Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

BAB 3- Zaman Prasejarah

Maksud Zaman Prasejarah

~Zaman prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal


tulisan. Zaman ini pula boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Zaman Batu dan Zaman
Logam.

1. ZAMAN PALEOLITIK

 Juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama

 Tempoh masa antara 2.5 juta tahun - 8,000 SM

 Manusia meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan menggunakan


teknologi batu yang serba ringkas.

 Mereka juga menggunakan peralatan yang diperbuat daripada tulang binatang


dalam aktiviti harian mereka.

ZAMAN BATU

 Merujuk kepada penggunaan teknologi batu dalam kehidupan harian

 Terdapat tiga tahap zaman batu, iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan
Zaman Neolitik

2. ZAMAN MESOLITIK

 Tempoh masa antara 12,000-4,000 SM

 Manusia memburu binatang dan menangkap ikan sebagai sumber makanan


mereka.

3. ZAMAN NEOLITIK

 Tempoh masa antara 10,000-2,000 sm

 Wujud kawasan petempatan yang mengamalkan aktiviti bercucuk tanam,


membuat tembikar dan menternak binatang.
ZAMAN LOGAM

1. Zaman logam merujuk kepada penggunaan teknologi gangsa dan besi

2. Tempoh masa Zaman Logam antara 3,500 SM sehingga 500 M

3. Manusia telah melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan
mereka.

4. Manusia zaman ini sudah mula melakukan aktiviti pelayaran.

5. Mereka menjalankan aktiviti pertukaran barangan dan peralatan berasaskan


gangsa.

6. Peralatan besi seperti kapak, tulang mawas, beliung dan mata lembing
merupakan antara jenis peralatan besi yang digunakan oleh manusia ketika ini untuk
memburu, bertani dan menjalankan aktiviti harian mereka.

3.3 CIRI-CIRI KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN PRASEJARAH

1. ZAMAN PALEOLITIK

 Gua

 Lubang bawah tanah

 Di bawah pokok

 Tempat berlindung yang diperbuat daripada ranting kayu

2. ZAMAN MESOLITIK

 Gua

 Lubang bawah tanah

 Tempat berlindung yang diperbuat daripada ranting kayu

 Tumpuan petempatan mereka di pinggir sungai dan laut.

3. ZAMAN NEOLITIK
 Tinggal secara menetap terutamanya di kawasan lembah sungai dan di pesisiran
pantai.

4. ZAMAN LOGAM

 Tinggal secara menetap dan membina tempat kediaman mereka dengan lebih
baik

 Binaannya diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu serta lebih tersusun

 Selain kawasan lembah sungai dan persisiran pantai mereka juga tinggal di

kawasan tanah tinggi

 Membina rumah yang diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. ZAMAN PALEOLITIK

 Manusia pada masa ini membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang
haiwan

 Peralatan ini pula dalam bentuk sedia ada, ringkas dan kasar pembuatannya.

2. ZAMAN MESOLITIK

 Peralatan masih diperbuat daripada kayu, batu dan tulang haiwan. Namun
pembuatannya lebih halus dan kemas.

 Terdapat juga alatan yang lebih kecil yang dikenali sebagai mikrolit.

 Mereka juga menggunakan panah semasa memburu binatang dan menggunakan


perangkap untuk menangkap ikan.

3. ZAMAN NEOLITIK

 Peralatan zaman ini lebih Halus dan kemas. Terdapat Pelbagai peralatan
Termasuklah alat menggali Dan roda.

4. ZAMAN LOGAM
 Manusia mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam.

 Pembuatan ini berlaku seiring dengan pengetahuan manusia tentang teknologi

peleburan serta pembuatan acuan

 Manusia memiliki tahap kehidupan yang lebih tinggi berbanding dengan Zaman
Batu.

 Peralatan zaman ini terdiri daripada tembaga, gangsa dan besi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengumpulan makanan

ZAMAN PALEOLITIK

 Kegiatan mengumpul makanan merupakan aktiviti penting untuk mendapatkan


makanan

 Selain memburu binatang mereka mengumpulkan buah-buahan, cendawan,


bijiran dan pucuk tumbuhan yang tumbuh liar dalam hutan.

