dibungkus kerana rasanya akan lebih
mengancam, panas dan segar dari dapur.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

43. Restoran Kapitan (Chulia Sreet)

Sumber: restoran kapitan penang

Dibuka selama 24 jam, kalau anda lapar tak kena pada masa, singgah sahaja
ke Restoran Kapitan yang terletak di Jalan Chulia. Kalau ke sini, dapatlah
anda merasa hidangan terpanasnya iaitu beriani claypot dan juga roti
naannya yang boleh dimakan bersama ayam tandoori.
Roti naannya cukup lembut untuk dinikmati, manakala ayam tandoorinya
pula diperap dengan sempurna. Nak lagi best, anda boleh cuba roti naan
cheese. Beriani claypotnya juga sangat superb dari segi rasa!

Nak menikmati pemandangan sambil makan? Anda boleh menuju ke tingkat


atas restoran ini. Bertambah syoknya!

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 93, Chulia St, 10200 George Town, Penang

42. Teochew Chendol, Penang Road

Sumber: Penang Road Famous Teochew Chendul

Dah berpeluh berpusing ke sana-sini sekitar Georgetown? Mai singgah sat ke


Teochew Chendol untuk menghilangkan dahaga. Cendol ini dikatakan cendol
yang terbaik di Penang.
Buktinya, anda boleh lihat sendiri daripada bilangan orang yang sanggup
beratur untuk menikmati cendol ni terutama ketika musim cuti atau cuaca
panas. Cendolnya cukup manis berlemak untuk memuaskan selera, serta
sangat berkesan untuk menyejukkan tekak yang kering.

Dah penat beratur, anda boleh menuju ke kawasan meja makan yang
disediakan untuk terus menikmati cendol yang dibeli.

Telah beroperasi dari tahun 1936, perniagaan yang pada awalnya ini
hanyalah sebuah gerai kecil, kini bukan sahaja terkenal di dalam kalangan
penduduk tempatan, tapi turut memiliki peminat dari pelbagai negara lain
lagi. Memang hebat penangan cendolnya.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10450 George Town, Pulau Pinang

41. Astaka Padang Brown

Sumber: pasembur ghani
Terletak tidak jauh dari Stadium Bandaraya Penang, Astaka Padang Brown
ataupun Medan Selera Padang Brown ini menawarkan pelbagai jenis
hidangan berbeza. Mana tidaknya, gerai-gerai di sini bukan hanya dibuka
oleh peniaga Melayu, tapi juga Cina dan India. Inilah peluang untuk anda
memuaskan selera 1 Malaysia.

Antara menu yang boleh ditemui di sini adalah mee rebus, pasembur, sup
kambing, sate, kerang bakar, kuey teow, aneka masakan barat dan banyak
lagi. Sekadar ingin menghilangkan kehausan tekak? Di sini juga terdapat
jualan air coconut shake.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang

40. Roti Canai Transfer Road

Sumber: Ku Nazihahheim

Memang banyak kedai roti canai di sekitar Penang ni, tapi susah nak cari
yang dapat mengalahkan kesedapan Roti Canai Transfer Road.
Di sini anda boleh mendapatkan sarapan pagi yang menyelerakan sama ada
roti canai ataupun roti bakar. Roti canai di sini begitu enak dimakan kerana
disajikan dengan kuah yang pekat yang memang lain daripada yang biasa
dinikmati. Untuk roti bakarnya pula, anda mesti cuba roti bakar telur goyang
yang ditawarkan di sini, cukup enak!

Ingin ke sini? Datanglah seawal yang mungkin supaya mudah untuk


mendapatkan meja makan. Maklumlah, ramai yang lapar pagi-pagi ni.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, 10050 George Town, Pulau Pinang

39. Astaka Taman Tun Sardon

Sumber: Darwina Mohd Daud

Astaka Taman Tun Sardon menawarkan pelbagai makanan enak yang boleh
anda pilih daripada beberapa buah gerai yang dibuka di sini. Antara makanan
yang boleh ditemui adalah seperti makanan berat koey teow, nasi lemak dan
banyak lagi sehinggalah kepada kuih-muih.
Dalam banyak-banyak makanan yang dijual di sini, gerai jualan kuih serabai
adalah yang paling meriah dengan orang ramai. Kuihnya memang sedap dan
mengenyangkan, pekena pula dengan cicahan yang manis, tak cukup satu.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang

38. Cargas Cafe Bayan Lepas


Sumber: Cargas Café

Cargas Cafe Bayan Lepas adalah sebuah lagi kafe yang seringkali padat
dengan orang ramai terutama sekali pada waktu tengahari. Walaupun padat,
layanan restoran ini cukup pantas. Pendek kata, dari kualiti rasa hidangan
hinggalah kepada layanannya, segalanya tip-top.

