Buku KM - SKP2101

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 298

Penerbit Universiti Putra Malaysia

Serdang • 2018
© Penerbit Universiti Putra Malaysia 2018
Cetakan Pertama 2018

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula,
disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sistem simpanan
kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik,
penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin
daripada pihak Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM adalah anggota Persatuan Penerbitan Buku Malaysia (MABOPA)


No. Ahli 9802 dan anggota Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

ISBN 978-967-344-784-8

Rupa Taip Teks: Times New Roman PS


Saiz Taip Teks: 11/ 16pt
Reka Letak Teks: Ku Ida Mastura Ku Baharom
Reka Bentuk Kulit: Anuar Pairan & Khairul Amin Zainal Abidin

Dicetak oleh
UKM Cetak Sdn. Bhd.
Aras bawah
Bangunan Penerbit UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia
43650, Bangi Selangor
Tel: 03-8921 5371 / 3072
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penulis modul : Ku Hasnita Ku Samsu


Zatul Himmah Adnan
Mohd Mahadee Hj Ismail
Jayum Anak Jawan
Universiti Putra Malaysia

Hak Milik : UPM Education & Training Sdn. Bhd.


ISI KANDUNGAN

PANDUAN KURSUS xxi

UNIT 1 SEJARAH AWAL NEGARA 1


PENGENALAN 1
OBJEKTIF 1
ISI PENTING 1
1.1 Zaman Pra Sejarah 1
1.1.1 Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal) 2
1.1.2 Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah) 2
1.1.3 Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) 3
1.1.4 Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi) 3
1.2 Zaman Proto Sejarah 4
1.3 Zaman Pensejarahan 6
1.3.1 Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 6
1.3.1.1 Faktor perkembangan 9
Kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka
1.3.1.2 Faktor kemerosotan Kerajaan 10
Kesultanan Melayu Melaka
1.3.2 Era Penjajahan Kuasa Asing di Tanah 11
Melayu
1.3.2.1 Penjajahan Portugis 12
1.3.2.2 Penjajahan Belanda 13
1.3.2.3 Kedatangan dan penjajahan 13
Inggeris
1.3.2.4 Perkembangan di Sabah, 15
Sarawak dan Brunei
1.3.2.5 Pendudukan Jepun di Tanah 19
Melayu
RUMUSAN 21
SEMAKAN KENDIRI 22
SOALAN DALAM TEKS 22
RUJUKAN 23

UNIT 2 PERJUANGAN KE ARAH KEMERDEKAAN 24


PENGENALAN 24
OBJEKTIF 24
ISI PENTING 24
2.1 Semangat Kenegaraan 24
2.1.1 Konsep 24
2.1.2 Punca Kebangkitan Semangat Kenegaraan 25
2.1.3 Fasa Kebangkitan Kenegaraan 26
2.1.4 Kebangkitan Semangat Kenegaraan di 28
Negeri-negeri Borneo
2.2 Peristiwa Penentangan Terpilih 29
2.2.1 Dol Said 29
2.2.2 Dato’ Maharaja Lela 30
2.2.3 Rentap 30
2.2.4 Rosli Dhoby 30
2.2.5 Mat Salleh 31
2.2.6 Tok Janggut 31
2.2.7 Antanum 32
2.3 Media dan Politik 32
2.3.1 Kesatuan Melayu 33
2.3.2 Surat Khabar 33
2.4 Rundingan untuk Mencapai Kemerdekaan 34
2.4.1 Semangat Kenegaraan Bukan Melayu 34
2.4.2 Kesatuan Malaya 35
2.4.3 Persekutuan Malaya 35
2.4.4 Darurat 1948 36
2.4.5 Sistem Ahli 1951 37
2.4.6 Pilihanraya Kerajaan Tempatan 37
2.4.7 Rombongan London 37
2.4.8 Kerajaan Koloni 38
RUMUSAN 39
SEMAKAN KENDIRI 39
SOALAN DALAM TEKS 40
RUJUKAN 40

UNIT 3 PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 41


PENGENALAN 41
OBJEKTIF 41
ISI PENTING 41
3.1 Rancangan Penubuhan Malaysia 41
3.2 Faktor Penubuhan Malaysia 42
3.2.1 Ancaman Komunis di Singapura 43
3.2.2 Keseimbangan Kaum 43
3.2.3 Kemajuan Ekonomi Bersama 43
3.2.3 Mempercepatkan Kemerdekaan 44
3.3 Respons Terhadap Cadangan Penubuhan Malaysia 44
3.3.1 Respons Persekutuan Tanah Melayu 45
3.3.2 Respons Singapura 45
3.3.3 Respons Sabah dan Sarawak 45
3.3.3.1 Tuntutan 20 Perkara Sabah 46
3.3.4 Respons Brunei 47
3.4 Proses Penubuhan Malaysia 47
3.4.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan 48
Malaysia (JPPM)
3.4.2 Suruhanjaya Cobbold 48
3.4.3 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) 49
3.5 Penentangan Terhadap Penubuhan Malaysia 50
3.5.1 Tuntutan Filipina 50
3.5.2 Konfrontasi Indonesia 51
3.5.3 Gagasan MAPHILINDO 52
3.6 Perisytiharan Malaysia 53
3.6.1 Malaysia Tanpa Penyertaan Brunei 54
3.7 Pemisahan Singapura daripada Malaysia 54
3.7.1 Masalah Politik 54
3.7.2 Masalah Perkauman 55
3.7.3 Konsep Malaysian Malaysia 55
3.7.4 Masalah Ekonomi 56
3.7.5 Penyingkiran Singapura 56
RUMUSAN 56
SEMAKAN KENDIRI 57
SOALAN DALAM TEKS 57
RUJUKAN 57

UNIT 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 59


PENGENALAN 59
OBJEKTIF 59
ISI PENTING 59
4.1 Konsep Asas Perlembagaan 59
4.2 Sejarah Perlembagaan Malaysia 61
4.2.1 Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan 62
Union) 1946
4.2.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 62
1948
4.2.3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 63
1957 (Merdeka)
4.2.4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 65
4.3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 65
4.3.1 Konsep Ketinggian Perlembagaan 65
4.3.2 Kandungan Perlembagaan 66
4.3.3 Unsur Tradisi dalam Perlembagaan 67
4.3.3.1 Pemerintahan beraja 67
4.3.3.2 Agama Islam 68
4.3.3.3 Bahasa Melayu 68
4.3.3.4 Kedudukan istimewa orang 68
Melayu
4.3.4 Peruntukan utama Perlembagaan 68
Persekutuan
4.3.4.1 Bahasa Melayu ialah bahasa 68
kebangsaan
4.3.4.2 Islam ialah agama 69
Persekutuan dan kebebasan
beragama bagi agama lain
4.3.4.3 Kewarganegaraan 69
4.3.4.4 Kedudukan istimewa orang 71
Melayu dan bumiputera Sabah
dan Sarawak
4.3.4.5 Hak kebebasan asasi 71
4.4 Perlembagaan Negeri 72
4.5 Pindaan Perlembagaan 73
RUMUSAN 75
SEMAKAN KENDIRI 76
SOALAN DALAM TEKS 77
RUJUKAN 77

UNIT 5 RAJA BERPERLEMBAGAAN 78


PENGENALAN 78
OBJEKTIF 78
ISI PENTING 78
5.1 Latar Belakang dan Konsep Raja Melayu 78
5.2 Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan 79
5.3 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 80
5.3.1 Pemilihan YDPA 80
5.3.2 Timbalan Yang di-Pertuan Agong 82
5.3.3 Kuasa Eksekutif YDPA 82
5.3.4 Kuasa Perundangan YDPA 82
5.3.5 Kuasa Kehakiman YDPA 83
5.4 Majlis Raja-Raja 83
5.4.1 Keahlian Majlis Raja-Raja 83
5.4.2 Persidangan Majlis Raja-Raja 84
5.4.3 Peranan Majlis Raja-Raja 84
5.4.4 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 86
5.5 Krisis Perlembagaan Secara Ringkas 86
RUMUSAN 88
SEMAKAN KENDIRI 90
SOALAN DALAM TEKS 90
RUJUKAN 90

UNIT 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN 92


PENGENALAN 92
OBJEKTIF 92
ISI PENTING 92
6.1 Latar Belakang dan Definisi Demokrasi 92
Berparlimen
6.1.1 Definisi Demokrasi 93
6.2 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen Malaysia 94
6.2.1 Perlembagaan 94
6.2.2 Raja Berperlembagaan 94
6.2.3 Pemerintahan Secara Perwakilan 95
6.2.3.1 Badan Eksekutif 95
6.2.3.2 Badan Perundangan 95
6.2.3.3 Badan Kehakiman 95
6.2.4 Pilihan Raya 96
6.2.5 Parti-parti Politik 96
6.3 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 96
6.3.1 Sejarah Ringkas Pilihan Raya dan SPR 96
6.3.2 Keanggotaan SPR 97
6.3.3 Fungsi SPR 98
6.4. Struktur Pilihan Raya 98
6.5 Proses Pilihan Raya 100
6.6 Kelayakan Calon Pilihan Raya 100
6.7 Kategori Pengundian 101
6.8 Keputusan Pilihan Raya 101
6.9 Petisyen Pilihan Raya 102
6.10 Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya 102
RUMUSAN 103
SEMAKAN KENDIRI 104
SOALAN DALAM TEKS 104
RUJUKAN 104

UNIT 7 SISTEM FEDERALISME 106


PENGENALAN 106
OBJEKTIF 106
ISI PENTING 106
7.1 Sistem Penyusunan Kuasa Negara 106
7.1.1 Kuasa 106
7.2 Bentuk Susunan Kuasa Negara 107
7.2.1 Kesatuan 107
7.2.2 Konfederasi 108
7.2.3 Federalisme 109
7.3 Pelaksanaan Federalisme 110
7.3.1 Senarai Persekutuan (Senarai I) 112
7.3.2 Senarai Negeri (Senarai II) 113
7.3.3 Senarai Bersama (Senarai III) 117
7.4 Cabaran Kerajaan Persekutuan 120
7.4.1 Konflik Persekutuan-Negeri 120
7.4.2 Konflik Dalaman 121
RUMUSAN 122
SEMAKAN KENDIRI 122
SOALAN DALAM TEKS 123
RUJUKAN 124
UNIT 8 BADAN EKSEKUTIF 125
PENGENALAN 125
OBJEKTIF 125
ISI PENTING 125
8.1 Sejarah Ringkas 125
8.2 Bahagian Pentadbiran Eksekutif 127
8.2.1 Yang di-Pertuan Agong 127
8.2.2 Perdana Menteri 128
8.2.3 Jemaah Menteri 133
8.2.4 Timbalan Menteri 134
8.2.5 Setiausaha Parlimen 134
8.2.6 Setiausaha Politik 135
8.2.7 Setiausaha Jemaah Menteri 135
8.3 Birokrasi Awam Persekutuan 135
8.3.1 Kementerian 135
8.3.2 Suruhanjaya 136
RUMUSAN 137
SEMAKAN KENDIRI 138
SOALAN DALAM TEKS 138
RUJUKAN 138

UNIT 9 BADAN PERUNDANGAN 140


PENGENALAN 140
OBJEKTIF 140
ISI PENTING 140
9.1 Pengertian Perundangan 140
9.2 Sumber Undang-undang di Malaysia 141
9.2.1 Undang-undang Bertulis 142
9.2.2 Undang-undang Tidak Bertulis 143
9.3 Jenis Undang-undang di Malaysia 144
9.4 Parlimen 145
9.4.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA) 146
9.4.2 Dewan Rakyat 146
9.4.3 Dewan Negara 148
9.5 Proses Penggubalan Undang-undang 149
9.5.1 Proses Penggubalan 150
RUMUSAN 153
SEMAKAN KENDIRI 153
SOALAN DALAM TEKS 154
RUJUKAN 154

UNIT 10 BADAN KEHAKIMAN 155


PENGENALAN 155
OBJEKTIF 155
ISI PENTING 155
10.1 Badan Kehakiman 155
10.1.1 Fungsi Badan Kehakiman 156
10.1.2 Bidang Kuasa Kehakiman 156
10.2 Hakim 157
10.2.1 Pelantikan Hakim 157
10.2.2 Kelayakan Menjadi Hakim 157
10.2.3 Kebebasan Kehakiman 158
10.2.4 Kod Etika Hakim 158
10.3 Mahkamah 160
10.3.1 Hierarki Mahkamah 160
10.3.2 Mahkamah Persekutuan 161
10.3.3 Mahkamah Rayuan 162
10.3.4 Mahkamah Tinggi 163
10.3.5 Mahkamah Sesyen 164
10.3.6 Mahkamah Majistret Kelas 1 165
10.3.7 Mahkamah Tuntutan Kecil 165
10.3.8 Mahkamah Penghulu 166
10.3.9 Mahkamah-Mahkamah Khas 166
10.3.10 Mahkamah Khas (Raja-Raja) 166
10.3.11 Mahkamah Kanak-Kanak 167
10.3.12 Mahkamah Syariah 168
10.3.13 Mahkamah Tentera 169
10.3.14 Mahkamah Bumiputera 169
10.3.15 Mahkamah Perusahaan 170
RUMUSAN 171
SEMAKAN KENDIRI 171
SOALAN DALAM TEKS 172
RUJUKAN 172

UNIT 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 174


PENGENALAN 174
OBJEKTIF 174
ISI PENTING 174
11.1 Matlamat Dasar Pembangunan Sosial 174
11.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan 175
11.2.1 Pembentukan Dasar Pendidikan 175
Kebangsaan
11.2.2 Penyata Razak 1956 175
11.2.3 Penyata Rahman Talib 1960 176
11.2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 177
11.2.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan 178
11.2.5.1 Objektif Dasar Pendidikan 178
Kebangsaan
11.2.5.2 Strategi pelaksanaan Dasar 178
Pendidikan Kebangsaan
11.2.5.3 Pelan Induk Pembangunan 180
Pendidikan
11.3 Dasar Sosial Negara 180
11.3.1 Rasional Dasar Sosial Negara 181
11.3.2 Objektif Dasar Sosial Negara 181
11.3.3 Strategi Pelaksanaan Dasar Sosial Negara 182
11.3.4 Jentera Pelaksana Dasar Sosial Negara 183
11.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 183
11.4.1 Rasional Pelaksanaan Dasar Kebudayaan 183
Kebangsaan
11.4.2 Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 184
11.4.3 Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan 184
11.4.4 Strategi Pelaksanaan Dasar Kebudayaan 184
Kebangsaan
11.5 Dasar Wanita Negara 185
11.5.1 Rasional Dasar Wanita Negara 185
11.5.2 Objektif Dasar Wanita Negara 186
11.5.3 Strategi Perlaksanaan Dasar Wanita 186
Negara
11.5.4 Pelan Tindakan Pembangunan Golongan 187
Wanita
11.6 Dasar Pembangunan Belia Negara 187
11.6.1 Matlamat Dasar Pembangunan Belia 187
Negara
11.6.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Pembangunan 188
Belia Negara
11.6.3 Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Belia 188
Negara
11.7 Dasar Bersih, Cekap dan Amanah 189
11.7.1 Objektif Dasar Bersih, Cekap dan 189
Amanah
11.7.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap 190
dan Amanah
11.8 Dasar Warga Emas Negara 191
11.8.1 Falsafah Dasar Warga Emas Negara 191
11.8.2 Nilai Dasar Warga Emas Negara 191
11.8.3 Prinsip Dasar Warga Emas Negara 192
11.8.4 Matlamat Dasar Warga Emas Negara 192
11.8.5 Objektif Dasar Warga Emas Negara 192
11.8.6 Strategi Pelaksanaan Dasar Warga Emas 193
Negara
11.9 Pelan Integriti Nasional (PIN) 193
11.9.1 Objektif Khusus PIN 194
11.9.2 Pendekatan Utama Pelaksanaan PIN 194
11.9.3 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) 195
RUMUSAN 195
SEMAKAN KENDIRI 196
SOALAN DALAM TEKS 196
RUJUKAN 197

UNIT 12 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA 198


PENGENALAN 198
OBJEKTIF 198
ISI PENTING 198
12.1 Matlamat dan Asas Dasar Pembangunan 198
12.2 Latar Belakang Dasar Pembangunan Negara 199
12.3 Dasar Pembangunan Negara 202
12.4 Dasar Utama Pembangunan 202
12.4.1 Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) 202
12.4.2 Dasar Pembangunan Nasional (1991- 204
2000)
12.4.3 Dasar Wawasan Negara (2001-2010) 208
12.4.4 Dasar Transformasi Nasional 210
12.5 Dasar Khusus Pembangunan 221
12.5.1 Dasar Perindustrian Negara 221
12.5.2 Dasar Pertanian Negara 223
12.5.3 Dasar Hala Cara Baru dalam 225
Pembangunan
12.5.4 Dasar Penswastaan (1983) 226
12.5.5 Dasar Pensyarikatan Malaysia (1983) 227
RUMUSAN 228
SEMAKAN KENDIRI 229
SOALAN DALAM TEKS 230
RUJUKAN 230
UNIT 13 DASAR DAN HUBUNGAN LUAR 231
PENGENALAN 231
OBJEKTIF 231
ISI PENTING 231
13.1 Latar Belakang Dasar Luar Malaysia 231
13.1.1 Definisi Dasar Luar 231
13.1.2 Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia 232
13.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Dasar Luar 233
Malaysia
13.2 Perkembangan Dasar Luar Malaysia 234
13.2.1 Era Tunku Abdul Rahman Putra (1957- 234
1970)
13.2.2 Era Tun Abdul Razak Hussein (1970- 236
1976)
13.2.3 Era Tun Hussein Onn (1976-1981) 237
13.2.4 Era Tun Dr. Mahathir (1981-2003) 238
13.2.5 Era Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003- 239
2009)
13.2.6 Era Dato’ Sri Najib Tun Razak (bermula 240
2009)
13.3 Malaysia dan Hubungan Serantau 241
13.3.1 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara 242
(ASEAN)
13.4 Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa 245
13.4.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 246
(PBB)
13.4.2 Pertubuhan Kerjasama Negara Islam 246
(OIC)
13.4.3 Komanwel 247
13.4.4 Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) 249
RUMUSAN 250
SEMAKAN KENDIRI 250
SOALAN DALAM TEKS 251
RUJUKAN 251
UNIT 14 PEMBINAAN NEGARA-BANGSA 252
PENGENALAN 252
OBJEKTIF 252
ISI PENTING 252
14.1 Konsep Negara-Bangsa 252
14.1.1 Perpaduan dan Integrasi 253
14.1.2 Negara-Bangsa 253
14.1.3 Nasionalisme 254
14.1.4 Patriotisme 254
14.1.5 Sejarah Ringkas 255
14.2 Masyarakat Majmuk 257
14.2.1 Sejarah Ringkas 257
14.2.2 Masyarakat Majmuk 258
14.3 Teori Perpaduan dan Integrasi 259
14.3.1 Asimilasi 260
14.3.2 Variasi Asimilasi 260
14.3.3 Amalgamasi 261
14.3.4 Pluralisme 262
14.4 Pemupukan Hubungan Etnik dan Cabaran Semasa 263
RUMUSAN 266
SEMAKAN KENDIRI 267
SOALAN DALAM TEKS 268
RUJUKAN 268

SIMULASI UJIAN DAN PEPERIKSAAN 270


PANDUAN KURSUS

PENDAHULUAN
Kenegaraan Malaysia (SKP2101) merupakan salah satu kursus teras yang
diwajibkan ke atas semua mahasiswa dan mahasiswi UPM di peringkat Ijazah
Sarjana Muda bagi memantapkan semangat patriotisme mereka dalam menghadapi
arus globalisasi yang semakin mencabar jati diri dan kecintaan terhadap negara.
Justeru kursus ini yang terbahagi kepada empat kategori iaitu sejarah, sistem
politik, pemerintahan negara, dan pembinaan negara bangsa diharapkan dapat
memberi kefahaman yang mendalam kepada semua mahasiswa dan mahasiswi
UPM tentang cara hidup bernegara di tanah air sendiri. Seterusnya dapat
mempertahankan serta memantapkan jati diri mereka sekali gus memperkukuhkan
lagi semangat patriotisme untuk mempertahankan maruah tanah air tercinta ini
dari segala kerosakan.
RANGKA KURSUS
i. Nama Kursus
Kenegaraan Malaysia

ii. Kod Kursus


SKP2101

iii. Kredit Kursus


3

iv. Prasyarat
Tiada

v. Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan sejarah negara dan masyarakat serta sistem pemerintahan


negara (C4).
2. Menghubungkaitkan kefahaman mengenai sejarah, dasar dan sistem
negara dengan perkembangan semasa (LL).
3. Mempamerkan sikap menghargai kepentingan nilai patriotisme (A3, EM).

vi. Sinopsis Kursus


Kursus ini meliputi sejarah negara, sistem dan organisasi kerajaan serta dasar-
dasar negara. Kursus ini juga membahaskan proses pembinaan negara bangsa
dan kepentingan patriotisme.

vii. Kandungan Kursus


1. Sejarah awal Malaysia
• Masyarakat dan sistem pemerintahan tradisional
• Kedatangan kuasa penjajahan

2. Perjuangan mencapai kemerdekaan


• Penentangan penjajahan

xxii
• Gerakan nasionalisme
• Rancangan kemerdekaan

3. Penubuhan Persekutuan Malaysia


• Cadangan dan reaksi terhadap penubuhan Malaysia
• Tentangan dan proses penubuhan Malaysia

4. Perlembagaan Persekutuan Malaysia


• Asas Perlembagaan
• Kandungan Perlembagaan
• Perlembagaan Negeri
• Pindaan perlembagaan

5. Raja Berperlembagaan
• Latar belakang dan konsep asas sistem beraja
• Yang Di Pertuan Agong
• Majlis Raja-Raja

6. Demokrasi Berparlimen
• Konsep demokrasi berparlimen
• Pilihan raya
• Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

7. Sistem Persekutuan
• Konsep asas persekutuan
• Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri
• Pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan tempatan

8. Eksekutif
• Perdana Menteri
• Kabinet
• Kementerian dan Perkhidmatan Awam
• Suruhanjaya
• Perbadanan Awam

xxiii
9. Perundangan
• Parlimen
• Dewan Rakyat
• Dewan Negara
• Penggubalan Undang-Undang

10. Kehakiman
• Kehakiman dan undang-undang
• Struktur dan fungsi mahkamah
• Hakim

11. Dasar sosial


• Dasar Sosial Negara
• Dasar-dasar sosial seperti dasar pendidikan, kebudayaan, belia, wanita dan
warga emas

12. Dasar Pembangunan Negara


• Rancangan pembangunan
• Dasar-dasar terpilih

13. Dasar dan Hubungan Luar Negara


• Jenis hubungan luar
• Dasar luar negara: prinsip dan pertimbangan
• Kerjasama serantau
• Kerjasama antarabangsa

14. Pembinaan negara-bangsa


• Konsep pembinaan negara-bangsa- Rukun Negara
• Masyarakat majmuk
• Integrasi nasional
• Isu dan cabaran semasa perpaduan

xxiv
viii. Penilaian

g. Penilaian Kursus

Penilaian kursus ini terbahagi kepada: 30%

(i) Kerja kursus keseluruhan 30%


• Tugasan

(ii) Peperiksaan pertengahan 30%

(i) + (ii) 60%

(iii) Peperiksaan akhir 40%

Jumlah keseluruhan 100%

** Penilaian kursus berubah dari semasa ke semasa bergantung pada pensyarah/


pengajar kursus semasa.

Cadangan Jadual dan Aktiviti Pembelajaran

1. Perjumpaan Bersemuka 4 jam

2. Pembelajaran Kendiri 45 jam/minggu

3. Sesi Tutorial (4-6 sesi) 8-12 jam

4. Pembelajaran Berkumpulan 1 jam

5. Online/E-mel/Telefon/LMS/Kelas Maya dengan 1 jam


Pensyarah/Pengajar

6. Latihan/Kuiz 1 jam

7. Tugasan 6 jam

Jumlah Jam Keseluruhan 65 jam

xxv
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 1 Sejarah Awal Negara


Mohd Mahadee Hj Ismail

PENGENALAN
Unit ini membincangkan tentang perkembangan sejarah awal negara bermula
dengan zaman pra sejarah, zaman proto sejarah dan zaman pensejarahan. Pada
setiap peringkat zaman pula terdapat era-era khusus yang menunjukkan wujudnya
evolusi dan babak baru dalam perkembangan sejarah tanah air sehinggalah
berlakunya episod campur tangan kuasa asing di Tanah Melayu. Perbincangan
dalam unit ini turut merangkumi penjajahan Portugis, Belanda, kedatangan pihak
Inggeris dan pendudukan Jepun di alam Melayu.

OBJEKTIF
1. Menjelaskan perkembangan dan evolusi pada zaman pra sejarah, proto sejarah
dan zaman pensejarahan.

2. Membincangkan zaman keagungan dan kegemilangan Kerajaan Kesultanan


Melayu Melaka.

3. Menghuraikan kedatangan dan penjajahan kuasa asing di gugusan Kepulauan


Melayu dan implikasinya.

ISI PENTING
1.1 Zaman Pra Sejarah
Zaman pra sejarah di Kepulauan Melayu boleh dikategorikan kepada empat zaman
penting iaitu zaman paleolitik, zaman mesolitik, zaman neolitik dan zaman logam.
Tiga zaman awal ialah episod zaman batu sebelum memasuki zaman terakhir pada
zaman pra sejarah iaitu zaman logam.

1
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1.1.1 Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)


Zaman paleolitik dikatakan telah wujud lebih kurang 35,000 tahun yang lalu.
Petempatan awal masyarakat pada zaman paleolitik ialah tertumpu di kawasan
gua-gua batu kapur. Antara kawasan yang telah dikenal pasti telah didiami oleh
masyarakat pada zaman paleolitik ialah Gua Badak dan Kota Tampan, Perak,
Gua Niah, Sarawak dan Tingkayu, Sabah. Cara hidup masyarakat adalah serba
ringkas yang bercirikan aktiviti sara diri dan hidup yang sentiasa berpindah
randah. Kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan di mana
kegiatan utama mereka ialah memburu binatang dan memungut hasil hutan. Dalam
menjalani kehidupan seharian, masyarakat zaman ini telah menggunakan alat-alat
batu dalam bentuk asal, kasar dan ringkas. Pada ketika itu masih belum wujud
teknologi penciptaan batu. Masyarakat pada zaman paleolitik juga dikatakan masih
belum pandai menjalankan aktiviti-aktiviti lain seperti pertanian dan penternakan.

1.1.2 Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah)


Zaman mesolitik dikatakan telah wujud lebih kurang 11,000 tahun yang lalu.
Kawasan petempatan masyarakat masih lagi tertumpu di gua-gua batu kapur.
Kawasan petempatan utama orang mesolitik yang telah dikenal pasti ialah Jenderam
Hilir, Selangor; Gua Cha, Kelantan; Gua Kecil, Pahang; Gua Kepah, Kedah; Gua
Niah, Sarawak; Gua Gomantong dan Gua Madai, Sabah. Orang asli Senoi dan
Negrito merupakan keturunan masyarakat zaman mesolitik ini. Masyarakat pada
zaman ini masih lagi menggunakan alat-alat batu bagi membantu mereka menjalani
kehidupan seharian. Namun, alat-alat batu yang digunakan adalah lebih halus
berbanding dengan zaman paleolitik. Peralatan batu tersebut digunakan khusus
dalam aktiviti memburu binatang, menangkap ikan dan memungut buah-buahan
hutan. Apa yang lebih menarik, masyarakat pada zaman mesolitik sudah mula
pandai menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Setelah mendapat hasil,
mereka telah menjalankan kegiatan tukar barang dengan penduduk di kawasan lain
khususnya barangan hasil hutan dengan hasil laut atau sungai. Orang mesolitik
juga dikatakan masyarakat pertama yang menemui api dan mereka mula memasak
makanan. Pada akhir zaman mesolitik ini wujud satu bentuk kebudayaan baru
yang dikenali sebagai zaman peralihan (zaman Hoabinhian). Kebudayaan baru ini
dikembangkan oleh orang-orang Hoa Binh dari Vietnam di mana mereka telah
mengembangkan teknologi pembuatan batu atau lebih dikenali sebagai tekno-
komplex. Pada zaman peralihan ini, alat-alat batu yang digunakan adalah jauh lebih

2
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

baik, sempurna, wujud hasil dari penemuan teknologi Chooper Chopping Tools,
Hand-Adze, Proto-Hand-Axe dan Hand-Axe. Dengan adanya teknologi pembuatan
batu, maka mereka berjaya menghasilkan alat-alat batu yang lebih canggih seperti
kapak batu, pisau batu, lembing batu dan pelbagai lagi.

1.1.3 Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru)


Zaman neolitik dikatakan telah wujud kira-kira 5,000 tahun yang lalu. Kawasan
petempatan masyarakat masih lagi tertumpu di gua-gua batu kapur seperti zaman-
zaman sebelumnya. Kawasan petempatan utama orang neolitik yang telah dikenal
pasti ialah Gua Cha, Kelantan, Gua Kecil, Pahang, Gua Kepah, Kedah, Gua
Gomantong dan Gua Madai, Sabah, Gua Niah dan Gua Tengkorak, Sarawak dan
Jenderam Hilir, Selangor. Masyarakat pada zaman neolitik masih lagi menggunakan
alat-alat batu bagi membantu mereka menjalani kehidupan seharian. Akan tetapi
alat-alat batu yang digunakan adalah jauh lebih halus dan sempurna berbanding
dengan zaman mesolitik. Ini kerana telah wujud teknologi pembuatan batu yang
lebih canggih pada zaman ini. Antara kegiatan utama masyarakat ialah memburu
binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti penternakan
sebagai sumber bekalan makanan. Mereka juga aktif berhubung dengan masyarakat
luar di mana melalui hubungan yang wujud tersebut membolehkan mereka
menjalankan aktiviti perdagangan. Antara hasil dagangan utama masyarakat pada
zaman neolitik ialah hasil hutan seperti damar, rotan, kayu gaharu dan gading serta
hasil laut seperti siput, kerang dan ikan. Dalam pada itu, masyarakat pada zaman
neolitik juga sudah pandai menghasilkan serta menggunakan alat-alat perhiasan
seperti gelang tangan, rantai leher dan barangan perhiasan diri yang lain. Zaman
neolitik ini menjadi zaman terakhir masyarakat menggunakan alat-alat batu.
Selepas zaman ini masyarakat mula mencari kawasan yang mempunyai sumber air.

1.1.4 Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)


Zaman logam dikatakan wujud kira-kira 2,500 tahun yang lalu. Kemunculan zaman
logam menandakan berakhirnya episod zaman batu. Antara kawasan petempatan
masyarakat pada zaman logam yang telah dikenal pasti ialah Sungai Lang dan
Sungai Langat, Selangor, Batu Buruk dan Sungai Terengganu, Terengganu, Sungai
Tembeling, Pahang dan Sungai Muar, Johor. Masyarakat pada zaman logam telah
melalui satu perubahan penting di mana mereka tidak lagi menggunakan alat-alat
batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian tetapi mereka mula

3
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada logam. Selain itu, mereka tidak
lagi hidup secara berpindah randah di gua-gua batu kapur tetapi mereka sudah
mula tinggal tetap di satu-satu kawasan penempatan. Apa yang lebih penting
ialah masyarakat pada zaman logam telah membina petempatan tetap di kawasan-
kawasan lapang, tepi-tepi sungai dan di kawasan persisiran pantai iaitu di kawasan
yang mempunyai sumber air. Kegiatan utama masyarakat masih lagi berkisar pada
aktiviti memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam, memungut hasil
hutan, menternak binatang dan menjalankan aktiviti perdagangan. Di samping
itu, mereka juga telah menceburi satu lagi aktiviti baru iaitu melombong dalam
mendapatkan sumber-sumber logam. Kemajuan pada zaman logam ini terbukti
melalui penciptaan alat-alat logam untuk membantu mereka menjalani kehidupan
seharian seperti pisau, kapak, parang, cangkul dan pelbagai lagi.

Apabila masyarakat pada zaman logam mula tinggal tetap di satu-satu kawasan
khususnya di kawasan-kawasan lapang yang mempunyai sumber air, maka jumlah
penghuni juga semakin bertambah. Daripada situasi tersebut telah menjadi
pemangkin kepada wujudnya pelbagai institusi penting dalam masyarakat seperti
institusi sosial, ekonomi dan politik. Perkembangan ini telah menjadi titik tolak
kepada kewujudan kerajaan-kerajaan awal atau kerajaan purba di gugusan
Kepulauan Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal ini telah menandakan
bermulanya zaman proto sejarah di alam Melayu.

1.2 Zaman Proto Sejarah


Zaman proto sejarah ialah zaman kewujudan kerajaan-kerajaan awal atau
kerajaan purba di gugusan Kepulauan Melayu. Walaupun pada peringkat awal
kerajaan-kerajaan yang wujud hanyalah kerajaan yang bersifat kecil sahaja tetapi
kemudiannya kerajaan-kerajaan tersebut mula menunjukkan perkembangan
sehingga membentuk sebuah kerajaan yang lebih besar dan kuat. Kerajaan-kerajaan
awal ini kebanyakannya terbina di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber air
seperti di kawasan tasik, sungai dan laut memandangkan sumber air menjadi alat
perhubungan utama di antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain.

4
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Antara kerajaan-kerajaan awal yang muncul di Gugusan Kepulauan Melayu ialah:


• Kerajaan Kutei di Borneo
• Kerajaan Majapahit di Pulau Jawa
• Kerajaan Singhasari di Pulau Jawa
• Kerajaan Mataram di Pulau Jawa
• Kerajaan Funan di Lembah Sungai Mekong
• Kerajaan Champa di Vietnam
• Kerajaan Srivijaya di Sumatera

Antara kerajaan-kerajaan Melayu Awal yang muncul di Semenanjung Tanah


Melayu ialah:
• Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan di Segenting Kra
• Kerajaan Langkasuka di Pattani
• Kerajaan Chih-Tu di Kelantan
• Kerajaan Tan-Tan di Terengganu
• Kerajaan Lo-Yueh di Selatan Tanah Melayu
• Kerajaan Kedah Tua di Kedah
• Kerajaan Gangga Negara di Perak

Kewujudan kerajaan-kerajaan awal di gugusan Kepulauan Melayu telah membawa


kepada satu perkembangan baharu di Tanah Melayu di mana setiap kerajaan
tersebut berlumba-lumba untuk meluaskan pengaruh masing-masing. Dari itu
kita dapat lihat wujudnya kerajaan-kerajaan terkuat yang mendominasi alam
Melayu pada ketika itu. Kerajaan Funan telah muncul sebagai sebuah kerajaan
terkuat di rantau nusantara bermula kurun pertama sehingga kurun keenam
masihi. Kejatuhan kerajaan Funan telah membawa kepada kemunculan kerajaan
Srivijaya sebagai kerajaan terkuat bermula pada kurun ketujuh sehingga kurun
ke-11 masihi. Kemunculan kerajaan Srivijaya sebagai kuasa terkuat menandakan
kebangkitan kuasa orang-orang Melayu yang berpusat di Palembang, Sumatera.
Kejatuhan kerajaan Srivijaya pula menjadi pemangkin kepada kemunculan
kerajaan Majapahit yang berpusat di Tanah Jawa. Kerajaan Majapahit telah
muncul sebagai sebuah kuasa terkuat pada kurun ke-13 masihi selepas kejatuhan

5
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kerajaan Singhasari khususnya pada waktu pemerintahan Hayam Wuruk dan Patih
Gajah Mada. Kegemilangan empayar Majapahit ini berakhir dengan kemunculan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Tanah Melayu.Kemunculan
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menandakan bermulanya era pensejarahan
masyarakat Melayu di mana berlaku lagi satu episod baru perkembangan alam
Melayu.

1.3 Zaman Pensejarahan


Zaman pensejarahan di Tanah Melayu bermula dengan kemunculan Kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan Melaka telah membawa suatu detik
bersejarah baru bagi Tanah Melayu khususnya apabila Melaka telah muncul sebagai
sebuah kuasa yang agung di alam Melayu. Detik bersejarah tersebut menjadi
penanda aras kepada kebangkitan tamadun alam Melayu yang boleh dibanggakan
oleh generasi hari ini.

1.3.1 Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


Berdasarkan kepada rekod sejarah, Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah
diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar Shah pada awal kurun ke-15 iaitu
sekitar tahun 1400. Baginda dalam perjalanan dari Temasik menuju ke suatu tempat
yang tidak dapat dipastikan telah singgah berehat di bawah sebatang pokok bertam
iaitu pokok Melaka. Sewaktu baginda sedang berehat, berlaku satu kejadian aneh
di mana anjing buruannya yang garang telah ditendang jatuh ke dalam sungai oleh
seekor pelanduk yang kecil. Peristiwa tersebut menandakan suatu keajaiban dan
dari detik itu baginda telah membuka tempat tersebut dan dinamakan Melaka. Pada
ketika itu Melaka ialah sebuah perkampungan nelayan yang terdiri daripada kira-
kira 200 orang penduduk sahaja. Selepas secara rasminya Parameswara membuka
Melaka, tempat tersebut berkembang pesat sehinggalah terbentuknya Kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka. Antara faktor kehebatan Melaka ialah wujudnya
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka di mana pelaksanaan
undang-undang tersebut menggambarkan ketamadunan tinggi kerajaan Melaka.
Selain itu, faktor utama perkembangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ialah
kerana wujudnya sistem pentadbiran yang cekap, sistematik dan tersusun. Sistem
pentadbiran yang cekap ini berjaya menjamin keamanan dan kemakmuran negeri
Melaka.

6
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sultan

Pembesar Empat
(Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari)

Pembesar Lapan
(Syahbandar, Pembesar yang bergelar Seri)

Pembesar Enam Belas


(Pembesar yang bergelar Raja)

Pembesar Tiga Puluh Dua


(Pembesar peringkat rendah)

Rajah 1.1 Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah mengaplikasi sistem pembesar empat


lipatan di mana terdapat pembahagian khusus bidang tugas di setiap peringkat
jawatan. Lagi tinggi kedudukan seseorang pembesar dalam heirarki jawatan maka
lagi besar tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya. Pentadbiran yang sistematik
ini juga berfungsi sebagai sistem ‘semak dan imbang’ antara satu fungsi jawatan
dengan fungsi jawatan yang lain. Namun, sultan atau raja Melaka tetap menjadi
pusat pentadbiran segala bentuk kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

7
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Parameswara (Raja Iskandar Syah) (1400-1414)

Sultan Mahkota Iskandar Syah (1414-1424)

Sultan Muhammad Syah (Seri Maharaja) (1424-1444)

Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim) (1444-1445)

Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) (1445-1459)

Sultan Mansor Syah (1459-1477)

Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488)

Sultan Mahmud Syah (1488-1511)

Sultan Ahmad Syah


(Tidak sempat memerintah)

Rajah 1.2 Sultan-Sultan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, 1400-1511

Raja pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara atau Raja
Iskandar Shah manakala raja terakhir ialah Sultan Mahmud Syah. Kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai zaman kegemilangan pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah dan Sultan Alauddin
Riayat Syah yang dibantu dengan kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja Tun
Perak. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mengalami kemerosotan pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah khususnya selepas kematian Bendahara
Paduka Raja Tun Perak. Para pengganti Paduka Raja Tun Perak gagal untuk
memainkan peranan sebagai seorang bendahara yang hebat bagi mengekalkan
zaman kegemilangan Melaka. Berikut ialah senarai Bendahara Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka (dari 1445 hingga 1511).
• Bendahara Seri Wak Raja (1445)
• Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali (1445-1456)
• Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498)
• Bendahara Tun Puteh (1498-1500)

8
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (1500-1510)


• Bendahara Tepok Paduka Tuan (1510-1511)

1.3.1.1 Faktor perkembangan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


Perkembangan dan kemajuan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dipengaruhi
oleh pelbagai faktor utama iaitu faktor kedudukan geografi, faktor ekonomi serta
faktor politik dan pentadbiran.

Faktor Geografi
• Kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antara kawasan timur dengan kawasan barat. Faktor ini menjadikan
Melaka sebagai sebuah pusat persinggahan kapal-kapal dagang.
• Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun
Timur Laut. Faktor ini menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan yang
sesuai sementara menunggu perubahan angin monsun.
• Melaka pada ketika itu menjadi sebuah pelabuhan laut dalam semula jadi di
mana kapal-kapal dagang boleh masuk terus ke pelabuhan Melaka.

Faktor Ekonomi
• Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di gugusan
Kepulauan Melayu.
• Melaka mempunyai sumber asli yang banyak seperti rempah-ratus, kapur
barus, lada hitam, gading gajah dan pelbagai lagi. Kebanyakan sumber tersebut
dibawa dari kawasan sekitar seperti dari Johor, Selangor dan Pahang.
• Harga barang dagangan di Melaka adalah rendah. Faktor ini menjadi daya
tarikan kepada para pedagang asing.
• Melaka melaksanakan sistem pungutan cukai yang rendah dan sistematik.
Tanggungjawab dalam pengurusan cukai perdagangan di Melaka terletak di
bawah bidang kuasa Syahbandar.
• Melaka telah memperkenalkan penggunaan sistem mata wang. Ini secara
langsung telah menggalakkan dan melicinkan urusan jual-beli di Melaka.
• Melaka telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan asas seperti bekalan air
bersih dan tempat penginapan sementara yang diperlukan oleh para pedagang
asing.
9
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Faktor Politik dan Pentadbiran


• Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan kuasa besar
China. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan China telah membebaskan
Melaka dari ancaman Majapahit dan Siam.
• Melaka melaksanakan sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun iaitu
melalui aplikasi sistem pembesar empat lipatan. Setiap jawatan pembesar
mempunyai bidang kuasa terkhusus dan terkawal.
• Melaka telah memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang yang adil
dan saksama iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
Undang-undang yang dilaksanakan di Melaka ini berteraskan kepada undang-
undang Islam sepertimana yang ditekankan dalam al-Quran dan hadis.
• Melaka telah berjaya membentuk angkatan tentera yang kuat. Angkatan tentera
Melaka ini dibantu oleh orang-orang laut sebagai sebagai benteng pertahanan
pertama Melaka.
• Melaka telah muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di gugusan
Kepulauan Melayu.
• Melaka telah melaksanakan dasar perluasan kuasa ke negeri-negeri sekitar.
Negeri Pahang, Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Pattani, Aru, Siak,
Rokan, Kampar, Inderagiri dan pelbagai lagi telah ditakluk Melaka.
• Melaka telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
perantaraan utama di Melaka. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa
lingua franca yang perlu digunakan dalam urusan perdagangan.

1.3.1.2 Faktor kemerosotan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


Faktor Dalaman
• Pemerintahan Sultan Mahmud yang lemah di mana baginda tidak ambil kisah
hal ehwal pentadbiran negara. Tugas pentadbiran negara banyak diserahkan
kepada Bendahara Melaka.
• Pentadbiran negeri kacau bilau dan tidak diuruskan dengan baik. Para penganti
Paduka Raja Tun Perak lebih mementingkan diri sendiri dan tidak mampu
menguruskan hal-ehwal pentadbiran Melaka.
• Berlaku permusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Tamil
Muslim. Hal ini berlaku pada waktu pentadbiran Bendahara Tun Mutahir yang

10
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

lebih memberi keutamaan kepada orang-orang Tamil Muslim. Keadaan tersebut


telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu. Keadaan semakin kritikal
apabila wujud fitnah dan salah guna kuasa yang berleluasa.
• Aktiviti perdagangan di Melaka semakin merosot khususnya apabila Sultan
Mahmud Syah dan Bendahara Tun Mutahir telah menaikkan kadar cukai
perdagangan. Selain itu, berlaku amalan rasuah dan pilih kasih dalam urusan
perdagangan menyebabkan para pedagang tidak lagi berminat untuk berdagang
di Melaka. Para pedagang asing mula mencari tempat-tempat perdagangan
alternatif selain dari Melaka.
• Orang Laut tidak membantu Melaka semasa diserang oleh Portugis dan tidak
lagi menjadi benteng pertahanan pertama Melaka. Para penganti Paduka Raja
Tun Perak tidak lagi menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang Laut.
Mereka merasa tersisih dan telah kembali menjadi lanun di perairan Melaka.

Faktor Luaran
• Penemuan jalan laut yang baharu oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488
melalui Tanjung Harapan di Benua Afrika telah memendekkan jarak perjalanan
antara kawasan timur dengan kawasan barat. Faktor ini menjadi pencetus kepada
kuasa Portugis untuk menjelajah sampai ke gugusan Kepulauan Melayu.
• Para pedagang asing tidak bersikap jujur dengan Melaka. Hal ini kerana
mereka telah memihak kepada Portugis sewaktu Portugis menyerang Melaka.
Mereka juga telah menyalurkan maklumat tentang Melaka yang diperlukan
oleh Portugis.
• Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511. Tentera Portugis yang dipimpin
oleh Alfonso d’Albuquerque berjaya menawan Melaka pada 25 Ogos 1511.
Sultan Mahmud Syah tidak dapat mempertahankan Melaka dari serangan
Portugis yang mempunyai kelengkapan perang serba canggih. Sultan Mahmud
Syah dan para pembesar Melaka terpaksa melarikan diri ke kawasan sekitar
untuk menyelamatkan diri. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis.

1.3.2 Era Penjajahan Kuasa Asing di Tanah Melayu


Kedatangan Portugis ke Melaka telah membuka satu era baru di alam Melayu iaitu
kemasukan kuasa-kuasa asing. Kuasa-kuasa asing ini datang dengan agenda dan
matlamat tertentu khususnya untuk mengekploitasi sumber hasil yang terdapat di
rantau ini.
11
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1.3.2.1 Penjajahan Portugis


Tujuan utama kedatangan kuasa Portugis ke alam Melayu adalah untuk menguasai
sektor perdagangan dan mengembangkan agama Kristian. Setelah berjaya
menguasai Melaka, Portugis telah cuba beberapa kali untuk menguasai negeri-
negeri lain di Tanah Melayu tetapi tidak berjaya. Dari itu penjajahan Portugis
hanyalah tertumpu di Melaka dari tahun 1511 sehingga tahun 1641 iaitu selama
130 tahun. Kegiatan perdagangan di Melaka semakin lumpuh apabila pihak
Portugis memperkenalkan pelbagai bentuk peraturan baru di samping mengenakan
kadar cukai yang tinggi. Para pedagang asing semakin tidak berminat untuk
berdagang di Melaka. Selain itu, Portugis memperkenalkan sistem tulisan rumi
bagi menggantikan sistem tulisan jawi yang digunakan di Melaka ketika itu.
Dalam pada itu, wujud beberapa perkataan pinjaman seperti jendela, almari,
garfu, tuala dan palsu yang diterima sebagai bahasa Melayu. Matlamat Portugis
untuk mengembangkan ajaran Kristian gagal apabila penduduk di Melaka terus
berpegang kepada ajaran Islam. Kesan lain penjajahan Portugis di Melaka ialah
kewujudan masyarakat Serani iaitu hasil perkahwinan campur di antara orang-
orang Portugis dengan penduduk tempatan. Kewujudan masyarakat Serani di
Melaka dapat dilihat sehingga ke hari ini. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka telah membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau yang menjadi
kerajaan terkuat selepas Melaka di gugusan Kepulauan Melayu.

Jadual 1.1 Peristiwa Penaklukan Portugis di Melaka

1460 Portugis berjaya menjelajah pantai barat Afrika.


1488 Bartholomew Diaz berjaya membuat pelayaran hingga ke Tanjung Harapan di
benua Afrika.
1498 Vasco Da Gama membuat pelayaran di Calicut, India.
1503 Portugis membina sebuah petempatan perdagangan di Cochin.
1509 Alfonso d’Albuquerque dilantik sebagai Wizurai Portugis di India. Beliau
mengutuskan rombongan ke Melaka yang diketuai oleh Lopez de Sequiera.
1510 Portugis telah menakluk Goa, India dan membina pusat pentadbiran di wilayah
timur.
1511 Portugis menakluki Melaka.

Sumber: Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti.

12
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1.3.2.2 Penjajahan Belanda


Pihak Belanda telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada
tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai kawasan timur khususnya gugusan
Kepulauan Melayu dan bersaing dengan kuasa Portugis. Selain itu, pihak Belanda
juga cuba menguasai perdagangan kain di India, perdagangan rempah ratus dan
bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Kedatangan awal Belanda ialah ke Indonesia
memandangkan pada ketika itu Portugis telah bertapak di Melaka. Belanda telah
menjadikan Betawi (Jakarta) sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan mereka
bagi gugusan Kepulauan Melayu. Pada tahun 1641 Belanda telah melancarkan
serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka dengan bantuan daripada Kerajaan
Melayu Johor dan kawasan sekitar. Hasil dari serangan tersebut, pihak Belanda
telah berjaya merampas Melaka dari tangan Portugis. Dari itu, penjajahan Belanda
hanya tertumpu di Melaka selama 183 tahun iaitu dari 1641 hingga 1824. Pihak
Belanda juga tidak cuba untuk menguasai negeri-negeri lain di Tanah Melayu
memandangkan negeri-negeri sekitar Melaka telah membantu mereka menyerang
Portugis. Kegiatan Belanda di Melaka hanyalah untuk menyekat kapal-kapal
dagang yang datang untuk berdagang di Melaka supaya pergi berdagang di Betawi.
Oleh sebab itu semasa Belanda di Melaka, kegiatan perdagangan telah lumpuh
sama sekali. Belanda juga tidak membawa sumbangan positif ke atas Melaka.
Penjajahan Belanda ke atas Melaka berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda
atau lebih dikenali dengan Perjanjian London yang ditandatangani dengan pihak
British pada tahun 1824.

1.3.2.3 Kedatangan dan penjajahan Inggeris


Kedatangan awal pihak Inggeris ke alam Melayu bermula pada tahun 1786 apabila
Francis Light berjaya menduduki Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1819,
Stamford Raffles telah berjaya menduduki Singapura selepas membuat perjanjian
dengan Temenggung Abdul Rahman Johor. Pendudukan pihak Inggeris di Pulau
Pinang dan Singapura telah menimbulkan kemarahan Belanda di Melaka. Hal ini
kerana telah wujud persaingan hebat antara dua kuasa asing di Tanah Melayu iaitu
antara pihak Inggeris dengan Belanda. Untuk menyelesaikan persaingan tersebut,
maka satu rundingan dicapai dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda
pada 17 Mac 1824.

13
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 1.2 Intipati Penting Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada Inggeris.


British menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan kawasan SHTI di Sumatera
kepada Belanda.
Belanda menarik balik bantahannya terhadap pendudukan Inggeris di Singapura.
British tidak dibenarkan meluaskan pengaruhnya ke Pulau Karimun dan pulau-pulau
di selatan.
Belanda tidak akan campur tangan di Tanah Melayu dan membuat sebarang perjanjian
dengan pemerintah tempatan.
British tidak akan campur tangan atau membuat sebarang perjanjian dengan kawasan
Sumatera, Pulau Karimun, Kepulauan Raiu-Lingga dan mana-mana pulau di selatan
Singapura.
Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam soal perdagangan dan menghapuskan kegiatan
lanun.
Jika mana-mana pihak berundur, maka hak tersebut akan jatuh ke tangan pihak yang
satu lagi.
Pemerintah tempatan dibenarkan membuat hubungan dengan kedua-dua kuasa atau
sesama pemerintah tempatan.
Belanda membayar hutang kepada Inggeris sebanyak 100,000 paun (Sepanyol) iaitu
hutang Perang Napoleon.

Sumber: Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti.

Kesan Utama Perjanjian Inggeris-Belanda:


• Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua linkungan pengaruh iaitu Tanah
Melayu di bawah pengaruh British manakala Indonesia di bawah pengaruh
Belanda. Selat Melaka dijadikan sempadan utama.
• Berlaku perpecahan empayar Johor-Riau (Melayu-Riau) apabila Singapura
dan Johor jatuh ke tangan British manakala Kepulauan Riau jatuh ke tangan
Belanda.
• Persaingan kuasa antara British dengan Belanda semakin hebat terutama
selepas perkembangan pelabuhan bebas di Singapura.

14
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 1.3 Perluasan Kuasa Ingggeris di Tanah Melayu dari tahun 1786 hingga 1914

Tahun Peristiwa
1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang.
1819 Stamford Raffles menduduki Singapura.
1824 Perjanjian Inggeris-Belanda yang mengesahkan pendudukan Inggeris di
Tanah Melayu.
1825 Persetiaan awal Kapten Henry Burney dengan Siam bagi menyekat pengaruh
Siam di Perak dan Selangor.
1826 Perjanjian Burney ditandatangani antara Inggeris dengan Siam.
1826 Singapura, Pulau Pinang dan Melaka disatukan membentuk Negeri-Negeri
Selat (NNS).
1841 James Brooke mengambil alih pemerintahan Sarawak dari tangan Raja Muda
Hashim.
1874 Perjanjian Pangkor dan campur tangan Inggeris di Perak.
1874 Campur tangan Inggeris di Selangor.

1874 Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong.


1875 Brunei menyerahkan Sabah kepada British.
1888 Campur tangan Inggeris di Pahang.
1896 Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan membentuk Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
1909 Perjanjian Bangkok ditandatangani di mana Siam menyerahkan Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada Inggeris dan membentuk Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).
1914 Johor menerima Penasihat British yang pertama dan diserapkan masuk ke
dalam Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

Sumber: Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. 2005. Kenegaraan Malaysia. Fajar Bakti.

1.3.2.4 Perkembangan di Sabah, Sarawak dan Brunei


Kesultanan Melayu Brunei
Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dikatakan telah wujud sejak sekian lama dan
direkodkan bermula pada tahun 1363 kerajaan ini terletak di bawah pemerintahan
Sultan Muhammad Shah. Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei juga telah melalui
zaman perkembangan sepertimana kerajaan-kerajaan lain di gugusan Kepulauan
Melayu. Kerajaan ini dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan
Kerajaan Majapahit di kepulauan Jawa di mana pengaruh Majapahit telah mula
meresap masuk ke dalam kerajaan Brunei. Antara pengaruh penting dari Majapahit

15
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ialah kemasukan pengaruh agama Hindu dalam kehidupan seharian masyarakat.


Selain itu, Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei juga telah mengadakan hubungan
perdagangan dengan China seawal kurun ke-6 lagi. Hal ini menunjukkan wujudnya
hubungan antarabangsa antara kepulauan Melayu dengan kuasa luar seperti China
sejak kurun awal lagi. Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei merupakan salah satu
daripada empat kesultanan yang menguasai kepulauan Borneo di mana detik
penting zaman kegemilangannya berlaku pada abad ke-16 sehingga abad ke-19
masihi khususnya di bahagian utara pulau Borneo dan pulau-pulau sekitarnya.
Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei melalui zaman kemerosotan pada pertengahan
kurun ke-19 terutamanya selepas kedatangan kuasa British melalui James Brooke
dan berlaku pemusatan kepentingan perdagangan asing di Sabah melalui Syarikat
Berpiagam Borneo Utara.

Jadual 1.4 Sejarah Pemerintah Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei

Bil. Sultan/Gelaran semasa memerintah Tempoh


1 Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah) 1363-1402
2 Pateh Berbai (Sultan Ahmad) 1402-1425
3 Sultan Sharif Ali (Sultan Berkat) 1425-1432
4 Sultan Sulaiman 1432-1485
5 Sultan Bolkiah (Nakhoda Ragham) 1485-1584
6 Sultan Abdul Kahar 1524-1530
7 Sultan Saiful Rijal 1531-1581
8 Sultan Shah Brunei 1581-1582
9 Sultan Mohammad Hasan (Pengiran Di Gadong/ Pengiran Pemanca) 1582-1598
10 Sultan Abdul Jalilul Akbar 1598-1659
11 Sultan Abdul Jalilul 1659-1660
12 Sultan Haji Muhammad Ah (Marhum Tumbaang Di Rumput) 1660-1661
13 Sultan Muhyiddin 1673-1690
14 Sultan Nasruddin 1690-1710
15 Sultan Husin Kamaluddin 1710-1730
16 Sultan Muhammad Alauddin (Marhum di Brunei) 1730-1737
17 Sultan Husin Kamaluddin 1737-1740
18 Sultan Omar Ali Saifuddien I 1740-1795
19 Sultan Muhammad Tajuddin 1795-1807
20 Sultan Muhammad Kanzul Alam (Raja Api) 1826-1828

16
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 1.4

21 Sultan Omar Ali Saiffuddien 11 1828-1852


22 Sultan Abdul Momin 1852-1885
23 Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin 1885-1906
24 Sultan Muhammad Jamalul Alam II 1906-1924
25 Sultan Ahmad Tajuddin 1924-1950
26 Sultan Sir Muda Omar Ali Saifuddien III (the Bandar Seri Begawan) 1950-I967
27 Sultan Hassanal Bolkiah 1967-kini

Penjajahan Sarawak
Kemasukan kuasa Inggeris ke Sarawak berlaku sekitar tahun 1841 apabila Raja
Muda Hashim meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan ancaman
pemberontakan di Sarawak yang telah dicetuskan oleh Datu Patinggi Ali terhadap
pemerintahan Brunei di Sarawak. Di atas kejayaan James Brooke dengan bantuan
tentera British menghapuskan ancaman pemberontakan tersebut, Raja Muda
Hashim dalam keadaan terpaksa telah menyerahkan Sarawak kepada Brooke.
Kemudiannya Brooke telah mengambil beberapa tindakan bagi mengukuhkan
kekuasaannya di Sarawak khususnya dengan menghapuskan pengaruh Pangiran
Indera Mahkota dan melaksanakan dasar perluasan wilayah dengan menguasai
Sarikei, Saribas, Hulu Batang Lupar dan Hulu Sungai Sekrang. Brooke juga telah
membeli beberapa wilayah daripada Sultan Brunei seperti Sungai Samarahan,
Sungai Rejang, Sungai Turusan, Sungai Barom, Tanjung Kidurong, Lawas dan
Limbang bagi meluaskan kekuasaannya ke atas Sarawak. Pada tahun 1942, James
Brooke telah ditabalkan sebagai Raja Sarawak oleh Sultan Brunei. Keluarga
Brooke telah memerintah Sarawak selama lebih kurang 100 tahun seperti berikut:

Jadual 1.5 Rajah dan Tempoh Pemerintahan

Rajah Tempoh
James Brooke 1841-1868
Charles Johnson Brooke 1868-1917
Charles Vyner Brooke 1917-1941

17
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Penjajahan Borneo Utara (Sabah)


Campur tangan kuasa asing di Sabah bermula pada tahun 1850 apabila Kapten
Joseph Balestier telah memperolehi treati dengan Sultan Brunei mengenai
hak Amerika Syarikat ke atas perdagangan di Sabah. Kemudian Balestier telah
mendapatkan persetujuan daripada Sultan Brunei ke atas sebidang tanah untuk
diusahakan. Pada tahun 1865, Charles Lee Moses iaitu konsul Amerika Syarikat
telah berjaya mendapat hak pajakan ke atas beberapa kawasan Sabah daripada
Sultan Brunei selama 10 tahun. Kawasan pajakan tersebut merangkumi kawasan
Kepulauan Bangi, Pulau Pahlawan dan Balabak. Moses kemudiannya telah
menjual hak pajakan tersebut kepada Syarikat Perdagangan Amerika Borneo
yang diketuai oleh Joseph Torrey. Di atas penguasaan Torrey, Sultan Brunei telah
melantik beliau menjadi Gabenor Borneo Utara. Pada tahun 1877 pula, Torrey telah
menjual hak pajakan tersebut kepada Baron Von Overbeck dari Austria bersama
rakannya Alfred Dent dari Britain. Pada tahun 1880, Overbeck telah menjual hak
pajakannya kepada Alfred Dent dan Dent telah menubuhkan Syarikat Perdagangan
Borneo Utara. Bagi mengukuhkan penguasaannya di Sabah, Dent telah berjaya
mendapatkan ’Piagam Diraja’ daripada kerajaan British dan menubuhkan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara. Melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara, Dent telah
memperakui beberapa perkara berikut berkaitan pemerintahan di Borneo Utara
merangkumi:
• Pihak British boleh mengawal pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara
secara langsung.
• Pihak British berhak untuk melantik ketua Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
• Ketua Syarikat Berpiagam Borneo Utara adalah secara automatik menjadi
Gabenor Borneo Utara.
• Syarikat Berpiagam Borneo Utara akan menyediakan kemudahan bagi tentera
British untuk berlabuh di Borneo Utara secara percuma.
• Sistem residen yang telah diperkenalkan akan diteruskan.
• Sebuah Majlis Penasihat diwujudkan sebagai saluran penduduk tempatan
untuk menyalurkan pandangan terhadap pentadbiran syarikat.
• Pentadbiran penduduk tempatan diperkenalkan dan kuasa pemimpin terhadap
penduduk tempatan diperakui.

