Surat Makluman Kelas Tambahan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MIHARJA,

JALAN 3/93, TAMAN MIHARJA, JALAN CHERAS,


55200 KUALA LUMPUR.
NO. TEL : 03-9281002
NO. FAKS : 03- 92823241

No. Rujukan:

Kepada :
Ibubapa/Penjaga, 15 Ogos 2022

Tuan / Puan,

MAKLUMAN KELAS TAMBAHAN SUBJEK BIOLOGI KELAS 4 SAINS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa semua murid 4 Sains perlu mengikuti
Kelas Tambahan Biologi. Berikut adalah perkara untuk makluman tuan/puan.

Tarikh : 19 Ogos 2022


Hari : Jumaat
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat : Kelas 4 Sains

3. Oleh yang demikian, pihak sekolah sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat
membenarkan anak jagaan tuan/puan mengikuti kelas tambahan tersebut.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami sanjungi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………….
(DR SHAMSUDIN BIN MOHAMAD)
Pengetua,
SMK Miharja, Kuala Lumpur.

You might also like