Gangguan Seksual

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

GANGGUAN SEKSUAL

Faktor gangguan seksual:


 Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual
terhadap wanita.
 Kuasa juga dilihat sebagai punca kepada gangguan seksual.Hal demikian menyebabkan
mereka cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari pekerja bawahan mereka.
 Punca gangguan seksual juga berlaku kerana pertandingan, ego dan ketakutan
kehilangan status kuasa.Hal tersebut akan menyebabkan mereka berkelakuan untuk
mencabul mangsa dengan mencubit, membuat ancaman sama ada secara tersirat
ataupun terbuka dan mengintip wanita tersebut.
 Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza.Komponen hormon lelaki yang
menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita.
Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang
bersifat gangguan seksual.
 Punca gangguan seksual juga boleh dilihat menggunakan teori demografi. Teori
demografi pula mengutarakan bahawa ia berlaku kerana komposisi lelaki dan wanita di
tempat kerja yang tidak seimbang.
Cara penyelesaian gangguan seksual:
 Syarikat khususnya harus menyediakan satu polisi di dalam syarikat tentang
anti-gangguan seksual. Mereka juga perlu diberikan contoh-contoh gangguan
seksual yang boleh berlaku supaya mereka memahami sifat polisi.
 Mengadakan seminar-seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi gangguan
seksual untuk memberi penerangan apakah yang dikatakan gangguan seksual
dan apakah yang akan dilakukan jika seseorang telah, mendakwa telah
diganggu secara seksual.
 Syarikat khususnya bahagian sumber manusia harus peka dengan keadaan di
tempat kerja. Sekiranya wujud sebarang kesangsian, tanya pekerja sama ada
mereka mempunyai sebarang kebimbangan.
 Apabila wujud kes-kes gangguan seksual di tempat kerja, syarikat harus
mengendalikan dakwaan gangguan seksual dengan bijaksana dan terhormat
tetapi tetap mengekalkan ketegasan dan keseriusan menangani masalah ini.
 Setiap wanita ataupun lelaki di tempat kerja haruslah  mempunyai sifat
ketegasan dan keberanian, Ini adalah kerana individu yang lemah sering
disasarkan sebagai mangsa.

HUBUNGKAIT TEORI
Belakangan ini isu jenayah gangguan seksual semakin membimbangkan dan
berada ditahap kronik kerana ia melibatkan pelbagai peringkat usia di
kebanyakkan profesion dan pekerjaan. Pada pandangan saya, isu jenayah
sebegini bersesuaian dengan teori hak asasi kerana teori ini mencirikan bahawa
hak asasi ini adalah konsep hak kebajikan terhadap seseorang yang dicabul
maruahnya. Konsep kebajikan ini akan membentuk satu masyarakat yang
menjadi lebih bertanggungjawab dan menghormati pihak lain. Kebanyakkan
isu ini tertumpu pada golongan perempuan kerana gangguan seksual yang
berlaku akibat daripada cara seseorang perempuan berpakaian dan
berkomunikasi. Sebab lain yang membolehkan perkara ini terjadi adalah sifat
seseorang yang kurang moral dan kesedaran prinsip kemanusiaan. Ia
menunjukkan sikap seseorang yang biadab dan tidak menghormati orang
dengan melakukan gangguan seksual. Oleh itu, setiap pekerja perlu menjaga
gerak geri, tutur kata, pemikiran dan cara mereka berpakaian bagi
mengelakkan perkara seperti gangguan seksual ini berlaku
PEKERJA CURI TULANG

