Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KOLEJ VOKASIONAL GERIK

KM 4, JALAN KUALA RUI,


33300 GERIK, PERAK

TAJUK : PENGURUSAN MODAL KERJA : PENGURUSAN PENGHUTANG

NAMA AHMED HISYAM BIN ZULKHAIRI


PUTERI NURFAZLINA BINTI FAZLI
NURUZAKIRAH BINTI SAMSUDIN
NO IC 030911 -10 -0887
031230 -14 -0028
031101 -08 -0460
NO.MATRIK K151HBPP001
K151HBPP010
K151HBPP009
PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN

KOD DAN DBF 3123 KEWANGAN PERNIAGAAN


MATA
PELAJARAN
NAMA PN,SALBIAH BINTI YUNUS
PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 1
2 KONSEP PENGHUTANG DAN POLISI KREDIT 2-4
3 KOS EFEKTIF PEMBERIAN KREDIT 5-6
4 KOS PERUBAHAN POLISI KREDIT DAN KESANNYA KE ATAS 7 - 11
PENGHUTANG
Pengenalan
Semua syarikat pada dasarnya adalah terlibat secara langsung dalam urusan
penjualan produk barangan atau perkhidmatan. Apabila syarikat menjual barangannya atau
perkhidmatan, kaedah pembayaran biasanya dibuat dalam dua cara - secara tunai atau
kredit. Kebanyakan syarikat akan menawarkan pembayaran secara kredit kepada
pelanggannya kerana ia dapat memberikan kemudahan atau kelonggaran kepada pelanggan
dalam menjelaskan hutang mereka kepada syarikat dalam tempoh masa yang tertentu. Di
samping itu, tekanan persaingan juga merupakan salah satu faktor syarikat memberikan
kredit kepada pelanggannya.
Pengurusan kredit adalah penting kerana kawalan yang rapi dan sistem pungutan akaun
belum terima yang efisien akan dapat menambahkan keuntungan syarikat dan seterusnya
meningkatkan kecairan syarikat.

1
Konsep penghutang dan polisi kredit
Pemberian kredit ditakrifkan sebagai penghantaran barangan atau perkhidmatan
kepada pelanggan pada masa sekarang dan berdasarkan kepada janji dan syarat-syarat
pemberian kredit, pelanggan tersebut akan menjelaskan bayaran pada satu tarikh akan
datang yang ditetapkan. Pelanggan yang diberikan kredit tersebut di kenali sebagai
penghutang. Akaun belum terima merupakan sebahagian daripada aset semasa. Akaun ini
wujud apabila :

➤ Kredit diberi kepada pelanggan-pelanggan tertentu

➤Nota belum terima yang diserahkan oleh pelanggan kepada syarikat masih

dianggap sebagai dana tertahan sehingga bayaran diterima.

Kepentingan sebuah syarikat menguruskan akaun belum terimanya bergantung kepada tahap
jualan kredit yang dijalankan. Semakin banyak jualan kredit ditawarkan kepada pelanggan,
semakin banyak aset syarikat yang terikat dalam akaun belum terima. Secara umumnya,
terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi tahap pelaburan dalam akaun belum
terima. la termasuklah :
i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya.
ii) Tahap jualan
iii) Polisi kredit dan kutipan

Penerangan bagi ketiga-tiga faktor di atas adalah seperti berikut:


i) Peratusan jualan kredit kepada jumlah jualan keseluruhannya.
Faktor ini bukan di bawah kawalan pengurus kewangan syarikat. Jenis perniagaan
yang dijalankan oleh syarikat akan menentukan campuran antara jualan kredit dan
jualan tunai. Oleh itu sifat dan jenis perniagaan itu sendiri akan menentukan
peratusan jualan kredit keseluruhan.

ii) Tahap jualan


Semakin tinggi jualan yang dicapai oleh syarikat, maka semakin meningkat tahap
akaun belum terima syarikat tersebut. Saiz pelaburan akaun belum terima syarikat
yang menjalankan jualan bermusim dan pertumbuhan dalam jualan juga akan
meningkat selari dengan peningkatan dalam jualan. Faktor ini juga berada di luar
kawalan pengurus kewangan syarikat tetapi pengurus masih boleh meramalkan
tahap jualan.

