Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

MOH/BPKj/COVID/PCG/2021-01/01 Annex 27c

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN


PENYAKIT COVID-19
DI FASILITI KESIHATAN SWASTA
MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN
KESIHATAN, PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN
PENDOBIAN

BAHAGIAN
PERKHIDMATAN
KEJURUTERAAN

JANUARI 2021
(EDISI PERTAMA)
PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT COVID-19
DI FASILITI KESIHATAN SWASTA MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN
KESIHATAN, PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

MUKA
KANDUNGAN
SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 1
KLASIFIKASI ZON
3.1 Zon Merah
3.0 2-3
3.2 Zon Kuning
3.3 Zon Hijau
PETUGAS PERKHIDMATAN SOKONGAN FASILITI (PSF) DAN
4.0 3-4
SKOP PERKHIDMATAN
PENGURUSAN SISA PENJAGAAN KESIHATAN
5.1 Definisi
5.2 Pengendalian Sisa Penjagaan Kesihatan COVID-19
5.0 4-6
5.3 Pengendalian Pembasmian Wheeled Bin (WB) oleh Petugas
PSF di Zon Kuning
PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
6.1 Definisi
6.2 Perkhidmatan pembersihan pembasmian dan pembersihan
terminal (terminal cleaning, TC)
6.2.1 Pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal
(terminal cleaning, TC)
6.2.1.1 Peralatan pembersihan pembasmian dan
pembersihan terminal (terminal cleaning, TC)

6.0 6.2.1.2 Kaedah pembersihan 7 - 17


6.2.1.3 Bahan dan larutan pembasmian pembasmian
dan pembersihan terminal (terminal cleaning,
TC)
6.2.1.4 Kaedah pembasmian dan pembersihan
terminal (terminal cleaning, TC)
6.2.1.5 Pengendalian perkhidmatan pembersihan
pembasmian dan pembersihan terminal
(terminal cleaning, TC)

Disediakan oleh: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan


Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2021
PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT COVID-19
DI FASILITI KESIHATAN SWASTA MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN
KESIHATAN, PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

MUKA
KANDUNGAN
SURAT
PANDUAN BAGI PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN
7.1 Pengendalian Soiled Linen di Zon Merah

7.0 7.2 Pengendalian Pembasmian Soiled Linen Bag (SLB) di Zon 18 - 21


Merah
7.3 Kaedah Pencucian dan Pengeringan Linen
TATACARA PEMAKAIAN DAN PENGURUSAN PPE DI
8.0 22 - 28
FASILITI KESIHATAN SWASTA

DOKUMEN SOKONGAN
Method of Statement:Standard Operating Procedures for

1.0 Cleaning Services Document No. POG/CLS/SOP-01 Revision


No.001

Disediakan oleh: Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan


Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2021
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

PANDUAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN


PENYAKIT COVID-19
DI FASILITI KESIHATAN SWASTA
MELALUI PENGURUSAN SISA PENJAGAAN KESIHATAN,
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
SERTA PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

1.0 PENGENALAN

Susulan daripada Pengumuman Khas Darurat yang disampaikan oleh YAB


Perdana Menteri Malaysia, beberapa Ordinan Darurat boleh dimasyhurkan Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam
tempoh darurat bagi membendung COVID-19 merangkumi hal berkaitan
penggunaan aset fasiliti kesihatan swasta, pengambilmilikan sementara tanah,
bangunan atau harta alih fasiliti kesihatan swasta atau membuat permintaan
penggunaan sumber fasiliti kesihatan swasta bagi tujuan merawat pesakit COVID-
19.

Justeru itu, sebagai langkah kesiapsiagaan, panduan ini disediakan sebagai


maklumat tambahan kepada SOP atau tatacara kerja perkhidmatan sokongan
fasiliti kesihatan swasta sedia ada yang telah digunapakai melalui panduan
kawalan infeksi di fasiliti kesihatan swasta masing-masing dalam membendung
penularan wabak COVID-19.

2.0 OBJEKTIF

a) Panduan ini disediakan kepada pihak fasiliti kesihatan swasta dalam


melaksanakan perkhidmatan sokongan iaitu pengurusan sisa penjagaan
kesihatan, perkhidmatan pembersihan serta perkhidmatan linen dan
pendobian khususnya dalam pengurusan COVID-19 di fasiliti kesihatan
swasta.

b) Panduan ini juga disediakan sebagai pelengkap kepada mana-mana dokumen


1
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

panduan yang telah disediakan di bawah KKM1 untuk pengurusan COVID-19,


berdasarkan kepada perkembangan semasa dari WHO terutamanya yang
berkaitan dengan water, sanitation and hygiene (WASH), pengurusan sisa
penjagaan kesihatan serta infection prevention and control (IPC)2.

3.0 KLASIFIKASI ZON

Fasiliti kesihatan swasta bertanggungjawab mengklasifikasikan zon di setiap fasiliti.


Pada dasarnya, terdapat tiga zon yang terlibat iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon
Hijau.

3.1. Zon Merah

3.1.1. Kawasan yang mempunyai risiko kebolehjangkitan dan penularan


wabak COVID-19 yang tinggi.

3.1.2. Kawasan yang melibatkan pengoperasian perkhidmatan sokongan


seperti tempat pengumpulan dan penyimpanan sementara sisa
penjagaan kesihatan dan Soiled Linen Bag (SLB) (sekiranya perlu).

3.1.3. Kawasan yang WAJIB bagi pemakaian Personal Protective Equipment


(PPE) oleh petugas.

3.1.4. Kawasan yang menempatkan pesakit COVID-19.

3.1.5. Kawasan ini perlu ditandakan dengan tape keselamatan atau kaedah-
kaedah lain bagi memudahkan pengenalpastian pengasingan daripada
zon-zon lain.