FAKTOR PEKERJA CURI TULANG:


 apabila orang atasan memberi tugasan dan mestilah menyiapkantugasan tersebut pada
waktu yang ditetapkan. Pekerja tersebut berfikir bahawa duedate kerja tersebut lambat
lagi perlu dihantar maka pekerja tersebut mempunyaimasa yang panjang untuk
menyiapkan dan pekerja tersebut pun mencuri tulangdengan main games di komputer,
layari internet dan sebagainya.
 Pihak atasan tidak memantau para pekerjanya semasa waktu berkerja. Ini
yangmenyebabkan pekerja mempunyai peluang untuk mencuri tulang.
 pekerja yang bekerja selama 10 tahun gajinya tetap RM 2000.Walaupun prestasi
kerjanya bagus sekalipun, pihak atasan tidak akan menaikkangajinya.
 perkara ini terjadi pada pekerja muda yang membawa masalahpersonalnyasemasa
berkerja. Sebagai contoh, bergaduh dengan girlfriend,boyfriend, masalah rumah tangga
dan lain-lain.
 rakan mengajak kita melepak pada waktu bekerja sehingga kerja-kerja yang diberikan
tidak dapat siap pada waktunya.
Langkah penyelesaian pekerja curi tulang:
 Pihak atasan boleh memberi amaran pertama kepada pekerja tersebut.
 Pihak atasan mestilah turun padang memantau semua pekerja supaya tiadasatu pun
pekerja yang berani mencuri tulang semasa waktu kerja.
 Pihak atasan mestilah menaikkan gaji pekerjanya mengikut prestasi kerjamereka.
Sebagai contoh prestasi kerja yang cemerlang mestilah dinaikkansetiap tahun kepada
pekerja.
 Pekerja mestilah professional semasa waktu berkerja. Pekerja tidak
bolehmencampuradukkan masalahpersonal dengan masalah di tempat kerja.
 Kita sebagai pekerja mestilah tidak mudah terpengaruh dengan ajakkanrakan. Jika kita
ada tugas yang perlu disiapkan pada masa yang sama rakanajak lepak kita mestilah
menolak ajakkan kawan ataupun kita menyiapkankerja tersebut dahulu dan melepak
selepas waktu kerja.
HUBUNGKAIT TEORI
Menurut teori wajiban. Asas pemikiran teori ini lebih menekankan prinsip tanggungjawab.
Menurut pengasas teori ini, melakukan tindakan baik seperti btanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh individu. Andaian dalam teori ini apabila melakukan sesuatu kewajipan
menunjukkan kita bermoral manakala jika gagal mengikut kewajipan maka kita berkelakuan
tidak bermoral.
Pada pandangan saya, teori wajiban ini sesuai diselitkan bersama isu tidak
bertanggungjawab seperti curi tulang semasa bekerja. Hal ini kerana di dalam teori wajiban
ini menekankan pada kewajipan dan tanggungjawab seseorang.
RASUAH DI TEMPAT KERJA

PUNCA RASUAH DI TEMPAT KERJA:


 gaji merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah wujudnya masalah rasuah. Gaji
yang rendah telah menjadi satu galakkan kepada petugas awam untuk melibat kan diri
mereka dengan gejala rasuah.
 Peluang juga menjadi penyumbang terhadap masalah ini apabila orang yang terlibat den
gan masalah ini dikatakan mempunyai peluang ataupun kesempatan melakukan perkara
tersebut. Untuk melakukan rasuah, keadaan yang bersesuaian adalah perlu.
 birokrasi juga dikatakan sebagai suatu peluang wujudnya masalah rasuah di dalam
sektor awam. Seringkali karenah birokratik dianggap perkara yang melambatkan sesuatu
perkara dalam urusan pengurusan awam. Keadaan menjadi kritikal apabila melalui
birokratik, kehendak -kehendak seseorang sering terbatas ataupun lambat.
 Sesetengah negara kurang menitikberatkan undang -undang berkaitan rasuah.
Sesetengahnya pula mungkin hanya menyediakan undang -undang tetapi, tidak setimpal
dengan kesalahan tersebut. Akibat undang -undang yang tidak begitu ketat menjadi
penggalak kepada kewujudan masalah ini.
 Kurangnya didikan agama menjadi punca terjadinya rasuah.apabila ditawarkan dengan
wang yang cukup besar nilainye,kita terus jadi putih mata.
langkah penyelesaian rasuah di tempat kerja:
 Pihak kerajaan melalui agensi SPRM perlu mengambil tindakan yang lebih agresif tanpa
mengira pangkat dan kedudukan dalam melaksanakan tugas kerana anggota SPRM
merupakan sebuah badan bebas yang dilantik.
 kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap golongan yang terlibat dalam gejala
rasuah. Hal ini supaya golongan tersebut diberi pengajaran dan dapat menimbulkan rasa gerun
terhadap orang lain yang hendak melakukan rasuah.
 memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri seseorang.Keimanan dan keperibadian
yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah.
 Kempen yang dilancarkan itumestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu
daripada akhbar hinggalahke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat
menerima kempentersebut.
 pemikiran masyarakatterhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini
hendak diatasi hinggake akar umbinya.