2
iii) Polisi Kredit dan Kutipan
Polisi ini yang merangkumi syarat jualan, kualiti pelanggan dan usaha kutipan atau
cara pungutan, akan mempengaruhi tempoh atau jangkamasa yang akan di ambil
oleh pelanggan untuk membayar ke atas belian kredit yang dilakukan

o Syarat Jualan atau Terma Kredit

Syarat jualan akan menekankan kepada tempoh kredit yang boleh diambil oleh pelanggan dan
sebarang denda yang akan dikenakan sekiranya pembayaran lewat diterima. Beberapa syarat
perlu ditetapkan oleh pembekal kredit bagi memastikan terdapatnya inisiatif daripada pelanggan
untuk membuat pembayaran seawal mungkin. Syarat jualan akan mengenalpasti

 peratusan diskaun yang boleh ditawarkan bagi menggalakkan


pembayaran awal
 tempoh tertentu yang dikenali sebagai tempoh diskaun.
 jumlah tempoh kredit yang layak diberikan kepada pelanggan.
Syarikat akan menawarkan diskaun yang banyak kepada pelanggan- pelanggannya yang
terpilih supaya membuat pembayaran awal jika syarikat memerlukan aliran tunai masuk yang
cepat.
Syarat kredit ditulis dalam bentuk :

a/b,bersih
c

Ini bermakna pelanggan dapat " a % " diskaun tunai daripada harga invois jika pembayaran
dibuat dalam masa "b" hari iaitu tempoh diskaun. Jika tidak akaunnya harus dijelaskan dalam
masa "c" hari dari tarikh belian iaitu tempoh kredit.
Diskaun tunai merupakan salah satu cara syarikat dapat menarik pelanggan-pelanggan baru
dan juga menggalakkan pembayaran awal oleh pelanggan. Tempoh diskaun atau tempoh kredit
percuma merupakan jangkamasa yang diberikan kepada pelanggan untuk mengambil tawaran
diskaun tersebut.
Perubahan tempoh kredit akan mempengaruhi keberuntungan syarikat secara keseluruhan.
Contoh syarat jualan ialah :
$2/10 bersih 30'.
3
Pelanggan akan mendapat 2% diskaun tunai daripada harga invois jika pembayaran dibuat
dalam masa 10 hari pertama. Walaubagaimanapun pembayaran mestilah dijelaskan dalam
masa 30 hari. Contoh: Jika harga invois yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah sebanyak RM
100,000, pelanggan yang membayar pada atau sebelum 11 Jun 2001 akan membayar
sebanyakRM 98,000 (iaitu RM 100,000 (1 - 0.02) dengan diskaun RM
2,000 ).Walaubagaimanapun pelanggan yang membayar selepas tempoh tersebut akan
membayar harga penuh invois dan bayaran mestilah dilakukan selewat-lewatnya 30 Jun 2001.

o Kualiti Pelanggan
Syarikat tidak akan memberikan kredit kepada semua pelanggannya. Kedudukan pelanggan
dari segi kestabilan dan kekukuhan latarbelakang kewangan mereka serta komitmen dan rekod
pembayaran balik hutang perlu dikaji terlebih dahulu. Syarikat kemudiannya akan menentukan
jenis pelanggan dan syarat kredit yang akan diberikan kepada pelanggan. Kualiti pelanggan
merujuk kepada kekuatan dan kepercayaan kredit yang ditunjukkan oleh seseorang pelanggan
untuk melayakkan dirinya menerima kredit. Kaedah kualitatif yang merupakan kaedah
tradisional digunakan untuk mengukur kualiti kredit pelanggan yang memohon kredit. 5 faktor
utama yang dipertimbangkan termasuklah :