1
Dokumen-dokumen panduan yang berkaitan dengan pengurusan COVID-19 dimuatnaik di laman web rasmi
KKM dari semasa ke semasa (pautan: covid-19.moh.gov.my/garis- panduan/garis-panduan-kkm).
2
WHO (2020a) Water, sanitation, hygiene, and waste management for SARS-SoV-2, the virus that causes
COVID-19, Interim guide, 29 July 2020, Geneva, Switzerland.

2
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

3.2. Zon Kuning

3.2.1. Kawasan yang mempunyai risiko kebolehjangkitan yang


mempunyai risiko penularan wabak COVID-19 yang rendah.

3.2.2. Kawasan yang melibatkan pengoperasian perkhidmatan sokongan


seperti tempat pengumpulan dan penyimpanan sementara serta
aktiviti penimbangan sisa penjagaan kesihatan dan SLB (sekiranya
perlu).

3.2.3. Kawasan yang perlu bagi pemakaian PPE yang minimum oleh
petugas.

3.3. Zon Hijau

3.3.1 Kawasan yang bebas dari risiko kebolehjangkitan dan penularan


wabak COVID-19.

4.0 PETUGAS PERKHIDMATAN SOKONGAN FASILITI (PSF) DAN SKOP


PERKHIDMATAN

a) Petugas PSF adalah petugas yang melaksanakan perkhidmatan


sokongan iaitu:

i) Healthcare Waste Management Services (HWMS) bagi pengurusan


sisa penjagaan kesihatan;
ii) Cleansing Services (CLS) bagi perkhidmatan pembersihan; dan
iii) Linen and Laundry Services (LLS) bagi pengurusan linen dan
pendobian.

b) Di dalam konteks ini, pihak PSF perlu melaksanakan perkhidmatan


3
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

sokongan di fasiliti kesihatan swasta berdasarkan SOP sedia ada di fasiliti


masing-masing.

c) Pihak PSF perlu menggunakan PPE yang lengkap, bersesuaian dan


mencukupi. Penerangan mengenai tatacara pemakaian dan pengurusan
PPE di fasiliti adalah sepertimana yang dihuraikan di perenggan 8.0 atau
sebagaimana yang digariskan oleh kawalan infeksi sedia ada di fasiliti
kesihatan swasta.

d) Bagi pengurusan sisa penjagaan kesihatan terutamanya bagi tujuan


pengangkutan keluar dari fasiliti ke tapak pelupusan selamat, pihak
syarikat yang dilantik oleh fasiliti bagi menguruskan HWMS adalah WAJIB
untuk mempunyai lesen yang sah daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

5.0 PENGURUSAN SISA PENJAGAAN KESIHATAN

5.1. Definisi

a) Sisa penjagaan kesihatan adalah meliputi sisa penjagaan kesihatan


berbahaya dari Zon Merah dan Zon Kuning yang terlibat dengan
COVID-19, serta sisa penjagaan kesihatan tidak berbahaya yang
dijana di Zon Hijau (sisa umum).

b) Dalam pengurusan COVID-19 semua jenis sisa buangan dari Zon


Merah dan Zon Kuning yang terhasil daripada pesakit, staf dan
petugas PSF seperti sisa makanan, sisa pembungkusan (packaging
waste), sisa kimia (cth., bateri), sisa tajam (cth., jarum, picagari dan
kaca yang pecah) dan sisa farmaseutikal termasuk PPE yang telah
digunakan adalah dikategorikan sebagai sisa berjangkit (infectious
waste) yang perlu diurus dengan selamat.

4
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

c) Semua sisa penjagaan kesihatan yang dijana di fasiliti perlu diurus


mengikut panduan yang ditetapkan oleh pihak WHO3,4,5 dan KKM6,
selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 [Akta 127] bagi skop pengurusan buangan terjadual7.

5.2. Pengendalian Sisa Penjagaan Kesihatan COVID-19

Pengendalian sisa penjagaan kesihatan adalah merujuk kepada SOP atau


tatacara kerja sedia ada di fasiliti masing-masing dengan penambahbaikan
seperti berikut:

a) Memastikan tenaga kerja yang menguruskan sisa COVID-19 memakai


PPE mengikut tatacara kawalan infeksi yang bersesuaian.

b) Setiap wheel bin (WB) yang digunakan untuk sisa COVID-19 dilabel
dengan jelas dan sealed.

c) Membasmi wheel bin (WB) sebelum diangkut keluar dari Zon Merah.

d) Mengurus pengangkutan keluar sisa COVID-19 dari stor penyimpanan


sisa ke tapak pelupusan tanpa transit.

5.3. Pengendalian Pembasmian Wheeled Bin (WB) oleh Petugas PSF di Zon
Kuning

a) Bahan larutan pembasmian disembur di atas doffing mat yang


diletakkan di Zon Kuning.
3
WHO (2014) Safe management of wastes from health-care activities, 2nd ed., Geneva, Switzerland
4
WHO (2017) Safe management of wastes from health-care activities: A summary, Geneva, Switzerland
5
WHO (2020a) Water, sanitation, hygiene, and waste management for SARS-SoV-2, the virus that causes
COVID-19, Interim guide, 29 July 2020, Geneva, Switzerland.
6
Malaysia. KKM (2015) Project Operation Guidelines for Healthcare Waste Management Services (HWMS),
Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.
7
Malaysia. JAS (2005) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Jabatan Alam
Sekitar, Putrajaya.
5
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

b) Setelah WB dikeluarkan dari Zon Merah, WB ditempatkan di atas


doffing mat.

c) Bahan larutan pembasmian seterusnya disembur di bahagian bawah


WB dan kemudiannya WB disusun sepertimana di Gambarajah 1.

d) WB disusun dalam jarak yang sesuai bagi proses penyemburan


bahan larutan pembasmian di setiap sisi serta di bahagian atas WB,
termasuk di dinding struktur terdekat (sekiranya ada). Langkah ini
diulang sekali lagi bagi setiap WB.

e) Setelah semua sisi dan bahagian WB dan dinding struktur terdekat


disembur dengan bahan larutan pembasmian, petugas PSF perlu
menanggalkan PPE mengikut tatacara doffing kawalan infeksi
sepertimana yang ditunjukkan di perenggan 8.0 sebelum keluar dari
Zon Kuning ke Zon Hijau.

