Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENDAHULUAN

Kehakiman merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengadili pihak-


pihak yang bertikai dan individu yang memutuskan pertikaian tersebut dipanggil hakim.
Tugas kehakiman merupakan tugas umum yang menyentuh mengenai kepentingan awam dan
masyarakat. Oleh itu, tugas ini hanyalah dipertanggungjawabkan kepada mereka yang
mempunyai kelayakan dan mampu melaksanakan tanggunggjawab tersebut dengan adil dan
saksama.1 Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nahl ayat 90 yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi
bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-
perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.

Melalui ayat ini dapat kita lihat bahawa kita mestilah menegakkan keadilan dan
mengelakkan daripada melakukan kezaliman. Oleh hal yang demikian, dengan adanya
institusi kehakiman dapat membantu untuk menegakkan keadilan dan memberikan hak
kepada yang selayaknya. Maka dengan itu, seorang hakim yang mengadili suatu perbicaraan
hendaklah bersikap adil dan mematuhi segala etika yang telah ditetapkan demi menjamin
keadilan sejagat.

Di samping itu, terdapat juga proses yang membantu pihak-pihak yang bertelingkah
untuk menyelesaikan pertikaian secara damai dan sukarela iaitu sulh. Sulh ialah “penamatan
suatu pertikaian” atau “berbuat baik” iaitu menyelesaikan pertikaian dengan cara berunding
antara pihak-pihak yang bertikai. Antara pertikaian yang melalui proses sulh ialah tuntutan
nafkah iddah, mutaah, nafkah tertunggak dan harta sepencarian.2 Oleh hal yang demikian,
pegawai sulh mempunyai peranan yang penting dalam menyelesaikan pertikaian antara
kedua-dua belah pihak yang bertikai.

Dalam perbahasan ini, kami akan menerangkan mengenai kelayakan-kelayakan untuk


menjadi Hakim Syarie dan pegawai sulh secara teknikal dan perundangan. Selain itu juga,
penulisan ini akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai peranan Hakim Syarie dan
pegawai Sulh serta etika-etika yang mesti dipatuhi berdasarkan arahan amalan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

1
Mohamad Hafifi Hassim et al. 2021. Pelantikan Hakim Di Mahkamah Syariah: Analisis Berdasarkan Hukum
Syarak Dan Undang-Undang. Hlm 4.
2
Hammad Mohamad Dahalan. 2014, Pengurusan Sulh: Peranan, Pelaksanaan Dan Keberkesanannya Oleh
Pegawai Sulh. Hlm 3.
DEFINISI HAKIM SYARIE

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Hakim ialah pegawai yang dilantik untuk
mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah. Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Negeri Selangor, Hakim Syarie ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau
Mahkamah Rendah Syariah mengikut mana-mana yang berkenaan yang dilantik di bawah
seksyen 58(1) atau seksyen 59(1).

DEFINISI PEGAWAI SULH

Sulh merupakan suatu majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terlibat
dalam suatu pertikaian yang melibatkan satu atau lebih tuntutan di Mahkamah dengan
dipengerusikan oleh pegawai sulh. Sekiranya suatu persetujuan dapat dicapai secara damai
dan sukarela oleh kedua belah pihak, hakim akan merekodkan sebagai suatu perintah
mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraaan.3

Pegawai sulh merupakan pegawai mahkamah yang dilantik oleh Jabatan Kehakiman
Syariah untuk bertugas di Mahkamah Syariah bagi membantu menyelesaijan pertikaian.

KELAYAKAN HAKIM SYARIE

Hakim Syarie yang dilantik mestilah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan
Agong , Duli Yang Maha Mulia Sultan, Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, Yang di-
Pertua Besar dan Yang di-Pertua Negeri. Perkenan daripada pihak yang berautoriti ini adalah
mengikut negeri dan ianya hanya berkuatkuasa dalam negeri berkenaan sahaja. 4 Syarat-syarat
perlantikan Hakim Syarie tidak disebut di dalam mana-mana enakmen di Malaysia
sepertimana para fuqaha memperincikannya dalam kitab-kitab mereka. Sebaliknya mereka
menambah syarat-syarat lain yang berbentuk Syakliyyah (teknikal) dan Mawduiyyah
(Objektif).5 Antara syarat-syaratnya ialah warganegara Malaysia. Disyaratkan kepada seorang
Hakim Syarie memiliki kerakyatan Malaysia dan seseorang yang bukan warganegara tidak
layak menjadi Hakim Syarie.

3
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Majlis Sulh.
https://www.jakess.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan-utama/majlis-sulh
4
Zulzaidi Mahmod & Ahmad Hidayat Buang. 2021. Profesionalisme Hakim Syarie Mahkamah Syariah
Menurut Perspektif Perundangan Islam. Hlm 5.
5
Mohamad Hafifi Hassim et al. 2021. Pelantikan Hakim Di Mahkamah Syariah: Analisis Berdasarkan Hukum
Syarak Dan Undang-Undang. Hlm 11.
Selain itu, Hakim Syarie hendaklah berusia sekurang-kurangnya lapan belas tahun.
Di dalam Islam tidak mensyaratkan umur yang tertentu bagi memegang jawatan Hakim
Syarie, namun pensyaratan ini adalah untuk memastikan keadilan tercapai. Hal ini demikian
kerana agak sukar untuk memperolehi seorang hakim yang mempunyai kelayakan akademik
dan memiliki kematangan jiwa pada usia yang kurang dari lapan belas tahun. Oleh itu,dapat
dipastikan bahawa seorang hakim itu telah mencapai umur matang, kelayakan dan
kesempurnaan pemikiran dalam waktu yang sama.

