Sej Nota Bab 5

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Sejarah Tingkatan 2

BAB 5: KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO


UTARA BRITISH

Pengenalan
1. Sabah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu.
2. Pada tahun 1704, sultan Brunei telah menyerahkan pantai timur dan utara
Sabah kepada sultan Sulu kerana membantunya mematahkan
pemberontakan di Sabah.
3. Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukan yang strategik
dan kekayaan hasil buminya.
4. Potensi ekonomi Sabah telah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat dari
Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol.

4.1 SBUB Bertapak di Sabah


Istilah penting
1. Konsesi tanah: Hak atau keizinan yang diberi kepada mana-mana syarikat
untuk menggunakan sesuatu kawasan.
2. Pajakan: Hak atau kuasa yang membolehkan seseorang menduduki atau
menggunakan tanah orang lain untuk tempoh tertentu dengan bayaran
tertentu.

 Pada 1865, Sultan Brunei memberikan konsesi tanah di Sabah kepada wakil
Amerika Syarikat, C.L. Moses.
 Tempoh penyewaan adalah selama 10 tahun. (Tempoh pajakan akan tamat
pada 1875)

 Moses menjual konsesi tersebut kepada The American Trading Company


yang diketuai oleh J.W. Torrey dan T.B. Harris.
 Torrey gagal memajukan penanaman kopi dan tebu di Kimanis.
 Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck.

 Von Overbeck menghadapi dua masalah.


1. Masalah modal
2. Tempoh pajakan telah tamat
 Cara penyelesaian masalah:
1. Meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent pada
tahun 1877. (Overbeck dan Dent membentuk kerjasama)
2. Meminta bantuan Gabenor Labuan, W.H. Treacher untuk memperbaharui
pajakan daripada sultan Brunei.
 W.H. Treacher mengenakan syarat iaitu syarikat yang ditubuhkan
diletakkan di bawah kekuasaan British.

 Pada 1877, Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan sultan


Brunei iaitu Sultan Abdul Mu’mein.
 Melalui perjanjian ini,
- tempoh pajakan diperbaharui
- Sultan Mu’mein menyerahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai
Sibuku.

 Pada 1878, Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan sultan


Sulu iaitu Sultan Jamalul Alam.
 Sebab: sebahagian wilayah Sabah adalah di bawah pemerintahan

L.W.Keat 2017 Page 1


Sejarah Tingkatan 2

Kesultanan Sulu.
 Sultan Jamalul Alam menyerahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga
ke Sungai Sibuku.

 Pada 1880, Overbeck telah menjualkan semua haknya kepada Alfred dan
Edward Dent.
 Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British
Berhad.
 Saham syarikat itu dijual kepada rakyat British bagi menambahkan modal
perniagaan.
 Bagi memperkukuh kedudukan dan memajukan perniagaan, persatuan
tersebut berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British.
Piagam: Surat/ dokumen rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah.

 Pada bulan November 1881, kerajaan British telah menganugerahkan


piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.
 Pada 1882, syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
 Melalui piagam tersebut, SBUB mempunyai kuasa mentadbir Sabah.
 Sir Rutherford Alcock menjadi Presiden pertama dan Alfred Dent dilantik
sebagai Pengarah Urusan.

Syarat Pemberian Piagam


1. SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa
persetujuan daripada kerajaan British.
2. SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British.
3. SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui oleh kerajaan
British.
4. SBUB hendaklah memelihara agama, adat resam dan undang-undang
penduduk tempatan.
5. SBUB hendaklah memerintah dengan adil dan saksama.

Mengapakah SBUB perlu mendapatkan piagam?/ Apakah kebaikan yang


diperoleh SBUB melalui Piagam Diraja?
1. Mengukuhkan kedudukan SBUB
2. Mempertingkat nilai perniagaan/ memajukan perniagaan
3. Mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada kerajaan British

Apakah manfaat yang diperoleh kerajaan British melalui pemberian piagam


ini?
1. British dapat meluaskan pengaruhnya. (Buktinya: syarat 1, 2 dan 3)
2. British dapat menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah.

 Pada tahun 1888, SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo


Utara dengan British.
 Kesannya:
- Sabah menjadi negeri naungan British.
- British bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah.