HUBUNGKAIT TEORI

Orang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak mementingkan nilai nilai murni dari
etika kerja professional dalam kehidupannya.mereka hanya mementingkan imbuhan atau
pulangan yang bakal diperolehi berbanding memikirkan kesan kesan buruk yang akan
terjadi.selain itu,pengamal rasuah juga adalah orang yang sukakan harta benda.firman Allah
Ta’ala tafsirnya;serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba
PRESTASI KERJA YANG TIDAK BAIK

FAKTOR PRESTASI KERJA TIDAK BAIK


 Perasaan negatif boleh terbentuk dalam pelbagai cara. Ia mungkin bersifat sementara
seperti perasaan yang teruk apabila anda gagal melakukan sesuatu tugasan.
 Anda cepat lupa mengenai sesuatu. Perhatian anda menjadi semakin mengurang. Anda
tidak boleh fokus pada pekerjaan yang selama ini anda mungkin pakar.
 pekerjaan mempengaruhi kehidupan anda di luar tempat kerja. Anda mungkin
mengalami tidur yang tidak mencukupi, mungkin juga terlebih tidur.
 Akibat daripada kurangnya motivasi atau ketakutan pada kerja, anda akan tidak sengaja
datang lewat ke tempat kerja dan mempunyai keinginan untuk pulag seawal yang
mungkin.
 Bagi menghadapi stres, anda akan menyalahgunakan alkohol atau dadah. Anda juga
akan mula ketagih kepada alkohol, dadah rekreasi mahupun kedua-duanya.

Langkah penyelesaian prestasi kerja tidak baik:


 Saat masalah di tempat kerja melanda, maka cobalah untuk teta positif, baik pikiran
maupun perbuatan.
 kamu bisa mengajak teman kerja yang berselisih/bermasalah denganmu. Lakukanlah hal
tersebut saat hati dan kepalamu lebih dingin dan tenang. Ini dilakukan supaya kamu bisa
berbincang dengannya secara jernih, tanpa ada amarah yang berlebih.
 Mencari inti permasalahan membuatmu paham seperti apa bentuk permasalahan yang
kamu alami. Mencari penyebab dari masalah di tempat kerja akan membuatmu tahu
bahwa masalahmu di tempat kerja tak hadir begitu saja.
 Menyadari bahwa kamu adalah penyebab masalah di tempat kerja itu sendiri sangatlah
baik. Kesadaran semacam ini bisa membuatmu mengevaluasi dan memperbaiki dirimu
sendiri.
  jika masalah tersebut adalah masalah di tempat kerja. Pada kondisi tertentu, kamu
mesti meminta bantuan orang lain dalam mengatasi masalah di tempat kerjamu.