18
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menjalankan perniagaannya selama lebih


kurang 100 tahun melalui Alfred Dent, W.H. Treacher (1881 hingga 1887), W.M.
Crocker (1887 hingga 1888), Charles Creagh (1888 hingga 1895), Earnest Birch
(1895 hingga 1934), Douglas J. Jardine (1934 hingga 1937) dan Charles R. Smith
(1937 hingga 1946). Kemudiannya pada 15 Julai 1946, Sabah telah diisytiharkan
sebagai tanah jajahan British.

1.3.2.5 Pendudukan Jepun di Tanah Melayu


Jepun merupakan kuasa asing keempat yang berjaya menguasai alam Melayu.
Kedatangan Jepun ke alam Melayu adalah serentak dengan tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Pihak Jepun telah berjaya menewaskan tentera British di Tanah
Melayu dan berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dari
tahun 1942 hingga 1945. Walaupun pendudukan Jepun di alam Melayu tidak lama,
tetapi pendudukannya membawa kesan yang cukup signifikan dalam membakar
sentimen kebangkitan kuasa Asia serta membuktikan kuasa Asia juga mampu
mengatasi kuasa penjajah barat.

Jadual 1.6 Ringkasan Penguasaan Jepun di Alam Melayu

8 Disember 1941 Jepun menyerang angkatan laut Amerika Syarikat di Pearl


Harbour, Aleutians, Midway, Guam, Filipina dan Hong
Kong.
8 Disember 1941 Jepun telah mendarat di Kota Bahru, Kelantan.
16 Disember 1941 Jepun telah berjaya menguasai Sarawak.
11 Januari 1942 Jepun telah berjaya menawan Kuala Lumpur.
13 Januari 1942 Jepun telah berjaya menguasai Sabah.
15 Februari 1942 Seluruh Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak jatuh
ke tangan Jepun.
12 September 1945 Berakhir pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pentadbiran tentera Jepun


Sewaktu Tanah Melayu berada di bawah pentadbiran tentera Jepun, Tanah Melayu
dikenali sebagai ‘Malai Baru’. Malai Baru telah diletakkan di bawah pentadbiran
tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Pihak pentadbiran Jepun juga telah
membentuk satu wilayah pentadbiran baru yang merangkumi negeri Pahang,
Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Sementara Perlis, Kedah,

19
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Kelantan dan Terengganu telah diletakkan di bawah pemerintahan kerajaan Siam


sebagai membalas jasa Siam membenarkan pendaratan tentera Jepun di wilayah
selatan Thailand. Ketua tertinggi bagi Negeri-negeri Melayu ialah Gabenor Jeneral
Tentera Jepun. Kuasa Raja-raja Melayu dikekalkan sebagai ketua agama Islam dan
adat-istiadat Melayu. Kuasa-kuasa lain diambil alih oleh pihak Jepun.

Faktor kemenangan mudah Jepun di Tanah Melayu


• Ketidak-setiaan tentera Inggeris di mana kebanyakan mereka terdiri daripada
orang-orang Banggali dan India. Mereka tidak berjuang bersungguh-sungguh
dalam mempertahankan Tanah Melayu dari jatuh ke tangan pihak Jepun.
• Kelemahan pertahanan laut Inggeris di mana hanya terdapat beberapa buah
kapal laut sahaja yang mengawal perairan Tanah Melayu yang cukup luas.
Pertahanan laut Inggeris lumpuh sama sekali setelah Kapal Prince of Wales
dan Refulse berjaya ditenggelamkan oleh Jepun.
• Persediaan rapi tentera Jepun sebelum melancarkan serangan ke alam Melayu.
Pihak tentera risikan Jepun telah berjaya mengumpulkan maklumat berkaitan
dengan kedudukan Inggeris di Tanah Melayu dan mengetahui tentang selok
belok Negeri-negeri Melayu.
• Kelebihan tentera Jepun sendiri di mana mereka mempunyai tentera yang
berdisiplin tinggi, cekap dan terlatih, kelengkapan yang mencukupi serta
sanggup berbasikal di dalam hutan.
• Tentera Inggeris yang serba kekurangan di mana tidak ada kelengkapan yang
mencukupi untuk menghadapi musuh serta tidak ada persediaan rapi.

Kesan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu


Pendudukan Jepun di Tanah Melayu walaupun dalam suatu jangka masa yang
singkat, tetapi telah meninggalkan kesan yang ketara dalam beberapa aspek berikut:
• Orang-orang Cina telah ditindas dengan teruk yang menyebabkan mereka lari
ke dalam hutan. Kemudian mereka telah menyertai Parti Komunis Malaya
(PKM) dan secara langsung telah memperkuat kedudukan PKM di Tanah
Melayu.
• Orang-orang Melayu dan India telah dijadikan buruh paksa dalam pelbagai
sektor seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

20
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Berlaku permusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina


apabila pihak Jepun dikatakan berpihak kepada orang-orang Melayu. Pihak
Jepun telah membentuk pasukan tentera Melayu dan kemudiannya telah
menggunakan pasukan tersebut untuk pergi menangkap orang-orang Cina
yang melarikan diri ke dalam hutan. Timbul rasa tidak puas hati orang-orang
Cina terhadap orang-orang Melayu. Dari itu hubungan antara etnik di Tanah
Melayu semakin kritikal terutamanya selepas pendudukan Jepun.
• Pihak Jepun telah memperkenalkan sistem pendidikan ala-Jepun yang lebih
memberikan tumpuan dalam memupuk semangat keyakinan diri dan sifat
kerajinan.
• Pendudukan Jepun telah menjadi pemangkin kepada wujudnya kesedaran
politik yang tinggi dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu. Pihak Jepun
telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui slogan ’Asia untuk
orang-orang Asia’.
• Pendudukan Jepun juga telah mencetuskan kemunculan beberapa pertubuhan
baharu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Malayan
People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai suatu gerakan politik baru di
Tanah Melayu.
• Selepas pendudukan Jepun, Parti Komunis Malaya telah muncul sebagai parti
terkuat dan menjadi pemerintah Tanah Melayu untuk jangka masa dua minggu
sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British (BMA).

RUMUSAN
Perkembangan petempatan dan kependudukan awal di gugusan Kepulauan Melayu
telah melalui satu evolusi yang cukup menarik bermula dari zaman paleolitik,
zaman mesolitik, zaman neolitik dan akhirnya memasuki zaman logam. Evolusi
yang jelas berlaku ialah perubahan penggunaan alat-alat batu kepada alat-alat
logam, perubahan kawasan petempatan dari gua-gua batu kapur ke kawasan yang
mempunyai sumber air dan perubahan masyarakat yang bersifat agraria kepada
masyarakat yang bersifat maritim. Perkembangan seterusnya ialah kewujudan
kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu yang menjadi pemangkin kepada
kemunculan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Kegemilangan yang telah
dicapai oleh Melaka telah membuka mata kuasa asing untuk datang menakluk dan

21
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mengeksploitasi alam Melayu yang membawa kepada kedatangan Portugis. Selepas


Portugis, datang pula Belanda untuk menjajah alam Melayu, dan kemudiannya
diikuti oleh pihak Inggeris. Penguasaan pihak Inggeris telah meninggalkan kesan
yang amat mendalam dalam sosio-budaya, ekonomi dan politik penduduk di
Tanah Melayu. Selain itu, pihak Jepun juga sempat mengambil kesempatan untuk
menduduki alam Melayu buat seketika. Pengalaman dijajah untuk tempoh yang
lama ini membawa seribu makna kepada penduduk alam Melayu supaya peristiwa
pahit tersebut tidak lagi berulang kembali.

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar perlu membuat perbincangan dalam kumpulan tentang
perkembangan zaman awal petempatan di Tanah Melayu.
2. Pelajar dikehendaki membuat carta alir peristiwa-peristiwa penjajahan
di Tanah Melayu sejak dari zaman penjajahan Portugis hingga ke
zaman penjajahan British.

SOALAN DALAM TEKS


1. Bincangkan faktor-faktor yang membawa Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15.
2. Huraikan faktor-faktor campur tangan Inggeris di Negeri-negeri
Melayu.
3. Jelaskan bagaimana Sabah dan Sarawak ditadbir oleh proksi pihak
British.

22
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Zaman paleolitik Penjajahan Portugis


Zaman mesolitik Penjajahan Belanda
Zaman neolitik Penjajahan Inggeris
Zaman logam Pendudukan Jepun
Zaman kerajaan awal Kerajaan Kesultanan Melayu
Brunei
Kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka Penjajahan Sarawak
Penjajahan Borneo Utara

RUJUKAN
Amran Idris, Ismail Kosman, Mastor Selamat, Mohd Noor Yusof, & Md Lasa Yahya.
(2007). Kenegaraan Malaysia: Pengajian Am. Puchong: Local Publications.
Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Malaysia Kita. (2003). Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala
Lumpur: International Law Book Services.
Mardiana Nordin, & Hasnah Hussiin. (2004). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nazaruddin Mohd Jadi, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Mohd
Rashid. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling
Jaya: Prentice Hall.
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

23
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 2 Perjuangan ke Arah Kemerdekaan


Jayum Jawan

PENGENALAN

Unit ini bertujuan membincangkan proses kebangkitan semangat nasionalisme di


Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat yang berakhir dengan penyatuan
negeri-negeri ini dalam kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

OBJEKTIF
1. Membincangkan beberapa contoh penentangan terhadap kuasa penjajah.
2. Menghuraikan proses dan gerakan nasionalisme yang membawa kepada
penyatuan proses menentang dan menghalau kuasa penjajah.
3. Membincangkan rancangan kemerdekaan yang berakhir dengan penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.

ISI PENTING
2.1 Semangat Kenegaraan
Bahagian ini akan membincangkan konsep semangat kenegaraan atau nasionalisme.
Ini diikuti dengan perbincangan mengenai punca yang meniup semangat ini dan
bagaimana ia mempengaruhi ramai. Selepas itu, perbincangan ringkas menyentuh
fasa kebangkitan fenomena ini di Tanah Melayu, Negeri-negeri Selat dan di Negeri-
negeri Borneo.

2.1.1 Konsep
Apa itu semangat kenegaraan atau nasionalisme? Pada asasnya, semangat
kenegaraan adalah satu perasaan yang berkaitan dengan kebangkitan semangat
cinta kepada negara sendiri atau tanah air sendiri. Bagi sekumpulan individu yang

24
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

negara mereka dijajah, maka semangat ini akan membantu mereka melahirkan
perasaan ingin menghalau kuasa yang menjajah mereka kerana timbul perasaan
bahawa masa depan mereka dan negara sendiri harus ditentukan oleh orang
tempatan. Bagi mereka yang sudah berada dalam negara yang merdeka atau
berdaulat, maka perasaan ini akan membantu meningkatkan semangat daya saing
kerana mereka merasakan bahawa budaya dan cara hidup mereka itu lebih baik dan
agung daripada cara dan gaya orang lain. Semangat ini juga mempunyai peranan
besar dalam meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat sesebuah negara.
Apabila bangkitnya semangat seperti ini, maka ia mendorong mereka bersatu
tenaga untuk melonjakkan negara mereka ke hadapan dan ke aras yang lebih tinggi
dalam pertumbuhan ekonomi, pembangunan politik dan ikatan sosial.

2.1.2 Punca Kebangkitan Semangat Kenegaraan


Kenapa semangat kenegaraan berbangkit? Apakah faktor yang menimbulkan
kebangkitan semangat kenegaraan ini? Jawapan semestinya terletak pada
“pendidikan”. Pendidikan dan prosesnya membuka mata kepada banyak perkara
antara yang disukai dan tidak disukai serta antara perkara yang betul dan baik.
Justeru, kebangkitan semangat kenegaraan di negeri-negeri Tanah Melayu, Negeri-
negeri Selat dan Borneo Utara dan Sabah pada suatu ketika dahulu didorong oleh
pembukaan peluang pendidikan kepada anak-anak tempatan. Peluang pendidikan
bagi anak-anak tempatan juga disediakan oleh pihak yang menjajah di negeri-negeri
Tanah Melayu dan Selat dan juga pihak pemerintah di Borneo Utara dan Sarawak.
Di ketiga-tiga wilayah tersebut, pendidikan dan sekolah disediakan terutamanya
untuk mendidik anak-anak penjajah dan pemerintah Brooke. Namun, sedikit
peluang diberikan kepada beberapa anak-anak pembesar tempatan kerana mereka
diperlukan dalam pentadbiran Ingggeris bagi memenuhi kerja paling bawah dalam
hierarki pentadbiran Inggeris dan dalam kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara di Borneo Utara dan kerajaan Brooke di Sarawak. Melalui pendidikan,
maka lahirlah kesedaran. Di samping itu, pendidikan juga melahirkan ilmu dan
kemahiran dalam diri seseorang. Justeru, kesedaran, pendidikan dan kemahiran
bercampur untuk membakar semangat kenegaraan dalam kalangan anak-anak
tempatan. Kesedaran ini merebak dan akan melahirkan tindakan. Di negeri-negeri
Tanah Melayu & Selat, Borneo Utara dan Sarawak, ia diikuti dengan timbulnya
pelbagai aktiviti berbentuk penulisan dan kesusasteraan yang digunakan untuk
membakar semangat kebangkitan kenegaraan dalam kalangan penduduk tempatan.

25
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Banyak majalah dan surat khabar telah digunakan sebagai wahana seperti Warta
Melayu, Utusan Melayu dan Warta Sarawak. Seiringan dengan itu, di peringkat
bertindak, kebangkitkan semangat kenegaraan juga turut digerakkan melalui
aktiviti berpersatuan, sama ada yang berbentuk sosial, kebajikan dan ekonomi
turut memainkan peranan.

2.1.3 Fasa Kebangkitan Kenegaraan


Di Negeri-negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat, kebangkitkan semangat
kenegaraan boleh dibincangkan berdasarkan tiga fasa, iaitu fasa rusuhan berdarah,
kesedaran melalui sebaran media massa, dan rundingan. Rusuhan antara puak
penjajah dan rakyat tempatan banyak berlaku pada awal zaman kemasukan pihak
penjajah dan sewaktu mereka cuba untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di
Negeri-negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat. Di antara beberapa peristiwa
yang pernah digolongkan oleh ramai sejarawan dalam konteks ini adalah seperti
peristiwa di Naning dengan tokohnya Dol Said, di Selangor oleh tokohnya Raja
Mahadi, di Perak oleh tokohnya Dato’ Maharaja Lela, di Pahang dengan tokohnya
seperti Tok Gajah dan Dato’ Bahaman. Dalam banyak peristiwa seperti ini, pihak
pemerintah Inggeris telah ditentang oleh rakyat tempatan di bawah pimpinan
tokoh-tokoh berkenaan kerana pelbagai sebab. Antara sebab yang paling ketara
dan melintas kesemua penentangan berdarah ini ialah bahawa pihak Inggeris
melebarkan atau meluaskan penguasaan mereka ke tempat/kawasan yang sebelum
itu tidak dikuasai dengan ketat. Di samping itu, pihak Inggeris juga mengenakan
cukai yang sebelum itu tidak ada atau menggantikan pemungut cukai sedia ada
mengikut pilihan Inggeris. Pada fasa kedua, kebangkitkan kesedaran kenegaraan
telah berlaku melalui pelbagai kegiatan kesusasteraan yang disiarkan melalui surat
khabar dan majalah termasuk aktiviti melalui persatuan yang berbentuk sosial dan
kebajikan. Antara surat khabar dan majalah adalah seperti Saudara dengan tokohnya
Syed Syeikh al-Hadi yang menyuarakan perjuangan kaum muda, Utusan Melayu
yang menjadi lambang perpaduan Melayu dan tokohnya, Abdul Rahim Kajai dan
Ishak Hj Muhamad. Manakala persatuan yang terlibat dalam menaikkan semangat
kenegaraan ialah Kesatuan Melayu Singapura dan Selangor yang mendesak supaya
orang Melayu bangkit dan melibatkan diri dalam pemerintahan negara mereka. Fasa
ketiga kebangkitan semangat kenegaraan menandakan bermulanya dialog antara
pihak penjajah dan pemimpin serta penduduk tempatan. Ini bermula khususnya
selepas Perang Pasifik atau Perang Dunia II pada pertengahan 1940. Dalam fasa
ini, antara beberapa peristiwa penting yang turut memainkan peranan dalam proses

26
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dialog ini ialah pelancaran Kesatuan Malaya selepas perang dunia kedua tamat,
pemberontak komunis dan zaman darurat, penubuhan sistem ahli dan percubaan
pilihan raya terhad. Semua peristiwa ini membantu proses rundingan dan dialog
yang kemudian berakhir dengan penubuhan Persekutuan Malaya yang merdeka
pada 1957. Dalam kalangan masyarakat Cina dan India, kebangkitan semangat
kenegaraan mula berfokuskan kepada Tanah Melayu selepas perang dunia kedua.
Ini adalah kerana sebelumnya, kebangkitan semangat kenegaraan mereka adalah
tertumpu kepada negara asal iaitu China dan India. Fenomena ini berlaku kerana
mereka berpandangan bahawa kehadiran mereka di Tanah Melayu adalah sementara
dan mereka akan kembali ke negara asal selepas memperoleh kekayaan. Justeru,
semangat kebangkitan kenegaraan Cina dan India pada ketika itu dipengaruhi oleh
apa yang berlaku di China dan India. Misalnya, bagi masyarakat Cina, mereka
berpecah kepada dua puak, iaitu antara yang mendokong ideologi komunis dan
perjuangan Mao Zedong manakala yang satu lagi menyokong perjuangan nasionalis
yang ditegakkan oleh Cheng Kai Shek. Masyarakat India pula tertarik dengan apa
yang berlaku di tanah besar India dan mengikut perjuangan nasionalisme di sana
yang diterajui pemimpin seperti Gandhi. Fokus kebangkitan semangat kenegaraan
mereka hanya beralih dan berpusatkan Tanah Melayu selepas perang dunia kedua
disebabkan oleh satu perubahan besar dasar negara China. Sebelum Perang Pasifik,
dasar kerakyatan negara China berasaskan kepada semua orang Cina adalah rakyat
tanah besar China tidak kira di mana mereka berada. Hal ini berubah selepas
Perang Dunia II di mana China tidak lagi mengiktirafkan orang Cina di luar
sebagai rakyatnya. Justeru, orang Cina yang berada di negara-negara luar mula
fokus kepada tempat mereka berada dan memikirkan cara untuk menyerapkan diri
kepada keadaan tempatan. Oleh itu, fokus kebangkitan semangat Cina di Malaysia
sama seperti juga bagi orang India yang mula bersifar lokal, iaitu menyesuaikan
bagaimana ianya meletakkan mereka dalam konteks kebangkitan semangat
kenegaraan di Tanah Melayu. Peralihan fokus kebangkitan semangat Cina dan
India di Tanah Melayu konsisten dengan keadaan berlaku seterusnya gerakan ini di
mana Melayu, Cina dan India telah berganding bahu dalam kebanyakan rundingan
dengan pihak penjajah Inggeris bagi menentukan hala tuju proses memperoleh
kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat. Berdasarkan sejarah,
kerjasama rapat yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga kumpulan etnik utama ini telah
menganjak proses memberi kebebasan kepada Tanah Melayu dan Negeri-negeri
Selat.

27
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.1.4 Kebangkitan Semangat Kenegaraan di Negeri-negeri Borneo


Kebangkitan semangat kenegaraan di Borneo Utara dan Sarawak telah melalui
fasa yang sama seperti yang dilalui negeri-negeri di Tanah Melayu dan Negeri-
negeri Selat. Di Sarawak, penentangan berdarah adalah ekoran daripada perluasan
kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Brooke terhadap kawasan berdekatan. Ini
berlaku untuk menegakkan kuasa yang tidak berjaya ditegakkan oleh Kesultanan
Brunei sebelum itu. Justeru, ia bukan penaklukan dalam erti kata menakluki
kawasan bebas. Ia lebih tepat dilihat sebagai penegakan kuasa. Sememangnya
kawasan itu di bawah Kesultanan Brunei tetapi kesultanan tersebut tidak mampu
menegakkan kuasanya ke atas kawasan-kawasan yang luas dan jauh dari pusat
kuasa di Brunei. Di Sarawak, perluasaan kawasan berlaku kerana kerajaan
Brooke ingin menegakkan kuasa yang tidak mampu ditegakkan oleh Kesultanan
Brunei. Apabila Brooke diserahkan Sarawak untuk ditadbir, kawasan Brooke
terhad kepada kawasan sekitar bahagian Kuching. Dari situ, kerajaan Brooke
menakluki bahagian-bahagian berhampiran seterusnya kerana pelbagai sebab yang
meliputi menenangkan keadaan rusuhan yang sering dilancarkan oleh penduduk
pedalaman dan mengganggu perniagaan di sekitar sungai Rajang, Batang Ai
dan Skrang. Dalam proses itu, pasukan Rajah Brooke bertempur dengan ramai
pejuang tempatan seperti Syarif Masahor, Rentap, Datu Patinggi Ali dan Dana
Bayang. Di Borneo Utara, penentangan timbul disebabkan punca yang sama iaitu
Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara memperluaskan kawasan jajahan dan
menegakkan kuasa ke bahagian pedalaman. Dalam proses itu ramai penduduk
menentang kerana marah akan cara hidup mereka terganggu dan ada juga puak
pemimpin tempatan menentang kerana peranan mereka diambil alih oleh pegawai
lantikan syarikat berkenaan. Secara kesimpulanya, semangat kenegaraan adalah
kunci kepada penegakan sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Fenomena ini
penting untuk melahirkan negara yang bebas, dan untuk mengekalkan semangat
kesatuan bagi membentuk perpaduan yang diperlukan untuk melonjakkan negara
tersebut ke tahap yang ingin dibawa oleh rakyat yang bebas.

28
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.2 Peristiwa Penentangan Terpilih


Konflik antara kuasa penjajah dengan penduduk dan personaliti tempatan adalah
berbeza-beza di semua negeri dalam persekutuan. Sebab penentangan juga adalah
berbeza dan kebanyakan sebab itu melintasi dua atau lebih penentangan yang
ditegakkan dan juga menjelaskan penentangan di dua atau lebih negeri. Secara
umum, sebab-sebab penentangan dapat dirumuskan dalam huraian seterusnya.
Pertama, kebanyakan penentangan timbul kerana munculnya perluasan atau
penegakan kuasa oleh kuasa penjajah. Setelah menakluki sesuatu kawasan,
penjajah mula mengembangkan pemerintahan. Ini bermakna, kawasan yang pernah
dikuasai oleh pelbagai pembesar tempatan tidak selamat lagi yang menyebabkan
perasaan kurang senang kerana mereka bakal kehilangan kuasa yang dipunyai oleh
mereka sebelum ini. Dalam beberapa penentangan, ia berlaku kerana pemungut-
pemungut cukai dan wakil kerajaan lama hilang peranan kerana kuasa baharu
melantik wakil mereka. Kedua, penentangan berbangkit kerana perancangan kuasa
penjajah yang melakar pembangunan tanah yang melintasi dan menjejaskan tanah
orang tempatan. Kehilangan tanah juga menjadi sebab penentangan berlaku pada
zaman kedatangan kuasa-kuasa penjajah ke Tanah Melayu. Ketiga, pembangunan
baharu yang dibawa kuasa penjajah mempengaruhi budaya dan cara hidup yang
tidak disukai orang tempatan. Sebab-sebab ini amat penting untuk menjelaskan
beberapa penentangan awal yang dihadapi kuasa penjajah. Beberapa peristiwa
yang akan dibincangkan seterusnya mewakili pelbagai sebab yang disenaraikan di
atas dan pemilihan peristiwa penentangan di bawah ini tidak semestinya mewakili
penentangan dan perjuangan di setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia.

2.2.1 Dol Said


Sejarah penentangan oleh Dol Said ialah sejarah penentangan di Naning,
sebahagian dari kawasan Negeri Sembilan. Dol Said adalah seorang penghulu,
pemimpin tempatan Naning. Beliau memimpin penentangan terhadap Inggeris yang
menakluki Naning. Naning merupakan wilayah Melaka. Pada zaman penjajahan
Belanda, Naning membayar cukai kepada kerajaan Belanda. Sejarah menunjukkan
kedatangan Belanda ke Naning tidak mudah kerana Belanda terpaksa berperang
dengan Naning sebelum berjaya menawannya. Apabila Inggeris menakluk Naning,
rakyatnya enggan membayar cukai kepada Inggeris. Oleh itu, Inggeris melancarkan
serangan terhadap Naning. Penentangan terhadap Inggeris ditegak dan dipimpin
oleh Dol Said. Beliau berjaya bertahan dari serangan Inggeris. Beliau juga

29
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mendapat bantuan dari Rembau. Inggeris melancarkan beberapa serangan antara


1831 dan 1832, dan serangan tersebut dikenali sebagai Peperangan Naning.

2.2.2 Dato’ Maharaja Lela


Sejarah penentangan oleh Dato’ Maharaja Lela ialah sejarah penentangan di Perak.
Sejarah penentangan berdarah terhadap kuasa penjajah Inggeris terukir apabila
pegawai Inggeris bernama Birch telah dibunuh pada 1875 oleh pemimpin tempatan,
iaitu Dato’ Maharaja Lela. Birch merupakan residen Perak. Beliau menggunakan
kekerasan untuk menegakkan kuasa Inggeris di Perak ke atas sultan dan negeri
tersebut. Dalam hal ini, beliau mendapat tentangan dari sultan dan pembesar-
pembesar tempatan yang bersatu menentang beliau. Beliau telah dibunuh oleh para
pengikut Dato’ Maharaja Lela, pembesar kanan Perak di Pasir Salak.

2.2.3 Rentap
Sejarah penentangan oleh Rentap ialah sejarah penentangan di Sarawak. Rentap
adalah pahlawan Dayak dan merupakan pemimpin sekitar kawasan Bukit Sadok.
Beliau diserang oleh Brooke kerana beberapa sebab. Pertama, penyerangan
terhadap beliau adalah bagi meredakan rusuhan memburu kepala yang sering
ditaja oleh beliau. Aktiviti ini sering mengganggu ketenteraman kerana aktiviti
memburu kepala pernah memasuki kawasan pemerintahan Brooke. Kedua,
serangan ke atas Rentap berlaku kerana perluasan kawasan yang dirancang kerajaan
Brooke dalam kerangka menakluki dan menegakkan kuasa ke kawasan-kawasan
pedalaman setelah kerajaan Brooke didirikan pada 1841. Rentap diserang di
kubunya di Bukit Sadok. Namun disebabkan kegagahan dan kekuatan masyarakat
yang dipimpin beliau, Brooke telah mengadakan tiga ekspedisi untuk menyerang
Rentap di tempatnya sebelum Rentap dapat ditumpaskan. Rentap dilaporkan telah
meninggalkan tempatnya apabila kemenangan Brooke tidak dapat dielakkan.
Walau bagaimanapun, sejarah mencatatkan bahawa beliau merupakan satu-satunya
panglima Dayak yang pernah memenggal kepala orang Eropah.

2.2.4 Rosli Dhoby


Sejarah penentangan oleh Rosli Dhoby ialah sejarah penentangan di Sarawak. Rosli
Dhoby adalah anggota Pergerakan Pemuda Melayu. Pergerakan ini memilih untuk
melancarkan pembunuhan Gabenor pertama Sarawak kerana merasakan bahawa

30
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mereka sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk menuntut kemerdekaan secara
aman. Rosli Dhoby dipilih oleh Rukun Tiga Belas untuk melakukan pembunuhan
Gabenor pertama Sarawak atas beberapa sebab. Pertama, beliau dipilih kerana
umur yang muda dan harapan Pergerakan Pemuda Melayu dengan kemungkinan
mendapat hukuman yang ringan apabila ditangkap nanti. Kedua, beliau dipilih
kerana belum berkahwin. Justeru, tiada sesiapa yang akan ditinggalkan sekiranya
ditangkap dan dihukum gantung. Walau bagaimanapun, ketika ditangkap, beliau
tetap dijatuhi hukuman mati bersama komplot lain.

2.2.5 Mat Salleh


Sejarah penentangan oleh Mat Salleh ialah sejarah penentangan di Borneo Utara.
Mat Salleh berjaya menegakkan beberapa rusuhan dan penentangan terhadap
beberapa aktiviti yang dilancarkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Rusuhan
yang ditegakkan beliau telah dirakamkan sebagai rusuhan menentang kemaraan
kuasa penjajah melalui kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Antara
sebab beliau menaja rusuhan ialah kerana kerajaan syarikat ini telah merancang
pembangunan yang bakal mengubah beberapa amalan yang sedia ada dalam
kalangan penduduk tempatan. Pertama, rancangan pembangunan yang dirancang
syarikat dianggap akan menyusahkan rakyat tempatan dari segi mengubah norma
budaya dan cara hidup. Kedua, syarikat juga mengenakan cukai baharu. Ketiga,
para pembesar tempatan bakal digantikan dalam proses kemaraan dan penegakan
kuasa pemerintahan syarikat.

2.2.6 Tok Janggut


Sejarah rusuhan oleh Tok Janggut ialah sejarah penentangan di Kelantan. Tok
Janggut adalah pemimpin yang kemudiannya dikenali dengan kejadian bersejarah
Pemberontakan Tok Janggut 1915. Pemberontakan ini muncul dan dipimpin
oleh Tok Janggut bersama pengikutnya yang enggan membayar cukai yang
diperkenalkan oleh penjajah Inggeris. Pegawai keselamatan yang dihantar untuk
menahan Tok Janggut terbunuh, dan dalam penentangan ini Tok Janggut dan
pengikutnya berjaya menawan sebuah stesyen polis di Pasir Putih. Dari situ, beliau
mengumumkan kerajaan beliau. Namun, beliau dapat dikalahkan apabila Inggeris
dapat membebaskan Pasir Putih. Tok Janggut terbunuh dalam rusuhan lain yang
dilancarkan oleh beliau dan pengikutnya.

31
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.2.7 Antanum
Antanum adalah seorang pemimpin Murut. Rusuhan berlaku di kawasan Murut,
Rundum kerana Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang memerintah negara
itu telah menyekat aktiviti kesukaan Murut, iaitu memenggal kepala. Murut
berbangkit kerana tidak mahu cara hidup dan adat resam mereka disekat oleh
kerajaan itu. Kemusnahan kawasan pedalaman dilaporkan agak ekstensif kerana
rusuhan yang dipimpin oleh Antanum dalam usaha beliau menentang kemaraan
dan penegakan kuasa oleh Syarikat berkenaan. Akhirnya, beliau dan pengikutnya
dapat ditumpaskan di tempat kediaman pergunungan mereka. Dengan kematian
Antanum, kerajaan cuba mengadakan pedamaian melalui rundingan dengan para
pengikutnya. Sebahagian pengikut Antanum juga terpaksa dibuang daerah oleh
kerajaan bagi mengelak kemungkinan timbul semula rusuhan berkenaan. Secara
kesimpulan, bagaimanakah konsep kebangkitan semangat kenegaraan dapat
dikaitkan dengan beberapa peristiwa penentangan? Adalah jelas bahawa beberapa
peristiwa yang sudah dibincangkan dengan ringkas di atas adalah penentangan
kemaraan kuasa ke kawasan yang sebelum itu tidak dapat dikuasai oleh penjajah
atau pemerintah. Justeru, apakah ia tidak lebih tepat untuk dikelaskan sebagai
tentangan terhadap kemaraan kuasa dan bukan perjuangan kemerdekaan. Persoalan
perkaitan yang dibangkitkan kemungkinan boleh diperhatikan melalui soalan
berikutnya. Apakah jenis penentangan apabila kita mempertahankan kawasan kita
daripada diserang? Apakah tidak berbeza dengan rusuhan yang ditegakkan untuk
menghalau kuasa yang sudah menakluk? Justeru, apakah rusuhan di Rundum boleh
dilihat sebagai perjuangan kemerdekaan apabila penduduk Rundum menentang
kuasa yang cuba menakluki Rundum. Perkara ini mungkin berbeza kalau pejuang
seperti Rentap, Tok Janggut dan lain-lainnya menyerang pusat kuasa Inggeris dan
pemerintahan Koloni di Kuala Lumpur, Kota Baharu, Kuching atau Kota Kinabalu.
Sebaliknya, mereka sekadar menunggu untuk diserang dan mempertahankan diri
dan masyarakat setempat di kawasan masing-masing.

2.3 Media dan Politik


Perjuangan mendapatkan semula kuasa dan pemerintahan oleh orang tempatan
juga dilakukan melalui penggunaan media. Fenomena ini berlaku melalui
penulisan dalam surat khabar dan majalah yang bertujuan membakar semangat
kenegaraan. Dalam hal ini, mereka merupakan golongan bijak pandai yang telah
mendapat pendidikan mereka sama ada dari sistem persekolahan dalaman, iaitu

32
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

di sekolah-sekolah negeri di Tanah Melayu, Negeri-negeri Selat, Sabah dan


Sarawak. Selain kumpulan yang mendapat pendidikan dalam negara, para cerdik
pandai mendapat persekolahan dari luar negara khusnsya dari Timur Tengah, dan
merekalah yang banyak terlibat dalam membakar semangat kenegaraan dengan
membawa pengalaman negara luar dalam proses dan perjuangan mendapat semula
kuasa dari penjajah. Beberapa nama tokoh tempatan dan saluran yang digunakan
oleh mereka, termasuk persatuan-persatuan akan dibincangkan secara ringkas.

2.3.1 Kesatuan Melayu


Kesatuan Melayu ada banyak versi berdasarkan negeri seperti di Singapura,
Selangor, Perak, Pahang dan negeri-negeri lain. Kebanyakan matlamat pertubuhan
Melayu ini mempunyai matlamat yang sama. Pertama, semuanya diwujudkan untuk
menggalakkan orang Melayu bangkit melibatkan diri dalam pemerintahan negara
sendiri. Kedua, pertubuhan ini juga adalah jentera mendesak penjajah memberi
tempat kepada orang tempatan dalam pemerintahan. Ketiga, ada juga pertubuhan
mempunyai matlamat untuk meningkatkan tahap ekonomi dan pendidikan orang
Melayu. Dalam banyak pertubuhan di Tanah Melayu, ada juga pertubuhan seperti
Kesatuan Melayu Muda yang menuntut dan memperjuang penyatuan Tanah
Melayu dengan Indonesia.

2.3.2 Surat Khabar


Perjuangan dan penentangan kuasa dan pemerintahan penjajah turut dilakukan
melalui pembakaran semangat kenegaraan melalui perkongsian berita. Sejarah
kebangkitan adalah sama seperti negara yang sudah berjaya menegakkannya
disalurkan melalui akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Utusan Melayu dan Warta
Sarawak. Kesemua surat khabar ini telah memainkan peranan sebagai pemangkin
kesedaran kenegaraan. Usaha untuk meneruskan semangat kenegaraan ini penting
dalam proses mengekalkannya supaya ia terus menuju ke aras dan tahap seterusnya.
Kejayaan membakar dan mengekalkan semangat kenegaraan ini penting untuk
proses seterusnya yang berupakan fasa berunding dan berdialog. Semua pihak
berkuasa amat penting dalam menunjukkan kesediaan untuk terlibat dalam proses
seterusnya. Dalam tempoh ini, perjuangan menegakkan semula kuasa tempatan
adalah lebih aman berbanding tempoh sebelumnya di mana rusuhan, serang
menyerang dan pertumpahan darah berlaku. Barangkali ini juga berkait dengan
kenyataan bahawa garis negara sudah jelas, maka perluasan kuasa dan takluk

33
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

menakluki sudah berakhir. Justeru proses di fasa seterusnya tertumpu kepada


proses membebaskan dan bukan lagi menahan mana-mana kawasan daripada jatuh
kepada kuasa yang membara.

2.4 Rundingan untuk Mencapai Kemerdekaan


Zaman berunding dan berdialog bagi mencari jalan untuk memerdekakan Tanah
Melayu dan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Borneo bermula selepas Perang
Pasifik atau Perang Dunia II. Beberapa peristiwa utama akan dibincangkan dengan
ringkas bagi menggariskan detik penting sejarah bagi wilayah-wilayah dalam
Persekutuan Malaysia.

2.4.1 Semangat Kenegaraan Bukan Melayu


Sehingga Perang Dunia II, tidak banyak sejarah yang dilakarkan bagi masyarakat
Cina dan India di Negeri-negeri Tanah Melayu dan Selat dan semangat kenegaraan
kedua-dua masyarakat ini dinampakkan belum berkait dan bertumpu kepada
tempatan. Namun, semangat kenegaraan bagi kedua-dua masyarakat tersebut
tetap bangkit dan menyala. Ini adalah disebabkan bahawa kedua-dua masyarakat
menaruh harapan bahawa mereka berada di Negeri-negeri Tanah Melayu, Selat
dan Borneo hanya satu tempoh sementara. Mereka menaruh harapan bahawa
mereka akan balik ke negara asal selepas berjaya di perantauan. Sikap ini bukan
sahaja dalam kalangan mereka yang duduk di negeri-negeri di atas tetapi juga bagi
mereka yang berada di mana-mana negara di luar Tanah Besar mereka. Justeru itu,
kebangkitan semangat kenegaraan Cina dan India tertumpu kepada negara asal.
Bagi masyarakat Cina, mereka berpecah antara yang menyokong gerakan komunis
yang diketuai Mao Zedong dan perjuangan nasionalis yang diketuai Cheng Kai
Shek. Bagi masyarakat India, perkara sama dan mereka tertumpu kepada gerakan
kemerdekaan yang berteraskan tuntutan Mohandas Gandhi dan politik yang
dipimpin oleh pemimpin-pemimpin politik seperti Jawaharlal Nehru, the Nehru-
Gandhi family, Ali Jinnah and Ali Khan dan polimik antara persoalan mengenai
politik Hindu dan Islam yang berakhir dengan pemisahan India dan Pakistan.
Perubahan arah kebangkitan semangat kenegaraan Cina dan India bermula selepas
PD II dan selepas negara China mengubah dasar kerakyatan. Sebelum PD II,
China mempunyai dasar bahawa semua Cina adalah rakyat Tanah Besar, tetapi
selepas PD II negara berkenaan telah mengubah dasar tersebut dan ia tidak lagi
mengamalkan dasar berkenaan. Ini menyebabkan Cina di Tanah Melayu dan lain-

34
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

lain wilayah mula melihat kepada petempatan mereka berada sebagai tempat tetap
mereka. Perubahan arah kebangkitan semangat Cina dan India yang berpusatkan
Tanah Melayu, Negeri Selat dan Negeri-negeri Borneo telah mengubah corak
kebangkitan semangat kenegaraan di wilayah-wilayah berkenaan. Masyarakat
Melayu dan penduduk asal serta masyarakat Cina dan India berhadapan dengan
cabaran untuk mencari jalan bekerjasama. Bilangan penduduk bukan Melayu dan
bukan penduduk asal yang ramai tidak dapat dielakkan dan mesti diajak terlibat
dalam proses rundingan dan dialog.

2.4.2 Kesatuan Malaya


Apabila British kembali ke Tanah Melayu dan memerintah semula selepas Jepun
menyerah kalah pada 1946, mereka telah melancarkan satu rancangan yang
dinamakan Kesatuan Malaya atau Malayan Union. Kesatuan Malaya adalah
gabungan sembilan negeri Melayu dan dua negeri selat, iaitu Penang dan Melaka.
Pihak penjajah telah mengatakan bahawa rancangan itu adalah penyusunan
kerajaan di Tanah Melayu bagi kesediaan untuk memerintah sendiri pada mada
hadapan. Walau bagaimanapun, rancangan itu telah mendapat tentangan hebat
daripada masyarakat Melayu dan Raja-raja Melayu. Pertama, rancangan ini
ditentang kerana Raja-raja Melayu kehilangan kuasa dengan sistem pemusatan
kuasa di Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran baharu. Semua Raja Melayu
yang sebelum ini mempunyai peranan dalam sistem pentadbiran kehilangan kuasa.
Kedua, rancangan ini ditentang keras oleh kaum Melayu kerana Kesatuan Malaya
menyebabkan mereka kehilangan kuasa. Ini adalah kerana kerakyatan diberi secara
longgar dan jumlah dan taburan penduduk dalam Kesatuan Malaya menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu dan masyarakat bukan Melayu adalah sama banyak.
Golongan bangsa Melayu mendapat sokongan dari kalangan beberapa pegawai
Inggeris yang bersimpati. Tentangan berjaya dan Kesatuan Malaya dibubarkan dan
ia diganti dengan penubuhan Persekutuan Malaya pada 1948.

2.4.3 Persekutuan Malaya


Persekutuan Malaya dilancarkan pada tahun 1948 bagi menggantikan Kesatuan
Malaya. Ia merupakan rancangan yang telah dibentuk hasil rundingan beberapa
pihak seperti Melayu, Cina, India, Raja-raja Melayu dan Kerajaan Inggeris.
Terdapat beberapa ciri yang memisahkan Persekutuan Malaya daripada rancangan
awal, Kesatuan Malaya. Pertama, kerakyatan dan hak kerakyatan diperketatkan.

35
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Kerakyatan masih berdasarkan kepada prinsip jus soli, tetapi syarat-syarat


pemberian kerakyatan turut disenaraikan. Berikutan ini, peratusan golongan Cina
dan India yang mendapat kerakyatan di Persekutuan Malaya jatuh kepada sekitar
35% berbanding dalam Kesatuan Malaya di mana jumlah golongan Melayu dan
bukan Melayu hampir sama. Kedua, persekutuan baharu ini memperuntukkan
kedudukan istimewa kepada kaum Melayu dan hak-hak ini menyentuh beberapa
perkara seperti sejumlah jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan
lesen perniagaan diperuntukkan kepada kaum Melayu. Pada masa yang sama,
peruntukan ini juga memperakui bahawa kepentingan sah kaum lain dipelihara
oleh perlembagaan. Ketiga, kedudukan Raja-raja Melayu dikembalikan dan mereka
diberi kuasa semula dan terhad kepada hal-hal seperti Islam, budaya Melayu dan adat
istiadat berkaitan istana. Keempat, Islam dipersetujui sebagai agama persekutuan.
Kelima, Melayu diterima sebagai bahasa rasmi persekutuan. Perkara-perkara ini
telah dilihat sebagai “perjanjian” kaum yang sering dikenali sebagai kontrak sosial
antara kaum Melayu, Cina, India dan telah dipersetujui oleh Raja-raja Melayu
dan pentadbiran Inggeris. Selepas ini, beberapa perkembangan penting telah
mempercepatkan proses menuntut dan mendapat kemerdekaan bagi Persekutuan
Malaya. Di antara peristiwa-peristiwa yang membantu mempercepatkan proses
kemerdekaan adalah seperti perbincangan seterusnya.

2.4.4 Darurat 1948


Darurat 1948 diisytiharkan untuk membanteras gerakan komunis yang cuba
menakluki Malaya. Gerakan komunis telah bermula hebat selepas Tanah Melayu
kembali ke tangan Inggeris selepas Jepun menyerah kalah. Pelancaran serangan
komunis adalah cubaan akhir setelah Parti Komunis Malaya tidak berjaya menawan
Malaya pada peristiwa yang dinamakan “Keganasan 14”. Ini adalah tempoh antara
Jepun menyerah kalah dan pengembalian semula Inggeris ke Tanah Melayu.
Sebagai tentangan kepada serangan komunis, kerajaan Inggeris telah melancarkan
pelbagai program dan strategi untuk mematahkan gerakan komunis. Antara
strateginya ialah pengenalan surat atau kad pengenalan diri, perang psikologi,
operasi ketenteraan, pewujudan kampung baharu untuk memberi keselamatan
kepada masyarakat di pinggir bandar yang sering diganggu oleh gerila komunis,
dan janji-janji kemerdekaan.

36
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2.4.5 Sistem Ahli 1951


Sistem ahli merupakan sistem yang diperkenalkan selaras dengan janji Inggeris
untuk mempercepatkan proses pemerintahan sendiri. Pemimpin-pemimpin
tempatan menuntut penglibatan dalam pentadbiran Inggeris sebagai latihan ke arah
kemerdekaan. Beberapa wakil Melayu, Cina dan India dilantik dan diberi tugas
untuk mengurus sebuah jabatan. Onn Jaafar dilantik dan ditugaskan bagi Hal Ehwal
dalam Negeri, sementara H.S. Lee bagi bidang Kesihatan dan Thuraisingham bagi
bidang Pendidikan.

2.4.6 Pilihanraya Kerajaan Tempatan


Kejayaan pakatan antara Melayu, Cina dan India dalam beberapa pilihanraya
kerajaan tempatan membantu meyakinkan Inggeris bahawa ada wujudnya
kerjasama antara pelbagai etnik dan kerjasama ini dilihat penting bagi menjamin
kelangsungan Persekutuan Malaya apabila Inggeris mengundur diri. Pilihanraya
kerajaan tempatan dihidupkan semula dan pilihanraya majlis kerajaan tempatan
Pulau Pinang diadakan pada 1951. Sembilan kerusi dipertandingkan dan enam
daripada jumlah itu dimenangi parti Radikal yang dipimpin oleh Lim Chong
Ewe, sementara tiga lagi dimenangi oleh UMNO, Parti Buruh dan calon bebas.
Pada 1955, pilihanraya bagi kerajaan tempatan Kuala Lumpur diadakan.
Semasa pilihanraya kerajaan tempatan ini, sembilan daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan dimenangi gabungan UMNO dan MCA, sementara dua dimenangi
oleh sebuah parti yang diketuai Onn Jafaar setelah beliau meninggalkan UMNO
dan satu lagi dimenangi oleh calon bebas. Pilihanraya persekutuan pertama pada
1955 tanpa ragu menunjukkan kerjasama yang sangat tinggi antara UMNO, MCA
dan MIC, tiga parti mewakili Melayu, Cina dan India. Daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan, gabungan ketiga-tiga parti itu di bawah Parti Perikatan menawan
51 kerusi manakala satu lagi kerusi dimenangi PAS.

2.4.7 Rombongan London


Kemenangan besar Parti Perikatan pada pilihanraya Persekutuan 1955 menjadi
asas kuat rundingan kemerdekaan bagi Persekutuan Malaya. Kemenangan ini
membuktikan beberapa perkara. Pertama, kaum Melayu, Cina dan India boleh
bekerjasama walaupun sejarah lalu menunjukkan sebaliknya. Kedua, gabungan
dalam Perikatan mendapat sambutan rakyat Malaya berbilang etnik. Rombongan
London terdiri daripada lapan orang. Empat mewakili Raja-raja Melayu dan empat

37
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mewakili Perikatan. Rundingan tersebut berjaya dan tarikh kemerdekaan telah


ditetapkan. Perkara ini diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Merdeka
Bandar Hilir, Melaka. Tarikh yang ditetapkan ialah 31 Ogos 1957.

2.4.8 Kerajaan Koloni


Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo
Utara kembali dan memerintah semula selepas berakhirnya penaklukan Jepun
pada 1946. Namun, terdapat pandangan yang berbelah bahagi tentang peranan
Brooke di Sarawak dan Syarikat itu di Borneo Utara. Di Sarawak, Brooke
bersedia meminta Sarawak ditadbirkan oleh Inggeris kerana beberapa sebab.
Pertama, Rajah Brooke III sudah uzur dan merasakan tidak berdaya memerintah
Sarawak lagi. Kedua, Rajah Brooke III memikirkan bahawa nasib dan masa depan
Sarawak lebih baik di bawah Inggeris yang mampu memandu proses pemulihan
negara berkenaan setelah banyak infrastruktur awam telah dimusnahkan akibat
serangan Jepun dan serangan menghalau Jepun. Adalah jelas bahawa Sarawak
tidak mempunyai dana untuk membaik pulih semua infrastruktur awam. Persoalan
dan pertimbangan sama dipertimbangkan bagi Borneo Utara. Pandangan berbelah
bahagi mengenai status pemerintahan Sarawak telah wujud selepas Brooke kembali
semula. Sebahagian besar mahu Rajah Brooke meneruskan dinasti Brooke. Tetapi
Rajah Brooke III tetap enggan melayan pandangan ini. Pandangan Rajah III ini
juga dipengaruhi bahawa Rajah merasakan bahawa tidak ada waris Brooke yang
mampu menggantikannya. Beliau tidak percaya bahawa Rajah Muda, adiknya
yang hampir sama umur dengan beliau mampu memerintah sementara Tuan Muda
tidak menunjukkan sikap yang boleh diterima sebagai seorang Rajah. Faktor yang
mungkin mempengaruhi sebahagian besar keputusan untuk menyerahkan Sarawak
dan Borneo Utara kepada pentadbiran Inggeris melalui Pejabat Koloni di London
adalah atas pertimbangan baik pulih yang amat berat untuk ditanggung oleh sebuah
negara yang kecil dan tidak mempunyai dana yang mencukupi. Pandangan bahawa
kerajaan Inggeris mempunyai dana dan mampu untuk memastikan infrastruktur
dapat dibaik pulih. Kerajaan Sarawak dan Borneo Utara ditadbir oleh Pejabat
Koloni sehingga 1963 apabila dua negara ini bergabung dengan Persekutuan
Malaya dan Singapura menubuhkan Persekutuan Malaysia.

38
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUMUSAN
Penentangan terhadap kemaraan dan perjuangan untuk menamatkan kuasa
penjajahan berlaku pada peringkat berbeza. Namun kesemua penentangan dan
perjuangan mempunyai matlamat sama iaitu untuk menegakkan kuasa kedaulatan
semula setelah dijajah, sama ada dijajah secara kekerasan seperti bekas Negeri-
negeri Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat atau dijajah melalui jemputan
seperti yang berlaku bagi satu tempoh yang agak berpanjangan di bawah Brooke
di Sarawak dan melalui urus niaga di Borneo Utara di bawah Syarikat Berpiagam
Borneo Utara. Bagaimanapun, kuasa pemerintahan sepenuhnya berada di tangan
orang luar atau asing. Sejarah kemerdekaan aman kerana sebahagian besar proses
tuntutan pemerintahan sendiri atau proses kemerdekaan adalah melalui rundingan.
Ini telah mengelakkan berlakunya perang saudara yang menyifatkan sesetengah
perjuangan kemerdekaan di kebanyakan negara yang dijajah.

SEMAKAN KENDIRI
1. Setiap pelajar perlu membuat refleksi tentang pemahaman mereka
terhadap tajuk ini.
2. Pelajar perlu mencari gambar para pejuang kemerdekaan dan
mengenali personaliti mereka supaya para pejuang ini lebih dekat di
hati.

KATA KUNCI

Ke arah kemerdekaan darurat Perjuangan menentang penjajah


Semangat kenegaraan

39
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS


1. Bincang dan bahaskan konsep semangat kenegaraan atau nasionalisme.
2. Pilih seorang pejuang kemerdekaan dan huraikan peristiwa yang
beliau terajui.
3. Pilih satu dan huraikan peristiwa tersebut:
• Darurat 1948
• Kampung baharu
• Kontrak sosial

RUJUKAN
Hanna, W. A. (1964). The formation of Malaysia: New factor in world politics. NY:
American Field Staff, Inc.
Mohd. Noordin Sopiee. (1974). From Malayan Union to Singapore separation. K.L.:
University of Malaya Press.
Ryan, N. J. (1967). The making of modern Malaysia: A history from earliest times to 1966.
K.L.: Oxford University Press.
Tregonning, K. G. (1965). A history of modern Sabah: North Borneo, 1881-1963. Singapore
& K.L: University of Malaya Press.

40
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 3 Penubuhan Persekutuan Malaysia


Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALAN
Tajuk ini akan membincangkan sejarah yang melibatkan perancangan untuk
menubuhkan Persekutuan Malaysia, diikuti dengan faktor-faktor yang menjadi
pemangkin kepada penubuhan Persekutuan tersebut. Antaranya ialah ancaman
komunis dari Singapura, isu keseimbangan kaum sekiranya tidak menjemput
Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, keperluan memajukan ekonomi bersama-
sama serta mempercepatkan kemerdekaan negeri-negeri yang belum merdeka.
Seterusnya respons terhadap cadangan penubuhan Malaysia akan diteliti, diikuti
dengan perbincangan tentang proses penubuhan Malaysia, penentangan serta
pemisahan Singapura dari Malaysia.

OBJEKTIF
1. Mengetahui latar belakang dan faktor penubuhan Malaysia.
2. Menghuraikan proses penubuhan Malaysia.
3. Membincangkan cabaran penubuhan Malaysia.

ISI PENTING
3.1 Rancangan Penubuhan Malaysia
Cadangan penubuhan Malaysia bukanlah idea yang baru tetapi pernah diutarakan
secara konsepnya oleh Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara
pada tahun 1883. Lord Brassey mencadangkan kepada Kerajaan British agar
pentadbiran Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan. Cadangan
ini pernah dikemukakan ke Kabinet British pada tahun 1888 dan 1932 tetapi tiada
tindakan susulan diambil. Pada tahun 1947, Sir Malcolm Mac Donald, Pesuruhjaya
Tinggi British di Asia Tenggara turut mencadangkan gagasan yang sama yakni
berbentuk persekutuan. Thio Chan Bee, ahli Majlis Perundangan Singapura

41
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

merangkap Naib Presiden Parti Progresif mengemukakan pandangan yang sama


pada tahun 1948. Pada tahun 1951, Sir Robert Boothy, ahli parlimen Komanwel
berpendapat penyatuan ini akan memberi keuntungan dari segi ekonomi dan
strategi. Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall, Tan Cheng Lock
dan Tan Sri Ghazali Shafie turut menyuarakan gagasan yang sama. Manakala Lee
Kuan Yew, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura mencadangkan
Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1959.
Selanjutnya pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
yang pertama, Tunku Abdul Rahman mencadangkan wujudnya keperluan dan
kepentingan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia yang dianggotai oleh
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam ucapan beliau di Persidangan
Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.
Beliau turut menggariskan rasional penubuhan Malaysia yang lebih meyakinkan.
Antara lain dalam ucapan beliau (Arkib Negara Malaysia, 1981):

“Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan


rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak
terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu
dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai
objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah
ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Pandangan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menjadi momentum ke arah


usaha yang lebih serius berbanding pandangan tokoh-tokoh lain untuk menjadikan
penubuhan Malaysia sebuah kenyataan.

3.2 Faktor Penubuhan Malaysia


Pelbagai faktor yang menjadi pertimbangan serius para pemimpin yang terlibat
dalam merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia. Antara faktor-faktor
tersebut termasuklah dari aspek geopolitik, sosio masyarakat, dan sosio ekonomi.

42
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.2.1 Ancaman Komunis di Singapura


Ketika itu, pengaruh komunis mulai menular ke Asia Tenggara termasuklah
di Singapura. Senario ini turut membimbangkan kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu. Pengaruh ideologi komunis mulai mempengaruhi Parti Tindakan Rakyat
Singapura. Aktiviti bercorak komunis semakin ketara apabila Lim Chin Siong
menubuhkan Barisan Sosialis.

Kebimbangan kekuatan pengaruh komunis berada di tahap kemuncak berikutan


kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil di kawasan Anson dan Hong Lim
pada tahun 1961. Tunku Abdul Rahman melihat secara kritikal senario ini sebagai
ancaman terhadap sistem demokrasi Persekutuan Tanah Melayu. Beliau bimbang
jika Singapura mendapat kemerdekaan bersendirian, segala kemungkinan boleh
berlaku. Justeru, penubuhan Persekutuan Malaysia dilihat mampu mengekang
pengaruh komunis di Singapura.

3.2.2 Keseimbangan Kaum


Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Tanah Melayu dilihat dapat menangani
ancaman komunis tetapi pada masa sama turut menimbulkan masalah komposisi
kaum yang ketara. Iklim politik yang baru dibina di Tanah Melayu berpotensi
untuk menjadi tidak stabil. Hal ini demikian kerana pada waktu itu, sebanyak
75% penduduk Singapura merupakan kaum Cina. Sedangkan taburan antara kaum
di Tanah Melayu ialah 50% kaum Melayu manakala kaum Cina sebanyak 37%.
Ketidakseimbangan komposisi antara kaum bukan Melayu dengan kaum Melayu
sebagai pribumi dilihat sebagai membawa risiko terhadap keutuhan Kontrak Sosial
yang disepakati bersama dan diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu. Sebagai alternatif mengimbangi senario ini, kemasukan Sabah,
Sarawak dan Brunei ke dalam persekutuan mampu menyelesaikan masalah ini
kerana lebih 70% penduduknya adalah kaum Bumiputera.

3.2.3 Kemajuan Ekonomi Bersama


Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mempunyai latar belakang
yang hampir sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah. Penyertaan Tanah
Melayu yang kaya dengan bahan mentah, Brunei yang terkenal dengan hasil
minyak dan Singapura merupakan pelabuhan penting di Asia Tenggara ke dalam
sebuah persekutuan mampu menjana dan merancakkan ekonomi untuk diagih

43
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

bersama. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan semua negeri mendapat


faedah ekonomi dari segi perdagangan, bahan mentah, pasaran dan pelaburan
asing memandangkan setiap negeri mempunyai elemen-elemen potensi ekonomi
yang tersendiri. Kepelbagaian potensi ekonomi akan membuka ruang dan peluang
ke arah memperkasakan ekonomi negara. Negeri-negeri yang kurang maju dalam
persekutuan seperti Sabah dan Sarawak turut mendapat manfaat pembangunan
hasil perkongsian ekonomi.

