Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

KALI KEDUA TAHUN 2021 BIL. 4/2021


SMJK PEI YUAN, KAMPAR

Tarikh : 23 November 2021


Masa : 9.15 pagi
Tempat : Rumah Masing- Masing (Google Meet)
______________________________________________________________________________________

Kehadiran :
1. EN. CHONG LAI SOON – K.PANITIA 8. PN. LYE WOOI MAN
2. EN. NG KIN KIT – GK SN&MATH 9. EN. TAN ENG CHAENG
3. PN. PHOON SAU LAI 10 EN. YONG JUN WEI
.
4. EN. NGA SEAN SING 11 CIK LOOI CHEW MUN
.
5. EN. HO KIN SING 12 PN. TAN HUAY LI
.
6. EN. CHENG PO CHEONG 13 PN. NOOR SUZIRA BT RAMLI
.
7. PN. WONG WAI PENG 14 PN. HAFISAH BINTI YUSOFF
.
8. MUHAMMAD FIRDAUS B. FAUZAI

Tidak Hadir: PN. LOW ZENG YEE (Cuti bersalin)

1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 En. Chong selaku ketua panitia mengalu-alukan kedatangan semua guru matematik dan
mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali ketiga
secara google meet ini.
Tindakan : Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT YANG LALU


2.1 Minit Mesyuarat Panitia Matematik kali ke-3 2021 dibentang dan diterima oleh ahli
mesyuarat.
Cadangan pengesahan oleh Pn. Phoon Sau Lai dan disokong oleh Pn. Wong Wai Peng.
Tindakan: Makluman

3 LAPORAN MAKLUM BALAS & PERKARA BERBANGKIT


3.1 Terdapat 6 maklumbalas dan 1 perkara telah selesai dan selebihnya dalam pemantauan dari
masa ke masa.
Tindakan: Makluman

4 PERKARA- PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) - BRIDGING PROGRAM

4.1.1 Bridging Program yang diperkenalkan oleh KPM akan dilaksanakan sehingga Februari 2022
bagi memperkasakan dan merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku semasa PKP.
Tindakan: Semua guru

1
4.1.2 Untuk sesi persekolahan bermula Januari hingga Februari 2022, guru perlu menekankan dan
menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selaras dengan arahan dari pihak PPD.
Tindakan: Semua guru

4.1.3 Program Intervensi perlu dilaksanakan untuk murid-murid yang memperolehi skor TP1
hingga TP3. Tindakan : Semua guru

4.1.4 Program Khas Kecemerlangan perlu dilaksanakan untuk murid-murid yang memperolehi
skor TP4 hingga TP6. Tindakan : Semua guru

4.1.5 Semua guru tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 telah selesai mengisi tahap penguasaan PBD untuk
pentaksiran akhir tahun. Tindakan : Makluman

4.2 SILIBUS

4.2.1 Tinjauan Pelaksanaan Kandungan Asas Kurikulum akan dilaksanakan bagi melestarikan
pendidikan kesan daripada PKP. Tindakan : Makluman

4.2.2 Guru perlu mempercepatkan untuk menghabiskan silibus dengan menggunakan ‘Catch up
Plan’. Tindakan : Semua guru

4.2.3 Strategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) boleh digunakan oleh guru untuk
memastikan murid menguasai kandungan kurikulum. Melalui M2P, guru boleh
memampatkan kandungan kurikulum sebagai PdP mengikut kesesuaian, kebolehan dan
keperluan murid tersebut.
Tindakan : Makluman

4.2.4 SELF (Student Enrichment Learning Framework) adalah koleksi pembelajaran kendiri
menyediakan cadangan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk membolehkan murid
membuat aktiviti dan latihan secara kendiri.
Tindakan : Makluman

4.3 PROGRAM PENINGKATAN


4.2.1 Tingkatan 1, 2 dan 3
a) Program latih tubi soalan-soalan sub-topikal, soalan KBAT(Kertas Modul).
Tindakan :Semua guru

4.2.3 Tingkatan 4 dan 5


a) Modul Ticket to Victory JPN Perak.
Tindakan :Semua guru

4.4 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


4.3.1 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 akan dijalankan pada bulan Januari 2022.
Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN

2
5.1 Guru Kanan Sains dan Matematik, En. Ng Kin Kit menyarankan supaya guru– guru untuk
mengaplikasikan pembelajaran lebih kondusif semasa PDP bersemuka.
Tindakan : Makluman

6 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 En. Chong mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir kerana telah
berjaya mencapai objektif mesyuarat kali ini.
Tindakan: Makluman

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 10.30 pagi.


Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………….. …………………………
(En. Muhammad Firdaus b. Mohd Fauzai) (En.Chong Lai Soon)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik

You might also like