Kertas Kerja Program Anugerah PDPR 2021

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PROGRAM ANUGERAH MURID PEKA PDPR

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI


BAGI TAHUN 2021

PENGENALAN

Kejayaan seseorang murid selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua murid cemerlang menyatakan
bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru
mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses
penyampaian ilmu kepada murid. Murid yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian
dan fokus semasa belajar dan sebaliknya murid yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.
Sejak pandemik Covid 19 melanda bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia,
pelaksanaan PDP juga terpaksa diubah iaitu belajar di rumah (PdPR). Pelaksanaan PdPR ini
sangat mencabar kerana guru, ibu bapa dan murid itu sendiri perlu memberi kerjasama yang
baik bagi memastikan PdPR dapat dijalankan dengan berkesan.
Selain kerjasama guru, ibu bapa dan murid itu sendiri, capaian internet juga merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan murid sukar mendapatkan maklumat secara atas talian.
Melalui tinjauan yang telah dijalankan, majoriti murid mempunyai internet. Ada kalangan murid
yang mempunyai telefon bimbit sendiri dan kebanyakkan murid menggunakan telefon bimbit
ibubapa masing-masing.
Walaubagaimanapun, PdPR yang berterusan menyebabkan motivasi murid-murid
semakin lama semakin menurun. Oleh itu, Unit Hal Ehwal Murid SK Jalan Pegawai di bawah
kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling bercadang memberi hadiah galakan PdPR.

MATLAMAT
Sering kali kita perhatikan bahawa murid-murid yang lemah dan gagal dalam
peperiksaan merupakan golongan yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini menunjukkan
bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah kian merumit saban tahun. Jumlah peratus murid
yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan
kecemerlangan akademik kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah
peningkatan akademik tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar
disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Begitu juga situasi semasa PdPR dijalankan.
Sekiranya murid tidak melaksanakan PdPR, mereka akan tercicir.
Justeru, program Anugerah Murid Terbaik PdPR ini diharapkan akan dapat
meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu kecemerlangan sekolah
dengan memaksimakan jumlah kehadiran murid semasa PdPR. Program ini juga diharap dapat
membentuk disiplin murid secara semulajadi dan konsisten.

OBJEKTIF
o Murid hadir PdPR seperti dalam jadual yang ditetapkan.
o Meningkatkan peratus kehadiran pelajar semasa PdPR.
o Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan murid, terutama sekali gejala suka
ponteng.
o Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu

o kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan murid.


o Meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam bidang akademik dan
kokurikulum.

JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : En. Mohamad Fauzi bin Che Bakar (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En. Mohammad Nasrin bin Dato’ Sudin (PK HEM)

Naib Pengerusi I : Pn Kharima binti Zainal Abidin

Naib Pengerusi II : En Mohd Anuar bin Ali

Setiausaha : Pn. Khairizad binti Othman

Pen. Setiausaha I : Pn. Norazlina binti Aziz @Khalid

AJK : Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling


Jawatankuasa Guru Penyayang
JAWATANKUASA KERJA
Semua guru Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai

SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai

MAKLUMAT PROGRAM
Tempat : Rumah masing-masing
Tarikh : Penilaian – 14 Jun 2021 – 15 September 2021

Kaedah pelaksanaan :
Hebahan program akan dibuat oleh guru kelas dalam ‘whatsapp’ kelas
masing-masing.
4 orang murid dari setiap kelas akan dipilih berdasarkan kehadiran dan
penglibatan yang aktif dalam PdPR.
Pemilihan akan dibuat oleh guru kelas dan guru mata pelajaran
Penyampaian hadiah – diberikan di sekolah mengikut tahun ( ambil sendiri )

SUMBER KEWANGAN
 Peruntukan PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Jalan Pegawai

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1. Hadiah (Surprise box) – RM6.00 x 120 orang 720.00
JUMLAH 720.00
PENUTUP
Adalah diharap program ini akan mencapai objektif sebagaimana yang telah ditetapkan.
Dengan komitmen dan kerjasama yang baik dari semua pihak, program yang pada asalnya
hanyalah catatan serta cadangan pada kertas akan menjadi suatu program yang amat
bermakna melalui pelaksanaan. Dengan ini, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada
seluruh komuniti sekolah, malah boleh meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa agar
mereka sedar bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebih
daripada itu. Semoga segala impian Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai akan bertukar menjadi
realiti.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

.............................................. ........................................

(KHAIRIZAD BINTI OTHMAN) (MOHAMMAD NASRIN BIN DATO’ SUDIN)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM
SK. Jalan Pegawai, Alor Setar. SK Jalan Pegawai

Diluluskan oleh :

........................................

(MOHAMAD FAUZI BIN CHE BAKAR)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
Program
Anugerah
Murid Peka
PdPR 2021
01 OGOS 2021 – 15 SEPTEMBER 2021

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SK JALAN PEGAWAI
Dewan Terbuka
30UNIT
Oktober
BIMBINGAN 2019
DAN
KAUNSELING SKTR

You might also like