Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

: KONFLIK DUNIA DAN PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

KAJIAN KES SEJARAH


TINGKATAN 4
BAB3:
KONFLIK DUNIA DAN
PENDUDUKAN JEPUN
DI NEGARA KITA

NAMA PELAJAR: NURFIZA NABILA BINTI ZAMRI


TINGKATAN 4

NAMA GURU: PUAN FARRAH WAHEDA BINTI


HASSAN
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT

PENYATAAN MASALAH 3

OBJEKTIF KAJIAN 4

KAEDAH KAJIAN 5

HASIL KAJIAN 6-12

SUMBER RUJUKAN 13
PENYATAAN MASALAH
• Kemunculan Jepun sebagai kuasa
ketenteraan di Asia yang menjalankan dasar
imperialisme membawa kepada Perang
Dunia Kedua. Bincangkan.

a) Nyatakan dasar perluasan kuasa Jepun.


b) Huraikan secara kronologi bermulanya
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.
c) Jelaskan faktor kedatangan Jepun di
negara kita.
d) Nyatakan dasar pendudukan Jepun di
negara kita.
e) Huraikan perjuangan rakyat menentang
Jepun.

3
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajan Kajian Kes Sejarah tentang
Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di
Negara Kita :

a) Mengetahui dasar peluasan kuasa


Jepun.
b) Menghuraikan kronologi bermulanya
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.
c) Menjelaskan faktor kedatangan Jepun
di negara kita.
d) Mengetahui dasar pendudukan Jepun di
negara kita.
e) Menghuraikan perjuangan rakyat
menentang Jepun.

4
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah Merujuk Buku
Saya telah merujuk Buku Teks Sejarah
Tingkatan 4 dan membuat beberapa kajian
tentang dasar perluasan Jepun di negara kita
dan perjuangan rakyat dalam menentang
Jepun.

2. Kaedah Merujuk Internet


Saya telah merujuk laman sesawang
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Pasifik
untuk mencari gambar-gambar dan maklumat
tambahan berkenaan kajian kes ini untuk
ditambahankan ke dalam tugasan sejarah ini.

5
HASIL KAJIAN
a) Nyatakan dasar perluasan kuasa Jepun.

Peluasan kuasa Jepun berkait dengan keperluan


perindustrian, pengaruh golongan tentera dan
mewujudkan orde baharu Asia.Dari segi keperluan
perindustrian, Jepun memerlukan wilayah yang
dapat membekalkan bahan mentah dan menjadi
kawasan pasaran bagi mengembangkan lagi
perindustrian.Dari segi pengaruh golongan tentera
pula, mereka berpendapat bahawa masalah
ekonomi Jepun boleh diselesaikan menerusi
penaklukan kawasan yang kaya dengan bahan
mentah dan boleh menjadi kawasan
pasaran.Manakala orde baharu Asia, Jepun
mewujudkan matlamat mengembangkan kuasa,
mewujudkan kebebasan ekonomi dan menentang
imperialisme Barat kemudiannya dikembangkan
ke seluruh Asia.

6
b) Huraikan secara kronologi bermulanya Perang
Dunia Kedua di Asia Pasifik.

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula pada 8


Disember 1941, apabila Jepun menyerang Tanah
Melayu dan Pearl Harbour, Hawaii, iaitu pangkalan
tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik. Serangan
tentera Jepun terhadap Pearl Harbour bertujuan
melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat di
Pasifik yang boleh menjadi penghalang kepada
peluasan kuasa Jepun di Asia Pasifik. Seterusnya,
serangan dilakukan ke atas wilayah jajahan Amerika
Syarikat, Britain dan Belanda yang lain seperti
Filipina, Hong Kong, Pulau Guam dan Pulau Wake.
Serangan tersebut membawa penglibatan Amerika
Syarikat dalam perang di Asia pasifik apabila
mengisytiharkan perang terhadap Jepun. Dengan
strategi yang berkesan dan penguasaan serangan
melalui laut, darat dan udara. Jepun berjaya
membentuk empayar yang luas di Asia Pasifik
menjelang April 1942. Perang Dunia Kedua yang
merangkumi perang di Eropah dan di Asia Pasifik
telah mengorbankan hampir 75 juta nyawa manusia
dan membawa kemusnahan harta benda.
Peperangan menyebabkan kematian, kesengsaraan,
kelaparan, ketakutan, kezaliman dan kemiskinan.
7
c) Jelaskan faktor kedatangan Jepun di negara kita.

Kedatangan Jepun ke negara kita bertujuan


memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan
strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi yang
dikenakan oleh pihak Bersekutu terhadap Jepun.
Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan
mentah di negara kita untuk keperluan
perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji dan
operasi ketenteraan Jepun. Tanah Melayu
merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah
di dunia. Sasaran utama Jepun di Sarawak untuk
mendapatkan sumber minyak, terutama di Miri
dan Lutong. Manakala kedudukan strategik negara
kita sesuai untuk ketenteraan Jepun. Di hujung
Semenanjung Tanah Melayu terletak pangkalan
tentera laut British, iaitu Singapura.

8
d) Nyatakan dasar pendudukan Jepun di negara
kita.

