Beban Guru

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 33

1

ARKIB : 01/04/2010 www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt.

Tubuh jawatankuasa khas kaji beban tugas guru - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu
jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung
oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan
itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah
negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada
tugas mengajar.

"Saya sudah arahkan jawatankuasa itu nanti mengenalpasti bagaimana masalah (bebanan
tugas) itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh kementerian guna pakai,
sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang
tahap pendidikannya lebih tinggi dari kita untuk dicontohi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat


antara Kementerian Pelajaran dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini. Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Menurut beliau, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan
keanggotaannya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP diberi
masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin
berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid,
pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat
mengikut keperluan semasa.

"NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada setiap Sabtu, sedangkan
pekeliling yang dikeluarkan, guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap
bulan disebabkan guru terbabit terlibat dengan banyak aktiviti.

"Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana kita tidak mahu tugas hakiki guru iaitu mendidik
pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas terganggu disebabkan bebanan tugas
lain yang terpaksa dipikul," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan
aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak NUTP yang
menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

"Kementerian akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali


membebankan guru. Sebab itu, kementerian menubuhkan jawatankuasa ini, tidak lain tidak
bukan untuk mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru,"katanya.
2

Beban Tugas Guru

CikguPA on Tue Sep 29, 2009 6:21 pm

Tugas tambahan jejas keupayaan guru. Oleh Azrul Affandi Sobry

Penambahan jawatan staf sokongan amat penting untuk beri fokus tugas mengajar

AWAL tahun, hari sukan, hari kokurikulum, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG), hari terbuka, musim peperiksaan, pertandingan peringkat daerah dan negeri, minggu
suai kenal serta banyak lagi beban kerja yang selama ini terpaksa ditanggung guru sehingga
sering kali memberi tekanan kepada mereka. Guru kini bukan sekadar pengajar, malah
semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di
sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana
guru pun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas
mereka yang semakin hari semakin membebankan. Itulah gambaran yang sewajarnya
dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini
yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran
serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.

Banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai
beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan
banyak 'songeh' serta pelbagai kritikan lagi seperti – 'sudahlah kerja separuh hari, cuti
banyak pula, itupun nak merungut'. Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan
guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika
ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani
dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga
atas katil sebelum tidur. Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau
pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid,
data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran,
rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat
pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri.

Justeru, tak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman
berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer
walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada
komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer. Sebagai contoh, setiap tahun
guru perlu mengemaskini maklumat murid serta data peribadinya. Tak cukup dengan itu,
kutipan yuran perlu dibuat sendiri dan direkodkan dengan kemas. Maklumat lain termasuk
rekod pinjaman buku teks dan keputusan peperiksaan perlu dikemas kini segera. Bagi guru
yang ditugaskan mengepalai panitia pula, beban itu ditambah dengan keperluan
menyediakan kertas soalan peperiksaan hampir setiap dua atau tiga bulan. Ada pula guru
yang mahir sedikit dalam reka bentuk grafik ditugaskan pula menyediakan grafik untuk
majalah sekolah.

Tidak perlulah diperincikan semua beban tugas lain yang perlu lakukan kerana realitinya itu
bukan tugas utama guru di sekolah, malah tak pernah diajar ketika mereka mengambil
3

kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG). Guru kelas pula pastinya sering
merungut setiap kali musim kemas kini data tiba dan mereka ini juga yang kebiasaannya
ditugaskan sebagai guru panitia, guru pembimbing rumah sukan serta kelab.

Persoalannya, bukankah semua beban tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang
lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah kerja membabitkan
kewangan perlu dilaksanakan kerani kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh
pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus
dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu
mengajar subjek kritikal.

Guru IT pula hanya layak mengajar asas komputer seperti menggunakan perisian Microsoft
Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan
guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat
secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar. Pengerusi Majlis
Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman, berkata kementerian wajar
mewujudkan satu jawatan baru di sekolah iaitu staf sokongan yang ditugaskan merekodkan
data.

"Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan
tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru
bermula. Ketika itu, guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya
tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. "Mereka perlu mengutip yuran, sediakan
buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya
membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai
pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. "Justeru, penambahan jawatan
staf sokongan itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka
iaitu mengajar. Mereka perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja pekeranian.
Jangan biarkan mereka terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap
hujung bulan," katanya.

Jemali turut bersetuju bahawa guru kini bukan sekadar layak digelar kerani tetapi mungkin
tukang kebun, pengasuh, pereka grafik, tukang cat dan semua beban kerja yang
dilonggokkan ke bahu mereka. Katanya, masa yang lapang hanya dua atau tiga waktu tetapi
mengikut pekeliling, ia perlu diisi dengan persiapan mengajar. "Cuti tahunan atau cuti rehat
khas hanya ada tujuh hari. Mana cukup untuk digunakan apabila perlu. Berbeza dengan
sektor lain, mereka ada tempoh cuti tahunan lebih panjang dan dapat fokus pada skop kerja
mereka. "Contohnya, mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital.
Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya
perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas
di bahu mereka," katanya. Justeru, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan
keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Jangan
satu hari nanti, kerjaya guru tidak lagi dipandang tinggi lantaran tidak lagi bertindak sebagai
penyampai ilmu berkaliber kerana terlalu fokus pada tugas lain.
4

Re: Beban Tugas Guru

  CikguPA on Fri Nov 27, 2009 7:44 am

Guru SK dibebani tugas kerani

PELBAGAI pihak menyalahkan guru sekolah Kebangsaan (SK) kerana dikatakan gagal
mendidik pelajar jika dibandingkan dengan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) yang kononnya cemerlang. Lantaran itu ada pihak yang mencadangkan agar guru SK
dihantar mengikuti kelas pembelajaran Matematik dan Sains di SJKC terpilih.

Malah ada pertubuhan perguruan mempertikaikan komitmen guru SK dalam mendidik


pelajar dan menuduh guru SK kurang memberikan latihan kepada pelajar. Semua pihak
menghentam guru SK seolah-olah mereka inilah yang harus dipersalahkan dan mereka yang
mengkritik pula telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Golongan ini langsung
tidak melihat elemen-elemen lain yang menyebabkan prestasi SK merosot. Sedarkah
mereka bahawa SJKC hanya mengambil pelajar Cina yang pintar sahaja untuk belajar di SJKC
manakala lebihannya dihantar ke SK untuk didik oleh guru SK? Adilkah bebanan yang
terpaksa ditanggung oleh guru SK? Golongan ini juga tidak sedar bahawa merekalah yang
'merosakkan' reputasi guru sebagai pendidik dengan membebankan guru SK dan SMK
dengan tugas-tugas perkeranian yang semakin menimbun saban tahun.

Setiap pengetua dan guru besar pula menekan guru-guru untuk menyediakan pelbagai
laporan yang boleh dibuktikan kepada Jabatan Pelajaran Negeri agar membolehkan mereka
layak mendapat jawatan Pengetua Cemerlang. Itu belum lagi tugas sebenar seorang guru
iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang 'terganggu' oleh keperluan jabatan-jabatan
kerajaan lain seperti Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan banyak lagi.
Semua keperluan ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan bergelar kerani, bukannya guru
kerana tugas sebenar seorang guru ialah terlibat dengan P&P. Namun semuanya itu
dilonggokkan ke atas bahu para guru dengan alasan profesionalisme. Semakin banyak kerja
perkeranian dan perburuhan yang dilakukan maka semakin profesionallah guru tersebut.

Sebenarnya banyak lagi aspek dan elemen yang boleh 'dikambinghitamkan' sebagai jawapan
atas kegagalan pelajar di SK. Antaranya ialah sikap tidak bertanggungjawab dan tidak
prihatin ibu bapa, kemiskinan, kurang pendedahan, persekitaran, kurang kemudahan dan
sebagainya.

