Wawasan 2020

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

WAWASAN 2020

DISEDIAKAN OLEH : PN. NOR HASNI BINTI HUSSIN


LOGO
WAWASAN
2020
LATAR BELAKANG WAWASAN 2020
● Pada 28 Februari 1991, PM Malaysia telah membentangkan kertas kerja
bertajuk “Malaysia – Melangkah ke Hadapan” semasa pelancaran Majlis
Perdagangan Malaysia.
● Kertas kerja ini mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai
matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.
● Matlamat pembangunan negara ialah menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara industri dan pembentukan negara Malaysia yang benar-
benar maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan Malaysia.
● Wawasan ini ialah satu wawasan strategik jangka panjang iaitu selama 30
tahun.
MENGAPA TAHUN 2020 DIPILIH?
● Jangka masa yang munasabah dan praktikal –
berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah
dicapai.
● Bersama dalam “megatrend” – ditentukan oleh
pembangunan sains, teknologi dan komunikasi.
● Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia –
berjaya atau tidak dalam pembangunan perindustrian.
● Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan
dan persaingan yang pesat
OBJEKTIF WAWASAN 2020

● Pembentukan ● Merangkumi ● Bertujuan


sebuah negara segala aspek menjadikan
Malaysia yang kehidupan Malaysia negara
benar-benar maju seperti ekonomi, maju dengan
menjelang tahun politik, sosial, caranya
2020. kerohanian, tersendiri.
kejiwaan dan
kebudayaan.
FASA PENCAPAIAN WAWASAN 2020
FASA PERTAMA : 1991 - 2000
Strategi pembasmian kemiskinan diberikan tumpuan utama
dalam menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan
kadar kemiskinan umum.

FASA KEDUA : 2001 - 2010


Memastikan kestabilan dan perpaduan kaum negara terus utuh,
semangat berdaya saing dan daya tahan diperkukuh.

FASA KETIGA : 2011 - 2020


Meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memberi penekanan
kepada pendapatan yang tinggi, kemapanan dan keterangkuman
yang mengutamakan golongan berpendapatan 40% terendah.
9 CABARAN WAWASAN 2020

1. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai


matlamat yang serupa dan dikongsi bersama-sama.

Sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan


kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara
adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
9 CABARAN WAWASAN 2020

2. Mewujudkan negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju


dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa-apa
yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

Masyarakat Malaysia mudah dikenali dari sikap ingin mencapai


kecemerlangan, sedar semula kemampuannya, tidak mengalah
kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
9 CABARAN WAWASAN 2020

3. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan


mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang.

Demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi


contoh kepada banyak negara membangun.
9 CABARAN WAWASAN 2020

4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.

Warganegara mempunyai nilai agama yang kukuh dan didorong


oleh tahap etika yang tinggi.
9 CABARAN WAWASAN 2020

5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.

Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan


adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu
negara.
9 CABARAN WAWASAN 2020

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

Masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan


memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
9 CABARAN WAWASAN 2020

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.

Satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah


lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem
kekeluargaan yang kukuh.
9 CABARAN WAWASAN 2020
8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

 Masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan


negara secara adil dan saksama.
 Wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi.
 Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan
kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
9 CABARAN WAWASAN 2020

9. Mewujudkan masyarakat makmur.

Masyarakat yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat


dan kental.
ISU UTAMA / CABARAN YANG PERLU DIATASI BAGI
MALAYSIA MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU

Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia

 Menjadi prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa


pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang
kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.

 Konsep perpaduan negara, kesetiaan kepada negara,


keharmonian dan toleransi perlu difahami dan
diamalkan.
ISU UTAMA / CABARAN YANG PERLU DIATASI BAGI
MALAYSIA MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU

Mewujudkan sebuah negara perindustrian

 Mengubah corak ekonomi daripada pertanian kepada


perindustrian.

 Melibatkan sektor perdagangan dan komersial – modal,


pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja.
ISU UTAMA / CABARAN YANG PERLU DIATASI BAGI
MALAYSIA MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU

Keadilan ekonomi dan sosial

Satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan


sosial perlu diwujudkan supaya tidak ada golongan rakyat
tercicir atau ada golongan rakyat memiliki segala-galanya.
ISU UTAMA / CABARAN YANG PERLU DIATASI
BAGI MALAYSIA MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU

Moral dan etika

 Harus berpegang teguh kepada falsafah moral dan etika


yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.

 Amalan nilai murni akan menjadi faktor penghalang


dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau
kekayaan yang dimiliki.
ISU UTAMA / CABARAN YANG PERLU DIATASI
BAGI MALAYSIA MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU

Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan

 Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan


masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.

 Keluarga dan masyarakat mencorakkan kualiti individu


yang menjadi rakyat dan pemimpin.
LATIHAN
PENGUKUHAN
SOALAN LATIHAN
1) Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh rakyat Malaysia jika cabaran
Wawasan 2020 dapat dicapai. (4M)

2) Huraikan dua ciri masyarakat saintifik dan progresif yang hendak dicapai
melalui Wawasan 2020. (4M)

Cabaran pertama yang digariskan dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan


sebuah negara yang mempunyai matlamat yang serupadan dikongsi bersama,
iaitu Sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil dan didokong oleh
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada
negara.

3) Huraikan dua strategi yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi cabaran


pertama dalam Wawasan 2020 di atas. (4M)
TERIMA
KASIH

You might also like