Amalan Kitar Semula Di Kawasan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

AMALAN KITAR SEMULA DI

KAWASAN SS 2
Nama ahli : Nur Adriana Kama Afrizal
Charmaine Sarah Yoon Huey Lyn
Natasha Ho Zhi-Ying
Tia Gabrielle Lim Ming En

Kelas : 3 Cempaka

Nama Guru : Pn. Hariyana Binti Wadzir


2. JADUAL KERJA
Bil Tarikh Aktiviti Catatan / Tindakan

1. 26 / 8 / 2021 Mendengar penerangan daripada guru Semua ahli


mengenai kerja lapangan geografi

2. 27 / 8 / 2021 Membincang tugas ahli kumpulan Semua ahli

3. 28 / 8 / 2021 Memberikan borang soal selidik ke penduduk Semua ahli


di SS 2

4. 29 / 8 / 2021 Mencari maklumat dan menulis maklumat Semua ahli


- yang dicari
3 / 9 / 2021

5. 3 / 9 / 2021 Mengemaskini dan semak tugasan Semua ahli

6. 20 / 9 / 2021 Menghantar tugasan kerja lapangan Semua ahli


geografi kepada guru
3. PENDAHULUAN
Kami telah membuat keputusan untuk melaksanakan kerja lapangan
yang berkaitan dengan amalan kitar semula di kawasan SS 2. Kami memilih
kawasan SS 2 kerana ia merupakan kawasan tempat tinggal berdekatan kami
dan ini memudahkan kami untuk menjalankan pemerhatian. Kami telah
membuat kajian tentang elemen kitar semula dan kepentingan amalan kitar
semula di kawasan SS 2. Kami turut mencadangkan langkah untuk
menggalakkan penduduk menjalankan amalan kitar semula. Hasil pendapatan
kajian saya telah saya laporkan dalam pelaporan kerja lapangan Geografi ini.
4. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian kami ialah :

01 02
Menyatakan maksud kitar semula Menjelaskan kepentingan
dan elemen kitar semula. amalan kitar semula di
kawasan SS 2

03 04
Menerangkan halangan amalan Mencadangkan langkah untuk
kitar semula di kawasan SS 2 menggalakkan penduduk
menjalankan amalan kitar
semula.
5. KAWASAN KAJIAN
A) Peta Kawasan Kajian

Berikut merupakan peta


Kawasan kajian di
Kawasan SS 2
B) Latar Belakang Kawasan Kajian

Sungai Way-Subang 2 atau dikenali sebagai SS2 terletak di dalam Petaling Jaya yang memiliki
populasi tertinggi dan termaju di negeri Selangor dan merupakan salah satu kawasan yang terbahagi
kepada beberapa kawasan perumahan yang kecil dan terletak diantara Kuala Lumpur dan Pelabuhan
Klang. Tempat ini diasaskan pada tahun 1952 dan pendudukan SS2 bermula pada awal tahun 1997.
Selain daripada itu, nama sebelum bagi SS2 Petaling Jaya adalah Old Town Petaling dan jumlah
penduduk di sini dianggarkan 51,366 orang. Bukan itu sahaja, terdapat Stesen LRT Taman Bahagia
yang terletak berhampiran Sekolah SMK Taman Sea di Jalan SS2/3, dan merupakan jarak yang boleh
berjalan kaki selama 1 minit untuk menyampai ke LRT tersebut.

Ciri fizikal di Kawasan ini tidak kelihatan kerana telah banyak pembangunan dilakukan.

Ciri budaya pula seperti Masjid Aminah Al-Muhairi, SJK (C) Puay Chai dan Kuil Cina ‘關聖’ (Guān
shèng).
6. KAEDAH KAJIAN
A) PEMERHATIAN
Kami telah menjalankan pemerhatian di kawasan SS 2 untuk memerhatikan
mengenai amalan kitar semula di kawasan kajian.

B) RUJUKAN
Kami telah mendapatkan maklumat tentang elemen kitar semula dengan
merujuk kepada buku teks dan buku rujukan. Selain itu, kami juga melayari internet
untuk mendapatkan maklumat tentang amalan kitar semula.

C) SOAL SELIDIK
Kami telah menjalankan soal selidik dengan 10 orang responden di kawasan
SS 2 untuk mengetahui kepentingan amalan kitar semula di kawasan kajian kami.
Kami telah menggunakan borang soal selidik melalui google form.
7. JADUAL DAN GRAF
Graf Kepentingan Amalan Kitar Semula di Kawasan SS2:
Kepentingan Amalan Kitar Mengurangkan Mewujudkan Menjana pendapatan Menjimatkan
Semula di Kawasan SS2 pencemaran persekitaran yang sampingan perbelanjaan
bersih

Bilangan orang 4 4 1 2
Tafsiran Jadual
Graf bar menunjukkan kepentingan amalan kitar semula di kawasan SS 2. Berdasarkan graf tersebut
mengurangkan pencemaran dan mewujudkan persekitaran yang bersih paling tinggi yang dipilih oleh
responden iaitu seramai 4 orang. Diikuti kepentingan amalan kitar semula di kawasan SS 2 yang ketiga
tertinggi ialah menjimatkan perbelanjaan iaitu 2 orang. Kepentingan amalan kitar semula di kawasan SS 2
yang paling rendah pula ialah menjana pendapatan sampingan iaitu seramai 1 orang.