Namun semua itu akan dapat diatasi sekiranya profesionalisme perguruan dikembalikan ke
jalan yang benar iaitu para guru 100 peratus melibatkan diri dengan P&P, bukannya sebagai
kerani kaunter kutipan bayaran, kerani mengira kehadiran penonton di stadium, kerani
statistik, kerani banci penduduk, kerani syarikat penyelenggaraan dan lain-lain yang
langsung tidak berkaitan dengan P&P. Jika golongan pensyarah di kolej-kolej dan universiti
boleh menjalankan P&P mereka tanpa kerja-kerja yang tak berkaitan, mengapa guru-guru
tidak?

Menteri Pelajaran sebelum ini pernah membuat penyelidikan betapa banyaknya beban
kerja guru. Malah beliau telah mengungkapkan "saya kasihan akan guru-guru saya" apabila
5

hasil kajian beliau mendapati para guru 'diseksa' dengan kerja-kerja perkeranian yang
melambak-lambak. Namun setakat itu sahaja kerana dunia perguruan terus bercelaru
dengan pelbagai beban kerja di luar P&P. Kerja-kerja perkeranian mengganggu P&P guru.
Guru adalah manusia biasa yang mempunyai kemampuan berfikir dan bekerja yang terhad.
Pengetua, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mahupun
Kementerian Pelajaran Malaysia, masing-masing hanya mahukan satu laporan atau satu
statistik sahaja daripada seorang guru tetapi guru tersebut perlu melakukan empat
pekerjaan di luar bidang P&Pnya. Alangkah bagusnya setiap tahun hanya satu kerja sahaja
daripada empat pihak tersebut. Ironinya keadaan itu adalah mustahil!

Janganlah salahkan guru semata-mata. Sistem pendidikan dan penyampaian Kementerian


Pelajaran Malaysia wajar berlaku adil kepada seluruh guru. Berilah keadilan kepada guru-
guru SK dan SMK, iaitu 100 peratus P&P dan tiada lagi 'guru kerani'. Insya-Allah pendidikan
SK dan SMK akan terus gemilang.

Re: Beban Tugas Guru

CikguPA on Thu Dec 03, 2009 9:17 pm

SAYA merujuk kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Md Dom yang
menyarankan supaya guru menerima saja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk
sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik. Sebagai guru, saya
percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai
bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru. Namun begitu, saya
berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui mengenai
bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa
dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam
kelas.

Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru sepuluh kali ganda pun, tapi kalau
semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah kita.
Inilah yang menimbulkan rungutan guru. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran
terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin.
Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang
termampu dalam masa dan tenaga yang terhad. Tugas perkeranian ini bukan saja sudah
menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia mengelabui mata
pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke
peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran daripada kalangan guru
yang juga orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan
pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik dilonggarkan. Kenapa tidak kita
berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah
kerja akademik.
6

Re: Beban Tugas Guru

CikguPA on Mon Dec 07, 2009 6:58 pm

Pentadbiran juga bidang tugas guru

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat dalam ruangan ini bertarikh 3 Disember lalu
atas tajuk 'Pendidik tak wajar lakukan tugas pentadbiran'. Kenyataan 'guru-guru baru
hendaklah bersedia menerima sebarang tanggungjawab diberikan pengetua/guru besar
mereka', adalah ucapan saya ketika merasmikan konvensyen guru baru, Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) yang berjumlah lebih 500 orang di Putrajaya baru-baru ini.

Pada umumnya, profesion perguruan memerlukan komitmen tinggi semua pendidik. Ini bagi
memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak
berbelah bagi. Malah, kenyataan 'Akmal Fairuz' dalam sebuah akhbar tempatan 3 Disember
lalu mengenai tugas profesional guru dan tugas pentadbiran, masih boleh dipersoalkan.

Sebenarnya tugas seperti menulis buku rekod mengajar, memeriksa buku latihan murid dan
surat makluman kepada ibu bapa/penjaga adalah sebahagian tugas profesional guru. Semua
guru bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan prihatin terhadap kemajuan serta
kelemahan setiap anak didik mereka. Makluman ini bukan saja untuk pengetahuan guru
bahkan untuk disampaikan kepada ibu bapa/penjaga. Oleh itu, tugas yang dikatakan tugas
perkeranian itu sebenarnya, sebahagian tugas guru untuk mendidik setiap murid bagi
mencapai objektif pendidikan.

Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik, pengajaran dan pembelajaran (P&P)
tidak hanya berlaku dalam bilik darjah, malah guru perlu mempunyai kreativiti serta inisiatif
untuk melaksanakan P&P melalui aktiviti di luar bilik darjah. Seorang guru perlu berusaha
untuk membentuk kemahiran berfikiran kritis dan kreatif murid belajar melalui pengalaman
secara terus (kontektualisme dan konstruktivisme) seperti gerak kerja luar bilik darjah,
lawatan sambil belajar dan aktiviti kemasyarakatan bersesuaian dengan keperluan murid.

Usaha ini membabitkan pembentukan nilai murni, sahsiah, peribadi mulia serta kemahiran
insaniah melalui aktiviti pasukan beruniform, kelab, sukan dan permainan dan lain-lain
aktiviti luar darjah. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran berhasrat
memperkasa sukan dan permainan di sekolah bagi melahirkan atlit muda. Hal ini sudah
tentu memerlukan komitmen guru sebagai orang di barisan hadapan untuk melatih dan
mengenal pasti bakat murid. Oleh itu, latihan sebegini adalah juga tugas profesional seorang
guru. Ini juga selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang
seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Seorang pentadbir sekolah perlu
dilantik di kalangan profesional (guru) kerana berasaskan kepada pengetahuan dan
pengalaman, pengetua/guru besar berupaya untuk memastikan semua dasar yang berkaitan
dengan pembangunan kemanusiaan dapat dilaksanakan selain urusan pentadbiran biasa.

Guru mempunyai kelebihan dari segi pengetahuan ilmu psikologi kanak-kanak/remaja dan
kepakaran dalam pedagogi. Maka, semua guru sebagai seorang profesional perlu merebut
peluang menimba pengalaman dengan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti sebagai
7

langkah menyediakan diri untuk menjadi seorang pengurus dan pentadbiran profesional
kelak.

Berkaitan dengan pandangan 'Akmal Fairuz', guru hanya memberi tumpuan kepada P&P di
bilik darjah, tidak begitu tepat. Pengurusan pendidikan dilaksanakan oleh orang profesional.
Mereka lebih arif dan berpengalaman mengenai perkara membabitkan pendidikan dan
melahirkan modal insan. Tidak salah guru yang berpengalaman dilantik sebagai pentadbir
seperti menjadi Pengetua/Guru Besar, pegawai PPD/JPN hingga peringkat kementerian. Ini
juga menjadi amalan di kebanyakan negara maju. Adalah menjadi harapan saya, semua guru
melaksanakan tanggungjawab penuh dedikasi dan amanah bagi memartabatkan profesion
perguruan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat
selaras gagasan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'

Guru jadi kerani di sekolah?

CikguPA on Thu Dec 10, 2009 10:59 am

Guru jadi kerani di sekolah?

SAYA merujuk maklum balas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Md. Dom
terhadap tulisan saya di Forum Utusan Malaysia yang bertajuk Erti Sebenar Guru Cemerlang.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana barangkali saya tidak menulis secara jelas
tentang apa yang saya maksudkan dengan beban kerja perkeranian dalam tulisan itu. Biar
saya jelaskan lebih lanjut tentang ‘beban kerja perkeranian’.

