Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LATIHAN UPS 1 BAB 2

1. Permintaan individu merujuk kepada


A. Kemampuan individu membeli barangan pada tingkat harga tertentu
B. Keinginan individu untuk membeli barangan pada tingkat harga tertentu
C. Keinginan dan kesanggupan individu membeli barangan pada tingkat harga tertentu
D. Keinginan semua individu dalam pasaran untuk membeli barangan pada tingkat
harga tertentu

2. Setiap titik di atas keluk permintaan menunjukkan


A. Nisbah harga jualan kepada harga belian
B. Kuantiti yang diminta pengguna pada tingkat harga tertentu
C. Kuantiti pembelian dan penjualan oleh pengguna dan pengeluar
D. Kombinasi dua barang yang dipilih pengguna pada tingkat harga tertentu.

3. Pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama adalah disebabkan oleh


A. kenaikan pendapatan
B. perubahan citarasa pengguna
C. kenaikan harga barang itu sendiri
D. penurunan harga barang penggenap

4. Penurunan harga barang A menyebabkan permintaan barang B berkurangan. Barang A


dan B adalah _______.
A. barang mewah
B. barang bawahan
C. barang pengganti
D. barang penggenap

5. Peningkatan pendapatan pengguna menyebabkan permintaan


A. Barang biasa menurun
B. Barang mesti menurun
C. Barang mewah meningkat
D. Barang bawahan meningkat

6. Lebihan permintaan menunjukkan _______.


A. kuantiti keseimbangan lebih besar daripada harga keseimbangan
B. harga keseimbangan lebih besar daripa kuantiti keseimbangan
C. kuantiti diminta lebih besar daripada kuantiti ditawarkan pada satu tingkat harga
D. kuantiti diminta lebih kecil daripada kuantiti ditawarkan pada satu tingkat harga
7. Berdasarkan Rajah 2, peralihan keluk D1D1 ke D2D2 disebabkan oleh ____.
A. kejatuhan harga teh
B. kenaikan harga gula
C. kenaikan pendapatan pengguna
D. kemajuan teknologi dalam pengeluaran kopi

8. Manakah faktor berikut TIDAK menyebabkan peralihan keluk penawaran sesuatu


barang?
A. Perubahan harga barang tersebut
B. Perubahan harga barang bersaing
C. Perubahan harga barang bersama
D. Perubahan tingkat teknologi pengeluaran

9. Kemajuan dalam teknologi pengeluaran akan


A. mengalihkan keluk penawaran ke kiri.
B. mengalihkan keluk permintaan ke kiri.
C. mengalihkan keluk penawaran ke kanan.
D. mengalihkan keluk permintaan ke kanan.

10. Jika berlaku lebihan penawaran di pasaran, maka ____.


A. harga akan jatuh
B. harga akan meningkat
C. kuantiti yang diminta berkurangan
D. berlaku keseimbangan antara permintaan dan penawaran

11. Pertambahan permintaan dan pengurangan penawaran pada kadar yang sama akan
menyebabkan
A. Harga dan kuantiti keseimbangan menurun
B. Harga dan kuantiti keseimbangan meningkat
C. Harga tetap dan kuantiti keseimbangan meningkat
D. Harga meningkat dan kuantiti keseimbangan tetap
12. Penurunan harga input akan menyebabkan
A. Peralihan keluk penawaran secara selari ke kiri
B. Peralihan keluk penawaran secara selari ke kanan
C. Pergerakan sepanjang keluk penawaran yang sama dan kuantiti ditawarkan menurun
D. Pergerakan sepanjang keluk penawaran yang sama dan kuantiti ditawarkan
meningkat

13. Pertambahan tingkat pendapatan pengguna akan menyebabkan


A. Keluk penawaran suatu barang beralih ke kiri
B. Keluk permintaan suatu barang beralih ke kanan
C. Keluk penawaran suatu barang beralih ke kanan
D. Keluk permintaan suatu barang beralih ke kanan

14. Jika harga sesuatu barang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan, maka
A. Berlaku lebihan permintaan dalam pasaran tetapi harga kekal
B. Berlaku lebihan penawaran dalamn pasaran tetapi harga kekal
C. Berlaku lebihan permintaan tetapi harga akan kembali ke tingkat keseimbagan
D. Berlaku lebihan penawaran tetapi harga akan kembali ke tingkat keseimbangan

15. Peningkatan harga pasaran akan mengurangkan


A. lebihan pengguna
B. lebihan pengeluar
C. lebihan penawaran
D. lebihan permintaan

16. Sekiranya harga keseimbangan ayam adalah RM7.00 sekilogram dan kerajaan
menetapkan harganya pada RM6.25 sekilogram, maka
A. harga ayam akan meningkat.
B. akan berlaku lebihan penawaran ayam.
C. permintaan ayam akan menyamai penawaran.
D. akan wujud lebihan permintaan ayam di pasaran.

17. Lebihan pengeluaran merupakan


A. perbezaan antara tingkat harga pasaran dengan tingkat harga kawalan.
B. perbezaan antara tingkat harga minimum dengan tingkat harga pasaran.
C. perbezaan antara permintaan dan penawaran di pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu.
D. perbezaan antara tingkat harga yang sanggup diterima pengeluar dengan tingkat
harga pasaran.
18. Lebihan pengguna ditakrifkan sebagai
A. perbezaan antara tingkat harga pasaran dengan tingkat harga yang ditentukan oleh
kerajaan.
B. Perbezaan antara tingkat kesanggupan pengguna membayar harga sesuatu barang
berbanding tingkat harga di pasaran.
C. perbezaan antara tingkat kuantiti keseimbangan permintaan dan penawaran di
pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
D. tingkat kemampuan pengeluar membayar harga sesuatu barang berbanding tingkat
harga yang sanggup dibayar oleh pengguna.

19. Dasar harga maksimum bertujuan untuk


A. melindungi pengguna
B. melindungi pengeluar
C. menambah penawaran
D. menambah permintaan

20. Pelaksanaan dasar harga minimum oleh kerajaan ke atas barang pertanian
menyebabkan _____.
A. kenaikan harga barang pertanian dan berlaku lebihan penawaran
B. kenaikan harga barang pertanian dan berlaku lebihan permintaan
C. penurunan harga barang pertanian dan berlaku lebihan penawaran
D. penurunan harga barang pertanian dan berlaku lebihan permintaan

You might also like