Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

JURNAL MINGGUAN KE-5

Nama Pelajar : Siti Nasehah binti Abdul Mutalib


No. Kad Pengenalan : 010228-02-1086
Program : Pismp Jun 2020
Pengkhususan/Opsyen : Pendidikan Islam
Sekolah : SK Convent Green Lane
Minggu Praktikum : 5
Tarikh: 12 September 2022
Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran
Tajuk Jurnal : Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran
Pensyarah penyelia : Puan Mahani binti Shaari
Guru Pembimbing: Puan Norhayati Binti Abu Husin@Hashim

1. Isu yang difokuskan


Isu yang saya hadapi pada minggu kelapan sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa
Arab Tahun 3 Seri Bayu dan Seri Embun ialah saya kurang mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sewaktu berada di dalam kelas. Hal ini kerana, terdapat
murid yang tidak melibatkan diri mereka di dalam aktiviti kumpulan dan ada juga murid
yang mengatakan bosan ketika guru menanyakan sebab mereka tidak menyertai aktiviti
yang dilaksanakan sewaktu pengarajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Saya mengalami masalah dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


di dalam bilik darjah di kelas. Hal ini demikian kerana saya kekurangan idea dalam
mempelbagaikan aktiviti yang menyeronokkan kepada murid. Aktiviti PdP yang kurang
menarik menyebabkan murid berasa tidak seronok ketika mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran sewaktu berada di dalam kelas. Dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, guru hendaklah menjadi kreatif agar dapat menimbulkan suasana PdP
yang menarik. Masalah ini timbul adalah disebabkan saya mendapati saya masih
mempunyai banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki dalam diri untuk menjadi
seorang pendidik. Kadangkala saya kurang memahami strategi dan pendekatan dalam
mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Masalah ini dirumitkan lagi dengan keadaan
susunan kelas yang berlaku pada masa kini laitu pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan berikutan penularan wabak Covid-19.
Keadaan ini menambahkan lagi kekangan kepada saya dalam mempelbagaikan aktiviti
pp serta penglbatan murid di dalam kelas.

2. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas) :

Menurut NACCCE (1999), pengajaran kreatif adalah pengajaran yang mengutamakan


strategi mengajar yang melibatkan murid secara aktif, penyesualan strategi digunakan
dengan julat umur, konteks dan individu serta memberi fokus kepada kerelevanan
perkara yang dipelajari atau dialami oleh murid-murid malah pengalaman in adalah di
bawah kawalan murid sendiri.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan analisis terhadap isu dan masalah ini, saya mencadangkan beberapa
alternatif yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:
1) Mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransang minat murid di
dalam bilik darjah.
2) Guru menentukan pendekatan dan teknik yang sesuai dengan
perkembangan murid.
3) Berbincang dengan guru penolong kanan berkenan susunan murid di dalam
kelas oleh kerana pematuhan SOP dilonggarkan.
4) Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :


4 hari

5. Tindakan Susulan :
Tindakan saya bagi menangani masalah ini ialah saya perlu memikirkan cara
bagaimana mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik mint pelajar.
Pembelajaran yang menyeronokkan perl melibatkan kreativiti guru dalam
mewujudkan suasana yang menarik dan bermakna. Kenyataan ini disokong oleh
Bahagian Pendidikan Guru (2009c), iaitu seorang guru seharusnya berupaya
mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna, berkesan serta dapat
meningkatkan minat muridnya melalui keseronokan dengan unsur-unsur
permainan. Selain itu, saya juga perlu menentukan pendekatan atau teknik yang
sesuai dengan perkembangan mud. Menyediakan aktiviti yang menarik dan sesuai
dengan situasi pdp pada masa ini juga merupakan tindakan yang saya laksanakan.
Sebagai contoh, memikirkan bagaimana murid kekal berkomunikasi sambil
melibatkan pergerakan. Akhir sekali, saya juga merujuk kepada pensyarah
penyelia dan guru pembimbing saya agar masalah in dapat diselesaikan dengan
segera.

6. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


15 September 2022

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tempoh masa yang saya ambil bagi menangani masalah ini adalah selama seminggu.
Hal ini demikian kerana jika masalah ini tidak ditangani dengan segera maka lanya akan
menggangu proses pengajaran dan pembelajaran saya sewaktu berada di dalam bilik
darjah. Walaubagaimanapun, saya akan berusaha untuk mencari idea lebih menarik
dengan mencari platform guru-guru luar yang menyediakan bahan bantu mengajar yang
menarik bagi siswa guru pelatih.
7. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan) dan Halangan (Jika Ada) :

Sebagai seorang guru, kita perlu memikirkan pelbagai alternatif untuk


menjadikan proses PdP lebih menarik. Dalam konteks penghantaran tugasan
pula, guru perlu bertimbang rasa dengan memberikan masa yang secukupnya
dan membuat analisis penghantaran tugasan supaya ibu bapa dan murid-murid
lebih cakna. Jelaslah bahawa alternatif yang digunakan ini mampu untuk
menunjukkan peningkatan dalam penglibatan murid yang memberi keberkesanan
kepada Pdp.

Rujukan

National Advisory Committee on Creative and Cultural Education (NACCCE).

(1999). All Our Futures: Creativity, Culture and Education. Department of


Culture, Media and Sport.

Bahagian Pendidikan Guru. (2009c). Garis Panduan Amalan Profesional

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian. Kementerian


Pelajaran Malaysia.

You might also like