Seperti dikatakan tadi, restoran ini selalu diserbu orang ramai, kalau dah
padat mestilah ada sebabnya kan? Daya penarik di sini adalah sambal
sotong, kari ikan, kari ikan pari dan juga ayam gorengnya yang sungguh
menyelerakan. Keenakan karinya dikatakan sukar ditemui di tempat lain.
Namun begitu, disebabkan kesedapannya, ada lauk yang berkemungkinan
habis bila tamat je waktu lunch. Apa-apa pun, anda disarankan untuk
menaiki grab atau berkongsi kereta kerana ruangan parkingnya agak terhad.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

37. Nasi Kandar Kampung Melayu

Sumber: Nasi Kandar Kampung Melayu penang

Terletak hanyalah di deretan kedai flat kos rendah Kampung Melayu, Nasi
Kandar Kampung Melayu yang telah pun beroperasi dari tahun 1970 ini
menghidangkan sehingga 700 ke 1000 pinggan setiap hari.

Keistimewaan nasi kandar yang dihidangkan di sini terletak pada kuah


karinya yang dihasilkan dengan menggunakan bawang dan rempah kari
giling yang banyak.
Untuk menyempurnakan hidangan nasi kandar yang telah dilimpahkan
dengan kuah kari yang beraroma mengancam ni, anda boleh memilih
daripada 15 pilihan lauk-pauk yang ada seperti kari kepala ikan, kari ayam,
ayam ros, rendang daging dan banyak lagi.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau
Pinang

36. Nasi Kandar Beratur

Sumber: Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur yang terletak hanyalah bersebelahan dengan Masjid


Kapitan Keling adalah sebuah kedai makan nasi kandar yang mesti anda
singgah. Tak kiralah pukul berapa pun anda datang, kedai ini sentiasa
dibanjiri oleh orang ramai yang sanggup beratur.

Gabungan ayam berempah bersama dengan sayur bendi bila dimakan


dengan nasi kandar yang disimbahi kuah kari, aroma dan rasanya sungguh
menaikkan selera.

Nak menikmati kemungkinan nasi kandar paling best dalam hidup? Pastikan
anda datang antara pukul 10 malam ke 8.30 pagi untuk mendapatkan Nasi
Kandar Beratur yang sebenar. Datang pada waktu lain, lain peniaganya. Ya,
dalam kedai yang sama ada dua operator yang berbeza, pastikan anda
datang pada waktu yang sepatutnya.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau
Pinang

35. Originally Bangkok Tomyam

Sumber: Originally Bangkok Tomyam


Tak perlu bersusah-payah membuat passport untuk ke Bangkok, anda boleh
menikmati keenakan masakan sebenar Thailand sekiranya singgah ke kedai
makan Originally Bangkok Tomyam.  Bila bercakap tentang Thailand, mesti
masakan yang pertama sekali terlintas di fikiran adalah tom yam kan?

Tom yamlah antara menu yang wajib anda rasa. Terdapat 3 jenis tom yam
yang dihidangkan iaitu tom yam po thek (hanya kuah), tom yam seafood dan
juga tom yam campur. Tak kiralah apa pun yang anda tempah, segalanya
menjanjikan rasa sebenar masakan Thailand kerana penggunaan bahan
perisa yang ori dari Thailand sendiri. Memang rugi tak cuba!

Sekiranya anda datang dalam bilangan yang ramai, ruang selesa yang
lengkap dengan pendingin hawa turut disediakan di tingkat atas restoran ini.
Untuk mendapatkan ruang ini, pastikan booking terlebih dahulu.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 85, Persiaran Mahsuri 1/3, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau
Pinang

34. Kari Kepala Ikan Pen Mutiara


Sumber: Restoran & Hotel Pen Mutiara

Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Penang yang hanyalah 10 minit
perjalanan adalah sebuah restoran yang sangat terkenal dalam kalangan
peminat kari kepala ikan iaitu Restoran Pen Mutiara.

Restoran yang penuh dengan keselesaan dan berpendingin hawa ini


menghidangkan kari kepala ikan yang dimasak secukup rasa menggunakan
ikan segar. Nak tahu macam mana sedapnya? Anda mesti cuba sendiri.

Baca: 19 Hotel Bajet Di Penang Yang Menarik

Dinasihatkan untuk datang beramai-ramai kerana kari kepala ikannya


dihidangkan dalam saiz yang sungguh mengenyangkan, memang tak larat
nak makan sendiri.

 Alamat

Alamat: Wisma Nelayan Pelabuhan LKIM Batu Maung, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
33. Restoran Adam Char Koey Teow

Sumber: Restoran Adam Char Koey Teow

Wajib singgah! Restoran Adam Char Koey Teow menghidangkan kuey teow
basah yang paling sedap di Penang.