 Perwatakan (Character)
 Keupayaan (Capacity)
 Modal (Capital)
 Cagaran (Collateral)
 Keadaan (Conditions)

o Usaha Kutipan
Syarikat tidak seharusnya mengandaikan semua pelanggannya membayar tepat pada masa
yang ditetapkan oleh syarat kredit yang ditawarkan kepada mereka. Oleh yang demikian
syarikat perlu menentukan polisi dan prosedur kutipan untuk menangani akaun belum terima
yang lampau tempoh. Polisi kutipan syarikat adalah satu set prosedur untuk mengutip akaun
belum terima apabila sampai tempoh. Syarikat boleh mengenakan polisi kutipan yang ketat
ataupun longgar bergantung kepada penilaian yang telah dijalankan terhadap pelanggan-
pelanggannya.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh syarikat apabila pelanggannya sudah
melampaui tempoh pembayaran termasuklah menghantar surat peringatan, menghantar surat
amaran, panggilan telefon dan amaran keras atau akaun pelanggan diserahkan kepada agensi
kutipan (syarikat pemfaktoran). Syarikat haruslah berhati-hati dalam usaha untuk mengutip
hutang-hutangnya kerana ia mungkin akan menyebabkan syarikat kehilangan jualan jika usaha
kutipan yang dijalankan adalah keterlaluan.
4
Kos Efektif Pemberian Kredit

 Syarat kredit yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggan merupakan satu insentif
kepada mereka untuk mendapatkan diskaun jika membuat pembayaran awal.

 Sesetengah pelanggan akan mengambil diskaun yang diberikan dan yang lain mungkin
akan menggunakan peluang kredit percuma ini untuk tujuan merebut peluang-peluang
yang lebih menguntungkan dan membuat pembayaran di akhir tempoh kredit tersebut.

 Pelanggan yang melepaskan peluang dan mengambil diskaun dan membuat


pembayaran di akhir tempoh kredit tersebut sebenarnya menanggung caj pembiayaan
yang terpaksa dibayar ke atas dana yang dipinjamkan.

CONTOH SYARAT KREDIT YANG DIGUNAKAN

2/10 bersih 30, jika pelanggan melepaskan peluang untuk mengambil diskaun
sebanyak RM2,000 (2% x Rm100,000) dan membuat pembayaran pada hari ke 30, ia
sebenarnya merupakan caj pembiayaan yang terpaksa dibayar ke atas dana yang
dipinjamkan.

Berdasarkan contoh di atas, pada 10 hari pertama, pelanggan menikmati kredit secara percuma
sebanyak RM98,000.

 Jika pelanggan gagal membayar dalam masa terdeka, pelanggan terpaksa membayar
harga penuh invois sebanyak RM100,000.

 Amaun tambahan sebanyak RM2,000 di anggap sebagai caj tambahan kerana


menangguhkan bayaran untuk masa tambahan selama 20 hari.
5
Kos Tahunan Melepaskan Diskaun (Kos Efektif Kredit) dikira seperti berikut:

Kos tahunan melepaskan diskaun = a x 360


(Kos Efektif Kredit) 1-a c-b

Contoh syarat kredit 2/10 bersih 30 di atas:

Kos tahunan melepaskan diskaun = 0.02 x 360


(kos efektif kredit) = 1-0.02 30-10
= 36.73%

 Dalam contoh di atas, sekiranya pelanggan membayar pada hari ke 30, pelanggan
menanggung kos tahunan sebanyak 36.73% kerana memerlukan 20 hari tambahan
untuk membuat pembayaran

6
Kos Perubahan Polisi Kredit Dan Kesannya Keatas Penghutang

 Perubahan dalam polisi syarikat melibatkan unsur timbal balik diantara


kos dan manafaat.
 Jualan dan keuntungan akan meningkat apabila polisi kredit
dilonggarkan.
 Pelonggaran polisi kredit juga membawa kesan negatif iaitu pertambahan
dalam hutang lapuk dana trikat kepada akaun belum terima dan iventori.
 Kos tambahan juga berlaku apabila pelanggan mengambil diskaun tunai.
 Keadaan masa yang paling sesuai adalah apabila jualan akibat
perubahan polisi adalah memadai untuk menghasilkan keuntungan
tambahan sehingga melebihi dari kos yang meningkat akibat daripada
perubahan tersebut.

 Kaedah Marginal

- Contoh :-

Andaikan syarikat Hisyam sedang mempertimbangkan perubahan polisi kredit


daripada 1/11 bersih 40 kepada 2/11 bersih 60 sebagai usaha meningkat jualan
syarikat. Tujuan analisis marginal adalah untuk menentukan samaada perubahan
syarat ini patut dialaksankan atau tidak. Berikut adalah mengenai dasar syarikat
sebelum dan selepas perubahan.