.
HUBUNGKAIT TEORI

Menurut teori wajiban. Asas pemikiran teori ini lebih menekankan prinsip tanggungjawab.
Menurut pengasas teori ini, melakukan tindakan baik seperti bertanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh individu. Andaian dalam teori ini apabila melakukan sesuatu kewajipan
menunjukkan kita bermoral manakala jika gagal mengikut kewajipan maka kita berkelakuan
tidak bermoral. Pada pandangan saya, teori wajiban ini sesuai diselitkan bersama isu tidak
bertanggungjawab seperti prestasi kerja yang tidak baik. Hal ini kerana di dalam teori
wajiban ini menekankan pada kewajipan dan tanggungjawab seseorang. Bagi seseorang
pekerja, mereka hendaklah sedar terhadap tanggungjawab mereka untuk hadir ke pejabat
dan jujur terhadap setiap alasan yang diberi serta mematuhi peraturan .
DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA

PUNCA DATANG LEWAT KE TEMPAT KERJA:


 terdapatpekerja cuba untuk membuat keputusan untuk lewatpergi ke tempatkerja, hal
inikerana kelewatan pekerja tidak menunjukkan banyak perbezaanantara masa
ketibaanke tempat kerja pada setiap waktu pekerja.
 keadaan budaya di persekitaran pekerja yang mempengaruhi kelewatan
 pekerja bangun lewat kerana mungkin tidur lewat atau terlajak tidur kerana lupa
mengunci jam
 pekerja itu mungkin mempunyai urusan lain sebelum masuk kerja hingga menyebabkan
pekerja itu lewat
 kesesakan lalu lintas juga menjadi penyebab utama lambat ke tempat kerja.
LANGKAH PENYELESAIAN DATANG LEWAT:
 Lakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan mencari punca
yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya,
khususnya datang lewat 
 Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai majikan, luangkan masa untuk selalu
berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak
bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara anda dengan
pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan mereka.
 Majikan harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat
dengan cemerlang mengikut kemampuan anda sebagai majikan itu sendiri, seperti
memberi bonus ( kalau anda punya bisnes besar),  kepada pekerja, cuti atau sebagainya
yang relevan, mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang,
perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya .
 Elakkan memberi tekanan kepada pekerja. Beri ruang dan waktu untuk mereka berubah,
beri kelonggaran kepada pekerja tersebut jika mengalami sesuatu masalah. Beri ruang
kepada mereka.
 Ini merupakan jalan terakhir yang boleh anda atau seseorang majikan lakukan. Setelah
semua langkah-langkah telah anda ambil dan masih juga berlaku sikap datang lewat
maka jalan terakhir agar perniagaan anda tidak musnah kerana " si mamat" itu maka
terbaik "lepaskan dia", buang kerja  sahaja merupakan penyelesaian terbaik.

HUBUNGKAIT TEORI
Isu yang berhubung kait dengan datang lewat ke tempat kerja ialah isu keperibadian
mulia. Ia tidak dapat mengikut jadual kerja yang ditetapkan dan lalai serta tidak
beretika. Selain itu, kegagalan mengelak kesesakan jalan raya juga punca seseorang
itu terlewat untuk sampai ke tempat kerja. Di samping itu, tidur yang tidak mengikut
jadual akan menyebabkan seseorang itu bangun lewat untuk pergi ke kerja

PENGENALAN
Etika bermaksud ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk tentang hak
dan kewajipan moral. Contohnya, nilai dan norma moral yang menjadi
pegangan seseorang atau sesuatu kelompok dalam mengatur tingkah lakunya.
Etika juga merupakan kumpulan asas atau nilai yang berkenaan dengan
akhlak. Contohnya ialah kod etika seperti “Etika Hospital” Nilai adalah
ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi
untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai nilai utama
masyarakat. Manakala moral pula bermaksud sebagai ajaran atau pegangan
berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan ,sikap atau cara berkelakuan yang
berasaskan atau yang diukur dari segi ketentuan baik buruk sesuatu akhlak
Hubungan antara etika dan moral dapat dilihat melalui perbezaan dalam
konsep etika dan moral. Etika menerangkan tentang suatu ilmu yang
membahas tentang bagaimana dan mengapa seseorang mengikut suatu ajaran
moral tertentu atau bagaimana seseorang mengambil sikap bertanggungjawab
dengan pelbagai ajaran moral. Manakala etika dan agama mempunyai kaitan
yang positif. Agama diturunkan untuk mendorong kehidupan manusia menjadi
lebih sempurna dan mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah
kejahatan. Agama tidak diciptakan atau memaksa satu sistem etika yang baru
dan berbeza daripada yang telah sedia diamalkan oleh manusia. Fungsinya
adalah untuk mengukuhkan dan memantapkan lagi sistem etika dan nilai yang
telah sedia wujud Terdapat sebilangan kecil pekerja dalam sesebuah organisasi
yang boleh dianggap sebagai pekerja bermasalah. Isu mereka perlu ditangani
dengan berhati hati. Antara masalah disiplin yang sering terjadi ialah datang
lewat,bergaduh dengan rakan sekerja, berpakaian selekeh,tidur ditempat kerja
dan yang paling besar ialah mencuri barang syarikatdengan

