Langkah-Langkah Menarik Minat Golongan Kepada Karya Sastera

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Langkah-langkah menarik minat golongan muda mencintai karya sastera.

 Isi-isi
 Mengetengahkan kembali hasil sastera— Komponen sastera (KOMSAS) dalam
sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu—usaha bijak kerajaan-pelajar didedahkan dengan
karya-karya sastera—novel,puisi,prosa tradisional,drama dan cerpen.
 Memasukkan KOMSAS dalam sukatan sekolah rendah—jika boleh pelajar
sekolah rendah didedahkan dengan perkara yang sama—melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
 Peranan pihak sekolah—mengadakan Minggu Sastera—mengadakan
pertandingan menulis cerpen—mengarang sajak—menghasilkan  skrip dan sebagainya—
hadiah-hadiah disediakan untuk menarik minat pelajar—memperbanyak koleksi bahan
bacaan sastera di perpustakaan dan menggalakkan pelajar membaca dan meminjamnya.
 Peranan ibu bapa—segala-galanya bermula dari rumah—ibu bapa mengadakan
perpustakaan mini dan membelikan bahan bacaan sastera untuk anak-anak—ibu bapa
boleh membacakan atau menceritakan semula cerpen yang dibaca bersesuaian dengan
peringkat usia anak-anak—ibu bapa menjadi idola.
 Peranan pihak kerajaan.Memang tidak dapat dinafikan bahawa, untuk menarik
minat masyarakat terhadap kesusasteraan melayu, kerajaan memainkan peranan yang
besar. Oleh itu, menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), kerajaan memberikan biaya
yang besar untuk memastikan DBP dapat menerbitkan karya sasterawan tempatan.
Kemudian, pada waktu yang sama, kita mengharapkan DBP menyebarluaskan karya yang
diterbitkan itu untuk memudahkan masyarakat membelinya. Selain itu, kerajaan telah dan
terus mengangkar karya yang terbaik untuk diberi anugerah seperti Hadiah Sastera
Perdana. Pengiktirafan ini mampu memberi galakan kepada penulis untuk menghasilkan
karya yang lebih hebat. Pada waktu yang sama, karya yang diangkat sebagai penerima
anugerah pula akan menjadi buruan pembaca. Karya yang baik sudah pastinya menjadi
pilihan kepada pembaca untuk menatapnya. Selain itu, karya yang baik pula diterjemahkan
kepada bahasa asing. Manakala karya antarabangsa asing, biasanya dalam bahasa
Inggeris diterjemahkan ke bahasa kebangsaan. Menerusi cara ini, pembaca akan dapat
berkongsi pengalaman dengan penulis yang berlatar belakang yang berbeza. Karya
tempatan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti Salina karya A.Samad
Said, Ranjau sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, dan koleksi puisi Usman Awang
Penutup
 Karya-karya sastera merupakan khazanah ilmu dan budaya yang sangat bernilai—di
dalamnya terhimpun pelbagai peristiwa sejarah dan nilai-nilai murni yang mampu dijadikan
teladan—penerapan nilai-nilai murni dalam karya sastera merupakan sesuatu yang amat
berharga—generasi muda perlu dibangunkan jiwa dan rohaninya menerusi pembacaan
karya sastera.

You might also like