L.W.Keat 2017 Page 2


Sejarah Tingkatan 2

Rumusan 1

Peta menunjukkan kawasan yang


diserahkan kepada Overbeck dan
Dent oleh Sultan Brunei pada 1877
dan Sultan Sulu pada 1878. Apakah
iktibar yang dapat anda peroleh
daripada penyerahan wilayah ini?
 Jangan mudah percaya kepada
kuasa luar.
 Kuasa Luar bertindak sesuka
hati.
 Kuasa luar bertindak rakus.
 Perlu memastikan negara maju.

5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah


(A) Struktur Pentadbiran SBUB di Sabah
1. Pemerintahan SBUB di Sabah diketuai oleh Gabenor.
2. Gabenor pertama ialah W.H. Treacher.
3. Beliau dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British.
Sebab: untuk mematuhi syarat pemberian piagam
4. Sandakan dijadikan pusat pentadbiran.
5. Negeri Sabah dibahagikan kepada empat residensi.
6. Setiap residensi diketuai oleh seorang Residen.

L.W.Keat 2017 Page 3


Sejarah Tingkatan 2

7. Residensi pula dibahagikan kepada daerah.


8. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah yang berbangsa Eropah.
9. Pada 1915, jawatan Timbalan Penolong Pegawai Dearah diperkenalkan
dan disandang oleh penduduk tempatan.

Jawatan Huraian
Gabenor  Mengetuai pentadbiran SBUB di Sabah.
 Bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah SBUB di
London.

Majlis  Ditubuhkan pada 1883.


Penasihat  Ahlinya terdiri daripada Setiausaha Kerajaan, Bendahari
dan Ketua Pasukan Keselamatan.
 Menasihati Gabenor dalam hal pentadbiran.

Setiausaha  Menjadi ahli Majlis Penasihat.


Kerajaan

Ketua-ketua  Jabatan Pos


Jabatan  Jabatan Buruh
 Jabatan Polis
 Jabatan Kewangan
 Jabatan Tanah dan Ukur

Residen  Menjadi ketua pentadbir di peringkat residensi.

Pegawai  Menjadi ketua pentadbir di peringkat daerah.


Daerah  Menjadi majistret (hakim)
 Pemungut cukai
 Bendahari daerah
 Pegawai buruh

L.W.Keat 2017 Page 4


Sejarah Tingkatan 2

 Ketua pentadbir semua jabatan di peringkat daerah


Ketua Anak  Bergelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K.)
Negeri  Contoh tokoh: O.K.K. Haji Mohammad Arshad
 Membantu Pegawai Daerah dalam pentadbiran.
 Diberi surat kuasa.
 Menjaga keamanan
 Menguruskan pembahagian tanah
 Mengutip cukai
 Memajukan pertanian

Ketua  Bergelar Orang Tua.


Kampung  Menguruskan hal ehwal kampung
 Menjaga keamanan
 Membantu memajukan perdagangan
 Melapor kepada Pegawai Daerah tentang kes-kes
kecurian
 Melapor kepada Pegawai Daerah tentang wabak
penyakit
 Menjaga keselamatan kampung

Mengapakah SBUB mengekalkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran?


 Melicinkan pentadbiran kerana pemimpin tempatan memahami adat dan
budaya masyarakat setempat.
 Mengurangkan kos pentadbiran kerana SBUB tidak mampu menggaji
pegawai Eropah.

(B) Sistem Kehakiman


1. SBUB melaksanakan undang-undang Barat dan undang-undang
tempatan.

Mahkamah di Sabah
Mahkamah Mahkamah Majistret Mahkamah Anak Negeri
Bidang Kuasa Mengendali kes-kes berat Mengendali kes-kes
seperti kes pembunuhan, peribumi yang berkaitan
penculikan dan rompakan. dengan undang-undang
Islam dan hukum adat.
Hakim Dihakimi oleh Pegawai Hakim dilantik daripada
Daerah. kalangan Ketua Anak
Negeri yang arif dalam
bidang agama Islam dan
adat.

2. Mahkamah Anak Negeri meninggikan martabat serta kewibawaan ketua-


ketua peribumi.

Mengapakah SBUB melaksanakan dua jenis mahkamah?