Kedai yang pada asalnya hanyalah sebuah gerai kecil ini kini berkembang
sehingga memerlukan ramai tukang masak untuk menampung bilangan
pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Jangan lupa singgah!
 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: No. P1, Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

32. Mee Sotong Hameed Pata

Sumber: Hameed Pata Mee Sotong

Pernah rasa mee sotong? Kalau tak pernah, anda pasti akan terus jatuh cinta
pandang pertama kepada mee sotong yang disajikan di kedai Hameed Pata
ini. Sungguh menyelerakan, rasa yang pedas-pedas manis ini bila dinikmati
bersama dengan coconut shake yang turut dijual di sini, menambahkan
nikmatnya.

Mee sotong ini dihasilkan dengan cara menggoreng sotong bersama dengan
rempah, taugeh, telur, ubi kentang dan sambal sotong. Bila tiba masa untuk
dinikmati, anda boleh ‘menaikkan’ lagi rasanya dengan perahan limau.
Sungguh enak!

 Alamat  Waktu Operasi


Alamat: Hameed ‘Pata’ Mee Sotong. 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis
Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200, Georgetown, Penang.

31. Kedai Nasi 7 Benua

Sumber: Kedai Nasi 7 Benua

Kedai Nasi 7 Benua, nama kedai yang sungguh unik, membuat anda
tertanya-tanya apa yang 7 benuanya? Nama kedai ini adalah disebabkan
oleh 7 jenis nasi berbeza yang disajikan di dalam satu pinggan yang sama
sehingga melihatkan nasi yang berwarna-warni (7 warna). Nasi-nasi yang
digunakan adalah nasi putih, nasi minyak, nasi lemak pandan, nasi kacang,
nasi lemuni, nasi tomato dan juga nasi hujan panas.

Lauk-lauk yang disediakan pula adalah seperti ayam masak merah, kari,
ayam panggang, sambal kentang, daging, ulam-ulaman dan banyak lagi.

Dengan warna nasi yang sebegini ceria, kalau ada anak yang susah nak
makan sangat tu, bolehlah dibawa ke kedai ni, gerenti berselera.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang

30. Laksa Janggus

Sumber: laksa pokok janggus

Laksa Janggus adalah sebuah hidangan istimewa yang hanya boleh ditemui
di Penang. Rasanya lain daripada laksa biasa yang mungkin anda pernah
makan sebelum ni kerana tahap kesedapannya yang begitu mengasyikkan.
Tapi kenapa namanya laksa janggus? Bukan sebab penggunaan janggus
dalam laksanya, tapi kerana kedudukan kedai makannya yang dikelilingi oleh
pokok janggus.

Selain laksa, makanan lain yang boleh didapati di kedai ini adalah seperti
kuey teow, bihun sup, mee hailam, pisang goreng, ubi goreng, ais batu
campur dan banyak lagi. Memang syok habis untuk dijadikan tempat lepak
petang-petang.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 338 MK, Jalan Bharu, Kampung Perlis, 11000, Penang

29. Restoran Anggerik Desa

Sumber: restoran anggerik desa

Restoran Anggerik Desa menyajikan pelbagai menu pantai timur yang


menyelerakan seperti nasi kerabu, pulut, laksam, nasi dagang dan banyak
lagi.
Pada waktu makan tengahari, anda boleh menemui meja hidangannya
lengkap dengan budu, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi lauk-pauk
lain. Segalanya panas dari dapur.

Untuk pencuci mulut pula, anda tak akan kecewa dengan kepelbagaian jenis
kuih tradisional yang ditawarkan. Macam-macam ada!

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

28. D’Seafood Paradise

Sumber: D’seafood Paradise,Teluk Tempoyak

Nikmati tiupan bayu laut yang menyegarkan sambil menikmati hidangan di


D’Seafood Paradise. Terletak di tepi pantai, restoran yang luas dan
berkonsep terbuka ini menjanjikan pemandangan yang mampu memukau
jiwa.
Bukan itu sahaja, dengan kedudukannya yang hanyalah bersebelahan pantai,
tak perlulah anda risau tentang kualiti makanan lautnya kerana segalanya
fresh dari laut!

Anda pilih sahaja hasil laut apa yang ingin dinikmati daripada sebuah ruang
khas yang disediakan sama ada ikan, udang, ketam, sotong atau
sebagainya.

Bila dah pasti nak makan apa, chef di sini akan memasakkannnya mengikut
citarasa anda, nak dibakar? Dijadikan gulai? Atau apa sahaja, segalanya
boleh direalisasikan.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

27. Nasi Campur Permai Tepian

Sumber: Nasi Campur Permai Tepian


Kedai Nasi Campur Permai Tepian nampak sahaja macam warung biasa
dengan kerusi plastiknya yang memang sempoi habis, tapi kebenarannya, di
sinilah anda dapat menikmati masakan tradisional Melayu yang paling hebat
di Penang.

