Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

1.0 PENGENALAN

Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas
dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris,
rangkap, rima dan sebagainya. Deklamasi sajak membawa makna membaca
sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh
sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis,
yang seirama dengan isi bacaan.

OBJEKTIF

Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya puisi.

PELAKSANAAN

Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh JPN dengan kerjasama


Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (johan) peringkat
negeri bagi setiap kategori akan bertanding ke peringkat kebangsaan.

Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

KATEGORI

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah yang
terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut:

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

SYARAT-SYARAT

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di sekolah


bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan tatarias
dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang markah.
Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi tidak melebihi 15


minit. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong
lima (5) markah daripada markah keseluruhan.

Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman
pegun (single shoot) dan tidak boleh melalui proses suntingan. Video
tersebut hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej peserta
dan hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4
dengan resolusi 720P/1080P serta dihantar dalam bentuk pautan.

Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan zum


dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa rakaman video dibuat.

Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan atau


grafik yang menunjukkan identiti sekolah atau negeri.

Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.

Tema di peringkat negeri akan ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri


(JPN). Manakala tema di peringkat kebangsaan akan diberikan 30 hari
sebelum pertandingan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk sajak dan penyampaian sajak perlu
menepati tema yang ditetapkan.

Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepandu


(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

3
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

Penggunaan latar belakang (layar hijau) dalam video rakaman adalah


dibenarkan tetapi mestilah imej statik (tidak bergerak) sahaja dan tiada
membawa sebarang markah.

Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola
mengikut tarikh yang ditetapkan

SUMBER BAHAN

Peserta boleh mengambil sajak sedia ada dan mendeklamasikan sajak yang
bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh JPN (peringkat negeri) atau
KPM (peringkat kebangsaan). Sajak tersebut mestilah berkualiti dan layak
dipertandingkan pada peringkat kebangsaan.

Teks sajak hendaklah dihantar bersama-sama rakaman yang telah dibuat.

Peserta perlu menyatakan tajuk dan penulis sajak dalam rakaman video.

ASPEK PEMARKAHAN

Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang


berikut:

Vokal 20 markah
Intonasi 15 markah
Nada 10 markah
Artikulasi 15 markah
Kelancaran 10 markah
Kawalan suara 10 markah
Penghayatan/Mimik Muka/ Bahasa Tubuh 10 markah
Penampilan/Ketertiban 10 markah
Jumlah 100 markah

PENGHAKIMAN

Peringkat negeri dan kebangsaan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk
ketua hakim.

Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas


konsep KPM.
4
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan


Naib Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Keempat : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Kelima : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan

10.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas
sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar
kementerian memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

5
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

BORANG PENYERTAAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama peserta : PHUAH XIU YING

No. kad pengenalan : 111130081294

Tarikh lahir : 30 NOV 2011 Umur: 11

Jantina : PEREMPUAN Bangsa: CINA

No. telefon bimbit : TIADA


E-mel : TIADA
SJKT LADANG CLUNY
35800 SLIM RIVER,
Alamat surat-menyurat : PERAK.

SJKT LADANG CLUNY


35800 SLIM RIVER,
Nama dan alamat sekolah : PERAK.

Tahap : DUA

Tajuk : ALAM SEKITAR

Pautan video dan teks :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing : PN. CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTO

No. telefon bimbit : 017 526 7900

E-mel : G- 02172204@moe-dl.edu.my

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan guru
:
besar/pengetua

Cap sekolah :

No. telefon : 017 321 3063

6
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

BORANG PEMARKAHAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
7
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

BORANG PEMARKAHAN
KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
TAHUN 2022

Giliran peserta: ………………

Aspek Penilaian Markah Markah Catatan


Maksimum diperoleh hakim
Vokal 20
Intonasi 15
Suara (Peralihan Suara)
(70%) Nada 10
Artikulasi 15
Kelancaran 10
Kawalan suara 10
Gaya dan Penghayatan/Mimik 10
Teknik Muka/Bahasa Tubuh
(30%) Penampilan/Ketertiban 10
Penalti
(Tempoh penyampaian melebihi masa
15 minit) 5

Jumlah 100

Ulasan hakim:

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

8
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM

Giliran
Markah Peserta Kedudukan Catatan
Peserta
1

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

9
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM

Kedudukan peserta
Giliran
Agregat/ Keputusan
peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata panel hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

10
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2022

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

11

You might also like