ZON MERAH ZON KUNING ZON HIJAU

WB WB WB WBWB WB

WB WB WB
WB WB

WB WB WB
Doffing mat WB WB WB

Gambarajah 1: Susun atur skematik kedudukan WB di Zon Kuning bagi


tujuan pembasmian

6
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

6.0 PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

6.1. Definisi

a) SARS-CoV-2 adalah enveloped virus dengan lapisan luar lipid yang


senang pecah (fragile) yang menyebabkannya mudah terdedah
kepada bahan pembasmian berbanding non-enveloped virus seperti
rotavirus, norovirus dan poliovirus. Kajian di dalam makmal (tanpa
amalan pembersihan dan pembasmian) menunjukkan jangka hayat
virus SARS- CoV-2 di atas permukaan persekitaran yang berbeza
(Jadual 1).

Jadual 1: Jangka hayat virus SARS-CoV-2 di atas permukaan persekitaran


yang berlainan (kajian makmal)
Rutala dan Weber (2019)8 Chin et al. (2020)9
 Sehari di atas kain dan kayu  Empat jam di atas kuprum
 Sehingga dua hari di atas kaca  24 jam di atas kadbod
 Empat hari di atas keluli tahan karat  72 jam di atas plastik dan keluli
dan plastik tahan karat
 Sehingga tujuh hari di permukaan
luar medical mask

b) Oleh yang demikian, perkhidmatan pembersihan merujuk kepada


aktiviti pembersihan dan pembasmian permukaan persekitaran seperti
permukaan lantai, dinding, siling, counter tops dan perabot di samping
pengurusan tumpahan cecair badan dan darah di dalam menyah
pencemaran virus SARS-CoV-2 bagi memastikan permukaan
persekitaran tersebut selamat digunakan10.

8
Rutala, W.A. and Weber, D.J. (2019) Best practices for disinfection of noncritical environmental surfaces and
equipment in health care facilities: A bundle approach. Am J Infect Control 47, A96– A105. Pautan:
https://doi.org/10.1016/j.ajic.2019.01.014. Akses: 6 Mei 2020.
9
Chin, A.W.H., Chu, J.T.S., Perera, M.R.A., Hui, K.P.Y., Yen, H.-L. and Chan, M.C.W. (2020) Stability of
SARS-CoV-2 in different environmental conditions. The Lancet Microbe S2666524720300033. Pautan:
https://doi.org/10.1016/S2666-5247(20)30003-3. Akses: 6 Mei 2020.
10
WHO dan UNICEF (2019) WASH in Healthcare Facilities, WHO and UNICEF, Geneva, Switzerland.

7
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

c) Aktiviti pembersihan membantu menyah patogen atau mengurangkan


beban organik ke atas permukaan tercemar dan merupakan langkah
pertama yang paling utama di dalam mana-mana proses pembasmian.

d) Aktiviti pembersihan dengan air dan sabun atau bahan pencuci dengan
tindakan mekanikal seperti memberus boleh membuang kotoran,
serpihan dan bahan organik yang lain seperti darah, rembesan
(secretions) dan bahan kumuh (excretions) tetapi tidak membunuh
mikroorganisma (WHO, 2008)11. Bahan organik boleh menghalang
sentuhan langsung bahan pembasmian ke permukaan dan
menyahaktif mod tindakan kebanyakan bahan pembasmian. Pada
masa yang sama, kepekatan bahan pembasmian dan masa sentuhan
juga adalah kritikal bagi pembasmian permukaan yang efektif. Oleh
yang demikian, bahan pembasmian kimia seperti klorin dan alkohol
perlu digunakan selepas aktiviti pembersihan bagi membunuh
sebarang baki mikroorganisma yang tertinggal di permukaan.

e) Larutan bahan pembasmian perlu disedia dan digunakan berpandukan


kepada cadangan pengilang dalam konteks isipadu dan masa
sentuhan. Larutan yang tidak sesuai (sama ada terlalu pekat atau cair)
boleh mengurangkan kecekapan pembasmian. Larutan dengan
kepekatan yang tinggi juga meningkatkan pendedahan bahan kimia
kepada pengguna dan mungkin merosakkan permukaan.

11
WHO (2008) Essential environmental health standards in health care. Geneva: World Health Organization.
Pautan: https://www.who.int/water_sanitation_health/publications/ehs_hc/en/. Akses: 6 Mei 2020.

8
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

6.2 Perkhidmatan pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal (terminal


cleaning, TC)

Perkhidmatan pembersihan di fasiliti kesihatan swasta oleh pihak PSF adalah


meliputi:

6.2.1 Pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal (terminal


cleaning, TC)

a) Aktiviti pembersihan pembasmian rutin adalah melibatkan di common


area Zon Merah seperti di koridor dan tombol pintu dan aktiviti
pembersihan pembasmian di Zon Kuning dan Zon Hijau sekiranya
diperlukan oleh pihak fasiliti.

b) Aktiviti pembersihan terminal (terminal cleaning, TC)12 merupakan


prosedur lengkap yang dipertingkatkan dan lebih terperinci daripada
aktiviti pembersihan pembasmian yang digunapakai bagi menyah
pencemaran virus SARS-CoV-2 selepas pesakit discaj.

c) Aktivit pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal boleh dirujuk


kepada Method of Statement:Standard Operating Procedures for
Cleaning Services Document No. POG/CLS/SOP-01 Revision
No.001.(Rujuk Dokumen Sokongan 1).