Berkonsep terbuka, di sini anda dapat menjamu selera sambil menghirup


udara luar, nak lagi syok, anda boleh makan di bawah pokok besar atau di
belakang kedai yang menyajikan pemandangan sungai yang mengalir
tenang. Macam ni barulah sesuai dengan hidangan tradisionalnya, tak gitu?

Lauk-pauk yang dihidangkan memang melampau banyaknya, boleh rambang


mata nak buat pilihan. Jangan lupa untuk penuhkan pinggan dengan ulam
dan sambal, barulah betul-betul masakan Melayu. Apa-apa pun, anda wajib
cuba sambal janggut sotongnya, memang sedap!

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama, 14000 Bukit Mertajam, Pulau


Pinang

26. Nasi Campur Awet Muda


Sumber: Restoran Nasi Campur Awet Muda

Jangan simpan rasa lapar anda sampai waktu makan malam sebab restoran
ini hanyalah dibuka ketika sarapan dan makan tengahari. Rugi kalau
terlepas!

Di Restoran Nasi Campur Awet Muda, anda dapat memuaskan selera Melayu
dengan menikmati pelbagai jenis gulai dimasak pekat seperti gulai ikan
sembilang, gulai itik, gulai kijang dan gulai kawah. Baunya sahaja dah
memanggil-manggil.

Selain itu, sup daging restoran ini juga tak kurang sedapnya, rasanya
bertambah mengancam bila diperahkan limau. Terliur dengar?

Ulam-ulaman dan masakan gorengnya juga cukup banyak. Boleh kenyang


melihat pilihan makanan yang ada. Bagaimana pula dengan rasanya?
Mustahil untuk jumpa yang tak sedap.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 795-B, Lorong Sungai Dua, Kampung Dua Bukit, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
25. Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang

Sumber: Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang

Tak akanlah asyik kena beratur je kalau nak makan nasi kandar? Jangan
risau, di Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang juga ada menu nasi kandar
yang tak kurang sedapnya daripada kedai lain yang lebih viral.

Untuk rasa yang lebih mantap, anda boleh menikmati nasi kandar ini dengan
ayam goreng, bukan main sedap lagi rasanya.

Restorannya cukup luas untuk anda menjamu selera dengan tenang tanpa
perlu berlanggar bahu dengan pelancong lain. Tak payah fikir 2, 3 kali,
datang sahaja ke sini kalau lapar. Layanannya cukup pantas! Yang penting,
harganya juga jauh lebih murah dibandingkan dengan kedai nasi kandar
terkenal yang lain.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 38, Lorong Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
24. Ais Tingkap

Sumber: Ais Tingkap Penang Road

Ais Tingkap, sebuah kedai yang tiada seumpamanya ini telah beroperasi
sejak dari tahun 1928 lagi. Kini diusahakan oleh generasi yang ketiga,
keenakan rasanya masih kekal sama seperti dulu.

Hanyalah sebuah kedai tepi jalan, menu airnya bukanlah biasa-biasa, sangat
sedap dan mustahil dapat ditemui di tempat lain. Menu utama di sini
kelihatan tidak ubah seperti air sirap yang normal, tapi ianya sebenarnya
telah digabungkan dengan biji selasih, air kelapa, isi kelapa dan juga kisaran
ais. Rasanya sungguh menyegarkan, sambil-sambil minum, dapat juga
makan isi kelapa yang dimasukkan tadi. Memang syok!

Tak cukup puas lagi? Jom cuba cendol dan ais kacang yang turut dijual di sini
untuk menghilangkan kepanasan badan selepas seharian berjalan di bawah
panahan matahari.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
23. Nasi Ayam Misai

Sumber: Che Murad

Nasi Ayam Misai adalah satu hidangan yang agak terkenal di Penang. Mesti
anda tertanya-tanya, apa dia nasi ayam misai ni? Ia sebenarnya tidak jauh
beza daripada nasi ayam hainan. Namun, apa yang membezakan nasi ayam
misai dengan yang lain adalah kerana keunikan rasa kicapnya.

Dengan rasa yang agak manis, apabila dinikmati bersama dengan nasi ayam,
berganda-ganda kelazatannya.

Yang uniknya lagi, anda boleh memilih sama ada ingin makan dengan nasi
putih biasa ataupun nasi goreng. Tak cukup sepinggan sebab sedap sangat?
Anda boleh tambah nasi dengan harga yang sangat murah.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Ground Floor, Kompleks Bukit Jambul (Jalan Rumbia), Bayan Lepas, Pulau


Pinang 11900
22. Sani Char Koey Teow

Sumber: Sani Char Koay Teow , Bayan Baru

Selain nasi kandar dan roti canai, hidangan lain yang hangat di Penang
adalah char kuey teow. Tapi di mana nak rasa char kuey teow yang paling
best alang-alang dah sampai Penang ni? Takkanlah nak cuba yang biasa-
biasa je kan? Jawapannya adalah di Sani Char Koey Teow.