3.2.4 Mempercepatkan Kemerdekaan


Penubuhan Malaysia membuka ruang kemerdekaan segera bagi Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei. Kesemua negeri ini masih di bawah penjajahan British.
Penduduk di negeri-negeri yang terbabit tidak perlu melalui fasa perjuangan
bersenjata seperti mana yang dihadapi negara-negara lain di Asia Tenggara seperti
Indonesia dan Vietnam. Penjajah British turut meraih manfaat yakni keluar
dari tanah jajahan secara terhormat dan pada masa sama dapat mengekalkan
kepentingan-kepentingan ekonomi khasnya tanpa rasa terancam. Dalam erti kata
lain, negara yang dimerdekakan secara diplomasi dan menyertai Malaysia adalah
pro British dan pada masa yang sama hegemoni ideologi komunis di rantau ini
dapat diminimakan. Selanjutnya, proses memerdekakan negeri-negeri jajahan
merupakan polisi yang sejajar dengan usul Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) melalui Resolusi 1514 (XV) yang mahukan penjajahan di seluruh dunia
ditamatkan.

3.3 Respons Terhadap Cadangan Penubuhan Malaysia


Hasrat penubuhan Persekutuan Malaysia mendapat pelbagai reaksi baik di
peringkat dalam negara mahupun negara-negara serantau. Sungguhpun tinjauan
pandangan daripada penduduk tempatan menunjukkan majoriti daripada mereka
inginkan kemerdekaan dalam Persekutuan Malaysia, fakta ini tidak dihormati oleh
pihak-pihak yang menentang. Kesungguhan bantahan daripada beberapa pihak
khusunya dari negara Indonesia akhirnya menyeret ke bentuk penentangan militer
atau bersenjata (Konfrontasi Indonesia). Walau bagaimanapun, serangan Indonesia
ini berjaya ditumpaskan dengan jayanya.

44
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.3.1 Respons Persekutuan Tanah Melayu


Parti-parti politik di Tanah Melayu umumnya menerima positif cadangan penubuhan
Malaysia. Umpamanya PAS, Parti Rakyat dan Parti Buruh secara prinsipnya
bersetuju tetapi mempunyai pandangan tersendiri mengenai cara pelaksanaannya.
PAS juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi
Indonesia. Parti Buruh mahukan Tanah Melayu bercantum dengan Singapura
terlebih dahulu sebelum membawa masuk negeri-negeri Borneo. Komponen Parti
Perikatan (Barisan Nasional) selaku parti pemerintah atau kerajaan sememangnya
menyatakan sokongan kuat mereka terhadap gagasan Malaysia.

3.3.2 Respons Singapura


PAP menyambut baik gagasan Malaysia memandangkan manfaat segera bagai
serampang dua mata yang bakal diperolehi seperti parti saingan mereka dapat
ditumpaskan. Sekaligus status quo PAP dapat dikekalkan. Serentak dengan
kemasukan Singapura ke dalam Malaysia membolehkan kemerdekaan diperolehi
tanpa melalui cabaran yang nyata. Lantaran itu, tidak hairanlah Parti Barisan
Sosialis dan Parti Rakyat Singapura menentang gagasan Malaysia kerana melihat
sebagai strategi kerajaan British untuk terus mengekalkan pengaruhnya. Bantahan
tersebut menyebabkan PAP mengadakan satu pungutan suara atau referendum
pada 1 September 1962. Pungutan suara ini walau bagaimanapun bertujuan untuk
menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk Singapura menyertai
Persekutuan Malaysia bukannya pilihan sama ada menyertai Persekutuan Malaysia
atau sebaliknya.

3.3.3 Respons Sabah dan Sarawak


Pada peringkat awal, para pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan
Malaysia kerana mereka ingin mendapatkan kemerdekaan untuk membentuk
Kesatuan Negeri-Negeri Borneo. Pada bulan Julai 1961, Barisan Bersatu dibentuk
untuk membantah cadangan penubuhan Malaysia. Barisan Bersatu ini dianggotai
oleh Ong Kee Hui (Parti Rakyat Bersatu Sarawak), A.M. Azahari (Parti Rakyat
Brunei) dan Donald Stephens (Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu). Bagi
memberikan kefahaman yang jelas Tunku menganjurkan Persidangan Persatuan
Parlimen Komanwel di Singapura pada bulan Jun 1961. Para pemimpin dari
Borneo turut hadir dalam persidangan tersebut dan mereka mula menunjukkan
minat tentang gagasan Malaysia. Para pemimpin dari Borneo ini meletakkan

45
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pra syarat untuk bersetuju di bawah gagasan Malaysia yang dikenali Dua Puluh
Perkara.

3.3.3.1 Tuntutan 20 Perkara Sabah


Berikut adalah senarai dua puluh perkara yang dituntut sebagai pra syarat
kemasukan negeri-negeri Borneo ke dalam Malaysia:
1. Agama Sabah tiada status agama rasmi.
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tetapi bahasa Inggeris turut boleh
digunakan tanpa sebarang had masa.
3. Perlembagaan baru yang difikirkan bersama.
4. Ketua negeri: Tidak layak bertanding bagi jawatan ketua negeri.
5. Nama persekutuan: Malaysia dan bukannya Melayu Raya.
6. Imigresen: Kuasa persekutuan tetapi kemasukan ke Sabah perlu mendapat
kebenaran kerajaan negeri.
7. Hak meninggalkan Persekutuan: Tiada.
8. Penukaran pekerja dengan orang tempatan dilakukan dengan secepat mungkin.
9. Pegawai Inggeris dikekalkan sehingga ada orang tempatan yang layak
mengambil alih jawatan berkenaan.
10. Kewarganegaraan: Seseorang yang lahir di Borneo Utara mesti diberi
kewarganegaraan persekutuan.
11. Kewangan dan Cukai: Borneo Utara patut ada sumber sendiri terhadap
kewangan, wang pembangunan dan cukai.
12. Kedudukan istimewa penduduk Asli: Patut ada hak istimewa seperti orang
Melayu Semenanjung.
13. Kerajaan Negeri: Ada sistem menteri dan ketua menteri patut dipilih oleh ahli
jemaah.
14. Tempoh peralihan: 7 tahun & kuasa perundungan negeri sendiri dikekalkan
dan bukan diperuntukan oleh pusat kepada negeri.
15. Pendidikan: Perkara negeri.
16. Perlindungan perlembagaan: hak dan perlindungan dipersetujui tidak boleh
ditarik balik tanpa berunding dengan kerajaan negeri.

46
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

17. Wakil di Parlimen: Perlu ambil kira saiz dan jumlah penduduk negeri dan
wajar melebihi jumlah yang diberikan kepada Singapura.
18. Nama Ketua Negeri: Yang Dipertua Negeri.
19. Nama Negeri: Sabah.
20. Tanah, hutan, kerajaan tempatan: Kuasa kerajaan pusat ke atas tanah tidak
patut merangkumi Sabah.

3.3.4 Respons Brunei


Pada peringkat awalnya, Sultan Omar Ali Saifuddin III, pemerintah Brunei
menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia kerana wujudnya ‘tali perhubungan
agama, bangsa, adat resam dan kebudayaan’ antara kedua-dua negeri. Brunei
juga memerlukan Tanah Melayu sebagai perlindungan daripada ancaman Filipina
dan Indonesia. Suruhanjaya ditubuhkan oleh baginda sultan untuk meninjau
pandangan rakyat tetapi tidak pernah diterbitkan. Pemimpin Parti Rakyat Brunei
(parti politik berhaluan kiri), A.M. Azahari menentang keras penyertaan Brunei ke
dalam Malaysia kerana mempunyai agenda untuk membentuk Negara Kesatuan
Kalimantan Utara (Brunei, Sarawak dan Sabah) serta membebaskan Brunei dari
pemerintahan beraja dan penjajahan British. Penentangan ini dilakukan secara
bersenjata melalui penubuhan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU). A.M.
Azahari mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8 Disember 1962.
Pemberontakan ini berjaya ditewaskan dengan bantuan tentera British. Kegagalan
pemberontakan ini sepatutnya menjadi dorongan kemasukan Brunei ke dalam
Malaysia, namun pada saat akhir (Julai 1963) Brunei menarik diri atas beberapa
faktor yang tidak dipersetujui Sultan Brunei sendiri. Dengan demikian Brunei
kekal di bawah naungan British sehingga menerima kemerdekaan pada 1 Januari
1984.

3.4 Proses Penubuhan Malaysia


Memandangkan penubuhan Malaysia melibatkan hak kedaulatan, maka proses
penubuhannya melalui beberapa jawatankuasa agar diperhalusi serta dapat diterima
oleh hampir semua pihak yang terlibat.

47
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.4.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephens
untuk memberikan penjelasan tentang konsep Malaysia terutamanya kepada
penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-
wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Sebanyak empat
kali rundingan telah diadakan iaitu di Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur dan
Singapura. Berikut adalah hasil keputusan mesyuarat tersebut:

Jadual 3.1 Keputusan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

No. Perkara
1. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
2. Mempunyai kerajaan pusat yang kuat dan terdapat pembahagian kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
3 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi bagi
Persekutuan.
4. Setiap rakyat diberi kebebasan beragama.
5. Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan tertentu seperti dalam
bidang imigresen.
6. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan.
7. Perwakilan dalam parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk serta keluasan
sesebuah kawasan.

3.4.2 Suruhanjaya Cobbold


Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962 untuk mendapatkan pandangan
penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Bekas Gabenor Bank
London, Sir Lord Cameron Cobbold merupakan pengerusi jawatankuasa ini
dan dianggotai oleh Sir Anthony Abell, bekas Gabenor Sarawak dan Sir David
Watherston, bekas Setiausaha Utama Malaya serta Mohd Ghazali Shafie, Setiausaha
Tetap Kementerian Luar Negeri dan Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bidang tugas suruhanjaya ini melibatkan tinjauan pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak berkaitan penyertaan negeri mereka ke dalam Malaysia. Hasil pandangan-
pandangan ini dinilai oleh Suruhanjaya Cobbold dan seterusnya memberikan syor-
syor dalam laporan. Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan pertemuan dengan

48
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4000 orang dan menerima 2200 memorandum berkaitan gagasan Malaysia


dalam tempoh dua bulan (19 Februari hingga 18 April 1962). Berasaskan dapatan
ini, suruhanjaya telah menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada Kerajaan
Persekutuan dan. Berikut adalah hasil laporan tersebut:

Jadual 3.2 Keputusan Laporan Jawatankuasa Cobbold

No. Perkara
1. 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia.
2. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 sebagai kerangka asas
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”.
4. Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi dan jaminan khas perkara tertentu
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
5. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri tersendiri.
6. Dasar imigresen dan agama dikekalkan di bawah kuasa DUN Sabah dan DUN
Sarawak.
7. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi
di Sabah dan Sarawak.
8. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi untuk
tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia.
9. Kedudukan bumiputera dikekalkan.
Kesimpulan laporan: Pembentukan Malaysia harus dilaksanakan

Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan menerima sebulat suara hampir
semua cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia
ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh
pada tarikh yang sama. Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Antara Kerajaan
ditubuhkan.

3.4.3 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)


Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan atau Intergovernmental
Committee (IGC) ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Lord
Landsdowne (Setiausaha Tanah Jajahan British) dan Tun Abdul Razak Hussein
sebagai Timbalan Pengerusi. Ahli-ahli jawatankuasa lain terdiri daripada wakil dari

49
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kerajaan British, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pelbagai pandangan yang diterima
oleh jawatankuasa ini dari pelbagai pihak termasuklah Tuntutan 20 Perkara Sabah.
Jawatankuasa Antara Kerajaan membentangkan laporan pada bulan Februari
1963. Laporan tersebut dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac
1963 dan diikuti oleh Sabah pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam
Persidangan Parlimen Tanah Melayu dan diluluskan sebagai Akta Malaysia 1963.

3.5 Penentangan Terhadap Penubuhan Malaysia


Filipina dan Indonesia merupakan negara yang lantang menyuarakan penentangan
terhadap penubuhan Malaysia. Penentangan ini memaksa Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) campur tangan dan mendapati sememangnya majoriti penduduk Sabah
dan Sarawak memilih menyertai Malaysia. Fakta hasil dapatan PBB ini masih
juga tidak dapat diterima oleh kedua-dua negara. Penubuhan kerjasama serantau
MAPHILINDO yang melibatkan ketiga-tiga buah negara yang terlibat ini juga
menemui kegagalan. Tentangan Indonesia lebih agresif hingga mencetuskan
penentangan bersenjata terhadap Malaysia yang dikenali sebagai Konfrontasi
Indonesia.

3.5.1 Tuntutan Filipina


Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi
pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan berdasarkan
perjanjian oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul Alam kepada Baron Von Overbeck dan
kemudiannya Alfred Dent pada 22 Januari 1878. Pajakan ini telah diisytiharkan
tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir, Sultan Esmaul Kiram pada 22 Januari
1958. Pihak British mendakwa penyerahan tersebut menandakan penyerahan hak
dan kedaulatan kerana dalam penyerahan itu dinyatakan, antaranya:

“…all the territories and lands on the mainland of the island of Borneo,
commencing from the Pandassan River on the Nort-west coast and extending
along the whole coast as far as the Sibuco River…declared vested on the said
Baron deOverbeck and Alfred Dent co-jointly their heirs, associates, successors,
or assigns for as long as they choose or desire to hold them.’’ 

Kerajaan British enggan melayan tuntutan tersebut begitu juga dengan Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu. Pada bulan Februari 1963, kedua–dua pihak bersetuju

50
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

berunding di London. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana


kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana
tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara menjadi renggang.

3.5.2 Konfrontasi Indonesia


Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia dan mengharapkan
pembentukan Malaysia akan berjaya. Dasar kerajaan Indonesia antara lain
boleh ditelusuri melalui kenyataan Menteri Luar Negeri Indonesia. Dalam
surat tersebut, Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh
akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961, mengalu-alukan
kewujudan Persekutuan Malaysia. Antara lain, beliau menyampaikan;

“As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of
the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great
Britain, is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of
course, the people there are ethologically and geographically very close to the
others living in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward
this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government
well if it can succeed with this plan”.

Dasar kerajaan Indonesia mula berubah daripada menyokong kepada mengecam


gagasan Malaysia iaitu dilabelkan sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia
Tenggara. Perubahan dasar ini dipercayai akibat pengaruh Parti Komunis Indonesia
(PKI). Indonesia juga menjadikan tindakan perisytiharaan Malaysia sebelum
laporan rasmi PBB diumumkan sebagai isu. Tambahan pula hasrat Indonesia untuk
membentuk `Indonesia Raya’ akan musnah. Hal ini mendorong Presiden Sukarno
mengisytiharkan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia dengan melancarkan
kempen “Ganyang Malaysia”. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga
melancarkan serangan gerila dan menyusup masuk ke beberapa tempat di Tanah
Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik


antara Malaysia dengan Indonesia diputuskan. Memandangkan ancaman semakin
nyata, Malaysia mengambil langkah proaktif mengadakan perjanjian pertahanan
bersama dengan negara Britain, New Zealand dan Australia. Malaysia turut
menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB. Peristiwa Gestapo

51
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

30 September menukar arah hala tuju dasar Indonesia. Tentera Indonesia telah
menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka
perdamaian antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan
Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan menandatangani
satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.
Menjelang bulan Ogos 1966, konfrontasi tersebut berakhir secara rasmi melalui
Perjanjian Bangkok.

3.5.3 Gagasan MAPHILINDO


Berikutan perbalahan di antara Tanah Melayu dengan Indonesia dan Filipina, satu
sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 antara
Presiden Sukarno (Indonesia), Presiden Macapagal (Filipina) dan Tunku Abdul
Rahman (Malaysia). Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-
tiga negara melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali
sebagai MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia.
Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia
dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di Sabah
dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu suruhanjaya
yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau pandangan rakyat
Sabah dan Sarawak serta meneliti tugasan Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya
Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos hingga 5 September 1963. PBB
mengesahkan hasil dapatan yakni majoriti rakyat Sabah dan Sarawak menyokong
penubuhan Persekutuan Malaysia.

Namun begitu, Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Filipina enggan menerima


keputusan tersebut. Penubuhan Malaysia yang dirancang pada 31 Ogos 1963
terpaksa ditangguhkan berikutan PBB hanya dapat menyiapkan laporan menjelang
14 September 1963. Ekoran daripada situasi ini, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
telah menetapkan tarikh baru iaitu 16 September 1963 untuk mengisytiharkan
penubuhan Kerajaan Malaysia.

52
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.6 Perisytiharan Malaysia


Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) menjadi asas kepada kerangka
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rundingan akhir antara kesemua negeri
yang terlibat menyertai Malaysia telah diadakan di London pada bulan Jun 1963.
Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani pada 9 Julai
1963 antara kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di
Malborough House, London. Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan
Britain ke atas Singapura, Sabah dan Sarawak. Pada 16 September 1963,
Perisytiharan Malaysia secara rasminya dibuat pada 16 September 1963 secara
serentak di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton, dan Kuching.

Jadual 3.3 Kronologi Proses Penubuhan Malaysia

Tarikh Peristiwa
27 Mei 1961 Hasrat penubuhan Malaysia disampaikan oleh Tunku Abdul
Rahman di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia
Tenggara, Singapura.
23 Julai 1961 Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel menubuhkan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.
21 Ogos 1961 Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
di Sabah.
18-20 Ogos 1961 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
di Sarawak.
6-7 Januari 1962 Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
di Kuala Lumpur.
17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk meninjau pandangan
rakyat Sabah dan Sarawak.
3-4 Februari 1962 Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia di Singapura.
21 Jun 1962 Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada Kerajaan
British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
9 Julai 1963 Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh
wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura di Marlborough House, London.
16 September 1963 Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur oleh
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

53
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.6.1 Malaysia Tanpa Penyertaan Brunei


Sultan Omar Ali Saifuddin III membatalkan rancangan Brunei untuk menyertai
Malaysia kerana terdapat senarai tuntutan yang tidak dapat dipersetujui bersama.
Antara tuntutan Brunei sepertimana dalam Jadual 3.4

Jadual 3.4 Senarai Tuntutan Brunei untuk Menyertai Malaysia

No. Perkara
1. Berhak menguasai hasil minyak dan bukannya di bawah kerajaan pusat
2. Diperuntukkan 10 kerusi Parlimen
3. Mempunyai autonomi kewangan
4. Kekal semua pelaburan
5. Mengekalkan kadar percukaian sedia ada yang rendah
6. Meneruskan program pendidikan dan kebajikan sedia ada
7. Jaminan keselamatan Brunei dalam Malaysia
8. Soal kerakyatan yang selaras
9. Menguruskan sendiri hal keagamaan
10. Kekananan baginda dalam Majlis Raja-Raja dikira dari tarikh baginda jadi Sultan
(1950) dan bukannya tarikh menyertai Malaysia

Kegagalan tuntutan-tuntutan ini dipenuhi menyebabkan baginda memutuskan


Brunei untuk menarik diri dari menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.

3.7 Pemisahan Singapura daripada Malaysia


Wujud pelbagai masalah kronik antara Singapura dengan kerajaan Persekutuan
hingga menyebabkan penyingkiran Singapura dari Persekutuan Malaysia.

3.7.1 Masalah Politik


Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politik
PAP akan hanya terbatas di Singapura dalam tempoh lima tahun selepas penyertaan
ke dalam Malaysia. Komitmen ini terlerai apabila PAP mula bergiat aktif di Tanah
Melayu dengan meletakkan sembilan calonnya dalam Pilihan Raya 1964. Walau
bagaimanapun, PAP hanya memenangi satu kerusi sahaja. Tunku Abdul Rahman
memberi respons kehadiran PAP di persada politik Tanah Melayu terlalu awal dan
berpotensi menjejaskan perpaduan kaum dan meretakkan persefahaman UMNO

54
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dengan MCA. Keagresifan PAP turut diterjemahkan dalam bentuk mahu menjadi
alternatif menggantikan MCA sebagai wakil kaum Cina di peringkat kerajaan
persekutuan. Rentetan respons Tunku Abdul Rahman ini, PAP selepas Pilihan
Raya 1964 mula menukar haluan daripada menyasarkan MCA kepada menyerang
kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan kaum Melayu.

3.7.2 Masalah Perkauman


Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin dingin akibat beberapa
peristiwa yang berlaku di Singapura. Kaum Melayu di Singapura merasakan
kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan proaktif untuk membaiki kedudukan
mereka. Rentetan senario ini, beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang mewakili kaum Melayu melaporkan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul
Rahman. Situasi menjadi semakin tegang selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed
Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat
Melayu di Singapura.

3.7.3 Konsep Malaysian Malaysia


Pemimpin Singapura (PAP) mula memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’
selepas Pilihan Raya 1964 amat tidak disenangi para pemimpin UMNO. Konsep
ini jelas tidak menghormati dan menafikan institusi Kesultanan Melayu serta
mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sebagai latar sejarah
politik Tanah Melayu yang telah sedia diterima dalam Parti Perikatan (UMNO-
MCA-MIC). Sekaligus Singapura yang baru menyertai Malaysia dengan sengaja
mewujudkan konflik serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang
dipersetujui bersama. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia
Solidarity Convention dengan slogan ‘A Democratic Malaysian Malaysia’
sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti
Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui
satu ideologi politik sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum. Konsep
ini kelihatan ideal tetapi tidak mengambil kira dan mencerminkan situasi
sosio politik negara yang sebenar akibat dasar `pecah dan perintah’ British.

55
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3.7.4 Masalah Ekonomi


Mengikut perjanjian menyertai Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut
cukai. Hasil kutipan cukai diagihkan berasaskan nisbah 60% untuk Singapura dan
40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah
paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi
dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agar
Singapura menyerahkan hasil cukai sebanyak 60% bukannya lagi 40%. Kajian
ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura.

3.7.5 Penyingkiran Singapura


Menjelang bulan Mei 1965, hubungan tegang antara Singapura dan Kuala Lumpur
sampai kemuncak. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman memaklumkan
keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan
Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku membuat pengumuman
rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada Malaysia.

RUMUSAN
Penubuhan Persekutuan Malaysia melalui proses yang panjang dan kompleks.
Dalam proses ini, wujud sokongan mahupun penentangan dari dalam dan
luar negara hingga menyebabkan penentangan bersenjata. Manakala tuntutan
Singapura setelah berada dalam Malaysia mendedahkan sikap bagai duri dalam
daging kerana pemimpin Singapura ingin mendominasi Persekutuan Malaysia
serta sekali gus tidak akur dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
dipersetujui bersama melalui pelbagai peringkat rundingan dan mesyuarat pra
penubuhan Malaysia. Keseluruhannya, kejayaan penubuhan Malaysia merupakan
lambang permuafakatan dan toleransi yang tinggi di kalangan para pemimpin dan
rakyat Malaysia.

56
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI
1. Setiap pelajar perlu membuat refleksi tentang pemahaman mereka
terhadap tajuk ini.
2. Pelajar perlu berbincang secara berkumpulan tentang rasional
pembentukan Persekutuan Malaysia.

KATA KUNCI

Tentangan penduduk tempatan Persekutuan Malaysia


Cadangan penubuhan Malaysia Penubuhan Malaysia
Maklum balas penduduk tempatan

SOALAN DALAM TEKS


1. Senaraikan secara ringkas faktor-faktor yang mencetuskan idea
pembentukan Persekutuan Malaysia.
2. Sebutkan empat syarat yang telah ditetapkan oleh Brunei untuk
menyertai Persekutuan Malaysia.
3. Mengapakah Indonesia menentang penubuhan Persekutuan Malaysia?

RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail. (2007). Malaysia: Sejarah kenegaraan dan politik. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Arkib Negara Malaysia. (1981). Hari ini dalam sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan
Negara.
Arkib Negara Malaysia. (1981). Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari ini dalam
sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
Means, G. P. (1976). Malaysian politics. London: Hodder and Stoughton.

57
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Richard A. Falk. (2015). Status of law in international society. United States: Princeton
University Press.
Zainal Abidin Abdul Wahid. (1996). Malaysia: Warisan dan perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

58
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 4 Perlembagaan Persekutuan


Malaysia
Zatul Himmah Adnan

PENGENALAN
Unit ini membincangkan konsep asas perlembagaan secara am dan perlembagaan
Persekutuan Malaysia secara khususnya. Latar belakang dan sejarah Perlembagaan
Persekutuan Malaysia turut menjadi fokus unit ini. Selain itu, pelajar juga
didedahkan dengan beberapa peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia,
perlembagaan negeri serta pindaan perlembagaan.

OBJEKTIF
1. Menerangkan konsep asas perlembagaan.
2. Mengetahui latar belakang dan sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3. Mengetahui peruntukan utama perlembagaan.
4. Menghuraikan kepentingan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

ISI PENTING
4.1 Konsep Asas Perlembagaan
Umumnya, perlembagaan difahami sebagai undang-undang asas dan paling tinggi
di dalam sesebuah negara moden. Perlembagaan menjadi undang-undang tertinggi
kerana merupakan sumber rujukan kepada semua undang-undang dalam negara
sama ada yang telah dibuat atau yang akan digubal (pindaan undang-undang).
Sebarang undang-undang yang hendak digubal perlu mengikut perlembagaan dan
jika ia bertentangan maka undang-undang tersebut akan terbatal. Ini dinamakan
sebagai konsep ketinggian perlembagaan, iaitu tiada sebarang undang-undang,
institusi atau individu yang boleh mengatasi perlembagaan.

59
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Umumnya, sebagai undang-undang utama negara, perlembagaan mengandungi


peraturan mengenai hak, kuasa, prosedur dan tanggungjawab pihak yang
mengawal hubungan 1) di antara satu pihak yang mempunyai kuasa dengan pihak
berkuasa yang lain dan juga 2) di antara pihak berkuasa dengan rakyat. Walau
bagaimanapun, perlembagaan merupakan lebih daripada undang-undang (Wheare,
1993). Ini kerana ia adalah satu himpunan kaedah yang memperihalkan keseluruhan
sistem sesebuah negara termasuk perkara yang berkaitan institusi dalam negara,
adat dan prinsip asas yang membentuk sistem umum masyarakatnya. Umumnya
perlembagaan mengandungi corak pemerintahan, sistem politik, prinsip-prinsip
tentang hubungan antara tiga badan pemerintah utama dalam negara seperti badan
eksekutif, perundangan atau legislatif dan kehakiman serta bidang kuasa semua
institusi yang terlibat. Selain itu, perlembagaan juga menggariskan prinsip asasi
masyarakatnya atau nilai tradisi yang diamalkan oleh masyarakat dan institusi
negara. Secara ringkasnya, perlembagaan boleh difahami sebagai satu dokumen
atau himpunan maklumat yang mengandungi peraturan, undang-undang
dan prinsip asas serta nilai yang memandu kerajaan serta masyarakat dalam
kehidupan bernegara.

Perkara atau peruntukan yang terkandung dalam sesuatu perlembagaan adalah


ditentukan dan mengikut kepentingan negara tersebut. Dalam erti kata yang lain
kandungan perlembagaan dipengaruhi oleh faktor sejarah, tradisi serta sistem
masyarakat negara tersebut. Jumlah, jenis perkara atau peraturan yang diperuntukan
dalam sesebuah perlembagaan itu ditentukan oleh negara tersebut. Amerika
Syarikat adalah contoh negara yang dikatakan yang mempunyai kandungan
perlembagaan yang paling ringkas manakala India adalah negara yang dikatakan
mempunyai perlembagaan yang paling panjang di dunia. Hak asasi rakyat Amerika
Syarikat yang digariskan oleh perlembagaannya pastinya berbeza dengan hak
asasi yang termaktub di dalam perlembagaan India. Ini kerana kedua-dua negara
ini mempunyai beberapa perbezaan seperti latar belakang sejarah demografi
masyarakat, sistem dan nilai tempatan yang berbeza. Ringkasnya, perlembagaan
setiap negara adalah berbeza.

Umumnya terdapat dua jenis perlembagaan iaitu perlembagaan bertulis dan tidak
bertulis.
i. Perlembagaan bertulis ialah prinsip-prinsip perlembagaan yang disusun dan
dikumpulkan menjadi satu dokumen. Hampir semua negara di dunia termasuk

60
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis. Sebagai contoh peranan dan


proses perundangan sesebuah negara dicatatkan dengan jelas di dalam
perlembagaan bertulis.
ii. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah prinsip-prinsip perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu dokumen. Prinsip perlembagaan bagi perlembagaan tidak
bertulis terletak pada pelbagai dokumen undang-undang seperti akta parlimen,
piagam, konvensyen, keputusan mahkamah, adat atau amalan perlembagaan.
New Zealand dan United Kingdom ialah contoh negara yang mengamalkan
perlembagaan tidak bertulis.

4.2 Sejarah Perlembagaan Malaysia


Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan sumber perundangan yang
tertinggi, asas negara dan hala tuju bagi masyarakatnya yang pelbagai kaum.
Sebahagian besar daripada kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia hari ini
dipengaruhi oleh faktor sejarah. Sistem pentadbiran negeri yang berasaskan sistem
beraja yang bertapak kukuh sejak abad ke 15 dan kesan dasar penjajahan British
merupakan antara faktor sejarah yang mempengaruhi kandungan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia hari ini. Sejarah moden perlembagaan Malaysia dianggap
bermula pada akhir abad ke-19 iaitu sejak Tanah Melayu berada di bawah naungan
kerajaan Inggeris. Antara aspek penting pada zaman Inggeris yang dianggap
sebagai asas kepada kandungan perlembagaan sebelum kemerdekaan ialah
berkaitan dengan bidang kuasa:
i. pentadbiran raja di negeri-negeri Melayu,
ii. penasihat Inggeris; dan
iii. badan perundangan persekutuan (Majlis Mesyuarat Persekutuan).

Tempoh di antara 1945 hingga 1963 merupakan jangka masa penting dalam
sejarah. Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu 1957, kandungan perjanjian di
antara pemimpin tempatan dan British bagi penubuhan Kesatuan Melaya 1946
dan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan proses awal kepada pembentukan
rangka perlembagaan Malaysia. Umumnya, perkembangan pembentukan
perlembagaan Malaysia boleh dilihat daripada empat peringkat atau perlembagaan
iaitu: Perlembagaan Kesatuan Malaya 1946, Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia 1957.
61
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4.2.1 Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) 1946


Proses pembentukan perlembagaan Malaysia lebih jelas selepas Perang Dunia
Kedua iaitu apabila British kembali semula mentadbir Tanah Melayu selepas Jepun
mengundurkan diri pada tahun 1945. Dalam usaha untuk mengukuhkan semula
pentadbirannya di Tanah Melayu, British cuba mewujudkan satu sistem bentuk
kerajaan baru yang dinamakan Kesatuan Malaya (Malayan Union). Kesatuan
Malaya diwujudkan melalui perjanjian di antara Sir Harold MacMichael dengan
raja-raja Melayu. Walaupun mendapat tentangan atas beberapa faktor (seperti yang
telah dibincangkan di tajuk 2), Kesatuan Malaya tetap dilancarkan pada 1 April
1946. Arahan Diraja (Royal Decree) bertarikh 23 Mac 1946. Intipati perlembagaan
Kesatuan Malaya, walaupun amnya ditentang oleh penduduk tempatan telah
menjadi panduan kepada rangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Antara aspek utama kandungan utama perlembagaan Kesatuan Malaya ialah:
• Sistem pemerintahan secara kesatuan ditubuhkan dengan menggabungkan
sembilan negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka. Singapura tidak termasuk
dan kekal sebagai tanah jajahan Inggeris yang berasingan.
• Kuasa pentadbiran pusat terletak di tangan Gabenor Kesatuan Malaya.
Gabenor mempunya kuasa yang luas termasuk kuasa pengampunan dan
pembatalan keputusan badan perundangan pusat (Majlis Perundangan). Beliau
dibantu oleh Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.
• Bidang kuasa raja Melayu yang hanya terhad kepada hal ehwal agama Islam
dan adat resam Melayu.
• Badan perundangan di peringkat kerajaan pusat dan negeri ditubuhkan.
Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa perundangan untuk hal ehwal
tempatan sahaja. Manakala Majlis Perundangan Kesatuan Malaya mempunyai
kuasa untuk membatalkan undang-undang yang digubal oleh Badan
Perundangan Negeri.
• Prinsip kerakyatan Kesatuan Malaya berdasarkan jus soli (kerakyatan
berdasarkan tempat lahir).

4.2.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948


Selepas Kesatuan Malaya menerima tentangan, British membuat perjanjian baru
dengan pemimpin tempatan untuk membentuk satu sistem pemerintahan yang
lebih diterima oleh masyarakat Tanah Melayu iaitu Persekutuan Tanah Melayu

62
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah membentuk beberapa


aspek penting sistem kerajaan Persekutuan iaitu wujud satu bentuk pembahagian
bidang kuasa antara kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Syarat
kewarganegaraan yang lebih bersistem juga dihasilkan iaitu mengambil kira faktor-
faktor seperti tempat lahir, keturunan dan permastautinan turut dilaksanakan
(Abas, 2003). Pemerintahan sistem beraja juga mula menjadi lebih sistematik
walaupun bidang kuasanya semakin mengecil. Berikut ialah antara aspek utama
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948:
a. Sembilan negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah sistem
persekutuan dan pentadbirannya di ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi.
b. Badan Perundangan di peringkat Persekutuan terletak di tangan Majlis
Perundangan Persekutuan. Kuasa membuat undang-undang negeri pula di
bawah tanggungjawab Badan Perundangan Negeri, tetapi mempunyai kuasa
membuat undang-undang yang terhad kepada adat resam Melayu, agama Islam
atau sebarang perkara yang ditentukan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
c. Majlis Mesyuarat Kerajaan telah ditubuhkan di peringkat Persekutuan untuk
menasihati Pesuruhjaya Tinggi.
d. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa pembatal untuk tidak mempersetujui
apa-apa undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
e. Pentadbiran setiap negeri diketuai oleh Raja dan dibantu oleh seorang Menteri
Besar serta sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berperanan untuk
menasihati raja.
f. Undang-undang mengenai kewarganegaraan Tanah Melayu digubal pada 1948
dan syarat kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada dua kaedah iaitu
melalui pendaftaran dan naturalisasi.
g. Setiap negeri mempunyai perlembagaan negeri masing-masing.
h. Majlis Raja-Raja ditubuhkan.

4.2.3 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Merdeka)


Sebahagian daripada kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
telah menjadi panduan utama bagi British dan pemimpin Tanah Melayu dalam
menyediakan perlembagaan untuk Tanah Melayu yang merdeka. Persidangan
London pada 1956 yang melibatkan kerajaan British dan pemimpin tempatan

63
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

yang diwakili oleh Parti Perikatan telah mencadangkan satu jawatankuasa


untuk merangka perlembagaan ditubuhkan. Lord Reid telah dilantik mengetuai
Jawatankuasa Perlembagaan yang ditubuhkan pada tahun Mac 1956. Terdapat
dua objektif utama yang ingin dicapai oleh Suruhanjaya Reid dalam merangka
perlembagaan Tanah Melayu iaitu (Ibrahim, 2003):
i. Untuk mewujudkan sebuah bangsa bersatu, bebas dan demokratik.
ii. Mengadakan peluang untuk pembangunan hasil-hasil negeri, peliharaan dan
pertambahan baik taraf kehidupan penduduknya.

Antara perkara utama yang menjadi tumpuan Suruhanjaya dalam merangka


perlembagaan ialah:
i. Mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat supaya pentadbiran dapat
dilaksanakan dengan licin dan rapi.
ii. Taraf kewarganegaraan yang sama bagi keseluruhan Persekutuan (setiap negeri
mempunyai kaedah yang sama).
iii. Setiap negeri dalam Persekutuan perlu diberi kuasa tertentu.
iv. Sistem raja yang berasaskan raja berperlembagaan dengan mempunyai
kedaulatan dan kebesaran tetapi kuasanya dijalankan oleh Menteri Besar atau
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
v. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan dengan cara yang dianggap
sesuai dengan kepentingan orang bukan Melayu.

Satu jawatankuasa kerja yang terdiri darpada 11 ahli telah dibentuk untuk mengkaji
rangka atau cadangan perlembagaan yang telah dihasilkan oleh Suruhanjaya Reid
pada Februari 1957. Selepas melalui beberapa siri perundingan dan perbincangan,
perlembagaan tersebut diluluskan pada 15 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 27
Ogos 1957.

Antara kandungan utama Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah:


i. Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan raja-raja sebagai ketua di
negeri masing-masing.
ii. Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf
dan kedudukan istimewa mereka dijamin oleh perlembagaan.

64
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

iii. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan; walau bagaimanapun


penggunaan bahasa Inggeris dalam Majlis Perundangan masih dibenarkan
dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.
iv. Seseorang yang lahir pada atau selepas kemerdekaan menjadi warganegara
Tanah Melayu secara automatik.
v. Islam dijadikan agama rasmi tetapi kebebasan beragama bagi orang bukan
Islam akan tetap terjamin.

4.2.4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963


Cadangan kemasukan negeri baru seperti Sabah, Sarawak dan Singapura ke
dalam gagasan Malaysia telah membawa kepada beberapa perubahan kepada
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (1961) dan kemudiannya Suruhanjaya Cobbold (1962)
bersetuju bahawa kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa Antara
Kerajaan telah ditubuhkan pada 1962 untuk merangka kandungan perlembagaan
yang berkaitan dengan kedudukan serta kepentingan Sabah dan Sarawak di dalam
Malaysia. Selepas beberapa siri rundingan dan perbincangan akhirnya Akta
Malaysia 1963 telah diluluskan. Antara perkara utama yang melibatkan kepentingan
Sabah dan Sarawak yang dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
1963 ialah:

i. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

ii. Bidang kuasa istimewa kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

iii. Kerusi di Dewan Rakyat Persekutuan.

4.3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia


4.3.1 Konsep Ketinggian Perlembagaan
Malaysia mengamalkan konsep ketinggian Perlembagaan iaitu perlembagaan
merupakan sumber perundangan yang paling tinggi dan utama dalam Persekutuan.
Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, “Perlembagaan ini ialah
undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan
selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan ini adalah tidak sah
setakat ketidakselarasan itu”. Ini bermakna;

65
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

i. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan utama dalam persekutuan.


ii. Semua undang-undang yang digubal atau bakal digubal tidak boleh bercanggah
atau bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
iii. Jika berlaku percanggahan, undang-undang itu akan terbatal setakat mana ia
bercanggah.

4.3.2 Kandungan Perlembagaan


Kandungan Perlembagaan Persekutuan Malaysia terdiri daripada 15 bahagian, 183
Perkara dan 13 Jadual. 15 bahagian tersebut ialah:
1. Nama persekutuan, agama Islam dan perlembagaan undang-undang tertinggi
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
4. Unsur Persekutuan (Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Eksekutif,
Parlimen dsb)
5. Negeri-negeri dalam Persekutuan
6. Perhubungan Negeri dan Persekutuan
7. Kewangan Persekutuan
8. Pilihanraya
9. Kehakiman
10. Perkhidmatan awam
11. Kuasa-kuasa khas bagi menangani anasir subversif dan darurat
12. Peruntukan am dan pelbagai (termasuk kedudukan istimewa Sabah
dan Sarawak)
13. Peruntukan sementara dan tambahan
14. Kedaulatan raja-raja
15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja

66
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Istilah dalam Perlembagaan

“Perkara” = Peruntukan perlembagaan

“Fasal” = Peruntukan kecil yang menjadi sebahagian daripada “Perkara”

“Seksyen” = Peruntukan dalam Jadual Perlembagaan

“Akta” = Undang-undang yang digubal oleh Parlimen

“Ordinan” = Undang-undang yang digubal tidak mengikut cara normal perundangan


[Per 150(2C)]. Digubal di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong sama ada melalui
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebelum merdeka. Contoh ordinan
semasa darurat, Ordinan Negeri-negeri Selat.

Enakmen = Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali Sarawak

Rajah 4.1 Istilah Utama dalam Perlembagaan

4.3.3 Unsur Tradisi dalam Perlembagaan


Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan unsur tradisi negara dan
masyarakatnya. Unsur tradisi dalam perlembagaan bermaksud ciri tempatan yang
dikekalkan di dalam perlembagaan. Unsur tradisi penting untuk dikekalkan dalam
perlembagaan untuk menstabilkan negara kerana ia berkait rapat dengan identiti
dan sistem sosial masyarakat tempatan. Terdapat empat perkara yang merupakan
unsur tradisi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kesemua unsur ini saling
berkaitan di antara satu lain.

4.3.3.1 Pemerintahan beraja


Negeri-negeri Melayu telah ditadbir oleh sistem pemerintahan beraja beberapa abad
sebelum kedatangan Inggeris. Sistem yang berasaskan hierarki raja dan rakyat ini
telah sebati dengan masyarakat Melayu. Kedatangan Islam telah memberi peranan
penting kepada raja yang kemudiannya digelar ‘sultan’ apabila menjadi ketua
pentadbir kepada urusan hal ehwal agama Islam. Walaupun pentadbiran Inggeris
telah mengubah banyak bidang kuasa raja tetapi sistem ini telah menjadi sebahagian
daripada identiti masyarakat Melayu. Bidang kuasa raja yang hari ini diwakili oleh
institusi Yang di-Pertuan Agong menjadi salah satu daripada peruntukan utama di
dalam Perlembagaan.

67
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4.3.3.2 Agama Islam


Agama Islam telah bertapak di negeri-negeri Melayu dan menjadi agama masyarakat
Melayu lebih daripada 600 tahun. Perkembangan agama Islam ini seiring dengan
perkembangan sistem pemerintahan beraja dan juga dianggap sebagai satu identiti
utama masyarakat Melayu. Semasa pentadbiran Inggeris hal ehwal agama Islam
merupakan bidang kuasa pentadbiran yang dianggap hak mutlak raja.

4.3.3.3 Bahasa Melayu


Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa utama dalam kelompok bahasa Austronesia.
Dari segi sejarah, Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan
masyarakat Melayu lebih daripada peranan sebagai bahasa pertuturan. Selain
daripada bahasa ibunda masyarakat Melayu, Bahasa Melayu pernah menjadi
lingua franca semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad
ke 15. Bahasa Melayu juga telah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan
rasmi pentadbiran negeri-negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

4.3.3.4 Kedudukan istimewa orang Melayu


Kedudukan orang Melayu sebagai masyarakat peribumi mula terjejas akibat dasar
‘pintu terbuka’ pentadbiran Inggeris kepada buruh asing. Mereka ketinggalan dari
segi ekonomi dan pendidikan. Prinsip kerakyatan yang dicadangkan Inggeris melalui
Kesatuan Malaya juga menjejaskan kedudukan mereka. Apabila Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dirangka, undang-undang kerakyatan yang
khusus untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu sebagai peribumi
mula menjadi salah satu unsur utama perlembagaan.

4.3.4 Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan


Terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai peruntukan utama Perlembagaan
Malaysia yang perlu dihayati oleh warganegara Malaysia seperti bahasa, agama,
kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kebebasan asasi.

4.3.4.1 Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan


Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan ”Bahasa kebangsaan
ialah Bahasa Melayu dan hendaklan ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana
yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen”. Pengiktirafan Bahasa

68
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Melayu sebagai ’bahasa kebangsaan’ jauh lebih luas makna dan kesannya kepada
negara berbanding dengan ’bahasa rasmi’ (Abas, 2003). Taraf bahasa kebangsaan
telah memberi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan utama dalam
negara dan meliputi urusan rasmi dan tidak rasmi. Salah satu kepentingan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan ialah keperluan penggunaannya untuk tujuan
penyatuan pelbagai kaum melalui satu bahasa pengantar.

4.3.4.2 Islam ialah agama Persekutuan dan kebebasan beragama bagi


agama lain
Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3(1) telah menggariskan kedudukan
agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia. “Agama Islam ialah agama bagi
Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana bahagian Persekutuan”. Islam ialah agama Persekutuan mempunyai
maksud yang lebih luas daripada ‘agama rasmi’. Ia memberi kebebasan kepada
kerajaan persekutuan dan negeri untuk mentadbir urus institusi Islam; mewujudkan
atau membantu atau membelanjakan kewangan untuk urusan perkembangan
pendidikan agama Islam. Selain itu, Perkara 3(1) juga menjamin kebebasan
beragama bagi semua agama. Ini telah dinyatakan dengan lebih jelas di dalam
Perkara 11 iaitu kebebasan beragama. Setiap kumpulan agama mempunyai hak
untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuh dan menyelenggara
institusi bagi maksud agama dan khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta,
memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

4.3.4.3 Kewarganegaraan
Peruntukan mengenai kewarganegaraan dinyatakan di Bahagian 3 Perkara 14 hingga
Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat empat cara kewarganegaraan yang
di Malaysia seperti di Jadual 4.1.

69
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 4.1 Empat cara kewarganegaraan

1. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang telah Kuat kuasa


mendapat kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang undang-undang
atau selainnya.
2. Seorang yang lahir di Persekutuan antara hari merdeka 1957
hingga Oktober 1962.
3. Seorang yang lahir di Persekutuan selepas September 1962
dengan syarat dengan syarat salah seorang ibu atau bapanya
adalah warganegara atau pemastautin tetap di Persekutuan atau
tiada kewarganegaraan mana-mana negara semasa kelahirannya.
4. Seorang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas hari
Merdeka tetapi bapanya seorang warganegara dan berkhidmat
dengan kerajaan Persekutuan atau Negeri.
5. Seorang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas hari
Merdeka tetapi bapanya seorang warganegara dan kelahirannya
perlu didaftarkan di pejabat konsul Persekutuan atau di Singapura,
Sabah, Sarawak atau Brunei perlu didaftarkan di kerajaan
Persekutuan.
1. Isteri dan anak warganegara boleh memohon kewarganegaraan Pendaftaran
secara pendaftaran jika masih berkahwin, telah bermastautin
di Persekutuan selama dua tahun sebelum tarikh permohonan,
berniat untuk bermastatutin dan berkelakuan baik.
2. Seorang yang berusia di bawah 21 tahun dilahirkan sebelum
Oktober 1962, ibu atau bapanya warganegara, telah bermastautin
di Persekutuan dan berkelakuan baik.
3. Seorang yang berusia 18 tahun atau lebih dan lahir di
Persekutuan sebelum merdeka serta perlu mengemukakan bukti
permastautinan selama lima tahun daripada tujuh tahun sebelum
membuat permohonan; berniat untuk bermastautin, berkelakuan
baik dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu mudah.
4. Seorang yang berusia 18 tahun atau lebih dan bermastautin
di Sabah atau Sarawak pada dan selepas hari Malaysia perlu
mengemukakan bukti permastautinan selama tujuh tahun daripada
sepuluh tahun sebelum membuat permohonan; berniat untuk
bermastautin, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan
yang cukup dalam Bahasa Melayu atau Inggeris atau bagi di
Sarawak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam Bahasa
Melayu atau Inggeris atau mana-mana bahasa bumiputera.

70
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 4.1

Seorang yang berusia 21 tahun dan ke atas dan berminat untuk menjadi Masukan/
warganegara boleh memohon dengan syarat; telah bermastautin dalam naturalisasi
tempoh 10 tahun daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan,
berniat menjadi pemastautin tetap, berkelakuan baik dan mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu.
Kewarganegaraan yang diberikan kepada warganegara bagi sesebuah Percantuman
negeri yang bergabung dengan Malaysia, dengan syarat dan penentuan wilayah
cara kewarganegaraan akan ditentukan oleh Parlimen.

4.3.4.4 Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan


Sarawak
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Adalah menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan
kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”. Pemeliharaan
kedudukan istimewa ini meliputi kuota dalam jawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa dan bantuan kemudahan pendidikan, permit atau lesen untuk perniagaan
atau perdagangan. Kedudukan istimewa ini juga meliputi Perkara 89 dan 90 yang
berkaitan dengan tanah rizab Melayu, perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen
Askar Melayu. Kedudukan istimewa ini tidak mutlak kerana perlu diseimbangkan
dengan kepentingan sah kaum lain (Abas 2003).

4.3.4.5 Hak kebebasan asasi


Perlembagaan Persekutuan menjamin kepentingan warganegaranya dari segi hak
setiap individu dan masyarakatnya selaras dengan perkembangan sejarah dan
tradisi. Peruntukan mengenai hak kebebasan asasi warganegara meliputi perkara
yang berkaitan berikut:
• Perkara 5 Kebebasan diri
• Perkara 6 Keabdian dan kerja paksa dilarang
• Perkara 7 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa
kebelakang dan pembicaraan berulang
• Perkara 8 Sama rata
• Perkara 9 Larangan buang negeri, dan kebebasan bergerak

71
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan


• Perkara 11 Kebebasan ugama
• Perkara 12 Hak berkenaan dengan pelajaran
• Perkara 13 Hak terhadap harta

4.4 Perlembagaan Negeri


Setiap negeri dalam sistem persekutuan mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab
tersendiri mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan negeri
tidak boleh bercanggah dan bertentangan dengan peruntukan perlembagaan
persekutuan. Perkara 71, merupakan jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan
Negeri dari segi hak dan peruntukan yang perlu untuk negeri. Setiap negeri
mempunyai perbezaan tetapi ada keseragaman yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan supaya semua negeri seiring dalam amalan sistem
Persekutuan. Setiap negeri perlu mempunyai peruntukan seperti yang terkandung
dalam Bahagian I, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan yang
telah ditentukan perlu ada di dalam perlembagaan negeri ini dinamakan sebagai
“peruntukan perlu”. Bahagian I Jadual Kelapan terdiri daripada peruntukan tetap
dan peruntukan kewangan. Antara perkara yang terkandung dalam bahagian ini
ialah:
a. Peruntukan tetap yang berkaitan dengan perkara seperti Raja atau Yang Di
Pertua Negeri (YDN) (prinsip bertindak mengikut nasihat); badan pemerintahan
iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), badan perundangan iaitu Dewan
Undangan Negeri (DUN).
b. Peruntukan kewangan – Pentadbiran kewangan negeri perlu berdasarkan
peraturan persekutuan.
c. Layanan sama rata bagi pekerja-pekerja negeri.
d. Pindaan perlembagaan – berkaitan dengan pindaan perlembagaan negeri.
e. Peruntukan-peruntukan mengenai Yang di-Pertuan Negeri berkaitan dengan
Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak – peruntukan khusus
untuk negeri yang tidak mempunyai sultan.

Berdasarkan Perkara 71(4), setiap Perlembagaan Negeri hendaklah mempunyai


“Peruntukan Perlu”. Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan

72
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

peruntukan perlu di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai


peruntukan yang berlawanan.

Perkara 73-95E – Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri:


• Pengagihan kuasa perundangan
• Pengagihan kuasa pemerintahan
• Pengagihan kuasa kewangan
Sumber: negeri, pemberian persekutuan dan pinjaman
• Tanah
Kuasa negeri kecuali dengan maksud persekutuan, tanah simpanan orang
Melayu dan untuk pembangunan negara
• Pembangunan negara
• Tinjauan persekutuan, agihan persekutuan kepada negeri, dan pemeriksaan
persekutuan mengenai kegiatan negeri
• Majlis Negara bagi kerajaan tempatan

4.5 Pindaan Perlembagaan


Pindaan perlembagaan boleh dilakukan sama ada dengan menambah atau
memansuhkan sesuatu peruntukan jika
i. sesuatu peruntukan itu dianggap tidak sesuai lagi dengan keadaan semasa
masyarakat dan negara.
ii. kehendak rakyat telah berubah dan ada keperluan kepada undang-undang atau
prosedur baru diwujudkan bagi memenuhi kehendak atau permintaan tersebut.

Perkara 159 dan 161E Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan empat kaedah


berikut untuk meminda perlembagaan di Parlimen.
1. Pindaan berdasarkan undian lebih dua pertiga dalam tiap-tiap dewan dan
persetujuan Majlis Raja-Raja.
Ini meliputi perkara berikut:
a. Perkara 10(4) - Perkara berkaitan dengan unsur hasutan dan tindakan
mempersoalkan apa-apa perkara berkaitan dengan kewarganegaraan,
unsur tradisi dan negeri (Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181).
b. Perkara 38 - tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja

73
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Perkara 63(4) – keistimewaan Parlimen


d. Perkara 70 - keutamaan raja dan Yang di-Pertuan Negeri
e. Perkara 71(1) – jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri
f. Perkara 72(4) – keistimewaan dewan negeri
g. Perkara 152 – bahasa kebangsaan
h. Perkara 153 – kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah
dan Sarawak
i. Perkara 181 – kedaulatan raja-raja
j. Perkara 159(5) – pindaan perlembagaan
k. Undang-undang yang berkaitan dengan perubahan sempadan negeri

2. Pindaan berdasarkan undian lebih daripada dua pertiga dalam setiap dewan
Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.
Ini melibatkan perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan kedudukan dari
segi perlembagaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan
di dalam Perkara 161E(2) iaitu antaranya:
a. Hak kewarganegaraan bagi rakyat Sabah dan Sarawak dan menghalang
kemasukan orang selain daripada Sabah dan Sarawak.
b. Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
c. Kuasa perundangan dan pemerintahan negeri.
d. Agama, bahasa dan layanan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak.

3. Pindaan yang berasaskan kelebihan suara biasa/suara majoriti biasa (sekurang-


kurang 1 undi) dalam setiap dewan Parlimen.
Ini melibatkan peruntukan Perkara 159 (4) seperti berikut
a. Pindaan Bahagian 3 Jadual Kedua (berkaitan dengan kewarganegaraan),
Jadual Keenam (bentuk sumpah dan ikrar jawatan utama negara), Jadual
Ketujuh (pemilihan ahli-ahli dewan negara).
b. Pindaan berkaitan dengan perjalanan apa-apa kuasa membuat undang-
undang yang diberi kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan, selain
daripada peruntukan Perkara 74 dan Perkara 76.
c. Pindaan berkaitan kemasukan atau gabungan mana-mana negeri ke dalam
Persekutuan.

74
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Pindaan berdasarkan undi dua pertiga setiap dewan Parlimen tanpa memerlukan
persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen
Ini melibatkan perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam mana-mana
peruntukan di atas.
Berikut ialah beberapa contoh pindaan yang pernah dilakukan:
a. Pertambahan kerusi Parlimen (daripada 219 kerusi pada tahun 2004
kepada 222 kerusi pada tahun 2008) (Perkara 113 (2)).
b. Pemansuhan imuniti bagi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja yang
memerintah negeri dari kesalahan jenayah (Perkara 181).
c. Pembentukan Mahkamah Khas (bidang eksklusif untuk membicarakan
kes berkaitan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja) (Perkara 182).
d. Penstrukturan mahkamah tertinggi (wujudkan Mahkamah Rayuan)
(Perkara 122 (1B)).
e. Pindaan bidang kuasa mahkamah (Perkara 121(1A)).

RUMUSAN
Perlembagaan Persekutuan Malaysia hari ini adalah hasil daripada gabungan
antara proses sejarah yang panjang, ciri tradisi masyarakat di Tanah Melayu dan
turut mengambil kira kepentingan semasa. Kedudukan Perlembagaan Persekutuan
sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia telah menjadikan perlembagaan
sebagai sumber utama yang memandu negara dan masyarakat untuk mendukung
sistem pemerintahan Malaysia yang berasaskan kepada raja berperlembagaan,
demokrasi berparlimen dan persekutuan. Selain itu, perlembagaan juga menjadi
sumber utama yang menentukan hak dan kepentingan masyarakatnya yang
pelbagai kaum dan agama.

75
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar berbincang dengan pelajar lain mengenai empat peringkat
utama perkembangan sejarah yang membawa kepada pembentukan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia hari ini.
2. Pelajar sediakan peta minda yang menjelaskan peruntukan utama
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
3. Pelajar kenal pasti perkara yang boleh dipinda bagi setiap kaedah
pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

KATA KUNCI

Pemerintahan beraja Perlembagaan bertulis


Kedudukan istimewa Perlembagaan tidak bertulis
Kebebasan asasi Ketinggian perlembagaan
Perlembagaan negeri Unsur tradisi
Peruntukan perlu Peruntukan utama
Pindaan perlembagaan Agama persekutuan
Undian dua pertiga Bahasa kebangsaan

76
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS


1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ketinggian perlembagaan?
2. Bezakan antara perlembagaan bertulis dengan perlembagaan tidak
bertulis.
3. Berikan dua contoh kebebasan asasi rakyat Malaysia yang termaktub
dalam perlembagaan.
4. Huraikan perkara yang dinyatakan di bawah ‘peruntukan perlu’.
5. Apakah tujuan pindaan perlembagaan dilakukan?

RUJUKAN
Abas, M. S. (2003). Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di Malaysia (Principles
of constitution and administration in Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori dan praktis. Shah Alam: Arah
Pendidikan Sdn Bhd.
Abdul Aziz Bari. (2015). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, A. (2003). Inti Pati Perlembagaan Malaysia. In A. Ibrahim, F. Tamby Chik, R.
Muhamad, A. Daud & I. Hassan (Eds.), Perkembangan undang-undang Perlembagaan
Persekutuan (pp. 1-39). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Wheare, K.C. (1993). Perlembagaan moden (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.

77
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 5 Raja Berperlembagaan


Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALAN
Perbincangan dalam unit ini memfokuskan kepada sistem raja berperlembagaan
yang mencakupi aspek latar belakang dan konsep raja berperlembagaan secara
ringkas. Seterusnya diikuti pula dengan struktur dan peranan institusi raja
berperlembagaan sekali gus menghuraikan kepentingan institusi tersebut secara
tidak langsung.

OBJEKTIF
1. Menerangkan konsep beraja.
2. Mengetahui struktur dan peranan institusi raja berperlembagaan.
3. Menghuraikan kepentingan institusi raja berperlembagaan.

ISI PENTING
5.1 Latar Belakang dan Konsep Raja Melayu
Sejak zaman sebelum masihi sehinggalah ke zaman tradisional, hampir keseluruhan
pelusuk dunia yang bernegara pasti ditunjangi institusi beraja ataupun monarki
baik di benua Asia, benua Afrika mahupun benua Eropah. Raja ditarafkan sebagai
punca sumber kuasa pemerintahan secara mutlak dan lambang kedaulatan serta
mempunyai pengaruh yang dominan dalam semua aspek kehidupan rakyat sesebuah
negara termasuklah aspek beragama. Dalam erti kata lain, raja merupakan kuasa
tertinggi dan berfungsi sebagai payung atau naungan masyarakat sesebuah negara
malah ada sesetengah raja disamakan dengan jelmaan Tuhan dan bayangan Tuhan.
Titah raja adalah undang-undang. Sebarang persoalan atau penolakan dianggap
derhaka. Sesuai dengan perkembangan semasa dan peredaran zaman, wujud
perubahan secara evolusi mahupun revolusi sama ada institusi ini melalui proses

78
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pembatasan kuasa iaitu raja berperlembagaan seperti di Jepun dan England atau
dihapuskan terus institusi beraja seperti di Rusia, China dan Peranchis.