Contoh pertama: Tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru,
terutama sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi murid
yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa bercerai,
ibu bapa bergaduh, ayah dibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya diadukan kepada
guru. Itu tak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan mengesat air mata murid boleh
membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru yang merungut. Tetapi guru biasiswa, lain
pula ceritanya. Mereka perlu membuat salinan borang, mengedarkan borang, mengutip
semula borang dan memastikan semua borang diisi dengan betul, termasuk memastikan
semua salinan dokumen sokongan lengkap, seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya.
Sebelum semua ini bermula, mereka perlu mencari murid yang miskin untuk diberi bantuan
biasiswa. Ada banyak jenis biasiswa untuk murid sekolah dan semuanya ada syarat layak
yang tertentu, tetapi secara umumnya murid yang keluarganya mempunyai pendapatan
kurang daripada seribu ringgit sebulan, layak mendapat bantuan. Soalnya, tidak bolehkah
kerja mengenal pasti murid dan semua ‘kerja-kerja kertas’ itu dibuat oleh kerani? Apa kaitan
pengurusan biasiswa yang banyak melibatkan kertas itu dengan kerja guru yang sebenar,
iaitu P&P?

Contoh kedua: Saya fikir hampir semua guru sedar bahawa bagi orang-orang politik, semua
masalah sosial negara perlu diselesaikan di sekolah. Benar, sekolah memang tempat
mendidik, tapi apakah setiap kali ada masalah kita hendak buat satu persatuan atau kelab
8

baru. Tugas guru ialah mendidik murid membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan
kita mengajar mereka supaya berfikir sendiri. Kita tidak boleh sebut satu-satu ‘merempit
salah’, ‘hisap dadah salah’ atau ‘mencuri salah’, kerana ada terlalu banyak kerja jahat dalam
dunia ini. Kita perlu ajar murid berfikir sendiri. Tetapi apabila kita menghadapi masalah
mengatasi jenayah, guru diminta membuat satu kelab antijenayah. Bila ada masalah dadah
pula, kita buat pula kelab antidadah, seolah-olah masalah dadah bukan jenayah yang tidak
boleh digabung dengan antijenayah. Kemudian kita dapati murid kita tidak sayang kepada
negara, kita buat pula kelab kenegaraan, seolah-olah Persatuan Sejarah sudah gagal. Kita
boleh buat 100 persatuan dan kelab pun mengikut kehendak masyarakat luar, tetapi siapa
yang hendak membuat kerjanya? Mengadakan persatuan bukan semata-mata berkumpul
dan membuat aktiviti. Guru perlu menyiapkan laporan, mendaftar persatuan, mengambil
gambar, membuat perancangan tahunan. Ini semua ‘kerja-kerja kertas’. Mengapa tidak
boleh hantar pegawai polis atau pegawai dari Biro Tata Negara (BTN) datang menguruskan
persatuan ini di sekolah? Datanglah setiap hari Sabtu misalnya, untuk aktiviti ini.

Contoh ketiga: Guru data. Tugas guru ini ialah merekodkan hal perjawatan guru, misalnya,
tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh temuduga, tarikh sah jawatan, tangga gaji, kursus dan
sebagainya. Oleh kerana tugas merekod ini berat, maka guru-guru Data biasanya
dikurangkan waktu mengajar, kepada 12 hingga 15 waktu daripada biasanya 25-29 waktu
untuk guru-guru lain (setiap waktu ialah 40 minit di sekolah menengah dan 30 minit di
sekolah rendah). Masalahnya, guru-guru data ini merekodkan perkara yang Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran sudah tahu, contohnya, tarikh-tarikh penting seperti tarikh lapor
diri, tarikh lantik, tarikh sah jawatan. Bukankah surat datang dari SPP?

Contoh keempat: Guru tingkatan. Guru tingkatan ialah antara orang yang paling sakit kepala
di sekolah kerana semua guru-guru lain bekerja melalui guru tingkatan. Guru biasiswa
hendak edar borang, suruh guru tingkatan. Sekolah hendak cuti, guru tingkatan perlu edar
surat. Guru SPBT hendak edar buku teks, guru tingkatan perlu uruskan. Murid kemalangan,
hendak mohon insurans, guru tingkatan juga perlu uruskan. Guru Penolong Kanan
kokurikulum hendak maklumat kokurikulum murid, pun suruh guru tingkatan, bukan suruh
guru persatuan atau kelab. Murid tidak datang sekolah, guru tingkatan perlu hantar surat
amaran. Kelas tak ada penyapu, pun guru tingkatan kena belikan. Kadang-kadang kalau
kelas kotor, cikgulah yang kena menyapu walaupun sekolah ada tukang sapu swasta. Kalau
pegang kelas baik, tak apa. Tapi kalau dapat kelas belakang, memang guru boleh kena
serangan jantung.

Sekarang ini syukurlah kita ada sistem online yang mengumpul data peribadi murid yang kita
panggil Sistem Maklumat Murid (SMM). Seorang guru dilantik menjaga SMM ini. Jika guru
data menjaga maklumat guru, guru SMM menjaga maklumat murid. Tetapi, walaupun SMM
sudah ada, guru tingkatan masih perlu mengisi kad 001. Untuk apa, saya pun tidak tahu.
Setiap tahun, guru yang memegang kelas tingkatan 1 perlu menyiapkan kad 001 seawal
bulan Februari atau Mac. Tetapi selepas itu tiada siapa yang hendak mengurus kad 001 itu,
sebab hampir semua keperluan maklumat murid akan diambil dari SMM. Jika kita ada
setengah juta murid baru masuk ke tingkatan satu, ada setengah juta lagi murid baru masuk
darjah satu. Jika harga kad 001 itu satu ringgit, kita membelanjakan satu juta ringgit untuk
kad 001 yang tidak digunakan pun. Ini duit siapa satu juta ini? Dan hal menguruskan kad 001
itu, tenaga siapa kalau bukan guru?
9

Contoh kelima: Guru perabot. Bila ada masalah perabot sekolah, guru ini kerjanya
mengangkut kerusi meja yang rosak dan mengira berapa banyak perlu dihapuskan, berapa
banyak perlu mohon yang baru, dan berapa banyak boleh dibaiki. Adakah semua ini
membantu murid meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah sebagaimana disebut oleh
KPPM dalam tulisannya? Barangkali KPPM tidak pernah nampak rupa guru bermandi peluh
turun naik tangga mengangkut perabot, ada yang ringan, ada yang berat. Saya pernah
nampak; macam buruh yang kerja membuat bangunan. Saya tidak nafi, di luar negara pun
amalannya ialah melantik guru akademik membuat kerja pentadbiran. Tapi berapa banyak
kerja pentadbiran yang mereka ada? Adakah sampai memakan masa 70-80% masa kerja?
Saya pernah melawat sekolah di luar negara, dan Guru Besar mereka pun mengajar hampir
separuh daripada masa kerja dan membuat kajian tindakan. Adakah Guru Besar dan
Pengetua kita membuat kajian tindakan? Setahu saya, hanya negeri Johor mewajibkan
semua guru membuat kajian tindakan, itupun ramai yang membuat kajian ‘depan komputer’
kerana kesuntukan masa. Akuilah, kerja pentadbiran memang sudah mengganggu tugas
hakiki guru kita. Kalau tidak mengapa Menteri Pelajaran sejak Datuk Hishamuddin bercakap
tentang beban kerja guru?

