Professional Documents
Culture Documents
Gerakan Menguatkan Diri
Gerakan Menguatkan Diri
PENGENALAN
Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa Barat ingin mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di China.
Perkembangan ini telah memberi kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah
seperti Putera Kung, Tseng Kuo-fan, Li Hung-chang dan Tso Tsung Tang mengenai keperluan untuk memodenkan
China. Kesedaran mengenai keperluan untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang
dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Idea ini telah dicetuskan oleh tokoh Feng Kuei-fen kerana beliau
berpendapat bahawa China harus memperoleh ilmu daripada negara-negara Barat untuk memodenkan China. Oleh
itu, Gerakan Menguatkan Diri telah dilaksanakan mulai tahun 1861 hingga tahun 1895.
ASPEK HURAIAN
KESIMPULAN Negara China telah berusaha keras dalam usaha menguatkan diri untuk membangunkan dan
mempertahankan kedaulatan negara mereka. Oleh sebab itu, mereka telah mengambil
pelbagai langkah untuk melaksanakan visi dan misi mereka termasuklah dari aspek
ketenteraan, pelaksanaan projek ekonomi, diplomatik, pendidikan serta membangunkan
sistem perhubungan dan pengangkutan. Namun, usaha tersebut telah membawa kepada
kejayaan serta membawa kegagalan atas alasan dan sebab-sebab tersendiri.
MENGAPAKAH TRANSFORMASI YANG CUBA DIJALANKAN OLEH KERAJAAN CHINA
PADA ABAD KE-19 MENEMUI KEGAGALAN? SEJAUHMANAKAH KETIADAAN
PEMIMPIN YG CEKAP TELAH MENYEBABKAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI CHINA
MENEMUI KEGAGALAN?
PENGENALAN
Kekalahan kepada kuasa Barat telah memberikan kesan yang besar kepada China dimana ia telah menimbulkan
kesedaran dalam kalangan pemimpin-pemimpin negara China untk melindungi kedaulatan negara mereka. Oleh itu,
kerajaan China telah melaksanakan rancangan yang digelar sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini
merupakan salah satu pendekatan yang telah dicetuskan oleh Feng Kuei-fen dimana pendekatan ini akan membantu
dalam pembaharuan ataupun pemodenan bagi negara China.
FAKTOR HURAIAN
KETIADAAN - Mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada pemimpin yang cekap dan cukuo
PEMIMPIN YANG dinamik bagi menerajui gerakan ini
CEKAP - Malah, kerajaan Manchu juga telah gagal dalam melahirkan pemimpin yang
berkaliber untuk memimpin gerakan tersebut
- Tambahan pula, Putera Kung telah disingkirkan daripada istana pada tahun 1875
- Selepas itu, Maharani Dowager telah memegang tumpuk pemerintahan dengan
bersifat antipemodenan
TENTANGAN - Gerakan Menguatkan Diri juga telah mendapat tentangan daripada golongan
GOLONGAN konservatif di istana Ching
KONSERVATIF - Golongan konservatif ini telah menentang usaha untuk memodenkan China selepas
Putera Kung disingkirkan daripada istana
- Pada tahun 1875, Maharani Dowager yang bersifat antipemodenan telah menerajui
pemerintah di negara China
- Oleh itu, wang yang telah dikutip yang bertujuan untuk memodenkan negara China
telah dibelanjakan baginda untuk mengindahkan istana golongan sarjana dan
pegawai-pegawai kerajaan China yang menentang program pemodenan kerana
mereka telah dikongkong oleh adat resam tradisonal dan ajaran Confucious
MASALAH - Negara China telah menghadapi masalah kewangan, ekoran bencana alam seperti
KEWANGAN banjir dan kemarau
- Perbelanjaan untuk menghadapi peperangan dan pemberontak telah menambahkan
beban kewangan kepada kerajaan China
- Selain itu, kerajaan China juga sedang dibelenggu oleh bayaran ganti rugi kepada
kuasa-kuasa Barat selepas Perang Candu Pertama dan Perang Candu Kedua
- Keadaan ini telah menyebabkan program pemodenan bagi negara China tidak dapat
diteruskan
KESIMPULAN Walaupun kerajaan China telah berusaha untuk memajukan negara bagi menjamin
kedaulatan wilayah, langkah yang telah diaplikasikan kurang berjaya. Kegagalan China
dalam usaha memodenkan negara tersebut tersebut apabila mereka telah berjaya dikalahkan
oleh negara yang lebih kecil seperti Jepun dalam Perang China-Jepun. Kekalahan terhadap
kuasa-kuasa Barat telah memberikan impak yang besar kepada negara China dengan
menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin China untuk sentiasa melindungi
kedaulatan negara. Oleh itu, kerajaan China juga telah melaksanakan rancangan yang
dikenali sebagai ‘Gerakan Menguatkan Diri’. Gerakan ini merupakan salah satu usaha
pembaharuan dan pemodenan negara China
JELASKAN TENTANG GERAKAN PEMBAHARUAN CHING (1901 - 1911)
PENGENALAN
Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan kerajaan Manchu mengarahkan pegawai – pegawai kerajaan
mengemukakan cadangan pembaharuan bagi memodenkan China Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager Tzu
Hsi mengumuman Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri – ciri baik peradaban Barat.. Gabenor Jeneral Liu Kun-i
dan Chang Ching tung telah mengemukakan tiga pucuk surat peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901.
Hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Liu Kun – i dan Chang Chih – Tung, pelbagai pembaharuan
dilaksanakan. Kerajaan Manchu melancarkan gerakan pembaharuan bagi memodenkan China pada tahun 1901.
Pembaharan yang dilaksanakan meliputi aspek pendididkan, ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial, dan
pentadbiran.
ASPEK PENDIDIKAN
- Matlamat utama pembahauran dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai-pegawai kerajaan
yang lebih cekap
- Pada tahun 1904, sistem pendidikan moden telah diperkenalkan oleh kerajaan Manchu berdasarkan model
pendidikan Jepun
- Sistem pendidikan ini merangkumi empat iaitu, sekolah rendah, sekolah menenggah, sekolah tinggi atau
maktab dan Universiti Peking
- Selanjutnya, pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab
klasik Cina telah dimansuhkan
- Sukatan pelajaran moden yang mengandungi sejarah China dan Eropah, sistem kerajaan serta ilmu sains dan
teknologi Barat telah diperkenalkan
- Seterusnya, pada tahun 1906 pula, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk menguruskan
pelaksanaan sistem pendidikan dan menyelia sekolah-sekolah
- Kerajaan Manchu pula telah menghantar ramai pelajar untuk menuntut ilmu pengetahun di luar negara
- Sebagai contoh, ramai pelajar telah dihantar ke Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat bagi tujuan penuntutan
ilmu pengetahuan
- Perkembangan pesar dalam bidang pendidikan telah menyebabkan banyak sekolah dan maktab untuk
didirikan di china
- Menjelang tahun 1909 hingga tahun 1910, terdapat 57 267 buah sekolah telah didirikan di China
ASPEK KETENTERAAN
- Kerajaan Manchu menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan sistem
pertahanan negara
- Kerajaan telah melantik Yuan Shih-kai untuk merancang dan melaksanakan program-program ketenteraan
- Terdapat pelbagai langkah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Yuan Shih-kai dalam bidang ketenteraan
- Antaranya, merombak struktur angkatan tentera berdasarkan model ketenteraan Barat, membesarkan dan
memodenkan angkatan tentera Barat, memperkenalkan senjata moden dari negara Barat dan
memperkenalkan pasukan tentera kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman
- Selain itu, sekolah-sekolah tentera moden telah ditubuhkan untuk melatih anggota tentera
- Di samping itu, kerajaan juga menggaji pakar-pakar tentera dari Jepun dan Jerman untuk melatih angkatan
tentera negara
- Contohnya, pegawai-pegawai tentera dihantar ke luar negara terutamanya Jepun dan Jerman untuk menjalani
latihan
- Oleh itu, pada tahun 1906, sebuah Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal
ketenteraan
ASPEK PERLEMBAGAAN
ASPEK EKONOMI
ASPEK SOSIAL
- Kerajaan Manchu juga telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial
- Antara pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Manchu adalah dengan larangan ke atas perkahwinan
antara orang Manchu dengan orang China ditarik balik dan larangan terhadap amalan menghisap candu
dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun
- Kerajaan Manchu juga telah menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina
ASPEK PENTADBIRAN
KESIMPULAN
Kerajaan Manchu telah melancarkan Gerakan Pembaharuan dalam usaha untuk memodenkan negara China
pada 29 Januati 1901. Langkah pembaharuan yang telah dilaksanakan melitupi aspek seperti pendidikan,
ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran. Pelaksanaan usaha ini telah membangunkan
dan meningkatkan kedudukan China serta melindungi keselamatan serta kedaulatan negara China untuk
menjamin keselesaan dan kesejahteraan masyarakat dan rakyat China. Oleh itu, Pembaharuan Ching telah
berjaya mencapai visi dan misi mereka dalam memodenkan negara dan mengekalkan kedaulatan negara
China.