5.2 Ciri-ciri Sistem Raja Berperlembagaan


Sungguhpun secara asasnya sistem raja berperlembagaan berpandukan model raja
berperlembagaan England, ciri-ciri monarki Raja-Raja Melayu diasimilisasikan
dan diintegrasikan dalam sistem ini. Berikut disenaraikan secara ringkas ciri-
ciri yang membentuk Raja Berperlembagaan di negara kita sepertimana yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu (Jadual 5.1);

Jadual 5.1 Ciri-ciri Raja Berperlembagaan

No. Ciri-ciri Raja Berperlembagaan


1. Sistem beraja berteraskan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
• Ketua Negara, yang mengetuai badan eksekutif, badan perundangan dan
badan kehakiman.
• Ketua Tertinggi Angkatan Tentera dan Ketua Agama Islam bagi negeri yang
tidak mempunyai raja.
• Kedudukan Yang di-Pertuan Agong(YDPA) mengatasi semua orang dalam
Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-
mana mahkamah atas tugas-tugas rasmi baginda sebagai ketua eksekutif.
• Baginda hanya boleh didakwa dalam Mahkamah Khas yang diperuntukkan
di bawah Bahagian XV (PP).
• Perkara 150 memperuntukkan YDPA berkuasa mengisytiharkan darurat
sekiranya berlaku sesuatu yang mengancam keselamatan Negara.
• Berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan timbalannya
atas nasihat Perdana Menteri.
• Berkuasa melantik jawatan-jawatan berikut:
• Ahli Suruhanjaya Pilihanraya
• Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
• Peguam Negara
• Ketua Audit Negara
• 40 orang ahli Dewan Negara yang dinamakan “Senator”
• Yang Dipertua Negeri
2. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan apabila Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

79
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 5.1

3. Terdapat dua institusi yang berkaitan dengan Raja Berperlembagaan iaitu Yang
di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja.
4. YDPA sebagai Ketua Negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan
negeri bersultan/beraja di Malaysia.
5. Sultan, Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan) dan Raja (Perlis) merupakan
Ketua Negeri masing-masing.
6. Ketua Negara dan Ketua Negeri menjalankan tugas secara simbolik.
7. Kabinet/ Jemaah Menteri yang diterajui oleh Perdana Menteri yang menjalankan
tugas bagi pihak YDPA.
8. YDPA dikehendaki menerima nasihat Jemaah Menteri dan bertindak berdasarkan
nasihat yang diberikan.

5.3 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong


Peranan Yang di-Pertuan Agong mencakupi pelbagai aspek dalam pemerintahan
negara mengikut acuan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

5.3.1 Pemilihan YDPA


Yang di-Pertuan Agung dipilih mengikut sistem penggiliran elit di kalangan ahli-
ahli Majlis Raja-Raja berdasarkan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan
sepertimana di bawah;
i. Pemilihan dibuat berdasarkan kekananan raja dari tarikh baginda menaiki
takhta di negeri-negeri masing-masing (Raja-raja Melayu dari sembilan buah
negeri) pada masa negara mencapai kemerdekaan.
ii. Penggiliran YDPA adalah untuk memberi kesaksamaan kepada semua raja di
setiap negeri untuk memberi martabat dan kedudukan (keistimewaan) serta
sama-sama bertanggungjawab terhadap negara sebagai sebuah persekutuan.
iii. Pengundian hanya dibuat oleh raja-raja dan melalui undian sulit yang
memerlukan jumlah minima lima undian.
iv. Pemilihan dilakukan secara bergilir-gilir iaitu lima tahun setiap giliran dan
mengambil masa 45 tahun untuk melengkapkan satu pusingan melibatkan
kesemua negeri beraja/bersultan.
v. Walau bagaimanapun, giliran menjadi YDPA boleh dipercepatkan jika berlaku
antara berikut:

80
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• YDPA mangkat.
• Raja/sultan yang layak menerima giliran tetapi menolak jawatan tersebut.
• Seseorang sultan yang diputuskan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja atas
sebab belum mencapai had umur, mempunyai masalah kesihatan yang
nyata mengekang baginda menjalankan tugas YDPA serta sebab-sebab
peribadi.
vi. Seseorang sultan/raja boleh melantik seorang yang lain dari negeri baginda
sebagai proksi untuk mewakili baginda.
vii. Manakala ketetapan Majlis Raja-Raja untuk memecat YDPA dilakukan jika
mendapat undian sokongan minima lima orang anggota majlis.
viii. Majlis Raja-Raja akan mengisytiharkan YDPA melalui dokumen bertulis yang
disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Dewan Parlimen.

Berikutan pemilihan seseorang raja atau sultan sebagai Yang di-Pertuan Agong,
beberapa prosedur perlu dipatuhi oleh baginda;
i. YDPA yang baru dipilih mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen
sumpah jawatan.
ii. YDPA tidak lagi mempunyai peranan menjalankan tugas di negeri baginda
kecuali:
• Tugas sebagai ketua agama Islam;
• Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan Perlembagaan; dan
• Kuasa untuk melantik seorang Pemangku Raja dan anggota Majlis
Pangkuan Raja di negerinya.
iii. YDPA tidak boleh menjalankan sebarang bentuk perniagaan, mempunyai
jawatan bergaji mahupun menerima sebarang emolumen sebagai raja/sultan di
bawah perlembagaan atau undang-undang negeri baginda.
iv. YDPA tidak boleh meninggalkan negara melebihi 15 hari pada satu-satu masa
tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja kecuali atas urusan rasmi
Negara.
v. Raja Permaisuri juga tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan
persekutuan mahupun kerajaan negeri.

81
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5.3.2 Timbalan Yang di-Pertuan Agong


Timbalan YDPA dipilih di kalangan sultan/raja dalam Majlis Raja-Raja selama
lima tahun. Peranan baginda adalah memangku tugas-tugas YDPA. Timbalan
YDPA diberikan keistimewaan sama seperti YDPA serta berhak meletakkan
jawatan secara bertulis kepada Majlis Raja-Raja. Oleh kerana YDPA bukanlah
jawatan warisan keturunan tetapi dipilih melalui majlis, Timbalan YDPA tidak
semestinya akan dipilih menjadi YDPA setelah tempoh jawatan YDPA berakhir.

5.3.3 Kuasa Eksekutif YDPA


YDPA diberikan kuasa eksekutif tertinggi. Sungguhpun demikian, di bawah
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan mewakilkan kuasa pemerintahan kepada
Jemaah Menteri atau Kabinet. Manakala Perkara 40(1) pula menggariskan YDPA
bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang bertindak
dibawah kuasa am Jemaah Menteri. Oleh itu, baginda berhak mengetahui
perkembangan urusan pemerintahan negara. Baginda diperuntukkan kuasa budi
bicara berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan untuk;
melantik Perdana Menteri;
i. menolak permintaan Parlimen dibubarkan;
ii. mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran Raja-raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam
mesyuarat itu;
iii. tugas-tugas lain yang dinyatakan dalam perlembagaan.

5.3.4 Kuasa Perundangan YDPA


Parlimen merupakan manifestasi demokrasi dan perundangan negara. Selaras
dengan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, YDPA merupakan sebahagian
daripada komponen Parlimen selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh itu,
baginda berkuasa memanggil Parlimen bersidang, menangguh dan membubarkan
Parlimen serta menyampaikan titah ucapan dalam Majlis Parlimen (Perkara 55
Perlembagaan Persekutuan). Sesuatu rang undang-undang yang diluluskan
oleh kedua-dua Dewan Parlimen mestilah diperkenankan oleh YDPA sebelum
diwartakan namun tetap menjadi undang-undang yang sah setelah tempoh tertentu
yang diberikan kepada baginda berakhir.

82
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5.3.5 Kuasa Kehakiman YDPA


Selaku ketua dalam bidang kehakiman mengikut peruntukan Perkara 122
Perlembagaan Persekutuan, YDPA berkuasa melantik Ketua Hakim Negara,
Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Besar, Hakim-hakim
Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim Mahkamah Tinggi. Justeru, semua
proses penghakiman serta keputusan adil mahkamah adalah atas nama YDPA.
Sungguhpun begitu, tindakan baginda atas nasihat Ketua Hakim Negara. Selain itu,
baginda diperuntukkan kuasa pengampun (Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan)
untuk memberi pengampunan bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah
Tentera, kesalahan sivil yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan hukuman
yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah di negeri-negeri yang YDPA menjadi Ketua
Agama Islam.

5.4 Majlis Raja-Raja


Majlis Raja-Raja merupakan kesinambungan dari Majlis Raja-Raja Persekutuan
Tanah Melayu 1948 yang mempunyai pertalian dengan Durbar yang ditubuhkan
pada tahun 1897 ketika zaman penjajahan British. Legasi dan legimitasi Majlis
Raja-Raja diteruskan melalui peruntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan
dan Perlembagaan Negeri yang memberi signifikan tersendiri dalam memayungi
pentadbiran negara dan rakyat yang berteraskan demokrasi berparlimen dan negara
bersistemkan persekutuan. Sesungguhnya majlis ini adalah unik dan satu-satunya
institusi di dunia yang berperanan sebagai platform forum atau permuafakatan
antara raja-raja dengan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi berparlimen.

5.4.1 Keahlian Majlis Raja-Raja


Majlis ini melibatkan raja/sultan dari sembilan buah negeri serta Yang Dipertua
Negeri untuk empat buah negeri tanpa Sultan iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah
dan Sarawak. Sembilan buah negeri ini asalnya merupakan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa di bawah pentadbiran
penjajahan British. Dalam sesuatu persidangan Majlis Raja-Raja, baginda sultan
atau Yang Dipertua Negeri boleh menghantar wakil tertakluk kepada peruntukan
yang ditetapkan dalam perlembagaan negeri-negeri yang terlibat.

83
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5.4.2 Persidangan Majlis Raja-Raja


Persidangan majlis ini dijalankan antara tiga hingga empat kali setahun yang
dipengerusikan oleh seorang sultan/raja paling kanan bertakhta. Manakala
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja merupakan setiausaha persidangan ini. Sesuatu
persidangan lazimnya dijalankan selama tiga hari. Persidangan Majlis Raja-Raja
merupakan pertemuan eksklusif antara raja-raja dengan wakil-wakil rakyat untuk
membincangkan tentang hal ehwal negara secara tertutup dari pengetahuan awam.
Persidangan ini merupakan mesyuarat tertinggi di Malaysia. Yang di-Pertuan
Agong (YDPA) diiringi Perdana Menteri. Manakala baginda sultan/Ketua Menteri
pula diiringi oleh Menteri Besar/Ketua Menteri untuk negeri-negeri yang tidak
bersultan/beraja. Dalam konteks pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong, hanya sultan/raja terlibat dalam persidangan. Majlis Raja-
Raja juga berhak mengadakan persidangan khas jika difikirkan perlu khususnya
melibatkan kepentingan dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Uniknya, peranan
Majlis Raja-Raja merangkumi beberapa bidang seperti eksekutif dan legislatif di
peringkat persekutuan dan negeri. Walaupun dari aspek doktrin pengasingan kuasa,
majlis ini berfungsi secara tidak formal tetapi amat perlu dan signifikan berikutan
Majlis Raja-Rajalah bertanggungjawab sebagai sumber asal dalam pemilihan dan
penyempurnaan tugas serta tanggungjawab YDPA sepertimana yang diperuntukkan
oleh Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, Majlis Raja-Raja bertindak sebagai
penaung dan lambang kedaulatan institusi diraja.

5.4.3 Peranan Majlis Raja-Raja


Berikut disenaraikan peranan Majlis Raja-Raja yang mencakupi pelbagai
aspek pemerintahan negara sepertimana yang diperuntukkan dalam Bahagian 4
Perlembagaan Persekutuan;

84
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 5.2 Peranan Majlis Raja-Raja

Perkara Peranan
38 (2) −− Memilih YDPA dan Timbalan YDPA.
−− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
−− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-
undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-
apa perlantikan yang menurut perlembagaan, memerlukan
persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat
oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
38 (3) −− Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara
mengenai dasar negara YDPA hendaklah disertai oleh PM
dan Raja-raja yang lain dan Gabenor-gabenor disertai oleh
Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri mereka;
dan pertimbangan-pertimbangan itu adalah antara tugas-
tugas yang dijalankan oleh YDA mengikut nasihat Jemaah
Menteri dan oleh Raja-raja yang lain dan Gabenor-gabenor
mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka.
38 (5) −− Menyatakan bahawa pandangan Majlis Raja-Raja diperlukan
berkaitan dengan apa-apa perubahan dasar bagi Perkara 153
(kepentingan orang Melayu dan kaum bumiputera).
38(6) - −− Memilih atau memecat YDPA dari jawatan dan memilih
Timbalan YDPA.
Kuasa Budi Bicara
−− Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan.
−− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-
undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau
yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau
kebesaran Raja-raja.
−− Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
−− Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal
(1) Perkara 182.
−− Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau
meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-
hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.

85
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ringkasan Peranan Majlis Raja-Raja:


• Pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA.
• Memelihara kepentingan dan (kedaulatan) raja-raja, agama Islam dan adat
istiadat Melayu.
• Menjaga hal ehwal pentadbiran negara/ memikirkan dasar-dasar negara.
• Perlantikan Ketua Hakim Negara, hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
• Mempertimbang sempadan negeri.
• Memperluas anggota Persekutuan.
• Mempertimbang perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat agama.
• Mempersetujui atau tidak rang undang-undang yang memerlukan persetujuan
Majlis Raja-Raja.

5.4.4 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja


Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:

“Majlis Raja-Raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-Raja yang


hendaklah dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu”.

Justeru, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik di bawah Seksyen 3,


bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja dan memegang jawatan tersebut
selama mana yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja juga bertindak memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila
diarahkan oleh YDPA, tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis Raja-Raja,
selewat-lewatnya empat minggu sebelum tamat tempoh jawatan YDPA atau berlaku
kekosongan jawatan YDPA dan Timbalan YDPA. Sebarang persetujuan, pelantikan
atau nasihat Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
memerlukan penandaan dari Mohor Besar Raja-Raja.

5.5 Krisis Perlembagaan Secara Ringkas


Pada peringkat awal, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-
Pertuan Agong selaku Ketua Negara mengatasi semua undang-undang, begitu juga
di peringkat negeri-negeri yang bersultan/beraja. Walau bagaimanapun, melalui

86
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

perkembangan krisis perlembagaan antara raja dengan pihak eksekutif, negara telah
menyaksikan pindaan terhadap imuniti raja beberapa kali iaitu pada tahun 1983
dan 1993 melalui Dewan Rakyat. Pindaan-pindaan tersebut turut mendorong ke
arah pindaan-pindaan di peringkat Perlembagaan Negeri. Pindaan ini melibatkan
perkara-perkara sepertimana di bawah;
i. Perkara 66 (4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA haruslah memperkenan
sesuatu rang undang-undang dalam tempoh 30 hari selepas dipersembahkan
kepada baginda. Secara automatik, rang undang-undang tersebut akan menjadi
undang-undang setelah tamat tempoh 30 hari tersebut walaupun tanpa perkenan
YDPA.
ii. Perkara 181(2) “Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam
mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya
kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV”.
iii. Perkara 182 (1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah
dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi,
Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang
atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
iv. Perkara 182 (2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong
atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam
Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).
v. Raja hanya boleh didakwa jika melakukan kesalahan di luar tugas rasmi dan
hanya dibicarakan di Mahkamah Khas Raja-Raja.

Walau apapun faktor berhubung dengan krisis perlembagaan ini, membuktikan


serta menyerlahkan kedudukan dan peranan Majlis Raja-Raja termasuk Yang di-
Pertuan Agong amat bergantung kepada persepsi dan justifikasi yang diputuskan
oleh wakil-wakil rakyat khususnya di kalangan parti pemerintah yang sememangnya
mempunyai kelebihan melalui pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun
Perlembagaan Negeri. Hal ini boleh dirujuk dalam Krisis Perlembagaan 1983
berlanjutan selama hampir empat bulan di mana kerajaan mempunyai segala akses
dan kemudahan untuk membawa krisis ini kepada pengetahuan rakyat berbanding
Majlis Raja-Raja yang mempunyai akses yang terhad terhadap rakyat. Implikasinya,
rakyat tidak mendapat maklumat yang seimbang dan turut mempengaruhi persepsi

87
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

rakyat. Adalah ironi, dalam tempoh krisis ini, rakyat didedahkan dengan pelbagai
unsur negatif tentang institusi beraja tetapi tiada sebarang tindakan di bawah Akta
Hasutan 1948 memandangkan krisis ini digunakan oleh parti pemerintah atas nama
menjaga dan memperkukuhkan institusi beraja.

Dalam iklim politik negara, kerajaan yang dipilih rakyat mempunyai kuasa yang
sebenar dan lebih dominan berbanding kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-Raja Melayu yang diberikan kedudukan terhormat tetapi tidak mempunyai
autoriti selengkapnya yang dapat mendokong atau memenuhi keperluan
kedudukan dan peranan baginda yang dikanunkan. Sememangnya wujud pro
dan kontra dalam situasi seperti ini. Umpamanya, dalam konteks ini, kedaulatan
rakyat diperakui dan dipraktikkan sepertimana prinsip-prinsip dalam demokrasi.
Namun tidak semestinya dan tidak mustahil sesuatu tindak tanduk daripada
pihak kerajaan bukan mencerminkan aspirasi sebenar rakyat. Realitinya, risiko
kecenderungan pihak eksekutif memperkukuhkan cengkaman kuasa tetap ada
atas nama perjuangan atau kedaulatan rakyat kerana dunia politik amat subjektif.
Umpamanya, jika Dewan Rakyat meluluskan sesuatu rang undang-undang yang
bercirikan draconian. Berdasarkan Bab 5 Perkara 66 (4), Yang di-Pertuan Agong
tidak mempunyai pilihan yang bebas kerana rang undang-undang tetap menjadi
undang-undang sama ada diperkenankan atau sebaliknya. Prinsip semak dan
imbang menjadi kabur dalam sistem pengasingan kuasa kerana penolakan YDPA
dalam sesuatu rang undang-undang tiada memberi kesan. Di sinilah kesignifikanan
peranan YDPA sebagai benteng terakhir sebagai pelindung kepentingan rakyat
apabila sampai ke tahap memerlukan tidak dapat dipertahankan dengan berkesan.

RUMUSAN
Kerelevenan susur galur kedudukan Raja-Raja Melayu dalam persada politik negara
adalah sesuatu yang perlu ditelusuri, dihargai, difahami dan dinilai dari pelbagai
perspektif khasnya dari kaca mata sejarah. Negara kita merupakan warisan zaman
berzaman negeri berinstitusikan Kesultanan Melayu seawal abad ke-2, sekaligus
pribumi berbangsakan orang Melayu selain orang Asli/Asal. Dalam erti kata lain,
negeri-negeri di Malaysia ini berkerajaankan bangsa Melayu dan negara kita
termasuk dalam dunia nusantara. Pengiktirafan dan realiti ini amat jelas melalui
segala perjanjian dan persetiaan yang melibatkan hak-hak kedaulatan dan yang

88
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

berkaitan dimeterai antara penjajah British dengan sultan/raja dan bukan dengan
pihak lain umpamanya dalam Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874. Malah bahasa
persuratan perjanjian adalah Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

Semasa zaman kolonial keseluruhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-


negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat dikenali sebagai Tanah
Melayu atau Malaya dan penamaan sesuatu penyatuan dari aspek pentadbiran dan
politik turut mengambil kira nama Melayu seperti Malayan Union dan Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Malah penubuhan Malayan Union 1948 juga perlu mendapat
tanda tangan Raja-Raja Melayu walaupun secara ugutan. Begitu juga halnya
dengan kemerdekaan negara. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos
1957 dimeterai antara Sir Donald Charles Mc Gillivray mewakili Ratu Elizebeth
II dengan Raja-Raja Melayu untuk membolehkan negara mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan Persekutuan negara kita juga mendapat perkenan
daripada Raja-Raja Melayu. Manakala isi kandungan dokumen pemasyhuran
kemerdekaan 1957 antara lain melibatkan status perjanjian dengan Raja-Raja
Melayu secara khusus dan bukannya dikaitkan mana-mana parti-parti politik.

Sungguhpun kuasa Raja-Raja Melayu mempunyai batasan sepertimana yang


dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, terdapat
situasi tertentu menyerlahkan kepentingan raja tidak semata-mata terhad kepada
kuasa formaliti atau simbolik semata-mata. Misalnya kuasa sultan/raja melantik
Menteri Besar di kalangan parti politik yang memenangi pilihan raya menjadi
penentu sepertimana yang berlaku di Perlis, Perak, dan Terengganu pada tahun
2008. Bahkan kerajaan pusat terpaksa akur dengan pilihan sultan. Baginda sultan
dalam keadaan tertentu akan menyampaikan titah atau nasihat dalam sesuatu
majlis memperlihatkan kedudukan baginda sebagai penaung perpaduan rakyat
seperti titah Sultan Selangor berhubung kalimah `Allah.’ Titah Sultan Perak
sebagai contoh menggesa agar sumber kekayaan negara harus diurus secara cekap,
jujur dan berintegriti agar kemakmuran dan kehidupan majoriti rakyat dapat
disejahterakan. Baginda juga menitahkan tujuh peringatan yang menekankan
aspek ketuhanan, perpaduan, amanah dan mensyukuri nikmat. Pelaksanaan titah
baginda misalnya, kembali bergantung kepada tafsiran dan kemahuan di kalangan
pihak eksekutif khasnya dan rakyat amnya. Lantaran itu, Prinsip Rukun Negara
yang kedua yakni Kesetiaan Kepada Raja dan Negara amat bertepatan dan sebagai
manifestasi Perlembagaan Persekutuan.

89
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar diarahkan untuk membuat carta minda bagi memperkukuhkan
pengetahuan mereka tentang sistem Raja Berperlembagaan.
2. Mengadakan sesi debat tentang keistimewaan institusi beraja pada
zaman sebelum penjajahan berbanding sekarang.

KATA KUNCI

Perlembagaan Persekutuan Yang di Pertuan Agong


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Raja Melayu
Majlis Raja-Raja
Krisis perlembagaan

SOALAN DALAM TEKS


1. Huraikan ciri-ciri sistem Raja Berperlembagaan.
2. Bincangkan kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan Yang di
Pertuan Agong.
3. Huraikan krisis perlembagaan yang pernah berlaku di Malaysia
berkaitan dengan YDPA

RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. (2006). Majlis Raja-Raja Melayu: Kedudukan dan peranan dalam
Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Bakar Hamzah. (1992). Takhta kekal di tangan rakyat. Kuala Lumpur: Media
Cendekiawan Sdn. Bhd.

90
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Rousseau, J. J. (1992). Darihal Perjanjian Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shellabear, W. G. (1994). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Stockwell, A. J. (1979). British policy and malay politics during the Malayan Union
Experiment 1942-1948. Kuala Lumpur: Art Printing Works.
Tujuh Peringatan Sultan Perak. (2014, Februari 4). Sinar Harian, hlm. 9
Wasiat Raja-Raja Melayu. (2013). Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia.

91
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 6 Demokrasi Berparlimen


Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALAN
Fokus perbincangan dalam bab ini ialah demokrasi berparlimen yang mencakupi
aspek latar belakang dan definisi demokrasi berparlimen, amalannya di Malaysia
serta pilihan raya sebagai mekanismenya. Justeru, melalui bab ini para pelajar
dapat mengetahui asal-usul sistem pemerintahan negara dan bagaimana proses
pelaksanaannya.

OBJEKTIF
1. Memahami amalan demokrasi berparlimen di Malaysia.

2. Memerihalkan peranan institusi utama dalam sistem demokrasi berparlimen.

3. Menghuraikan perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia.

ISI PENTING
6.1 Latar Belakang dan Definisi Demokrasi Berparlimen
Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang sangat popular diaplikasikan
oleh banyak negara. Selaras dengan tuntutan zaman, sistem pemerintahan tersebut
telah mengalami pelbagai perubahan dan penyesuaian dari sistem demokrasi tulen
yang diamalkan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun prinsip asas demokrasi
tetap kekal sepertimana ungkapan terkenal Presiden Amerika Syarikat ke-16,
Abraham Lincoln yang mentafsirkan demokrasi  sebagai pemerintahan daripada
rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan
negara demokrasi, iaitu sistem berparlimen dan republik. Negara kita mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen di bawah pemerintahan Raja Berperlembagaan
yang diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Walau
bagaimanapun YDPA tidak menjalankan tugas pemerintahan baginda secara

92
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

langsung, tetapi telah diwakilkan kepada tiga badan utama iaitu Perundangan,
Kehakiman dan Eksekutif. Hal ini telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan
yang telah digubal di Parlimen yang merupakan salah satu daripada kriteria utama
sistem Demokrasi Berparlimen.

6.1.1 Definisi Demokrasi


Pengertian umum demokrasi adalah merujuk kepada permerintahan berasaskan
rakyat yang berteraskan kepada kebebasan. Istilah demokrasi secara etimologi
berasal dari bahasa Yunani Kuno iaitu ‘demos’ bererti ‘rakyat’ dan ‘kratos’ bererti
`kekuasaan’ yakni pemerintahan. Pemahaman yang mudah, perkataan demokrasi
bererti ‘pemerintahan oleh rakyat atas kedaulatan rakyat’. Berikut adalah definisi
yang telah dikemukakan oleh para sarjana Sains Politik:

Robert A. Dahl (1992)


Demokrasi merupakan sistem politik di mana anggotanya saling bergantung antara
satu sama lain, sebagai orang yang sama dari segi politik dan mereka itu bersama-
sama berdaulat dan memiliki kemampuan serta sumber daya yang mereka perlukan
demi untuk memerintah diri mereka sendiri.

Jack Lively (1975)


Demokrasi adalah ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’. Dari itu
demokrasi adalah satu bentuk pemerintahan di mana pemerintah bertanggungjawab
ke atas yang diperintah.

K. Ramanathan (1988)
Demokrasi merujuk kepada kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan yang
terdiri dari sekumpulan orang atau seorang wakil yang dipilih daripada pilihanraya
demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa tertentu berdasarkan
kehendak rakyat.

Ringkasnya, demokrasi merupakan sistem sosial dan politik, dengan kekuasaan


pemerintah yang dilingkungi set tatacara untuk berkerajaan dan melindungi  hak
perseorangan.

93
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.2 Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen Malaysia


Berikut adalah ciri-ciri pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di
negara kita:

6.2.1 Perlembagaan
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi berkaitan tatacara pemerintahan,
sistem politik dan proses pentadbiran. Misalnya, Perkara 55 Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong boleh
memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa untuk
memberhenti atau membubarkan Parlimen. Parlimen Persekutuan merupakan
badan perundangan tertinggi di Malaysia dan terdiri daripada tiga komponen iaitu
Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Umumnya, Parlimen
akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas
setiap Pilihanraya Umum. Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen secara
automatik akan dibubarkan. Sehubungan itu, Pilihanraya Umum mesti diadakan
dalam dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen untuk memilih
ahli-ahli Dewan Rakyat. Pilihan raya di peringkat parlimen mahupun negeri
dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Manakala pemilihan ahli-
ahli Dewan Negara adalah secara lantikan sepertimana yang telah diperuntukkan
dalam perlembagaan.

6.2.2 Raja Berperlembagaan


Pemerintahan negara diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih melalui
Majlis Raja-Raja Melayu daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat
selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera. Baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri tidak
bersultan/beraja iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.
Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia dan perpaduan rakyat. Bidang kuasa
Yang di-Pertuan Agong telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Hal
ini menjurus kepada pengertian ketua negara mahupun ketua negeri tiada kuasa
monarki mutlak, tetapi bertindak dalam kerangka kuasa yang telah diperuntukkan
kepada mereka.

94
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.2.3 Pemerintahan Secara Perwakilan


Dalam sistem Demokrasi Berparlimen, YDPA tidak menjalankan pemerintahan
negara secara langsung tetapi diwakilkan kepada tiga badan utama iaitu Eksekutif,
Perundangan dan Kehakiman. Pembahagian ini dikenali sebagai ‘doktrin
pengasingan kuasa’ yang bertujuan memastikan tiada dominasi kuasa mutlak oleh
mana-mana badan atau institusi dalam negara. Justeru, penyalahgunaan kuasa
akan dapat dielakkan kerana ketiga-tiga badan ini berperanan untuk menyemak
atau mengawasi tindakan antara satu sama lain. Inilah yang dikenali sebagai proses
semak dan timbang (check and balance) yang perlu ada dalam sesebuah negara
demokrasi demi kepentingan rakyat. 

6.2.3.1 Badan Eksekutif


Kuasa eksekutif bagi pihak Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan oleh kabinet yang
diketuai oleh Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perdana
Menteri dilantik oleh YDPA melalui kuasa budi bicara baginda dalam kalangan ahli
parlimen yang mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya. Manakala
ahli kabinet dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri sama ada daripada
ahli parlimen Dewan Rakyat atau senator Dewan Negara.

6.2.3.2 Badan Perundangan


Sebagai sebuah negara persekutuan, negara kita mempunyai dua peringkat badan
perundangan iaitu Badan Perundangan Persekutuan dan Badan Perundangan Negeri.
Badan Perundangan Persekutuan diwakili oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara
yang diketuai oleh YDPA. Badan Perundangan Negeri pula diwakili oleh Dewan
Undangan Negeri yang diketuai oleh raja atau sultan bagi setiap negeri. Kuasa
rakyat dapat dilihat dengan jelas melalui Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri yang mana ahli-ahli bagi kedua-dua dewan tersebut dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya. Mereka dikenali sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab
untuk membawa suara rakyat ke peringkat persekutuan mahupun negeri.

6.2.3.3 Badan Kehakiman


Kuasa YDPA yang mengetuai badan kehakiman dapat dizahirkan melalui peranan
baginda dalam melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden
Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan

95
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mahkamah Tinggi. Pelantikan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja. Oleh yang demikian, hakim-hakim tersebutlah
yang akan menjalankan tugasan badan kehakiman, bukannya YDPA.

6.2.4 Pilihan Raya


Pilihan raya merupakan mekanisme untuk memilih wakil dalam kalangan rakyat
bagi memperjuangkan hak rakyat. Terdapat dua jenis pilihan raya dalam negara
kita iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan
dalam tempoh lima tahun sekali, manakala pilihanraya kecil dijalankan mengikut
keperluan contohnya apabila berlaku kematian wakil rakyat. Selain itu peringkat
pilihan raya di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu persekutuan dan negeri.
Mekanisme pilihan raya sebegini jelas memperlihatkan kuasa rakyat dalam sebuah
negara demokrasi.

6.2.5 Parti-parti Politik


Dalam sebuah negara demokrasi, pembentukan parti-parti politik adalah untuk
mengetengahkan fahaman dan ideologi politik masing-masing. Parti-parti politik
tersebut seterusnya akan bertanding dan pilihan raya bagi menarik sokongan
rakyat. Justeru, parti-parti politik bertindak sebagai perantara utama antara rakyat
dan pemerintah.

6.3 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan sebuah badan pengendali perjalanan pilihan
raya sama ada di peringkat Dewan Rakyat (Parlimen) mahupun Dewan Undangan
Negeri.

6.3.1 Sejarah Ringkas Pilihan Raya dan SPR


Pilihan raya diperkenalkan oleh penjajah British sebagai landasan awal untuk
amalan demokrasi serta pendedahan rakyat berkerajaan berkonsepkan model
pentadbiran British apabila negara dimerdekakan. Pilihan raya pertama diadakan
di peringkat perbandaran setelah Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan pada
tahun 1950. Pilihan raya Bandaran pertama dijalankan pada tahun 1951 di Pulau
Pinang dan tahun seterusnya di Kuala Lumpur (1952). Seterusnya pilihan raya
persekutuan yang julung kali diadakan pada tahun 1955 yang menjadi penggerak

96
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kepada parti-parti politik tanah air untuk menuntut kemerdekaan daripada British.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, SPR mula dibentuk
pada 4 September 1957 di bawah peruntukan Perkara 113 dan 114 Perlembagaan
Persekutuan. Peranan SPR mengendalikan sesebuah pilihan raya amat signifikan
kerana pilihan raya merupakan asas ke arah pelaksanaan demokrasi berparlimen.

6.3.2 Keanggotaan SPR


SPR bertanggungjawab memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi
negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama. Oleh yang demikian, SPR
haruslah menjalankan tugas sebagai badan yang bebas dan berkecuali. Sejajar
dengan status tersebut, anggota-anggota SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan dipertanggungjawabkan di
bawah Parlimen. Tempoh maksimum perkhidmatan anggota SPR sehingga berumur
66 tahun. Pelantikan seseorang anggota SPR adalah berdasarkan beberapa kriteria
yang telah ditetapkan iaitu;

i. Bukan seorang yang muflis

ii. Berumur kurang dari 66 tahun

iii. Tidak memegang jawatan bergaji

iv. Bukan ahli mana-mana parti politik mahupun ahli Dewan Negara atau Dewan
Rakyat

Keanggotaan yang terkini SPR adalah berdasarkan pindaan Perkara 114


Perlembagaan Persekutuan Bahagian VIII pada tahun 1981 dan 2002 terdiri
daripada;

1. Pengerusi

2. Timbalan Pengerusi

3. Lima orang ahli panel termasuk setiap seorang ahli dari Sabah dan Sarawak

Bagi melancarkan perjalanan pentadbiran, SPR membentuk urus setia yang


diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua pentadbir.

97
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.3.3 Fungsi SPR


SPR mempunyai tiga peranan utama iaitu;

i. SPR menjalankan semakan persempadanan kawasan-kawasan Pilihan Raya


Parlimen dan Negeri tidak kurang dari lapan tahun selepas tarikh siapnya
urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu.

ii. SPR perlu menjalankan urusan pendaftaran serta menyemak dan mengemaskini
senarai nama-nama daftar pemilih bukan sahaja mendaftar pemilih yang
baru tetapi juga mengeluarkan nama daftar pemilih yang telah meninggal
dunia dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara. Hanya pemilih-pemilih
berdaftar berhak mengundi. Sebagai contoh, seramai 13,268,002 pemilih
berdaftar berhak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-
baru ini.

iii. SPR bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan


raya kecil yakni melibatkan pemilihan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri termasuklah pilihan raya kecil jika ada kekosongan.

Bagi melicinkan pelaksanaan tugas-tugas SPR berkaitan dengan proses pilihan


raya, selain Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, beberapa
undang-undang dan peraturan-peraturan telah digubal yang mesti dipatuhi oleh
parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka. Senarai undang-undang dan
peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:

i. Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957

ii. Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19)

iii. Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5)

iv. Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981

v. Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

vi. Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003

6.4. Struktur Pilihan Raya


Sistem pilihan raya negara kita membolehkan mana-mana parti politik yang
memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri

98
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

berhak menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Sistem dikenali


sebagai ‘First-Past-The-Post-System’. Hal ini bermakna calon-calon pilihan raya
yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang
berkenaan.

Elemen-elemen yang menjadi kerangka pilihan raya paling utama terdiri daripada;

i. Bahagian pilihan raya

ii. Pemilih

iii. Calon

iv. Proses pilihan raya

Jenis pilihan raya terdiri daripada Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.
Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
(DUN) dibubarkan atau terbubar automatik setelah tamat tempoh lima tahun.
Pilihan Raya peringkat Parlimen misalnya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari
setelah Parlimen dibubarkan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Pilihan Raya Parlimen
dan Negeri boleh diadakan secara serentak atau berasingan seperti mana senario
yang berlaku di Sarawak. Manakala Pilihan Raya Kecil dilaksanakan untuk
mengisi kekosongan kerusi peringkat Parlimen atau DUN berdasarkan kriteria
seperti berikut:

i. Kematian

ii. Perletakan jawatan

iii. Hilang kelayakan

iv. Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia
dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Sekiranya kekosongan berlaku dalam tempoh
dua tahun sebelum tamatnya tempoh Dewan Rakyat atau DUN, maka pilihan raya
kecil tidak perlu diadakan. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut bergantung
kepada budi bicara Speaker. Jika Speaker berpendapat kekosongan itu boleh
menjejaskan undi majoriti sesebuah parti, maka pilihan raya kecil perlu diadakan.
Sesebuah kawasan atau bahagian pilihan raya hanya akan diwakili seorang wakil
rakyat selepas keputusan diumumkan.

99
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.5 Proses Pilihan Raya


Terdapat enam peringkat atau proses melaksanakan Pilihan Raya Umum mahupun
Pilihan Raya Kecil iaitu;

i. Pengeluaran Writ/Surat kuasa

ii. Penamaan calon

iii. Kempen pilihan raya

iv. Pengundian

v. Penjumlahan rasmi undian

vi. Pengumuman keputusan pilihan raya

6.6 Kelayakan Calon Pilihan Raya


Calon-calon pilihan raya diwajibkan membayar wang deposit pilihan raya (wang
tunai atau draf bank) kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya
Negeri selewat-lewatnya pada hari penamaan calon. Bagi peringkat Pilihan Raya
Parlimen, deposit sebanyak RM10,000 dikenakan manakala sebanyak RM5,000
sebagai deposit Pilihan Raya DUN. Seseorang calon akan kehilangan wang
deposit tersebut jika meraih undi kurang 1/8 daripada jumlah undi pilihan raya
tersebut. Calon-calon di bawah naungan parti politik akan menggunakan simbol
parti politik masing-masing. Calon yang tidak mewakili mana-mana parti politik
dikenali sebagai calon Bebas dan dibenarkan menggunakan salah satu dari senarai
simbol Bebas yang disediakan oleh SPR.

Calon-calon yang layak bertanding dalam pilihan raya adalah seperti kriteria di
bawah;

i. Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

ii. Bermastautin secara tetap dalam sesuatu kawasan pilihan raya dan mendaftar
dalam daftar pengundi dengan SPR.

iii. Sempurna dan tidak diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

iv. Tidak memegang jawatan yang berpendapatan tetap dalam perkhidmatan


awam.

100
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

v. Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum


penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada
RM2,000.00 dan belum mendapat pengampunan.

6.7 Kategori Pengundian


Terdapat tiga kategori pengundian di Malaysia;

i. Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada


hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.

ii. Pengundian awal iaitu dua ke tiga hari sebelum tarikh pengundian biasa.
Pengundian ini melibatkan anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis
dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA).

iii. Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada
angkatan tentera dan pasangannya, anggota polis serta pasangan PGA yang
terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di luar negara
dan pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan
pasangannya. Selain itu, pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi
secara pos ialah:
• Petugas Pilihan Raya
• Ahli Panel, Pegawai dan kakitangan SPR
• Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi
secara pos melalui pewartaan

6.8 Keputusan Pilihan Raya


Keputusan pilihan raya diumumkan oleh Pegawai Pengurus sesebuah kawasan
pilihan raya.

Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang menang dengan kelebihan
kerusi majoriti akan membentuk kerajaan. Semua dokumen berkaitan pilihan raya
seperti kertas undi dan daftar pemilih mesti disimpan selama enam bulan selepas
pilihan raya. Dokumen pilihan raya hanya dibuka atas arahan Hakim Mahkamah
Tinggi.

101
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6.9 Petisyen Pilihan Raya


Keputusan sesebuah pilihan raya hanya boleh dicabar oleh mana-mana calon
pilihan raya di mahkamah melalui petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari
keputusan rasmi pilihan raya diwartakan. Kriteria-kriteria yang dibenarkan untuk
diadakan petisyen jika melibatkan;

i. Peras ugut, penyogokan atau salah laku yang menjejaskan pilihan raya.

ii. Tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya.

iii. Calon atau ejennya hilang kelayakan.

iv. Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang dilakukan


oleh calon atau ejennya.

SPR perlu mengadakan satu pilihan raya baru jika mahkamah membuat keputusan
sesuatu pilihan raya itu tidak sah.

6.10 Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya


Seseorang calon diberikan had perbelanjaan dan wajib menyerahkan penyata
perbelanjaan tersebut kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31
hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan. Kegagalan berbuat demikian
merupakan satu kesalahan dan mengakibatkan hilang kelayakan untuk bertanding
bagi tempoh lima tahun akan datang. Di peringkat Parlimen, calon dibenarkan
berbelanja maksimum sehingga RM200,000. Manakala di peringkat DUN, calon
boleh berbelanja tidak melebihi RM100,000.

102
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Yang di-Pertuan Agong


Majlis Raja-Raja
(Ketua Negara)

Parlimen Kabinet Kehakiman

Suruhanjaya Pilihan Raya


SPR

Keanggotaan SPR
Pengerusi
Timbalan pengerusi
Lima ahli Panel (Dua ahli panel
setiap seorang dari Sabah & Sarawak)

Urus setia SPR


Proses Pilihan Raya
Setiausaha (Ketua pentadbir)
Sistem ‘First-Past-The-Post-System’
Kakitangan SPR
Pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat)/DUN/
Kekosongan/Arahan Mahkamah
Writ Kuasa Peranan SPR
Penamaan Calon Semakan persempadanan
Kempen Pilihan Raya Semakan & kemaskini daftar pemilih
Pengundian Mengendalikan pilihan raya secara
Penjumlahan Rasmi Undian telus, bebas & berkecuali
Keputusan Pilihan Raya
Keputusan Pilihan Raya diwartakan
Sumber Bidang Kuasa SPR
Petisyen Pilihan Raya (jika ada)
Perlembagaan Persekutuan
Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
Perlembagaan Negeri
(31 hari selepas keputusan diwartakan) Akta & Peraturan Pilihan Raya

Rajah 6.1 Struktur SPR dan Pilihan Raya

RUMUSAN
Negara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen seperti
Malaysia meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama. Hal ini terbukti
melalui status Raja Berperlembagaan yang menggantikan raja berkuasa mutlak.
Oleh yang demikian tindakan raja ataupun sultan dikawal oleh perlembagaan
untuk menghindari penyalahgunaan kuasa ke atas rakyat. Malah kuasa rakyat turut
diraikan melalui pilihan raya bagi memilih pemimpin yang mereka suka.

103
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar diarahkan untuk membuat carta alir untuk menunjukkan
proses pilihan raya.
2. Mengadakan sesi debat tentang kelebihan sistem Demokrasi
Berparlimen.

KATA KUNCI

Suruhanjaya pilihan raya Demokrasi Berparlimen

Parti politik Pilihan raya

SOALAN DALAM TEKS


1. Huraikan ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan
bercorak Demokrasi Berparlimen.
2. Bincangkan isu-isu yang melibatkan ketelusan SPR dalam pilihan
raya.
3. Bagaimanakah sistem Demokrasi Berparlimen menjamin kuasa
rakyat?

RUJUKAN
Abdul Aziz Zakaria. (1992). Jentera pentadbiran kerajaan di Malaysia: Suatu pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chamil Wariya. (2009). Parlimen Malaysia: Perjalanan badan perundangan persekutuan.
Petaling Jaya: Media Global Matrix Sdn Bhd.
Ramanathan, K. (1997). Asas sains politik (Ed. Kedua). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

104
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ramlah Adam. (2003). Sejarah perkembangan pilihan raya era pra-merdeka,1955. Melaka:
Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Shamsul Amri Baharuddin, & Mansor Mohd Noor (Editor). (2013). PRU-13: Siapa pilihan
pengundi?. Bangi: Institut Kajian Etnik UKM.
Tajuddin Hj Hussein, & Robiah Alias (editor). (2009). Malaysia negara kita. Kuala
Lumpur: MDC Publishers Sdn Bhd.

105
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 7 Sistem Federalisme


Jayum Jawan

PENGENALAN
Unit ini bertujuan membincangkan secara ringkas konsep dan teori federalisme
dan bagaimana penyusunan kuasa di negeri-negeri dalam Tanah Melayu, Negeri
Selat, Borneo Utara dan Sarawak dilakukan berdasarkan konsep dan teori ini.

OBJEKTIF
1. Membincangkan secara ringkas konsep dan teori federalisme.

2. Membincangkan sejarah pengamalan sistem ini oleh negeri-negeri dalam


Persekutuan Malaysia.

3. Membincangkan asas dan peruntukan perlembagaan dan sejarah berhubung


sistem ini yang diamalkan dalam sistem pemerintahan semasa di Persekutuan
Malaysia.

ISI PENTING
7.1 Sistem Penyusunan Kuasa Negara
7.1.1 Kuasa
Dalam konteks bab dan perbincangan di bahagian ini, konsep kuasa digunakan
secara longgar. Ini adalah kerana kuasa lazimnya ada dua bentuk, iaitu kuasa dalam
erti kata autoriti pada pegawai awam dan kuasa sebagai pengaruh yang ada pada
pemiliknya kerana sifat-sifat tertentu yang dimilikinya. Seorang polis mempunyai
kuasa berbentuk autoriti dan sesiapa yang mengingkar perintah seorang pegawai
polis boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal. Sementara, pemilik kuasa
berbentuk pengaruh tidak ada autoriti untuk memaksa orang lain patuh kepada
arahannya. Apabila orang tidak patuh kepada arahannya, pemilik kuasa tidak ada
autoriti untuk memaksa kepatuhan. Kepatuhan yang ditunjukkan oleh orang yang

106
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

diarah bergantung kepada pengaruh seperti karismanya, sifat kepimpinan, dan


termasuk takut akan dibelasah oleh pemilik kuasa kalau tidak menurut perintahnya.

7.2 Bentuk Susunan Kuasa Negara


Lazimnya, kekuasaan sebuah negara boleh disusun berdasarkan tiga bentuk utama,
iaitu secara kesatuan, persekutuan atau federation, atau konfederasi atau gabungan
longgar. Ketiga-tiga bentuk penyusunan kuasa ini berbeza berdasarkan kedudukan
kuasa pemerintah.

7.2.1 Kesatuan
Sistem kesatuan dicirikan oleh sifat utama iaitu pemusatan kuasa di satu tempat.
Dalam sistem ini, tidak ada kuasa wujud di tempat lain dalam negara berkenaan.
Sistem kesatuan adalah seperti Kesatuan Malaya yang dilancarkan oleh Inggeris
pada 1946 apabila mereka kembali ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
Kesatuan Malaya terdiri daripada 9 Negeri Melayu dan 2 Negeri Selat. Kuasa
pemerintahan diletakkan di bawah kerajaan kesatuan yang bertempat di Kuala
Lumpur. Semua negeri Melayu dan Negeri Selat yang dahulu mempunyai kuasa
pentadbiran masing-masing hilang kuasa, termasuk Raja-raja Melayu. Semua
pentadbiran negeri dahulu dijadikan pusat pelaksana dan pusat-pusat tersebut
di negeri berkenaan menjalankan dasar dan program yang diputuskan di Kuala
Lumpur. Saluran kuasa dalam sistem kesatuan beralih dari pusat ke negeri, dan
tidak ada rundingan dan penglibatan dari negeri melainkan negeri melaporkan
pelaksanaan dari sudut jaya atau sebaliknya. Di bawah kerajaan Brooke, Sarawak
tidak berbeza dari pengurusan yang dijelaskan dengan ringkas di atas. Sarawak
ditadbir dari Kuching sebagai pusat pentadbiran kerajaan Brooke. Sekalipun
Sarawak mempunyai lima bahagian utama yang dipanggil residensi dan beberapa
daerah pada ketika itu, kuasa berpusat di Kuching dan dilaksanakan dari pusat.
Corak pentadbiran yang sama digunakan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara
untuk mentadbir Borneo Utara dalam tempoh pemerintahan syarikat itu. Negeri-
negeri Selat boleh dilihat dalam konteks sistem kesatuan kerana semua negeri-
negeri Selat ditadbir langsung oleh pemerintah Inggeris. Misalnya, Penang,
Melaka dan Singapura ditadbir melalui presidensi Bengal mulai 1826 sebelum
ianya diletakkan di bawah pentadbiran koloni mulai 1867. Antara negara semasa
yang membayangkan pengamalan sistem kesatuan ialah seperti England.
Kuasa agung negara berkenaan terletak di ibu kotanya, London. England tidak

107
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mempunyai kerajaan wilayah. Namun, England mempunyai penguasa tempatan


bagi menguruskan hal ehwal tempatan.

7.2.2 Konfederasi
Sistem konfederasi adalah satu sistem gabungan yang longgar. Dalam gabungan
seperti ini, wilayah yang bergabung di bawah satu ikatan baharu mengekalkan
kuasa masing-masing seperti sedia kala. Setiap wilayah tidak menyerahkan apa-
apa kuasa pentadbiran kepada gabungan ini walaupun gabungan kemungkinan
ada pusat pentadbiran yang diwujudkan bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal
konfederasi. Pusat pentadbiran bagi sebuah gabungan bertindak sebagai penyelaras
dan mempunyai kuasa pujuk. Gabungan tidak ada kuasa untuk paksa atau
menghukum mana-mana bahagian gabungan yang ingkar. Justeru, negara yang
termasuk dalam gabungan atau sistem konfederasi masih berdaulat dan merdeka
kerana kepatuhan kepada persetujuan ramai atau majoriti tidak menentukan bahawa
semua ahli gabungan mesti patuh. Ahli konfederasi juga bebas keluar dan masuk
gabungan pada bila-bila masa sebuah negara itu berasa sesuai dan menepati citra
matlamat negara berkenaan. Negeri-negeri Melayu pernah mengamalkan sistem
konfederasi dan pada ketika itu ia dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu
tidak Bersekutu atau “Unfederated Malay States”. Setiap negeri wujud atas kuasa
sendiri dan tidak ada institusi pemerintahan yang dikongsi atau sebuah jabatan
yang mempunyai fungsi melintasi negeri-negeri dalam Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Sistem ini wujud pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok apabila
Siam melepaskan kuasanya ke atas Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada negeri ini termasuk Johor
dan sistem tidak bersekutu ini wujud sehingga Perang Dunia II. Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu ini menerima penasihat Inggeris. Kerja penasihat berbeza
dengan Residen yang mentadbir seperti di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kuasa
pentadbiran masih kekal di tangan dan pemerintah tempatan. Sistem konfederasi
semasa adalah seperti gabungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),
ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara) dan lain-lain pertubuhan
antarabangsa dan serantau. Keahlian adalah sukarela. Keputusan tidak semestinya
dipatuhi sekiranya negara ahli tidak mahu. Walau bagaimanapun, lazimnya apabila
keputusan bersama dicapai, biasanya negara ahli akan patuh pada keputusan
tersebut. Keputusan mempunyai pemberat moral dan mengikuti keputusan bersama
adalah tanggungjawab semua kerana jika tidak dipatuhi, sistem kesukarelaan akan

108
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

runtuh. Walaupun tidak bersetuju, negara ahli jarang meninggalkan pertubuhan.


Negara ahli yang tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil hanya akan
mengecualikan diri dari melaksanakan apa yang diputuskan oleh pertubuhan
berkenaan.

7.2.3 Federalisme
Sistem federalisme merupakan sistem perantaraan dan ia mempunyai sifat-sifat
yang ada pada kedua-dua sistem konfederasi dan kesatuan. Oleh itu, ia boleh
dikatakan sebagai satu sistem kompromi, iaitu ia tidak memusatkan kuasa sehingga
unit yang bergabung kehilangan terus kuasa asalnya, namun ia tidak longgar seperti
konfederasi sehingga ada anggotanya boleh ingkar perintah dari kuasa pusat.
Wheare adalah di antara sarjana yang membincangkan sistem federalisme dan
beliau telah menggariskan beberapa sifat sistem ini. Pertama, sistem federalisme
ada pembahagian kuasa yang jelas. Ini ditulis dalam perlembagaan negara.
Kerajaan pusat ada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan pusat ke
atas bidang-bidang yang diagihkan kepadanya. Begitu juga negeri, setiap negeri
mempunyai bidang kuasa yang sama diagihkan kepada negeri oleh perlembagaan.
Di samping itu, terdapat juga kuasa-kuasa yang dikongsi bersama oleh pusat dan
negeri. Kedua, autoriti setiap peringkat kerajaan adalah mutlak ke atas bidang
kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Ketiga, setiap peringkat kerajaan mendapat
sokongan dan keabsahan kuasa terus dari rakyat. Ini adalah berkaitan kuasa rakyat
yang memilih kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan. Ini dilakukan melalui
pilihanraya umum di peringkat negeri dan persekutuan. Selain itu, rakyat di setiap
negeri mempunyai saluran melalui kerajaan negeri yang diperuntukkan 2 wakil ke
Dewan Negara. Keempat, kuasa dalam sistem federalisme mengalir dua hala, iaitu
dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Ini bermakna, kuasa tidak sepenuhnya
duduk di satu-satu pusat, sama ada di pusat seperti dalam sistem kesatuan atau
kuasa itu duduk sepenuhnya di negeri seperti dalam sistem konfederasi. Sifat ini
juga menunjukkan bahawa ada saluran dan ruang rundingan antara kerajaan pusat
dan negeri dalam hal ehwal pentadbiran negara. Kelima, mana-mana peringkat
kerajaan juga lazimnya tidak boleh mengubah hubungan ini bersendirian tetapi
biasanya dilakukan melalui rundingan dua pihak. Ini adalah keunikan sistem
federalisme bahawa ada ruang untuk mengubah hubungan dan bukan seperti
dalam sistem kesatuan di mana peluang berunding tidak wujud di mana perkara
itu adalah ditentukan negeri tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Maka, yang
penting dalam sistem federalisme ialah saluran untuk berunding.

109
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ketiga-tiga sistem penyusunan kuasa mempunyai kelebihan tersendiri. Setiap satu


penting untuk membentuk dan memperkukuh sebuah negara. Sistem federalisme
merupakan kompromi dalam usaha menyatupadukan negeri-negeri yang dahulu
merupakan sebuah negara. Ia penting dalam proses penyatuan kerana sistem ini
memberi pengiktirafan kepada kerajaan wilayah yang wujud sebelum penyatuan.
Misalnya, federalisme memberi “muka” kepada kerajaan wilayah berbanding
penyatuan melalui sistem kesatuan di mana kerajaan wilayah dihapuskan. Ia
mungkin lebih baik berbanding sistem konfederasi yang amat longgar dan akan
menjejaskan penyatuan wilayah-wilayah kepada satu negara kerana kesukaran
mewujudkan keseragaman yang diperlukan oleh sesebuah negara. Ini tidak
bermakna bahawa sistem konfederasi kurang penting berbanding dua sistem
tersebut. Sebaliknya, konfederasi dijalankan di tahap yang lebih tinggi, iaitu ia
mencari keseragaman dasar yang lebih luas, mengiktiraf perbezaan dan menerima
ketidakpatuhan apabila ia berlaku dalam kalangan anggota negara seperti pada
PBB, ASEAN dan lain-lain pertubuhan antarabangsa dan serantau.

7.3 Pelaksanaan Federalisme


Persekutuan Malaysia yang ditubuhkan pada 16 September 1963 wujud atas
Perjanjian Malaysia yang ditandatangani oleh Kerajaan United Kingdom dan
Ireland Utara, Persekutuan Malaya, Kerajaan Borneo Utara, Kerajaan Sarawak,
dan Kerajaan Singapura. Perjanjian ini ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.
Jadual 7.1 memaparkan wakil-wakil kerajaan di atas yang telah menandatangani
dokumen berkenaan.

110
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 7.1 Wakil Kerajaan untuk Perjanjian Malaysia

Singapura Sarawak Borneo Utara Persekutuan United


Malaya Kingdom
Lee Kuan Yew P.E.H Pike Datu Mustapha Tunku Abdul Harold
D. Harun Rahman Macmillan
Goh Keng Temenggong Donald Abdul Razak Duncan
Swee Jugah Stephens Sandys
Abang Hj W.K.H. Jones Tan Siew Sin Landsdowne
Mustapha
Ling Beng Khoo Siak V.T.
Siew Chiew Sambanthan
Abang Hj W.S. Holley S.A. Lim
Openg
G.S. Sundang

Sumber: Malaysia Agreement, 1963

Perjanjian Malaysia sekaligus juga memperkenalkan Perlembagaan Persekutuan


Malaysia yang merupakan perlembagaan yang diubah suai berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan Malaya. Dalam erti kata sebenar, ia bukanlah
perlembagaan baharu yang dirangka oleh semua pihak terlibat tetapi lebih kepada
pengubahsuaian bagi memasukkan peruntukan-peruntukan hasil gabungan empat
wilayah. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa Malaysia adalah
sebuah negara persekutuan. Ini bermakna, Malaysia mempunyai dua peringkat
kerajaan yang utama iaitu kerajaan pusat yang diletakkan di Kuala Lumpur, iaitu
ibu negara dan kerajaan negeri di setiap ibu negeri negeri-negeri anggota. Kuasa
dibahagi dengan jelas dan disenarai dalam Jadual ke-9, Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun Malaysia mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme, namun
pembahagian kuasa di Malaysia agak unik. Ini adalah kerana proses penubuhan
Malaysia telah melalui pelbagai cabaran yang menimbulkan pelbagai permintaan
dari pelbagai negeri. Hasil rundingan menubuhkan Malaysia telah melahirkan
pelbagai peruntukan bagi memenuhi tuntutan pelbagai pihak. Oleh itu, sifat
unik pembahagian pemerintahan di Malaysia boleh disimpulkan seperti berikut:
pertama, semua negeri diperuntukkan kuasa pemerintahan yang sama dan ini
selaras dengan sistem persekutuan; kedua, tiga negeri diberi peruntukan kuasa
lebih bagi menjamin keraguan negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dalam

111
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

persekutuan baharu; ketiga, sebahagian kuasa lebih adalah sementara dan ada yang
kekal tanpa had masa.

7.3.1 Senarai Persekutuan (Senarai I)


Senarai pertama atau senarai persekutuan menyenaraikan bidang kuasa bagi
kerajaan pusat. Ini adalah bidang kuasa di mana kerajaan pusat boleh, antara lain
mengenalkan undang-undang baharu atau memindakan undang-undang sedia
ada dan termasuk menghapuskan yang ada. Apakah perkara dan asas meletakkan
bidang tertentu dalam senarai pertama? Lazimnya, perkara dalam senarai pertama
yang diperuntukkan kepada kerajaan pusat ialah bidang kuasa yang melintasi
kepentingan dua atau lebih negeri dalam persekutuan. Ini adalah penting bagi
menjamin keseragaman bagi persekutuan. Oleh itu, kuasa seperti hubungan luar
dengan negara asing adalah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Begitu juga
keselamatan dalam negeri. Secara ringkas, di bawah adalah senarai semua bidang
kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan persekutuan.