Mengapa Menteri Pelajaran pernah menyebut tentang institut latihan guru sukan, supaya
guru akademik tidak perlu lagi membuat tugasan kokurikulum, sebagai usaha
mengurangkan beban kerja guru? Adakah Menteri Pelajaran tanpa latar belakang
pendidikan lebih sedar hakikat di sekolah berbanding KPPM yang pernah menjadi guru? dan
mengapa perlu ada Standard Guru Malaysia (SGM) jika kita sudah ada Tonggak 12, kalau
bukan kerana guru kita sudah terpesong dari apa yang digariskan dalam Tonggak 12, dek
kerana kerja-kerja perkeranian ini? Atau adakah SGM dibuat supaya lebih banyak ‘kerja-
kerja kertas’ dibuat oleh guru?

Kemelut profesion guru akan berterusan

CikguPA on Thu Dec 10, 2009 11:12 am

Kemelut profesion guru akan berterusan

TULISAN Tan Sri Alimudin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan
saudara Alzaman mengenai rungutan beban kerja guru jelas menunjukkan bahawa mereka
tidak sedar apa beban kerja yang sering menjadi bebelan para guru. Kenyataan-kenyataan
yang dikeluarkan oleh mereka menunjukkan bahawa mereka tidak mengerti perkembangan
dunia pendidikan masa kini. Mereka sepatutnya meninjau pendapat para guru itu sendiri
apakah beban kerja tersebut dan bagaimana hendak meningkatkan kualiti pendidikan
negara. Bukannya hanya sekadar meneliti laporan 'cantik' dan ungkapan 'semua berjalan
lancar' dari mulut pegawai-pegawai sahaja.

Jika KPPM turun padang, jawapan yang pasti keluar daripada mulut guru-guru ialah 'buang
jauh-jauh' kerja-kerja perkeranian dari senarai bidang tugas para guru. Mereka harus
mengakui kerja-kerja perkeranian menganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
kerana seluruh warga pendidik merintih akibat gangguan tersebut. Sebagaimana yang ditulis
oleh KPPM bahawa menulis buku rekod mengajar, memeriksa buku latihan murid dan surat
makluman kepada ibu bapa atau penjaga kerana itu adalah sebahagian daripada tugas
10

profesional guru tetapi seingat saya tidak pernah para guru merungut mengenai tugas
seperti itu. Kenyataan KPPM bahawa sebagai seorang pendidik, pengajaran dan
pembelajaran (P&P) tidak hanya berlaku dalam bilik darjah. Malah guru perlu mempunyai
kreativiti dan inisiatif untuk melaksanakan P&P melalui aktiviti di luar bilik darjah. Seingat
saya juga tidak pernah ada para guru yang merungut atau menulis di media massa
mengenai kegiatan ko-kurikulum dan menganggapnya sebagai beban.

Begitu juga dengan penulisan saudara Alzaman yang mungkin sudah ketinggalan zaman
yang masih dibuai oleh kata-kata hikmat dan keramat pensyarah zaman pop yeh-yeh beliau
iaitu "Guru adalah segala-galanya" sedangkan hakikatnya guru-guru yang seangkatan
dengan saudara Alzamanlah yang sering merungut bahawa dunia pendidikan sudah tidak
seperti dahulu lagi kerana mereka dapat menilai perbezaan tugas mengajar dahulu dengan
bebanan kerja perkeranian yang diletakkan di atas bahu guru-guru sekarang. Buktinya ada
yang berkira-kira untuk bersara awal malah ada yang telah berhenti kerana mereka menjadi
guru kerana minat mengajar bukannya minat menjadi kerani!

Janganlah demi untuk menutup 'penindasan terhormat' terhadap guru-guru, ungkapan,


perumpamaan dan istilah-istilah seperti 'guru adalah segala-galanya', 'semakin banyak
tugas-tugas perkeranian dan perburuhan maka semakin profesionallah para guru' dan
banyak lagi ungkapan dicipta. Sebaik-baiknya biarlah guru kekal dengan ungkapan keramat
nan satu iaitu 'guru ibarat lilin membakar diri menerangi orang lain'! Baru-baru ini Menteri
Pelajaran telah melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM) yang bertujuan untuk
memartabatkan profesion perguruan ke suatu aras yang lebih tinggi. Namun pastikan ia
bukan satu lagi projek yang akan mengganggu P&P para guru, yang boleh dieksploitasi oleh
para pentadbir sekolah untuk menekan para guru supaya menyediakan pelbagai laporan
dan statistik yang akhirnya akan digunakan oleh pihak pentadbir sebagai bukti untuk
kecemerlangan kerjaya mereka sahaja! Pentadbir sekolah berjaya merangkul pelbagai
anugerah dan pujian, malangnya para guru pula semakin tertekan dan para pelajar yang
akan menjadi mangsa.

http://pengajianam900.forumotion.com/t297-beban-tugas-guru ahad-20.02.2011

Khamis, 13 Mei 2010

Khidmat pembantu mampu atasi beban tugas guru di sekolah

Oleh Ridzuan Yeop 2010/05/13


BEBAN kerja bertambah adalah antara isu utama yang sering diperkatakan dalam kerjaya
seorang guru. Selain itu, cuti pada setiap Sabtu yang dinikmati sebahagian guru juga
mungkin sudah menjadi sejarah. Mereka kini bertugas pada hari itu untuk mengendalikan
aktiviti kokurikulum, bermesyuarat selain mengajar kelas gantian bagi cuti perayaan. Itu
belum termasuk beban tugas dibawa pulang ke rumah seperti menyemak tugasan sekolah
serta membuat persiapan mengajar yang memerlukan sesetengah bersengkang mata hingga
larut malam. Sememangnya guru wajar menerima kenyataan bahawa mereka yang memilih
bidang itu sebagai kerjaya perlu menerima beban tugas yang diberikan tanpa banyak soal.
11

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata


masalah beban tugas guru termasuk perlu bertugas pada setiap Sabtu sememangnya antara
aduan paling banyak diterima kesatuan termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, tugas hakiki guru adalah mengajar tetapi mereka turut dibebani tugas lain
yang tiada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas seperti pentadbiran
mahupun pekeranian. “Kesatuan memahami masalah yang dihadapi, termasuk guru
menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya 'arahan dalam arahan' yang mana
mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak
atasan pada peringkat berbeza. “Contoh, jika Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran
negeri mahu setiap sekolah melaksanakan satu projek untuk setiap sekolah, sebaliknya
arahan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau sekolah pula mungkin setiap guru perlu
melaksanakan satu projek dan ini sudah tentu membebankan guru,” katanya.
Sehubungan itu, NUTP yang turut terbabit dalam jawatankuasa khas ditubuhkan
Kementerian Pelajaran untuk mengkaji beban tugas guru, sudah mengenal pasti beberapa
faktor puncanya dan akan dibentangkan dalam beberapa siri mesyuarat jawatankuasa untuk
ditangani.

“Jawatan pembantu guru perlu diwujudkan segera bagi membantu guru yang turut
melaksanakan tugas pentadbiran dan menjadi antara punca utama beban guru bertambah,”
kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof
Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan. “Jika makmal, ada pembantu makmal begitu juga
dengan pembantu IT (Teknologi Maklumat) di sekolah, sudah sampai masa jawatan
pembantu guru diwujudkan bagi meringankan beban guru,” katanya sambil memberitahu
PIBGN pernah mencadangkan keperluan itu kepada kementerian.

