Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

LEMBARAN KERJA (KEPEMIMPINAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI)

Latar Belakang - Salehuddin Yusof bin Najmuddin Ayyub


- Beliau lahir di Tirkit, Iraq tahun 523 H bersamaan 1138
(setelah hampir 40 tahun tentera Salib menduduki Baitul
Maqdis)
- Beliau juga merupakan pengasas Dinasti Ayyubiyah di
Mesir
- Telah diberikan gelaran Sultan Salehuddin
- Beliau juga merupakan pahlawan Islam yang gagah
berani dan telah berjaya menumpaskan tentera Salib dan
berjaya merebut kembali Baitul Maqdis
- Salehuddin Al-Ayyubi merupakan seorang panglima
tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat
tinggi dan masyhur pada zaman Perang Salib
- Oleh itu, Salehuddin al-Ayyubi merupakan seorang
tokoh yang bertanggungjawab membebaskan kota
Baitulmuqaddis daripada kekuasaan orang Barat
- Ketika tercetusnya Perang Salib, nama dan kepimpinan
beliau amat digeruni oleh tentera salib terutamanya
setelah berjaya menawan semula beberapa buah wilayah
kera-jaan Islam
- Beliau juga pernah terlibat dalam peperangan di Mesir,
Palestin, dan Syria

Sumbangan (a) Politik


 Menentang Tentera Salib
 Membebaskan Kota Baitulmuqaddis
 Mengamalkan Dasar Tolak Ansur Terhadap Penganut
Agama Kristian

(b) Ekonomi
 Memulihkan Dan Membangunkan Negara
 Kemajuan Dalam Bidang Ekonomi

(c) Pendidikan
 Memajukan Aspek Pendidikan

(d) Kebajikan Sosial


 Penyediaan Kemudahan Kesihatan

1. Menentang - Pada tahun 164 M, Salehuddin al-Ayyubi telah


Tentera Salib menyertai ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa
saudaranya, Shirkuh yang dihantar oleh Khalifah Nur al-
Din
- Mereka berjaya menewaskan tentera Salib yang berada
di bawah pimpinan Amaury I
- Setelah Shirkuh meninggal dunia, Salehuddin al-Ayyubi
telah dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria
- Pelantikan ini menjadi titik tolak kepada kegemilangan
dan kemasyhurannya
2. Membebaskan - Salehuddin al-Ayyubi menjadikan Ra'su al-Ma' sebagai
Kota pusat gerakannva menuju ke Busra diikuti Karak,
Baitulmuqaddis Syubak, dan Tabariah
- Ketika pertempuran di Hittin, kemenangan berpihak
kepada tentera Islam
- Kemaraan tentera Salehuddin al-Ayyubi tidak dapat
dikekang lagi apabila beliau berhadapan dengan Raja
Baitulmuqddis yang hanya dikawal oleh 150 orang
pahlawannya sahaja
- Salehuddin al-Ayyubi kemudiannya mengarahkan Raja
Baitulmuqaddis, iaitu Gui of Lusignan dan pemerintah
Karak iaitu Raynald supaya menghadapnya
- Beliau kemudiannva telah memancung kepala Raynald
kerana sikap biadab pemerintah Karak tersebut terhadap
Nabi Muhammad SAW dan umat Islam

3. Mengamalkan - Meskipun orang Islam berjaya menguasai


Dasar Tolak Baitulmuqaddis, namun orans Kristian tetap diberikan
Ansur Terhadap peluang mengunjungi kota suci tersebut
- Melalui perjanjian damai yang dimeterai antara
Penganut Agama
Salehuddin al-Ayyubi dengan Richard ‘The Lion Heart’
Kristian di Ramalah pada 2 November l192 M
- Orang Islam telah bersedia memberikan kelonggaran
kepada orang Kristian untuk mengunjungi dan beribadat
di Baitulmuqaddis

4. Memulih Dan - Salehuddin al-Ayyubi mengarahkan pembinaan kubu


Membangunkan Qal'ah al-Jabal yang terletak di atas bukit bagi
Negara membendung saki-baki musuh yang masih berada di
dalam kota Kaherah
- Di Sinai, kubu yang hampir sama juga dibina di samping
membangunkan Pulau al-Raudah dan Pulau al-Gizah
- Ibn Jubair pernah menjelaskan pasar minggu yang besar
diadakan pada setiap hari Ahad
- Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan dan tempat
bersantai

5. Penyediaan - Salehuddin al-Ayyubi juga telah mengubah sebuah


Kemudahan dewan di istana yang dibina oleh al-Aziz bin al-Muiz
Kesihatan dengan menjadikannya sebuah hospital yang dinamakan
Bimaristan al-Atiq
- Selain itu, sebuah gedung ubatan juga telah disediakan
bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang
ditetapkan kepada para pesakit
- Dalam pada itu, hospital tersebut juga mempunyai
ruangan khas untuk pesakit wanita
- Kemudian, jaring-jaring besi juga dipasang sebagai
pemisah bagi mengelak pesakit mental mengganggu
pesakit lain
6. Memajukan - Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan,
Aspek beliau juga telah banyak membina sekolah dan
Pendidikan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke
negaranya
- Beliau telah memperkenalkan sistem pendidikan
prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib
- Mengikut sistem tersebut, kanak-kanak akan
mempelajari al-Quran, menghafal hadis, dan
meningkatkan kemahiran seni khat
- Selain itu, mereka juga diajar tentang asas ilmu
matematik, syair, kata-kata hikmat, dan beribadat seperti
solat berjemaah

7. Kemajuan Dalam - Dalam bidang ekonomi, negara memperoleh sumber


Bidang Ekonomi pendapatan yang pelbagai seperti jizyah yang dikenakan
kepada golongan bukan Islam, fidyah yang dibayar oleh
tawanan perang untuk menebus diri, harta rampasan
perang dan cukai tanah (kharaj)
- Cukai-cukai yang membebankan pada zaman kerajaan
Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai yang dikenakan ke
atas jemaah haji
- Beliau juga menumpukan perhatian terhadap sektor
pertanian seperti memberi tumpuan kepada penyediaan
dan penyelenggaraan sistem terusan serta teknik-teknik
pertanian
- Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan
dalam produktiviti dan telah berjaya mengelak
kekurangan bekalan makanan

You might also like