6.2.1.1 Peralatan pembersihan pembasmian dan pembersihan


terminal (terminal cleaning, TC)

(a) Peralatan pembersihan perlu dikod warnakan dan


diasingkan mengikut zon, terutamanya bagi peralatan yang
digunakan di kawasan berisiko tinggi untuk pencemaran

12
Australia. Australian Government Department of Health (2020) Coronavirus disease (COVID- 19):
Environmental cleaning and disinfection principles for health and residential care facilities. Australia:
Australian Government Department of Health. Pautan:
https://www.health.gov.au/sites/default/files/documents/2020/03/coronavirus-covid-19- environmental-
cleaning-and-disinfection-principles-for-health-and-residential-care-facilities.pdf. Akses: 20 April 2020.

9
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

virus SARS-CoV-2.

(b) Peralatan pembersihan seperti baldi dan mop perlu


disenggara secara rutin dengan dibasuh menggunakan
bahan pencuci dan larutan pembasmian, dibilas,
dikeringkan dan disimpan secara terbalik apabila tidak
digunakan (untuk baldi).

(c) Di kawasan yang dianggap berisiko tinggi untuk


pencemaran virus SARS-CoV-2 seperti di Zon Merah,
peralatan pembersihan pakai buang yang diperbuat
daripada kain/bahan penyerap (absorbent) seperti kain
pengelap dan kepala mop yang baharu perlu digunakan
bagi setiap aktiviti pembersihan pembasmian bagi
mengelakkan pencemaran silang. Peralatan pembersihan
pakai buang yang dibuang selepas pelaksanaan setiap
aktiviti pembersihan pembasmian adalah diklasifikasikan
sebagai sisa berjangkit.

6.2.1.2 Kaedah pembersihan

Aktiviti pembersihan perlu dilaksanakan dari kawasan yang lebih


bersih ke kawasan yang lebih kotor, dan dari kawasan yang
tinggi ke kawasan yang rendah serta dilaksanakan secara
sistematik bagi memastikan semua permukaan dapat
dibersihkan.

6.2.1.3 Bahan dan larutan pembasmian pembasmian dan pembersihan


terminal (terminal cleaning, TC)

(a) Pemilihan bahan pembasmian perlu mengambilkira:

• Patogen yang disasarkan (di dalam konteks ini, virus


SARS- CoV-2);

10
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

• Cadangan kepekatan;
• Cadangan masa sentuhan;
• Keserasian bahan pembasmian kimia dengan
permukaan tertentu;
• Tahap ketoksikan;
• Kemudahan untuk digunapakai; dan
• Kestabilan produk.

Pemilihan bahan pembasmian perlulah memenuhi


keperluan tempatan untuk kelulusan pasaran, termasuklah
sebarang perundangan yang berkaitan dengan sektor-
sektor tertentu seperti sektor kesihatan13 dan sektor
makanan.

(b) Selepas aktiviti pembersihan, produk berasaskan klorin


boleh digunapakai sebagai ejen pembasmian human
coronavirus sehingga >3 log reduction14,15 iaitu sama ada
dalam bentuk:

 Cecair (sodium hypochlorite); atau


 Pepejal (calcium hypochlorite).

Pelarutan di dalam air menghasilkan larutan akues klorin


iaitu hypochlorus acid (HOCl) yang aktif sebagai bahan
antimikrobial. Oleh yang demikian, larutan bahan peluntur
domestik boleh digunapakai sekiranya bersesuaian dengan
kepekatan. Pada kepekatan berbeza, hypochlorite adalah
efektif di dalam membasmi beberapa patogen seperti
rotavirus (pada kepekatan 0.05% atau bersamaan 500 ppm)
dan C. auris serta C. difficile (pada kepekatan 0.5% atau

13
Kelulusan oleh Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan Sokongan Fasiliti(JKTPSH).
14
WHO (2020c) Report of the WHO-China Joint Mission on Coronavirus Disease 2019 (COVID- 19).
Geneva: World Health Organization. Pautan: https://www.who.int/docs/default- source/coronaviruse/who-
china-joint-mission-on-covid-19-final-report.pdf. Akses: 10 Mei 2020.
15
A 3-log reduction on a surface with 1,000,000 microbes would leave 1,000 microbes, which equates to a
99.9% reduction in potentially pathogens.

11
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

bersamaan 5,000 ppm) 16,17. Dalam konteks COVID-19,


WHO mengesyorkan kepekatan konservatif hypochlorite
pada 0.1% atau bersamaan 1,000 ppm yang dapat
menyahaktifkan kebanyakan patogen yang hadir.
Bagaimanapun, untuk tumpahan cecair badan dan darah
melebihi 10 mL, kepekatan hypochlorite pada 0.5% atau
bersamaan 5,000 ppm adalah disyorkan18.

Larutan klorin adalah sangat stabil pada pH tinggi (>9) tetapi


sifat pembasmian klorin adalah kuat pada pH yang rendah
(<8). Larutan klorin pada kepekatan 0.5% dan 0.05% adalah
stabil lebih dari 30 hari pada suhu 24 - 35°C apabila pH
melebihi 9. Bagaimanapun, larutan klorin pada pH yang
lebih rendah mempunyai jangka hayat yang lebih rendah.
Secara idealnya, larutan klorin perlu disediakan setiap hari
dan sekiranya tidak dapat dilakukan, larutan perlu diuji
setiap hari bagi pengesahan kadar kepekatan (sama ada
melalui ujian penitratan kimia, chemical spectrometry atau
colorimetry, roda warna atau test strips).

(c) Bahan pembasmian lain yang disyorkan oleh WHO adalah:

 Ethyl alcohol atau ethanol pada kepekatan 70 – 90%; dan


 Hydrogen peroxide pada kepekatan ≥0.5%.

