Perbezaan Individu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................2
2.0 ANALISIS DAN IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU......................................................2
2.1 Anaisis Perbezaan Personaliti di SK Ganchong.......................................................2
2.1.1 Implikasi Perbezaan Personaliti terhadap Prsoses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)..................................................................................................3
2.2 Analisis Perbezaan Fizikal di SK Ganchong..............................................................3
2.2.1 Implikasi Perbezaan Fizikal terhadap Prsoses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)..................................................................................................3
2.3 Analisis Perbezaan Kognitif di SK Ganchong...........................................................3
2.3.1 Implikasi Perbezaan Fizikal terhadap Prsoses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)..................................................................................................4
3.0 RUMUSAN...............................................................................................................................4
RUJUKAN...........................................................................................................................................5

1
1.0 PENGENALAN
Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu merupakan kepelbagaian ciri ahli
kumpulan dari segi karakter, tahap keupayaan, bentuk persahabatan dan hubungan antara
ibu bapa dengan anak-anak. Selain itu, perbezaan individu merangkumi aspek
perkembangan dan pertumbuhan mengikut jantina, fizikal, emosi, nilai tolak ansur,
kemahiran sosial serta bakat dan minat (Slavin, 1997). Jadi, dapat disimpulkan bahawa
perbezaan individu itu memberi pengertian terhadap perbezaan antara manusia dari segi
keupayaan dan ciri-ciri seperti kecerdasan, personaliti, fizikal dan kemahiran.

Di samping itu, Woodcock (2000) membahagikan perbezaan individu kepada dua


jenis iaitu intraindividu dan interindividu. Perbezaan intraindividu ialah perbezaan dalaman
individu yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan keadaan. Perbezaan interindividu pula
ialah perbezaan-perbezaan yang terdapat antara seseorang individu dengan individu yang
lain.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dialami sewaktu Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaab Ganchong, analisis terhadap perbezaan
individu yang wujud dalam kalangan murid sekolah akan dibincangkan. Selain itu,
implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran akan turut diperjelaskan.

2.0 ANALISIS DAN IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU


2.1 Anaisis Perbezaan Personaliti di SK Ganchong
Manurut Carl Jung (2014), perbezaan individu dikelaskan kepada ekstrovert, introvert dan
ambivert. Ekstrovert ialah personaliti yang periang, peramah, mudah menyesuaikan diri dan
suka meneroka mencari pengalaman baharu. Introvert pula digambarkan sebagai seseorang
yang pendiam, kurang sosial, sensitif tetapi berbakat dan kreatif. Ambivert pula ialah
kombinasi ciri-ciri ekstrovert dan introvert.

Melihat kepada susana di SK Ganchong, telah dipaparkan perbezaan personaliti


murid tahun 6. Sewaktu melakukan eksperiman, murid yang bersifat ekstrovert lebih
menguasai aktiviti yang dijalankan (rujuk Gambar 1). Hal ini kerana murid ini lebih aktif
dalam melakukan aktiviti yang dijalankan. Sebaliknya, murid yang berpersonaliti introvert
adalah bersikap pasif kerana sikap yang pendiam dan tahap bersosial adalah rendah (Rujuk
Gambar 2). Perbezaan personaliti sememangnya memberi implikasi terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam kelas.

2
2.1.1 Implikasi Perbezaan Personaliti terhadap Prsoses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP)
Perbezaan personaliti menyebabkan guru di SKG mempelbagaikan strategi pengajaran dam
pembelajaran di bilik darjah. Implikasinya, guru lebih banyakkan penglibatan pelajar di
dalam kelas. Contohnya, guru memanggil pelajar introvert ke depan untuk menyelesaikan
masalah di hadapan kelas (rujuk Gambar 3). Hal ini membantu murid untuk
memperkembangkan tahap personality mereka di dalam kelas. Selain itu, pembelajaran
yang berunsurkan aktiviti permainan turut membantu pelajar introvert mengembangkan
potensi mereka.