Di sini anda bukan je dapat rasa antara char kuey teow special yang paling
popular di Penang, tapi saiz hidangannya juga cukup besar. Bagi anda yang
datang dengan perut yang berbunyi tu, akan tersenyum lebar punyalah bila
lihat makanan sampai!

Yang menariknya lagi tentang char kuey teownya adalah kerana kuahnya
yag pekat. Bila kuah pekat, bertambah padulah rasanya. Di dalam sepinggan
hidangan char kuey teow specialnya juga lengkap dengan udang, kerang dan
telur. Mesti cuba!

Selain char kuey teow, masakan lain yang turut terdapat di sini adalah nasi
lemak dan juga nasi goreng ayam.
 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

21. Ayu Mee Udang Teluk Kumbar

Sumber: Restoran Ayu Mee Udang

Tak pasti macam mana rasa sebenar mee udang yang sedap? Anda boleh
mula meletakkan standard bila cuba mee udang di kedai makan Ayu Mee
Udang Teluk Kumbar.

Kuah mee udang ini tidak terlalu pekat, namun rasanya cukup sempurna,
rempah yang digunakan juga tidak begitu mengejutkan lidah, hanyalah
sesedap rasa. Udang yang digunakan juga cukup terasa kesegarannya.
Segalanya tentang hidangan ini memang tip-top.

Baca: 27 Hotel Menarik Di Penang Untuk Percutian Pulau Luar

Biasa
Selain mee udang, hidangan lain yang juga menjadi kegilaan ramai adalah
mee goreng udang, nasi goreng udang dan maggie udang. Pendek kata, apa
sahaja masakan berasaskan udang, tukang masak di kedai ni sangat pro
dalam menghasilkannya sehingga ke tahap yang tersedap pernah dirasai.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 936 B, Lengkok Kampung Masjid 1, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang

20. Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk


Tempoyak Penang

Sumber: Adnan Bin Hassan (Ikan Bakar Telok Tempoyak)

Tak menyempat nak berbbq? Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan
laut bbq atau bakar di Ikan Bakar Adnan bin Hassan Teluk Tempoyak
Penang. Disalut dengan daun pisang, kesedapan hidangannya sukar
diungkapkan dengan kata-kata. Antara yang dihidangkan panas-panas di sini
adalah ikan merah, ikan bawal talang, ikan siakap, ikan jenahak, ikan
kerapu, ketam nipah dan udang.
Masakannya bukan sahaja sedap, tapi juga ditawarkan dalam harga yang
cukup murah! Sambil menikmati hidangan, anda boleh melihat
pemandangan pantai yang tenang serta bot-bot nelayan yang tersadai.

Kalau anda nak tahu, makanan laut yang disajikan di sini diambil segar
daripada nelayan yang menggunakan bot-bot yang dapat dilihat di kawasan
pantai ni. Boleh bayangkan betapa segarnya seafood di sini?

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

19. Restoran Ida Mee Udang Sungai

Sumber: ida mee udang sungai dua original

Restoran Ida Mee Udang Sungai cukup terkenal dengan menu mee
udangnya. Tapi apa istimewanya mee udang restoran ini dengan kedai lain?
Jika dibandingkan dengan kedai lain, Restoran Ida memberikan anda pilihan
sama ada ingin menikmati mee udang yang dimasak dengan menggunakan
udang bela ataupun udang laut. Udang bela berharga lebih murah jika
dibandingkan dengan udang laut. Tapi, udang laut jauh lebih besar dan
manis rasanya. Alang-alang diberikan pilihan, apa kata cuba yang best
teruskan? Kuah mee udangnya juga antara yang paling sedap pernah
dinikmati di Penang.

Dah puas makan mee udang? Jangan risau, ada banyak lagi hidangan lain
yang sama sedapnya. Antara menu yang ditawarkan adalah seperti mee
ketam, kuey teow goreng, nasi goreng udang, mee rebus dan banyak lagi.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang

18. Roti Canai Mamu Penaga

Sumber: Mamu Roti Canai Terbang Penaga


Bermula dengan hanya berniaga di tepi jalan, kini kedainya kian berkembang
kerana keunikan yang ditawarkan di mana pembuat roti canainya mampu
menerbangkan roti canai ke udara tanpa melekat di siling.

Kalau anda nak tahu, pemilik Roti Canai Mamu Penaga ini sendiri pernah
terbang sehingga ke 13 buah negara seperti Perancis, Jepun, Azerbaijan,
Filipina, Korea dan London untuk menyertai pelbagai pertandingan dan
karnival kerana kebolehannya untuk membuat roti canai terbang.

