Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Watak Sampingan

Novel yang saya kaji dalam tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
bin Talib. Watak sampingan novel ini ialah Pak Saidi. Watak ini menunjukkan beberapa
perwatakan yang menarik.

Antara perwatakan yang ditunjukkan oleh watak Pak Saidi ialah beliau seorang yang
bertanggungjawab. Contohnya, beliau masih menoreh getah di kebun getahnya. Pak Saidi
memikul tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan mengayuh basikal menghantar
Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah. Beliau turut menjemputnya balik pada
waktu tengah hari.

Selain itu, Pak Saidi seorang yang berpandangan jauh. Misalnya, beliau amat mementingkan
pelajaran anak-anaknya. Dia mengambil keputusan untuk menghantar anak-anaknya ke
sekolah Inggeris. Walaupun tindakannya ditentang oleh penduduk kampung, namun dia tetap
menetapkan pendiriannya. Beliau sedar bahawa anak-anaknya akan memperoleh ilmu
pengetahuan yang luas di sana.

Akhir sekali, Pak Saidi seorang yang berani. Buktinya, semasa kehadiran tentera Jepun di
Sungai Ramal untuk mencari keluarga Leftenan Adnan, beliau sempat membunuh beberapa
askar Jepun yang mengiringinya. Beliau hanya menggunakan keris sebelum beliau ditembak
mati. Keberanian Pak Saidi mendapat pujian daripada penduduk Sungai Ramal. Mereka
menganggap Pak Saidi sebagai wira.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan satu kepincangan
masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama adalah di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Adnan dan Mamat
menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Haig Lines, Port Dickson. Daripada seribu orang
yang memohon hanya 25 orang sahaja yang terpilih dalam pasukan yang digelar Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu. Mereka telah menjalani selama setahun di kem tersebut.
Latar tempat yang kedua adalah di Kampung Sungai Ramal. Di sinilah tempat Adnan dan Budin
berlawan tinju. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan pasukan bola sepak
Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak puas hati. Pasukan bola sepak dari
Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh kedua-dua buah kampung.
Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana menganggap pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan
mengikut peraturan.

#Kelasbmscruben
TIRANI

Novel yang saya kaji ialah novel Tirani karya Beb Sabariah.

Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini.

Latar tempat yang pertama adalah di rumah Bazilah. Waheeda menumpang di rumah
Bazilah yang terletak di Yishun Street, Singapura. Waheeda menumpang tinggal
sementara di rumah Bazilah kerana dia akan menjalani pembedahan di Silicon Medical
Centre.
Latar tempat yang kedua adalah di Silicon Medical Centre(SMC). Waheeda menjalani
pembedahan mata dan hidungnya di SMC. Pembedahan ini telah dilakukan oleh Dr.
Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr.Rushdi. Selepas menjalani pembedahan,
Waheeda diminta memakai cermin mata hitam bagi melindungi matanya yang masih
membengkak.

Burung terbang dipipiskan lada


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri
Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara
Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya
juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan
sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh
berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,
kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula
dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku,
baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

Dipetik daripada ‘Burung terbang Dipipis lada’


Dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia

#Kelasbmscruben
(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tindakan-tindakan Duli Yang Dipertuan
setelah Seri Nara Diraja bersetuju memperisterikan Tun Kudu? [2m]

SOALAN SKEMA MARKAH

(i) Tindakan Duli Yang Dipertuan

P1 Menjatuhkan talak kepada Tun Kudu 1

P2 Tun Kudu dihantar ke rumah Paduka Raja 1

P3 Diberikan belanja 1

P4 Tun Kudu diminta berkahwin dengan Seri Nara Diraja 1

(ii) Apakah yang berlaku apabila Tun Kudu tamat idahnya? [3m]

(ii) Perkara-perkara yang berlaku

P1 Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu 1

P2 Seri Nara bermuafakat Diraja dan Paduka Raja 1


P2 saling berkasih sayang 1
P4 Seri Nara Diraja mencadangkan agar Paduka Raja 1
dijadikan bendahara

(iii) Pemimpin harus sentiasa bermuafakat dalam menguruskan pentadbiran sesebuah


negara.
Pada pendapat anda, mengapakah permuafakatan antara pemimpin perlu
dikekalkan?
Berikan dua sebab. [3m]

(iii) Sebab permuafakatan antara pemimpin perlu


dikekalkan

P1 dihormati oleh rakyat 1


P2 negara tidak mudah diancam musuh 1

#Kelasbmscruben
P3 negara aman 1
P4 rakyat tidak berpecah belah/ berpuak-puak 1

P5 melancarkan pentadbiran negara 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, " Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,
kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?"
Maka kata Seri Nara Diraja, " Di mana kamu sekalian tahu ? Jikalau demikian sia- sialah cula
dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu. "
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka
menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti
saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, " Tuanku,
baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara. "
Maka titah baginda, " Baiklah. "
Syahdan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman
itu tiga buah negeri yang sama besarnya ; pertama Majapahit ; kedua Pasai ; ketiga ; Melaka.
Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit Patih Aria Gajah
Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri
Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada


dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Nyatakan sifat-sifat fizikal Seri Nara Diraja.[2m]

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Sifat-sifat fizikal Seri Nara Diraja:
P1 usianya sudah tua 1
P2 bulu mata dengan bulu kening bertemu 1

#Kelasbmscruben
(ii) Apakah yang terjadi antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja setelah Seri
NaraDiraja bernikah dengan Tun Kudu? [3 m]

(ii) Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja:


P1 mereka saling bermuafakat/ bekerjasama/ membantu
P2 menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan
Seri Nara Diraja memberi cadangan
P3
kepada sultan untuk melantik Paduka menjadi bendahara.