Beliau berkata, buat permulaan barangkali seorang pembantu guru boleh dilantik bagi
membantu empat atau lima guru melaksanakan kerja pentadbiran dan perkeranian.
Katanya, jika beban guru dikurangkan, mereka boleh menumpukan perhatian terhadap
tugas hakiki, iaitu pengajaran dan pembelajaran selain meningkatkan soal disiplin dan
keselamatan anak di sekolah. “Ketika dibebani tugas, guru perlu memahami mereka adalah
insan berbeza yang diberi tanggungjawab murni mendidik anak bangsa. Ini tugas suci dan
mereka tidak wajar mudah kecewa,” katanya mengucapkan syabas kepada guru selaku
pendidik tulen sepanjang zaman.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata bagi
mengurangi beban guru, setiap guru besar atau pengetua perlu bijak mengatur serta
mengagihkan tugas kepada guru masing-masing. “Jika tidak, akan ada guru yang terpaksa
melakukan kerja yang begitu banyak dan yang lain kurang,” katanya sambil mencadangkan
mereka mewujudkan senarai semak bagi memastikan setiap guru mendapat tugas yang
mampu mereka laksanakan selain memantau setiap tugasan yang diberikan sama ada
membabitkan tugas mengajar dan aktiviti kokurikulum dengan perancangan setiap awal
tahun.

Selain itu, Ruslan berkata, bilangan murid yang ramai, contoh 45 hingga 50 orang dalam
sebuah kelas; turut menyebabkan guru dibebani tugas untuk mengajar berbanding
mengajar antara 30 hingga 35 murid.
12

Apapun, yang pasti jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi
menangani masalah beban tugas guru itu bakal memberikan harapan baru dalam profesyen
perguruan supaya minat terhadap kerjaya ini di kalangan guru sedia ada dan generasi muda
tetap subur. Apatah lagi penubuhan jawatankuasa khas itu awal April lalu adalah atas
perhatian serius Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri
Pelajaran bagi memastikan guru tidak terus dibebani tugas tidak sepatutnya.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil NUTP akan mengenal pasti tahap
serius isu itu serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya. Setiap guru perlu
yakin bahawa bebanan tugas yang mengekang kemajuan kerjaya, kehidupan dan emosi
mereka selaku pendidik akan tetap diatasi supaya tiada lagi yang terluka – bagi
membolehkan lilin yang membakar itu terus menerangi dunia ilmu dan pendidikan anak
bangsa.

Berita Harian Online: 13 Mei 2010


http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/05/khidmat-pembantu-mampu-atasi-
beban.html

Tokoh syor empat langkah kurang beban tugas guru

Oleh Syuhada Choo Abdullah 2010/05/24


Konsep ‘masyarakatkan pendidikan’ tak perlu kos tambahan KUALA LUMPUR: Tokoh
akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad,
menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah
melalui konsep ‘memasyarakatkan pendidikan’ yang tidak mencetuskan kos tambahan
kepada kerajaan.

Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk
menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam
pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta
mewujudkan persatuan pesara guru. Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan
Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata
sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap
pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.
“Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti
di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus
kepada tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta
mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar
bilik darjah dan memakan masa guru selama ini,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru
dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji
13

masalah berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas
di sekolah rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus
mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan
bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial. Dalam konteks ini, katanya,
sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta
infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.

“Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak
kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan
kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.

“Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua’ atau
bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting
seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan
golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu
Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha
mempertingkat profesionalisme guru.

INFO: Empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/20100524063851/Article

Beban Tugas Guru: Cadangan Untuk Menghadkan 25 Murid Setiap Kelas

Laporan Berita Harian 18 Mei 2010 menyatakan bahawa menghadkan murid kepda 25 orang
setiap kelas adalah antara 40 cadangan yang dikemukakan untuk mengatasi bebanan tugas
guru. Rasanya syor ni lama sangat dah diketengahkan tapi sampai sekarang tak nampak
hasilpun.

Selain itu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan itu juga telah mengsyorkan 4 perkara untuk
meringankan beban tugas guru. Antaranya ialah:

1. Mengurangkan bilangan jawatankuasa di sekolah.

2. Mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian.

3. Menyusun semula tugas perkeranian di sekolah.

4. Menyelaraskan kursus guru agar tiada pertindihan berlaku.

Adakah syor ini akan dilaksanakan nanti? Apa yang kita sebagai pendidik ialah setiap tahun
ada sahaja tugas yang ditambahkan kepada guru-guru di sekolah. Antaranya ialah KWAPM,
Doktor Muda, Kelab Pencegahan Jenayah dan entah apa-apa lagi.
14

Jika dulu masa terluang guru-guru boleh digunakan untuk memeriksa buku latihan murid,
menyediakan bahan P&P, menambahkan ilmu P&P dan lain-lain yang berkaitan dengan
kecemerlangan murid.

Akibat daripada bebanan tugas yang tiada kaitan dengan Falsafah Pendidikan Negara ini,
kebanyakan guru tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut malah bila balik ke
rumahpun dah terlalu letih. Yelah selain daripada beban tugas yang tiada kaitan dengan
kecemerlangan murid mengikut Falsafah Pendidikan Negara, guru juga dibebankan dengan
tugas-tugas yang ada kaitan dengan P&P seperti:

1. Headcount – awal tahun dan setiap kali ada exam (borang entah apa-apa perlu diisi),

2. Pentaksiran Lisan (PLBS)  -BI dan BM  (macam-macam jenis borang)

3. PEKA dan PAFA – Sains dan Agama (borang/buku)

4. PROTIM – Matematik (borang/kertas ujian)

Dan banyak lagi yang malas saya nak cerita kat sini belum termasuk pelbagai jenis fail yang
perlu dikemaskini secara berkala.

P/S:Kalau sekolah besar mungkin takpe tapi sekolah kecik macam saya ni memanglah parah.
Seorang cikgu kena buat bermacam-macam tugas sebab kakitangan tak cukup.

P/S 2: Kesian kat pelajar. Kadang-kadang guru tak masuk kelas satu hari bila ada tugasan
yang perlu disiapkan atas arahan sebab pihak atasan nak datang melawat sekolah. ………
Nasib baik aku bekajar zaman guru-guru hanya menjadi seorang pendidik dan ibu bapa
kedua di sekolah.

http://www.lamanwebinfo.com/2010/09/beban-tugas-guru-cadangan-untuk-menghadkan-
25-murid-setiap-kelas/
15

http://www.cikgublog.com/beban-tugas-guru/

Friday, April 02, 2010

Beban Tugas Guru Akan Dikaji


KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru
yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian
hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta
diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP,
selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah,
hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
16

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit
dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti
pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar
tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya
pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran
dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti
punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi
menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh
kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya
dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan
aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang
menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan
jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk
memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya. - BERNAMA
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/04/beban-tugas-guru-akan-dikaji.html

Tugas guru : NUTP gariskan beban tanggungan

KEADAAN guru yang terpaksa mengisi 23 borang berkaitan disiplin merupakan salah satu
beban tugas guru yang dilaporkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP).

Laporan itu yang dimuatkan dalam buku Pandangan dan Syor NUTP Beban Guru 2005
menggariskan secara terperinci beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh golongan guru
sama ada di peringkat rendah mahupun menengah.

Selain mengisi borang berkenaan, seorang guru perlu mengisi kira-kira 100 sehingga 600
helai borang untuk mata pelajaran setiap kali penilaian Laporan Adab Belajar (LAB).

Ini tidak termasuk menguruskan 11 fail yang berkaitan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu
sembilan buah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan dua buah oleh
Jabatan Pelajaran Negeri.
17

Antara fail yang terpaksa diuruskan oleh guru ialah fail senarai pelajar yang layak dan tidak,
fail borang keperluan buku, fail salinan sijil akuan, fail surat-surat pekeliling, fail surat
menyurat dengan agensi Kementerian Pelajaran, fail rekod SPBT.

Guru juga terpaksa mengisi dan menyediakan laporan sehingga 14 fail Panitia yang
antaranya ialah sukatan satu rancangan, minit mesyuarat, maklumat diri, guru, perancangan
tahunan, perkembangan kakitangan, pencerapan, program peningkatan prestasi pelajar dan
analisis peperiksaan.