Bagi anda yang datang ke sini, selain berpeluang untuk menyaksikan


persembahan roti canai terbang, anda juga boleh menikmati roti canai yang
dimasak dengan cara dibakar tanpa menggunakan minyak. Barulah sedap
hati nak makan sebanyak mana pun kan?

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Jalan Haji Hashim, Penaga, Pulau Pinang

17. Nasi Melayu Lidiana


Sumber: Kedai Makan Lidiana

Kedai Nasi Melayu Lidiana atau Nasi Melayu Masjid Terapung ini
menyediakan tersangatlah banyak lauk-pauk untuk dinikmati bersama
dengan nasi yang panas. Memang susah nak buat pilihan lebih-lebih kalau
anda datang pada waktu makan tengahari yang agak sibuk.

Kalau tak pasti apa yang nak diletakkan di atas pinggan, anda boleh ambil
cencaru sumbat sambalnya yang sungguh lazat rasanya. Daging ikannya
sungguh lembut berjus dengan isian bawang dan cili, menggandakan lagi
nikmat menjamu selera. Hidangan lain yang juga menarik adalah ikan
terubuk goreng, ayam goreng dan juga kari.

Lokasinya, terletak di Medan Selera Tanjung Bunga yang hanyalah 20 minit


pemanduan dari Georgetown.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 11200 Tanjong Bungah, Penang

16. Restoran Nasi Padang Minang


Sumber: Nasi Padang Internasional

Bagi yang tak tahu, nasi padang adalah sejenis gaya masakan dari Sumatera
Barat, Indonesia yang banyak menggunakan cili padi yang ditumbuk kasar.
Bagi anda yang suka makan pedas-pedas, Restoran Nasi Padang Minang
pasti menjadi kedai kegemaran.

Banyak lauk-pauk yang akan mencuri hati anda seperti ayam goreng bercili,
sambal hijau, ikan sumbat sambal, kari nangka, ayam masak rempah, ulam-
ulaman dan lain-lain lagi.

Lokasinya, adalah berhadapan dengan Caltex di persimpangan A.S Manshoor


dan Transfer Road.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

15. Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang


Sumber: Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang

Idrus Ikan Bakar Bayan Lepas Penang adalah sebuah kedai yang terkenal
dengan hidangan ikan bakar, ikan 3 rasa, tom yam, cendawan goreng,
sotong goreng dan banyak lagi. Semua seafood yang digunakan di kedai ini
diambil segar daripada nelayan tempatan setiap hari.

Untuk masakan celup tepung atau yang digoreng, restoran ini menggunakan
tepung yang dibuat sendiri untuk menghasilkan rasa enak yang unik. Hasil
gorengannya cukup rangup memberikan nikmat tak terhingga sehinggalah
ke gigitan terakhir.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: No. 3,Idrus Ikan Bakar Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara Lebuh
Raya, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

14. Burger Ayam Goreng Njoy


Sumber: Burger Ayam Goreng Njoy

Lalu sahaja di depan kedai Burger Ayam Goreng NJoy, anda pasti tak dapat
menahan diri daripada terliur dengan aromanya. Antara menu yang
dihidangkan di sini adalah seperti burger grill, oblong, sosej, ayam goreng
special dan banyak lagi.

Bukanlah burger biasa, anda akan dikejutkan dengan warna roti burger yang
berwarna-warni, warna hijau, biru, merah dan hitam, dengan inti burger
yang tebal  dan rangup, berbeza daripada gerai burger biasa. Tergoda nak
cuba?

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Hadapan Taman Desa Wangsa, Permatang Damar Laut, Batu Maung

13. Restoran Minah


Sumber: Minah Restaurant

Dibuka pada tahun 1957, kedai makan yang ‘sebaya’ dengan kemerdekaan
negara ini adalah sebuah spot makan tengahari yang cukup popular. 
Dengan usia yang sebegini klasik, anda dapat menjangkakan masakan
Melayu tradisional yang sebenar.

Antara hidangan yang dicadangkan untuk anda cuba sekiranya singgah


makan di sini adalah ayam goreng specialnya (ayam goreng dengan sos
bawang masam manis), asam pedas ikan pari dan juga kari kepala ikan.
Kalau anda nak tau, kari kepala ikannya dihasilkan dengan menggunakan
rempah-ratus yang dibuat sendiri oleh tukang masak restoran ni.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang

12. Rockstarz Burger


Sumber: Rockstarz Burger

Bukan seperti burger biasa yang boleh anda jumpa di tepi jalan, di Rockstarz
Burger, daging dan sos yang digunakan dihasilkan sendiri oleh mereka.
Memang unik! Ketebalan daging burgernya bakal membuatkan perut anda
membulat kekenyangan.