Dasar pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami


melalui dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial.Dasar
pentadbiran terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran
tentera Jepun, dasar terhadap Raja-raja Melayu dan
kepimpinan tempatan.Pentadbiran tentera Jepun
memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.
Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera di bawah
satu pentadbiran untuk membentuk Kawasan Pertahanan
Khas. Selain itu, Raja-raja Melayu menjadii ketua dalam
hal ehwal agama lslam dan adat Melayu serta diberikan
bavaran pencen seperti sebelum perang.Di samping itu,
pemimpin tempatan diberikan peluang kenaikan
pangkat kepada yang berpendidikan dan berpengalaman
ke jawatan yang lebih tinggi.

9
. Dasar ekonomi dilaksanakan oleh Jepun akibat
kemelesatan ekonomi. kawalan. Rancangan
Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa
Penyelidikan Bahan diperkenalkan untuk mengawal
selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan
kegunaan baharu bagi sumher tempatan.Dasar sosial
terbahagi kepada empat iaitu pendidkan, sikap Jepun
terhadap agama, catuan dan penghasilan makanan
serta layanan terhadap penduduk .

Dari segi pendidikan, Sistem persekolahan Jepun


diperkenalkan untuk membentuk semangat
persaudaraan sejagat mencapai teknologi industri,
meningkatkan disiplin dan menerapkan nilai
Jepun.Sikap Jepun terhadap agama sangat baik. Tentera
Jepun menghormati agama Islam dan adat Melayu serta
tidak campur tangan dalam adat resam tempatan.Tidak
kurang juga dengan catuan dan penghasilan makanan.

Pentadbiran tentera Jepun memperkenalkan Ordinan


Kawalan Barangan dan Bahan Penting untuk mengawal
bekalan barangan akibat kekurangan makanan.
Pentadbiran tentera Jepun memberikan layanan
berbeza-beza mengikut kaum. Tentera Jepun
memberikan layanan yang baik kepada orang Melayu
serta peribumi lain yang bekerjasama dengan Jepun
untuk mendapatkan sokongan masvarakat peribumi
bagi melicinkan pemerintahan.

10
e) Huraikan perjuangan rakyat menentang Jepun.

Perjuangan rakyat menentang Jepun terdiri


daripada pelbagai pasukan antaranya ialah
Rejimen Askar Melayu, Penentangan individu,
Gerakan anti-Jepun di Sarawak dan Sabah,
Penentangan MPAJA, Force 136, Kerjasama
MPAJA dan Force 136 dan Kerjasama Parti
Kuomintang dan MPAJA. Penglibatan Rejimen
Askar Melayu dalam pertempuran menentang
tentera Jepun di Singapura memperlihatkan
semangat juang yang tinggi.Sebagai contoh,
keteguhan dan ketahanan yang menjadi suatu
tradisi yang masyhur dan inspirasi kepada
generasi akan datang. Selain itu, penentangan
idividu terdiri daripada Gurchan Singh dan Sybil
Kathigasu. Gurchan Singh berjaya menghadiri
sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar
sebagai wartawan dan mendalangi sabotaj
terhadap landasan kereta api yang menjejaskan
pengangkutan tentera Jepun.Manakala Sybil
Kathigasu pula, jururawat yang terkenal dengan
keberanian dan kecekalan membantu manqsa
perang dan gerila anti-Jepun di Perak.

11
Di samping itu,terdapat juga penetangan dari Sarawak
dan Sabah yang dikenali sebgaqi Operasi Semut dan
Pemberontakan Jesselton. Operasi Semut ialah siri
operasi peninjauan yang dilakukan oleh Unit Khas Z
Australia sebagai sebahagian daripada kempen tentera
Bersekutu menentang Jepun di Sarawak.
Pemberontakan Jesselton berlaku daripada kumpulan
Albert Kwok yang dikenali sebagai gerila Kinabalu
telah melancarkan serangan terhadap pejabat
pentadbiran, balai polis dan kemudahan Tentera Diraja
Jepun serta membunuh tentera Jepun di Jesselton, Kota
Belud, Menggatal dan Tuaran.Tidak kurang juga
dengan Malayan People's Anti-Japanese Army
(MPAJA), ia ditubuhkan selepas PKM bersetuju
mewujudkan pasukan sukarela yang dilatih oleh
British untuk menjalankan kerja sabotaj dan perang
gerila terhadap Jepun.
Justeru,anggota Force 136 yang telah mendapat
Latihan di India dan Sri Lanka akan dihantar ke Tanah
Melayu melalui kapal selam atau diturunkan melalui
payung terjun dari kapal terbang untuk mendapatkan
sokongan orang Melayu serta menubuhkan pasukan
gerila anti-Jepun. Kemudian, tujuan MPAJA dan Force
136 bekerjasama adalah MPAJA memperoleh bantuan
seperti senjata, ubat-ubatan, kewangan dan latihan
ketenteraan daripada tentera British. Akhir sekali,
Gerila KMT bersetuju bekerjasama dengan MPAJA
atau PKM menentang tentera Jepun di utara Tanah
Melayu, terutamanya di Hulu Perak dan Kelantan.

12
SUMBER RUJUKAN

1. Buku teks
https://drive.google.com/file/d/1hcy9bJ4qWBWtqA8C
PGm0yUbiHGMgTGyW/view

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4,Ridzuan Bin Hassan,


Sharufah Afidah Binti Syed Hamid, Muslimin Bin Fadzil,
Suvramaniam A/L Raman, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2019

2. Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Pasifik

13
TERIMA KASIH

You might also like