View of Pengaruh Komponen Bahasa Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Guru Bahasa Arab (Gpi) Dalam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat)

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 15
Qe-J BL eJURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK NOVEMBER 2021 | VOL. 4| NO. 1 Bee journal homepage: htp:/eib kus edu my Pengaruh Komponen Bahasa Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Guru Bahasa Arab (GPI) Dalam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) The Influence of Language Components on the Implementation of Arabic Language Teachers’ Teaching (GPI) in Integrating High-Level Thinking ‘Skills (KBAT) ‘Mohd Syaubari Bin Othman’, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Mazarul Hassan Mohamed Hanapi*, Mohd Afifi Baburuddin Setambah, Kama Shafeei? ABSTRAK Komponen bahasa merupakan salah satu komponen dalam pelaksanaan pengajaran bahasa termasuk bahasa Arab. Untuk itu, Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor komponen bahasa yong mempengaruhi pelaksanaan PdP mengintegrasikan KBAT menerusi mata pelajaran bahasa Arab di sekolah rendah. Cetusan kajian ini adalah bersandarkan dapatan kajian lain yang menunjukkan pelaksanaan pengajaran di Kalangan guru bahasa Arab bersifat tradisional dan tidak berorentasikan aktiviti berteraskan KBAT. Untuk itu, kajian ini mengadaptasikan elemen Komponen pengajaran sebagai pemboleh ubah kajian bersandarkan kerangka teoritikal yang digunakan. Kajian ini juga mengubahsuai instranen yang dihasitkan oleh Lorin Anderson iaiu ‘Learning and Study Strategies High Order Thinking, Instrumen penilaian amaian pengajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab oleh (Mohd Aderi, 2010) dan Insirumen pemantauan pembelajaran Jemaah Nazir (INJK, 2011) bagi mengukur pelaksanaan pengajaran guru dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha (a) 0.902. Sampel yang terlibat adalah guru-guru bahasa Arab yang diambil secara rawak berstrata dan berkelompok dari sekolah-sekolah kebangsaan di sekitar negeri Perak. Data dianalisis menggunakan kiran frekuensi, peratusan, min, sisihan lazim, Kolerasi Pearson dan regrasi berganda. Hasil kajian mendapati enam daripada sebelas penboleh ubah Komponen bahasa mempengaruhi pelaksanaan PdP bahasa Arab yang mengintegraskan KBAT dengan pendekaten kemahiran membaca merupakan nilaian yong paling tinggi iaitu (27.9%), diikuti_ kemahiran berkomumikasi (12.0%), kemahiran mendengar (4.6%), kemahiran menganalisis (2.3%) dan kemahiran menterjemah (1.46). Oleh itu, terdapat enam komponen ini yang mempengaruhi pengajaran yang telah diintegrasikan KBAT. Rumusammya, kajian ini memperlihatkan terdapat aliran pengaruh dari Komponen bahasa dengan pelaksanaan KBAT dalam bahasa Arab di sekolah dengan dapatan yang memmjukkan 48.2% dalam perubahan varian, Maka berdasarkan dapatan yang diperolehi terdapat keperluan di kalangan guru bahasa Arab untuk mempertingkatkan pelaksanaan komponen-komponen ini agar tahap amalan pengajaran guru berdasarkan # Mohd Syaubar Bin Othman, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, syaubari@fpm.upsiedu.my ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menepati seperti vang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Kata kunci: kemahiran, komponen bahasa, KBAT, bahasa Arab ABSTRACT This study aims to look at the language component factors that influence the implementation of teaching and learning integrating HOTS through Arabic language subjects in primary schools. The study is based on the findings of other studies that show the implementation of teaching among Arabie teachers is traditional and not oriented to activities based on HOTS. To that end, this study adapts the teaching component elements as research variables