Bahan pembasmian lain boleh dipertimbangkan dengan

16
Pereira, S.S.P., Oliveira, H.M. de, Turrini, R.N.T. and Lacerda, R.A. (2015) Disinfection with sodium
hypochlorite in fasilitienvironmental surfaces in the reduction of contamination and infection prevention: a
systematic review. Rev. esc. enferm. USP 49, 0681–0688. Pautan: https://doi.org/10.1590/S0080-
623420150000400020. Akses: 6 Mei 2020.
17
Köhler, A.T., Rodloff, A.C., Labahn, M., Reinhardt, M., Truyen, U. and Speck, S. (2018) Efficacy of sodium
hypochlorite against multidrug-resistant Gram-negative bacteria. J Hosp Infect 100, e40–e46. Pautan:
https://doi.org/10.1016/j.jhin.2018.07.017. Akses: 6 Mei 2020.
18
CDC and ICAN (2019) Best Practices for Environmental Cleaning in Healthcare Facilities in Resource-
Limited Settings. Atlanta, GA: US Department of Health and Human Services, CDC; Cape Town, South
Africa: Infection Control Africa Network; 2019. Pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/resource-
limited/environmental-cleaning-RLS-H.pdf. Akses: 6 Mei 2020.

12
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

syarat pengilang membuat syor untuk mikroorganisma


sasaran terutamanya enveloped virus. Saranan pengilang
untuk penggunaan selamat di samping mengelakkan
pencampuran beberapa jenis bahan pembasmian kimia
apabila menyedia, mencair atau menggunakan bahan
pembasmian perlulah dipatuhi.

(d) Masa sentuhan seminimum satu minit adalah disyorkan oleh


WHO untuk kesemua bahan pembasmian ini ataupun
sebagaimana yang disyorkan oleh pengilang19(Jadual 2).

Jadual 2: Senarai bahan aktif20 di dalam menyahjangkit human


coronavirus dan cadangan masa sentuhan
Bil. Bahan Masa sentuhan
Aktif (min)
1. 0.05 – 0.5% sodium hypochlorite 5
2. 70% ethyl alcohol 10
3. 0.5% accelerated hydrogen peroxide 1
4. 0.05% benzalkoniumchloride or 10
alkyl dimethyl benzyl ammonium chloride
5. 0.12% chloroxylenol 10
6. 50 mg/L iodine in iodophor 10
7. 50% isopropanol 10
8. 1% iodine (povidone-iodine) 1
9. 0.23% sodium chlorite 10

(e) Larutan pencuci dan/atau bahan pembasmian menjadi tercemar


semasa aktiviti pembersihan pembasmian dan menjadi kurang
efektif apabila beban organik terlalu tinggi. Justeru, penggunaan
berterusan larutan yang sama ke permukaan yang lain boleh

19
Singapura. National Environment Agency (2020) Interim List of Household Products and Active Ingredients
for Disinfection of the COVID-19 Virus, 20 April 2020. Pautan:
https://www.nea.gov.sg/our-services/public-cleanliness/environmental-cleaning- guidelines/guidelines/interim-
list-of-household-products-and-active-ingredients-for-disinfection-of- covid-19. Akses: 20 April 2020.
20
Bergantung kepada bekalan pasaran tempatan.

13
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

memindahkan mikroorganisma ke permukaan tersebut. Oleh


yang demikian, larutan pencuci dan/atau bahan pembasmian
perlu dibuang selepas setiap kali penggunaan di kawasan
berisiko tinggi untuk pencemaran virus SARS-CoV-2. Adalah
dicadangkan larutan baharu disediakan secara rutin atau setiap
kali aktiviti pembersihan pembasmian dilaksanakan.

6.2.1.4 Kaedah pembasmian dan pembersihan terminal (terminal


cleaning, TC)

a) Kaedah pembasmian dilaksanakan dengan mengulang


kaedah pembersihan kawasan dengan menggunakan larutan
bahan pembasmian yang telah disediakan, bermula dari satu
hujung ke satu hujung kawasan. Aktiviti pembersihan
pembasmian dilakukan dengan bergerak dari kawasan yang
telah dicuci ke kawasan yang belum dicuci bagi mengelakkan
pencemaran ke atas kawasan yang telah dicuci. Bagi lantai
contohnya, ia perlu dibasmi dalam arah keluar ke masuk (exit
inwards).

b) Di ruangan yang tertutup, untuk COVID-19, WHO tidak


mengesyorkan aplikasi rutin bahan pembasmian ke
permukaan persekitaran melalui kaedah penyemburan dan
fogging (juga dikenali sebagai fumigation atau misting)21
kerana didapati tidak efektif22 di samping risiko kesihatan yang
disebabkan oleh aktiviti penyemburan seperti risiko kepada
kegatalan mata, pernafasan atau kulit23. Aktiviti penyemburan

21
WHO (2020b) Cleaning and disinfection of environmental surfaces in the context of COVID-19, Interim
guidance, 15 May 2020. Geneva, Switzerland
22
Roth, K. and Michels, W. (2005) Inter-fasilititrials to determine minimal cleaning performance according
to the guideline by DGKH, DGSV and AKI 13, 106-110+112. Pautan:
https://www.researchgate.net/profile/Winfried_Michels/publication/292641729_Interfasiliti_trials_to_determi
ne_minimal_cleaning_performance_according_to_the_guideline_by_DGKH_DGSV_and_AKI/links/571a4d410
8ae7f552a472e88/Inter-fasiliti-trials-to-determine-minimal-cleaning-performance-according-to-theguideline-
by-DGKH-DGSV-and-AKI.pdf. Akses: 6 Mei 2020.
23
Mehtar, S., Bulabula, A.N.H., Nyandemoh, H. and Jambawai, S. (2016) Deliberate exposure of humans to
chlorine-theaftermath of Ebola in West Africa. Antimicrob Resist Infect Control 5, 45. Pautan:
https://doi.org/10.1186/s13756-016-0144-1. Akses: 6 Mei 2020.