Jadual 7.2 Senarai Pertama/Senarai Persekutuan


Bidang kuasa
Hal ehwal luar negeri
Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya
Keselamatan dalam negeri
Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan
Kewarganegaraan Persekutuan dan naturalisasian; orang asing
Jentera kerajaan, tertakluk kepada Senarai Negeri (tetapi termasuk perkara yang
disenaraikan di nombor 6 Senarai I)
Kewangan
Pertukangan, perdagangan dan perindustrian
Perkapalan, pelayaran dan perikanan
Perhubungan & pengangkutan
Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan
Tinjauan, siasatan dan penyelidikan
Pendidikan
Perubatan dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan
Buruh dan keselamatan sosial
Kebajikan orang asli

112
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 7.2

Pekerjaan profesional selain yang disebut satu persatu secara khusus


Hari kelepasan selain yang disebut satu persatu secara khusus
Pertubuhan tidak diperbadankan
Pengawalan makhluk perosak pertanian; pelindungan daripada makhluk perosak itu;
pencegahan penyakit tumbuhan
Akhbar; penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak
Penapisan
Tertakluk kepada butiran 5(f) Senarai Negeri: panggung; panggung wayang; filem
sinematograf; tempat hiburan awam
Koperasi
Pelancongan
Tertakluk kepada butiran 9A Senarai Bersama, pencegahan kebakaran dan pemadaman
api, termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba
Segala perkara yang berhubung dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan,termasuk perkara
yang disebut satu persatu dalam butiran 2, 3, 4 dan 5 Senarai Negeri dan dalam hal
Wilayah Persekutuan Labuan, perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 15, 16
dan 17 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

7.3.2 Senarai Negeri (Senarai II)


Senarai kedua atau senarai negeri menyenaraikan bidang kuasa bagi kerajaan
negeri. Ini adalah bidang kuasa di mana mana-mana kerajaan negeri boleh, antara
lain mengenalkan undang-undang baharu atau memindakan undang-undang sedia
ada dan termasuk menghapuskan yang ada. Lazimnya, perkara dalam senarai kedua
yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri ialah perkara yang kepentingannya
bersifat kewilayahan atau tempatan. Ini bermakna, pengurusan suatu bidang yang
tertumpu kepada suatu lokaliti sahaja wajar diberikan kepada kerajaan negeri.
Justeru, bidang kuasa seperti pengurusan sungai, kanun tanah dan pertanian
terletak pada senarai negeri. Secara ringkas, Jadual 7.3 di bawah adalah senarai
semua bidang kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri.

113
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 7.3 Senarai Kedua/Senarai Negeri

Bidang kuasa
Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum
Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam,
termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak
berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan,
kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif
serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan
pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah,
khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri;
adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya;
masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan
penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap
perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai
Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah
mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya
berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak
mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan
oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di
kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan
doktrin Syarak dan adat Melayu.
Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah
termasuk—

(a.) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran
hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan
tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;

(b.) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak
negeri;

(c.) Permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan
perakuan melombong;

(d.) Pengambilan tanah secara paksa;

(e.) Pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah;
isemen ; dan

(f.) Rad; harta karun tidak termasuk benda purba.

114
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 7.3

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pertanian
dan perhutanan

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pertanian
dan perhutanan, termasuk—

(a.) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan

(b.) Hutan. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya,

pertanian dan perhutanan, termasuk—

(a.) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan

(b.) Hutan.
Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,

Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,
termasuk—

(a.) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga


bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain;
perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan raya kerajaan tempatan;

(b.) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak
berkuasa tempatan; Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan

Putrajaya, termasuk—

(a.) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga


bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain;
perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan raya kerajaan tempatan;

(b.) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak
berkuasa tempatan;

115
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 7.3

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,


perkhidmatan lain yang berciri tempatan iaitu:

1. (a) (Dimansuhkan);

2. (b) Rumah tumpangan dan rumah pemalaman;

3. (c) Tanah Perkuburan dan tempat pembakaran mayat;

4. (d) Tempat kurungan binatang dan pencerobohan kerbau lembu;

5. (e) Pasar dan pasar ria; dan

6. (f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.


Kerja-kerja Negeri dan air
Jentera Kerajaan Negeri tertakluk kepada Senarai Persekutuan
Hari Kelepasan Negeri
Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam
Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri, bukti mengenai
undang-undang Negeri dan benda yang dilakukan di bawahnya, dan bukti mengenai apa-
apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri
Siasatan bagi maksud Negeri, termasuk suruhanjaya siasatan dan pengumpulan
perangkaan mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau
yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri
Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Negeri atau yang
diperkatakan oleh undang-undang Negeri
Penyu dan penangkapan ikan di sungai
Perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah dan tapak dan
peninggalan zaman purba, selain apa yang diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau
di bawah undang-undang persekutuan

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Jadual 7.4 menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan khas kepada Negeri
Sabah dan Sarawak sahaja. Ini adalah hasil kompromi berdasarkan rundingan
pelbagai pihak dan bagi menjamin kerisauan Negeri Sabah dan Sarawak berkaitan
gabungan dalam persekutuan baharu. Sebahagian dari bidang kuasa khas ini
memenuhi tuntutan yang dikemukakan dalam 20 perkara dari Sabah dan 18
perkara dari Sarawak. Sementara itu, bidang kuasa dalam Senarai IIB telah pun
dimansuhkan.

116
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 7.4 Senarai IIA/Senarai Negeri Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri
Sabah dan Sarawak

Bidang kuasa
Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan
dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan,
undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat;
pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan
perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan,
dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah
itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara
yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan
dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.
Pemerbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan melalui undang-
undang negeri, jika diperbadankan secara langsung melalui undangundang Negeri, dan
gawalseliaan dan penggulungan perbadanan yang diwujudkan sedemikian.
Pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan pangkalan
persekutuan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan
Ukuran tanah kadaster
Di Sabah, kereta api Sabah
Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air.

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

7.3.3 Senarai Bersama (Senarai III)


Senarai bersama atau Senarai III menyenaraikan bidang kuasa yang dikongsi
bersama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Bidang kuasa ini
menyentuh bidang-bidang yang ada kepentingan bagi kedua-dua peringkat kerajaan
seperti pendidikan dan kesihatan. Jadual 7.5 menyenaraikan bidang kuasa bersama
dan Jadual 7.6 menyenaraikan bidang kuasa bersama dan bidang-bidang ini adalah
bagi Negeri Sabah dan Sarawak sahaja.

Jadual 7.5 Senarai III/Senarai Bersama

Bidang kuasa
Kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai I dan II;
perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda.
Biasiswa
Perlindungan binatang liar dan burung liar; Taman Negara

117
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 7.5

Penternakan; pencegahan perbuatan menganiaya binatang; perkhidmatan veterinar;


kuarantin binatang.
Perancangan bandar dan desa, kecuali di ibu kota persekutuan.
Kutu rayau dan penaja dari tempat ke tempat
Kesihatan awam, kebersihan (tidak termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan) dan
pencegahan penyakit.
Saliran pengairan
Pemulihan tanah lombong dan tanah mengalami hakisan tanah
Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam

pembinaan dan penyenggaraan bangunan.


Kebudayaan dan sukan
Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah pemajuan.
Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air
Pemeliharaan warisan

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Jadual 7.6 Senarai IIIA/Senarai Bersama Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri
Sabah dan Sarawak

Bidang kuasa
Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan,
nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan,
berwasiat atau tidak berwasiat.
Pengadukan bahan makanan dan barangan lain.
Perkapalan yang beratnya kurang daripada lima belas tan berdaftar, termasuk pembawaan
penumpang dan barangan oleh perkapalan itu; penangkapan ikan dan perikanan kelautan
dan muara.
Pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijanakuasakan
dengan kuasa air.
Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak pertanian, dan
pelindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.
Khairat dan amanah dan institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang dikendalikan
keseluruhannya di dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan di dalam Negeri
itu) dan pemegang amanahnya, termasuk pemerbadanannya dan pengawalseliaan dan
penggulungan khairat dan institusi khairat yang diperbadankan di dalam Negeri itu.
Panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

118
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 7.6

Pilihan raya ke Dewan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya secara tidak
langsung.
Di Sabah sehingga hujung tahun 1970 (tetapi tidak di Sarawak), perubatan dan kesihatan,
termasuk perkara yang dinyatakan dalam butiran 14(a) sehingga (d) Senarai Persekutuan.

Sumber: Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Selain bidang kuasa yang disenaraikan dalam Senarai I, II dan III, termasuk
senarai tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak, bidang kuasa yang diagihkan
kepada Sabah dan Sarawak turut dapat dirujuk dari beberapa peruntukan Perkara-
perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ada perkara yang
memanjangkan penggunaan perkara-perkara kepada Sabah dan Sarawak dan ada
yang menambahkan kuasa lebih kepada kedua-dua negeri tersebut. Beberapa
peruntukan akan dirujuk sebagai contoh. Pertama, Perkara 153 yang melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dipinda bagi meliputi anak negeri Sabah dan
Sarawak. Hal ini merizabkan kuota dalam bidang seperti perkhidmatan, permit
perniagaan dan biasiswa serta menjadi tanggungjawab Yang di-Peruan Agong.
Sementara itu, Perkara 161A memperuntukkan bahawa perlembagaan negeri boleh
membuat peruntukan berkaitan hal pada Perkara 153. Perkara ini turut mentaksirkan
siapa anak negeri bagi tujuan menikmati peruntukan kedudukan istimewa. Kedua,
Akta 155, Akta Imigresen 1959/63 memperuntukkan kuasa membenar atau
sebaliknya kemasukan ke Negeri Sabah dan Sarawak. Ini adalah kelonggaran kuasa
yang berkait dengan tawar-menawar semasa penubuhan Persekutuan Malaysia.
Berdasarkan peruntukan undang-undang ini, maka kemasukan warga asing dan
rakyat Malaysia dari luar Sabah dan Sarawak ke mana-mana negeri tersebut
adalah atas kebenaran kuasa/kerajaan negeri. Ini merangkumi warga asing dan
rakyat Malaysia bukan kelahiran mana-mana Negeri berkenaan. Ketiga, Negeri
Sabah dan Sarawak juga mendapat kelonggaran dalam pelaksanaan bidang kuasa
tertentu yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan. Misalnya, penghantaran
wakil semua Negeri ke Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Tujuan majlis ini adalah
untuk membantu menyeragamkan penguasaan tempatan. Namun, peruntukan
Perkara 95E(2) membenarkan Sabah dan Sarawak tidak patuh kepada keputusan
ini sekiranya kedua-dua negeri tersebut belum bersedia melaksanakan keputusan
yang dicapai dalam majlis berkenaan.

119
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Akhir sekali, bidang kuasa yang tidak diperuntukkan jatuh secara automatik
kepada kerajaan negeri. Bidang kuasa yang tidak diperuntukkan dinamakan
kuasa residual atau kuasa baki. Sebagai rumusan, bagi melihat dan mengetahui
pembahagian kuasa yang unik dalam sistem persekutuan Persekutuan Malaysia,
rujukan harus dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang pertama.
Sementara untuk mendapat penjelasan tentang sebab kuasa disusun sedemikian
rupa, Perjanjian Malaysia dapat menjawab persoalan berkenaan.

7.4 Cabaran Kerajaan Persekutuan


7.4.1 Konflik Persekutuan-Negeri
Sistem persekutuan adalah gabungan wilayah atau negeri yang dahulunya bebas
dan berdaulat. Oleh itu, cabaran utama ialah menegakkan perpaduan wilayah.
Ini merupakan hal yang sangat penting. Persoalan utama ialah bagaimana
memindahkan kesetiaan dari pusat lama ke pusat baharu, iaitu mengalihkannya
dari wilayah atau kepada negara. Persekutuan Malaysia gagal dalam ujian awal ini
apabila Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1966, lebih kurang
tiga tahun selepas negara baharu itu ditubuhkan. Cabaran perpaduan wilayah bagi
sebuah negara yang mengamalkan sistem persekutuan adalah semula jadi. Ini
adalah kerana sistem ini mempunyai banyak kuasa pusat. Justeru, persaingan kuasa
antara kerajaan pusat dan negeri pasti timbul dari masa ke masa. Di Malaysia, hal
ini didorong apabila ada beberapa negeri mempunyai lebih kuasa yang sekaligus
meningkatkan autonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada pusat.
Masalah ini universal kerana mana-mana negara yang mengamalkan sistem ini
berhadapan dengan masalah yang sama. Masalah bertambah runcing apabila
perbalahan kuasa didorong pelbagai faktor seperti agama, bahasa, bangsa dan
etnik. Di Kanada gerakan pemisah wilayah Quebec timbul tenggelam dan suatu
ketika itu, Kerajaan Kanada berhadapan dengan referendum pada 1980 dan 1995.
Namun rakyat Kanada di Wilayah Quebac, yang berbahasa Perancis, menolak
perpisahan dengan Kanada dengan undian tipis, iaitu lebih kurang 50.6% menolak
berbanding 49.4% menyokong keluar Kanada. Undian adalah berdasarkan kepada
undian pengundi berdaftar. India pernah mengalami masalah serupa apabila India
berpecah dan beberapa negara baharu lahir seperti Pakistan dan Bangladesh pada
1950an. Pada 2002, negara baharu Timor-Leste merdeka dari Indonesia. Negara
ini terdiri daripada ramai penganut Kristian bermazhab Katolik berbanding Aceh

120
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

yang terdiri daripada majoriti orang Islam dan telah lama mempunyai hubungan
yang tegang dengan Jakarta kerana sering menuntut autonomi.

7.4.2 Konflik Dalaman


Sejarah 44 tahun kewujudan Persekutuan Malaysia mempunyai banyak sejarah
pergeseran antara pemimpin dan kerajaan pusat dengan negeri. Pertama, pergeseran
ini telah menyebabkan Singapura meninggalkan Persekutuan pada 1966. Masalah
yang meruncingkan hubungan Singapura dalam Persekutuan ialah pemimpin
Singapura tidak dapat menerima kedudukan dan kepimpinan mereka yang
terancang dan berdasarkan amalan kerjasama dan akomodasi yang sudah dibina
antara UMNO, MCA dan MIC. Kedua, hubungan kerajaan pusat dengan kerajaan
negeri khasnya di antara Kuala Lumpur dengan Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur
dengan Kuching hangat pada awal penubuhan Malaysia. Di Sarawak, ia telah
melibatkan perbalahan di antara Tunku Abdul Rahman dengan Stephen Kalong
Ningkan. Perbalahan ini telah mengundang kepada penggunaan kuasa darurat
bagi menjatuhkan Kalong Ningkan dan menggantikan beliau dengan barisan
pemimpin negeri yang lebih disenangi Kuala Lumpur. Ketiga, masalah hubungan
pusat-negeri di Sabah menyebabkan penajaan parti Berjaya untuk menumbangkan
USNO pada 1975, sebuah komponen BN. Parti itu berjaya ditubuhkan oleh bekas
ahli USNO dan digunakan untuk menumbangkan USNO. Apabila Berjaya ingkar
Kuala Lumpur, PRS ditaja untuk menumbangkannya pada tahun 1984. PRS adalah
pihak lawan BN di Sabah dan ia berjaya memerintah Sabah selama empat penggal
berturut-turut sebelum jatuh pada 1994. Keempat, ketegangan hubungan pusat-
negeri juga pernah menyaksikan penggunaan kuasa darurat bagi kali kedua pada
1977 untuk menjatuhkan ketua kerajaan negeri, Mohd Nasir di Kelantan pada
1977. Sejak itu, Kelantan diperintah BN dan PAS secara bergilir. Dari 1977, BN
memerintah Kelantan sehingga Kelantan jatuh semula kepada PAS pada 1990. Pada
suatu ketika, kerajaan Terengganu pernah juga diketuai PAS seperti pada 1999 bagi
satu penggal sahaja. Kelima, sejak petengahan 2000an, ramai negeri jatuh ke parti
lawan BN seperti Selangor yang dimenangi parti baharu, PKR pada pilihanraya
2004 dan 2008, Penang oleh DAP pada pilihanraya 2004 dan 2008 manakala
Perak pada 2004. Walau bagaimanapun, Perak jatuh semula kepada BN apabila
selepas pilihan raya 2005 disebabkan beberapa ahli parti perikatan DAP-PAS-PKR
melompat parti. Sejarah pergeseran politik yang dihuraikan di atas menunjukkan
kitaran pemerintahan antara BN dan lawannya yang terdiri daripada DAP, PAS,

121
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan PKR. Ia juga menunjukkan ada isu kepentingan dalam proses pemerintahan
sistem persekutuan yang menyebabkan kebangkitan ketidakpuasan hati rakyat di
negeri-negeri berkenaan. Walaupun hal ini biasa dalam sistem persekutuan, namum
kekerapan kerajaan bersilih-ganti menunjukkan sistem persekutuan mempunyai
isu penting untuk diberi perhatian bagi mengurangkan polimik politik dan jurang
perpaduan politik.

RUMUSAN
Sistem persekutuan yang diamalkan di Malaysia memberi ruang untuk setiap
negeri memperkukuhkan hubungan semasa anggota negeri dan kerjasama di antara
negeri dan pusat dalam persekutuan. Apa yang perlu difahami ialah bahawa semua
peruntukan dalam perlembagaan bukan suatu yang ditulis atas batu. Ini bermakna
mana-mana peruntukan boleh dikaji semula dan diubah bagi memperbaiki dan
memperkukuh lagi sistem persekutuan demi mengeratkan perpaduan dan integrasi
nasional. Perlembagaan dan peruntukan seperti sudah dibincangkan mengenai
pelbagai aspek menjelaskan apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku sedemikian,
tetapi ini tidak membantu proses maju ke hadapan. Bagi tujuan ke hadapan, semua
unit dalam persekutuan termasuk rakyat harus berpegang kepada sikap terbuka
untuk berbincang bagaimana apabila perlunya perlembagaan diperkukuhkan untuk
meningkatkan lagi perpaduan antara pusat dan negeri dan antara rakyat dalam
negara.

SEMAKAN KENDIRI
1. Setiap pelajar perlu membuat refleksi tentang pemahaman mereka
terhadap tajuk ini.

2. Pelajar diminta berdebat tentang cabaran sistem federalisme di


Malaysia.

3. Mengadakan kuiz tentang pembahagian kuasa antara kerajaan pusat


dan negeri.

122
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Cabaran kerajaan persekutuan Persekutuan Malaysia


Hubungan kerajaan pusat dan negeri

SOALAN DALAM TEKS


1. Bahas dan bandingkan konsep kesatuan, konfederasi dan federalisme.

2. Bincangkan pelaksanaan salah satu sistem kerajaan/pemerintahan di


bawah:
• Negeri-negeri Melayu Bersekutu
• Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
• Kesatuan Malaya
• Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
• Kerajaan Brooke

3. Huraikan perkara di bawah.


• Dua puluh Perkara
• Kedudukan Istimewa Melayu/Bumiputera Sabah & Sarawak
• Perjanjian Malaysia

4. Pilih detik ketegangan dalam hubungan pusat dan negeri dan huraikan
punca dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya.

123
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUJUKAN
Hanna, W.A. (1964). The formation of Malaysia: New factor in world politics. NY:
American Field Staff, Inc.
M a l a y s i a A g r e e m e n t , ( 1 9 6 3 . Dimuat turun daripada https://
treaties.un.org/doc/Publication/UNTS/Volume%20750/v750.pdf
Mohd. Noordin Sopiee. (1974). From Malayan Union to Singapore separation. K.L.:
University of Malaya Press.
Perlembagaan Malaysia. (1963). 1st edition. Dimuat turun dari https://legal.usm.my/v3/
phocadownload/laws/Perlembagaan_Persekutuan.pdf
Ryan, N.J. (1967). The making of modern Malaysia: A history from earliest times to 1966.
K.L.: Oxford University Press.
Tregonning, K.G. (1965). A history of modern Sabah: North Borneo, 1881-1963. Singapore
& K.L.: University of Malaya Press.

124
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 8 Badan Eksekutif


Jayum Jawan

PENGENALAN
Dalam doktrin pengasingan kuasa sesebuah negara, terdapat tiga badan
pemerintahan utama iaitu eksekutif atau kabinet, perundangan atau parlimen dan
kehakiman atau judisiari. Unit ini akan membincangkan secara ringkas badan
eksekutif, atau juga dikenali sebagai badan pemerintah. Ia adalah satu daripada tiga
cabang utama badan pemerintahan dalam negara Malaysia, selain perundangan
dan kehakiman.

OBJEKTIF
1. Membincangkan secara ringkas sejarah badan ini dalam pemerintahan negeri-
negeri di Malaysia sebagai latar belakang.

2. Menghuraikan bahagian utama badan eksekutif seperti Perdana Menteri,


Jemaah dan Menteri, dari segi tugas dan fungsi setiap satu dalam pemerintahan.

3. Meneliti secara ringkas sistem birokasi seperti perkhidmatan awam persekutuan


dan beberapa badan-badan persekutuan yang berkaitan dengan badan ini.

ISI PENTING
8.1 Sejarah Ringkas
Badan eksekutif adalah badan pelaksana dalam sebuah negara. Ia adalah satu
daripada tiga badan pemerintahan. Yang dua lagi ialah badan perundangan
atau parlimen dan badan kehakiman atau judisiari. Ketiga-tiga badan ini saling
melengkapi antara satu sama lain dalam pemerintahan negara. Sejarah badan
eksekutif boleh dikaitkan dengan pewujudan sistem ahli pada 1951 di Persekutuan
Malaya. Badan ini diwujudkan atas permintaan tempatan untuk mendapat latihan
memerintah dan sebagai persediaan untuk pemerintahan sendiri. Pada Jadual 8.1

125
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

di bawah adalah senarai ahli Sistem Ahli yang wujud antara 1951-1955. Setiap
ahli mengetuai sebuah jabatan yang ditugaskan untuk mengurus suatu bidang
tugas. Disebabkan Persekutuan Malaya belum merdeka ketika itu, maka ahli ini
bertanggungjawab kepada Pesuruhanjaya Tinggi British.

Jadual 8.1 Sistem Ahli, 1951-1955

Jabatan/Tugas Ahli
Dalam Negeri Dato’ Onn Jaafar
Ekonomi O.A. Spencer
Pertanian & Perhutanan Tunku Yaakob
Kesihatan Dr. Lee Tiang Keng
Pelajaran E.E.C. Thuraisingham
Perindustrian & Sosial J.D. Hodgkinson
Perumahan & Kerja Raya J.D. Mead

Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/sistem-ahli1 (30 Januari 2017)

Pada 1955, setelah Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC
memenangi 51 daripada 55 kerusi yang dipertandingkan, Tunku Abdul Rahman
dilantik menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana Malaya masih belum merdeka lagi,
maka Perdana Menteri dan ahlinya bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya British.
Jadual 8.2 adalah komposisi Jemaah Tunku Abdul Rahman selepas pilihanraya
1955.

Selain kewujudan sistem ahli di Persekutuan Malaya, pelbagai kaedah telah


disaksikan tentang bagaimana elemen tempatan cuba diserapkan dalam
pemerintahan awal di Negeri-negeri Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak.
Sebahagian penglibatan awal dalam pentadbiran ini adalah keperluan mendapat
sokongan dan input tempatan supaya kuasa yang memerintah mudah menjalankan
tugas pentadbiran dan ada juga yang berkait dengan usaha mewujudkan pelapis
dari kalangan tempatan untuk mengisi jawatan terendah dalam pentadbiran awal
Inggeris, Brooke dan Syarikat Berpiagam, Borneo Utara. Dalam semua penglibatan
ini, latihan dalam pelbagai bentuk dan tahap ilmu pentadbiran diturunkan kepada
pelatih. Perkara ini telah sedikit sebanyak membantu proses kesedaran, mendapat
latihan yang kemudian dimanfaatkan dalam proses ke arah pemerintahan dan
berkerajaan sendiri.

126
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 8.2 Jemaah Menteri, 1955

Jabatan/Tugas Ahli
Ketua Menteri/Dalam Negeri Tunku Abdul Rahman
Pengangkutan H.S. Lee
Sumber Asli Ismail Abdul Rahman
Pelajaran Abd Razak Hussein
Pertanian Abdul Aziz Ishak
Kerajaan Tempatan, Perumahan & Sulaiman Abdul Rahman
Perancangan Bandar
Buruh V.T. Sambanthan
Kerja Sardon Jubir
Kesihatan Leong Yew Koh
Komunikasi, Telekomunikasi & Pos Ong Yoke Lin

Sumber: http://www.arkib.gov.my/web/guest/kabinet-pertama-malaysia3 (30 Januari 2017)

8.2 Bahagian Pentadbiran Eksekutif


Bahagian ini akan membincangkan beberapa elemen penting dalam badan eksekutif,
dan menghuraikan secara ringkas peranan setiap satu. Jemaah terdiri daripada para
menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Setiausaha Jemaah adalah pegawai
ex-officio, iaitu Ketua Setiausaha Negara dari perkhidmatan persekutuan.

8.2.1 Yang di-Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Baginda juga adalah ketua badan
pemerintah termasuk bagi Badan Eksekutif. Dalam Perkara 39, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksekutif persekutuan pada tangan Yang di-
Pertuan Agong. Sebagai Ketua Badan Eksekutif, perlembagaan memperuntukkan
beberapa peranan yang perlu dijalankan oleh Baginda. Pertama, perkara 40(2)
memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melantik Perdana
Menteri. Pelantikan seorang Perdana Menteri adalah dilantik di bawah kuasa budi
bicara Baginda. Mengikut Perkara 43(2) Perdana Menteri adalah ketua kerajaan
yang pertama dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas setiap pilihan raya
parlimen. Mengikut amalan demokrasi berparlimen, seorang Perdana Menteri
akan dilantik oleh Ketua Negara dari kalangan seorang ahli Dewan Rakyat yang
pada pandangan Baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan berkenaan.

127
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Lazimnya, seorang ahli Dewan Rakyat yang mempunyai sokongan majoriti di


Dewan berkenaan ialah seorang ketua sebuah parti atau parti perikatan yang telah
memenangi majoriti kerusi Dewan Rakyat pada pilihan raya umum. Kedua, Pekara
43(1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong juga dikehendaki melantik
Jemaah Menteri untuk menasihati beliau dalam menjalankan kuasa eksekutif
Baginda. Perkara 43(2[b]) memperuntukkan bahawa dalam melantik ahli Jemaah
Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut nasihat Perdana Menteri.
Para menteri yang dilantik boleh dari kalangan ahli mana-mana Majlis Parlimen.
Ketiga, Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 40(2[b]) memperuntukkan
kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan
permintaan pembubaran parlimen. Lazimnya, permintaan ini datang daripada
seorang Perdana Menteri kerana sebab-sebab seperti berikut: (a) Perdana Menteri
hilang majoriti di Dewan Rakyat kerana, dan ini mungkin ditunjukkan melalui suara
dalam Dewan Rakyat atau di luar di mana sejumlah ahli partinya beralih sokongan;
atau (b) beliau meminta supaya parlimen dibubarkan kerana ingin mengadakan
pilihanraya umum. Dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Eksekutif, Yang di-
Pertuan Agong mempunyai dua jenis kuasa yang mendasari tindakan Baginda: (1)
nasihat dan (2) budi bicara. Namun dalam kedua-dua hal ini, Baginda dikehendaki
untuk menerima nasihat atas tindakan Baginda, sementara kuasa budi bicara dalam
melantik Perdana Menteri adalah tertakluk kepada kelaziman amalan demokrasi
berparlimen.

8.2.2 Perdana Menteri


Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang pertama dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong selepas setiap pilihan raya umum. Ini diperuntukkan oleh Perkara 40(2[a])
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Mengikut amalam demokrasi berparlimen,
seorang Perdana Menteri akan dilantik oleh Ketua Negara dari kalangan seorang
ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan Baginda mempunyai sokongan majoriti
di dewan berkenaan. Lazimnya, seorang ahli Dewan Rakyat yang mempunyai
sokongan majoriti di Dewan berkenaan ialah seorang ketua sebuah parti atau
parti perikatan yang telah memenangi majoriti kerusi Dewan Rakyat pada pilihan
raya umum. Pada pilihanraya 2013, Pengerusi Barisan Nasional telah dilantik
sebagai Perdana Menteri kerana parti yang dipimpin beliau telah memenangi
majoriti kerusi di Dewan Rakyat. Kelayakan ini telah pun diumumkan pada malam
penghitungan undi oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya sebaik sahaja jumlah

128
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kerusi yang dimenangi BN melepasi paras majoriti minima, iaitu setelah mencapai
113 kerusi. Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi. Di Malaysia dan pada pilihan
raya umum parlimen sejak 1964, peranan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik
Perdana Menteri adalah jelas dan mudah kerana Parti Perikatan dan kemudiannya
selepas 1976, BN telah menang setiap pilihanraya dengan jumlah dan majoriti yang
jelas, iaitu dua pertiga dalam kebanyakan pilihan raya parlimen dan pada masa
lain, dengan jumlah majoriti mudah yang juga jelas. Sehingga pilihanraya 2013,
kerajaan persekutuan Malaysia telah diketuai oleh seramai enam orang Perdana
Menteri seperti Jadual 8.3.

Jadual 8.3 Perdana Menteri Malaysia

Tempoh Tahun Perdana Menteri


7 1963-1970 Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
6 1970-1976 Tun Abdul Razak Hussein
5 1976-1981 Tun Hussein Onn
22 1981-2003 Tun Dr Mahathir Mohamad
6 2003-2009 Tun Abdullah Ahmad Badawi
8+ 2009-sekarang Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak

Perdana Menteri adalah jawatan paling penting dan mempunyai banyak kuasa di
samping mempunyai banyak tarikan atau patronage. Pertama, seorang Perdana
Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna agenda pembangunan negara
ditentukan olehnya. Segala perancangan dan pengagihan perbelanjaan negara
juga turut ditentukan oleh seorang Perdana Menteri. Ini jelas apabila beberapa
Perdana Menteri turut memegang portfolio kewangan walaupun kuasa beliau
sebagai Perdana Menteri sudah melintasi semua kementerian. Dalam tugas ini,
beliau berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pentadbiran
negara. Kedua, seorang Perdana Menteri juga merupakan ketua parti pemerintah,
sama ada beliau mengetuai sebuah parti atau sebuah perikatan yang dianggotai
pelbagai parti. Justeru, kedudukan ini juga memberi kuasa kerana ahli Jemaah
ditentukan oleh beliau. Peruntukan perlembagaan telah menyatakan dengan jelas
bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik ahli Jemaah atas nasihat
Perdana Menteri. Oleh itu, semua ketua komponen BN ingin rapat dengan beliau
untuk memberi mereka kelebihan untuk meminta agihan dalam Jemaah dan lain-
lain lantikan yang dijalankan oleh Perdana Menteri. Jadual 8.4 adalah Jemaah

129
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Menteri di bawah kepimpinan Perdana Menteri Mohamad Najib Tun Abdul Razak.
Pada 2017, Jemaah Menteri di bawah kepimpinan Mohd Najib mempunyai 35
anggota yang bertanggungjawab mengurus 25 kementerian, termasuk sembilan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dua Menteri Kewangan dan dua Menteri
Perdagangan Antarabangsa & Industri. Daripada sejumlah itu, 20 orang ahli
Jemaah Menteri adalah dari parti UMNO, termasuk tiga dari UMNO Sabah. Tiga
lagi orang ahli Jemaah Menteri dari Sabah mewakili tiga parti komponen dan BN
dari sabah. Sementara itu, enam ahli Jemaah Menteri adalah dari Sarawak yang
terdiri daripada empat wakil PBB dan setiap satu mewakili PRS dan SUPP. Tiga
orang ahli Jemaah Menteri adalah mewakili MCA, dan satu mewakili Gerakan,
satu mewakili MIC dan seorang lagi pada masa lantikan adalah parti bebas. Selain
ahli Jemaah, Perdana Menteri juga mempunyai kuasa untuk melantik sejumlah
timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik dan bilangan ini
ditentukan oleh beliau berdasarkan pertimbangan dan keperluan yang difikirkan
munasabah ketika itu.

Jadual 8.4 Jemaah Menteri, 2017

Parti Kementerian Nama


UMNO Perdana Menteri/Kewangan I Mohd Najib Abdul RAzak
UMNO Tim. Perdana Menteri/Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi
UMNO Pertanian & Industri Asas Tani Ahmad Shabery Cheek
UMNO Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said
UMNO Perdagangan Dalam Negeri, Kooperatif & Hamzah Zainudin
Kepenggunaan
UMNO Pertahanan Hishamuddin Tun Hussein
UMNO Pendidikan Tinggi Idris Jusoh
UMNO Pembangunan Luar Bandar & Wilayah Ismail Sabri Yaakob
UMNO Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom
UMNO Kewangan II Johari Abdul Ghani
UMNO Pendidikan Mahdzir Khalid
UMNO Pelancongan & Budaya Mohamed Nazri Abdul Aziz
UMNO Perdagangan Antarabangsa & Industri Mustapha Mohamed
UMNO Kesejahteraan bandar, Perumahan & Noh Omar
Kerajaan Tempatan
UMNO Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim
UMNO Wilayah Persekutuan Tengku Adnan T. Mansor

130
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 8.4

UMNO Belia & Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar


SABAH/ Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan
UMNO
SABAH/ Hubungan Luar Anifah Aman
UMNO
SABAH/ Komunikasi & Multimedia Salleh Said
UMNO
SABAH/ Tenaga, Teknologi Hijau & Ai Maximus J. Ongkili
PBS
SABAH/ Jabatan Perdana Menteri Joseph Kurup
PBRS
SABAH/ Sains, Teknologi & Innovasi Wilfred Madius Tangau
UPKO
SWAK/ Kerja Raya Fadillah Yusof
PBB
SWAK/ Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri
PBB
SWAK/ Wanita, Keluarga & Pembangunan Rohani Abdul Karim
PBB Komuniti
SWAK/ Sumber Asli & Alam Sekitar Wan Junaidi T. Jaafar
PBB
SWAK/ Jabatan Perdana Menteri Joseph Entulu Belaun
PRS
SWAK/ Sumber Manusia Richard Riot Jaem
SUPP
MCA Pengangkutan Liow Tiong Lai
MCA Jabatan Perdana Menteri Wee Ka Siong
MCA Perdagangan Antarabangsa & Industri II Ong Ka Chuan
MIC Kesihatan S. Subramaniam
Gerakan Industri Perladangan & Komoditi Mah Siew Keong
BEBAS Jabatan Perdana Menteri Paul Low Seng Kwan

Sumber: http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=cabinet&page=1797, (29 Januari 2017).

131
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Ketiga, Perdana Menteri juga berkuasa melantik sejumlah ahli mewakili kepentingan
kerajaan dalam pelbagai syarikat milik kerjaaan, berkaitan kerajaan dan juga ketua
bagi badan-badan berkanun. Contoh syarikat dan badan yang dimaksudkan dan
yang mudah dikenali umum ialah seperti: Kumpulan CIMB, Penerbangan Malaysia,
Sime Darby, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, FELDA, SPAD (Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat), LKM (Lembaga Koko Malaysia), LKIM (Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia), IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dan Petronas.
Keempat, Perdana Menteri juga merupakan pegawai diplomatik utama negara.
Ini bermakna beliau mewakili negara dan menentukan hala tuju hubungan negara
dengan negara asing, dan mewakili negara dalam hal dan urusan utama berkaitan
peranan dan penglibatan Malaysia di pertubuhan serantau dan antarabangsa
seperti di OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam), ASEAN (Pertubuhan Negara-
negara Asia Tenggara) dan PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Dalam hal
ini, Perdana Menteri juga boleh menentukan pelantikan wakil negara ke negara
luar walaupun sebahagian wakil itu dilantik melalui saluran perkhidmatan awam.
Namun beberapa lantikan pada masa lalu pernah dilakukan atas pertimbangan
politik seperti pelantikan wakil negara ke New Zealand, Indonesia dan Amerika
Syarikat pada masa-masa tertentu. Kelima, Perdana Menteri menapis calon untuk
lantikan dalam kebanyakan jawatan awam dan politik seperti ahli Dewan Negara,
mahkamah dan suruhanjaya. Ahli Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong, tetapi calonnya ditentukan oleh Perdana Menteri. Pada 2017, keahlian
Dewan Negara adalah seramai 68 orang dan ringkasan berdasarkan parti adalah
seperti Jadual 8.5. Setiap Dewan Undangan Negeri memilih 2 orang ahli untuk
mewakili negeri berkenaan dalam Dewan Negara. Selebihnya ahli dewan dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan, iaitu Perdana Menteri.

Jadual 8.5 Keahlian Dewan Negara, 2017

Jumlah Pilihan DUN Lantikan YDP Parti


30 10 20 UMNO
10 5 5 MCA
6 0 6 MIC
6 0 7 Lain-lain parti#
4 0 4 Individu*
3 3 0 PKR
4 4 0 PAS

132
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 8.5

1 1 0 DAP
2 2 0 PBB
1 1 0 UPKO
68 26 42 Jumlah

Sumber: www.parlimen.gov.my (Januari 29, 2017)

Note: #LDP, PBS, PPP, MIUP, Gerakan, KIMM, SUPP. *India, Cina, Melayu & Orang Asli

Dari hujah di atas, maka jelas jawatan Perdana Menteri yang merupakan seorang
ketua parti pemerintah atau kerajaan adalah paling penting dan berkuasa kerana
pelbagai kedudukan yang dimainkan.

8.2.3 Jemaah Menteri


Jemaah Menteri adalah sebuah badan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
Persekutuan Malaysia untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan
tugas Baginda sebagai Ketua Eksekutif. Perkara 40(1) juga menyatakan bahawa
Jemaah boleh mewakilkan kuasa ini kepada seorang Menteri bagi menjalankan tugas
Jemaah ini. Melalui badan ini juga, Yang di-Pertuan Agong berhak mendapatkan
apa-apa maklumat yang boleh diperolehi oleh Jemaah. Jemaah Menteri mempunyai
kuasa jelas berkaitan peranan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong. Melalui
Perkara 40(1[A]), Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menerima dan bertindak
mengikut nasihat yang diberikan. Peruntukan ini dengan jelas berbunyi:

“ …Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat


atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima
dan bertindak mengikut nasihat itu.” (Perkara 40[1(A)]).

Perkara 43(1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki


melantik Jemaah Menteri untuk menasihati Baginda dalam pengurusan kerajaan.
Ahli Jemaah adalah lantikan kedua yang perlu dilakukan oleh Baginda selepas
melantik Perdana Menteri. Pelantikan ahli Jemaah Menteri dibuat atas nasihat
dan cadangan dari Perdana Menteri. Ahli Jemaah boleh dilantik dari kalangan
mana-mana satu Majlis Parlimen, sama ada dari kalangan ahli Dewan Rakyat atau
Dewan Negara. Beberapa perkara yang perlu difahami mengenai Jemaah Menteri
adalah seperti berikut. Pertama, ahli Jemaah Menteri memegang jawatan selama

133
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, mereka boleh


meletak jawatan pada bila-bila masa. Kedua, Jemaah Menteri bertanggungjawab
secara bersama kepada parlimen. Sehubungan ini, setiap Menteri perlu menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan hal-hal di bawah kementerian mereka.
Berkaitan dengan ini juga, adalah tersirat bahawa keputusan Jemaah tidak boleh
dibantah oleh mana-mana ahli di luar mesyuarat dan secara etikanya apabila ada
ahli yang tidak bersetuju dengan keputusan Jemaah, maka beliau perlu meletak
jawatan. Ketiga, Jemaah Menteri hendaklah dianggap telah meletak jawatan
mereka secara beramai-ramai dan automatik apabila Perdana Menteri hilang
jawatannya atas apa sebab sahaja. Ini boleh berlaku kerana Perdana Menteri hilang
kepercayaan di Dewan Rakyat atau setelah parlimen dibubarkan. Apabila parlimen
dibubarkan, maka Jemaah Menteri bertukar jenama kepada “Jemaah Sementara”
atau “Jemaah Penjaga”, sehingga Jemaah baharu dilantik. Keempat, semua ahli
Jemaah Menteri perlu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan
Agong. Keenam, tugas Menteri ialah membawa rang undang-undang kerajaan
berdasarkan Perkara 67, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ketujuh, seorang
ahli Jemaah lazimnya adalah ketua bagi sebuah kementerian, kecuali mereka yang
ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri. Mereka yang ditugaskan di sini akan diberi
tugas spesifik dari masa ke masa oleh Perdana Menteri.

8.2.4 Timbalan Menteri


Menteri akan dibantu oleh Timbalan Menteri. Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
timbalan-timbalan menteri dari kalangan mana-mana satu Majlis Parlimen.
Lantikan dibuat atas nasihat Perdana Menteri. Dalam menjalankan tugas Menteri,
maka Timbalan Menteri akan mempunyai segala kuasa Menteri. Seperti Menteri,
Timbalan Menteri boleh meletak jawatan pada bila-bila masa dan boleh juga
dilucutkan jawatan mereka oleh Perdana Menteri.

8.2.5 Setiausaha Parlimen


Setiausaha parlimen dilantik dari kalangan mana-mana satu ahli Majlis Parlimen
bagi membantu Menteri dan Timbalan Menteri. Jawatan ini dilantik oleh Perdana
Menteri dan mereka boleh dilantik dari kalangan mana-mana satu ahli Majlis
Parlimen. Apabila menjalankan tugas membantu Menteri dan Timbalan Menteri,
maka Setiausaha Parlimen mempunyai segala kuasa Menteri dan Timbalan Menteri.

134
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mereka boleh ditamatkan jawatan oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa dan
mereka juga boleh meletak jawatan pada bila-bila masa. Setiausaha Parlimen perlu
mengangkat sumpah jawatan dan simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri.

8.2.6 Setiausaha Politik


Perdana Menteri boleh melantik apa-apa bilangan ke jawatan Setiausaha Politik
yang tidak terikat kepada syarat mesti menjadi ahli mana-mana satu Majlis
Parlimen. Mereka memegang jawatan sehingga masa pelantikan mereka ditamatkan
oleh Perdana Menteri. Tugas dan fungsi mereka ditentukan oleh Jemaah Menteri.
Setiap Kementerian mempunyai seorang Setiausaha Politik dan beberapa pegawai
lain yang lazimnya dipilih oleh Menteri seperti pegawai khas, pegawai akhbar
dan pengiring keselamatan. Kecuali pengiring keselamatan yang lazimnya terdiri
dari anggota pasukan keselamatan, pegawai-pegawai lain biasanya dilantik dari
kalangan pembantu politik setiap menteri yang membantu menteri menjalankan
tugas politik di kawasan dan di kementerian.

8.2.7 Setiausaha Jemaah Menteri


Setiausaha Jemaah Menteri ialah Ketua Setiausaha Negera. Jawatan ini juga
merupakan ketua perkhidmatan awam persekutuan dan merupakan pegawai ex-
officio bagi Jemaah.

8.3 Birokrasi Awam Persekutuan


8.3.1 Kementerian
Pada 2017, Malaysia mempunyai 24 kementerian persekutuan dan ini tidak
termasuk Jabatan Perdana Menteri. Ini selaras dengan 24 jawatan menteri yang
dilantik. Setiap kementerian diketuai oleh seorang pentadbir yang bergelar Ketua
Setiausaha (KSU). KSU dilantik dari kalangan pegawai perkhidmatan persekutuan,
iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik. Sebuah kementerian boleh mempunyai
sekurang-kurangnya satu dan ada yang mempunyai sehingga tiga Timbalan KSU
dan beberapa Ketua Pengarah bagi setiap unit yang diwujudkan dalam sebuah
kementerian. Jadual 8.6 menggambarkan struktur sebuah kementerian, iaitu
Kementerian Pengajian Tinggi.

135
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 8.6 Struktur Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri
Timbalan Menteri
Ketua Setiausaha (KSU)
Timbalan KSU (Pengurusan) Timbalan KSU (Pembangunan)
Pengarah Bhg: 13 / Ketua Unit: 4 / Setiausaha Bahagian: 1
Setiusaha Bahagian Ketua Unit Pengarah Bahagian

1 4 13
Ketua Pengarah Ketua Pengarah Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Kolej (Jabatan Pendidikan (Jabatan Pendidikan


Komuniti) Politeknik) Tinggi)
Ketua Pengarah Ketua Pengarah Ketua Pengarah

(Jabatan Pendidikan Kolej (Jabatan Pendidikan (Jabatan Pendidikan


Komuniti) Politeknik) Tinggi)
Timbalan Ketua Pengarah Timbalan Timbalan Timbalan Timbalan
Ketua Ketua Ketua Ketua
Pengarah Pengarah Pengarah Pengarah

(Strategik) (Operasi) (IPTS) (IPTA)


Pengarah Bahagian Pengarah Bahagian Pengarah Bahagian

7 14 12

Sumber: https://app.mohe.gov.my/dirkpt/index.php?jabatan=KPT (Januari 29, 2017)

8.3.2 Suruhanjaya
Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 132 memperuntukkan
beberapa Suruhanjaya ditubuhkan bagi perkhidmatan-perkhidmatan awam
seperti: (a) angkatan tentera, (b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan,
(c) perkhidmatan awam am persekutuan, (d) pasukan polis, (f) perkhidmatan
bersama persekutuan dan satu negeri atau lebih atau, atas permintaan negeri-negeri
berkenaan, (g) perkhidmatan awam setiap negeri, dan (h) perkhidmatan pendidikan.
Umumnya, anggota Suruhanjaya dilantik berdasarkan Perkara 143 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, dan ditetapkan: (1) anggota dilantik bagi tempoh 5 tahun
oleh Yang di-Pertuan Agong setelah menimbangkan nasihat Perdana Menteri; (2)
ahli boleh dilantik semula kecuali hilang kelayakan; (3) ahli boleh meletakkan

136
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

jawatan pada bila-bila masa; (4) ahli tidak boleh dilucutkan jawatan kecuali atas
alasan dan mengikut cara seperti (melucutkan jawatan) seorang hakim Mahkamah
Persekutuan; (5) saraan ditetapkan oleh Parlimen; (6) saraan dan terma lain
jawatan tidak boleh diubah menjadi kurang baik daripada sedia ada/dipakai semasa
lantikan pertama. Tugas utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam disenaraikan
oleh Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti berikut: melantik,
mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen,
menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas
anggota-anggota perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi
oleh bidang kuasanya.

RUMUSAN
Badan eksekutif adalah badan yang menguruskan pentadbiran harian negara. Ia
menetapkan hala tuju negara melalui peranannya yang menentukan dasar yang
akan diikuti untuk membawa negara ke arah dan matlamat yang ditetapkan olehnya.
Jemaah ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang merupakan pegawai utama
badan ini. Ini adalah jawatan penting kerana sebagai Ketua Jemaah, Perdana
Menteri memainkan peranan menasihati Yang di-Pertuan Agong yang merupakan
kuasa de jure badan eksekutif tetapi mengikut peruntukan dan pindaan berkaitan
Perlembagaan Persekutuan, kuasa de facto duduk pada tangan penasihat kerana
apabila nasihat sudah diberikan, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak
mengikut nasihat yang diberikan setelah menerima dan menimbangkannya. Ini
tidak bermakna seorang Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak kerana banyak
lagi sekatan dan semakan masih boleh dilakukan dalam sistem yang diamalkan di
Persekutuan Malaysia. Parti pemerintah yang diketuai seorang Perdana Menteri
Malaysia terdiri daripada 13 buah parti komponen, dan pakatan ini boleh menjadi
semakan dan penawar kepada kuasa melulu sekiranya ia berlaku. Prinsip keputusan
bersama dan tanggungjawab bersama yang mendasari BN menjamin bahawa kuasa
berpusat dapat ditegah demi kebaikan negara yang berbilang etnik seperti Malaysia.

137
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI
1. Setiap pelajar perlu membuat peta minda tentang bahagian pentadbiran
eksekutif.

2. Pelajar diarahkan membuat nota ringkas mengenai perkara berikut:


- Sistem Ahli - Menteri
- Ketua Setiausaha Negara - Badan berkanun

KATA KUNCI

Pentadbiran Eksekutif Birokrasi Sistem pentadbiran negara

SOALAN DALAM TEKS


1. Bincangkan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Badan
Eksekutif.

2. Bincangkan tiga peranan utama Perdana Menteri yang menyebabkan


kedudukan itu amat berkuasa dalam politik negara.

3. Pilih seorang Perdana Menteri dan huraikan sumbangan utama beliau


dalam politik negara.

RUJUKAN
Kabinet pertama Malaysia. Dimuat turun dari http://www.arkib.gov.my/web/guest/kabinet-
pertama-malaysia3.
Members of Cabinet. Dimuat turun dari http://www.pmo.gov.my/home/
php?menu=cabinet&page=1797

138
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Memorandum dan pekeliling Sistem Ahli. (1951). Dimuat turun dari http://www.arkib.gov.
my?web/guest/sistem-ahli1
Perlembagaan Malaysia. (1963). 1st edition. Dimuat turun dari https://legal.usm.my/v3/
phocadownload/laws/Perlembagaan_Persekutuan.pdf
____. Dimuat turun dari http://www.parlimen.gov.my (Januari 29, 2017)
____. Dimuat turun dari https://app.mohe.gov.my/dirkpt/index.php?jabatan=KPT (Januari
29, 2017).

139
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 9 Badan Perundangan


Ku Hasnita Ku Samsu

PENGENALAN
Unit ini menerangkan institusi kedua pemerintahan negara iaitu badan perundangan.
Pada peringkat awal, perbincangan dimulakan dengan pengertian perundangan
serta sumbernya terlebih dahulu supaya pelajar mendapat gambaran awal tentang
badan tersebut. Kemudian, perbincangan diteruskan dengan meneliti badan
perundangan, struktur dan institusi badan perundangan serta proses penggubalan
undang–undang.

OBJEKTIF
1. Menerangkan peranan badan perundangan.

2. Mengetahui struktur dan institusi badan perundangan Malaysia.

3. Menghuraikan proses penggubalan undang–undang.

ISI PENTING
9.1 Pengertian Perundangan
Umum mengetahui punca perundangan negara bersumberkan institusi Parlimen.
Profesor Dicey dalam buku `The Law of the Constitution’ merumuskan
perlembagaan terbahagi kepada dua prinsip iaitu prinsip Kedaulatan Parlimen
dan Kedaulatan Undang-undang di mana kedua-dua prinsip inilah menjadi
teras bagaimana sesebuah negara diuruskan. Manakala Tun Mohd Salleh Abbas
menjelaskan perlembagaan mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi
mewujudkan sebuah negara moden. Sehubungan itu, Parlimen memperoleh kuasa
bersumberkan perlembagaan. Maka, Parlimen turut tertakluk kepada kehendak-
kehendak perlembagaan. Oleh itu, adalah releven untuk kita meneliti susur galur
makna perundangan serta sumber-sumber dan jenis-jenis perundangan di negara
kita sebelum dicerakinkan berkaitan peranan institusi parlimen.

140
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Perundangan merupakan semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku


yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Oleh itu, undang-undang
adalah satu set peraturan untuk mentadbir tingkah laku dalam masyarakat. Dalam
konteks negara kita, bidang kuasa perundangan ditetapkan dalam Jadual ke-9
Perlembagaan Persekutuan Perkara 66-68:

a. Kuasa perundangan; kuasa membuat, meminda atau memansuhkan undang-


undang.

b. Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana


cukai.

c. Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang


disenaraikan dalam senarai negeri dengan kriteria tertentu iaitu:

a. Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen di


antara persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan
pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia.

b. Dengan maksud hendak mengadakan persamaan undang-undang bagi dua


buah negeri atau lebih.

c. Jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana badan perundangan negeri.

9.2 Sumber Undang-undang di Malaysia


Latar geopolitik negara dari pelbagai era amat mempengaruhi landskap pembentukan
undang-undang di negara kita. Elemen-elemen dan pengaruh perundangan dari
zaman tradisional hinggalah ke zaman kolonial khasnya mendasari kerangka asas
perundangan negara. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia,
menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-
undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh
negara. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda
yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang
syariah (Islam).

141
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sumber undang-undang sebagai undang-undang yang dirujuk atau legal source


(legal rules that make up the law) termasuklah statut-statut (akta, ordinan,
enakmen), laporan kes, buku-buku teks, jurnal undang-undang dan sebagainya.
Sumber undang-undang di Malaysia adalah mencakupi;

a. Perlembagaan (Persekutuan dan Negeri)

b. Perundangan

c. Keputusan Kehakiman

d. Common Law dan Kaedah-kaedah Ekuiti

e. Undang-Undang Adat

f. Undang-Undang Syariah (Islam)

Rangkuman sumber undang-undang ini dibahagikan kepada dua iaitu undang-


undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.

9.2.1 Undang-undang Bertulis


Undang-undang bertulis (Undang-undang Statut) digubal oleh badan pembuat
undang-undang dan termaktub dalam perlembagaan dan perundangan iaitu ;
i. Perlembagaan Persekutuan (supreme law of the land) adalah sebuah dokumen
yang mempunyai keluhuran undang-undang yang khas menetapkan struktur
kerajaan, fungsi badan-badan kerajaaan dan prinsip-prinsip yang mana
badan-badan ini beroperasi. Seterusnya, perlembagaan merupakan kumpulan
kaedah-kaedah dan amalan-amalan yang menubuh dan mengawal badan-
badan kerajaan serta mengawal perhubungan antara individu dan negara. Sifat
perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dijelaskan dalam Perkara 4 (1)
Perlembagaan Persekutuan;

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa


undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan
dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu“.

142
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ii. Perundangan terdiri dari Perundangan Utama dan Perundangan Subsidiari.


Perundangan Utama digubal oleh Parlimen (peringkat pusat) dan Dewan
Undangan Negeri atau DUN (peringkat negeri) dikenali dengan istilah akta,
enakmen dan ordinan misalnya Akta Kontrak, Akta Kerajaan Tempatan 1976
dan Akta Makanan 1983, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor)
2003, Advocates Ordinance (Sabah Cap. 2), Burials Ordinance (Sabah Cap.
19) serta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

iii. Undang-undang Subsidiari (subsidiary legislation atau delegated legislation)


merupakan undang-undang kecil yang dibuat oleh mana-mana badan yang
diberikan kuasa menerusi akta Parlimen dan DUN. Merujuk kepada Seksyen
3, Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) menjelaskan;

“Perundangan subsidiari bererti apa-apa perisytiharan, kaedah, peraturan,


pemberitahuan, undang-undang kecil atau suratcara lain yang dibuat di bawah
mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan atau kuasa sah, yang lain dan yang
mempunyai kesan perundangan”.

Contoh perundangan subsidiari ialah: Uniform (Anti-litter) By-laws 2010


yang mana kuasa membuatnya diberi kepada Majlis Tempatan menerusi Local
Government Ordinance 1961. Misalnya, kerajaan tempatan seperti Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun
kepada peniaga-peniaga makanan yang melanggar Undang-Undang Kecil
Pengendali Makanan (MBPJ) 2007.

9.2.2 Undang-undang Tidak Bertulis


Undang-undang tidak bertulis merujuk kepada bahagian undang-undang Malaysia
yang tidak dibuat oleh badan yang menggubal undang-undang (Parlimen dan
DUN) serta bukan berasal dari Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan
negeri-negeri. Undang-undang tidak bertulis yang diguna pakai di Malaysia terdiri
daripada;

i. Doktrin duluan kehakiman yakni keputusan hakim-hakim mahkamah atasan


seperti Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan menjadi rujukan
bersandarkan prinsip doctrine of stare decisis.

ii. Common Law dan Rukun Ekuiti Inggeris (sekiranya bersesuaian dengan
keperluan tempatan).

143
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

iii. Hukum adat penduduk tempatan yang telah diterima oleh mahkamah sebagai
undang-undang seperti ‘native cutomary land’ di Sabah dan Sarawak.

iv. Undang-Undang Islam/Syariah. Perlembagaan Persekutuan memberikan


kuasa kepada negeri-negeri untuk melaksanakan undang-undang Islam yang
melalui proses pengubahsuaian (tidak tulen sepenuhnya) dan terhad kepada
hal-hal persendirian dan keluarga sahaja.

9.3 Jenis Undang-undang di Malaysia


Asasnya terdapat tiga jenis undang-undang seperti di bawah;

i. Undang-undang awam iaitu set peraturan yang mengawal hubungan antara


individu dengan negara.
• Undang-undang perlembagaan: menetapkan hak individu dalam negara–
ketinggian Parlimen, hak asasi rakyat dan hak warganegara.
• Undang-undang jenayah: membabitkan kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh individu terhadap negara.

ii. Undang-undang antarabangsa yakni undang-undang yang melibatkan


hubungan sebuah negara dengan negara yang lain.
• Undang-undang antarabangsa awam - undang-undang yang mengatasi
sempadan antarabangsa antara dua negara.
• Undang-undang antarabangsa persendirian - dikenali sebagai ‘konflik
undang-undang’, sebahagian daripada undang-undang perbandaran.
Mengandungi peraturan yang memandu seseorang hakim di dalam kes
yang banyak undang-undang negara lain terlibat.

iii. Undang-undang persendirian melibatkan perkara-perkara yang menjejaskan


hak-hak dan tanggungjawab individu di kalangan sesama mereka.
• Kontrak - perjanjian (bila satu-satu janji atau beberapa set janji yang
berkuatkuasa dari segi undang-undang). Elemen-elemen penting, adanya
tawaran, penerimaan tawaran yang berkaitan dengan kontrak. Setiap
kontrak mestilah dipatuhi mengikut undang-undang.
• Tort – Berasaskan obligasi yang dikenakan oleh undang-undang.
Merupakan pelanggaran atau salah laku tugas am yang dikenakan oleh
undang-undang seperti fitnah dan kecuaian.

144
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Amanah – obligasi bersama atau sama rata mengikat seseorang pemegang


amanah untuk menjaga harta yang dia punyai kuasa mengawalnya seperti
harta amanah bagi faedah pewaris.

9.4 Parlimen
Parlimen merupakan teras pembentukan acuan pentadbiran dan perundangan
negara. Institusi ini dibahagikan kepada tiga komponen besar iaitu Yang di-Pertuan
Agong (YDPA), Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Semua undang-undang yang
diluluskan di peringkat persekutuan mesti melalui ketiga-tiga komponen tersebut.
YDPA berperanan memberi perkenan kepada sesuatu rang undang-undang yang
telah diluluskan. Parlimen Malaysia berteraskan model sistem parlimen British
`Westminster’ yang mempunyai beberapa jawatankuasa sebagai mekansime
pengurusan dan pentadbiran institusi tertinggi negara.

Jadual 9.1 Jawatankuasa Parlimen

Bil. Peranan Jawatankuasa


1. • Memilih ahli-ahli untuk menganggotai jawatankuasa Pemilih
Dewan.
2. • Bertanggungjawab untuk menimbangkan perkara- Hak dan Kebebasan
perkara diserahkan oleh Dewan Rakyat demi
kepentingan ahli-ahli Dewan.
3. • Bertanggungjawab untuk menimbang dan Peraturan Mesyuarat
menyerahkan penyata yang diserah oleh Dewan
Negara tentang perkara-perkara berkaitan dengan
peraturan mesyuarat Majlis Dewan.
4. • Menasihati Yang Dipertua Dewan dalam Dewan
menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk ahli
Majlis Dewan.
5. • Memeriksa kira-kira kerajaan dan peruntukan wang Kira-kira Wang
oleh Parlimen menepati perbelanjaan negeri. Negara
• Memeriksa kira-kira badan pentadbiran dan
pertubuhan yang mengurus wang negeri yang akan
dibentang dalam Majlis Dewan.
• Memeriksa Penyata Kira-kira Negara yang
dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Dewan.