Nama-nama burgernya juga sangat unik kerana mereka menggabungkan


konsep Food, Music & Art. Antara nama burger yang bakal anda lihat di sini
adalah seperti The Black Sabpper, The Santanaz, The Red Hot Curry Chilleez
dan banyak lagi.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 128, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau
Pinang

11. Ilyana Cafe, Teluk Kumbar


Sumber: Restoran Ilyana Café

Nak makan seafood segar yang kesedapannya bakal membuat anda


terkesima? Singgahlah ke Ilyana Cafe yang terletak di Teluk Kumbar.

Antara hidangan yang disyorkan ramai pengunjung yang pernah mencuba


masakan di sini adalah mee udang, kari kepala ikan, ketam masak cabai,
tom yam dan banyak lagi. Tak menyesal cuba!

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 10, Gerai JKKK, Jalan Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, 11910 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

10. NS Nasi Kandar


Sumber: ns nasi kandar

NS Nasi Kandar adalah sebuah gerai nasi kandar yang kecil terletak di Jalan
Burma. Walaupun tidak sebesar kedai lain, nasi kandar di gerai ini
sebenarnya boleh tahan juga rasanya, baunya sahaja sudah cukup untuk
menambat selera. Harga? Jauh lebih murah daripada kedai makan nasi
kandar terkenal yang lain.

Namun begitu, meja makan yang disediakan agak sedikit, kalau anda tak
kisah menanti meja atau nak makan secara takeaway, singgahlah ke sini.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 142-I, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang

9. Nurul Ikan Bakar


Sumber: nurul ikan bakar special

Terletak berdekatan dengan lebuhraya pantai Pulau Pinang, Restoran Nurul


Ikan Bakar adalah port yang patut anda singgah untuk menikmati ikan bakar
atau apa sahaja hidangan seafood.

Anda boleh memilih mana-mana seafood mentah yang jelas terpancar


kesegarannya untuk dimasak mengikut selera, nak masak stim? Celup
tepung? Bakar? Atau apa sahaja, semuanya boleh dihasilkan di dapur kedai
ni. Hasilnya? Bukan main sedap lagi.

 Alamat

Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, 10100 Gelugor, Penang

8. Restoran Fisherman’s Grill


Sumber: Fisherman’s Grill

Makan sambil menikmati pemandangan indah daripada lukisan-lukisan


bersaiz gergasi di Restoran Fisherman’s Grill. Suasananya juga sungguh
romantik dengan tema kebiruan seolah-olah berada di sekitar lautan, sesuai
sekali dengan nama kedainya.

Hidangan yang disediakan di restoran ini tiada yang tak segar, segalanya
secukup rasa, tak ubah seperti menikmati hidangan di restoran mewah.
Layanan yang diberikan juga cukup efisen. Sebaik makanan tiba, anda pasti
akan tersenyum puas hati melihat saiz hidangannya yang sungguh
mengenyangkan, memang sesuai sekali untuk disinggah kalau kelaparan.

Antara hidangan yang terkenal di sini adalah seperti masakan ikan siakap,
kerapu, jenahak dan banyak lagi seafood lain. Bukan hanya seafood, menu
berasaskan kambing, ayam dan lembu juga turut ditawarkan.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 300-X-1, Jalan Dato Ismail Hashim, Desa Ria, 11900 Bayan Lepas, Pulau
Pinang
7. Mee Goreng Bangkok Lane

Sumber: Bangkok Lane Mee Goreng

Terletak hanyalah bersebelahan dengan kedai kopi Seng Lee Coffeeshop


adalah sebuah kedai mamak, Mee Goreng Bangkok Lane yang menyajikan
mee goreng yang terbaik keenakannya.

Masakan mereka cukup sedap, dihasilkan dengan menggunakan sos sotong


dan dihidangkan juga dengan sotong. Anda mesti terus nikmati hidangan ini
di saat masih panas berasap.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: Seng Lee Coffeeshop, 280, Jalan Burma, 10350 George Town, Penang.

6. Kesum Art Restaurant


Sumber: Kesum Art Restaurant

Sambil makan, sambil melihat karya seni, inilah yang dapat anda lakukan
sekiranya menikmati hidangan di Kesum Art Restaurant di mana hasil lukisan
dilihat menghiasi hampir seluruh dinding restoran. Anda juga boleh membeli
mana-mana lukisan yang berjaya menarik perhatian untuk dijadikan hiasan
di rumah.

Kembali kepada tujuan utama anda singgah ke restoran ini yang tak lain tak
bukan, untuk menghilangkan rasa lapar, di sini, anda boleh menikmati
pelbagai sajian menyelerakan daripada selatan semenanjung Malaysia
seperti soto, laksa Johor, asam pedas, lontong dan lain-lain.