 Mematuhi syarat Piagam Diraja
 Menjimatkan kos pentadbiran
 Memastikan jenis hukuman sesuai dengan budaya masyarakat tempatan

L.W.Keat 2017 Page 5


Sejarah Tingkatan 2

5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah

(A) Hasil Tradisional Menyumbang Kewangan SBUB


Sarang burung
- Sarang burung merupakan hasil eksport SBUB yang
menguntungkan.
- Tiga kawasan sarang burung:
1. Gua Kuamut
2. Gua Magdalene
3. Gua Gomantong
- Tangga rotan digunakan untuk memanjat tempat yang
tinggi bagi mengutip sarang burung.

Pokok lanut
- juga dikenali sebagai abaka, manila hemp atau musa
textiles.
- Hidup meliar di kawasan pamah dan lembah.
- Diproses menjadi tali kapal sebelum dieksport ke
Eropah.

L.W.Keat 2017 Page 6


Sejarah Tingkatan 2

Rotan
- Hasil rotan dieksport dalam bentuk perabot, tikar dan
tongkat.

Sagu atau rumbia


- Pokok rumbia hidup subur di kawasan berpaya di
muara sungai.
- Harga sagu mahal di pasaran dunia.
- SBUB menggalakkan rakyat mengusahakannya
secara komersial.
- Sagu mentah dieksport ke Singapura dan Eropah.

Trepang
- Mendapat permintaan tinggi di China.
- Diusahakan oleh masyarakat Bajau yang tinggal di
persisiran pantai dan mahir dalam selok-belok kelautan.

Sirip ikan yu Mutiara

Bagaimanakah SBUB mengatasi masalah kewangannya?


 Memaksa penduduk tempatan menambahkan hasil keluaran tradisional.
 Mengenakan cukai ke atas hasil jualan penduduk tempatan.

L.W.Keat 2017 Page 7


Sejarah Tingkatan 2

(B) Tanaman Baru/ Hasil Pertanian Dagangan Meningkatkan Keuntungan SBUB


Tembakau
 Mutu tembakau Sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.
 Tembakau mendapat pasaran yang tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat.
 Bagi menggalakkan tanaman tembakau, SBUB mengecualikan cukai
eksport kepada peladang tembakau.
 Menjelang 1890, terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah.
 Hsil eksport tembakau pada tahun 1902 bernilai lebih dua juta dollar.
 Tembakau diusahakan di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu,
Tawau dan Sandakan.

Getah
 Langkah-langkah SBUB untuk meningkatkan pelaburan dan pembukaan
ladang getah:
i) SBUB membina landasan kereta api di Beaufort, Jesselton dan Tenom.
ii) SBUB memberi 4 peratus dividen kepada pengusaha tanaman ini.
iii) SBUB memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada
pengusaha ladang getah.
iv) SBUB membawa masuk buruh dari China dan Jawa untuk bekerja di
ladang getah.

(C) Pembalakan Menguntungkan SBUB


 Sabah mempunyai sumber kayu balak yang berharga.
 Contohnya, seraya, ramin, kapur, belian dan meranti.
 Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
 Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk untuk bekerja dalam
sektor pembalakan.
 Hasil balak dieksport ke China, Singapura, Britain dan Australia.

• SBUB membawa masuk buruh dari China dan Jawa untuk bekerja di ladang
getah.
• Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor
pembalakan.
Apakah kesan kemasukan buruh asing ini terhadap penduduk tempatan?
1. Penduduk tempatan tidak dapat menceburi bidang pertanian tanaman baru
dan pembalakan.
2. Penduduk tempatan dipinggirkan daripada arus pembangunan.
3. Kepentingan ekonomi penduduk tempatan diabaikan.

(D) Perlombongan Menggalakkan Kemasukan Pelabur


Galian Emas Arang Batu Mangan
Lokasi Sungai Segama Silimpopon Teluk Marudu
(terbesar di Asia
Tenggara) dan
Labuan
Diusahakan oleh Orang Cina Syarikat Cowie Syarikat British
Harbour Coal Borneo Exploration

Nilai Murni/ Unsur Patriotisme


1. Memanfaatkan aset negara

L.W.Keat 2017 Page 8


Sejarah Tingkatan 2

2. Bersyukur
3. Melibatkan diri dalam usaha pembangunan
4. Memperkasa diri untuk kemajuan negara kita

5.4 Perubahan Sosial SBUB di Sabah


1. SBUB telah membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api, jalan
raya, sekolah, hospital, telegraf dan lain-lain.
2. Kemudahan asas ini dibina untuk kepentingan dan keuntungan SBUB sendiri.