(iii) pada pandangan anda, apakah kesan kepada sesebuah negara jika para
pemimpinnya tidak bersepakat?

(iii) Kesan-kesan kepada negara:


P1 rakyat dalam negara berpecah-belah/ rakyat menjadi tidak bersatu
P2 ekonomi akan terbantut/ mundur/ merosot
P3 pembangunan negara terbantut/ mundur/ merosot
P4 imej / nama baik negara merosot/tercemar
P5 negara menjadi tidak aman

Hipertensi
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyuman lebar
menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untuk berfikir
secara rasional dan matang, berbeza daripada haiwan. Kebanggaannya kian menguntum dan
terkelopak kembang mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan.
“Objek yang terlambung di udara pasti akan jatuh ke bumi kecuali tersangkut di dahanan utuh
ataupun reranting teguh.” Ketawa berderai meriuhkan suasana kelas.
Perlahan-lahan Aiman bangun. “Newton ambil ingatan akan daya graviti dapat menetapkan
kedekatan bulan dengan bumi.”
“Maksudnya?” Satu lagi pertanyaan terlantun daripada Cikgu Faridah, yang menggelari dirinya
profesor, kerana yang didepaninya murid pintar dan mempunyai IQ yang tinggi.
“Alam semesta sebaik-baik kejadian pada sisi Allah Taala.” Riuh gemuruh terus berterusan
menyambut jawapan ringkasnya.

#Kelasbmscruben
Wajah Cikgu Faridah spontan berubah, memercikkan darah amarah yang nampaknya macam
tidak terkawal, tidak terbatal. Sedar akan hakikat itu, cepat-cepat Aiman membetulkan
jawapannya.
(Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi
Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud di sebalik nama Aiman Aqil? [2 markah]


(i) Maksud di sebalik nama Aiman Aqil
P1 Insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.

(ii) Pada pendapat anda, apakah insentif-insentif yang boleh diberikan untuk mengembangkan
potensi murid-murid yang cerdik seperti Aiman Aqil?[3 markah]

(ii) Insentif-insentif untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik


P1 Menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara.
P2 Memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti 1
terkemuka di dalam dan luar negara.
P3 Memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati. 1 P4
Menawarkan laluan terus untuk menamatkan zaman persekolahannya lebih 1 awal (lompat
kelas)

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

(iii) Persoalan dalam petikan:

P1 Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri 2

Contoh: Aiman Aqil bangga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang
terbaik.
P2 Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling 2
Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah
berubah dengan jawapan awal yang diberikannya.
P3 Persoalan adab menuntut ilmu 2
Contoh: Sikap Aiman yang tidak serius memberikan respons terhadap soalan Cikgu Faridah telah
menyebabkan Cikgu Faridah naik marah.

Persoalan dalam cerpen:

#Kelasbmscruben
P1 Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain 2 Contoh: Aiman menyindir adik-
adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.
P2 Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga 2
Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. P3 Persoalan ketegasan
guru dalam mendidik pelajar 2
Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan.
P4 Persoalan kasih sayang seorang ibu 2
Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.

Gerhana Manusia
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

ku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. olehah
yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, ulang
selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk rofesor
Doktor Juaidi.

Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga nggal
nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, dak
perlukah mereka itu diberi darah?

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku ugur di
hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. uan Besar
Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu...,” sebak menyendat i dadanya.

“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut oktor
Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain, egera.”

(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar


Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan keadaan pesakit yang bernama Solehah. [2 markah]

(i) Keadaan Solehah

P1 Tenat

P2 Pundi janinnya pecah di ovari

P3 Sedang koma

#Kelasbmscruben
ii) Peranan seorang doktor adalah memastikan pesakit dijaga dengan baik. Andaikan anda seorang
oktor, apakah tindakan lain yang akan anda lakukan untuk menceriakan pesakit anda? [3 markah]

(ii) Tindakan untuk menceriakan pesakit:

P1 Memberikan rawatan yang terbaik.

P2 Memberikan kata-kata motivasi / positif

P3 Bercakap dengan suara yang lemah / tidak garang

P4 Mengambil hati pesakit / beri hadiah / cenderahati

iii) Kita haruslah bertanggungjawab terhadap pesakit. Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan
atu peristiwa yang menunjukkan pengajaran tersebut dan satu peristiwa lain daripada keseluruhan
cerpen. [4 markah]

(iii) Peristiwa dalam petikan:

1 Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah
daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan
agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan

Peristiwa dalam cerpen:

1 Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek

darah untuk menyelamatkan Solehah dan al-Hafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli keluarga,
agama dan negara.

#Kelasbmscruben
#Kelasbmscruben

You might also like