145
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

9.4.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)


Baginda selaku Raja Berperlembagaan diperuntukan kuasa tertentu sepertimana
yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 32
(1) Perlembagaan Persekutuan, YDPA merupakan ketua negara yang berada di
kemuncak hierarki struktur pemerintahan negara iaitu perundangan, eksekutif dan
kehakiman serta punca segala kuasa pemerintahan. Berdasarkan kepada aspek
perundangan, kuasa baginda adalah seperti berikut;

a. Berkuasa memanggil Parlimen untuk bersidang serta menangguh dan


membubarkan Parlimen.

b. Menyampaikan titah ucapan dalam mana-mana pembukaan rasmi penggal


Parlimen secara serentak untuk kedua-dua Majlis Dewan atau sebaliknya.
Baginda tidak terlibat dengan mana-mana persidangan Parlimen.

c. Rang undang-undang yang diluluskan perlu mendapat perkenan daripada


YDPA (Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan) untuk dijadikan undang-
undang.

d. Dalam melaksanakan kuasa-kuasa ini, YDPA mendapat nasihat daripada


Kabinet atau Jemaah Menteri.

9.4.2 Dewan Rakyat


Dewan Rakyat distrukturkan agar berfungsi sebagai dewan paling berautoriti
sejajar dengan konsep yang dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu
`Raja Berperlembagaan’ dan`Demokrasi Berparlimen’ di mana semua ahli dewan
ini terdiri daripada mereka yang memenangi sesuatu pilihan raya peringkat kerusi
parlimen secara majoriti mahupun sepenuhnya. Dalam erti kata lain rakyatlah
yang memilih wakil mereka dan sememangnya secara ideal mengharapkan wakil
rakyat secara telus dan tuntas menyuarakan dan mempertahankan kepentingan
rakyat berkaitan sesuatu isu. Tahap pengharapan yang tinggi terhadap wakil rakyat
ini boleh difahami melalui gelaran `Yang Berhormat’ atau YB.

Kepentingan peranan Dewan Rakyat terserlah melalui kelulusan rang undang-


undang dari dewan ini tidak boleh dihalang atau dibatalkan oleh Dewan Negara
mahupun YDPA melainkan ditangguhkan atau diberikan penambahbaikan untuk
diperhalusi semula oleh pihak Dewan Rakyat. Rang undang-undang yang telah

146
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

diluluskan akan tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh


tertentu walaupun telah ditangguhkan sebelumnya. Ahli Dewan Rakyat ataupun
Yang Berhormat mestilah berumur 21 tahun ke atas. Manakala tempoh perkhidmatan
YB adalah lima tahun kecuali dewan dibubarkan lebih awal untuk menghadapi
pilihan raya umum. Berikut adalah struktur Dewan Rakyat sepertimana dalam
Jadual 9.2.

Jadual 9.2 Struktur Dewan Rakyat

Bil. Portfolio Tanggungjawab


1. Yang Dipertua Dewan Rakyat • Speaker mempengerusikan sidang
Dewan Rakyat.
2. Timbalan Yang Dipertua Dewan • Timbalan Speaker terdiri daripada dua
Rakyat orang.
• Dipilih oleh ahli Dewan Rakyat untuk
membantu Speaker.

3. Setiausaha Dewan Rakyat • Ketua Pentadbir Jabatan Parlimen.


• Menguruskan sidang Parlimen.

4. Ketua Pembangkang • Dilantik di kalangan parti pembangkang


yang mendapat sokongan majoriti ahli
pembangkang.
• Mengetuai pihak pembangkang.

5. Ketua Whip • Gelaran untuk ahli Parlimen yang


dilantik untuk menentukan kehadiran
ahli bagi menyokong sesuatu usul atau
tindakan yang dibuat oleh ketua-ketua
parti
6. Ketua Majlis • Ketua parti yang memerintah, iaitu
Perdana Menteri yang menentukan tarikh
untuk mengadakan mesyuarat.

7. Keahlian • 222 wakil rakyat/ahli Dewan Rakyat


(berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-
13).

147
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

9.4.3 Dewan Negara


Dewan Negara mempunyai peranan tersendiri dalam proses penggubalan undang-
undang yang melibatkan isu-isu nasional mahupun isu antarabangsa. Berikut
disenaraikan ciri-ciri tersebut sepertimana Jadual 9.3.

Jadual 9.3 Ciri-ciri Dewan Negara

Bil. Butiran Item


1. a. Menerima dan membahaskan rang undang-undang yang Peranan
diluluskan dari Dewan Rakyat dengan lebih teliti.

b. Tiada autoriti menolak rang undang-undang yang telah


diluluskan dari Dewan Rakyat melainkan;

• Cadangan penambahbaikan untuk dipertimbangkan semula


oleh ahli-ahli Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut
dikembalikan untuk penelitian semula jika perlu.
• Berhak menangguhkan sesuatu rang undang-undang
kewangan selama 30 hari dan penangguhan rang undang-
undang lain selama setahun daripada dipersembahkan kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

c. Memastikan kepentingan-kepentingan kerajaan-kerajaan negeri


dijaga.

d. Kepelbagaian atau variasi latar belakang ahli-ahli Dewan Negara


seperti ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat, pemimpin
organisasi bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik atau
pakar-pakar bidang tertentu dan individu yang berjasa serta
dihormati berupaya memberi impak kualiti perbahasan rang
undang-undang mencakupi aspek yang lebih luas dan matang.

148
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

samb. Jadual 9.3

2. a. Keanggotaan ahli Dewan Negara melalui proses pelantikan Keahlian


bukannya melalui proses pilihan raya.

b. Proses pelantikan 70 ahli Dewan Negara terdiri daripada;

• 40 orang dilantik oleh YDPA

• seorang wakil dari setiap 13 buah negeri

• seorang wakil dari Kuala Lumpur

• seorang wakil dari Labuan

• seorang wakil dari Putrajaya

c. Ahli Dewan Negara dikenali sebagai senator. Perdana Menteri


mempunyai kapasiti untuk menasihati YDPA dalam melantik
mana-mana senator sebagai menteri berportfolio ataupun tanpa
portfolio dalam kabinet.

d. Tempoh perkhidmatan minimum senator adalah tiga tahun (satu


penggal) dan maksimum adalah dua penggal.

e. Seseorang senator mestilah berumur 30 tahun ke atas.

9.5 Proses Penggubalan Undang-undang


Pembentukan atau penggubalan undang-undang perlu melalui beberapa proses dan
pelbagai peringkat iaitu melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara dan YDPA sebelum
diluluskan dan diwartakan sebagai undang-undang. Usulan untuk membuat undang-
undang dikenali sebagai rang undang-undang. Terdapat empat jenis rang undang-
undang iaitu Rang Undang-undang Awam, Rang Undang-undang Persendirian,
Rang Undang-undang Ahli Persendirian dan Rang Undang-undang Hibrid. Dalam
konteks modul ini, hanya proses penggubalan Rang Undang-undang Awam akan
dihuraikan.

149
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 9.4 Jenis Rang Undang-undang

No. Butiran Jenis


1. Dibentangkan oleh menteri, mewakili kerajaan Rang Undang-undang Awam
dan melibatkan kepentingan awam.
2. Melibatkan pertubuhan, persatuan, perbadanan Rang Undang-undang
atau orang tertentu sahaja. Persendirian
3. Dibentangkan oleh ahli Parlimen daripada parti Rang Undang-undang Ahli
pembangkang. Persendirian
4. Dibentangkan oleh ahli Parlimen (mewakili parti Rang Undang-undang Hibrid
pemerintah atau pembangkang) yang difikirkan
mempunyai kepentingan tertentu.

9.5.1 Proses Penggubalan


a. Pra rang undang-undang
Proses ini merupakan asas untuk membentuk acuan rang undang-undang yang
bakal dibentangkan di Parlimen, dimulakan sama ada melalui Dewan Rakyat
atau Dewan Negara. Hanya rang undang-undang melibatkan kewangan perlu
dibentangkan dalam Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan sebelum dibawa
ke Dewan Negara. Walau bagaimanapun amalan di negara kita, prosesnya
bermula di Dewan Rakyat. Usulan rang undang-undang ini dilakukan melalui
medium kementerian dan bukannya atas kapasiti individu. Hal ini bermakna
wujudnya keperluan sesebuah kementerian untuk menangani sesuatu
fenomena atau cabaran. Justeru, menteri dan pegawai-pegawai kementerian
yang terlibat akan merangka dasar rang undang-undang dengan bantuan
nasihat perundangan dari Jabatan Peguam Negara khasnya, perbendaharaan
dan kementerian-kementerian yang berkaitan. Jabatan Peguam Negara
bertanggungjawab menasihati dan membantu menyediakan rang undang-
undang sebelum dibawa ke mesyuarat kabinet.

b. Kelulusan Kabinet
Setelah rang undang-undang ini siap dirangka di peringkat dalaman, menteri
yang mewakili kementerian berkenaan akan mengusulkan rang undang-undang
ini di peringkat mesyuarat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan. Kabinet
atau Jemaah Menteri merupakan entiti pembuat dasar tertinggi negara yang
menjalankan kuasa eksekutif bagi pihak YDPA. Jemaah Menteri ini diketuai
oleh Perdana Menteri. Proses pemurnian atau pindaan akan dilakukan di

150
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

peringkat ini jika perlu. Selanjutnya, rang undang-undang ini akan diusulkan
ke sidang Dewan Rakyat secara cetakan apabila mendapat kelulusan daripada
pihak Kabinet.

c. Parlimen
Rang undang-undang seterusnya dibentangkan secara bercetak untuk
dibahaskan di dalam sidang parlimen melibatkan Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Perbahasan untuk menentukan kerelevenan rang undang-undang
tersebut mesti melalui tiga fasa iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua,
Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga yang kesemuanya dijalankan oleh
Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini dibentangkan oleh menteri yang
mewakili kementerian berkenaan. Dalam proses tersebut, sebarang proses
penambahbaikan akan dilakukan berdasarkan respons ahli-ahli Parlimen.
Proses ini dikenali sebagai pindaan iaitu melakukan pengubahsuaian
kandungan asal rang undang-undang tersebut setelah menerima pandangan
daripada ahli-ahli Dewan Rakyat. Selanjutnya, status rang undang-undang
ini ditentukan melalui undian di Dewan Rakyat sama ada diluluskan atau
ditolak. Rang undang-undang ini seterusnya dibawa ke Dewan Negara untuk
dibahaskan dengan lebih terperinci.

d. Yang di-Pertuan Agong (YDPA)


Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh kedua-dua dewan seterusnya
dipersembahkan kepada YDPA untuk mendapat perkenan (persetujuan) selaras
dengan kedudukan baginda sebagai ketua negara. Penyimpan Mohor Besar
Raja-raja bertanggungjawab mengenakan Cop Mohor Besar Persekutuan
menurut titah YDPA menandakan rang undang-undang tersebut telah
mendapat perkenan YDPA.
Merujuk kepada Bab 5 Perkara 66 (4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA
haruslah memperkenan sesuatu rang undang-undang dalam tempoh 30 hari
selepas dipersembahkan kepada baginda. Secara automatik, rang undang-
undang tersebut akan menjadi undang-undang setelah tamat tempoh 30 hari
tersebut walaupun tanpa perkenan YDPA.

e. Warta kerajaan
Peringkat terakhir ialah rang undang-undang tersebut diwartakan melalui
Warta Kerajaan untuk disiarkan sebagai undang-undang dan dikuatkuasakan
secara rasminya.

151
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 9.5 Prosedur Penggubalan Undang-undang di Parlimen

Bil. Tindakan Peringkat

1. • Rang Undang-undang dicetak untuk edaran. Bacaan


Pertama
• Menteri membaca buat kali pertama tajuk rang undang-
(bacaan tajuk
undang yang akan dibentangkan.
panjang)
• Menteri akan memberitahu secara lisan bila bacaan kali
kedua akan dilakukan.
2. • Perbahasan berkaitan prinsip-prinsip am serta pengaruh Bacaan Kedua
dan implikasinya kepada rakyat dan negara.

• Menteri akan menjawab segala pertanyaan yang


dikemukakan dalam sidang Dewan.

• Rang undang-undang diundi untuk mendapatkan kelulusan


sama ada secara majoriti mudah atau majoriti dua pertiga.
3. • Perbahasan dengan lebih teliti melibatkan semua fasal, Jawatankuasa
jadual dan pendahuluan rang undang-undang serta pindaan
yang sesuai dibuat.
4. • Menteri akan mengusulkan kepada Dewan supaya rang Bacaan Ketiga
undang-undang itu diluluskan. (Bacaan tajuk
panjang)
• Undian untuk kali kedua sebelum diluluskan oleh Dewan
Rakyat.
5. • Dibahaskan dengan lebih teliti. Dewan Negara

• Dibawa semula ke Dewan Rakyat jika ada sebarang


penambahbaikan.

• Berhak menangguhkan sesuatu rang undang-undang tetapi


tidak boleh menolak rang undang-undang.

152
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KEMENTERIAN KABINET PARLIMEN YDPA


Keperluan Pindaan Bacaan 1 Perkenan
Rangka rang Diluluskan Bacaan 2 Mohor
undang-undang Jawatankuasa Persekutuan

Bacaan Ketiga
Diluluskan
JABATAN PEGUAM WARTA
NEGARA KERAJAAN
Nasihat Undang-undang
Dikuatkuasakan

Rajah 9.1 Aliran Pembentukan Undang-undang Awam

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, badan perundangan yang diketuai oleh YDPA merupakan
institusi yang penting dalam menterjemahkan corak pemerintahan negara yang
berpaksikan Demokrasi Berparlimen. Suara rakyat dibawa oleh wakil mereka ke
Parlimen untuk disampaikan kepada pihak kerajaan yang memerintah. Dalam erti
kata lain, rakyat berperanan secara tidak langsung dalam pemerintahan negara.
Oleh yang demikian, sewajarnya wakil-wakil rakyat tersebut mempunyai intergriti
selayaknya sebagai ahli Parlimen serta mendokong tujuan asal kewujudan Parlimen
agar institusi ini sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat.

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar dikehendaki melakonkan babak perdebatan di Dewan Rakyat
bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang proses penggubalan
undang-undang.

2. Mengadakan kuiz tentang peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

153
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Penggubalan undang-undang Dewan Rakyat

Sumber undang-undang Dewan Negara

Jenis undang-undang

SOALAN DALAM TEKS


3. Pelajar diarahkan untuk mencari video melalui YouTube tentang
perdebatan di Dewan Rakyat serta menyuarakan pendapat mereka
tentang peranan ahli parlimen dalam membawa suara rakyat.

4. Huraikan proses penggubalan undang-undang secara terperinci.

5. Bincangkan sumber perundangan di Malaysia.

RUJUKAN
Abdul Aziz Zakaria. (1992). Jentera pentadbiran kerajaan di Malaysia: Satu pengenalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adam Kuper, & Jessica Kupper. (1985). The Social Science Encyclopedia. London:
Routledge & Kegan Paul.
Mohd Salleh Abbas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Pengajian Malaysia: Sejarah Negara Malaysia. (2011). Petaling Jaya: International Law
Book Services.
Perlembagaan Persekutuan. (2007). Petaling Jaya: International Law Book Services.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

154
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 10 Badan Kehakiman


Mohd Mahadee Ismail

PENGENALAN
Unit ini membincangkan institusi pemerintahan ketiga negara iaitu badan
kehakiman. Badan kehakiman merupakan salah satu daripada tiga cabang badan
pemerintahan di Malaysia berasaskan kepada doktrin pengasingan kuasa.

OBJEKTIF
1. Menjelaskan bidang kuasa dan fungsi asas badan kehakiman.

2. Memerincikan hierarki dan bidang kuasa setiap mahkamah awam.

3. Menghuraikan peranan mahkamah khas dan kepentingannya terhadap sub


sektor tertentu.

ISI PENTING
10.1 Badan Kehakiman
Pelaksanaan doktrin pengasingan kuasa telah mewujudkan sistem kehakiman
yang mantap, bebas, telus dan saksama tanpa pengaruh dan campur tangan politik
secara langsung mahupun tidak langsung. Sistem kehakiman yang diaplikasikan di
negara ini mempunyai kebebasan dan ciri-ciri yang hampir sama sepertimana yang
diamalkan di Britain serta negara-negara Komanwel yang lain. Hal ini berlaku
kerana kesan pengaruh daripada penjajahan British di Tanah Melayu suatu ketika
dahulu. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang agak nyata dari segi bidang
kuasa pada setiap peringkat badan kehakiman di Malaysia sekiranya dibandingkan
dengan negara-negara Komanwel.

Badan kehakiman di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang eksklusif sepertimana


yang termaktub dalam Perkara 121 hingga Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan.

155
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Peranan asas badan kehakiman ialah menjamin keadilan dan kesaksamaan semua
pihak di negara ini tanpa mengira perbezaan etnik, agama, budaya, fahaman politik,
status sosial, pengaruh mahupun keistimewaan-keistimewaan tertentu. Dari kaca
mata badan kehakiman, semua orang adalah sama di sisi undang-undang walaupun
terdapat keistimewaan-keistimewaan tertentu yang diberikan kepada Yang di-
Pertuan Agong dan Raja-raja bagi semua negeri di Malaysia. Namun begitu, semua
pihak adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang
negara.

10.1.1 Fungsi Badan Kehakiman


Secara asasnya, badan kehakiman di Malaysia mempunyai beberapa fungsi utama
seperti berikut:

• Bertanggungjawab sebagai pelindung hak asasi manusia daripada sebarang


bentuk pencabulan oleh individu perseorangan, pihak kerajaan atau pihak-
pihak tertentu.

• Mempunyai kuasa untuk membicarakan apa jua kes, menyelesaikan sebarang


bentuk pertikaian dan menjatuhkan hukuman terhadap pihak yang didapati
bersalah.

• Bertindak sebagai badan pengimbang kuasa antara pihak eksekutif dengan


perundangan.

• Untuk melaksanakan fungsi badan kehakiman, sistem mahkamah telah


diwujudkan.

Walau bagaimanapun, fungsi badan kehakiman bergantung kepada taraf sesebuah


mahkamah sama ada mahkamah atasan atau mahkamah rendah. Fungsi setiap
mahkamah berbeza antara sebuah mahkamah dengan sebuah mahkamah yang lain
mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan
Akta sesebuah mahkamah.

10.1.2 Bidang Kuasa Kehakiman


Sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, badan
kehakiman mempunyai bidang kuasa tertentu, seperti berikut:

• Berkuasa untuk mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara.

156
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Berkuasa untuk mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan


mahupun undang-undang negeri sebagai tidak sah dan batal sekiranya
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

• Berkuasa untuk mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal
di sisi undang-undang sekiranya bercanggah dengan undang-undang.

10.2 Hakim
10.2.1 Pelantikan Hakim
Tertakluk kepada peruntukan perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Ketua
Hakim Negara dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding
dengan Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri, sebelum menasihati Yang di-Pertuan
Agong bagi pelantikan seseorang hakim kecuali bagi pelantikan Ketua Hakim
Negara, Perdana Menteri perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara terlebih
dahulu. Dalam pada itu, berdasarkan kepada peruntukan perkara 122(1A)
Perlembangaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim
Negara boleh melantik hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dari kalangan
individu yang telah memegang jawatan dalam bidang kehakiman tertinggi di
Malaysia bagi apa-apa maksud dan bagi suatu tempoh masa tertentu.

Seseorang hakim boleh memegang jawatan sehingga berumur 65 tahun dan boleh
disambung selama enam bulan selepas umur persaraan 65 tahun. Namun begitu,
seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatan kecuali atas perakuan sebuah
tribunal khas yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tribunal tersebut
hendaklah diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh sekurang-
kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim iaitu hakim yang berjawatan lebih
tinggi daripada hakim yang hendak dipecat. Seseorang hakim boleh dipecat atas
alasan perlanggaran mana-mana peruntukan kod etika kehakiman sepertimana
peruntukan perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

10.2.2 Kelayakan Menjadi Hakim


Syarat asas pelantikan seseorang hakim ialah mesti warganegara Malaysia yang
mana beliau mesti berkhidmat sebagai seorang peguam Mahkamah Persekutuan

157
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

atau Mahkamah Tinggi dalam tempoh sepuluh tahun sebelum ia dilantik. Seseorang
itu juga boleh dilantik menjadi hakim sekiranya beliau telah berkhidmat dalam
perkhidmatan kehakiman dan undang-undang bagi persekutuan dalam tempoh
sepuluh tahun.

10.2.3 Kebebasan Kehakiman


Berdasarkan kepada Doktrin Pengasingan Kuasa, badan kehakiman adalah
sebuah badan yang bebas daripada ganguan politik atau mana-mana pihak yang
berkepentingan. Asasnya terdapat beberapa elemen utama yang menjadi penentu
kepada kebebasan badan kehakiman iaitu tidak memihak kepada sesiapa dalam
perbicaraan, bebas daripada kawalan pihak eksekutif dan perundangan, serta
mempunyai kebebasan yang eksklusif sepertimana yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Setiap mahkamah diberikan kuasa mutlak untuk
membicarakan sesuatu kes, menyelesaikan sesuatu pertikaian dan menjatuhkan
hukuman terhadap pesalah. Dari itu, para hakim adalah bebas dalam melaksanakan
tanggungjawab mencari keadilan kepada semua pihak walaupun keputusan mereka
itu mungkin memberikan kesan terhadap pihak yang memerintah. Bagi memastikan
badan kehakiman adalah bebas, maka Perlembagaan Persekutuan telah membuat
peruntukan khas tentang jawatan dan gaji hakim supaya tidak terikat dengan
kawalan pihak pemerintah.

Di samping itu, dalam usaha untuk mengelakkan sebarang tekanan terhadap badan
kehakiman, Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang bentuk perbincangan
terhadap kelakuan sesorang hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah
Tinggi dalam mana-mana majlis Parlimen, kecuali atas usul khas dengan notis
awal daripada sekurang-kurang satu perempat daripada jumlah ahli Parlimen.
Akan tetapi, kelakuan seseorang hakim tidak boleh sama sekali dibincangkan
dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri.

10.2.4 Kod Etika Hakim


Seseorang hakim adalah terikat dengan Kod Etika Hakim 2009 (telah dikemaskini
daripada Kod Etika Hakim 1994) sepanjang tempoh perkhidmatannya. Mana-
mana hakim yang melanggar Kod Etika Hakim boleh dipecat dari jawatannya.
Antara perkara yang digariskan dalam Kod Etika Hakim ialah;

158
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Hakim tidak boleh membelakangkan tugas kehakiman demi kepentingan


peribadi.

• Hakim tidak boleh berkelakuan yang bercanggah dengan etika kehakiman.

• Hakim tidak boleh menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi.

• Hakim tidak boleh berkelakuan tidak jujur yang boleh mencemarkan nama
badan kehakiman.

• Hakim mestilah cekap dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

• Hakim tidak boleh melengah-lengahkan kes tanpa alasan yang munasabah.

• Hakim mesti mematuhi perintah pentadbiran.

• Hakim mesti hadir ke mahkamah dalam masa waktu pejabat.

• Hakim tidak boleh menyertai mana-mana parti politik atau mengambil


bahagian dalam aktiviti politik.

• Hakim dalam tempoh jawatannya tidak boleh ada hubungan dengan mana-
mana firma peguambela atau peguamcara.

Kod Etika Hakin 2009 mengandungi enam bahagian termasuk bahagian


Tatakelakuan hakim dan tatacara perlanggaran kod. Di bawah Bahagian III
Tatakelakuan Kod Etika Hakim tersebut antara lain seseorang hakim perlu:

1. Mematuhi peruntukan dalam Kod Etika Hakim.

2. Mendukung integriti badan kehakiman.

3. Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua


aktiviti kehakiman. Seseorang hakim tidak boleh:
a. Membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman
atau penghakimannya.
b. Menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan
kepentingan peribadinya.
c. Memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada
mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa
untuk mempengaruhinya.
d. Melaksanakan tugas-tugas hakim dengan adil.

159
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim


semasa menjalankan aktiviti luar kehakimannya.
a. Seseorang hakim perlu memastikan semua aktiviti luar kehakimannya
tidak menimbulkan keraguan terhadap keupayaannya untuk bertindak
dengan saksama dan menganggu pelaksanaan tugas kehakimannya.
b. Seseorang hakim perlu mengelakkan hubungan rapat dengan ahli
profesion perundangan secara individu untuk mengelakkan daripada syak
atau tanggapan pilih kasih.
c. Seseorang hakim perlu mengelakkan daripada berkelakuan seperti mana-
mana ahli persatuan atau organisasi atau terlibat dalam perbincangan
awam.
d. Seseorang hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam politik atau
memberi gambaran yang beliau terlibat dalam aktiviti politik.

10.3 Mahkamah
10.3.1 Hierarki Mahkamah
Rajah 10.1 berikut menunjukkan Hierarki Mahkamah Awam Malaysia. Terdapat
dua peringkat mahkamah iaitu pertama, Mahkamah Atasan yang terdiri daripada
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Peringkat
kedua ialah Mahkamah Rendah atau Bawahan yang terdiri daripada Mahkamah
Sesyen, Mahkamah Majistret Kelas 1, Mahkamah Tuntutan Kecil atau juga
dikenali Mahkamah Majistret Kelas 2 dan Mahkamah Penghulu (Tiada di Sabah
dan Sarawak).

160
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Semenanjung Sabah & Sarawak


Malaysia

Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Atasan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Mahkamah Tinggi


Tinggi Malaya Borneo

Mahkamah Mahkamah Sesyen


Sesyen

Mahkamah Mahkamah Majistret


Mahkamah Rendah

Majistret Kelas Kelas 1


1

Mahkamah Mahkamah Tuntutan


Tuntutan Kecil Kecil

Mahkamah
Penghulu

Rajah 10.1 Hierarki Mahkamah Awam

10.3.2 Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah yang tertinggi sekali dalam hierarki
badan kehakiman di Malaysia. Mahkamah Persekutuan ditubuhkan di bawah
perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai dua bidang kuasa
asal iaitu mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan mentafsir Perlembagaan.
Secara khususnya, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk:

• Mendengar dan menentukan rayuan kes-kes jenayah dan sivil terhadap


keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

• Menentukan rayuan perkara undang-undang yang mempunyai kepentingan


umum dalam kes-kes jenayah daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah
Tinggi.
161
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Menentukan hujah undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi bagi


menjalankan kuasa pengadilan jenayah asalnya.

• Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan


Undangan Negeri.

• Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau


pertikaian antara kerajaan negeri.

• Menasihati YDPA dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam


Perlembagaan Persekutuan.

Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan akan bersidang di Palace of Justice,


Putrajaya pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari
masa ke semasa mengikut keperluan kehakiman. Dalam pada itu, Mahkamah
Persekutuan juga bersidang secara litar di bandar-bandar utama seperti Kota Bharu,
Kuantan, Johor Bahru, Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Kota Kinabalu dan
Kuching. Setiap prosiding Mahkamah Persekutuan akan didengar oleh sekurang-
kurang tiga orang hakim atau lebih dalam bilangan ganjil bagi mencapai keputusan
majoriti. Keputusan Mahkamah Persekutuan dianggap muktamad dan tiada lagi
peluang rayuan.

Mahkamah Persekutuan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan ahli-ahlinya


terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Mahkamah
Tinggi dan tujuh orang hakim yang lain. Selain itu, dari masa ke semasa Yang di-
Pertuan Agong boleh melantik hakim-hakim tambahan Mahkamah Persekutuan
untuk suatu tempoh tertentu.

10.3.3 Mahkamah Rayuan


Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada 24 Jun 1994 di bawah peruntukan
perkara 121(1B) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan kes-kes rayuan
yang dibuat selepas keputusan perbicaraan Mahkamah Tinggi dan lain-lain perkara
yang diberikan oleh undang-undang persekutuan. Mahkamah Rayuan menjadi
perantaraan antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi. Mahkamah
Rayuan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa asal. Berdasarkan kepada
peruntukan perkara 122A(1) Perlembagaan Pesekutuan, Mahkamah Rayuan terdiri
daripada Presiden Mahkamah Rayuan dan 15 orang hakim Mahkamah Rayuan.

162
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Presiden dan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dilantik oleh Yang di-Pertuan


Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Sebelum mengemukakan nasihatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong, Perdana
Menteri hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Ketua Hakim Negara dan
Presiden Mahkamah Rayuan.

Prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan akan didengar oleh tiga orang hakim atau
lebih iaitu dalam bilangan ganjil bertujuan untuk mendapatkan keputusan majoriti.
Mahkamah Rayuan adalah mahkamah muktamad bagi kes-kes rayuan yang telah
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Bidang kuasa terkhusus Mahkamah Rayuan
adalah untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes
sivil dan kes jenayah. Bagi rayuan kes sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat
mestilah tidak kurang daripada RM250,000,00. Dalam memastikan kelicinan
urusan rayuan di Mahkamah Rayuan, pengkhususan panel telah diwujudkan seperti
Panel Jenayah, Panel Dagang, Panel Sivil, Panel Interlokutori, Panel Kebenaran
Merayu dan Panel Writ-writ Prerogatif.

10.3.4 Mahkamah Tinggi


Mahkamah Tinggi diwujudkan di bawah peruntukan perkara 121 Perlembagaan
Persekutuan. Mahkamah Tinggi terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Tinggi
Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Malaya
terdiri dari seorang Hakim Besar dan 40 orang hakim lain, sementara itu bagi
Mahkamah Tinggi Borneo terdiri dari seorang Hakim Besar dan 10 orang hakim
lain. Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes-
kes jenayah dan sivil merangkumi perkara-perkara berikut;

• Dalam bidang kuasa tempatan.

• Di laut lepas di atas mana-mana kapal atau pesawat udara yang didaftarkan di
Malaysia.

• Warganegara atau pemastautin tetap di laut lepas atas mana-mana kapal atau
pesawat udara.

• Perlanunan mengikut undang-undang antarabangsa.

Selain itu, Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mendengar dan menentukan rayuan
bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah

163
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Majistret. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi berperanan untuk mengawasi
dan menyemak keputusan semua kes sivil dan jenayah mahkamah rendah. Antara
bidang kuasa lain Mahkamah Tinggi ialah;

• Undang-undang bertulis berhubung dengan perceraian, kausa hal-ehwal suami


isteri, kebankrapan atau syarikat.

• Perkara-perkara admiraliti seperti yang ada pada Mahkamah Keadilan Tinggi


di England dibawah Akta Mahkamah Agung 1981 bagi United Kingdom.

• Bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga budak-budak dan pada
amnya atas diri dan harta budak-budak.

• Bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri orang
terencat akal, orang sakit otak dan tak sempurna akal.

• Bidang kuasa untuk hal-ehwal wasiat dan surat kuasa mentadbir bagi harta
pusaka si mati yang meninggalkan harta di dalam bidang kuasa wilayah
mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian tersebut.

Dalam konteks Malaysia, hanya Mahkamah Tinggi yang mempunyai kuasa untuk
menjatuhkan hukuman mati atau hukuman penjara seumur hidup. Kes-kes lain
juga boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas permohonan Pendakwa Raya
bergantung kepada kesesuaian dan jenis-jenis kes yang terlibat.

10.3.5 Mahkamah Sesyen


Mahkamah Sesyen merupakan mahkamah tertinggi dalam kalangan mahkamah
rendah. Para hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
syor yang dikemukakan oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi. Mahkamah Sesyen
mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan, kecuali
kesalahan yang membawa hukuman mati. Mahkamah Sesyen juga mempunyai
kuasa untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang
termasuk hukuman penjara seumur hidup dan hanya tiada kuasa untuk menjatuhkan
hukuman mati. Bagi kes sivil, Mahkamah Sesyen berhak membicarakan jumlah
nilai yang dituntut tidak boleh melebihi RM250,000,00. Selain itu, Mahkamah
Sesyen mempunyai kuasa bagi menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang
boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen juga
mempunyai kuasa yang tidak terhad untuk mendengar dan memutuskan sebarang
tindakan berikut:
164
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mendapatkan semula harta tak alih.

• Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah untuk mengembalikan


atau merampas harta daripada pemilik.

• Membicarakan kemalangan kenderaan bermotor.

• Membicarakan pertikaian antara tuan tanah dan penyewa tanah.

• Mengeluarkan writ atau waran dan saman.

10.3.6 Mahkamah Majistret Kelas 1


Mahkamah Majistret Kelas Pertama berkuasa mengendalikan kes jenayah dan sivil,
termasuk kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi tidak berkuasa untuk
menjatuhkan hukuman mati. Majistret dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas
syor yang dikemukakan oleh Hakim Besar bagi Wilayah Persekutuan. Sementara
itu, bagi negeri-negeri lain pula majistret akan dilantik oleh Pihak Berkuasa
Negeri juga dari syor yang telah dikemukakan oleh Hakim Besar. Secara khusus,
Mahkamah Majistret berkuasa untuk membicarakan kesalahan yang hukumannya
tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda. Selain itu, Mahkamah Majistret
mempunyai kuasa untuk menyelenggarakan siasatan permulaan atas tuduhan-
tuduhan yang berat sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi. Bagi pengendalian kes-
kes sivil, nilai jumlah pertikaian yang boleh dikendalikan di Mahkamah Majistret
adalah tidak boleh melebihi RM25,000.00. Pada masa yang sama Mahkamah
Majistret berkuasa untuk mendengar dan memutuskan rayuan daripada Mahkamah
Penghulu.

10.3.7 Mahkamah Tuntutan Kecil


Mahkamah Tuntutan Kecil juga dikenali sebagai Mahkamah Majistret Kelas
Kedua yang mempunyai kuasa yang sedikit kurang berbanding dengan Mahkamah
Majistret Kelas Pertama. Mahkamah Tuntutan Kecil juga berkuasa mengendalikan
kes-kes jenayah dan sivil. Namun begitu, penubuhan mahkamah ini asasnya
bertujuan untuk membolehkan seseorang memperoleh kembali hutang atau tuntutan
yang tidak melebihi RM5,000.00. Bagi pengendalian kes jenayah, Mahkamah
Tuntutan Kecil berkuasa menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih dari 12 bulan
atau hanya mengenakan denda sahaja. Semua rayuan mahkamah ini perlu dibawa
ke Mahkamah Tinggi.

165
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

10.3.8 Mahkamah Penghulu


Mahkamah Penghulu merupakan mahkamah yang paling rendah dalam hierarki
mahkamah awam Malaysia dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.
Tujuan utama penubuhan Mahkamah Penghulu adalah untuk menyelesaikan sesuatu
kes yang kecil yang berlaku di peringkat kampung secara musyawarah. Mahkamah
Penghulu mempunyai kuasa untuk membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan
tuntutan tidak melebihi RM50.00. Bagi kes-kes jenayah, denda maksimum yang
boleh dikenakan oleh Mahkamah Penghulu ialah RM25.00. Namun begitu,
Mahkamah Penghulu tidak lagi dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia hari ini.

10.3.9 Mahkamah-mahkamah Khas

Jadual 10.1 Mahkamah Khas

Jenis mahkamah Kes perbicaraan


Khas (Raja-Raja) Kesalahan yang dilakukan oleh Yang diPertuan Agong dan
Raja-Raja atas kesalahan peribadi.
Kanak-Kanak Kesalahan yang dilakukan oleh individu yang berumur antara
10 hingga 18 tahun.
Syariah Kesalahan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam
dari segi undang-undang Islam.
Tentera Kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera.
Bumiputera Kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Perusahaan Perkara yang melibatkan pertelingkahan pihak majikan, para
pekerja, dan kesatuan sekerja.

10.3.10 Mahkamah Khas (Raja-Raja)


Penubuhan Mahkamah Khas (Raja-Raja) berdasarkan kepada peruntukan perkara
182 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk membicarakan kesalahan peribadi
(sivil atau jenayah) yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Sultan/Raja
bagi mana-mana negeri di Malaysia. Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa
yang sama sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan
atau mana-mana undang-undang persekutuan kepada Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah rendah yang lain. Semua kes yang
dikemukakan untuk perbicaraan di Mahkamah Khas perlu mendapat persetujuan

166
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

daripada Peguam Negara terlebih dahulu. Segala keputusan adalah muktamad dan
tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah atas apa jua alasan sekalipun.

Dari segi keahlian, berdasarkan kepada peruntukan perkara 182(1) Perlembagaan


Persekutuan, Mahkamah Khas terdiri daripada Ketua Hakim Negara yang
bertindak selaku pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua
orang hakim lain yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan mereka yang
memegang atau yang pernah memegang jawatan hakim Mahkamah Persekutuan
atau Mahkamah Tinggi. Bagi perbicaraan Mahkamah Khas, para hakim yang
menjadi ahli akan bersidang di Palace of Justice, Putrajaya pada tarikh dan masa
yang akan ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara. Prosiding Mahkamah Khas ini
akan diputuskan berdasarkan kepada suara majoriti.

10.3.11 Mahkamah Kanak-Kanak


Mahkamah Kanak-Kanak ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak
2001. Mahkamah Kanak-Kanak berperanan untuk membicarakan kesalahan-
kesalahan individu yang berusia di antara 10 hingga 18 tahun dan diberi kuasa
membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati.
Mahkamah Kanak-Kanak akan diadili oleh seorang majistret dan sekiranya sesuatu
kes itu memerlukan pandangan yang lebih khusus mengenai hukuman dan sesuatu
perlakuan, majistret akan dibantu oleh dua orang penasihat yang dipilih oleh
Menteri bagi Wilayah Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi negeri-negeri
lain. Salah seorang dari panel penasihat tersebut mestilah wanita. Perbicaraan di
Mahkamah Kanak-Kanak pula akan diadakan secara tertutup dan orang awam
tidak dibenarkan hadir kecuali ahli-ahli atau pegawai mahkamah, ibu bapa atau
penjaga serta kanak-kanak yang terlibat sahaja. Dalam perbicaraan Mahkamah
Kanak-Kanak, demi menjaga aib dan maruah kanak-kanak yang terlibat, perkataan
“sabitan” atau “hukuman” tidak boleh digunakan dalam perbicaraan mahkamah
ini. Sekiranya didapati bersalah, kanak-kanak akan dihantar ke Pusat Pemulihan
Akhlak (Sekolah Henry Gurney) sehingga berumur 21 tahun. Terdapat juga pesalah
Kanak-Kanak yang dilepaskan atas jaminan tertentu. Sekiranya terdapat kesalahan
yang boleh membawa hukuman mati, kanak-kanak tersebut akan ditahan di penjara
atas perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja.

167
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

10.3.12 Mahkamah Syariah


Mahkamah Syariah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri-Negeri di Malaysia bagi mengadili kesalahan sivil dan jenayah yang
dilakukan oleh umat Islam sahaja. Bagi Wilayah Persekutuan, penubuhan
Mahkamah Syariah dibuat melalui Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam
(Wilayah Persekutuan) 1994. Mahkamah Syariah berkuasa untuk membicarakan
kes-kes yang melibatkan pentadbiran dan Undang-undang Keluarga Islam dari tiga
dimensi utama iaitu kekeluargaan, harta dan jenayah. Dimensi kekeluargaan Islam
melibatkan isu seperti nikah kahwin, pertunangan, nafkah, perceraian, pewarisan
harta berwasiat dan tak berwasiat, mas kahwin, pengambilan anak angkat, taraf
anak dan hak penjagaan anak. Dimensi harta pula melibatkan soal pemberian
dan penbahagian harta, wakaf Islam, khairat dan yayasan khairat, zakat, fitrah,
baitulmal dan hasil agama Islam. Manakala dimensi yang melibatkan jenayah
Islam ialah perlanggaran terhadap rukun-rukun Islam seperti zina, khalwat, judi,
minum arak, tidak berpuasa, ajaran sesat dan pelbagai lagi. Dalam menjalankan
tugasnya, Mahkamah Syariah terbahagi kepada tiga peringkat utama, iaitu:

• Mahkamah Kadi atau Mahkamah Rendah Syariah yang membicarakan kes-


kes kecil di sesebuah daerah.

• Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Tinggi Syariah yang membicarakan


kes-kes yang lebih berat di peringkat negeri.

• Mahkamah Lembaga Rayuan atau Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar


segala rayuan daripada Mahkamah Syariah.

Penubuhan ketiga-tiga peringkat mahkamah ini dilakukan oleh Yang di-Pertuan


Agong bagi Wilayah Persekutuan atas nasihat Menteri berkaitan dan Raja-Raja
bagi negeri-negeri lain atas nasihat daripada Menteri Besar. Mahkamah Syariah
dianggotai oleh Ketua Hakim Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah.
Ketua Hakim Syariah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat daripada
Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Agama Islam. Hakim-hakim
Mahkamah Rayuan Syariah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding
dengan Majlis Agama Islam, manakala hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah
dilantik oleh Ketua Negeri (Sultan/Raja) atas nasihat daripada Menteri Besar
setelah berunding dengan Majlis Agama Islam. Hakim-hakim Mahkamah Rendah
Syariah pula dilantik oleh Ketua Negeri atas syor yang dikemukakan oleh Ketua
Hakim Syariah.

168
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

10.3.13 Mahkamah Tentera


Mahkamah Tentera ditubuhkan di bawah seksyen 103 Akta Angkatan Tentera
1977 (Akta 77). Penubuhan Mahkamah Tentera bertujuan untuk mengendalikan
masalah disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia. Namun begitu, Mahkamah
Tentera tidak mempunyai kuasa untuk mengadili kes jenayah atau sivil yang
melibatkan para pegawai tentera. Antara kesalahan yang boleh dibicarakan di
mahkamah ini ialah mengingkari perintah pihak atasan, tidak hadir bekerja, salah
guna kuasa, dan pelbagai lagi. Mahkamah Tentera berkuasa untuk menjatuhkan
semua jenis hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang melainkan hukuman
mati. Hukuman mati hanya boleh dijatuhkan setelah mendapat perkenan dan
pengesahan Yang di-Pertuan Agong. Dalam pada itu, setiap hukuman yang telah
diputuskan di Mahkamah Tentera boleh kemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu Mahkamah Tinggi
Tentera dan Mahkamah Rendah Tentera. Mahkamah Tinggi Tentera berkuasa
untuk membicarakan kes para pegawai yang berpangkat Staf Sarjan dan ke atas
yang akan diadili oleh seorang Yang Dipertua berpangkat Leftenan Kolonel ke
atas dengan dibantu oleh dua hingga lima orang pegawai yang berpangkat Kapten
atau Mejar. Manakala Mahkamah Rendah Tentera berkuasa untuk membicarakan
anggota yang berpangkat lebih rendah daripada Staf Sarjan yang akan diadili oleh
seorang Yang Dipertua berpangkat Mejar dengan dibantu oleh dua hingga lima
orang pegawai yang berpangkat Kapten.

10.3.14 Mahkamah Bumiputera


Mahkamah Bumiputera juga dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri diwujudkan
khusus di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera Sabah 1954 dan Ordinan
Mahkamah Bumiputera Sarawak 1955. Mahkamah Bumiputera ditubuhkan
bertujuan untuk mentadbir dan mengendalikan undang-undang adat di Sabah
dan Sarawak. Secara spesifik, mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk
mengendalikan kes-kes perlanggaran adat seperti adat keagamaan, pemilikan
tanah, perkahwinan, wasiat dan adat-adat suku kaum tertentu.

Mahkamah Bumiputera di Sabah terdiri daripada:

• Mahkamah Rayuan Bumiputera dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi

• Mahkamah Pegawai Daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah

169
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mahkamah Bumiputera dipengerusikan oleh Ketua Bumiputera atau Ketua


Kampung

Mahkamah Bumiputera di Sarawak terdiri daripada:

• Mahkamah Rayuan Bumiputera dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi

• Mahkamah Bumiputera Residen dipengerusikan oleh Residen

• Mahkamah Daerah Bumiputera dipengerusikan oleh Majistret Kelas Pertama

• Mahkamah Pegawai atau Ketua Bumiputera dipengerusikan oleh Pegawai atau


Ketua Bumiputera

• Mahkamah Ketua Kampung dipengerusikan oleh Ketua Kampung

Mahkamah Bumiputera terletak di bawah kawalan Dewan Undangan Negeri bagi


setiap negeri Sabah dan Sarawak. Semua prosiding di Mahkamah Bumiputera
dibuat secara terbuka dan keputusan dibuat berdasarkan kepada suara majoriti
mengikut undang-undang atau adat Bumiputera berkaitan. Mahkamah Bumiputera
boleh menjatuhkan hukuman seperti denda dan penjara bergantung kepada jenis
dakwaan yang dibicarakan.

10.3.15 Mahkamah Perusahaan


Mahkamah Perusahaan ditubuhkan melalui seksyen 21(1) Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 (Akta 177). Mahkamah Perusahaan mempunyai bidang kuasa
yang terhad iaitu berkaitan dengan pertikaian perusahaan antara pihak majikan
dengan pekerja yang melibatkan syarat-syarat pekerjaan, keadaan pekerjaan dan
pembuangan pekerja. Mahkamah Perusahaan dipengerusikan oleh seorang Presiden
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan sebuah panel yang mewakili majikan
dan pekerja yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Menteri dalam urusan
pelantikan panel tersebut akan merujuk kepada organisasi pekerjaan yang terlibat.
Keputusan perbicaraan dibuat berdasarkan suara majoriti dan dianggap sebagai
muktamad. Namun begitu, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan
keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan, mereka boleh mengemukakan
rayuan ke Mahkamah Tinggi.

170
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUMUSAN
Badan kehakiman adalah salah satu daripada tiga komponen utama badan
pentadbiran di Malaysia. Bidang kuasa khusus yang terletak di bawah badan
kehakiman ialah untuk menjaga keamanan negara, memelihara keadilan dan
mengawasi undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen berdasarkan kepada
peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Secara prinsipnya, bagi melaksanakan
tanggungjawab untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, institusi
mahkamah telah diwujudkan. Mahkamah adalah sebuah badan yang telus, bebas
dan berkecuali bertanggungjawab dalam memastikan sistem pengadilan dapat
direalisasikan dengan adil dan saksama tanpa mengira bangsa, agama, keturunan,
darjah mahupun kedudukan seseorang. Dalam memastikan kelicinan pengendalian
kes-kes yang dirujuk, maka diwujudkan pengklasifikasian mahkamah berdasarkan
kepada hierarki tertentu. Asasnya terdapat dua kategori mahkamah iaitu mahkamah
awam dan mahkamah khas. Mahkamah awam adalah untuk membicarakan kes-kes
yang melibatkan kesalahan sivil dan jenayah orang ramai, sementara itu mahkamah-
mahkamah khas adalah untuk menyelesaikan kes-kes terkhusus berteraskan bidang
kuasa tertentu.

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar dikehendaki membuat peta minda bagi menjelaskan bidang
kuasa mahkamah awam di Malaysia.

2. Pelajar perlu membuat penilaian berkumpulan terhadap kes-kes


rayuan berprofail tinggi yang dibawa ke Mahkamah Rayuan.

171
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS


1. Bincangkan peranan mahkamah awam dengan mahkamah-mahkamah
khas?

2. Terdapat tiga buah mahkamah atasan dalam sistem kehakiman di


Malaysia. Huraikan perbezaan ketiga-tiga buah mahkamah tersebut?

3. Sejauh mana Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dalam


membicarakan kes yang melibatkan orang Islam di Malaysia?

KATA KUNCI

Badan Kehakiman Mahkamah Tuntutan Kecil

Kod Etika Hakim Mahkamah Penghulu

Mahkamah Persekutuan Mahkamah Khas Raja-Raja

Mahkamah Rayuan Mahkamah Kanak-Kanak

Mahkamah Tinggi Mahkamah Tentera

Mahkamah Sesyen Mahkamah Syariah

Mahkamah Majistret Mahkamah Bumiputera

Mahkamah Perusahaan

RUJUKAN
Amran Idris, Ismail Kosman, Mastor Selamat, Mohd Noor Yusof, & Md Lasa Yahya.
(2007). Kenegaraan Malaysia: Pengajian Am. Puchong: Local Publications.
Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Malaysia Kita. (2003). Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala
Lumpur: International Law Book Services.

172
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mohd Salleh Abas. (2003). Prinsip perlembagaan dan pemerintahan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazaruddin Mohd Jadi, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Mohd
Rashid. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling
Jaya: Prentice Hall.
Perlembagaan Persekutuan. (2000). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

173
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 11 Dasar Pembangunan Sosial


Mohd Mahadee Ismail

PENGENALAN
Unit ini membincangkan tentang dasar pembangunan sosial yang terdiri daripada
beberapa dasar utama yang menekankan aspek pembangunan sosial seperti
pendidikan, kebudayaan, belia, wanita, warga emas dan integriti.

OBJEKTIF
1. Menjelaskan asas pembentukan dasar pembangunan sosial di Malaysia.

2. Membincangkan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial, matlamat,


strategi pelaksanaan dan kepentingannya.

3. Menghuraikan faedah pelaksanaan dasar pembangunan sosial terhadap


pembinaan negara bangsa.

ISI PENTING
11.1 Matlamat Dasar Pembangunan Sosial
Dasar-dasar pembangunan sosial telah dirangka oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi
mencapai matlamat pembangunan insaniah, kemanusiaan dan kemasyarakatan
merangkumi aspek pembangunan rohani dan jasmani, fizikal dan spiritual. Pelbagai
pendekatan telah diambil oleh pihak pemerintah dalam memastikan matlamat
yang telah disasarkan menjadi kenyataan. Pembentukan dasar-dasar pembangunan
sosial merangkumi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Sosial Negara, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Wanita Negara, Dasar Pembangunan Belia
Negara, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Warga Emas dan Pelan Integriti
Nasional.

174
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan


11.2.1 Pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan dirangka khusus bagi mencapai satu sistem
pendidikan yang sistematik berlatarkan Malaysia. Tujuan asas pembentukan Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah untuk menggantikan sistem pendidikan British dan
menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Pembentukan
Dasar Pendidikan Kebangsaan bermula dengan terbitnya Penyata Razak pada
tahun 1956 yang kemudiannya dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran pada
tahun 1957. Penyata Razak telah disemak semula melalui Penyata Rahman Talib
pada tahun 1960 dan telah dimaktubkan dalam Akta Pelajaran pada tahun 1961.
Selepas itu Penyata Rahman Talib telah dikaji semula oleh Jawatankuasa Kabinet
pada tahun 1974 bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat yangt bersatu
padu dan berdisiplin tinggi bagi memenuhi keperluan modal insan yang terlatih
untuk pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet diterbitkan pada
tahun 1979. Pembentukan penyata dan laporan berkenaan menjadi pemangkin
kepada pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang lebih komprehensif dan
sistematik selari dengan falsafah pendidikan negara.

11.2.2 Penyata Razak 1956


Tujuan utama pembentukan Penyata Razak 1956 adalah untuk mencapai matlamat
berikut, antaranya ialah:

• Menyediakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa


pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.

• Melahirkan perpaduan antara masyarakat yang berbilang etnik sebagai satu


rumpun bangsa Tanah Melayu.

• Menyediakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang lebih


cekap, efektif dan bermutu tinggi.

• Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, berteloransi, liberal dan


progresif sesuai dengan acuan negara.

• Menyediakan modal insan bagi keperluan ekonomi negara.

175
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Beberapa pendekatan telah diperkenalkan melalui Penyata Razak iaitu;

• Pelajaran Peringkat Rendah


* Menggunakan satu sukatan pelajaran sahaja.
* Peringkat persekolahan adalah selama enam tahun.
* Sekolah Rendah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya
sebagai bahasa pengantar.
* Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan boleh menggunakan bahasa kumpulan
etnik sebagai bahasa pengantar.

• Pelajaran Peringkat Menengah


* Menggunakan satu sukatan pelajaran sahaja.
* Peringkat persekolahan adalah selama lima tahun.
* Sekolah Menengah Kebangsaan perlu menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
* Sekolah Menengah Jenis Kabangsaan boleh menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.

11.2.3 Penyata Rahman Talib 1960


Tujuan asas pembentukan Penyata Rahman Talib pada tahun 1960 adalah untuk
mengkaji semula syor-syor yang telah dikemukakan melalui Penyata Razak ke
arah memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya beberapa cadangan
berikut telah dikemukakan melalui Penyata Rahman Talib merangkumi beberapa
dimensi berikut;

• Bahasa Kebangsaan
* Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,
sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
* Semua jenis peperiksaan awam perlu dikendalikan dalam bahasa Melayu.
* Semua calon peperiksaan wajib lulus bahasa Melayu untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

• Pelajaran Agama dan Moral


* Pengajaran agama Islam diwajibkan di semua sekolah yang mempunyai
bilangan pelajar yang tidak kurang daripada 15 orang.

176
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

* Pelajar bukan Islam perlu diajar mata pelajaran Pendidikan Moral dalam
konteks untuk pembentukan sahsiah diri.

• Kenaikan Kelas
* Kenaikan kelas secara automatik dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
* Peluang pendidikan secara automatik bagi semua pelajar selama 9 tahun.
* Pelajaran peringkat sekolah rendah diberi secara percuma tanpa mengira
bahasa pengantar yang digunakan.

• Kelas Peralihan
* Diwujudkan kelas peralihan selama satu tahun bagi pelajar aliran jenis
kebangsaan Cina dan Tamil sebelum ke tingkatan satu sekolah kebangsaan.
* Peperiksaan SRP dan LCE boleh dikendalikan dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris.

• Pendidikan Teknik dan Vokasional


* Pengenalan pendidikan tenik dan vokasional amat penting dalam
menyediakan pelajar bagi menghadapi perkembangan ekonomi negara.
* Pelaksanaannya melibatkan beberapa institusi teknologi di Kuala Lumpur,
Ipoh dan Pulau Pinang.

11.2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974


Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah diwujudkan bagi mengkaji
semula dasar pendidikan kebangsaan dengan lebih teliti khususnya dalam usaha
melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Melalui Laporan
Jawatankuasa Kabinet, beberapa penekanan telah diutarakan antaranya ialah;

• Penguasaan pelajar terhadap aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

• Kenaikan darjah secara automatik dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

• Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum dalam pembentukan disiplin diri ke


arah pemupukan semangat perpaduan berteraskan platform nasional.

• Penekanan yang lebih komprehensif terhadap sekolah vokasional.

• Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan.

177
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mewujudkan sukatan pelajaran bagi sekolah swasta yang selaras dengan


sukatan pelajaran kebangsaan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet telah diterbitkan pada tahun 1979 sebagai panduan
utama dalam memenuhi keperluan modal insan negara dalam jangka panjang dan
jangka pendek. Pada masa yang sama ia dirangka untuk mencapai perpaduan etnik
yang lebih erat, mewujudkan masyarakat yang lebih berdisiplin dan terlatih.

11.2.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Asas utama Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara
dalam membentuk satu identiti kebangsaan, memupuk perpaduan yang lebih
holistik dan mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Apa yang menjadi keutamaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan insan yang berilmu
serta berakhlak mulia, seimbang dari semua aspek kehidupan bagi megekalkan
keharmonian dalam masyarakat. Dari itu Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
meletakkan objektif khusus yang perlu dicapai dalam kerangka pembangunan
modal insan di Malaysia.

11.2.5.1 Objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan


• Memupuk masyarakat yang bersatu padu.

• Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.

• Mewujudkan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan modal


insan negara.

• Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik negara.

11.2.5.2 Strategi pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan


• Melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di
semua peringkat sekolah.

• Mewujudkan kurikulum yang standard dan berorientasikan Malaysia bagi


semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

• Memperkenalkan sistem peperiksaan yang sama dan selaras bagi semua jenis
sekolah.

178
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mengemaskini tatacara pengurusan pendidikan dengan lebih efektif.

• Meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan dengan menyediakan sukatan


pelajaran yang holistik, seimbang dan bersepadu.

• Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun dari sekolah


rendah ke sekolah menengah.

• Mengagihkan peruntukan pendidikan dengan adil dan saksama dalam usaha


untuk mendemokrasikan pendidikan.

• Melestarikan pendidikan rendah berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah


(KBSR) dan pendidikan menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).

• Melahirkan insan yang seimbang dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran


tertentu serta mempunyai nilai etika dan moral yang kukuh.

• Mengembangkan pendidikan teknik dan vokasional melalui penyusunan


semula kurikulum sekolah teknik dan vokasional.

• Menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan yang diperlukan oleh pelajar di


peringkat institusi pengajian tinggi.

• Memperkasa pendidikan kerohanian, moral dan disiplin diri.

• Menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib
diajar di semua jenis sekolah serta memberi peluang bagi pembelajaran bahasa
Cina dan Tamil.

• Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dapat


memupuk disiplin diri seperti pengakap, bulan sabit merah, kadet tentera,
bomba dan polis.

Dasar Pendidikan Kebangsaan terus ditranformasi dari masa ke semasa bagi


memenuhi keperluan dan mencapai wawasan negara. Pihak kerajaan telah
memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010 dan
2013 hingga 2025 yang bermatlamat ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

179
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.2.5.3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


Melalui pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, pihak kerajaan telah
mengetengahkan beberapa anjakan baharu seperti berikut;

• Menyediakan akses yang samarata ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi


dan bertaraf antarabangsa.

• Memastikan semua pelajar menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris


dengan efisyen.

• Mewujudkan jati diri rakyat Malaysia yang sarat nilai.

• Mentransformasi profesian perguruan ke peringkat yang lebih berkualiti.

• Memastikan wujudnya pemimpin berprestasi tinggi di semua sekolah.

• Meningkatkan keupayaan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan


Daerah dan peringkat sekolah dalam menyediakan pelbagai keperluan pelajar.

• Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat ke arah peningkatan kualiti


pengajaran dan pembelajaran.

• Melaksanakan transformasi penyampaian pendidikan supaya lebih efektif.

• Meningkatkan kerjasama yang lebih meluas antara pelbagai pihak seperti ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta.

• Memaksimumkan tahap keberhasilan pelajar bagi setiap ringgit yang


dibelanjakan.

• Memperkasa dan meningkatkan ketelusan kebertanggungjawaban awam.

11.3 Dasar Sosial Negara


Dasar Sosial Negara telah dilaksanakan bermula pada 19 Februari 2003 sewaktu
pemerintahan Tun Adullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.
Dasar Sosial Negara merupakan satu dasar induk pembangunan sosial yang digubal
khusus berpaksikan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta
peningkatan keupayaan insan secara menyeluruh. Pembentukan Dasar Sosial
Negara bermatlamat untuk mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan
nasional dan keharmonian hidup masyarakat multietnik Malaysia. Selain itu dasar

180
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ini dirangka untuk melahirkan sebuah masyarakat yang maju dan lestari dalam
konteks pembangunan sosial, ekonomi dan teknologi.