Daripada graf didapati di kawasan SS 2 kepentingan amalan kitar semula utama ialah
mengurangkan pencemaran serta mewujudkan persekitaran yang bersih. Hal ini demikian pencemaran
alam sekitar akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna, manakala persekitaran yang bersih sangat
penting kepada penduduk supaya kelihatan kawasan perumahan lebih indah. Menjana pendapatan
sampingan pula paling kurang dipilih oleh responden kerana tidak ramai orang ada kreativiti dan mahir
dalam kraf tangan.

Kesimpulannya, mengurangkan pencemaran dan mewujudkan persekitaran yang bersih merupakan


kepentingan utama amalan kitar semula bagi penduduk di kawasan SS 2 manakala menjana pendapatan
sampingan merupakan kepentingan paling tidak penting.
8. HASIL KAJIAN
A) Konsep Kitar Semula dan Elemen Kitar Semula

Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baharu. Kitar
semula dapat mencegah pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan mengurangkan
penggunaan bahan mentah segar, sehingga mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran
udara dari pembakaran, dan pencemaran air dari tempat pembuangan sampah.

Elemen kitar semula, iaitu “kurangkan, guna semula, kitar semula” merupakan tiga elemen
yang penting dalam mengamalkan amalan kitar semula. Kurangkan merupakan amalan
mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan penggunaan sumber semula jadi dan
menggunakan sesuatu sumber itu mengikut keperluan sahaja. Guna semula merupakan tindakan
penggunaan semula barangan secara berulang kali untuk mengurangkan penghasilan sisa.
Penggunaan sesuatu barangan secara maksimum dapat mengelakkan pembaziran. Kitar semula
merupakan amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk yang
sama jenis atau baharu semula. Pengasingan mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan
memudahkan proses kitar semula.
B) Kepentingan Amalan Kitar Semula di Kawasan SS2

i) Mengurangkan Pencemaran
Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan udara. Pereputan dan penguraian sisa pepejal
terutamanya sisa makanan dan tumbuhan di tapak pelupusan menyebabkan
penghasilan gas metana. Kandungan gas metana meningkatkan pencemaran udara
kerana gas metana adalah 25 kali lebih berbahaya daripada gas karbon dioksida. Gas
ini yang terperangkap dalam tumbuhan sisa ini juga boleh menyebabkan kebakaran
atau letupan.

Selain itu, air hujan larut bersama bahan toksik di tapak pelupusan boleh
mencemarkan tanih dan sumber air bawah tanah atau sungai. Ini akan menyebabkan
tanih menjadi tidak subur dan kehidupan di air akan terancam. Amalan kitar semula
akan menyelamatkan bekalan air daripada tercemar kerana larut resap sisa-sisa toksik.

Contohnya, seorang penduduk di kawasan kajian saya telah menggunakan sisa


makanan sebagai baja untuk tumbuh-tumbuhan.
ii) Menjana pendapatan sampingan
Bahan kitar semula boleh menjana pendapatan. Hal ini demikian sesetengah
masyarakat beroleh pendapatan tetap atau sampingan melalui amalan jual beli bahan
terpakai atau barang yang dibuat daripada bahan kitar semula dapat menurunkan peratus
pengangguran di Malaysia. Selain itu, kita boleh menjual majalah, surat khabar lama dan
tin-tin minuman yang sering digunakan juga dapat dijual dengan harga yang tinggi mengikut
beratnya ke pusat kitar semula atau kilang untuk dikitar semula selain dapat menjadi contoh
teladan yang baik kepada anak-anak. Ini secara tidak langsung kita dapat memperoleh wang
tambahan.

Contohnya, seorang penduduk di kawasan kajian kami telah menjana pendapatan


sampingan hasil daripada menjual pakaian lama yang masih dalam keadaan baik di media
sosial seperti Instagram.
iii) Menjimatkan perbelanjaan
Kitar semula boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber asal. Proses kitar
semula sesuatu bahan adalah lebih murah berbanding dengan proses mendapatkan sumber
daripada puncanya. Sesuatu bahan kitar semula yang dihasilkan adalah lebih menjimatkan
perbelanjaan. Contohnya, kita boleh mengitar semula kertas untuk dibuat kertas sendiri di
rumah.

Selain itu, penggunaan barangan isian semula umpamanya adalah lebih murah
berbanding barangan pakai buang. Kita boleh membawa beg sendiri apabila membeli-belah,
ini dapat menjimatkan wang kita dan pada masa yang sama mengurangkan penggunaan beg
plastik.