(A) Sistem Pengangkutan


Landasan  Landasan yang pertama dibina pada tahun 1896 untuk
Kereta Api menghubungkan Western dan Beaufort.
 Pada 1905, landasan kereta api ini disambung dari
Beaufort ke Jessolton dan dari Tenom ke Malalap.
 Tujuan pembinaannya adalah untuk memudahkan SBUB
mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke
pelabuhan.

Jalan Raya  Pembinaan jalan raya tertumpu di bandar-bandar besar


seperti Jessolton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan
Tawau.
 Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan
kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan.

Pengangkutan  Penting kerana keadaan muka bumi Sabah yang


Air bergunung-ganang.
 Syarikat Straits Steamship memulakan perkhidmatan
pada 1890 untuk mengangkut barangan dan
penumpang dari dalam dan luar negeri.

(B) Pendidikan
1. Mubaligh Kristian membina sekolah untuk menyebarkan agama Kristian.
2. Institut Byron merupakan sekolah pertama yang dibina oleh mubaligh
Roman Katolik di Sandakan.
3. Jabatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1909 untuk menguruskan
sekolah-sekolah di Sabah.
4. Sekolah Latihan bagi Anak-anak Ketua Anak Negeri dibina di Jessolton
pada 1 Julai 1915.
- Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
- pelajar-pelajar diajar kemahiran membaca, menulis dan mengira.
- lulusan sekolah ini berpeluang menjadi renjer, kerani dan Ketua
Anak Negeri.
5. Pada tahun 1921, sekolah Melayu yang pertama didirikan di Kota Belud.
6. Sekolah Cina dibina dan dikendali oleh masyarakat Cina sendiri.

SBUB hanya menyediakan pendidikan peringkat rendah. Mengapa?


 Kekurangan wang
 Menganggap bidang pendidikan tidak menguntungkan.

(C) Perkhidmatan Kesihatan

L.W.Keat 2017 Page 9


Sejarah Tingkatan 2

1. Hospital dibina di bandar-bandar besar seperti Jessolton, Sandakan,


Beaufort dan Kudat.
2. Menjelang 1940, terdapat sembilan buah hospital dan 40 buah klinik di
Sabah.
3. SBUB menyediakan pusat-pusat kesihatan di kawasan luar bandar.
4. Di Sabah, bilangan doktor adalah tidak mencukupi dan perkhidmatan
perubatan tidak dapat dinikmati oleh semua penduduk.

(D) Keselamatan
- Skuad Terbang ditubuhkan oleh SBUB
pada 1900 untuk menjamin keselamatan.
- Skuad tersebut dianggotai oleh
pegawai polis tempatan.

(E) Perbandaran
1. Kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial di Sabah telah membawa
kepada kemunculan bandar-bandar baru di Sabah.

Sandakan  Sandakan diasaskan oleh William Pryer pada tahun 1879.


 Bandar ini dinamakan Elopura yang bermaksud bandar yang
cantik.
 Sandakan berperanan sebagai:
- pusat pentadbiran sejak 1884
- pelabuhan antarabangsa
- pusat pembalakan

Kudat  Kudat menjadi pusat pentadbiran SBUB pada tahun 1881.


 Gagal menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan
geografinya tidak sesuai untuk pertanian.
 Pada 1884, SBUB memindahkan pusat pentadbirannya dari
Kudat ke Sandakan.

Jessolton  Jessolton diasaskan pada tahun 1900.


 Nama asalnya ialah Jessel Town sempena nama Charles
Jessel yang membuka bandar itu.
 Bandar ini dikenali dengan nama Api-api, Singga Mata dan
Diasuka.
 Jessolton berkembang maju kerana pembinaan landasan
kereta api dan perkembangan tanaman getah.
 Jesselton berperanan sebagai pusat perdagangan dan
pelabuhan penting.

Tawau  Tawau merupakan pelabuhan yang penting di pantai timur


Sabah.
 Barang eksport utama ialah kayu balak, getah, abaka dan
mutiara.

L.W.Keat 2017 Page 10


Sejarah Tingkatan 2

~TAMAT~

L.W.Keat 2017 Page 11

You might also like