11.3.1 Rasional Dasar Sosial Negara


Pembangunan ekonomi menjadi prasyarat penting bagi pembangunan negara,
akan tetapi pembangunan holistik dapat mengimbangi kehidupan manusia secara
keseluruhannya. Melalui dasar ini, setiap ahli dalam masyarakat mempunyai
peluang yang sama rata dalam meningkatkan potensi diri secara maksimum
seiring dengan matlamat Wawasan 2020 yang berhasrat untuk merealisasikan
pembentukan sebuah negara maju berdasarkan acuan sendiri pada tahun 2020.

11.3.2 Objektif Dasar Sosial Negara


• Objektif Umum
Memberi jaminan agar setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa
mengira kumpulan etnik, agama, gender, budaya, fahaman politik mahupun
perbezaan wilayah supaya dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada
pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup yang berkekalan.
• Objektif Khusus
* Memastikan individu, keluarga dan masyarakat mendapat keperluan asas
yang diperlukan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
* Mempertingkatkan dan memperkasa insan sepanjang hayat tanpa
membezakan kumpulan etnik, agama, gendar dan sebagainya.
* Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial serta
perkhidmatan sosial bagi membantu anggota masyarakat untuk
membangun secara optimum.
* Menjana sinergi multisektor dengan menggalakkan kerjasama sektor
awam, swasta dan sukarela untuk mewujudkan sistem perkhidmatan sosial
yang terbaik.

181
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.3.3 Strategi Pelaksanaan Dasar Sosial Negara


Pelbagai pendekatan telah diambil bagi mencapai setiap objektif Dasar Sosial
Negara seperti berikut:

• Strategi Pelaksanaan Objektif 1


Mewujudkan pelbagai bentuk peluang bagi setiap individu dapat menikmati
keperluan asas, memastikan mereka mendapat hak bagi kelangsungan hidup
dan keperluan hidup yang holistik.

• Strategi Pelaksanaan Objektif 2


Menjamin hak setiap kelahiran baru, memasikan kanak-kanak mendapat
pendidikan terbaik, memastikan remaja diberi pengiktirafan, peluang dan
bimbingan supaya mereka boleh berdikari, mendorong individu pertengahan
dewasa menambah pengetahuan dan kemahiran, memberikan peluang kepada
warga tua untuk terus menyumbang kepada negara dan memupuk nilai-nilai
patriotisme.

• Strategi Pelaksanaan Objektif 3


Membangunkan keluarga sebagai satu pasukan, mengiktiraf kepentingan
pelbagai kelompok etnik dan perbezaan agama, memberi peluang yang sama
rata kepada semua untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan kemahiran
tertentu, mewujudkan agensi penyedia keperluan asas sosial dan khidmat
sosial, menggalakkan penggubalan dan pelaksanaan dasar, menggalakkan
kerjasama komuniti, mengkaji isu-isu sosial, memperluas khidmat bimbingan,
mewujudkan pangkalan maklumat dan membangunkan perkhidmatan pakar
pembangunan sosial.

• Strategi Pelaksanaan Objektif 4


Menggalakkan setiap organisasi memantapkan fungsi pembangunan sosial,
mewujudkan mekanisme perancangan sosial, memperkasa fungsi bahagian
pembangunan sosial, menggalakkan penglibatan pihak berkuasa tempatan
dalam program sosial, memperluas peranan kepimpinan, memastikan wakil
rakyat memainkan peranan pembangunan sosial, menyokong perkembangan
sektor sukarela, menggalakkan sektor swasta memenuhi tanggungjawab sosial
dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memajukan diri, keluarga
dan masyarakat.

182
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.3.4 Jentera Pelaksana Dasar Sosial Negara


Pelaksanaan Dasar Sosial Negara melibatkan pelbagai organisasi dan agensi dalam
masyarakat seperti berikut;

• Majlis Sosial Malaysia (MSN)

• Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara

• Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Peringkat Kementerian

• Majlis Pembangunan Negeri

• Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri

• Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan Bahagian

• Peringkat akar umbi dan komuniti

11.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Kebudayaan menjadi pemangkin kepada cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam
konteks masyarakat Malaysia yang bersifat multietnik, suatu dasar yang selaras
diperlukan dalam proses pembentukan kebudayaan nasional bagi melahirkan cara
hidup yang bersifat ke-Malaysiaan. Sehubungan dengan itu, Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dirangka khusus pada tahun 1971 sebagai garis panduan dalam
pembentukan, pewujudan dan pengekalan identiti kebangsaan khususnya dalam
usaha mencapai pembinaan sebuah negara bangsa yang mempunyai ketahanan
nasional yang utuh. Dasar Kebudayaan Kebangsaan mencakupi pelbagai aspek
kehidupan merentasi sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat. Dari itu
pelaksanaannya memerlukan usaha berterusan yang melibatkan penggemblengan
semua lapisan masyarakat termasuk di akar umbi.

11.4.1 Rasional Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berdasarkan
kepada pertimbangan fakta sejarah Tanah Melayu, kedudukan serantau dan proses
pembinaan tamadun yang berlaku sejak zaman-zaman awal petempatan di bumi
Melayu. Hubungan alam Melayu dengan dunia luar turut menjadi penentu kepada
pembentukan suatu budaya bangsa yang lebih holistik sifatnya. Selain itu, proses
interaksi, pengenalan, penerimaan dan penyerapan unsur-unsur budaya yang sesuai

183
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan tidak bertentangan dengan nilai masyarakat setempat juga diambil kira dalam
pembentukan budaya keMalaysiaan.

11.4.2 Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan kepada tiga prinsip
utama yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan merangkumi;

• Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu rantau nusantara.
Rantau nusantara merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura,
Thailand, Brunei, Kampuchea dan Kepulauan Selatan Pasifik iaitu Polynesia,
Melanesia dan Oceania sehingga ke Malagasi telah mempengaruhi
pembentukan tamadun dan kebudayaan Melayu.

• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai
budaya bangsa. Unsur budaya Cina, India, Arab, Parsi, Barat dan lain-lain yang
sesuai dan tidak bercanggah dengan nilai masyarakat setempat, Perlembagaan
Negara, Rukun Negara serta kepentingan nasional diterima dalam proses
pembentukan kebudayaan kebangsaan.

• Islam menjadi salah satu unsur penting dalam pembinaan budaya bangsa.
Agama Islam menjadi pedoman kepada manusia dalam mengimbangi dan
memadukan usaha untuk mengisi kehendak rohani dan jasmani khususnya
dalam konteks pembentukan keperibadian mulia dan akhlak terpuji.

11.4.3 Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan.

• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada


kebudayaan kebangsaan.

• Memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian


yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

11.4.4 Strategi Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan


asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,
pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.

184
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing


dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-
luasnya sebagai jentera pembangunan yang efektif.

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,


kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

• Memenuhi keperluan sosiobudaya masyarakat.

• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi tanggungjawab utama


Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Pihak kementerian
telah mengambil beberapa pendekatan dalam memastikan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui aktiviti pembangunan,
penyelidikan, pendidikan dan pengembangan kesenian. Akan tetapi, penglibatan
setiap lapisan masyarakat amat penting bagi menjamin kelestarian pelaksanaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi pembinaan keperibadian bangsa.

11.5 Dasar Wanita Negara


Hampir separuh daripada penduduk Malaysia adalah terdiri daripada golongan
wanita. Sumbangan mereka cukup penting dalam pembangunan negara menerusi
pelbagai segmen kehidupan sebagai seorang ibu, isteri ataupun seorang pekerja.
Golongan wanita bukan sahaja pembentuk generasi akan datang tetapi turut
memainkan peranan utama dalam proses pembinaan negara bangsa Malaysia.
Oleh kerana penglibatan golongan wanita dalam arus pembangunan negara cukup
penting, maka pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Wanita Negara pada
tahun 1989.

11.5.1 Rasional Dasar Wanita Negara


Antara rasional pelaksanaan Dasar Wanita Negara ialah;

• Kepentingan peranan wanita dalam pembangunan keluarga, masyarakat,


ekonomi dan politik negara dapat dibangunkan dengan efektif serta potensi
wanita dapat dimaksimumkan.

185
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Melibatkan wanita secara langsung dalam proses pembangunan negara melalui


pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi.

• Mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara.

11.5.2 Objektif Dasar Wanita Negara

• Memberi jaminan perkongsian yang adil dan saksama antara lelaki dan wanita
dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapat peluang dan
faedah dari pembangunan negara.

• Mengintegrasi golongan wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara


selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan
mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta
huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman, makmur dan
sejahtera.

11.5.3 Strategi Perlaksanaan Dasar Wanita Negara

• Memperkasa Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai Jentera Pembangunan


Negara yang efektif dalam menangani hal ehwal wanita.

• Mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan


proses perancangan, pelaksanaan dan pengawasan program-program
pengintegrasian wanita, yang membawa faedah kepada pihak wanita.

• Menerapkan pendidikan dan latihan bagi mewujudkan kesedaran pihak


pentadbiran kerajaan mengenai isu wanita, kepekaan gender di pelbagai
peringkat.

• Melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi sukarela dalam


program dan tindakan pembangunan golongan wanita.

• Mencegah berlakunya diskriminasi terhadap wanita dan mengambil tindakan


tegas terhadap pihak yang mendiskriminasi golongan wanita.

• Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isu-isu wanita.

• Memperuntukkan anggaran belanjawan yang khusus bagi setiap agensi untuk


memenuhi program dan projek pembangunan golongan wanita.

186
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.5.4 Pelan Tindakan Pembangunan Golongan Wanita

• Melaksanakan jentera peringkat nasional bagi pengintegrasian wanita dalam


pembangunan negara seperti HAWA.

• Memperkenalkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan


dan taraf kesihatan golongan wanita.

• Menyediakan pendidikan dan latihan kepada golongan wanita sesuai dengan


bidang yang diminati.

• Menyemak dan mengemaskini undang-undang supaya hak wanita terbela.

• Meningkatkan penglibatan wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan, sektor


sosial, ekonomi dan politik.

• Membuka ruang yang luas penglibatan wanita dalam arena politik negara.

• Menggalakkan penglibatan wanita dalam semua aspek perkembangan media


massa.

• Mendorong penglibatan wanita secara aktif dalam semua aktiviti keagamaan.

• Menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang kebudayaan dan kesenian.

11.6 Dasar Pembangunan Belia Negara


Golongan belia merupakan kumpulan terbesar di Malaysia. Mereka menjadi tulang
belakang pembangunan dan penentu masa depan negara. Mereka juga menjadi
pemangkin kepada kelestarian ekonomi, kesejahteraan sosial dan kestabilan politik
dalam negara. Dalam konteks Malaysia, takrifan belia mencakupi golongan yang
berumur 15 hingga 40 tahun, akan tetapi dari segi strategi pelaksanaan program
pembangunan belia akan melibatkan golongan yang berumur 18 hingga 25 tahun.
Dasar Pembangunan Belia Negara telah dilaksanakan bagi menggantikan dan
memperkasa Dasar Belia Negara yang dilihat kurang efektif dalam mencapai
sasaran yang telah ditetapkan.

11.6.1 Matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara

• Melahirkan golongan belia yang memiliki keperibadian holistik dari segi


rohaniah, akliah dan jasmaniah.

187
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Mewujudkan generasi yang bertanggungjawab, mampu berdikari, bersemangat


sukarela dan patriotik.

• Membentuk generasi yang mampu menjadi penggerak kepada kemajuan dan


kemakmuran bangsa, agama dan negara seiring dengan Wawasan 2020.

11.6.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia Negara


Beberapa strategi pelaksanaan telah diambil dalam memastikan objektif Dasar
Pembangunan Belia Negara tercapai, antaranya ialah;

• Menggalakkan usaha menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan dalam


pelbagai bidang.

• Menerapkan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif serta kreatif.

• Menyediakan golongan belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan


vokasional serta kemahiran keusahawanan.

• Memupuk gaya hidup sihat melalui galakan penyertaan dalam persatuan dan
aktiviti sukarela.

• Mempertingkatkan pelbagai bentuk kemudahan dalam menggalakkan interaksi


sosial yang sihat.

• Mengambil pendekatan perkongsian dan kerjasama antara pelbagai agensi


kerajaan, swasta dan NGO dalam pembangunan golongan belia.

• Mendorong golongan belia mengadakan jaringan dan interaksi dengan


masyarakat antarabangsa.

11.6.3 Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Belia Negara

• Menganjurkan program-program keilmuan dan latihan melalui kerjasama


sektor awam, swasta, NGO dan pertubuhan belia.

• Memperkasa program pembangunan kepimpinan dan pembinaan sahsiah


diri bagi memupuk kekuatan diri, institusi kekeluargaan, keagamaan dan
kemasyarakatan.

• Mengemaskini pelbagai bentuk program latihan dan kemahiran, peluang


perniagaan dan keusahawanan supaya golongan belia mampu berdikari dan
membina kerjaya dengan cemerlang.
188
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

• Memperkasa keupayaan pertubuhan belia dalam menarik minat golongan


muda menyertai program yang dilaksanakan.

• Memperluaskan peluang dan kemudahan bagi golongan belia memajukan diri


dalam bidang ekonomi dan sosial.

• Mempertingkatkan semangat kesukarelawan dan patriotisme melalui


penglibatan dalam kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.

• Menambah kefahaman golongan belia tentang dunia persejagatan.

• Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi tujuan penyelidikan


belia.

Dasar Pembangunan Belia Negara digubal dengan harapan untuk membangunkan


golongan belia secara menyeluruh dan efektif berteraskan kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara. Di samping itu, pentingnya mengambil tindakan bagi memperkasa
golongan belia hari ini kerana mereka bakal menentukan kejayaan dan kemajuan
negara di hari muka.

11.7 Dasar Bersih, Cekap dan Amanah


Pada bulan April 1982, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad
telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang
seharusnya menjadi amalan bagi seluruh rakyat Malaysia bagi membentuk sikap
yang positif dan bermoral tinggi. Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
juga bertujuan untuk menerapkan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi,
pelaksanaan sesuatu bidang tugas dengan efisyen dan efektif serta beramanah.
Dasar ini telah menjadi asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang
dilaksanakan pada 19 Mac 1983.

11.7.1 Objektif Dasar Bersih, Cekap dan Amanah


• Mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat baharu bagi rakyat
Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan hasil (produktiviti)
dan mutu kerja.

• Meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan


Nilai-nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.

189
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Secara spesifik, tiga nilai teras yang ingin diterapkan melalui dasar ini mencakupi
aspek berikut;

• Bersih iaitu berteraskan nilai moral yang tinggi, mementingkan tatatertib,


berdisiplin, tidak terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa, berkecuali, tidak
mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai hasad dengki.

• Cekap iaitu berani dan cepat dalam membuat sesuatu keputusan, mampu
menghadapi krisis, tegas, mementingkan produktiviti dan mutu kerja, keyakinan
diri yang tinggi, berpandangan jauh, proaktif dan kreatif, berpengetahuan dan
mahir.

• Amanah iaitu rela dan cuba menunaikan tanggungjawab dengan gigih dan
ikhlas, bersifat luhur dan murni, serta jujur.

11.7.2 Strategi Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

• Mewujudkan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM).

• Meningkatkan aspek pengurusan melalui teknik-teknik baharu seperti


mesyuarat dan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (QCC).

• Memperluas khidmat pusat pembayaran bil setempat bagi kemudahan orang


ramai.

• Memperkenalkan konsep pejabat pelan terbuka dengan memaksimumkan


penggunaan ruang pejabat.

• Mengaplikasi kad perakam waktu kerja sebagai sesuatu yang wajib.

• Melaksanakan pengisytiharan harta anggota kabinet dan pegawai serta


kakitangan awam.

• Menerapkan pemakaian tag nama bagi kakitangan kerajaan.

• Mengukuhkan dan memperkasa peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

• Mewujudkan skim perkhidmatan cemerlang bagi menghargai pegawai yang


berdedikasi dan telah memberikan sumbangan yang besar.

• Menghantar para pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan ilmu


pengetahuan dan pengalaman.

190
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pelaksanaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah adalah suatu tindakan untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap pekerja di Malaysia dalam pelbagai
sektor awam, swasta mahupun persendirian. Pemupukan sifat-sifat tersebut bukan
sahaja dapat meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan individu tetapi dapat
mendorong kepada penghasilan produktiviti dan daya pengeluaran yang lebih
tinggi.

11.8 Dasar Warga Emas Negara


Pengenalan Dasar Warga Emas Negara adalah sebagai suatu respon terhadap
fenomena abad ke-21 ini di mana berlaku proses penuaan penduduk realiti yang
semakin membesar. Merujuk kepada unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(2009), Malaysia akan mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila
penduduk yang berusia 60 tahun dan ke atas mencecah 15 peratus daripada
jumlah keseluruhan penduduk di negara ini. Bagi persediaan menghadapi cabaran
tersebut, pihak kerajaan telah mengkaji semula Dasar Warga Tua Kebangsaan dan
telah menukar kepada Dasar Warga Emas Negara. Hal ini perlu diberikan perhatian
khusus bagi mewujudkan masyarakat yang bersifat penyanyang, peka, bertimbang
rasa dan mengutamakan kebajikan penduduk yang lebih berusia. Dalam konteks
Malaysia, takrifan warga emas mencakup penduduk yang berusia 60 tahun dan
ke atas berdasarkan kepada takrifan “World Assembly on Ageing” di Vienna pada
tahun 1982.

11.8.1 Falsafah Dasar Warga Emas Negara


Memberi pengiktirafan terhadap warga emas sebagai warganegara yang
berpengalaman dan mempunyai banyak kemahiran, berhak menikmati
kesejahteraan hidup, perlu dihormati dan boleh terus menyumbang kepada
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

11.8.2 Nilai Dasar Warga Emas Negara


Dasar Warga Emas Negara memberikan penekanan terhadap beberapa nilai murni
seperti baik hati; berdikari; berhemah tinggi; hormat; kasih sayang; keadilan;
kebebasan; keberanian; kebersihan fizikal dan mental; kejujuran; kerajinan;
kerjasama; kesederhanaan; kesyukuran; rasional; dan semangat bermasyarakat.

191
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.8.3 Prinsip Dasar Warga Emas Negara


• Mengambil pendekatan perkembangan sepanjang hayat.

• Mengiktiraf hak warga emas untuk mendapat keperluan asas yang berkualiti.

• Memberi keutamaan bagi setiap individu untuk mendapat peluang yang


saksama dalam mengakses pelbagai sumber.

• Meningkatkan martabat diri dan bersemangat berdikari.

• Mengeratkan silaturrahim antara pelbagai generasi.

• Menggalakkan penglibatan dan penyertaan dalam pelbagai aktiviti.

• Memperkukuh kerjasama dan perkongsian tanggungjawab.

11.8.4 Matlamat Dasar Warga Emas Negara


Matlamat utama Dasar Warga Emas Negara ialah untuk meningkatkan keupayaan
individu, keluarga dan masyarakat melalui penyediaan perkhidmatan mesra
warga emas yang efektif dan efisyen serta menwujudkan persekitaran yang boleh
mendorong warga emas untuk hidup dalam keadaan aman, damai dan harmoni.

11.8.5 Objektif Dasar Warga Emas Negara


• Melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap fenomena penuaan dan
meningkatkan keupayaan masyarakat bagi menghadapi hari tua.

• Memudahkan akses pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga


emas, keluarga dan masyarakat.

• Memberi jaminan agar warga emas dapat hidup dengan selamat dan mendapat
perlindungan yang sewajarnya.

• Merangka sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang efektif dan


komprehensif.

• Menggalakkan penglibatan warga emas dalam masyarakat yang pelbagai


kategori umur.

• Memangkin penggunaan hasil penyelidikan sebagai asas dalam perancangan,


pemantauan dan penilaian program bagi warga emas.

192
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

11.8.6 Strategi Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara


• Mengadakan promosi dan advokasi mengenai proses penuaan bagi memupuk
kesedaran dalam masyarakat.

• Melaksanakan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat bagi memberi


peluang kepada warga emas untuk meningkatkan potensi diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang berguna.

• Memberikan keutamaan terhadap aspek keselamatan dan perlindungan warga


emas tanpa mengira latar belakang.

• Melaksanakan tadbir urus yang efektif dan perkongsian tanggungjawab


bersama.

• Menggalakkan penglibatan dan kesepaduan merentasi generasi secara


berterusan dalam sektor ekonomi dan sosial.

• Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi pembangunan warga emas


melibatkan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program.

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara bukan sahaja penting dalam memupuk nilai
kasih sayang antara generasi tetapi melibatkan usaha rapi dalam mendorong warga
emas untuk terus menyumbang pengalaman dan kemahiran bagi pembangunan
keluarga, masyarakat dan negara. Pelaksanaan pelbagai pendekatan tersebut juga
dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan warga emas yang proaktif
dan sentiasa mengambil bahagian dalam kehidupan bermasyarakat.

11.9 Pelan Integriti Nasional (PIN)


Pelan ini dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Perdana Menteri Malaysia yang
kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ia dianggap sebagai
suatu pelan yang bersifat holistik yang dibentuk dengan memberi fokus kepada
pemantapan etika dan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. PIN digubal
selaras dengan dasar dan aspirasi beberapa teras negara seperti berikut:

193
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

a. Cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk “Membentuk sebuah masyarakat


yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur”.
b. Semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan masyarakat
pelbagai kaum.
c. Prinsip Rukun Negara iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil,
demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip
Rukun Negara.

11.9.1 Objektif Khusus PIN


a. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat
bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
b. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam
usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan
diamalkan dalam semua bidang;
c. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat
serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip
integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
d. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,
dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
e. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

11.9.2 Pendekatan Utama Pelaksanaan PIN


Pendekatan utama dalam pelaksanaan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua
komponen dan sektor dalam negara untuk gerakan pemantapan integriti. Ini
melibatkan:
a. Keseluruhan institusi utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan
kehakiman perlu meningkatkan integriti mereka, menghormati dan
mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi
masing- masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.

194
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

b. Pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat perlu merangka


dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka sendiri.

11.9.3 Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)


Institut Integriti Malaysia atau INTEGRITI (sebelum ini dikenali sebagai IIM)
ialah organisasi kerajaan yang ditubuhkan seiring dengan pelancaran PIN (2004)
sebagai badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti
Nasional. Objektif utama penubuhan INTEGRITI ialah membangunkan sebuah
bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni
sejagat. Terdapat tiga fasa sasaran hala tuju pelaksanaan PIN iaitu:

1. Fasa Pertama PIN (2004 – 2008). Ia terdiri daripada lima tahun sasaran yang
juga dikenali sebagai Tekad 2008. Fasa ini dijadikan asas kepada gerakan
pembudayaan integriti rakyat di negara ini. Daripada laporan lima tahun Fasa
Pertama telah dibentangkan dan telah mendapat maklum balas yang positif
daripada masyarakat.

2. Fasa Kedua PIN (2009 -2013) atau dikenali sebagai Tekad Integriti. Fasa ini
dikatakan telah memberikan beberapa indikasi positif yang menunjukkan PIN
telah berada pada landasan yang jelas dan tepat.

3. Fasa Ketiga (2014-2018) pula mensasarkan hala tuju PIN seterusnya ialah
menjadikan integriti dalam diri setiap individu sebagai tanggungjawab
1Malaysia.

RUMUSAN
Pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial merupakan suatu bentuk pelan
tindakan berfokus untuk membina, membentuk, membangunkan dan mengekalkan
kesejahteraan sosial dalam masyarakat multietnik Malaysia. Teras utama
pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial ialah untuk menguruskan perbezaan
sosial dalam masyarakat dan mencapai perpaduan yang holistik di samping
penerapan elemen-elemen kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Selain itu, pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosial memberikan penekanan
terkhusus dalam pelbagai dimensi penting kehidupan seperti pendidikan, budaya,
belia, wanita dan pembangunan sikap. Pelaksanaannya tidak mudah sepertimana

195
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

yang tertulis di atas kertas. Dari itu, dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar
pembangunan sosial mencapai matlamat yang telah disasarkan, maka ia perlu
mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Sekiranya tanggungjawab pelaksanaannya
diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata, sudah pasti dasar-dasar tersebut
tidak akan ke mana-mana. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab seluruh
rakyat Malaysia untuk sama-sama menyokong dan mendokong dasar-dasar tersebut
khsususnya sebagai persediaan menghadapi pelbagai bentuk cabaran di hari muka.

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar perlu membuat perbincangan dalam kumpulan apakah tindakan
yang perlu diambil bagi mengekalkan keharmonian di negara kita.

2. Pelajar dikehendaki mencari satu isu panas di akhbar berkaitan dengan


masalah sosial dalam kalangan rakyat Malaysia dan perlu membuat
analisis dokumen bagi melihat sebab-akibat.

SOALAN DALAM TEKS


1. Bincangkan masalah-masalah yang seringkali dikaitkan dengan
pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

2. Bandingkan strategi pelaksanaan Dasar Wanita Negara dengan Dasar


Pembangunan Belia Negara?

3. Sejauh manakah pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara mampu


menarik golongan warga emas untuk terus menyumbang dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara?

196
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

KATA KUNCI

Dasar pembangunan sosial Dasar Sosial Negara

Penyata Razak Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Penyata Rahman Talib Dasar Wanita Negara

Laporan Jawatankuasa Kabinet Dasar Pembangunan Belia Negara

Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah


Pelan Induk Pembangunan Dasar Warga Emas Negara
Pendidikan
Pelan Integriti Nasional

RUJUKAN
Amran Idris, Ismail Kosman, Mastor Selamat, Mohd Noor Yusof, & Md Lasa Yahya.
(2007). Kenegaraan Malaysia: Pengajian Am. Puchong: Local Publications.
Asnarulkhadi Abu Samah, & Jayum Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
INTAN. (1997). Dasar-dasar pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara.
Malaysia Kita. (2003). Sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan. Kuala
Lumpur: International Law Book Services.
Nazaruddin Mohd Jadi, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail Mohd
Rashid. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling
Jaya: Prentice Hall.
Portal 1 Klik, Jabatan Penerangan Malaysia. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/
maklumat-kenegaraan
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, & Zaini Othman. (2005). Kenegaraan Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

197
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 12 Dasar Pembangunan Negara


Zatul Himmah Adnan

PENGENALAN
Unit ini akan menerangkan hala tuju dan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan
dalam membangunkan negara dan masyarakat. Fokus unit ini ialah penerangan
beberapa dasar terpilih yang terdiri daripada dasar utama pembangunan dan dasar
khusus. Sebelum itu, penjelasan mengenai asas dan matlamat pembangunan serta
latar belakang perancangan pembangunan akan turut dibincangkan.

OBJEKTIF
1. Menjelaskan matlamat dan asas dasar pembangunan negara.

2. Membincangkan dasar-dasar utama pembangunan negara, matlamat dan


kepentingannya.

3. Menghuraikan kepentingan dasar pembangunan terpilih.

ISI PENTING
12.1 Matlamat dan Asas Dasar Pembangunan
Pembangunan sering disamakan dengan kemajuan atau pemodenan. Pembangunan
bermaksud perkembangan, perubahan atau peningkatan sesuatu perkara kepada
satu tahap yang lebih baik atau lebih kuat. Dasar pembangunan pula membawa
makna usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melakukan perubahan
atau memajukan kehidupan masyarakatnya dengan menyediakan pelbagai
bentuk sokongan serta bantuan secara teratur. Umumnya, pembangunan sering
dikaitkan dengan kemajuan ekonomi. Kebiasaanya, pembangunan diukur dengan
menggunakan skala ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar, pendapatan
per kapita, kadar pengangguran, jurang kemiskinan dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, takrifan pembangunan hari ini meliputi aspek bukan ekonomi

198
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

seperti kestabilan politik dan kesejahteraan sosial. Dasar pembangunan penting


dalam sesebuah negara sebagai asas atau tapak kepada pembangunan negara dan
masyarakat secara keseluruhannya.

Secara asasnya matlamat dasar pembangunan di Malaysia ialah untuk pembangunan


yang seimbang dalam semua sektor ekonomi bagi mencapai perpaduan kaum dan
menjamin kestabilan politik. Pendekatan dan falsafah perancangan pembangunan
negara mengambil kira faktor latar belakang dan ciri negara seperti berikut (Unit
Perancang Ekonomi 2013):

1. Negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka.

2. Negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.

3. Negara yang berbilang etnik.

4. Negara persekutuan yang mengandungi 14 negeri, termasuk tiga wilayah


persekutuan.

12.2 Latar Belakang Dasar Pembangunan Negara


Perancangan pembangunan negara telah mula dilaksanakan sebelum kemerdekaan
lagi. Perkembangan pembangunan di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat
peringkat iaitu perancangan pra-merdeka, selepas merdeka, semasa Dasar Ekonomi
Baru dan selepas Dasar Ekonomi Baru.

a. Perancangan pra-merdeka
Perancangan peringkat awal ini merupakan perancangan pembangunan negara
dalam mempersiapkan diri untuk membangunkan negara tanpa dasar penjajah.
Ini meliputi Rancangan Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-
1955) dan sebahagian daripada Rancangan Malaya Pertama (1956-1960).
Tumpuan utama pada peringkat ini ialah membangunkan sektor awam dengan
menubuhkan beberapa agensi kerajaan yang penting untuk pembangunan luar
bandar. Dua agensi kerajaan yang ditubuhkan ialah Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Satu inovasi penting pada masa itu ialah pelaksanaan Rancangan Buku Merah
iaitu satu atur cara dalam mentadbir rancangan pembangunan secara selari di
tiga peringkat iaitu Pusat, Negeri dan Daerah (Kementerian Kemajuan Luar
Bandar 2015).

199
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

b. Perancangan selepas merdeka


Perancangan selepas kemerdekaan terdiri daripada Rancangan Malaya Kedua
(1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Perancangan
pembangunan peringkat ini lebih sistematik dan insentif. Rancangan Malaya
Kedua melibatkan penyeliaan satu jawatankuasa yang turut dibantu oleh
Bank Dunia. Rancangan Malaysia Pertama telah dirangka dengan mengambil
kira kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan. Ia melibatkan
pembaharuan termasuk aspek tenaga manusia, program kepada setiap sektor
ekonomi dan penekanan kepada aspek integrasi antara negeri.

c. Perancangan Dasar Ekonomi Baru


Tragedi 13 Mei 1969 telah membawa kepada usaha pembangunan kerajaan
untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan kawasan
melalui Dasar Ekonomi Baru. Peringkat ini melibatkan perancangan jangka
panjang (Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 atau RRJP1) iaitu di antara
1971-1990. Ia terdiri daripada empat Rancangan Malaysia yang terdiri daripada
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-
1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia
Kelima (1986-1990). Matlamat utama perancangan dalam peringkat ini ialah
perpaduan negara dengan antara strateginya ialah penghapusan pengenalan
kaum mengikut fungsi sektor ekonomi, menggalakkan penyertaan aktif sektor
awam dan swasta dalam mengatasi jurang ekonomi serta menyusun semula
masyarakat.

d. Perancangan selepas Dasar Ekonomi Baru


Fasa perancangan pembangunan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Ia
meliputi Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) (1991-2000), Rangka
Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) (2000-2010) sehingga perancangan
terkini. RRJP2 melibatkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam dan
Ketujuh (RMK6 dan RMK7). Dasar utama dalam tempoh ini ialah Dasar
Pembangunan Nasional. Manakala RRJP3 pula melibatkan perancangan
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK9) dan dasar utama yang memacu pembangunan pada masa itu ialah Dasar
Wawasan Negara. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan Rancangan
Malaysia Sebelas (RMK11) meneruskan perancangan dekad terakhir untuk
mencapai sasaran Wawasan 2020 seperti yang direncanakan pada tahun 1991.
Dalam tempoh masa ini, Dasar Transformasi Negara menjadi tunggak kepada

200
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

perancangan pembangunan negara yang berteraskan kepada Model Ekonomi


Baru (2011-2020) dengan beberapa dasar ekonomi dan agenda tertentu untuk
mentransformasikan pelbagai sektor untuk mencapai status negara maju dan
inklusif seiring dengan matlamat Wawasan 2020.

Dari segi peringkat perancangan pembangunan negara terdapat tiga jenis


perancangan iaitu perancangan jangka panjang, sederhana dan pendek seperti
berikut (Unit Perancang Ekonomi 2013):

a. Perancangan Jangka Panjang


Perancangan Jangka Panjang meliputi i) Rangka Jangka Panjang (RRJP) yang
kebiasaannya dilaksanakan selama 10 tahun dan, ii) dasar-dasar pembangunan
seperti Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020. Setiap RRJP
menetapkan teras dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai sasaran di
bawah agenda pembangunan negara dalam jangka masa panjang.

b. Perancangan Jangka Sederhana


Terdapat dua jenis perancangan jangka sederhana iaitu pertama, rancangan
pembangunan lima tahun (RMK) seperti RMK5 1986-1990 dan RMK10
(2011-2015). Perancangan jangka sederhana ini ditetapkan melalui RRJP dan
merupakan perancangan utama dalam melaksanakan program pembangunan
kerajaan. Kebiasaannya RMK menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi,
siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam dan menggariskan
peranan sektor swasta. Kedua, ialah perancangan berdasarkan Kajian Separuh
Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan untuk lima tahun. KSP akan
dilaksanakan pada setiap pertengahan tempoh lima tahun RMK. Ia bertujuan
untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi
makro dan sektoral serta membuat pelarasan semula strategi bagi mencapai
semakan sasaran baru. Di bawah RMK10, kaedah dua tahun rolling plan telah
diperkenalkan bagi membolehkan semakan program dan projek dilakukan
berdasarkan keupayaan kewangan semasa dengan tujuan untuk pelaksanaan
pembangunan yang lebih efektif.

c. Perancangan Jangka Pendek


Perancangan jangka pendek pula merujuk kepada Bajet Tahunan yang
disediakan oleh Kementerian Kewangan. Dasar dan strategi pelaksanaan Bajet
tahunan perlu selari dengan perancangan jangka sederhana dan panjang.

201
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

12.3 Dasar Pembangunan Negara


Terdapat dua jenis dasar pembangunan negara yang kebiasaannya diperkenalkan
di bawah Rangka Jangka Panjang iaitu pertama dasar pembangunan utama
seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan
Negara dan Dasar Transformasi Negara; dan dasar khusus pembangunan seperti
Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pertanian, Dasar Sains
dan Teknologi Negara dan lain-lain. Beberapa dasar pembangunan terpilih akan
dibincangkan di dalam unit ini. Dasar pembangunan lain boleh dirujuk selanjutnya
di rujukan yang disenaraikan dan juga Portal Rasmi Institusi Kerajaan seperti Unit
Perancang Ekonomi (EPU) , Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan 1KLIK Jabatan
Penerangan Malaysia bagi dasar utama kerajaan atau Portal Rasmi kementerian
berkaitan bagi dasar khusus pembangunan.

12.4 Dasar Utama Pembangunan


12.4.1 Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada asasnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk memperbaiki
ketidakseimbangan jurang sosio-ekonomi di antara etnik utama, antara wilayah
dan juga dalam wilayah yang sama. Dasar yang berlangsung selama 20 tahun
ini mempunyai matlamat utama untuk mewujudkan perpaduan negara dengan
mengurangkan perbezaan antara kaum dalam aspek ekonomi, sosial, penempatan
dan sebagainya.

Strategi utama pelaksanaan DEB atau lebih dikenali dengan strategi serampang
dua mata iaitu :

a. Membasmi kemiskinan
Usaha yang dilakukan dalam strategi ini ialah menambahkan pendapatan
rakyat dengan meningkatkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira latar belakang kaum. Usaha pembasmian kemiskinan ini melibatkan
dua kategori iaitu kemiskinan di luar bandar dan bandar. Kerajaan berusaha
untuk memodenkan kawasan luar bandar dengan penyediaan perkhidmatan
awam seperti kemudahan kesihatan, kemudahan infrastruktur dan sosial
seperti jalan raya, pendidikan, bekalan air dan elektrik. Usaha ini juga telah
melibatkan peranan beberapa badan bukan berkanun seperti FELDA, RISDA,
FELCRA, KEJORA dan sebagainya. Ia juga melibatkan program pembukaan

202
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan penerokaan tanah-tanah baru, khidmat nasihat, subsidi bahan pertanian,


pemasaran dan pembukaan pusat kemajuan peladang. Di bandar, tumpuan
kerajaan lebih kepada pengembangan dan dan pembangunan guna tenaga
yang produktif untuk mengatasi masalah pertambahan penduduk. Peluang
pekerjaan dan peningkatan kualiti perkhidmatan awam juga diperbaiki untuk
meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar.

b. Menyusun semula masyarakat


Antara tujuan utama strategi ini ialah untuk menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi seperti pekerjaan, tempat tinggal, pemilikan harta
benda dan sebagainya. Dalam hal ini kerajaan telah berusaha untuk menyusun
masyarakat dengan membuat agihan faedah perkembangan dan kemajuan
ekonomi secara adil antara kaum untuk mengurangkan ketidakseimbangan.
Usaha juga ditumpukan untuk meningkatkan kemajuan golongan bumiputera
supaya jurang perbezaan kaum dengan bukan bumiputera dapat dihapuskan.
Selain itu salah satu sasaran utama melalui strategi ini ialah membentuk
sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu
dan kaum Bumiputera supaya dapat memiliki 30% pemilikan kuasa ekonomi
dalam tahun 1990. Penyertaan orang Melayu dan bumiputera di semua
peringkat pengurusan ekonomi, pengeluaran dan perkongsian modal amat
digalakkan. Beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), UDA,
Bank Bumiputera, Bank Pembangunan, Amanah Saham Nasional ditubuhkan
untuk membantu usaha tersebut.

Jadual 12.1 menunjukkan beberapa data utama pencapaian DEB selepas 20 tahun
dilaksanakan. Secara umumnya, berlaku peningkatan dan kemajuan dari semua
aspek pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun tidak semua aspek meningkat
secara kondusif khasnya sasaran pemilikan kuasa ekonomi kaum bumiputera
kepada 30%. Salah satu faktor yang menjejaskan keadaan ini ialah kemelesatan
ekonomi yang berlaku sekitar tahun 1980an. Kelemahan dan kekuatan dalam
pelaksanaan DEB telah diambil kira dalam perancangan dasar pembangunan yang
seterusnya iaitu Dasar Pembangunan Nasional.

203
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Jadual 12.1 Ringkasan Pencapaian DEB

KDNK meningkat 3 kali ganda Pertumbuhan ekonomi


RM21,548 (1970) 6.0 %(1960an)
RM59,155 (1990) 6.7% (1990an)
Inflasi - kekal Pendapatan per kapita
4.6% RM1,109 (1970)
RM6,180 (1990)
Hak milik modal saham bumiputera Kemiskinan isi rumah
2.4% (1970) 42.4% (1976)
20.3% (1990) 17.1% (1990)
Kemiskinan bandar Kemiskinan luar bandar
18.7% (1976) 50.9% (1976)
7.5% (1990) 21.8% (1990)

Sumber: Data yang disusun semula daripada Bab 27. Malaysia KITA, INTAN 1991

12.4.2 Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)


Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan pada 17 Jun 1991 di bawah
RRJP2 dengan matlamat akhirnya ialah untuk perpaduan negara. Walaupun
masih berasaskan kepada matlamat dan strategi DEB, tempoh pelaksanaan DPN
merupakan satu fasa penting untuk membangunkan Malaysia menjadi negara maju
berikutan dengan pengenalan Wawasan 2020 pada tahun yang sama.

Beberapa langkah yang telah digariskan melalui DPN ialah:

1. Mewujudkan pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.

2. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi semua sektor utama ekonomi


dan pertumbuhan yang saksama.

3. Mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi untuk


menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama supaya faedah yang
diperolehi dari pertumbuhan dinikmati secara adil dan saksama oleh semua
rakyat Malaysia.

204
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi usaha mengurangkan


jurang ketidakseimbangan pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan bandar dan luar bandar.

5. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif supaya semua rakyat


menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai
sosial dan kerohanian yang positif serta bangga dan cintakan negara.

6. Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja


yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu
bagi menghadapi cabaran pembangunan industri menerusi satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

7. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang mampu membangunkan keupayaan
dan kebolehan dalam teknologi strategik serta berasaskan ilmu di samping
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden.

8. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian


yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi
supaya pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan dalam jangka
panjang.

Selain menjadikan misi negara maju sebagai sasaran perancangan jangka


masa panjang, dasar ini dirancang dengan matlamat mewujudkan satu bentuk
pembangunan seimbang antara pertumbuhan fizikal dan kerohanian dan alam
sekeliling. Antara pertimbangan yang diambil kira ialah pertumbuhan dan
pengagihan ekonomi yang adil dan saksama; pembangunan masyarakat yang
seimbang demi kestabilan politik dan sosial; pembentukan masyarakat yang
bermoral dan beretika, positif bertanggungjawab dan penyayang; serta pengurusan
alam dan sumber semula jadi demi kelangsungan generasi akan datang.

DPN juga mempunyai empat dimensi baru dalam mengambil kira kekuatan dan
kelemahan DEB dengan memberi penekanan kepada aspek berikut dalam mencapai
matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama:

1. Menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin  dan 


kemiskinan  relatif.

205
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

2. Pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera


(MPPB).

3. Peranan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat.

4. Pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika.

Fokus strategi DPN terdiri daripada berikut:

1. Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan –dalam proses ini penekanan
diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan.

2. Persaingan dalam pasaran antarabangsa – Malaysia telah meluaskan aktiviti


pelaburan untuk meningkatkan daya tarikan pelabur dan usahawan asing.
Selain itu, Malaysia telah mengamalkan dasar yang liberal bagi mengatasi
masalah halangan dan perlindungan perdagangan antarabangsa selain boleh
menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para
pengeksport negara juga digalakkan mengurangkan pergantungan kepada
Sistem Keutamaan Am (GSP).

3. Wawasan 2020 – dalam usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan


telah menggalakkan penyertaan aktif semua kaum dalam pembangunan
dengan menggembleng semua sumber negara dan semua bentuk kepakaran
dalam menghadapi cabaran ekonomi.

4. Pembasmian kemiskinan – DPN masih meneruskan usaha matlamat


serampang dua mata DEB. Kerajaan mensasarkan kadar kemiskinan dapat
dikurangkan kepada 7.2% pada tahun 2000 berbanding dengan 19.1% pada
tahun 1990. Manakala kadar pengangguran pula disasarkan kepada 4% dalam
tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi ini penyertaan peranan sektor awam
dipertingkatkan khasnya dalam pengurusan sektor pertanian untuk membantu
golongan petani. Selain pertanian, sektor awam juga terlibat dalam program
seperti pendidikan, latihan, kesihatan, pengangkutan, perumahan, jalan raya,
bekalan air dan elektrik dalam usaha membasmi kemiskinan.

5. Penyusunan semula masyarakat – Dalam usaha menghapuskan pengenalan


kaum mengikut fungsi ekonomi dan penyusunan semula masyarakat,
kerajaan telah meneruskan usaha membentuk Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera. Kerajaan telah menggalakkan secara meluas
beberapa inisiatif seperti penyertaan bumiputera dalam sektor moden seperti

206
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pembuatan dan perkhidmatan, kerjasama aktif antara bumiputera dan bukan


bumiputera, peningkatan kemahiran dalam keusahawanan dan perniagaan serta
teknologi yang berkaitan dalam kalangan bumiputera. Penglibatan golongan
muda dalam program keusahawanan turut dipertingkatkan.

Wawasan 2020
Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan pada tahun 1991 seiring dengan
pelaksanaan DPN dengan objektif untuk menjadi negara yang benar-benar maju
menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan sembilan
cabaran strategik untuk mencapai status negara maju. Ia bukan satu dasar khas
tetapi merupakan satu inisiatif kerajaan dalam menentukan hala tuju pembangunan
negara mengikut acuan Malaysia dengan mengambil kira cabaran semasa di
peringkat nasional dan antarabangsa dalam pelbagai aspek kehidupan ekonomi,
politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Sembilan cabaran yang perlu diharungi oleh negara untuk merealisasikan W2020
ialah:

1. Membentuk sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

2. Melahirkan sebuah masyarakat yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan


diri.

3. Membangunkan masyarakat demokratis yang matang dan mengamalkan satu


bentuk kehidupan yang demokratik.

4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai
keagamaan dan kerohaniannya.

5. Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran dengan setiap


warga bangsanya tanpa mengira perbezaan latar belakang.

6. Membentuk masyarakat yang bersifat sains dan progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh.

7. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang dalam usaha


membentuk satu sistem sosial yang mementingkan masyarakat daripada diri
sendiri.

8. Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.

207
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

9. Mewujudkan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang berdaya saing,


dinamis dan tangkas.

Pelaksanaan W2020 merangkumi tiga fasa utama:

a. Fasa pertama menggariskan dasar dan strategi W2020 di dalam RRJP2 iaitu
yang dimulakan melalui pelaksanaan DPN dalam tempoh 1991-2000.

b. Fasa kedua dilaksanakan di bawah RRJP3 iaitu Dasar Wawasan Negara (DWN)
yang merangkumi tempoh 2001 hingga 2010.

c. Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi


(MBE) yang dilancarkan pada tahun 2010 dan pelaksanaannya disasarkan
bermula 2011 hingga 2020.

12.4.3 Dasar Wawasan Negara (2001-2010)


Dasar Wawasan Negara (DWN) telah diperkenalkan di bawah RRJP3 dan merupakan
fasa ketiga dalam usaha pelaksanaan Wawasan 2020. DWN menggabungkan teras
utama dalam DEB dan DPN dengan matlamat akhirnya untuk mencapai perpaduan
nasional. Ini meliputi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan
semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang. Hala tuju DWN juga
berdasarkan kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang 2020 dengan
dimensi baru seperti berikut:

a. Membangunkan negara bermasyarakat pengetahuan.

b. Menjana pertumbuhan berasaskan sumber dan kekuatan dalaman.

c. Menjadikan sektor pembuatan, pertanian dan perkhidmatan yang lebih


dinamik.

d. Membasmi kemiskinan kumpulan termiskin.

e. Mencapai ekuiti kekayaan yang seimbang antara kaum dengan sekurang-


kurangnya penyertaan 30% bumiputera pada 2010.

f. Meningkatkan pembabitan semua kelompok masyarakat dalam setiap sektor


utama ekonomi.

208
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

g. Mengorientasi semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong


pembangunan masyarakat berpengetahuan.

Teras utama DWN ialah:

a. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,


menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina
masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan
nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

b. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian


kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan kumpulan etnik
serta wilayah.

c. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan


sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan
ekonomi makro.

d. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan


liberalisasi.

e. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah


strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.

f. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga


kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

g. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan


pertumbuhan jangka panjang.

Secara khususnya, DWN adalah hasil gabungan semua usaha pembangunan yang
lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan
makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dengan ikatan perkongsian
yang saksama. Pelaksanaan DWN dipandu oleh strategi dua rancangan Malaysia
iaitu RMK8 dan RMK9 (masing-masing direncanakan di bawah dua Perdana
Menteri; Tun Dr Mahathir bagi RMK8 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi
RMK9). Dalam RMK9, pelaksanaan DWN diteruskan melalui agenda Misi
Nasional, iaitu satu rangka kerja bagi agenda pembangunan negara disasarkan

209
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

untuk mencapai Wawasan 2020 dalam tempoh lima belas tahun dengan lima teras
utama berikut:

1. Teras pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.

2. Teras kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta


memupuk ‘minda kelas pertama’.

3. Teras ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara


membina dan produktif.

4. Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.

5. Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Pada suku pertama tahun 2010, tahun terakhir pelaksanaan DWN, Malaysia
telah mencapai KDNK sebanyak 10.1%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh
10 tahun (Unit Perancang Ekonomi 2010). Walau bagaimanapun, dalam usaha
merealisasikan Wawasan 2020, kerajaan telah merancang dasar seterusnya untuk
memastikan ekonomi kukuh secara konsisten dalam mencapai usaha mencapai
negara maju yang berpendapatan tinggi pada 2020.

12.4.4 Dasar Transformasi Nasional


Dasar Transformasi Nasional (DTN) bermula dengan perancangan RMK10 (2011-
2015) dengan pengenalan Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi
yang berpaksikan kepada tiga fokus iaitu pendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan. Strategi perancangan DTN terus diperkukuhkan dalam RMK11
(2016-2020). Di awal pengenalannya DTN mempunyai empat tunggak utama
transformasi negara iaitu: Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan
(PTK atau Government Transformation Program) dan Program Transformasi
Ekonomi (PTE atau Economic Transformation Program), RMK10 dan RMK11
(Majlis Penasihat Ekonomi Negara 2010).

1Malaysia
Gagasan 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai 1Malaysia yang diperkenalkan
pada tahun 2009 ialah satu gagasan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Keenam
untuk mendukung aspirasi “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Konsep 1Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara,

210
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Wawasan 2020, Misi Nasional, pelbagai undang-undang dan dasar, serta pandangan
mengenai perpaduan dan kesaksamaan.

Konsep ini mengambil kira prinsip kepelbagaian dalam perpaduan dan


keterangkuman; menerima dan meraikan perbezaan di antara kaum dan juga
keadilan sosial antara rakyat. Konsep 1Malaysia mempunyai lapan nilai aspirasi
dan moral yang diharapkan akan dihayati oleh semua iaitu budaya kecemerlangan,
ketabahan, penerimaan, pendidikan, integriti, kebijaksanaan, meritokrasi,
kerendahan hati dan kesetiaan (1Malaysia 2017).

1Malaysia mempunyai dua aspek:

1. Aspek pertama: Penerapan Teras-teras Perpaduan


Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat
Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen asas untuk memperkukuhkan
perpaduan nasional dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Tiga prinsip utama
Teras Perpaduan ini iaitu: 1) Prinsip penerimaan, 2) Prinsip kenegaraan, dan
3) Prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai
murni seperti kesederhanaan rendah hati (tawadhuk’), berbudi bahasa dan
hormat-menghormati.

2. Aspek kedua: Penerapan Nilai-nilai Aspirasi


Nilai-nilai aspirasi merujuk kepada nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk
mewujudkan masyarakat progresif dan dinamik dalam usaha mencapai status
negara maju. Nilai ini penting untuk mewujudkan tenaga kerja yang berdaya
maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya untuk
membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih
kukuh dan mantap. Terdapat lapan nilai yang ingin diterapkan melalui Gagasan
1Malaysia iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu,
integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi (1Malaysia
2017).

Di bawah payung 1Malaysia, kerajaan menyediakan pelbagai program atau inisiatif


(sehingga kini ada 27 inisiatif) untuk membantu rakyat antaranya ialah Amanah
Saham 1Malaysia (AS1M), Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Lesen
1Malaysia (BL1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), eKasih, Inisiatif Kembali
ke Sekolah, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Kain Rakyat 1Malaysia

211
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

(KKR1M), Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), Klinik 1Malaysia,


Klinik Bergerak 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Program
1AZAM (1AZAM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Skim
Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
(KADS1M), Program Susu 1Malaysia (PS1M), Rawatan Perubatan Percuma bagi
Warga Emas dan lain-lain.

Pelan Transformasi Kerajaan (PTK)


Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri
Najib Tun Razak pada bulan April 2009. Dua objektif PTK:

1. mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian


perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi
keutamaan kepada rakyat; dan

2. memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu


dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.

PTK dilaksanakan melalui tiga fasa berikut:

1. Fasa 1 (2010 - 2012)


Meliputi langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan
dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran
NKRA dan MKRA.

2. Fasa 2 (2012 - 2015)


Transformasi kerajaan yang lebih mendalam dan diharapkan kehidupan harian
rakyat semakin baik, manakala struktur ekonomi negara dijangka berkembang
sejajar dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) dalam menghasilkan
sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

3. Fasa 3 (2015 - 2020)


Matlamat Wawasan 2020 dijangka akan tercapai apabila rakyat menikmati
taraf kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi. Kualiti perkhidmatan awam
juga dijangka semakin baik. Kemuncaknya, diharapkan setiap rakyat Malaysia
memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat diri masing-
masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia.

212
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

PTK terdiri daripada dua struktur iaitu 1) Bidang keberhasilan Utama Negara
(NKRA) dan 2) Bidang keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) (Komponen
selain NKRA). Untuk memastikan semua rancangan pembangunan negara
berjalan dengan lancar, semua pelan tindakan PTK perlu berasaskan kepada
Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Satu institusi yang memantau pencapaian semua
program transformasi termasuk NKRA dan MKRA bagi setiap kementerian telah
ditubuhkan iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang
berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

NKRA
NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah bidang utama yang
menjadi tumpuan kerajaan dalam melaksanakan transformasi Negara. Pada
tahun 2009, Perdana Menteri telah memperkenalkan enam bidang teras NKRA
iaitu membanteras rasuah, mengurangkan jenayah, mempertingkat pencapaian
pendidikan, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah,
mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik pengangkutan
awam bandar. Satu lagi bidang teras NKRA ditambah pada tahun 2011 iaitu
menangani kos sara hidup. Tujuh bidang teras yang diselia mengikut kementerian
dan menteri tertentu adalah seperti berikut:

a. mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri),

b. membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri),

c. mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia),

d. meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah (Kementerian


Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),

e. mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar (Kementerian Luar Bandar


dan Wilayah),

f. menambah baik pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan),


dan

g. menangani kos sara hidup (Timbalan Perdana Menteri).

MKRA
Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian atau MKRA merupakan
bidang selain daripada bidang yang disenaraikan di bawah NKRA tetapi dianggap

213
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

penting untuk diberi perhatian oleh kerajaan di peringkat kementerian. MKRA


ini merangkumi sasaran yang akan menunjukkan hasil yang boleh dilihat dan
dinikmati oleh rakyat. Setiap menteri termasuk menteri yang bertanggungjawab
terhadap NKRA mempunyai sasaran khusus atau KPI untuk mencapai keberhasilan
masing-masing.

Program Transformasi Ekonomi (PTE)


Program Transformasi Ekonomi telah dilancarkan pada 25 September 2010 yang
dicetuskan daripada hasil rumusan kepada krisis ekonomi global pada tahun 2008
(Jabatan Perdana Menteri 2015). Matlamat utamanya ialah untuk memastikan
Malaysia mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 dengan sasaran Pendapatan
Perkapita sebanyak AS$15ribu. Ia merupakan salah satu program lagi tunggak
transformasi negara yang menjurus kepada Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA) yang terdiri daripada 12 bidang iaitu bidang pertanian, perkhidmatan
perniagaan, elektrikal dan elektronik, pendidikan, perkhidmatan kewangan,
kesihatan, Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang, minyak, gas dan tenaga,
minyak sawit, komunikasi dan infrastruktur, pelancongan, peniagaan borong dan
runcit.Terdapat lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang dikenal pasti
untuk merealisasikan pencapaian NKEA iaitu: 1) Menyuburkan kembali sektor
swasta untuk mendorong pertumbuhan, 2) Membangunkan tenaga kerja berkualiti
dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, 3) Mewujudkan ekonomi
domestik yang berdaya saing, 4) Mengukuhkan sektor awam, 5) Tindakan afirmatif
yang telus dan mesra pasaran, 6) Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan,
7) Meningkatkan sumber pertumbuhan, 8) Memastikan kebolehmampanan
pertumbuhan.

Model Ekonomi Baharu (MEB)


Model Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 2009 merupakan salah satu tunggak
utama pelaksanaan DTN. Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan
kebolehmampanan menjelang tahun 2020.

214
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Tiga matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, keterangkuman dan


kebolehmampanan.

a. Pendapatan tinggi
Salah satu sasaran utama MEB ialah melonjakkan pendapatan negara kepada
A$15 -20 ribu Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita menjelang tahun 2020.
Sektor pelaburan merupakan salah satu pendorong utama dalam pertumbuhan
ekonomi ke arah tersebut. Antara langkah yang diambil kira dalam usaha ini
ialah meningkatkan KDNK yang dicadangkan ialah menambah giat pelaburan,
meningkatkan produktiviti buruh, merangsang kecekapan dan meningkatkan
sumbangan swasta.

b. Keterangkuman
Cabaran utama kerajaan ialah menghapuskan ketidaksamaan dan gejala
sosial masyarakat. Salah satu matlamat utama MEB ialah untuk memastikan
semua peringkat masyarakat mendapatkan manfaat kekayaan negara secara
adil dan saksama. Kesaksamaan yang sempurna sukar untuk dicapai, tetapi
kerajaan mengharapkan masyarakat yang terangkum akan menjadikan
masalah ketaksamaan ini tidak menjadi lebih buruk. Keterangkuman dijangka
akan membolehkan semua peringkat masyarakat boleh menyumbang dan
berkongsi kekayaan negara. Sehubungan itu, program tindakan afirmatif yang
mesra pasaran dilaksanakan yang antara lain mensasarkan bantuan isi rumah
dalam kumpulan 40% terendah yang terdiri daripada 77.2% kaum bumiputera;
peluang saksama dan adil melalui proses yang telus; kebolehcapaian kepada
sumber berasaskan keperluan dan merit untuk menambahbaikan keupayaan,
pendapatan dan kesejahteraan; dan rangka kerja institusi yang mantap demi
pemantauan dan pelaksanaan yang berkesan.

c. Kebolehmampanan
Elemen kebolehmampanan dalam MEB bertujuan untuk memastikan bahawa
semua langkah yang dicadangkan di bawah model baru tersebut mestilah
mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Negara perlu memastikan semua
keputusan pelaburan dan dasar perlu mempunyai impak jangka masa panjang
yang mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Antara usaha yang dilakukan ialah memastikan kebolehmampanan ekonomi


perlu dilaksanakan melalui pembentukan disiplin fiskal dan pembaharuan
sektor perkhidmatan awam. Manakala usaha yang dilakukan untuk memastikan

215
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

kebolehmampanan alam sekitar ialah dengan memberi penekanan khusus terhadap


perlindungan alam sekitar iaitu dengan mengambil kira impak pertumbuhan
ekonomi terhadap alam sekitar.

Rancangan Malaysia Ke 10 (2011-2015)


RMK10 merupakan rancangan pembangunan lima tahun Malaysia yang menjadi
salah satu tunggak kepada pelaksanaan awal DTN. Tema pembangunan RMK10
ialah ‘Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial’. RMK10
memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah
60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal. RMK10 dilihat sebagai satu
usaha untuk meneruskan kesinambungan negara ke arah merealisasikan Wawasan
2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

10 Premis Utama dalam RMK10 ialah:

1. Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

2. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen


kejayaan di arena antarabangsa.

3. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

4. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

5. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

6. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

7. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

8. Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

9. Menghargai khazanah alam sekitar.

10. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Manakala Lima Teras Strategik RMK10 ialah:

1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan


Malaysia dengan metodologi NKRA.

2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan


ekonomi.