based on the theoretical framework used. This study also modifies the instrument produced by Lorin Anderson, namely ‘Learning and Study Strategies High Order Thinking, Islamic Education and Arabic Language teaching practice evaluation instrument by Mohd Aderi, (2010) and Jemaah Nazir learning monitoring instrument (INJK, 2011) to measure implementation of teacher instruction with a Cronbach Alpha (a) reliability vatue of 0.902. The sample involved was Arabic language teachers who were randomly taken, stratified and grouped from national schools around the state of Perak. Data were anatysed using frequency, percentage, mean, standard deviation, Pearson correlation and multiple regression counts. The results of the study found that six out of eleven language component variables influence the implementation of Arabic teaching and learning with the integration of HOTS with reading skills approach is the highest value (27.9%), followed by commumication skills (12.0%), listening skills (4.6%), analytical skills (2.32) and translation skills (1.4%). Thus, there are siv of these components that influence the teaching that has been integrated with HOTS. In summary, this study shows that there is a flow of influence from the language component with the implementation of HOTS in Arabic in schools with findings that show 48.2% in variance change. Therefore, based on the findings obtained, there is a need among Arabic teachers to improve the implementation of these components so that the level of teaching practice of teachers based on high-level thinking skills (HOTS) meets as intended in the Education Development Plan 2013-2025. Keywords: Influence, Language Components, HOTS, Arabic ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 Pengenalan Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami perubahan bersumberkan pertembungan dengan suasana persekitaran yang menentukan bagaimana arah perubahan dapat dilaksanakan. Maka berdasarkan gerakan tranformasi pembelajaran berteraskan abad ke 21, setiap perubahan yang dibentuk perlu bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku tethadap persekitaran kerana apa sahaja perubahan yang berlaku akan memberikan kesan tethadap keseluruhan komponen pendidikan termasuk di dalam aspek pedagogi bahasa Arab, Untuk itu, bahasa Arab adalah nadi penting kepada pembangunan sesebuah negara khususnya dari aspek pembentukan modal insan yang berkualiti (Asmawati & Fathiyah, 2012; Noor Hisham, 2014) Sorotan Literatur ‘Untuk ira, menerusi kajian ini menggunakan model PdP berorentasikan bahasa yang dikemukakan oleh Le Francois (1997) dan al-Qabisi (1955) yang merupakan panduan yang tepat berasakan kerangka utamanya yang meletakkan jalinan isi kandungan yang pelajari di dalam setiap fasa proses pengajaran dan pembelajaran (Ab Halim & Mohammad Khairul, 2010). Selain itu, model ini menyatakan interaksi dengan persekitaran mempengaruhi dan mempraktikkan setiap amalan di dalam konteks keterikatan hubungan pembelajaran dengan peneapaian dan kefahaman pelajar (Asmawati, & Fathiyah, 2012) Model PdP al-Qabisi dan Le Francois ini juga telah digunakan dalam kajian pembentukan pedagogi terutama mata pelajaran bahasa Arab yang menekenkan penganalisaan dan pengaplikasian elemen pelaksanaan berteraskan komponen bahasa (Amabile, Hennessey, B. A, & T. M, 2010). Model Le Francois (1997) ini menjelaskan bagaimana proses PdP memerlukan aliran perubahan daripada sesuatu fasa kepada sesuatn fasa dengan dimulai pada awal sehingga akhir PdP. Dengan kata lain Model Le Francois (1997) ini merupakan gaya pembelajaran yang banyak memerlukan kemahiran termasuk bahasa untuk menguasai sesuatu fasa dan Komponen di dalam mata pelajaran, Le Francois (1997) juga membahagikan kepada tiga fasa pembelajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas. Menerusi fasa ini, aspek komponen distrukturkan kepada beberapa elemen seperti perancangan, penetapan objektif, pelaksanaan set induksi, komunikasi, pendekatan pemulihan dan pengayaan, merumuskan pengajaran dan menilai kefahaman pelajar. Bagi model al-Qabisi_ (1955) yang membicarakan berkaitan persoalan PAP ini menyatakan di dalam proses pembelajaran perlu melalui beberapa Komponen bahasa yang melibatkan konstruk PdP, kesediaan pelajar, persiapan guru, sahsiah pelajar dan keterlibatan pelajar. Untuk itu menerusi kajian, konstruk yang dibentuk secara tidak tersusun ini, distruktur berdasarkan tiga elemen utama bersandarkan kajian-kajian lepas yang dilakukan Konstruk terbabit adalah kemahiran mendengar, berkomunikasi, membaca, menganalisis dan menterjemah (al-Qabisi, 1955; al-Ahwani, 1995) ‘Untuk itu, peranan sekolah sebagai suatu institusi yang berperanan penting di dalam membentuk generasi yang di ingini dalam sesebuah negara berteraskan kefahaman mendalam_ dan penghayatan yang terperinei berkaitan konsep KBAT (Brookhart, S, 2010; Wan Mat & Hjh Norkhairiah, 2011). Ini dapat diterjemahkan menerusi pengadaptasian PdP berteraskan pembelajaran abad ke 21 seperti pembelajaran konteksual, konstruktivis, kolaboratif, menterjemahkan perlakuan, pembelajaran secara kendiri, perbineangan secara berkumpulan ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 dan sebagainya. Pethubungan yang jelas di antara peranan pihak sekolah adalah dengan mengadakan kursus-kursus motivasi seperti seminar kefahaman pengaplikasian KBAT, bengkel-bengkel kecemerlangan, jalinan kolaboratif’ dengan komuniti Iuar, perkhidmatan penerapan kemshiran berfikir, ceramah-ceramah dan sebagainya. Sekolah juga perlu mengadakan kelas-kelas pengayaan dan kecemerlangan untuk pelajar-pelajar yang mempunyai talap pencapaian baik dan kelas pemulian uatuk pelajar yang keciciran (Khalid, 2010; KPM, 2014). Sorotan literatur menunjukkan pelaksanaan KBAT memerlukan komitmen dan kerjasama dari pelbagai pihak terutama guru dan pihak berautoriti bagi menjayakan hasrat KPM, tetapi masih kurang mencapai objektifnya. Hal ini disebabkan oleh guru yang tidak mendapat pendedahan dan pengetaluan sepenubnya tentang aplikasi KBAT di dalam proses PaPe (Rami, S., Abdul Ghani, M. T., Atoh, N. & Muhammad Romi, T. R, 2019). Keadaan ini telah menimbulkan persoalan adakal tiada jalinan di antara pendekatan yang dilaksanakan guru dengan proses pembelajaran pelajar. Lantaran daripada permasalahan ini, keperluan untuk pengkajian ini dilaksanakan ke atas komponen pengajaran adalah untuk mengetahui tahap keberkesanan dan kesesuaiannya di dalam mempengaruhi keupayaan pelajar. Selain itu, kajian ini juga mengetengahkan bagaimana pengaruh di antara Komponen pengajaran ini yang berorentasikan KBAT bersandarkan konstruk-konstruk yang telah ditetapkan Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Komponen bahasa di dalam mata pelajaran pendidikan Islam dan apakah Komponen yang mempengaruhi pelaksanaan KBAT. Untuk itu ditetapkan dua objektif berdasarkan panduan teori yang ditentukan. (i) Untuk mengenalpasti Komponen bahasa yang dilaksanakan guru mengintergrasikan KBAT (ii) Untuk mengenal pasti pengaruh Komponen bahasa dengan pelaksanaan pengajaran guru yang mengintergrasikan KBAT dalam mata pelajaran bahasa Arab. Metodologi Ki Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian ini merupakan kaedal tinjauan yang bersifat kuantitatif. Hasil dapatan kajian ini dilihat melalui bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula tertentu. Menurut (Creswell, 2009; J. Pallant, 2010), kaedah tinjauan merupskan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. Kaedab tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik bertujuan untuk melakuken penilaian yang melibatkan Komponen bahasa iaitu kemahiran mendengar, berkomunikasi, membaca, menganalisis dan menterjemahkan Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang hanya menggunakan soal selidik dan kaedah pengukuran berdasarkan ujian analisis deskriptif dan inferensi yang melibatkan pengaruh Komponen bahasa dengan pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT. Kajian ini menetapkan instrumen yang dihasilkan berdasarkan pengadaptasian soal selidik dan telah disahkan oleh pakar yang telah ditentukan. ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 Populasi dan Sampel Kajian Kajian ini melibatken guru-guru bahasa Arab bagi petingkat sekolah rendah di Perak dengan pembahagian taburan kajian menggunakan 3 zon utama di Perak melibatkan Zon Perak Utara, Perak Tengah dan Perak Selatan. Jumlah keseluruban guru bahasa Arab di negeri Perak adalah 3.502 orang berdasarkan maklumat daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak. Namun berdasarkan jadual (Krajie & Morgan, 1970, Mohd Majid, 2005; Cohen, 2007) menerusi penentuan sampel daripada populasi jumlah yang bersesuian ditetapkan 382 orang, namun dalam kajian ini menggunakan 400 orang guru terlibat dalam kajian ini, Guru-guru yang terpilih ini meliputi penetapan aspek lokasi, jantina dan pencapaian semasa. Skop dan Batasan Kajian Kajian ini di jalankan di sekolab-sekolah rendah di Perak berdasarkan persampelan secara berkelompok dan berstrata. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan guru ini telah mengajar sukatan kurikulum standard sekola rendah (KSSR) yang berdasarkan elemen KBAT. Bagi batasan kajian ini, ditetapkan hanya guru bahasa Arab yang mengajar di sekolah kebangsaan sahaja, bagi sekolah yang bukan berstatus bantuan kerajaan adalah dikecualikan, Instrumen Penyelidik telah membahagikan soal selidik kepada tiga bahagian ‘pBahagian A Profil maklumat peribadi guru yang meliputi lokasi, jantina dan pencapaian semasa 2)Bahagian B Empat puluh empat item yang telah diterjemahkan dan diubahsuaikan dari soal selidik gaya komposisi pembelajaran (Misnan, 2008; Paharuddin, 2014), Instrumen Pemantauan PdP (emaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2016) dan Tnstrumen Penilaian kemabiran bahasa Arab (Norsaleha, 2015). Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan sebelum kajian sebenar dimulakan. Tujuan utama kajian rintis dijalankan adalah bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik, Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan ke atas 30 orang guru di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Manjung. Nilai kebolehpercayaan yang telah diperolei ialah 0.9060. Menurut (Mohd Najib, 1998; Creswell, 2009), sekiranya mendapat nilai koefisyen yang tinggi iaitu 0.8 ke atas, kebolehpereayaan adalah tinggi. Oleh yang demikian, soal selidik yang dibuat mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi menerusi jadual 1. Jadual 1: Nilai Pekali Kebolehpereayaan Tnstrumen Soal Selidik Pembolebubab ‘lal Alpha Cronbach Kemabiran mendengar 0.7727 Kemabiran berkonmanikasi 0.8905 ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 Kemabiran membaca 0.8020 Kemabiran menganalisis 0.7672 Kemahiran menterjemah 0.8431 Skala Likert lima mata digunakan dalam kajian ini, Kaedah skor yang digunakan ialah Sangat Tidak Setuju (STS) dengan skor 1 mata, Tidak Setuju (TS) dengan skor 2 mata, Kurang Pasti (KP) dengan skor 3 mata, Setuju (S) dengan skor 4 mata dan Sangat Setuju (SS) dengan skor 5 mata. Data yang diperolehi ini di analisis mengunakan statistik deskriptif yang melibatkan Skor kekerapan, peratusan dan min. Penganalisaan Data Penganalisaan data adalah bahagian yang penting di dalam sesuatu kajian yang dibuat. Justeru itu, data-data yang diperolehi dianalisis dan diproses