14
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

atau fogging sesetengah bahan kimia seperti formaldehyde,


ejen berasaskan klorin atau quaternary ammonium
compounds juga adalah tidak disyorkan atas faktor kesan
kesihatan24,25. Aktiviti penyemburan permukaan persekitaran
adalah tidak efektif di dalam menyah bahan organik dan akan
terlepas permukaan yang dihadang dengan objek, fabrik
berlipat atau permukaan dengan rekabentuk yang rumit.
Sekiranya bahan pembasmian hendak digunakan, ia perlu
dilakukan dengan kain pengelap yang telah direndam dengan
bahan pembasmian.

c) Begitu juga di ruangan yang terbuka, WHO tidak


mengesyorkan aktiviti penyemburan atau fumigation kerana
bahan pembasmian akan dinyahaktifkan oleh kotoran dan
serpihan di samping tidak sesuai untuk pembersihan secara
manual bagi menyah semua bahan organik di ruangan
terbuka. Aktiviti penyemburan di permukaan poros seperti di
kaki lima dan laluan pejalan kaki yang tidak berturap juga
adalah kurang efektif. Walaupun tanpa kehadiran bahan
organik, penyemburan bahan kimia tidak dapat menyelaputi
semua permukaan dengan rata memandangkan keperluan
masa sentuhan untuk membunuh patogen di samping ia tidak
diambil kira sebagai takungan jangkitan (reservoirs of
infection) untuk COVID-19 di samping berbahaya kepada
kesihatan umum.

d) Aktiviti penyemburan individu dengan bahan pembasmian


(seperti di dalam terowong, kabinet atau kebuk) adalah tidak
disyorkan oleh WHO di dalam apa jua keadaan. Ia secara

24
Schyllert, C., Rönmark, E., Andersson, M., Hedlund, U., Lundbäck, B. and Hedman, L. (2016) Occupational
exposure to chemicals drives the increased risk of asthma and rhinitis observed for exposure to vapours, gas,
dust and fumes: a crosssectional population-based study. Occup Environ Med 73, 663–669. Pautan:
https://doi.org/10.1136/oemed-2016-103595. Akses: 6 Mei 2020.
25
Weber, D.J., Rutala, W.A., Anderson, D.J., Chen, L.F., Sickbert-Bennett, E.E. and Boyce, J.M. (2016)
Effectiveness of ultraviolet devices and hydrogen peroxide systems for terminal room decontamination:
Focus on clinical trials. Am J Infect Control 44, e77–e84. Pautan: https://doi.org/10.1016/j.ajic.2015.11.015.
Akses: 6 Mei 2020.

15
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

fizikal dan psikologinya adalah berbahaya dan tidak dapat


mengurangkan keupayaan pesakit yang bergejala untuk
menyebarkan virus melalui titisan atau sentuhan. Aktiviti
penyemburan individu dengan klorin dan bahan kimia toksik
yang lain boleh mengakibatkan kegatalan mata dan kulit,
bronchospasm disebabkan oleh penyedutan (inhalation) dan
juga kesan gastrointestinal seperti loya dan muntah26,27.

e) Di antara kaedah pembasmian yang telah digunapakai oleh


kebanyakan negara di fasiliti penjagaan kesihatan yang boleh
diaplikasikan di fasiliti terutamanya semasa TC adalah:

 Teknologi tanpa sentuhan menggunapakai bahan


pembasmian kimia (seperti vapourised hydrogen peroxide);
dan

 Peralatan mengunapakai ultraviolet (UV) irradiation (cth.,


UV germicidal irradiation, UVGI).

Kegunaan teknologi ini semasa TC adalah dalam keadaan


ruang yang kosong bagi keselamatan petugas dan pesakit
COVID-19. Bagaimanapun, penggunaan teknologi ini hanya
sebagai pelengkap dan bukannya menggantikan keperluan
untuk melaksanakan aktiviti pembasmian secara manual 28.

f) Semasa menggunakan bahan pembasmian:

 Label disemak dan digunakan berdasarkan arahan;


 Sentiasa sedar akan potensi bahaya akibat dari

26
Zock, J.-P., Plana, E., Jarvis, D., Antó, J.M., Kromhout, H., Kennedy, S.M. and Künzli, N. (2007) The Use of
Household Cleaning Sprays and Adult Asthma: An International Longitudinal Study. Am J Respir Crit Care
Med 176, 735–741. Pautan: https://doi.org/10.1164/rccm.200612 1793OC. Akses: 6 Mei 2020.
27
Benzoni, T. and Hatcher, J.D. (2020) Bleach Toxicity, in: StatPearls. StatPearls Publishing, Treasure Island
(FL). Pautan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK441921/. Akses: 6 Mei 2020.
28
Rutala, W.A. and Weber, D.J. (2019) Best practices for disinfection of noncritical environmental surfaces and
equipment in health care facilities: A bundle approach. Am J Infect Control 47, A96– A105. Pautan:
https://doi.org/10.1016/j.ajic.2019.01.014. Akses: 6 Mei 2020.

16
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

penggunaan produk;
 Tidak mencampurkan bahan kimia yang berbeza; dan
 Menggunakannya di kawasan dengan keadaan
pengudaraan yang baik.

6.2.1.5 Pengendalian perkhidmatan pembersihan pembasmian dan


pembersihan terminal (terminal cleaning, TC)

Pengendalian perkhidmatan pembersihan adalah merujuk kepada


SOP atau tatacara kerja sedia ada di fasiliti masing-masing dengan
penambahbaikan seperti berikut:

(a) Peralatan pembersihan dikodwarna dan diasingkan


mengikut zon.

(b) Membekal peralatan termasuk PPE kepada tenaga kerja


terlatih, bahan kimia yang digunakan (rujuk Jadual 6) dan
bahan pakai buang (consumables). Mana-mana bahan
kimia selain di Jadual 6, perlu mendapat kelulusan National
Pharmaceutical Regulatory Act (NPRA).