Lebih mengecewakan, dalam bidang pentadbiran pula seorang guru perlu menulis buku
rekod kedatangan pelajar kerana ia tidak boleh menggunakan cetakan komputer semata-
mata kerana pihak audit tidak menerima dokumen cetakan komputer.

Ini menyebabkan semua urusan rekod peribadi pelajar terpaksa ditulis berkali-kali dan
dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada guru kelas.

Dalam bidang ko-kurikulum pula, banyak guru yang terpaksa terlibat dalam aktiviti luar yang
menjejaskan mutu dan kualiti kerja malah ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang
menganjurkan 30 aktiviti dalam tempoh sebulan.

Sementara itu dalam buku tersebut NUTP menggariskan beban tugas guru, selain mengajar,
kepada lima bahagian iaitu:

1. Urusan Data, Fail, Buku Rekod dan Laporan yang membabitkan:

a) Pemprosesan maklumat guru/pelajar sekolah

b) SPBT/stok mata pelajaran/bengkel

c) Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk SPM/STPM/PMR.

d) Penilaian Lisan Berasaskan Sekolah (PBLS)

e) Buku Nilam Sekolah

f) LAB.

g) Baitulmal/biasiswa

h) Laporan guru bertugas

i) Urusan disiplin pelajar

j) Urusan pusat sumber

k) Program khas dari jemaah nazir

l) Buku rekod kerja sekolah.


18

2. Bidang Pentadbiran

a) Pegawai pinjaman di JPN dan PPD

b) Pengurusan Pentadbiran

c) Kutipan yuran dan pelbagai

d) Guru khas.

3) Kurikulum

a) Jenis peperiksaan

b) Program-program sekolah/JPN/ Kementerian pelajaran.

c) Kertas kerja kajian tindakan

d) Panitia

e) Mata pelajaran

f) Pentaksiran ULBS

g) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4. Ko-kurikulum - Aspek keselamatan dan perlindungan guru dan pelajar.

5. Hal Ehwal Murid (HEM) - Urusan HEM sekolah menengah berasrama.

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?dt=0825&pg=be_01.htm&sec=Berita&y=2005

Beban Tugas Guru: Apa Jadi Jawatankuasa Khas?


3 February 2011

Apa Jadi Jawatankuasa Khas?

TELAH hampir setahun penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji beban tugas
berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, diumumkan Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
19

Pengumuman ini merupakan perkhabaran gembira buat seluruh guru. Namun sehingga kini
para guru masih menanti dengan penuh debaran kerana tiada sebarang perkembangan
berkaitan penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut.

Apa yang para guru ingin tahu ialah apakah metadologi kajian yang akan atau telah
digunakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut? Sekiranya melalui kaji selidik, mengapa tiada
sebarang borang soal selidik diedarkan kepada guru-guru? Sekiranya metadologi temubual
digunakan, bilakah masanya para guru akan diberi peluang menyatakan masalah mereka?

Atau sekiranya kajian dilakukan menggunakan teknologi terkini, apakah nombor telefon


khas atau emel jawatankuasa khas tersebut yang boleh para guru hubungi. Atau adakah
jawatankuasa khas tersebut akan menggunakan teknologi paling terkini iaitu kaedah
pemerhatian yang digabungkan dengan teknik remote control?

Namun sehingga kini nampaknya tiada sebarang penyelesaian terhadap permasalahan


tersebut, sebaliknya yang timbul ialah ‘lebih kerja’ untuk guru.

Terbaharu, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan yang


sememangnya bertujuan murni bagi mencungkil potensi pelajar. Namun malangnya pihak
pentadbiran sekolah yang mahu cepat menjadi pengetua atau guru besar cemerlang
barangkali, terus cuba mengimplementasi 1Murid 1Sukan seolah-olah Sekolah Kebangsaan
(SK) adalah sekolah sukan!

Tidak ada satu garis panduan khusus untuk melaksanakannya. Segalanya bergantung kepada
pihak pentadbiran sekolah. Mungkin lebih wajar sekiranya waktu pembelajaran sedia ada
pada hari-hari tertentu dianjalkan bagi memberi ruang kepada satu atau dua waktu program
1Murid 1Sukan. Malangnya kebanyakan sekolah mengambil tindakan yang paling popular
iaitu guru-guru kena datang waktu petang untuk menjayakan 1Murid 1Sukan.

Para guru sebenarnya sudah tidak kisah untuk pulang lewat setiap petang kerana selepas
bersukan dan berko-kurikulum dengan murid-murid sehingga lewat petang, guru-guru akan
menjadi semakin cergas. Pada sebelah malamnya ramai guru merasa amat bertenaga untuk
menyemak buku nota dan buku latihan pelajar.

Anak-anak pula, kebanyakan guru tidak mempunyai anak untuk dididik. Bagi guru yang
mempunyai anak pula, anak mereka akan diserahkan pula kepada masyarakat setempat
untuk dididik sebagai balasan guru mendidik anak masyarakat pada sebelah siangnya. Guru-
guru amat mengharapkan sesuatu yang positif daripada jawatankuasa khas tersebut agar
permasalahan beban kerja guru dapat diselesaikan dan guru kembali menjadi pendidik yang
sebenar-benarnya. Permasalahan ini seharusnya diselesaikan dengan secepat mungkin
kerana ia membazirkan masa para guru dan merugikan pelajar. Justeru para guru seluruh
negara amat mengharapkan agar satu transformasi dalam profesyen perguruan akan
diumumkan.

NORHISYAMMOHAMAD
Kuala Kedah, Kedah

http://pendidikmy.net/2011/02/03/beban-tugas-guru-apa-jadi-jawatankuasa-khas/
20

Isu Beban Tugas Guru : Kenyataan Media


Salam, Selamat Datang ke BTPN Selangor. Sila klik langgan suapan RSS kami atau melalui
email untuk berita terkini lagi sensasi.
3Share

PEN: 10/2010/23 (PELAJARAN)

Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

Isu Beban Tugas Guru

1. Isu beban tugas guru telah ditimbulkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 30 Mac 2010. Sehubungan itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Bagi
Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’
Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Objektif penubuhan
JKMIBTG adalah untuk menyenaraikan tugas dan tanggungjawab guru; mengenal pasti
faktor yang menyebabkan beban tugas guru bertambah; dan mencadangkan tindakan bagi
menangani isu beban tugas guru.

2. Satu sesi pembentangan laporan JKMIBTG kepada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajararan telah diadakan pada 3 Jun 2010, dan sebanyak 14 faktor
telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada isu beban tugas guru. JKMIBTG juga telah
mencadangkan 28 perakuan bagi menangani isu ini.

3. Bagi merealisasikan semua perakuan ini, satu Jawatankuasa Pelaksana Bagi Menangani
Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah ditubuhkan dan bermesyuarat sekurang-kurangnya
sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan. Antara perakuan yang telah diambil
tindakan:

3.1 Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual
serta tidak melebihi dua (2) kali sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh
KPM untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005:
Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu;

3.2 Bagi mengurangkan tugas rencam guru di sekolah, satu Garis Panduan
Penggabungan Jawatankuasa telah disediakan supaya jumlah Jawatankuasa di
peringkat sekolah tidak melebihi sepuluh (10) yang terpenting;

3.3 Bagi mengurangkan tugas perkeranian yang pada ketika ini dilaksanakan oleh
guru, KPM telah memohon pertambahan jawatan Pembantu Tadbir melalui urusan
pindah butiran perjawatan/ trade off bagi tujuan pelaksanaan kajian rintis di 50 buah
sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1500 orang murid;

3.4 Bagi mengurangkan kekerapan guru keluar meninggalkan kelas untuk berkursus:
21

3.4.1 Satu Pelan Operasi Latihan (POL) Tahunan yang komprehensif sedang
dibangunkan untuk dilaksanakan dalam tahun 2011;

3.4.2 Kursus Dalam Perkhidmatan secara atas talian (online) akan


diperkenalkan; dan

3.4.3 Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam pembentangan


bajet 2011 yang telah diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia.