2.2 Analisis Perbezaan Fizikal di SK Ganchong


Sheldon (1944) menjelaskan bahawa factor baka membawa kepada perbezaan fizikal, iaitu
bentuk badan dan tret personaliti sama ada positif atau negatif. Dalam subjek Pendidikan
Jasmani, murid yang endomorf (betubuh bulat) adalah sangat ketinggalan dalam melakukan
aktiviti fizikal berbanding murid yang mesomorf (bertubuh maskulin) dan ektomorf (bertubuh
kurus dan tinggi). Hal ini terbukti apabila mereka melakukan aktiviti jogging di tengah
padang (rujuk Gambar 4).

2.2.1 Implikasi Perbezaan Fizikal terhadap Prsoses Pengajaran dan Pembelajaran


(PdP)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyampaian guru hendaklah berlaku secara
dominan agar murid mendapat input yang cukup banyak. Dalam subjek Pendidikan
Jasmani, guru wajar melibatkan setiap murid untuk melakukan aktiviti fizikal. Walaupun
pergerakan murid endomorf adalah terhad, namun tanggungjawab guru adalah untuk
memberi galakan guru kepada murid tersebut agar sentiasa sihat dan cerdas (rujuk Gambar
5). Kesihatan murid adalah penting kerana ia mempengaruhi kecerdasan pelajar di dalam
kelas.

2.3 Analisis Perbezaan Kognitif di SK Ganchong


Menurut Gardner (1993), perbezaan kognitif merujuk kepada kecerdasan yang pelbagai
yang ada pada setiap diri individu. Melihat kepada murid di SKG, setiap murid mempunyai
kecerdasannya tersendiri (rujuk Gambar 6). Terdapat murid memiliki kecerdasan linguistik
(keupayaan menggunakan bahasa dengan baik), kecerdasan logical-matematik (keupayaan
menyatakan alasan secara logik dalam sains dan matematik) dan kecerdasan kinestetik

3
(keupayaan menggunakan anggota tubuh). Hal ini terbukti sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Justeru, ia memberi impak kepada guru dalam
melaksanakan proses pdp dalam kelas agar kecerdasan murid berada di tahap yang terbaik.

2.3.1 Implikasi Perbezaan Fizikal terhadap Prsoses Pengajaran dan Pembelajaran


(PdP)
Penentuan hasil pembelajaran yang guru laksanakan hendaklah berasaskan keupayaan dan
kemampuan murid. Hal ini kerana kecerdasan pelbagai murid menyebabkan ada murid yang
pandai, sederhana dan lemah dalam setiap subjek. Justeru, penggunaan alat-alat bantu
mengajar adalah amat penting kepada pelajar seperti gambar, klip video atau pita rakaman
dapat membantu murid untuk memahami isi pelajaran. Selain itu, guru juga akan memberi
penekanan kepada murid yang lemah agar mereka bergerak seiring dengan murid yang
pandai.

3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, tanggungjawab guru adalah sangat dominan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana murid memerlukan bantuan guru untuk menjadi
seorang individu yang cemerlang dalam semua bidang yang dicerburi. Penglibatan guru
memberi impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan di Malaysia. Murid waktu kini
merupakan harapan negara Malaysia kerana mereka merupakan generasi yang akan
memimpin negara kelak. Justeru, guru merupakan pemangkin kepada tahap kemajuan
negara Malaysia di sepanjang zaman.

Disediakan oleh,

………………….

(SAIDI IKMAL SAFWAN BIN SAIDIHOOD)

4
RUJUKAN
Borich G. D & Tombari M. L. (1997). Educational Psychology a Contemporary Approach
(edisi kedua). New York: Longman
Gardner, H. (1993). Multiple Intelligence. New York: Basic Books
Jung, C. G. (2014). The development of personality. Routledge.
Sheldon. (1940). The varieties of human physique: An introduction to constitutional
psychology (Vol. 1). Harper.
Slavin, R. E. (1997). Educational Psychology, Theory and Practice (edisi kelima). Boston:
Allyn & Bacon.
Woodcock, R. W. (2000). Comparative longitudinal structural analyses of the growth and
decline of multiple intellectual abilities over the life span. Developmental psychology,
38(1), 115.

You might also like