Polisi dicadangkan (2/11 bersih 60)

Polisi kini (1/11 bersih 40) Jualan kredit dijangka 130 000 000
65% mengambil diskaun 25%
Jualan kredit RM 100 000 000
membayar pada hari ke 60
50% pelanggan mengambil diskaun
10% mebayar pada hari ke 70
35% membayar pada hari ke 40
Hutang lapuk RM 5200 000
15% membayar pada hari ke 50
Tahap iventori 55 000 000
Hutang lapuk RM 3000 000
Tahap iventori RM 50 000 000
7
 4 langkah untuk melaksankan analisis marginal keatas perubahan polisi kredit

an garLA an kN
pK eru
G 1 ah
H
A b n
ke u t n
n ga
NG
LA H2
A
K NG
LA H3
A
K
g m
an
p
elu
b terakn
u ko
b a stam
d
im l in
n
d ah
veb
ku o ritn ian garsku
d n (jikan
peru eru
b ib
d) b
ah ah
n n
sku sb
ko
elu m
LA NK A
G 4
H
a tu
b
n
keu gd
n
i angk an
d
pe enigka atn
k
s
ko

Langkah 1 :- anggarkan perubahan keuntungan

- ( peningkatan jualan x margin sumbangan ) – ( peningkatan jualan x % hutang lapuk


atas jualan baru )

= ( 30 000 000 x 0.25 ) – ( 5200 000 – 300 000 )

= 75 000 000 – 22 000 000

= 53 000 000
Langkah 2 :- anggarkan kos tambahan pelaburan dalam akaun belum terima ( ABT )
dan inventoro

= ( tambahan ABT + tambahan inventori ) x ( kadar pulangan perlu sebelum cukai )

i. Mula-mula kirakan tambahan tambahan pelaburan dalam ABT

( tambahan ABT ) = ( tahap baru jualan harian ) x ( tempoh purata kutipan baru )

= ( tahap asal jualan harian ) ( tempoh purata kutipan asal )

😐 pengiraan tempoh purata kutipan baru = 0.65 (10 hari) + 0.25 (60) + 0.10 (70)

= 28.5 hari

😐 pengiraan tempoh purata kutipan asal = 0.50 (10 hari) + 0.35 (40) + 0.15 (50)

= 26.5 hari

Oleh itu : tambahan ABT = (130 000 000/360 x 28.5) – (100 000 000/360 x 26.5)

= 10 291 667

=2930556

ii. Jumlah pelaburan tambahan ABT dan tambahan inventori

=2930556 + 5 000 000


=7930556
iii. Kirakan kos tambahan
=7930556 x 14%
=RM 1110277.84

Langkah 3 :- anggarkan perubahan kos diskaun tunai

(tahap jualan baru) x (% diskaun tunai baru) x (% yang ambil diskaun) x (tahap jualan
asal) x (yang ambil diskaun)

=(130 000 000 x 0.02 x 0.65) – (100 000 000 x 0.01 x 0.50)

=1690 000 – 500 000

=1190 000

Langkah 4 :- bandingkan peningkatan pendapatan dan pendapatan kos

Perubahan bersih sebelum keuntungan cukai

10

(perubahan dalam keuntungan) – (kos pelaburan baru dalam ABT dan inventori + kos
perubahan dalam diskaun tunai)

= Langkah 1 – (langkah 2 – langkah 3)


= 5300 000 – (1110277+1190 000)
= RM 2999 722.16

😐 menguntungkan*
 Secara umumnya analisis marginal adalah untuk menganalisi pulangan marginal atau
tambahan yang diakibatkan oleh perubahan polisi kredit dan diabandingkan dengan kos
marginal atau tambahan sebelum polisi kredit. Jika perubahan polisi kredit ini memberi
kesan lebihan pulangan dibandingkan dengan kos, maka polisi kredit itu perlu diubah.
Jika kos marginal melebihi pulangan marginal, maka polisi kredit yang sedia ada perlu
dikekalkan.

11

You might also like