Contohnya, seorang penduduk di kawasan kajian kami telah menggunakan botol-botol


plastik dan kertas lama mencipta barang hiasan untuk dijual.
C) Halangan Amalan Kitar Semula di Kawasan SS 2

Antara halangan amalan kitar semula di kawasan SS 2 ialah pusat kitar semula yang jauh.
Lokasi pusat kitar semula yang jauh akan menyebabkan penduduk tidak berminat ke pusat kitar
semula tersebut. Contohnya, pusat kitar semula yang terdekat dengan kawasan SS 2 memerlukan
penduduk menempuh perjalanan selama 9 minit. Ini sangat menyusahkan bagi mereka yang bekerja
sepanjang hari.

Selain itu, penduduk yang kurang kesedaran. Penduduk yang mencampurkan sampah kitar
semula dengan sisa domestik menyebabkan kutipan sampah kitar semula dikutip oleh kutipan sisa
domestik. Apabila barang yang boleh dikitar semula dibuang ke sampah dan bukannya kitar semula
mereka berakhir di tapak pelupusan sampah dan menyebabkan tapak pelupusan diisi dengan lebih
cepat. Kesannya, adalah seperti pemanasan global dan pencemaran sungai yang disebabkan oleh air
limpahan daripada sampah sarap yang mengalir ke dalam aliran sungai berdekatan.

Tambahan lagi, masa kutipan yang tidak bersesuaian dengan pengusaha kedai. Waktu operasi
pengusaha kedai yang berbeza menyukarkan kutipan sampah kitar semula berbanding dengan
kawasan perumahan. Contohnya, pengutip sampah kitar semula ingin mengutip sampah tersebut
pada waktu puncak sebuah kedai tetapi tidak boleh kerana keadaan kedai yang sangat sibuk.
D) Cadangan langkah untuk menggalakkan penduduk mengamalkan kitar semula

Pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh penduduk supaya dapat mengamalkan sikap mengitar
semula. Antaranya, pihak kuasa tempatan boleh membina pusat kitar semula di setiap taman
perumahan. Hal ini dapat memberi banyak kebaikan untuk persekitaran kawasan rumah kerana boleh
mengurangkan jumlah sampah untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih dan selesa,
mengelakkan berlakunya kejadian longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak
pelupusan sampah kerana tindakan ini merupakan salah satu punca pencemaran. Amalan mengitar
semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Tambahan pula, pihak berkuasa tempatan kawasan SS2 boleh meletakkan mesin vendor mengitar
semula plastik dan tin minuman di kawasan perumahan. Terdapat pelbagai kelebihan dalam
menggunakan mesin vendor ini, berikut adalah ia dapat mengurangkan tempat pembuangan sampah
seterusnya mengurangkan pelepasan gas metana atau gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan
global. Selain daripada itu, mesin ini merupakan mesin layan diri yang akan memberi ganjaran kepada
sesiapa yang memasukkan botol plastic kosong atau tin, ianya menyeronokkan dan mudah untuk
menggalakkan penduduk untuk mengitar semula bekas minuman mereka. Bukan itu sahaja, ia dapat
mendidik penduduk supaya mengamalkan sikap mengitar semula secara berkala.
9. RUMUSAN
Setelah kerja lapangan ini selesai disiapkan, kami telah dapat mengetahui
maksud kitar semula, elemen kitar semula dan halangan amalan kitar semula di
kawasan SS 2. Kami juga dapat menjelaskan kepentingan amalan kitar semula di
kawasan SS 2 dan mencadangkan langkah untuk menggalakkan penduduk
menjalankan amalan kitar semula.
Nilai yang kami peroleh daripada kerja lapangan ini ialah sentiasa menjaga
kebersihan alam sekitar dan mengambil tanggungjawab dalam kalangan masyarakat
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Kami berharap agar setiap rakyat
Malaysia dapat mengambil kesedaran untuk menjaga alam sekitar dengan
mengamalkan amalan kitar semula demi kebaikan masyarakat dan bumi kita.
10. RUJUKAN
1) Buku Teks

Ahmad Ridzuan, Rajini Gauri Muthusamy. 2018 . Geografi Tingkatan 3.Johor Bahru. IMS BOOKS
Sdn.Bhd.

2) Internet
● https://www.propertyguru.com.my/property-guides/konsep-pusat-kitar-semula-malaysia-42954
● http://dewan.selangor.gov.my/question/pengurusan-sisa-pepejal-6/
● https://www.naparecycling.com/the-compounding-effects-of-not-recycling/
● https://youtu.be/kYOIYn5SqRY

3) Orang Sumber
● Puan Aw Ee Leng, 47 tahun, No.8, Jalan SS2/97, 47300 Petaling Jaya.
● Puan Sharon Siew, 47 tahun, A1707 Casa Damansara 2, No.219 SS2/72, 47300 Petaling Jaya
● Encik Lam Kee Leong, 42 tahun, No.28, Jalan SS2/103, Petaling Jaya.

You might also like