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
                  Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
                  Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini
kepada pensyarah tercinta saya, EN.MUHAMAD HAFIZ BIN AB.GHANI kerana
dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
                  Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan
kerja kursus   ini.Mereka telah   memberikan saya segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan
tugasan ini.
                  Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka
membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan
kepada mereka.

                  Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang


terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus
ini.Terima kasih.
KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
TAJUK SUBJEK:ETIKA PROFESIONALISME
TAJUK TUGASAN:KAJIAN KES

NAMA:IKMAL ADAM BIN ABD HALIM

NO K/P:040312030409

ANGKA GILIRAN:K671JETE005

PROGAM:1DVMETE

NAMA PENSYARAH:EN.MUHAMAD HAFIZ BIN AB.GHANI


KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
NAMA SUBJEK:ETIKA PROFESIONALISME
TAJUK TUGASAN:KAJIAN KES

NAMA:ANIS SAHIRA BINTI MOHAMAD SUKERI

NO K/P:040223031282

ANGKA GHILIRAN:K671JHFD002

PROGRAM:1DVMJFS

NAMA PENSYARAH:PN.SYARIDAINIFALA@KAMILAH BT STAPA

KESIMPULAN
Kesimpulannya, etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal
tingkahlaku para profesional supaya mereka dapat menggunakan
segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk
kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja
profesional memainkan peranan yang amat penting untuk
menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Etika kerja
adalah untuk membolehkan seseorang individu dalam bidang
tertentu dapat bekerja dengan lebih baik dan meningkatkan nilai-
nilai murni dalam melakukan sesuatu kerja. Di setiap tempat kerja,
disiplin sangat penting kepada setiap pekerja. Setiap pekerja juga
perlu bertanggungjawab dengan tugas yang diberi. Pihak majikan
dan pihak pengurusan juga perlu sentiasa peka dengan isu disiplin di
tempat kerja. Bukan itu sahaja, majikan juga perlu menyediakan
peraturan dan prosedur bertulis syarikat yang boleh difahami oleh
semua serat melaksanakan penguatkuasaan peraturan dan prosedur
secara adil dan konsisten.

RUJUKAN
1-MODUL
2-
https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/202
1/03/BULI.jpg
3- https://1.bp.blogspot.com/-73wCsKsRw2o/VYPY4-
i4fgI/AAAAAAAAAM8/J797YXg0Z9Y/s1600/RASUAH
%2BNEWS.jpg
4-
https://news.usim.edu.my/files/newsclippings/BERITA_
HARIAN__24112016__MS41_-
_WUJUDKAN_AKTA_GANGGUAN_SEKSUAL_DI_TEMPA
T_KERJA.jpg
5-https://public.mps.gov.my/skamps/item/
20120810_Kakitangan_awam_curi_tulang_56.jpg

BI TAJUK MUKA
L SURAT
1 ISI KANDUNGAN 2
2 PENGHARGAAN 3
3 PENGENALAN 4
4 GANGGUAN SEKSUAL 5-6
5 CURI TULANG 7-8
6 RASUAH 9-10
7 PRESTASI KERJA YANG TIDAK BAIK 11-12
8 DATANG LEWAT KE TEMPAT 13-14
KERJA
9 KESIMPULAN 15
10 RUJUKAN 16

You might also like