Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

UKM/PPPS/B/P02/AK06/2

Tarikh Kuat kuasa: 04-01-2010 (Semakan 2)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN SESI AKADEMIK 20222023

No. Pendaftaran:
No. Kad Pengenalan/Pasport bagi warga asing:

1. Tawaran masuk ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:


1.1 Pengesahan oleh Senat Universiti
1.2 Mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera. Sekiranya Universiti
tidak menerima pengesahan dari saudara/i dalam tempoh yang ditetapkan,
saudara/i dianggap tidak berminat dan tawaran saudara/i akan terbatal.
1.3 Menjelaskan bayaran-bayaran seperti yang dinyatakan dalam tawaran
kemasukan dan bayaran yang ditetapkan oleh PIHAK BERKUASA
UNIVERSITI.
1.4 Lulus pemeriksaan doktor, termasuk X-ray dada dari Hospital Kerajaan atau
Klinik Swasta. Universiti berhak mendapatkan pendapat kedua (second
opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benar-benar sihat untuk
belajar.
1.5 Tawaran ini terbatal sekiranya saudara/i adalah pelajar yang sedang mengikuti
kursus di Maktab-Maktab Perguruan atau Institusi Pendidikan Tinggi dalam
atau luar negara atau sedang mengikuti Program Pengajian Jarak Jauh atau
seumpamanya di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Tempatan. Pegawai
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah mengemukakan surat
kebenaran yang ditetapkan.
2 Mematuhi Ikrar Mahasiswa seperti berikut:
2.1 Bahawasanya saya mengaku sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia akan patuh kepada tatatertib Universiti.
2.2 Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya saya mencari dan
memperdalamkan ilmu pengetahuan dan menjunjung tinggi kebebasan
berbuat demikian.
2.3 Bahawasanya saya akan sentiasa memelihara dan meninggikan nama baik
Universiti dan akan memberi khidmat kepada masyarakat.
3 Mematuhi aku janji seperti yang dinyatakan di dalam Surat Aku Janji Universiti
Kebangsaan Malaysia.
4 Saya mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar. Universiti berhak
menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa jika pada satu-satu masa sepanjang tempoh
pengajian didapati kenyataan dan maklumat yang saudara/i berikan dalam permohonan
saudara/i tidak benar.

..................................................
Basir Bahir
Timbalan Pengarah (Governans Akademik)
Pusat Pengurusan Akademik (AkademikUKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia
SURAT AKU JANJI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Saya,

No. Kad Pengenalan: , dengan sesungguhnya


dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai
kecemerlangan dalam ilmu dan akan sentiasa mempertingkatkan budi pekerti yang mulia.
Saya akan mematuhi semua undang-undang Malaysia, Akta Universiti dan Kolej Universiti
1971 (termasuk pindaan-pindaan di bawahnya), Perlembagaan UKM, Statut, Kaedah-
Kaedah, Peraturan-Peraturan dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar- pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (Universiti), yang dibuat dari semasa ke semasa
sepanjang saya menjadi seorang pelajar Universiti.

Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana


peruntukan dalam undang- undang Malaysia, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
(termasuk pindaan-pindaan di bawahnya), Perlembagaan UKM, Statut, Kaedah-Kaedah
dan Peraturan-Peraturan atau arahan tersebut, maka tindakan tatatertib boleh diambil
terhadap saya.

Tandatangan Pelajar Tarikh

Nama Pelajar :

No. Pendaftaran :

Fakulti :

Kolej:

Tandatangan Saksi Pelajar

Nama :

Jawatan :
LETTER OF UNDERTAKING

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

I,

Identity Card No. hereby do


solemnly and sincerely promise that I will make every effort to achieve excellence in
knowledge and will always embody a noble character. I will abide by all the laws of
Malaysia, Universities and University Colleges Act 1971 (including all amendments),
Constitution of the UKM, Statutes, Rules, Regulations and any directives applicable to
Universiti Kebangsaan Malaysia students (University), made from time to time during my
term as a student of the University.

I fully understand that if I fail to comply with any provisions of the laws of Malaysia,
Universities and University Colleges Act 1971 (including all amendments), Constitution of
the UKM, Statutes, Rules and Regulations or the said directives, disciplinary action may
be taken against me.

Signature of Student Date

Student's Name :

Registration No. :

Faculty :

Witness Signature

Name :

Position :

You might also like