Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM MESRA AIDILFITRI

Aidilfitri menjelang lagi. Bagi menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan, guru-guru
serta murid-murid PPKI SMK junjung telah menjalankan program mesra Aidilfitri. Program mesra
Aidilfitri ini dijalankan bagi memupuk semangat ukhuwah dalam kalangan keluarga PPKi SMK
Junjung. Program ini bukan sahaja melibatkan guru-guru dan murid-murid PPKI SMK Junjung, tetapi
juga melibatkan waris murid-murid PPKI SMK Junjung. Sebelum program ini dijalankan, perjumpaan
dengan ibu bapa terlebih dahulu dibuat bagi membincangkan persetujuan waris untuk turut serta dalam
program ini, serta tarikh dan hari yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ini.

Bagi tahun ini, waris yang terlibat dalam menjayakan program mesra aidilfitri kali ini ialah
keluarga Mohammad Hadhari Najmi Bin Hassan, Mohamad Ikmal Bin Omar dan juga Luffi Ammirul
Amier Bin Mazmi. Dua hari telah dipilih bagi membolehkan murid serta guru-guru PPKI SMK Junjung
melawati keluarga berkenaan. Bagi menghargai keluarga serta waris yang turut sama terlibat dalam
menjayakan program ini, pihak PPKI SMK Junjung dengan berbesar hatinya telah memberi sedikit
hadiah penghargai bagi menghargai kerjasama yang diberikan oleh keluarga dan murid yang rumah
merek dilawati.

Sesungguhnya lawatan ini memberi satu pengalaman yang bagus dan menyeronokkan kepada
murid serta guru-guru. Bukan sahaja dapat meraikan perayaan Aidilfitri secara bersama, tetapi juga
dapat mengeratkan silaturrahim diantara guru-guru, murid-murid serta keluarga-keluarga yang terlibat.
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun yang akan datang dan melibatkan lebih
banyak keluarga agar ukhuwah serta hubungan erat antara pihak sekolah dan waris terus terjalin dengan
mesranya.

You might also like