3.5 KPM telah memohon peruntukan kewangan dalam Anggaran Belanja Mengurus
2011 bagi menampung keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan
(KGSK) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT); dan

3.6 One Stop Centre diwujudkan di peringkat KPM bagi tujuan pengumpulan dan
penyelarasan data.

http://btpnsel.edu.my/main/2010/10/isu-beban-tugas-guru-kenyataan-media/

Isnin, Disember 13, 2010


Home » 2 guru 1 kelas , berita , Kementerian Pelajaran , Kokurikulum , malaysia , pendidikan
, Tangani beban tugas guru » Dua guru 1 kelas - Tangani beban tugas guru

Dua guru 1 kelas - Tangani beban tugas guru

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik


Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35
murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih
kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.

Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani
Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan
Sri Alimuddin Mohd Dom. Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor
yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam
terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran
murid serta amalan profesional keguruan.

INFO: Antara beban tugas guru


# Kekerapan guru keluar berkursus
# Kokurikulum/sukan
# Tugas hujung minggu
# Tugas rencam
# Tugas tidak jelas
# Penempatan guru
# Rantaian arahan (chain of command)
# Ujian/peperiksaan
22

# Silap padanan (mismatch)


# Saiz kelas
# Sebaran kurikulum.

INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru


# Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian
# Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah
# Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17
# Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa
# Pelan Operasi Latihan Tahunan
# Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan
# Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak
# Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum
# Pengenalan kurikulum secara atas talian
# Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas
# Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar
di sekolah menengah
# Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif
# Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi
# Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.
# Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya
# Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun
# Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau
berhampiran
# Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif
# Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
# Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi.
http://www.yusufultraman.com/2010/12/dua-guru-1-kelas-tangani-beban-tugas.html

Download this Document for Free


http://www.scribd.com/doc/36534225/Isu-4-Beban-Tugas-Guru-Serta-Kurang-Insentif
Auto-hide: off

3.4 ISU 4: BEBAN TUGASGURU


Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989) di Malaysia menekankan ³pendidikan sebagai
usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.´FPK ini jika dihayati
sepenuhnya menunjukkan guru telah diamanahkan memikul tanggungjawab yang
berat.Mereka perlu berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak menangani masalah
terutama disiplin pelajar. Secara amnya, guru dianggap sebagai µpakar¶ dalam segala
bidang (Shamsudin Haron et al.2002)
23

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan profesional yang
melaksanakan tugas ke arah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina Negara
yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban
tugas dan tanggungjawab kerja dalam kalangan guru-guru perlu diambil kira.Begitu juga
setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru
tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi
akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan
membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd. Rahim 1997).

Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan.Beban tugas yang
banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik.Kenyataan ini
perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan.
Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya
tekanan dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat
penilaian. Guru perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan
keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman,
pemerhatian dan bertanya kepada guru yang berpengalaman. Guru haruslah sedar atau
beringat bahawa setiap langkah mereka sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai.

Pelajar kini semakin bijak dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru.
Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman yang
dicurahkan oleh guru.Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat
dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri.Selaras dengan
perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran,
kegiatan ko-kurikulum dan juga tugas-tugas berkaitan dengan perkeranian. Guru juga perlu
memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat
sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru
memainkan bermacam jenis peranan.Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu
membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid,
menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat,
menghadiri kursu dan sebagainya.Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas
sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal
ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan
dan ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Menurut Faridah & Zubaidah (1999), bebanan
kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juda melaksanakan kerja penkeranian dan
pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja persatuan ibubapa dan
guru (PIBG).Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan.Oleh itu,
guru memerlukan kompetensi pengurusan masa sbagi melaksanakan tanggungjawab
tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu
pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan perngurusan
dengan cara yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.
24

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah
menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya
ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ³stress
´.Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang
keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi.Ini menyebabkan seseorang
guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul
Malik, 2000).Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu
mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan
emosi guru.

4.4 CABARAN 4
Jumlah pelajar yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan salah satu
beban yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah.Setiap tahun, jumlah pengambilan
pelajar baru semakin bertambah dan secara tidak lansung mewujudkan suasana bilik darjah
yang melebihi kapasiti yang telah ditetapkan.Dengan itu maka wujudlah rungutan daripada
pelajar berkenaan dengan situasi pembelajaran yang kurang selesa.Bilangan guru yang tidak
mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban
guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang
terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak
dapat memberikan tumpuan sepunuhnya ketika waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Akibat terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang
cukup untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaan (P&P) yang
seterusnya.

Semenjak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan secara rasmi di


seluruh sekolah di negara ini mulai pada tahun 1989 maka sering kali kedengaran suara
rungutan daripada sebahagian besar para guru di sekolah menengah tentang beban tugas
mereka pada hari ini semakin hari semakin bertambah dan tercabar. Para guru juga
mendakwa bahawa KBSM yang dilaksanakan telah menyebabkan beban tugas mereka
bertambah, di mana jumlah waktu mengajar di dalam bilik darjah semakin bertambah dan
mereka terpaksa pulang lewat ke rumah. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat oleh
Shafie (1994), mengenai kesan KBSM ke atas beban tugas guru beliau mendapati bahawa
sejumlah 90% dalam kalangan responden mengatakan bahawa KBSM itu adalah
membebankan khususnya dari segi persediaan guru. Mereka berpendapat bahawa KBSM
terlalu memerlukan alat bantu mengajar sehinggakan ia sangat menyusahkan,
menghabiskan banyak masa dan membosankan. Mereka mendakwa bahawa KBSM
menambahkan tanggungjawab para guru serta berat dari segi kawalan kelas dan
perlaksanaannya.

Cabaran lain adalah guru-guru terpaksa berkerja pada musim cuti persekolahan. Situasi ini
sangat berkait rapat di mana guru-guru dikehendaki mengawas peperiksaan awam,
memeriksa kertas jawapan calon, mengadakan kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas
intensif dan sebagainya. Oleh yang demikian, pada dasarnya cuti persekolahan tidak dapat
digunakan oleh guru-guru untuk berehat bersama-sama keluarga akan tetapi mereka
dikehendaki bertugas lebih masa sepanjang cuti persekolahan pada setiap tahun. Menurut
Shahbudin (1986), cuti guru yang terdiri daripada 77 hari (11 minggu) hanya tinggal lebih
kurang 33 hari sahaja dalam setahun. Keadaan ini jelas menampakkan bahawa cuti sebenar
25

para guru semakin berkurang kerana kerja-kerja tambahan yang perlu dilakukan
dilaksanakan ketika waktu cuti persekolahan.

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan
bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian
membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu
dengan terperinci.Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan
kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru juga terpaksa berhadapan dengan
perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang
keterlaluan.Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan
Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang
harus dipikul oleh guru.³Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak
seimbang dengan peningkatan jumlah murid´ (Harian Metro, 2005).

Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti- aktiviti
kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah.Guru-guru dikehendaki
menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira
pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan.Akibatnya, guru-guru
terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian
yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah 44.28
jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu (jumlah
masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih memerlukan
sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar dan
menyemak latihan buku pelajar.

5.4 PENDEKATAN 4
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan
ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah
diseluruh negara. Keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa
guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga
menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar. Jawatankuasa tersebut ditugaskan
mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas guru itu boleh berlaku dan mencari
penanda aras yang boleh kementerian guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh
piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi dari
negara kita untuk dicontohi.

Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Alimuddin dan keanggotaannya yang turut
membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa selama dua
bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut membuat aduan
yang guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan,
guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terlibat
dengan banyak aktiviti. Oleh itu, masalah ini akan diteliti bagi memastikan tugas hakiki guru
iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas tidak terganggu
disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Dasar baru kementerian yang
menekankan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas positif dari pihak
NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan. Kementerian akan
memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru.
26

Kementerian menubuhkan jawatankuasa ini tidak lain tidak bukan untuk mencari
penyelesaian terbaik menyelesaikan bebanan guru. Kementerian Pelajaran disaran supaya
mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu
langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru.Yang Dipertua
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu
dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah
bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini.

Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan
guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya
satu bilik darjah ada dua orang guru). Awal tahun ini, Menteri Pelajaran Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan bahawa kementerian akan menyelesaikan
kajian terperinci dalam tempoh setahun untuk mencari formula bagi mengurangkan beban
kerja guru dan memperbaiki persekitaran kerja guru di negara ini. Langkah tersebut
bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh
perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar.Cadangan mengkaji purata guru dengan
pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru
pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban
tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan
guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.

Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad,
menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah
melalui konsep memasyarakatkan pendidikan yang tidak mencetuskan kos tambahan
kepada kerajaan. Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu
bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta
dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta
mewujudkan persatuan pesara guru. Beliau yang bertanggungjawab dalam penghasilan
Laporan Abdul Rahman Arshad yang mengandungi 82 perakuan pada Ogos 1996, berkata
sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi penekanan serius terhadap
pelaksanaan konsep berkenaan, sekali gus memperluaskannya ke sekolah di seluruh negara.

Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di
sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus
kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan
kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang
membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guru selama ini. Akhbar
baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti
oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah
berkenaan, termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di
sekolah rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus
mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan
bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.

Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi
pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman.Matlamat ini boleh
dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar
27

mahu pun kecil.Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya
terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni.Satu lagi langkah berkesan
ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau bekas pelajar di sesebuah
sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan
ceramah menghadapi peperiksaan utama.Beliau juga mencadangkan supaya persatuan
pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu
menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu
berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.

http://www.scribd.com/doc/40139229/Isu-Beban-Tugas-Guru (selasa-22/02/2011)
28
29

Isu beban tugas guru ni sebenarnya dah terlalu banyak diperkatakan. Cuma medannya
sahaja yang membezakan setiap isu yang cuba dibangkitkan. Jikai su tersebut dibangkitkan
oleh warga pendidik maka ia merupakan suara dari dalam ke luar. Iaitu suara hati warga
pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di sekolah. Daripada
tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari sukan merupakan
tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah ada beberapa perayaan
yang perlu diurus. Maka, guru-guru akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan
bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih
kepada pengajaran dan pembelajaran.

Tetapi jika pandangan itu dari luar, maka ia pandangan dari luar ke dalam. Ia lebih bersifat
memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang
diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik. Jika soal
kerja separuh hari, banyak cuti... sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada
yang terpaksa menjaga peperiksaan atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah.
Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas
dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu
buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siap yang ingin mengawas peperiksaan jika
elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar. Walaupun cikgu hanya
bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya,
mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan.
Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua
urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat. Justeru, jika mahu mengkritik
profesion keguruan, ia harus direncana secara adil. Hanya jauhari mengenal manikam.
30

http://abdmalekselamat.blogspot.com/2009/09/isu-beban-tugas-guru.html
31

Title: BEBAN TUGAS GURU BERTAMBAH


(Date Posted:05/30/2007 9:30 AM)

Guru guna 66.24 jam seminggu mendidik PUTRAJAYA 30 Mei - Seorang guru di negara ini
menggunakan purata 66.24 jam seminggu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sebagai seorang pendidik. Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab
Guru (TTG) yang dilakukan sejak setahun lalu menunjukkan, jumlah itu melebihi purata jam
seorang pekerja yang disarankan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) iaitu 45 jam
seminggu. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah
tersebut meliputi tugas yang dilaksanakan di sekolah dan luar sekolah, dalam waktu
persekolahan dan di luar waktu persekolahan. Katanya, ia merangkumi sembilan bidang
tugas dan tanggungjawab iaitu kurikulum, kokurikulum, hubungan komuniti, pembangunan
staf, pembangunan fizikal, pejabat dan pentadbiran, kewangan, hal ehwal murid dan
pengurusan asrama. "Sebagai contoh bagi bidang tugas kurikulum, ia melibatkan pelbagai
episod kerja seperti pengajaran dan pembelajaran (P&P), perancangan, penyediaan bahan
dan nota, penilaian, penyemakan latihan, ujian peperiksaan, kelas tambahan, kelas ganti
dan mesyuarat bidang akademik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Menurut
beliau, kepelbagaian bidang tugas dan episod kerja guru menyebabkan penggunaan masa
mereka amat tinggi sehingga melebihi jumlah purata yang disarankan oleh ILO. Katanya,
kajian juga mendapati penggunaan masa guru yang amat tinggi telah memberi kesan
terhadap kualiti pelaksanaan tugas dan tanggungjawab utama para guru khususnya dalam
bidang kurikulum selain membawa pelbagai kesan sampingan lain. "Sehubungan itu,
Jawatankuasa Mengkaji TTG telah mengemukakan sebanyak 39 perakuan yang berkaitan
dengan pemantapan fungsi dan peranan guru dan seterusnya meningkatkan kualiti
pendidikan negara," katanya. Perakuan-perakuan tersebut dibahagikan kepada dua iaitu
komponen operasi dan komponen dasar dengan komponen operasi merupakan
pelaksanaan di bawah kawalan kementerian manakala komponen dasar memerlukan kajian
lanjut dan kelulusan Jemaah Menteri. Hishammuddin berkata, dalam tempoh setahun
selepas kajian itu disiapkan, pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan telah
dilaksanakan berhubung tugas dan tanggungjawab guru agar bersesuaian dengan perakuan-
perakuan yang telah diutarakan. "Sudah tentu dalam tempoh setahun ini kita belum dapat
melihat impak dan signifikan dalam konteks menangani beban tugas dan tanggungjawab
guru kerana perakuan tersebut perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut
keutamaan dan kesesuaian," katanya. Dalam perkembangan lain beliau berkata,
Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula latihan keguruan sebagai usaha melahirkan
guru kreatif bagi melahirkan pelajar yang kritis. Sehubungan itu, sukatan pelajaran di semua
Institut Pendidikan Guru (IPG) akan turut dikaji semula supaya matlamat melahirkan lebih
banyak guru kreatif dan komited tercapai. Kajian tersebut katanya, selaras dengan Teras
Kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Menurut beliau, kajian
turut membabitkan kriteria guru yang bakal diambil pada masa depan, supaya guru yang
dilatih tidak hanya mengajar pelajar menghafal tetapi juga mendidik mereka ?berfikir di luar
kotak'.
http://forum1.aimoo.com/Forum_Pendidikan_SK_SS_17/Isu-Isu-Semasa/BEBAN-TUGAS-
GURU-BERTAMBAH-1-379045.html
32

Friday, April 02, 2010


http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/04/beban-tugas-guru-akan-dikaji.html

Beban Tugas Guru Akan Dikaji


KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru
yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian
hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta
diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP,
selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah,
hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit
dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti
pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.

“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar
tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya
pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran
dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti
punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi
menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh
kita contohi,” katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya
dilakukan kerani.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan
aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang
menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.

“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan
jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk
memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya. - BERNAMA
33

You might also like