(c) Melaksanakan perkhidmatan pembersihan pembasmian


yang meliputi:
• Aktiviti pembersihan secara manual dengan air dan
sabun atau bahan pencuci; dan seterusnya
• Aktiviti pembasmian menggunapakai larutan pembasmian
sama ada secara manual dan/atau mekanikal

(d) Peralatan pembersihan dibasuh dengan bahan pencuci, dibilas,


dikeringkan dan disimpan di tempat yang dikhaskan selepas
digunakan (secara berasingan mengikut zon).

(e) Bahan pakai buang yang telah digunakan diklasifikasikan


sebagai sisa berjangkit yang perlu diurus dengan selamat

17
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

7.0 PANDUAN BAGI PERKHIDMATAN LINEN DAN PENDOBIAN

Soiled Linen yang terhasil dari Zon Merah dikategorikan sebagai infectious linen
dan perlu dimasukkan ke dalam soiled linen bag (SLB) yang dilapis dengan
alginate bag.

7.1 Pengendalian Soiled Linen di Zon Merah

Pengendalian soiled linen adalah merujuk kepada SOP atau tatacara kerja
sedia ada di fasiliti masing-masing dengan penambahbaikan seperti berikut:

(a) Memastikan tenaga kerja yang menguruskan soiled linen memakai


PPE mengikut tatacara kawalan infeksi yang bersesuaian.

(b) Melaksanakan aktiviti pembasmian SLB sebelum keluar dari Zon


Merah.

(c) SLB diangkut ke Zon Kuning dengan menggunakan troli


berpenutup khas.

7.2 Pengendalian Pembasmian Soiled Linen Bag (SLB) di Zon Merah

(a) Bahan larutan pembasmian disembur di atas doffing mat yang


diletakkan di Zon Merah.

(b) SLB yang dikumpulkan seterusnya disusun di atas doffing


mat seperti di Gambarajah 2.

(c) Bahan larutan pembasmian seterusnya disembur di keseluruhan


sisi dan bahagian SLB, termasuk di dinding struktur terdekat
(sekiranya ada), troli dan juga penutup khas yang digunakan untuk
mengangkut SLB.

(d) SLB yang telah dibasmi seterusnya dimasukkan ke dalam troli yang

18
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

ditutup dengan penutup khas sebelum dibawa keluar dari Zon


Merah ke Zon Kuning.

(e) Setelah semua sisi dan bahagian SLB dan dinding struktur terdekat
disembur dengan bahan larutan pembasmian, petugas PSF perlu
menanggalkan PPE mengikut tatacara doffing kawalan infeksi
sepertimana yang ditunjukkan di perenggan 8.0 sebelum keluar
dari Zon Kuning ke Zon Hijau.

ZON MERAH ZON KUNING

SLB SLB SLB SLB

Doffing mat

Gambarajah 2: Susun atur skematik kedudukan SLB di Zon Merah bagi


tujuan pembasmian

7.3 Kaedah Pencucian dan Pengeringan Linen

(a) Sekiranya kitaran dobi air panas digunakan, linen kotor perlu dicuci
dengan detergen atau bahan pembasmian di dalam air pada suhu
70°C untuk sekurang-kurangnya 25 minit dan seterusnya
dikeringkan seperti prosedur rutin29. Bagaimanapun, WHO dan
UNICEF (2020) menyarankan cucian air suam pada suhu di antara
60°C hingga 90°C dengan menggunakan mesin basuh dengan
detergen dan seterusnya dikeringkan seperti prosedur rutin30.

29
Singapura. National Environment Agency (2020) Interim Guidelines for Environmental Cleaning and
Disinfection of Areas Exposed to Confirmed Case(s) of COVID-19 in Non-Healthcare Premises, 20 April 2020.
Pautan https://www.nea.gov.sg/our-services/public-cleanliness/environmental-cleaning-
guidelines/guidelines/interim-list-of-household-products-and- active-ingredients-for-disinfection-of-covid-19.
Akses: 20 April 2020.
30
Singapura. National Environment Agency (2020) Interim Guidelines for Environmental Cleaning and
Disinfection of Areas Exposed to Confirmed Case(s) of COVID-19 in Non-Healthcare Premises, 20 April

19
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

ATAU

(b) Sekiranya menggunakan kitaran dobi dengan suhu adalah lebih


rendah (iaitu kurang dari 70°C), bahan kimia yang sesuai dengan
kepekatan yang bersesuaian perlu dipilih31. Seterusnya, linen
direndam di dalam larutan 0.05% klorin selama lebih kurang 30
minit. Kaedah menghasilkan larutan pencuci dari bahan peluntur
adalah sepertimana yang ditunjukkan di Gambarajah 3.
Kebiasaannya, satu bekas dengan larutan peluntur pada kepekatan
5 – 5.25% sodium hypochlorite dicairkan dengan sembilan bekas
air untuk menghasilkan larutan dengan kepekatan sederhana pada
0.05% klorin. Akhir sekali, linen yang telah dibasuh boleh dibilas
dengan air dan seterusnya dikeringkan di bawah cahaya matahari.

ATAU

(c) Bagi cucian tangan, linen kotor boleh direndam terlebih dahulu di
dalam campuran air panas (di antara 60°C hingga 90°C) dengan
bahan pencuci di dalam bekas yang besar dan dikacau secara
perlahan-lahan bagi mengelakkan percikan. Bekas berkenaan
kemudiannya dikosongkan, dan linen direndam di dalam larutan
0.05% klorin selama lebih kurang 30 minit. Kaedah menghasilkan
larutan pencuci dari bahan peluntur adalah sepertimana yang
ditunjukkan di Gambarajah 3. Kebiasaannya, satu bekas dengan
larutan peluntur pada kepekatan 5 – 5.25% sodium hypochlorite
dicairkan dengan sembilan bekas air untuk menghasilkan larutan
dengan kepekatan sederhana pada 0.05% klorin. Akhir sekali,
linen yang telah dibasuh boleh dibilas dengan air dan seterusnya
dikeringkan di bawah cahaya matahari.