ZAMAN MESOLITIK

 Mengumpulkan kerang dan siput yang ditemui di pinggir sungai yang ditemui di
pinggir sungai dan laut

ZAMAN NEOLITIK

 Kemampuan manusia untuk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan


menyebabkan aktiviti mengumpulkan makanan semakin berkurangan.

ZAMAN LOGAM

 Aktiviti pengumpulan makanan hampir tidak lagi dilakukan

kerana kemajuan yang berlaku dalam bidang pertanian,

penternakan dan perdagangan tukar barang. Kegiatan ini

Membolehkan mereka memperoleh makanan yang

mencukupi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEGIATAN EKONOMI

ZAMAN LOGAM

 Aktiviti pertanian, penternakan dan perdagangan pertukaran barang merupakan


aktiviti utama penduduk.

 Aktiviti pembuatan dan pertukangan turut berkembang.

ZAMAN PALEOLITIK

 Bergantung sepenuhnya pada sumber alam semula jadi.

 Hidup secara nomad untuk mencari makanan dan dikongsi bersama

 Aktiviti ekonomi bersifat sara diri

ZAMAN MESOLITIK

 Manusia pada zaman ini masih lagi mengutip hasil hutan, memburu binatang dan
menangkap ikan.

 Perkongsian makanan masih berlaku

ZAMAN NEOLITIK

 Menghasilkan makanan melalui kegiatan pertanian dan penternakan.

 Aktiviti perdagangan dengan mengguakan sistem barter dan pengkhususan kerja


telah bermula.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ZAMAN PALEOLITIK

 Hidup dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan

beberapa keluarga dan masih hidup secara nomad.

ZAMAN MESOLITIK

 Manusia masih lagi hidup dalam kelompok kecil. Mereka juga masih lagi hidup
secara nomad dan belum mempunyai sebuah organisasi sosial yang tersusun
ZAMAN NEOLITIK

 Manusia hidup menetap dan telah wujud sistem sosial yang

lebih baik. Terdapat ketua yang dipilih daripada kalangan

mereka dan bermulanya pembahagian dalam sosial, iaitu

adanya kelas atasan atau pemimpin dan kelas bawahan.

ZAMAN LOGAM

 Kehidupan manusia zaman ini lebih tersusun.

 Pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul

dan membentuk aturan kehidupan agar diikuti oleh setiap anggota

masyarakat.

 Keadaan ini membawa kepada pembentukan sistem pentadbiran

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ZAMAN PALEOLITIK

 Mengamalkan animisme dan kepercayaan alam semula jadi.

 Percaya pada kuasa alam semula jadi seperti petir, kilat, angin, hujan dan
matahari

 Setiap objek yang terdapat di sekeliling mereka seperti pokok, batu, bukit, sungai
dan laut dipercayai mempunyai kuasa.

ZAMAN MESOLITIK

 Manusia pada zaman ini masih mengamalkan

Kepercayaan animisme.

ZAMAN NEOLITIK

 Melakukan ritual bagi mewujudkan perdamaian dengan kuasa alam dan amalan
penyembahan mula dilakukan

 Wujud kepercayaan kehidupan selepas mati dan mayat akan diuruskan dengan
teliti serta dikebumikan dengan sempurna
ZAMAN LOGAM

 Penyembahan manusia terhadap kuasa alam semakin jelas.

 Binaan khusus telah diwujudkan bagi upacara ritual dan

meyempurnakan kepercayaan mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ZAMAN LOGAM ZAMAN PALEOLITIK

ZAMAN PALEOLITIK

 Manusia telah menghasilkan lukisan gua. Lukisan ini pula bersifat realisme

ZAMAN MESOLITIK

 Lukisan gua masih merupakan antara ciri kesenian yang wujud pada zaman ini.

ZAMAN NEOLITIK

 Selain lukisan gua, kesenian manusia zaman ini turut dapat dilihat melalui

corak yang menghiasi Permukaan tembikar. Pola geometri merupakan pola utama
yang dikenali sebagai simbolisme.

ZAMAN LOGAM

Manusia zaman ini amat mementingkan nilai estetika yang ditemukan pada
peralatan mereka seperti gendang gangsa yang mempunyai pola hiasan yang
menarik.

You might also like