Seterusnya, seorang Hakim Syarie itu hendaklah mempunyai kelayakan Syariah yang
diiktiraf. Di mana seorang Hakim Syarie itu memperoleh Ijazah Syariah kelas pertama atau
kedua dari universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan. Dengan itu, dapat difahami bahawa mereka
yang mempunyai kelulusan Pengajian Islam dan Arab selain dari Syariah adalah tidak layak
untuk menjadi Hakim Syarie. Tambahan pula, diberi keutamaan pada mereka yang
mempunyai Ijazah Syariah dengan Takhassus Qada’.

Justeru itu, Hakim Syarie haruslah memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Syarie
dari Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia atau sijil yang setaraf dengannya dari mana-
mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan. Syarat ini adalah bertujuan bagi menjamin
kemampuan seorang Hakim Syarie dalam undang-undang semasa dan etika pentadbiran
kehakiman negara.

Akhir sekali, kelayakan bagi menyandang jawatan Hakim Syarie ini ialah mestilah
lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Syarat ini bertujuan untu
menjamin kemahiran Hakim Syarie dalam menguasai Bahasa Kebangsaan sama ada dari segi
penulisan mahupun pertuturan kerana ianya merupakan bahasa undang-undang dan
penghakiman di Malaysia.

Selain daripada yang dinyatakan di atas, terdapat kelayakan-kelayakan lain yang


diiktiraf bagi tujuan pelantikan Hakim Syarie. Bagi jawatan Ketua Hakim Syarie adalah
merujuk pada seksyen 56 EPAIS, Ketua Hakim Syarie mestilah seorang warganegara dan
sebelum pelantikan tersebut hendaklah tidak kurang tempoh sepuluh tahun telah berkhidmat
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pendaftar atau Pendakwa Syarie, arif tentang
hukum syarak, dan semua pelantikan di bawah seksyen ini diwartakan.
Bagi Hakim Mahkamah Rayuan Syariah pula, berdasarkan seksyen 57 EPAIS,
pelantikan Hakim yang dibuat tidak melebihi tujuh orang Islam dan hanya boleh menjawat
jawatan tersebut tidak melebihi tiga tahun.

Seterusnya, bagi melantik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, mestilah seorang


warganaegara dan sebelum pelantikan tersebut hendaklah tidak kurang tempoh sepuluh tahun
telah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar atau Pendakwa
Syarie, arif tentang hukum syarak, dan semua pelantikan di bawah seksyen ini diwartakan. Ini
telah diperuntukkan dalam seksyen 58 EPAIS.

Akhir sekali, bagi melantik Hakim Mahkamah Rendah Syariah pula, merujuk pada
seksyen 59 EPAIS, sultan boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am
Negeri atau Persekutuan dengan nasihat Ketua Hakim Syarie.

KELAYAKAN PEGAWAI SULH

Berdasarkan kelayakan perlantikan pegawai sulh dalam Kaedah-Kaedah Mal (Sulh)


Selangor 2001 dan Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1991, pegawai sulh
mestilah mempunyai kelulusan dalam bidang pengajian Islam dan satu kelayakan tambahan
iaitu Diploma Pentadbiran Kehakiman. Justifikasi ini disediakan oleh Jabatan Kehakiman
Syariah Selangor (JAKESS) yang jelas menyatakan bahawa antara tanggungjawab pegawai
sulh ialah membantu Pendaftar dalam menjalankan kaunseling atau sulh, melaksanakan
kerja-kerja sulh dengan kaedah sulh dan menyediakan laporan kauseling atau sulh atau
jawatankuasa pendamai bagi mengemukakan kepada Hakim Bicara.6

6
Nur Khalidah Dahlan et al. 2019. Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah dalam Memenuhi Tuntutan
Pasaran Kewangan Islam di Malaysia. Hlm 5.
RUJUKAN

1. Mohamad Hafifi Hassim, Nor ‘adha Ab Hamid, Nurzulfah Md Abdul Salam &
Mohd Farok Mat Nor. 2021. Pelantikan Hakim Di Mahkamah Syariah: Analisis
Berdasarkan Hukum Syarak Dan Undang-Undang. E-Jurnal Penyelidikan Dan
Inovasi. Vol. 8 No.1. 4-11.
2. Hammad Mohamad Dahalan. 2014. Pengurusan Sulh: Peranan, Pelaksanaan Dan
Keberkesanannya Oleh Pegawai Sulh. International Research Management and
Innovation Conference 2014. 3
3. Zulzaidi Mahmod & Ahmad Hidayat Buang. 2021. Profesionalisme Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Menurut Perspektif Perundangan Islam. International Journal
Of Law,Government And Communication (IJLGC). Vol 6. 5.
4. Nur Khalidah Dahlan et al. 2019. Sulh: Pengadilan Tanpa Perbicaraan Mahkamah
dalam Memenuhi Tuntutan Pasaran Kewangan Islam di Malaysia. Jurnal
Undang-Undang dan Masyarakat. 5.
5. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Majlis Sulh.
https://www.jakess.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan-utama/
majlis-sulh

You might also like