2020. Pautan: https://www.nea.gov.sg/our-services/public- cleanliness/environmental-cleaning-


guidelines/guidelines/interim-list-of-household-products-and- active-ingredients-for-disinfection-of-covid-19.
Akses: 20 April 2020.
31
WHO dan UNICEF (2020) Water, sanitation, hygiene and waste management for the COVID-19
virus:Technical brief, 3 March 2020. Pautan:
https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/331305/WHO-2019-NcOV-IPC_WASH-2020.1-
eng.pdf?sequence=1&isAllowed=y. Akses: 4 Mac 2020.

20
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/vhf/ebola/pdf/2.6-percent-chlorine-bleach-


solution.pdf (Akses: 20 April 2020).

Gambarajah 3: Kaedah penghasilan larutan pencuci dari bahan peluntur

(d) Elakkan dari melambung (toss), melibas dan membaling (throw)


dobi disebabkan potensi penyebaran corovirus melalui aerosol air
(water aerosol)32.

32
Singapura. National Environment Agency (2020) Interim Guidelines for Environmental Cleaning and
Disinfection of Areas Exposed to Confirmed Case(s) of COVID-19 in Non-Healthcare Premises, 20 April 2020.
Pautan https://www.nea.gov.sg/our-services/public-cleanliness/environmental-cleaning-
guidelines/guidelines/interim-list-of-household-products-and- active-ingredients-for-disinfection-of-covid-19.

21
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

8.0 TATACARA PEMAKAIAN DAN PENGURUSAN PPE DI FASILITI KESIHATAN


SWASTA

8.1 Petugas PSF


a) Petugas PSF yang melaksanakan perkhidmatan sokongan iaitu
pengurusan sisa penjagaan kesihatan, perkhidmatan pembersihan serta
perkhidmatan linen dan pendobian di fasiliti dikehendaki memakai PPE
yang lengkap seperti yang disenaraikan di Jadual 3. Bagaimanapun,
medical mask perlu dipakai sepanjang masa semasa di Zon Hijau.

b) Petugas PSF perlu menggunakan alcohol-based hand rub (ABHR)


sebelum memakai dan semasa hendak menanggalkan sarung tangan,
medical mask dan pelindung mata. Tatacara bergambar adalah
sepertimana yang ditunjukkan di Gambarajah 4a hingga 4c.

c) Petugas PSF tidak perlu menukar PPE sehingga tugasan selesai


dilaksanakan, kecuali ianya tercemar atau rosak.

d) Sebelum melaksanakan perkhidmatan sokongan, pesakit di Zon Merah


hendaklah memakai medical mask sekiranya PSF perlu memasuki
kawasan tersebut.

e) Setelah selesai tugasan, petugas PSF perlu membuang PPE pakai


buang dan dikategorikan sebagai sisa berjangkit. PPE bukan pakai
buang seperti but keselamatan dan pelindung mata boleh dibersihkan
dan dinyahjangkit, bergantung kepada arahan pengilang.

f) Petugas PSF perlu mencuci tangan dengan kaedah yang betul


sehingga bersih dalam tempoh 20 hingga 30 saat sejurus selepas
membuka PPE bagi mengurangkan risiko pencemaran silang, sebaik-
sebaiknya dengan air dan sabun (Gambarajah 5). Sekiranya tiada,
petugas PSF boleh menggunakan ABHR (Gambarajah 6).
Bagaimanapun, tangan yang benar-benar kotor perlu dibasuh dengan
menggunakan air dan sabun.
22
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual 3: Pemakaian dan jenis penggunaan PPE di fasiliti kesihatan swasta


mengikut klasifikasi zon
Penutup kepala Medical mask Medical
(i.e. surgical mask
mask) (i.e.
Medical mask (i.e. N95 Apron plastik surgical
mask) mask)
Pelindung mata (i.e. Impermeabl
protective eyewear, e disposable
goggles atau face gloves
ZON shield) ZON ZON
MERAH Apron pakai buang KUNING But keselamatan HIJAU
berlengan tangan (i.e. atau but
isolation gown seperti Wellington yang
fluid-repellent long- kalis air
sleeved gown) atau
apron plastik
Impermeable
disposabl
e gloves
But keselamatan atau
but Wellington yang
kalis air

23
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/ppe/ppe-sequence.pdf (Akses: 23 Mac


2020).
Gambarajah 4a: Tatacara pemakaian dan pengurusan PPE – turutan memakai
PPE yang betul

24
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/ppe/ppe-sequence.pdf (Akses: 23 Mac


2020).
Gambarajah 4b: Tatacara pemakaian dan pengurusan PPE – turutan membuka
PPE yang betul (contoh 1)

25
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber pautan: https://www.cdc.gov/hai/pdfs/ppe/ppe-sequence.pdf (Akses: 23 Mac


2020).
Gambarajah 4c: Tatacara pemakaian dan pengurusan PPE – turutan membuka
PPE yang betul (contoh 2)

26
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber pautan: WHO (2009) “Hand Hygiene: Why, How and When?”. Pautan:
https://www.who.int/gpsc/5may/Hand_Hygiene_Why_How_and_When_Brochure.pdf
(Akses: 23 Mac 2020).
Gambarajah 5: Tatacara mencuci tangan dengan betul menggunapakai air dan
sabun

27
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber pautan: WHO (2009) “Hand Hygiene: Why, How and When?”. Pautan:
https://www.who.int/gpsc/5may/Hand_Hygiene_Why_How_and_When_Brochure.pdf
(Akses: 23 Mac 2020).
Gambarajah 6: Tatacara mencuci tangan dengan betul menggunapakai ABHR

28

You might also like