Sambil menunggu hidangan disediakan, anda boleh naik ke tingkat atas


restoran untuk melihat ruangan galeri yang mempamerkan lebih banyak
lukisan lain. Sambil-sambil melihat lukisan ini, anda turut diberikan
penerangan oleh pelayan yang ada di sini berkaitan dengan latar belakang
pelukis-pelukis yang menghasilkannya.

Kalau anda sukakan seni, inginkan suasana makan yang selesa dengan
pendingin hawa dan ingin menikmati makanan yang sempurna rasanya,
bolehlah datang ke Kesum Art Restaurant.
 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 57, Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang, George Town,
12000 georgetown, Pulau Pinang

5. Pasembur Gurney Drive

Sumber: Pasembur Gurney Drive

Pasembur Gurney Drive atau nama-nama lainnya Pasembur Pulau Mutiara


dan Pasembur Menari adalah satu kedai yang sama.

Kalau terlupa mana satu gerainya dek kerana nama yang terlalu banyak, bila
datang sahaja ke Persiaran Gurney, anda cari sahaja penjual rojak yang
menyanyi lagu “Rojak Rojak” sambil  memotong buah. Itulah kedai yang
dimaksudkan.

Bila dah berjaya mendapat tempahan pasempur yang diinginkan daripada


‘penyanyi’ tadi, anda bolehlah bergambar terlebih dahulu dengan
hidangannya yang berkuah merah ‘memancor.’ Kalau nak tahu, pada kuah
inilah tersimpan kesedapannya. Jangan lupa singgah!
 Alamat

Alamat: George Town Stall 100, Persiaran Gurney, Penang, 10250

4. Mee Pitchay

Sumber: Mee Pitchay Penang

Mee Pitchay? Apa benda pula ni kan? Sebenarnya ianya sama sahaja dengan
mee goreng mamak. Namun begitu, mee goreng di kedai ini semacam
sedapnya. Ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk
menikmati mee di kedai ini. Memang tak rugi kalau cuba.

Selain terkenal dengan mee goreng mamaknya, hidangan lain yang turut
disyorkan ramai juga adalah seperti pasembor dan mee rebus.

 Alamat

Alamat: Kompleks Medan Suri Sungai Nibong, 11900 Gelugor, Penang

3. Jeruk Madu Pak Ali


Sumber: jeruk madu pak ali penang

Destinasi yang satu ni memang wajib anda datang kalau bercuti di Penang.

Nak datang ke sini pun cukup mudah, ada banyak cawangan yang boleh
anda lawati seperti di Gelugor, Seberang Jaya, Simpang Ampat, Georgetown
dan banyak lagi.

Sekiranya anda mengunjungi kedai Pak Ali yang terletak di Georgetown,


lokasinya adalah di sekitar Pasar Chowrasta dan hanyalah beberapa tapak
dari Transfer Road.

 Alamat  Waktu Operasi

Alamat: 423 & 425, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

2. Cucur Udang Chowrosta


Sumber: Cucur Udang Chowrosta

Tercari makanan untuk melapik perut sebelum meneruskan eksplorasi


sekitar Penang? Anda boleh singgah ke Cucur Udang Chowrosta yang
terletak di Lebuh Tamil.

Cucur udangnya memiliki kesedapan yang agak melampau, rangup dan


bertambah sedap apabila dinikmati bersama kuah kacang yang disediakan.
Memang silap kalau anda tak cuba sebelum habiskan percutian di Penang!

Selain cucur udang, hidangan menarik lain di sini adalah tofunya yang cukup
lembut.

Di samping cucur udang dan tofunya, anda boleh melengkapkan hidangan


dengan mencuba sirap campur yang  juga dijual di sini. Apa yang ada dalam
sirap campur ni? Sejenis minuman yang agak unik, di dalamnya terdapat
campuran biji selasih, sirap dan juga kelapa. Bolehlah cuba buat di rumah
nanti.
 Alamat

Alamat: 2-36, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

1. Nasi Kandar Line Clear

Sumber: Restoran Nasi Kandar Line Clear Penang Road

Nama Nasi Kandar Line Clear ni tak asing lagi, memang hangat dalam
kalangan pencinta nasi kandar. Terletak di Penang Road, di restoran ini
ramai yang datang untuk mendapatkan hidangan nasi kandarnya yang sedap
semacam bersama dengan pelbagai jenis lauk yang enak.

Antara lauk yang ada adalah seperti kari kepala ikan, kari ayam, ayam
goreng, pelbagai jenis masakan ikan dan banyak lagi. Jangan risau,
walaupun viral, harganya tetap berpatutan. Untuk kari kepala ikan pula,
harga adalah berdasarkan saiz kepala ikan yang diambil. Sebelum duduk di
meja makan, jangan lupa untuk order teh tarik aisnya yang sangat kaw!

You might also like