menggunakan komputer dengan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) 20.0. Program SPSS ini digunakan kerana ia lebih mudah serta dapat menjimatkan masa (Pallant, 2010). Pendekatan yang digunakan dalam mengenalisis data adalah pendekatan statistik inferensi. Penyelidik menggunakan pendekatan inferensi seperti korelasi pearson. Pendekatan inferensi digunakan untuk merunms dan mentafsir data dengan lebih terperinei Analisis Inferensi Analisis statistik regrasi ini dijalankan bagi mengenal pasti sumbangan setiap komponen bahasa dengan pelaksanaan pengajaran bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT. Analisis ini untuk menjawab objektif kajian yang ke dua iaitu untuk mengenal pasti pengaruh Komponen bahasa dengan pelaksansan pengajaran guru yang mengintergrasikan KBAT dalam mata pelajaran bahasa Arab. Justeru, untuk kajian ini analisis regrasi berganda (multiple regression) yang melibatkan pemboleh ubah bebas iaitu Komponen pengajaran menyumbang terhadap pemboleh ubah bersandar (pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT) seperti dinyatakan menerusi objektif kajian, Hasil analisis regrasi berganda (stepwise) yang dilaksanakan seperti jadual 2 menunjukkan hanya lima pemboleh ubah bebas (peramal) bagi komponen bahasa (kemahiran mendengar, kemahiran berkomunikasi, kemahiran membaca, kemahiran menganalisis dan kemahiran menterjemah) meayumbang secara signifikan sebanyak 48.2% terhadap pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT. Ini dipaparkan menerusi jadual 2 Jadual 2: Nilai Varians Hipotesis Regrasi Berganda Model Summary ‘Komponen pengajaran 1 3 4 5 R S28" oF ORO R Square 279 445 468482 Adjusted R Square 277 441 4 ATS Std. Error of the Estimate 17790 1628915864913 ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 Predictor: (Constant), kemabiran mendengar Predictor: (Constant), kamabiran mendengar, kemahiran berkomunikasi Predictor: (Constant), kamabiran mendengar, berkonmunikasi, membaca Predictor: (Constant), kemabiran mendengar, kemahiran berkomunikasi, kemahiran membaca, kemahiran menganalisis dan kemahiran menterjemab ©. Dependent Variable: Pelaksanaan pengejaran guru babasa Arab yang mengintegrasikan KBAT Seterusnya berdasarkan hasil regrasi berganda seperti jadual 3 dan 4 juga menunjukkan sumbangan peramal terbesar kepada pelaksanaan Komponen bahasa yang mengintegrasikan KBAT adalah pelaksanaan kemahiran mendengar (B=.528, p<0.05) yang memberikan kesan positif dan menyumbang sebanyak 27.9% varian (R° = 0.279) tethadap pemboleh ubah bersandar [F (1,400) = 154.675, p <0.05]. Hasil analisis regrasi berganda ini dapat menjelaskan apabila skor pelaksanaan kemahiran berkomunikasi bertambah sebanyak satu unit, maka skor pelaksanaan pengajaran yang mengintegrasikan KBAT juga akan bertambah sebanyak 0.528 unit. Untuk itu, hasil Kajian membuktikan pelaksanaan kemahiran mendengar dan berkomunikasi secara kerap merupakan faktor utama (27.9%) yang menyumbang kepada peningkatan pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT. Jadual 3: Analisis Regrasi Berganda (Stepwise) sumbangan komponen bahasa terhadap Pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT Peraunal Beta Nilai-t Sig Sumbangan (06) Kemahiran mendengar 276 GAG 000 29 27.9% Kemahiran berkomunikasi Daa 6.068 000 399 12.0% Kemahiran membaca 209 5.022 000 445 4.6% Kemahiran menganalisis 163 3.969 000 468 2.3% Kemahian menterjemah 128 3.242 001 482 1% Jadual 4: Analisis ANOVA Persamaan Regrasi Berganda Model TED DE ‘Mean F Sig 1. Regression T 4895 154.675 ‘000 Residal 400 032 Toral 401 D Regression 2 3508 132507 ‘000° Residul 399 026 Total 401 3. Regression’ 3 2.603 108: ‘000° Residul 398, 024 Toral 401 4 Regression 4 2055 7.398 ‘000° Residul 397 024 Total 401 3. Regression’ 3 1.692 73.095 “000° Residal 396 023 Total 401 f. Predictor: (Constant), kemahiran mendengar ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 Predictor: (Constant), kamahiran mendengar, kemahiran berkomunikasi hh. Predictor: (Constant), kamahiran mendengar, berkomunikasi, membaca i, Predictor: (Constant), Kemahiran mendengar, kemahiran berkommunikasi, kemahiran membaca, kemabiran menganalisis dan kemahiran menterjemab J. Dependent Variable: Pelaksansan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT Seterusnya sumbangan peramal kedua tertinggi yang menyumbang sebanyak 12.0% kepada pelaksanaan Komposisi pengajaran GPI yang mengintegrasikan KBAT ialah kemahiran berkomunikasi iaitu kombinasi (kedua-dua pemboleh ubah bebas) pelaksanaan kemahiran mendengar (B = 0.276, p < .05) dan kemahiran berkomunikasi (B= 0.244, p 0.03). Maka hasilnya telah meningkat kepada 39.9% (varian 399) dalam variable driterion pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT [F (2.399) = 132.507, p <0.05] Hasil analisis ini menjelaskan apabila skor kemabiran berkomunikasi bertambah satu unit, maka pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT akan bertambah sebanyak 0.244 unit. Bersandarkan dapatan kajian ini membuktikan kemahiran berkomunikasi secara kerap dan berterusan merupakan faktor penyumbang kepada pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT. Seterusnya sumbangan peramal ketiga terbesar yang memberikan kesan positif dan menyumbang sebanyak 4.6% terhadap pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT ialah pemboleh ubah kemahiran membaca. Analisis ini apabila dikombinasikan (tiga pemboleh ubah bebas) iaitu kemahiran mendengar (B= 0.276. p <0.05), kemahiran berkomunikasi (B = 0.244, p <0.05) dan kemahiran membaca (B= 0.209, p <0.03) maka hasilnya telah meningkat kepada 44.5% (varian R? = 0.445) dalam variable kriterion pelaksanaan Komposisi guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT [F (3.398) = 106.281, p <0.05]. Hasil dapatan ini menyatakan apabila skor kemahiran membaca bertambah satu unit, maka pelaksanaan komposisi guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT akan bertambah sebanyak 0.209 unit. Bersandarkan dapatan ini_membuktikan, sekiranya guru bahasa Arab meningkatkan Komponen pelaksanaan kemahiran membaca dalam pengajaran, maka pelaksanaan kpengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT juga akan turut meningkat. Berikutnya pula, sumbangan peramal keempat yang menyumbang sebanyak 4.6% tethadap pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT ialah pemboleh ubah kemahiran menganalisis. Analisis ini apabila dikombinasikan (empat pemboleh ubah bebas) iaitu pelaksanaan kemabiran mendengar (B = 0.276, p <0.05), kemahiran berkomunikasi (B = 0.244, p <0.05), kemahiran membaca (B = 0.209, p <0.05) dan kemahiran menganalisis (B = 0.163, p <0.05), maka hasilnya telah meningkat kepada 46.8% (varian R?= 0.468) dalam variable kriterion pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT [F (4,397) = 87.398, p <0.05]. Hasil dapatan menyatakan apabila skor kemahiran menganalisis bertambah satu unit, maka pelaksanaan guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT akan bertambah sebanyak 0.163 unit. Bersandarkan dapatan ini membuktikan, sekiranya guru bahasa Arab meningkatkan komponen pelaksanaan kemahiran menganalisis dalam pengajaran, maka pelaksanaan pengajara guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT juga akan turut meningkat. Untuk pemboleh ubah yang terakhir menyumbang kepada pelaksanaan pengajaran guru bahasa arab yang mengintegrasikan KBAT adalah penyampaian isi pengajaran yang ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 mencatatkan 1.4%. Analisis ini apabila dikombinasikan (lima pemboleh ubah bebas) iaitu kemahiran mendengar (B = 0.276, p <0.05), kemahiran berkomunikasi (B = 0.244, p <0.05), kemahiran membaca (B = 0.209, p <0.05), kemahiran menganalisis (B = 0.163, p <0.05) dan kemahiran menterjemah (B= 0.128, p <0.05), maka hasilnya telah meningkat kepada 48.2% (varian R?= 0.482) dalam variable kriterion pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT [F (5,396) = 73.695, p <0.05]. Hasil dapatan ini menyatakan apabila skor penyampaian isi pengajaran bertambah satu unit, maka pelaksanaan guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT akan bertambah sebanyak 0.128 unit. Bersandarkan dapatan ini membuktikan sekiranya guru bahasa Arab meningkatkan Komponen kemahiran menterjemahkan dalam pengajaran, maka pelaksanaan pengajaran guru bahasa Arab yang mengintegrasikan KBAT juga akan turut meningkat. Seterusnya jadual 5 adalah rumusan keputusan analisis regrasi berganda dengan menggunakan kaedah ‘stepwise’ menunjukkan hanya lima pemboleh ubah peramal (kemahiran mendengar, kemahiran berkomunikasi, kemahiran membaca, kemahiran menganalisis dan kemahiran kemahiran mendengar, kemabiran berkomunikasi, kemahiran membaca, kemabiran menganalisis dan kemahiran menterjemah menterjemah) yang memberikan sumbangan sebanyak 48.2% terhadap pelaksanaan pengajaran yang mengintegrasikan KBAT. Oleh yang demikian, ini menunjukkan komponen pengajaran guru juga telah memberi sumbangan kepada pelaksanaan pengajaran guru baliasa Arab yang mengintegeasikan KBAT. Keseluruhan dapatan ini seperti di dalam lampiran. Jadual §: Rumusan Hipotesis Regrasi Berganda Pemboleh ubah peramal dan Pemboleh ubah bersandar Sumbangan persamaan regrasi ‘Kemnahiran mendengar, kemahiran Pelaksanaan pengajaran guru berkomunikasi, kemahiran bahasa Arab yang rmembaca, Kemabiran menganalisis — mengintegrasikan KBAT dalam 48.2% an kemabiran menterjemah bbahasa Arab sekolah rendah ° Perbincangan Dapatan Kajian Komposisi bahasa yang diberi keutamaan di dalam proses PdP menunjukkan daripada hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar guru mengikuti pelaksanaan kemahiran mendegar, berkomunikasi dan membaca seperti yang ditetapkan. Maklumat ini memperlihatkan bahawa majoriti guru bahasa Arab mempunyai kecenderungan pelaksanaan KBAT hanya pada peringkat kemahiran mendengar, berkomunikasi dan membaca namun apabila menuju kepada peringkat kemahiran menganalisis dan menterjemahkan didapati mengalami aliran penurunan dari aspek pengamalan KBAT secara sepenuhnya. Komponen bahasa yang mencatatkan dapatan yang tertinggi dalam mempengaruhi pelaksanaan KBAT adalah kaedah pengajaran secara kemahiran mendengar. Berdasarkan kajian (Noor Hisham, 2011; Partnership for 2ist Century Skills, 2010), pelajar yang mempunyai daya keknatan pendengaran yang tinggi dengan menggunakan fikirannya yang logik dan rasional di dalam membuat sesuatu keputusan, Pelajar jenis ini biasanya berminat kepada kandungan dan menganalisis. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 kesempurnaan. Pelajar peringkat ini mempunyai sifat ingin meneroka dan melaksanakan percubaan, Maka proses peningkatan di dalam tahap keupayaan berfikir ini menghasilkan kefahaman yang lebih pantas jika dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai daya Kognitif yang lebih rendah. Pelaksanaan Komponen babasa yang berstruktur dan bertahap akan menghasilkan amalan pembelajaran yang berfokus dan berminat mengikut PdP bersumberkan teori, model, teknik melalui pelaksanaan aplikasinya. Namun, dapatan yang membimbangkan adalah di mana pelaksanaan khususnya pada peringkat akhir pengajaran mengalami penurunan dan di dapati hampir tidak berlaku amalan KBAT. Kesukaran ini menyebabkan terhalangnya pembudayan amalan kreatif, penjanaan idea dan pendekatan penyelesaian masalah daripada berlaku (Siti Marlina, 2013; Saavedra, A. & Opter, V, 2012). Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Komponen pengajaran guru bahasa Arab sekolah kebangsaan di negeri Perak lebih berfokuskan kepada pelaksanaan pada peringkat kemahiran mendengar dan kemahiran berkomunikasi. Namun selepas itu, tahap pengekalan fokus guru semakin menurun di dalam pengaplikasian KBAT ini. Ini mungkin disebabkan pelaksanaan pengajaran yang tidak konsisten dalam pelaksanaan KBAT di dalam bilik darjah. Untuk itu, menjadi keperluan untuk gura mempertingkatkan tahap pengaplikasian KBAT dengan mempelbagaikan kemahiran dan menambah pengetahuan mengenai amalan KBAT di dalam bilik darjah. Kesimpulan Keseluruban kajian ini menggambarkan sememangnya terdapat pelaksanaan KBAT di dalam Komponen-komponen bahasa guru. Kepelbagaian pendekatan mengikut komponen ini perlu disertakan dengan kandungannya yang menepati aras pemikiran tahap tinggi bagi mencetuskan elemen pemikiran, berstruktur dan berkualiti seterusnya menghasilkan kejelasan kefahaman kepada pelajar mengenai sesuatu isu. Untuk itu, penggunaan pengajaran secara berstruktur ini berupaya memperdalamkan kefahaman pelajar dan mengupayakan pelajar untuk memahami seterusnya mengaplikasikannya 10 BL JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK JBL E202 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2582-8587 e Rujukan sis using SPSS Education JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK JBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 neg (Pentak [Ee room. scieuce Acuvities: Classroom Projects and Curriculum Ideas. Dewan ¢-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QcJBL MEI2022 | VOL. | NO.1 | eSSN: 2682-8587 anjung \ Pendidikan Sultan Idris. QcJBL Lampiran e-JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK MEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | elSSN: 2682-8987 Dapatan Analis Regrasi Pelbagai Model Summary! Medel | _R | RSquare | Adjusted R | Sid, Ervorofthe Square Estimate T 379 a7 17790, 2 399 396 3 Aas A4l 4 468 463 5 482 475 2 Predictors: (Constant), PM b. Predictors: (Constant), PM, PP ¢. Predictors: (Constant), PM, PP, SL . Predictors: (Constant), PM, PP, SI, PG e. Predictors: (Constant), PM, PP. SI. PG, PIP £. Dependent Variable: totalKBAT ANOVAt ‘Model J Regression Residual Total Regression Residual Total Regression Residual Total Regression Residual Total Regression Residual Total @ Dependent Variable: totIRBAT b. Predictors: (Constant), PM Predictors: (Constant), PM, PP 4, Predictors: (Constant), PM, PP, Si ¢ Predictors: (Constant), PM, PP, SI, PG £ Predictors: (Constant), PM, PP. Sl. PG, PIP 132,507 106.281 87.398 73.695 14 ¢JURNAL BAHASA DAN LINGUISTIK QeJBL IMEI 2022 | VOL. 4] NO.1 | eISSN: 2682-8987 Coefficients! Unstandardized Coefficients | Standar Callinearity Statistics dized Coeffici ents Ps sid. Ero Beta Vir (Constant) 050 38.742 000 PM os] 528] 12.437 ‘000 1.000] 1,000 (Constant) 058 45 ‘000 PM 13] 437) 108: ‘000 1.070 DP. o12| 330] $936 000 1.070 (Constant) 061 41.181 000 PM 913 9.195 000 59} 1.165 DP 12 6847 ‘000 ssi] 1.203 sl O14 5722 ‘000 778] 1.286 (Constant) 61 39.570 000 PM O14 7241 ‘000 747 1.339 PP 012 6.289 000 813} 1.230 si O14 S481 ‘000 772) 1.296 PG O13 4.135 ‘000 776] 1.289 (Constant) 065 36.071 000 PM os] 276] 6.416 000 yoo] 1.410 PP 3 o12| 244] 6.088 (000 gov} 1.239, st os] 209] 5.022 000 757) 1.32L PG o2| 163] 3.969 000 af 1.297 Pp. ors] aos] 3.24 001 ssa] 1.199 'a. Dependent Variable: total BAT Residuals Statistics? tint Predicted Value Std, Predicted Value Standard Error of Predicted Value Adjusted Predicted Value Residual Std. Residual Stud. Residual Deleted Residual ‘Stud, Deleted Residual Mahal. Distance Cook's Distance Centered Leverage Value ‘a Dependent Variable: toralKBAT 15

You might also like