216
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

Terdapat lima inisiatif strategik Memperkasakan Bumiputera:

1. Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian.

2. Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera.

3. Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta


pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera.

4. Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas.

5. Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan


memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)


Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) merupakan rancangan pembangunan lima
tahun yang terakhir dalam usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Ia
juga merupakan satu fasa penting dalam pelaksanaan dasar transformasi negara
dengan tema ‘Pembangunan Berpaksikan Rakyat’. RMK11 merupakan rancangan
pembangunan yang berasaskan kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia
(MyNDS) yang memfokuskan kepada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat
dan ekonomi berasaskan modal dengan pelaksanaan program dan projek yang
berimpak tinggi, mampu dilaksanakan dengan pantas serta kos yang rendah kepada
Kerajaan. RMK11 juga berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan
bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan
lagi kemakmuran negara untuk rakyat.

RMK11 mengandungi enam teras strategik iaitu:

1. Memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.

2. Meningkatkan kesejahteraan rakyat.

3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.

4. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemapanan dan daya


tahan.
217
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

5. Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

6. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.

RMK11 juga mempunyai enam pemacu perubahan yang dianggap sebagai


pendekatan yang inovatif bagi mempercepat pembangunan Malaysia.

1. Meningkatkan potensi produktiviti


• Produktiviti buruh disasarkan meningkat daripada RM77,100 pada tahun
2015 kepada RM92,300 pada tahun 2020.

2. Meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah


• Semua isi rumah B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus
terendah) tanpa mengira etnik akan diberikan lebih tumpuan, terutamanya
kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di bandar dan luar
bandar serta isi rumah di bawah paras garis kemiskinan (PGK) dan 2.5
kali PGK.

3. Mengupayakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang


diterajui industri.
• Sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan di
bawah RMK11 dijangka memerlukan kelayakan berkaitan TVET.

4. Melaksanakan pertumbuhan hijau


• Strategi baharu diperkenalkan untuk mencapai pertumbuhan hijau.
Peralihan pendekatan daripada trajektori pembangunan konvensional
“grow first, clean-up later” kepada trajektori pembangunan yang berdaya
tahan, rendah karbon dan penggunaan sumber yang cekap. Strategi ini
melibatkan perubahan dimensi yang meliputi aspek penetapan dasar,
pengawalseliaan institusi, perkongsian tanggungjawab dan kesedaran
terhadap alam sekitar.

5. Menjana kekayaan melalui inovasi


• RMK11 memberi tumpuan kepada ekosistem inovasi yang mantap akan
mewujudkan kerjasama dan integrasi yang lebih kukuh antara industri,
akademia dan masyarakat. Ia akan mensasarkan kepada inovasi pada
peringkat perusahaan dan masyarakat berbanding kepada inisiatif pada
peringkat nasional.

218
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

6. Melabur dalam bandar berdaya saing


• Empat bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan
Kota Kinabalu di Malaysia dijangka mengalami perubahan dari sudut
pertumbuhan ekonomi, kepentingan sebagai hab bakat dan peningkatan
daya huni pada tahun 2020. Satu pelan akan dirangka, Pelan Induk
Daya Saing Bandar berdasarkan prinsip meningkatkan daya huni dan
menggalakkan pertumbuhan ekonomi bagi empat bandar utama tersebut.

Transformasi 2050 (2021-2050)


Oleh kerana Dasar Transformasi Negara bakal berakhir pada tahun 2020, kerajaan
telah menyediakan satu kesinambungan transformasi dengan memperkenalkan
Transformasi 2050 atau turut dikenali sebagai TN50 semasa pembentangan Bajet
2017. TN50 ialah satu usaha kerajaan untuk membentuk masa depan negara dalam
tempoh 2020 hingga 2050 dengan tema “Membina Masa Depan Bersama”. Selepas
meletakkan sasaran sebuah negara maju pada tahun 2020, kerajaan berusaha pula
untuk membuat sasaran menjadikan Malaysia sebagai antara negara 20 teratas di
tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Sasaran dasar ini
ialah anak muda yang berusia 15 hingga 40 tahun.

Pelan Integriti Nasional (PIN)


Pelan ini dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Perdana Menteri Malaysia yang
kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ia dianggap sebagai
suatu pelan yang bersifat holistik yang dibentuk dengan memberi fokus kepada
pemantapan etika dan integriti dalam kalangan semua anggota masyarakat. PIN
digubal selaras dengan dasar dan aspirasi beberapa teras negara seperti berikut:

a. Cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk “membentuk sebuah masyarakat


yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur”.

b. Semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan masyarakat


pelbagai kaum.

c. Prinsip Rukun Negara iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil,
demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip
Rukun Negara.

219
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Antara objektif khusus PIN ialah:

a. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat
bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,
berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

b. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam


usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan
diamalkan dalam semua bidang;

c. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat


serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip
integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

d. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,


dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

e. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani
cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Pendekatan utama pelaksanaan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua


komponen dan sektor dalam negara untuk gerakan pemantapan integriti. Ini
melibatkan:

a. keseluruhan institusi utama kerajaan iaitu eksekutif, perundangan dan


kehakiman perlu meningkatkan integriti mereka, menghormati dan
mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi
masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.

b. pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat perlu merangka dan


melaksanakan program pemantapan integriti mereka sendiri.

Institut Integriti Malaysia atau INTEGRITI (sebelum ini dikenali sebagai IIM)
ialah organisasi kerajaan yang ditubuhkan seiring dengan pelancaran PIN (2004)
sebagai badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti
Nasional. Objektif utama penubuhan INTEGRITI ialah membangunkan sebuah
bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni
sejagat. Terdapat tiga fasa sasaran hala tuju pelaksanaan PIN iaitu:

1. Fasa Pertama PIN (2004 – 2008). Ia terdiri daripada lima tahun sasaran yang
juga dikenali sebagai Tekad 2008. Fasa ini dijadikan asas kepada gerakan

220
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pembudayaan integriti rakyat di negara ini. Daripada laporan lima tahun Fasa
Pertama telah dibentangkan dan telah mendapat maklum balas yang positif
daripada masyarakat.

2. Fasa Kedua PIN (2009 -2013) atau dikenali sebagai Tekad Integriti. Fasa ini
dikatakan telah memberikan beberapa indikasi positif yang menunjukkan PIN
telah berada pada landasan yang jelas dan tepat.

3. Fasa Ketiga (2014-2018) pula mensasarkan hala tuju PIN seterusnya ialah
menjadikan integriti dalam diri setiap individu sebagai tanggungjawab
1Malaysia.

12.5 Dasar Khusus Pembangunan


Selain daripada dasar utama pembangunan, kerajaan juga merangka dan
melaksanakan dasar khusus yang menyokong kepada proses pembangunan negara.

12.5.1 Dasar Perindustrian Negara


Program untuk membangunkan sektor perindustrian di Malaysia telah dimulakan
sejak tahun 1960-an di bawah dasar pembangunan awal. Sepanjang tahun 1970-
an, kerajaan menumpukan kepada industri beriorientasikan eksport dan industri
yang memerlukan ramai tenaga buruh. Pada sekitar tahun 1980-an, kerajaan mula
memberi tumpuan kepada industri berat. Hala tuju dasar perindustrian negara mula
diperkukuhkan pada tahun 1983, apabila kerajaan menjalankan kajian khusus untuk
menambahbaik sektor perindustrian negara melalui Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP).

Pelan Induk Perindustrian (PIP) (1986-1995)


PIP ialah satu strategi negara di bawah Dasar Perindustrian Negara untuk
jangka masa panjang selama 10 tahun. Ia bertujuan untuk menggubal objektif
pembangunan perindustrian secara umum sebagai usaha untuk mengenal pasti
strategi untuk sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Matlamat
utama PIP ialah:

a. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian


negara.

b. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.

221
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan


sebagai asas untuk Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.

Strategi pelaksanaan PIP:

a. Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar. Malaysia harus


menumpukan kepada pengeksportan pengeluaran perkilangan secara besar-
besaran.

b. Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber untuk eksport,


mempelbagaikan dan meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk
eksport. 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah
dikenal pasti sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan.

c. Memajukan industri berat terpilih untuk menyokong industri eksport. Strategi


ini dipilih memandangkan kerajaan sudah pun membuat pelaburan yang
banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan
kepada memastikan kejayaan projek itu dahulu sebelum menceburi bidang
industri berat yang lain.

d. Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang bersepadu.

e. Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat.

f. Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan memberi


tumpuan kepada pertumbuhan industri di kawasan yang telah sedia mempunyai
kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Memfokuskan penubuhan industri
di sepanjang pantai barat Semenanjung dan di pantai timur, Semenanjung dan
di beberapa bandar utama di Sabah dan Sarawak.

g. Memodenkan dan menyusun semula struktur perindustrian dengan


mempertingkatkan pembangunan industri kecil dan sederhana kerana sektor
ini merupakan tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di
negara Taiwan dan menyusun semula industry yang kurang berkesan tetapi
penting dalam ekonomi negara.

h. Memperkukuhkan institusi yang bertanggungjawab kepada pembangunan


sektor pembuatan.

i. Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada untuk memupuk
kecekapan dan daya saing yang lebih tinggi.

222
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sehingga tahun 1990, dilaporkan pencapaian PIP amat menggalakkan. Antaranya


ialah sektor perkilangan menjadi sektor yang paling banyak menawarkan
pekerjaan baru, eksport barangan perkilangan dan berlaku perkembangan baik
dalam sektor perindustrian berat seperti kewujudan kereta nasional. Dikatakan
PIP telah membantu memulihkan ekonomi Malaysia yang sebelum ini mengalami
kemelesetan pada tahun 1985 dan 1986.

12.5.2 Dasar Pertanian Negara


Sejak merdeka, sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting dalam
pembangunan ekonomi Malaysia. Walau bagaimanapun, sektor ini mengalami
kemerosotan pada sekitar tahun 1980an. Pada tahun 1984 kerajaan berusaha
memperkemaskan lagi sektor pertanian dengan pengenalan Dasar Pertanian
Negara. Terdapat empat dasar pertanian iaitu Dasar Pertanian Negara 1 (1984 -
1991), Dasar Pertanian Negara 2 (1992 - 1997), Dasar Pertanian Negara 3 (1998
- 2010) dan Dasar Agro Makanan (2011-2020).

Dasar Pertanian Negara 1 (DPN1) (1984-1991) antara lain memberi penekanan


untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan eksport. Antara
objektif DPN1 ialah:

a. Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian.

b. Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan


daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti
hidup diperbaiki.

c. Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang mempunyai potensi
besar untuk eksport atau bahan gantian import.

Dasar Pertanian Negara 2 (DPN2) (1992-1997) pula memberi tumpuan kepada


perkara berikut:

a. Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan.

b. Meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman ladang).

c. Pembangunan industri asas tani.

223
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pelaksanaan dua dasar pertanian telah berjaya meningkatkan pertumbuhan sektor


pertanian sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh 1985 hingga 1995 bagi setiap
tahun. Kelapa sawit, pembalakan dan perikanan adalah antara yang memberikan
sumbangan yang besar dalam sektor pertanian. Dalam masa yang sama Malaysia
juga berhadapan dengan beberapa cabaran dari segi:

a. Kos makanan import yang meningkat

b. Kenaikan harga makanan

c. Kekurangan sumber buruh

d. Sektor pertanian bersaiz kecil berhadapan dengan masalah kekurangan


produktiviti dan kekurangan tanah pertanian

e. Persaingan sengit industri kelapa sawit dan getah

f. Sektor pembuatan makanan masih bergantung dengan bahan mentah import


yang berkos tinggi

Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3) (1998-2010) antara lain berusaha untuk


menangani cabaran tersebut. Antara matlamat utama DPN3 ialah untuk
memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima. Ini
meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani,
penternak dan nelayan. Selain itu DPN3 juga memperkenalkan dua pendekatan
strategik yang baharu iaitu a) pendekatan perhutani (agroforestry approach) b)
pendekatan berasaskan produk (product-based approach). Penekanan yang
diberikan oleh DPN3 ialah:

a. Meningkatkan daya saing sektor pertanian

b. Memaksimumkan pendapatan melalui:


• penggunaan sumber secara optimum.
• meningkatkan sumbangan pertanian kepada KDNK serta menambah
pendapatan pengeluar.

Dasar Agro Makanan (DAN) (2011-2020) digubal sebagai satu kesinambungan


kepada DPN3. Secara amnya bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan
menjamin bekalan makanan. Dasar ini juga menggariskan beberapa hala tuju

224
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

strategik untuk meningkatkan daya saing di sepanjang rantaian nilai di samping


meningkatkan pengeluaran secara mampan. Objektif DAN antara lainnya ialah:

a. Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan.

b. Menjadikan industri agro makanan sebagai industri yang berdaya saing dan
mampan.

c. Meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.

d. Memantapkan aktiviti R&D, inovasi dan penggunaan teknologi.

e. Mewujudkan persekitaran perniagaan yang diterajui sektor swasta.

f. Memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan.

DAN juga menggariskan hala tuju strategik pertanian negara melalui:

a. Menjamin bekalan makanan negara.

b. Meningkatkan sumbangan industri agro makanan.

c. Melengkapkan rantaian nilai.

d. Memperkasakan modal insan.

e. Memantapkan aktiviti R&D, inovasi dan penggunaan teknologi.

f. Mewujudkan persekitaran perniagaan yang diterajui oleh sektor swasta.

g. Memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan.

12.5.3 Dasar Halacara Baru dalam Pembangunan


Pada tahun 1984, kerajaan telah melancarkan satu usaha menyeluruh yang khusus
untuk memperbaiki taraf ekonomi masyarakat luar bandar yang dikenali sebagai
Halacara Baru dalam Pembangunan. Tindakan ini seiring dengan usaha untuk
meningkatkan sektor pertanian (Dasar Pertanian Negara) yang secara amnya berada
di kawasan luar bandar. Antara matlamat utama usaha iniialah mengurangkan
kemiskinan di kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk semangat
berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya diri dalam usaha
ekonomi yang menguntungkan. Antara strategi yang digariskan ialah:

225
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

1. Pengelompokan kampung kepada satu pusat kependudukan untuk mudahkan


pembangunan kemudahan.

2. Penyatuan tanah atau kebun kecil dan pengurusan aktiviti pertanian secara
komersil.

3. Pembangunan industri kampung yang berasaskan sumber pertanian secara


kecilan.

12.5.4 Dasar Penswastaan (1983)


Dasar penswastaan digubal atas rasional untuk memindahkan kepentingan, aktiviti
dan fungsi organisasi tertentu yang secara tradisinya berada di bawah tanggungjawab
kerajaan kepada sektor swasta. Dalam kata lain ia adalah “pemindahan kepentingan
atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sektor swasta”. Konsep dasar penswastaan
bertentangan dengan pemiliknegaraan.

Rasional pelaksanaan dasar penswastaan ialah untuk meningkatkan pengurusan,


prestasi ekonomi dan perkhidmatan sesebuah perusahaan supaya pertumbuhan
ekonomi lebih baik. Antara matlamat utama dasar penswastaan ialah:

1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan

2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja

3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

4. Pengagihan sumber secara cekap

5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB

Terdapat beberapa bentuk penswastaan seperti berikut (Unit Perancang Ekonomi


2015)

a. Penjualan aset atau ekuiti


• Melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen sesebuah agensi awam,
iaitu tanggungjawab pengurusan, aset dan juga pegawai.

b. Pajakan
• Melibatkan pemindahan hak menggunakan aset tertentu dengan bayaran
untuk suatu tempoh yang ditetapkan.

226
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Kontrak pengurusan
• Kaedah ini melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan syarikat swasta
untuk mengurus sesebuah agensi awam di mana kerajaan membayar yuran
pengurusan.

d. ‘Bina-Kendali-Pindah’ (BKP) atau ‘Bina-Kendali’ (BK)


• Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi penswastaan projek baru yang
secara tradisinya dimajukan oleh agensi awam.

e. ‘Bina-Serah’ dan ‘Bina-Pajak-Serah’


• Projek yang dibina oleh pihak swasta dan diserahkan kepada kerajaan
setelah siap, atau dibina dan disewa kepada kerajaan sebelum diserahkan
sepenuhnya.

f. ‘Management-Buy-Out’ (‘MBO’)
• Agensi awam diambil alih dan diuruskan sebagai sebuah syarikat oleh
pihak pengurusan.

Antara contoh organisasi kerajaan yang diswastakan ialah STMB, PLUS, MAS,
Telekom, Kontena Pelabuhan Kelang, Aktiviti pemasaran RISDA dan Alam Flora.

12.5.5 Dasar Pensyarikatan Malaysia (1983)


Dasar Pensyarikatan Malaysia dilancarkan dengan kesedaran terhadap perlunya
sektor awam dan sektor swasta memupuk kerjasama yang erat dan saling
tolong menolong supaya wujud suasana yang lebih menggalakkan dalam aspek
perniagaan dan perindustrian. Selain itu, ia juga diharapkan dapat mengurangkan
persaingan dan pertentangan antara pihak awam dan pihak swasta. Matlamat dasar
ini ialah:

a. Mewujudkan kerjasama erat antara swasta dan awam demi pembangunan


negara.

b. Menghapuskan sifat permusuhan antara kedua sektor dengan menggalakkan


perkongsian maklumat.

c. Meningkatkan hasil negara.

227
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Antara strategi dasar pensyarikatan ialah:

a. Menghapuskan sikap kurang faham antara sektor. Sektor swasta dan kerajaan
perlu mempunyai kesefahaman supaya wujud persamaan matlamat dan cara
bekerja.

b. Menggalakkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan mengeratkan lagi kerjasama


antara kedua sektor.

Beberapa contoh program di bawah dasar ini antaranya ialah; forum, seminar
dan perbincangan; mendedahkan petugas-petugas perkhidmatan awam dengan
pengurusan perniagaan melalui penempatan sementara pegawai awam di syarikat
swasta; dan mewujudkan badan perundingan antara swasta dan awam

RUMUSAN
Pembangunan ialah aspek paling utama dalam sesebuah negara. Pembangunan
perlu diukur dari pelbagai aspek dan tidak semata-mata aspek statistik atau fizikal
tetapi juga aspek sosial, nilai, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Pendekatan
pembangunan seimbang secara fizikal dan spiritual penting untuk memastikan
semua dasar yang direncanakan oleh kerajaan dapat direalisasikan dengan berkesan.
Sejak merdeka, dasar pembangunan di Malaysia melalui evolusi yang disesuaikan
dengan perkembangan dan keperluan semasa rakyatnya. Pelbagai program dan
dasar direncanakan dan dihasilkan oleh setiap pemimpin yang menerajui negara
tetapi matlamat utama pembangunan Malaysia masih mengutamakan pembangunan
yang seimbang dan mampan.

228
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar menyenaraikan dasar utama pembangunan beserta objektif
utama setiap dasar tersebut.

2. Pelajar berbincang secara berkumpulan dan membandingkan


kepentingan dasar khusus yang ada di Malaysia.

3. Pelajar mengemukakan beberapa contoh program yang berkaitan


dengan dasar pembangunan utama yang terkini.

KATA KUNCI

Dasar Wawasan Negara Dasar pembangunan

Dasar Transformasi Negara 1Malaysia Rancangan Malaysia Lima Tahun

Modal Ekonomi Baru Dasar utama

Wawasan 2020 Dasar khusus

Kebolehmampanan Dasar Ekonomi Baru

Dasar Pembangunan Nasional

229
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS


1. Huraikan empat peringkat dalam perkembangan dasar pembangunan
awal di Malaysia.

2. Bincangkan strategi utama Dasar Ekonomi Baru.

3. Huraikan langkah utama yang digariskan dalam Dasar Pembangunan


Nasional?

4. Apakah aspek utama dalam gagasan 1Malaysia?

5. Bincangkan tunggak utama dalam pelaksanaan Dasar Transformasi


Nasional.

6. Apakah tumpuan utama dalam dasar pertanian Malaysia?

RUJUKAN
Jabatan Perdana Menteri (2015). Laporan Tahunan 2014 Program Transformasi Ekonomi.
Putrajaya: PEMANDU. Atas talian http://etp.pemandu.gov.my/annualreport2014/
upload/ETP2014_BM_full_version.pdf
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. (2015).Info korporat. Atas talian. http://
www.rurallink.gov.my/info-korporat/profil/fakta-kklw/
Majlis Penasihat Ekonomi Negara. (2010).Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia Bahagian
Akhir. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Atas talian http://www.
epu.gov.my/sites/default/files/MEB.pdf
Malaysia Kita. (2015). Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. Petaling
Jaya: International Law Books Services.
Unit Perancang Ekonomi (2015). Dasar Penswastaan. Atas talian http://www.epu.gov.my/
ms/dasar-utama/dasar-penswastaan

230
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 13 Dasar dan Hubungan Luar


Zatul Himmah Adnan

PENGENALAN
Unit ini menjelaskan dasar luar Malaysia yang meliputi prinsip asas dan faktor
yang mempengaruhi dasar serta orientasi dasar luar mengikut Perdana Menteri.
Selain itu, hubungan luar Malaysia dengan negara lain, organisasi antarabangsa
serta penglibatan Malaysia di arena antarabangsa turut menjadi fokus dalam unit
ini.

OBJEKTIF
1. Menerangkan prinsip asas dan pertimbangan utama dalam dasar luar Malaysia.

2. Menghuraikan kepentingan hubungan pelbagai hala Malaysia dengan negara


luar serta institusi antarabangsa.

3. Membincangkan peranan Malaysia di arena antarabangsa.

ISI PENTING
13.1 LATAR BELAKANG DASAR LUAR MALAYSIA
13.1.1 Definisi Dasar Luar
Dasar luar ialah prinsip utama yang diamalkan oleh sesebuah negara yang
berdaulat dalam menjalinkan hubungan luar dengan negara yang lain dan
organisasi antarabangsa. Selain itu dasar luar juga melibatkan pendirian sesebuah
negara dalam memberi maklum balas dan tindakan apabila berhadapan dengan
sesuatu peristiwa yang berlaku di peringkat antarabangsa. Secara amnya dasar
luar ialah lanjutan kepada dasar dalaman sesebuah negara. Orientasi atau hala
tuju hubungan luar sesebuah negara dibentuk berdasarkan kepada kepentingan
utama negara tersebut. Selain itu ia juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman
dan faktor luaran seperti sejarah, pemimpin, keupayaan, struktur sosio-ekonomi

231
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan geostrategik sesebuah negara itu. Orientasi dasar luar sesebuah negara boleh
berubah mengikut perkembangan dalaman negara atau pengaruh persekitaran.

13.1.2 Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia


Sejak merdeka dasar luar Malaysia mengambil kira kepentingan negara, bersifat
pragmatik dan sentiasa berusaha menghormati prinsip asas Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu. Antara matlamat utama dasar luar Malaysia ialah untuk:

1. Memelihara, mempertahankan dan memajukan kepentingan negara di


peringkat antarabangsa dengan cara mengekalkan kedaulatan serta menjamin
keselamatan negara supaya tidak mudah diancam dan tergugat.

2. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah


wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah
dalaman negara lain.

3. Menangani cabaran politik, ekonomi, keselamatan serta sosial di peringkat


antarabangsa.

4. Memupuk hubungan baik dengan negara-negara lain, selain mempertahankan


pendirian serta kepentingan negara-negara membangun.

Secara amnya prinsip asas dasar luar Malaysia mengambilkira kepentingan berikut:

1. Saling menghormati kedaulatan semua negara.

2. Mengamalkan hubungan baik dengan semua negara.

3. Menjalin dan mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara yang


berdaulat

4. Menghormati kebebasan asasi, Mahkamah Antarabangsa dan Piagam


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

5. Menekankan hubungan serantau.

6. Memelihara kepentingan dan keselamatan serta kesejahteraan hidup rakyat.

7. Mengamalkan prinsip hidup bersama.

Kementerian yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal hubungan luar


Malaysia ialah Kementerian Luar atau lebih dikenali sebagai “Wisma Putra”.

232
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

13.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Dasar Luar Malaysia


Dasar luar Malaysia digubal dan dipengaruhi oleh faktor berikut:

1. Faktor Persejarahan
Faktor pensejarahan merupakan satu elemen tetap yang mempengaruhi
perkembangan dasar luar negara. Hubungan Malaysia dengan negara luar telah
bermula sejak berabad lamanya khasnya semasa zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan pelbagai negara seperti China, India, Parsi, Arab, Jepun dan negeri
di sekitar kepulauan Melayu khasnya Siam dan Jawa. Ini menjadi satu
faktor penting yang menjadikan Tanah Melayu telah dikenali di peringkat
antarabangsa sejak zaman pensejarahan lagi. Pengalaman penjajahan dengan
kuasa asing seperti Belanda, Inggeris dan Jepun turut memberi kesan mendalam
kepada corak hubungan luar Malaysia selepas merdeka. Misalnya Malaysia
menjadi ahli kepada kumpulan negara bekas jajajan Inggeris iaitu Komanwel.
Perang Dingin yang melanda selepas Perang Dunia Kedua juga mempengaruhi
hubungan Malaysia dengan negara yang berada dalam kumpulan blok Barat
dan Timur.

2. Faktor dalaman
Sistem, struktur dan situasi dalaman negara juga merupakan satu faktor penting
yang mempengaruhi orientasi dasar luar Malaysia. Malaysia mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen yang perlu mendukung perlembagaan sebagai
undang-undang utama. Orientasi dasar luar perlu mengambil kira kedaulatan
undang-undang sebagai keutamaan di samping menghormati prinsip Rukun
Negara yang menjadi satu ideologi yang memandu hubungan rakyatnya
yang pelbagai kaum dan agama. Ini menyebabkan dasar luar Malaysia
sentiasa mengutamakan kestabilan politik, ekonomi dan sosial rakyat dalam
negara dalam melaksanakan hubungan luar dan penyertaan dalam aktiviti
antarabangsa. Sehubungan itu, hala tuju dasar luar Malaysia turut dipengaruhi
dengan unsur dalaman tersebut yang menyokong kepada usaha untuk menjaga
kestabilan antarabangsa dan rantau dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam
masa yang sama sensitiviti kaum dan agama rakyat menjadi keutamaan negara
khasnya apabila memberi reaksi balas dengan peristiwa tertentu di peringkat
antarabangsa.

233
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

3. Faktor luaran
Selain faktor dalaman, Malaysia turut mengambil kira perkembangan
sistem antarabangsa dan persekitaran luar negara dalam menjalin hubungan
luarnya. Pertama, dari segi undang-undang antarabangsa, Malaysia sentiasa
bersama dalam usaha menyokong keamanan dunia dengan menghormati
undang-undang antarabangsa dan mendukung prinsip keamanan sejagat yang
digariskan oleh piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kedua, dari segi
ekonomi, Malaysia tidak ketinggalan untuk terlibat dalam perkembangan
sistem ekonomi dunia dengan menjalinkan hubungan ekonomi dengan pelbagai
negara, pertubuhan ekonomi serantau dan antarabangsa seperti Pertubuhan
Perdagangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Perjanjian Perdagangan Bebas
(FTA) dengan negara ahli ASEAN. Ketiga, dari segi pembangunan sosial
masyarakat dunia, Malaysia sentiasa mengambil langkah proaktif dalam
aktiviti kemanusiaan khasnya apabila terdapat masyarakat dunia yang terlibat
sebagai mangsa peperangan, penindasan, ketidakadilan dan bencana alam.

4. Faktor individu atau idiosinkratik


Faktor individu atau idiosinkratik merujuk kepada individu berpengaruh dalam
penggubalan dan pelaksanaan dasar luar sesebuah negara. Dalam konteks
Malaysia, faktor ini merujuk kepada Perdana Menteri sebagai individu yang
dikatakan mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi orientasi dasar
luar Malaysia (Faridah, 2007). Sejak merdeka, ketokohan Perdana Menteri
bermula dengan Tunku Abdul Rahman dilihat berpengaruh dalam menentukan
hubungan luar Malaysia. Sehubungan itu, perkembangan dasar luar sejak
merdeka dibincangkan berdasarkan pendekatan yang dilaksanakan oleh setiap
Perdana Menteri Malaysia.

13.2 Perkembangan Dasar Luar Malaysia


Dasar luar Malaysia telah melalui beberapa perubahan dari segi orientasi
berdasarkan pendekatan Perdana Menteri.

13.2.1 Era Tunku Abdul Rahman Putra (1957-1970)


Di bawah zaman pentadbiran Perdana Menteri yang pertama ini, dasar luar
Malaysia bersifat pro-Barat dan anti-komunis. Terdapat empat faktor utama yang
mempengaruhi Malaysia mempunyai pendekatan sedemikian dalam dasar luar.

234
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Pertama, peralihan daripada zaman naungan British kepada pemerintahan sikap


anti-komunis. Ini menjadikan Malaysia pada awal kemerdekaannya mempunyai
dasar yang menyokong kepada Barat. Oleh kerana British berada di pihak blok
Barat dalam konflik Perang Dingin, blok yang bertentangan dengan Blok Timur
yang dinaungi oleh ideologi komunis. Maka Malaysia turut mengikuti jejak British
yang menentang komunis. Kedua, Malaysia mewarisi sistem pentadbiran demokrasi
yang diperkenalkan oleh British dan sistem ini berlawanan dengan sistem komunis.
Ketiga, kebanyakan rakyat Malaysia menentang dasar perjuangan komunis yang
didominasi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Keempat, faktor latar belakang
Tunku Abdul Rahman yang berpendidikan Barat juga mempengaruhi pendekatan
yang diambil beliau dalam menyokong British dan anti-komunis.

Dasar pro-Barat dan anti-komunis Malaysia pada masa tersebut dapat dilihat dari
segi penglibatan negara dalam hubungan luar. Antaranya ialah, Malaysia lebih
cenderung menjalankan aktiviti dengan British dari segi aktiviti perdagangan,
pendidikan, latihan dan bantuan ketenteraan. Malaysia telah menganggotai
Pertubuhan Negara Bekas Jajahan British atau Komanwel. Malaysia seterusnya
menjalinkan hubungan dengan semua negara anggota Komanwel khasnya dari segi
kerjasama politik dan ekonomi. Keanggotaan dalam Komanwel telah menjadi satu
laluan kepada Malaysia untuk mempunyai hubungan yang lebih kukuh dengan
kuasa besar Barat lain seperti Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia
menyertai “Anglo Malaysian Defence Agreement” (AMDA) atau perjanjian
pertahanan dengan British adalah satu usaha mempertahankan Malaysia daripada
ancaman Komunis. Komitmen dengan AMDA ini telah menyebabkan Malaysia
perlu membenarkan penempatan tentera simpanan Komanwel di Malaysia sebagai
usaha untuk menghalang komunis merebak ke seluruh Asia Tenggara. Dasar anti-
komunis Malaysia terserlah apabila tidak mahu menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara komunis khasnya dengan China pada masa tersebut.

Walaupun menyokong Barat, tetapi dalam masa yang sama Malaysia masih
ada pendirian yang tegas apabila berhadapan dengan isu hak asasi manusia. Ini
dilihat melalui penentangan Malaysia terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan
dan kecaman Malaysia terhadap sebarang bentuk imperalisme dan kolonialisme
Barat. Pengalaman konfrontasi dengan Indonesia (1963 hingga 1966) telah
memberi kesan kepada dasar luar Malaysia selepas tamat konflik tersebut. Di
akhir pemerintahan Tunku, berlaku peralihan kepada dasar yang lebih neutral dan

235
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

memulakan hubungan diplomatik dengan beberapa negara aliran komunis seperti


Soviet Union dan Eropah Timur. Malaysia juga mula memberi tumpuan terhadap
kerjasama Asia Tenggara melalui penubuhan Persatuan Asia Tenggara (ASEAN)
pada tahun 1967. Selain itu, Malaysia juga mula memfokuskan kepada hubungan
dengan negara Afro Asia yang umumnya mengamalkan dasar berkecuali.

13.2.2 Era Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976)


Malaysia semasa di bawah Perdana Menteri Kedua telah mengambil pendekatan
dasar luar yang berkecuali dan menumpukan kepada kerjasama serantau. Dalam
melaksanakan pendekatan ini, Tun Abdul Razak menggunakan strategi 1)
menjalinkan hubungan dengan semua negara tanpa mengira perbezaan ideologi
2) menumpukan usaha kerjasama dari segi politik dan ekonomi serantau 3)
mengelakkan sebarang ketegangan dengan negara luar di peringkat rantau
dan global. Konsep berkecuali Malaysia menumpukan usaha menjadikan Asia
Tenggara sebagai zon yang aman, bebas dan berkecuali atau ZOPFAN (Zone of
Peace, Freedom and Neutrality) yang dicetuskan dalam Deklarasi Kuala Lumpur
pada tahun 1971. Dasar berkecuali Malaysia juga mengambil pendirian untuk tidak
memihak kepada mana-mana kuasa besar.

Semasa di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak, Malaysia telah melibatkan diri
secara aktif dalam banyak pertubuhan serantau dan antarabangsa dan penglibatan
ini boleh dikategorikan kepada lima jenis penglibatan. Pertamanya, di peringkat
serantau, selain ASEAN, Malaysia terlibat dengan Pertubuhan Menteri-Menteri
Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), Bank Pembangunan Asia, Rancangan
Colombo, Pacific Council (ASPAC) dan Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah.
Kedua, Malaysia juga meningkatkan hubungan diplomasi dengan negara-negara
Islam (Pan-Islam). Malaysia menghantar perwakilan diplomatik ke negara-negara
Asia Barat seperti Maghribi, Mesir, Lebanon, Sudan dan Iran. Kerjasama teknikal,
ekonomi dan budaya juga dijalankan dengan negara-negara seperti Kuwait, Qatar,
Oman, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu. Pertubuhan Persidangan Negara Islam
ditubuhkan selepas Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Kelima Menteri
Luar Negara Islam di Kuala Lumpur pada tahun 1974. Ketiga, Malaysia telah
menamatkan dasar anti-komunis sebelum ini dengan menjalinkan hubungan
diplomatik dan bersifat terbuka dengan negara blok Timur atau berfahaman
komunis seperti Korea Utara, Vietnam Utara, Jerman Timur dan paling penting

236
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

memulakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada tahun 1974.
Keempat, Malaysia turut menjayakan matlamat PBB dengan terlibat aktif dalam
pelbagai aktiviti dan program di bawah pertubuhan tersebut dan agensi khusus di
bawah PBB. Kelima, Malaysia juga aktif dalam mengukuhkan hubungan dengan
Negara-negara Dunia Ketiga.

13.2.3 Era Tun Hussein Onn (1976-1981)


Tun Hussein Onn meneruskan pendekatan dasar luar negara berkecuali dan
memperkukuhkan hubungan serantau. Walaupun dasar luar semasa beliau tidak
memperlihatkan sesuatu perubahan yang drastik tetapi Tun Hussein berjaya
meneruskan kesinambungan dan memperkukuhkan orientasi dasar luar para
pemimpin sebelumnya. Dasar luar di bawah beliau memberi tumpuan kepada
prinsip keamanan bersama dengan menghormati hak dan kedaulatan negara lain,
tidak campur tangan, tidak agresif dan menekankan faedah bersama (Faridah, 2007).
Malaysia meneruskan komitmen hubungan politik yang tinggi dengan ASEAN
dan negara anggotanya, Komanwel, PBB, NAM dan OIC. Satu perkembangan
penting dalam dasar luar di bawah Tun Hussein ialah dalam aspek pertahanan dan
keselamatan rantau. Beliau memberi perhatian kepada ancaman komunis dalam
usaha untuk mempertahankan amalan konsep berkecuali menerusi ZOPFAN. Ini
berdasarkan kepada kemelut politik yang melanda di negara-negara Indochina
pada masa itu. Menerusi dasar berbaik-baik dengan semua negara, Malaysia
telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara di Indochina khasnya
Republik Demokratik Vietnam dalam usaha untuk mengurangkan konflik politik
antara negara tersebut yang beraliran komunis dengan negara anggota ASEAN.
Dalam masa yang sama hubungan diplomatik dengan China terus diperkukuhkan
dan Malaysia. Malaysia meneruskan dasar berkecuali atau tidak campur tangan
tetapi dalam masa yang sama berjaya mengekalkan hubungan yang baik dan aman
dengan negara yang sedang berhadapan dengan konflik.

Dalam bidang ekonomi, Malaysia terus mengukuhkan dasar luar ekonomi


yang sebelumnya. Malaysia berusaha menjalinkan hubungan ekonomi dengan
kumpulan negara-negara Dunia Ketiga dan Negara-negara Selatan. Malaysia
prihatin dengan sistem ekonomi dunia yang tidak mewujudkan persekitaran
yang baik kepada negara kurang membangun. Sehubungan itu, Malaysia telah
menyokong permintaan Pertubuhan Negara Selatan bagi mewujudkan satu Order

237
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Dunia Ekonomi Baru (NIEO). Malaysia juga telah memperjuangkan penstrukturan


semula sistem ekonomi antarabangsa. Saranan ini telah dibincangkan dalam
Persidangan PBB pada tahun 1977. Malaysia turut menyokong program integrasi
komoditi untuk mengawal harga komoditi di bawah United Nation Conference on
Trade and Development (UNCTAD).

13.2.4 Era Tun Dr. Mahathir (1981-2003)


Dasar luar Malaysia mengalami perubahan besar di bawah Perdana Menteri keempat
ini. Pemikiran beliau mempengaruhi hala tuju dan orientasi dasar luar Malaysia
menjadi lebih dinamik dan dikenali oleh masyarakat dunia. Faktor keperibadian
beliau yang tegas dan lantang menyuarakan pandangan mempengaruhi hala tuju
dan pendekatan Malaysia dalam hubungan luar. Pendekatan dasar luar beliau lebih
tegas dan mempunyai skop yang lebih luas. Tun Mahathir memberi penekanan
kepada kepentingan ekonomi, hubungan politik dan ekonomi yang lebih luas
serta aktif.

Dasar luar Malaysia di bawah Tun Mahathir mempunyai beberapa dimensi baru.
Antaranya ialah meluaskan hubungan pelbagai hala dan dalam pelbagai aspek
dengan rantau Asia Timur khasnya dengan Jepun. Ini jelas apabila Malaysia
melancarkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982. Selain itu satu lagi dimensi
baru dalam dasar luar ialah Malaysia sering menjadi jurucakap kepada negara
Dunia Ketiga iaitu negara miskin dan kecil. Malaysia misalnya merupakan pencetus
kepada idea Suruhanjaya untuk Kerjasama Selatan-Selatan yang kemudiannya
berjaya membawa kepada pembentukan Kumpulan 15 negara pada tahun 1989.
Pertubuhan yang dianggotai oleh majoriti negara sedang membangun seperti
NAM, Kerjasama Selatan-selatan, Kumpulan 15, OIC, sering menjadi platform
untuk menyuarakan pandangan tegas kepada ketidakadilan dan kekejaman dunia
barat, penindasan dan krisis politik yang melanda kebanyakan negara anggota. Di
bawah Perdana Menteri terdahulu, Malaysia memang telah memainkan peranan
dalam beberapa isu kemanusiaan sejagat. Walau bagaimanapun di bawah Tun
Mahathir, beliau telah mewujudkan satu peranan baru dalam dasar luar apabila
telah meletakkan peranan Malaysia menjadi semakin proaktif dan kritikal dalam
memperjuangkan isu kemanusiaan dan masalah negara Dunia Ketiga. Misalnya
melalui OIC, Malaysia pernah menjadi perantara di dalam mencari penyelesaian
konflik di antara Iran dan Iraq. Begitu juga krisis di Palestin dan penindasan di
Afrika Selatan.

238
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Dimensi seterusnya ialah Malaysia berusaha mengurangkan kebergantungan


dengan kuasa besar atau Barat. Tun Mahathir meletakkan keutamaan kerjasama
serantau, negara kurang maju dan sedang membangun, negara Islam dan negara
kecil mengatasi kerjasama dengan organisasi yang dikuasai oleh kuasa Barat.
Dasar Buy British Last di awal pemerintahannya menjadi satu manifestasi kepada
sikap tidak puas hatinya kepada tindakan British kepada Malaysia dalam beberapa
perkara. Malaysia juga sering membuat kritikan terbuka kepada kuasa besar seperti
Amerika Syarikat, Australia atau organisasi antarabangsa apabila ada dasar atau
tindakan mereka yang tidak konsisten dengan prinsip kemanusiaan dan keadilan
sejagat. Ini pernah dilakukan kepada beberapa organisasi antarabangsa yang
Malaysia juga adalah anggota seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),
PBB dan Komanwel.

13.2.5 Era Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)


Tun Abdullah meneruskan kesinambungan dasar luar yang aktif yang telah
direalisasikan oleh Perdana Menteri sebelumnya. Walau bagaimanapun, pendekatan
Tun Abdullah lebih sederhana dan berusaha mengelakkan konfrontasi dengan
pihak lain, tetapi beliau pragmatik dalam berhadapan dengan cabaran semasa iaitu
menyesuaikan dasar mengikut persekitaran tanpa mengabaikan prinsip asas dasar
luar Malaysia yang menjamin kepentingan negara. Dalam erti kata lain orientasi
dasar luar Malaysia semasa di bawah Tun Abdullah ialah konsisten dan pragmatik.
Malaysia di bawah Tun Abdullah meneruskan tumpuan hubungan pelbagai hala dan
kerjasama dengan organisasi antarabangsa dengan keutamaan kepada kerjasama
serantau khasnya ASEAN, negara Islam dan negara Dunia Ketiga.

Malaysia berusaha memperkukuhkan kedudukan ASEAN di peringkat


antarabangsa dan memfokuskan kepada integrasi politik dan ekonomi dalam
membentuk komuniti ASEAN. Malaysia meneruskan kesinambungan dasar
sebelum ini yang memfokuskan kerjasama dengan blok Asia Timur dengan
mencadangkan diplomasi yang lebih luas untuk ASEAN iaitu ‘ASEAN + 3’. Ini
merupakan satu jalinan kerjasama di antara ASEAN dengan tiga negara iaitu
China, Jepun dan Republik Korea sebagai usaha untuk membina komuniti Asia
Timur. Malaysia dalam era Tun Abdullah menjadi tuan rumah sidang kemuncak
ASEAN pada 2005 dan Pengerusi ASEAN bagi penggal 2005-2006. Selepas
ASEAN, Malaysia meletakkan kerjasama dengan OIC sebagai keutamaan.

239
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Semasa tempoh pemerintahan Tun Abdullah Malaysia pernah menjadi Pengerusi


OIC selama tiga tahun 2003-2005). Malaysia di dalam OIC memfokuskan kepada
usaha merapatkan jurang antara negara Islam dan Barat serta isu Palestin selain
meneruskan agenda ekonomi untuk membangunkan ekonomi negara Islam.
Selepas OIC, Malaysia menumpukan perhatian kepada NAM kerana Malaysia
juga dilantik sebagai Pengerusi NAM semasa di bawah pentadbiran Tun Abdullah.
Agenda pembangunan ekonomi negara anggota NAM menjadi tumpuan Malaysia
semasa mempengerusikan NAM.

Di peringkat antarabangsa, Malaysia meneruskan komitmen sebagai ahli PBB


yang proaktif dan antara lain menggesa satu mekanisme berkesan perlu untuk
memantau pengagihan dana program Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA),
PBB. Malaysia juga terus aktif menentang pencabulan hak asasi dan penindasan
kuasa besar yang melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan piagam
PBB seperti pencerobohan Amerika dan sekutunya di Iraq. Dalam masa era Tun
Abdullah, Malaysia berhadapan dengan beberapa isu yang mencabar hubungan
Malaysia dengan negara luar seperti tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan
Singapura, isu pendatang tanpa izin, konflik blok kawasan baru minyak perairan di
Sabah dan Indonesia, tekanan ekonomi daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia
(WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

13.2.6 Era Dato’ Sri Najib Tun Razak (bermula 2009)


Di bawah era Dato’ Sri Najib, Malaysia meneruskan kesinambungan dasar aktif di
peringkat antarabangsa. Malaysia di bawah beliau masih mengekalkan kerjasama
serantau dan antarabangsa khasnya dengan ASEAN, OIC, NAM dan PBB. Beliau
berusaha mewujudkan pendekatan yang lebih proaktif dan dinamik berbanding
dengan era Tun Abdullah. Antara penekanan utama Malaysia semasa zaman Dato’
Sri Najib ialah mengukuhkan hubungan dua hala dengan negara jiran Asia Tenggara
seperti Singapura dan dengan kuasa besar ekonomi seperti China, Jepun, Republik
Korea, Amerika Syarikat, India dan Kesatuan Eropah. Tumpuan utama dalam
hubungan dua hala ini ialah kerjasama ekonomi atau hubungan rakan dagangan.

Hubungan Malaysia dan Singapura sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.


Malaysia di bawah Dato’ Sri Najib berusaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama
dalam pelbagai aspek khasnya yang melibatkan pertikaian antara dua negara. Pada

240
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

tahun 2010, Malaysia dan Singapura telah membuat rundingan semula mengenai
Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA) yang pernah ditandatangani pada 1990.
Antara isu yang telah dibincangkan ialah isu tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd.
(KTMB), isu Perjanjian Air 1961 dan kadar tol di Lebuh Raya Laluan Kedua.
Selain itu, Malaysia juga mengukuhkan hubungan dua hala dengan Jepun untuk
memastikan Jepun kekal sebagai pelabur dan rakan dagangan utama negara.
Dalam masa yang sama, Malaysia berusaha mewujudkan satu lebaran baru dalam
hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) khasnya dari segi hubungan
dagangan. Antara perkara yang menjadi fokus kerjasama Malaysia dengan
Amerika Syarikat ialah aspek ekonomi termasuk inisiatif Perjanjian Perkongsian
Rentas Pasifik (TPP) (semasa Presiden Barrack Obama), peningkatan pelaburan
dan aktiviti perdagangan antara dua negara; kerjasama keselamatan, pertahanan
dan anti-keganasan; kerjasama pendidikan melalui program Pembantu Guru
Bahasa Inggeris Fullbright (ETA). Di bawah Presiden baru AS, Malaysia masih
terus mengekalkan hubungan baik dengan negara tersebut.

Malaysia meraikan 30 tahun hubungan rasminya dengan China pada tahun 2014
dengan mengukuhkan lagi kerjasama sebagai rakan dagangan dan pelabur yang
penting serta kerjasama dalam sektor pelancongan. Kedua-dua pemimpin negara ini
masing-masing mengadakan lawatan rasmi antara satu sama lain pada tahun 2009
dalam mengukuhkan lagi hubungan diplomasi. Selain China, India juga menjadi
salah satu negara tumpuan kerjasama dua hala di bawah Dato’ Sri Najib. Fokus
kerjasama Malaysia dan India ialah dalam bidang perdangan, pelaburan selain isu
keselamatan dan maritim. Dalam lawatan rasminya pada tahun 2017, Malaysia
antara lain telah mencapai kata sepakat dengan India dalam Perjanjian Kerjasama
Ekonomi Komprehensif (CECA) di samping berkaitan dengan isu keselamatan di
perairan di Selat Melaka.

13.3 Malaysia dan Hubungan Serantau


Kerjasama dan hubungan serantau merupakan salah satu fokus utama dalam dasar
luar Malaysia sejak zaman Perdana Menteri Pertama. Matlamat utama kerjasama
ini meliputi aspek keselamatan, ekonomi, sosial dan budaya. Asas utama Malaysia
dalam hal ini ialah mengukuhkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan
semua negara di rantau Asia Tenggara tanpa mengira fahaman dan ideologi.

241
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sebelum penubuhan ASEAN, telah wujud beberapa bentuk kerjasama seperti


Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (SEAFAT),
Persatuan Asia Tenggara (ASA) dan gagasan penubuhan Maphilindo (Malaysia,
Filipina dan Indonesia). Selepas ASEAN ditubuhkan, kerjasama serantau
dilaksanakan melalui pertubuhan ini dan ia merupakan satu bentuk kerjasama
serantau yang baik dan berkesan dalam beberapa aspek. Melalui ASEAN, pelbagai
mekanisme penting dalam aspek ekonomi seperti kawasan perdagangan bebas
ASEAN melalui AFTA dan kerjasama ekonomi dengan rantau yang lain seperti
Asia Timur dan Asia Pasifik.

13.3.1 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)


ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok yang terhasil
daripada satu sidang kemuncak yang dihadiri oleh perwakilan daripada lima
negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Negara anggota
ASEAN ialah Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Laos,
Kampuchea, Vietna dan Myanmar. Antara matlamat utama penubuhannya ialah:

1. Mempercepat pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan


kebudayaan kalangan negara anggota.

2. Memupuk keamanan dan kestabilan kalangan serantau dengan menghormati


undang-undang hubungan antara negara dan keadilan serta piagam PBB.

3. Menggalak kerjasama dan saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial,


kebudayaan, sains dan teknologi serta pentadbiran.

4. Menyediakan bantuan dalam bentuk latihan dan kemudahan penyelidikan


dalam bidang pelajaran, profesional, teknikal dan pentadbiran.

5. Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber dalam


industri pertanian, memperluas perdagangan dan menjalankan penyelidikan ke
atas masalah perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan kemudahan
pengangkutan dan komunikasi serta tahap kehidupan rakyat.

6. Menggalakan pengajian tentang Asia Tenggara.

7. Mengekalkan kerjasama yang rapat dan bermanfaat melalui pertubuhan


serantau dan antarabangsa yang sedia ada dengan matlamat yang sama dan
menerokai sumber untuk merapatkan lagi kerjasama.

242
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Malaysia adalah negara anggota ASEAN yang aktif dan sentiasa menerajui
tindakan membawa kepada keamanan rantau. Sejak ASEAN ditubuhkan, terdapat
beberapa bentuk perjanjian dan permuafakatan yang dicapai antara ahli ASEAN
untuk menjamin keamanan dan kestabilan rantau. Antaranya ialah:

1. Pada tahun 1971, Malaysia antara negara yang mencadangkan kewujudan zon
yang aman, bebas dan berkecuali melalui Perisytiharan Kuala Lumpur dan
dikenali sebagai ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality). Konsep
ZOPFAN mengiktiraf hak setiap negara di Asia Tenggara untuk tidak campur
tangan dalam pertikaian di antara kuasa besar. Melalui konsep ini juga mereka
menyeru kuasa besar supaya menghormati kedaulatan negara-negara kecil
seperti ASEAN.

2. Pada tahun 1976 di Bali, ASEAN menubuhkan Perjanjian Persahabatan


dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) (TAC)”. Perjanjian ini
menghasilkan satu panduan ahli ASEAN untuk menggalakan keamanan,
mengekalkan persahabatan dan kerjasama antara ahli dalam memupuk rantau
yang aman dan stabil.

3. Pada tahun 1995, negara anggota ASEAN telah bersetuju mewujudkan Zon
Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). Usaha ini adalah lanjutan
daripada ZOPFAN, iaitu selain zon berkecuali, ASEAN mahu kawasan ini
bebas daripada ancaman senjata nuklear.

Dari segi ekonomi pula, antara kerjasama yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah:

1. Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade


Area) atau AFTA menjelang tahun 2008.

2. Mewujudkan skim perindustrian ASEAN iaitu “ASEAN Industrial Joint


Ventures” (AIJIV), “Brand to Brand Complementation” dan “ASEAN
Industrial Projects” (AIP).

3. Kawasan pembangunan sub-serantau seperti Pertumbuhan Segitiga Indonesia-


Malaysia-Thailand (IMT-GT), Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei
Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Pertumbuhan
Segitiga Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT). Bidang utama yang
menjadi tumpuan kerjasama sub-rantau ini ialah pertanian, industri, tenaga,
infrastruktur, pelancongan dan telekomunikasi.

243
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

4. Projek kerjasama industri dengan negara ASEAN seperti projek baja urea
di Bintulu Sarawak dan Acheh, Indonesia, projek enjin diesel di Singapura,
projek kilang tembaga di Filipina dan projek garam batuan di Thailand.

5. Malaysia adalah antara negara yang mempelopori idea mewujudkan satu


kerjasama ekonomi antara ASEAN dan negara di Asia Timur. Pada tahun
1991, Malaysia dalam Persidangan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN telah
mencadangkan satu bentuk forum Rundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC).
Tujuannya ialah untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
kepentingan bersama terhadap Asia Timur. Dalam Sidang Kemuncak Ketua-
ketua Kerajaan ASEAN pada 1993 di Singapura, mereka telah bersetuju untuk
EAEC akan beroperasi sebagai kumpulan dalam Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik (APEC). Matlamatnya antara lain untuk menggalakkan kerjasama
ekonomi yang lebih luas dalam kalangan negara Asia Timur bagi mencapai
pertumbuhan yang cemerlang. Walau bagaimanapun idea EAEC tidak
menerima sambutan yang menggalakkan dan mendapat tentangan daripada
kuasa besar seperti AS. Pada tahuan 1997, disebabkan oleh kegagalan idea
EAEC, Malaysia telah menyarankan kerjasama ekonomi antara negara ASEAN
dan 3 negara Asia Timur; Korea Selatan, China dan Jepun (ASEAN + 3).
Pembentukan ‘ASEAN + 3’ dikatakan sebagai satu kejayaan yang dihasilkan
daripada idea asal EAEC. Antara tujuan ‘ASEAN + 3’ ialah untuk:
• meningkatkan tahap kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rantau Asia
Timur;
• melindungi/menganjurkan dasar perdagangan bebas;
• menggalakkan kerjasama ekonomi serantau;dan
• menyumbang sistem perdagangan pelbagai hala.

Walau bagaimanapun pada tahun 1999, idea EAEC ini dikatakan telah
kembali dibincangkan dan dikenali sebagai Kerjasama atau Sidang Asia Timur
atau East Asian Summit (EAS). Sidang EAS yang pertama dilaksanakan di
Kuala Lumpur pada tahun 2005 dan keahliaannya melibatkan ahli ‘ASEAN
+ 3’ (10 negara ASEAN, Korea Selatan, China dan Jepun) dan kemudiaannya
diperluaskan keahlian rakan dialognya kepada Australia, India, New Zealand
pada tahun 2005 dan kemudiannya ditambah Rusia, dan Amerika Syarikat
pada tahun 2015.

244
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Dari segi politik dan hubungan diplomasi, Malaysia mengambil pendekatan untuk
mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau, selain turut mengutamakan prinsip
keamanan sejagat dan undang-undang antararabangsa tanpa mengabaikan prinsip
tidak campur tangan dalam hal dalaman negara anggota. Walau bagaimanapun
dalam kes pencerobohan Vietnam, Malaysia terpaksa mengambil pendekatan
prinsip keamanan sejagat dan penghormatan kedaulatan negara dengan mengecam
tindakan Vietnam yang dianggap telah mencabul kedaulatan Kampuchea. Malaysia
juga telah terlibat dalam usaha perundingan bagi membentuk kerajaan Demokratik
Campuran Kampuchea. Akhirnya Malaysia berjaya membawa negara Indochina
(Vietnam, Laos dan Kampuchea) menyertai ASEAN.

Pada tahun 2015, Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN dan menjadi tuan rumah
dalam sidang kemuncak ASEAN kali ke 26 dan 27. Dalam sidang kemuncak di
Kuala Lumpur ini, sasaran ASEAN dalam Pelan Tindakan Komuniti ASEAN
(2009-2015) untuk menwujudkan Komuniti ASEAN telah dilancarkan. Satu pelan
Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015 iaitu ASEAN 2025: Bersama Maju ke Hadapan
juga telah dilancarkan. Dalam sidang kemuncak pada tahun 2016 di Laos, tiga
tunggak utama Komuniti ASEAN ini telah dimuktamadkan iaitu Komuniti Ekonomi
(AEC), Komuniti Keselamatan Politik (APSC) dan Komuniti Sosio-Budaya
(ASCC). Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ialah tunggak yang paling utama dan
penting kerana ia sebagai pra-syarat untuk merealisasikan dua tunggak yang lain.
Tujuan utama AEC ialah untuk mewujudkan pasaran dan pengeluaran asas tunggal
berasaskan ciri tertentu seperti barangan aliran bebas, pelaburan, perkhidmatan,
modal dan buruh berkemahiran, serta menggalakkan sikap persaingan serantau,
mewujudkan kemakmuran dan meningkatkan daya tarikan kepada pelabur asing.

13.4 Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa


Salah satu fokus utama dasar luar Malaysia ialah menjalinkan kerjasama dengan
organisasi antarabangsa. Kerjasama antarabangsa Malaysia melibatkan pertubuhan
seperti berikut:

a. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations)

b. Komanwel (bekas jajahan Inggeris)

c. Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (Non-alignment Movement)

d. Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

245
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

13.4.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


PBB ditubuhkan 1945. Sehingga kini keahlian di dalam PBB ialah 193 negara.
Negara ahli tertakluk kepada Piagam PBB melalui satu perjanjian antarabangsa yang
menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Malaysia menyertai
PBB pada 17 September 1957 dan sejak itu meletakkan usaha memelihara prinsip
dan piagam PBB sebagai salah prinsip utama dasar luarnya. Malaysia memainkan
peranan penting dalam PBB khasnya selepas tahun 1982, apabila berada di
bawah pentadbiran Tun Mahathir. Suara Malaysia yang lantang dan kritikal dalam
memperjuangkan negara Dunia Ketiga Berjaya menarik perhatian masyarakat
dunia. Berikut ialah antara peranan yang pernah dilaksanakan oleh Malaysia
sebagai anggota PBB:

a. Menyuarakan secara lantang isu berkaitan dengan negara Islam terutama


Palestin, pencerobohan hak asasi dan penindasan kuasa besar seperti yang
berlaku di Iraq.

b. Menyarankan benua Antartika sebagai warisan dunia yang diletakkan di bawah


kuasa semua negara.

c. Penyertaan misi pengaman PBB seperti di Bosnia, Angola, Somalia, Namibia


dan Timur Leste.

d. Pernah dipilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC)
empat kali iaitu pada tahun 1965 (berkongsi kerusi dengan Czechoslovakia),
tahun 1989-1990, tahun 1999-2000 dan tahun 2015-2016.

13.4.2 Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC)


Malaysia meletakkan kerjasama dengan negara Islam sebagai salah satu daripada
keutamaan dalam dasar luarnya. OIC merupakan pertubuhan negara-negara Islam
terbesar di dunia dan pertubuhan antara negara kedua terbesar selepas PBB. Ia
dianggotai oleh 57 buah negara majoriti Islam dan juga yang mempunyai penduduk
Islam. Ditubuhkan pada tahun 1971 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam
OIC yang pertama. Antara matlamat utama penubuhan OIC ialah:

a. Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam pelbagai bidang.

b. Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.

246
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

c. Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam.

d. Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak


dicemari.

OIC mempunyai beberapa peringkat khusus dan jawatankuasa antaranya ialah


Sidang Kemuncak, Majlis Menteri Luar (Council of Foreign Ministers atau CFM),
Setiausaha Agung, Jawatankuasa Al-Quds, tiga jawatankuasa tetap mengenai sains
dan teknologi, ekonomi dan perdagangan, informasi dan budaya. Selain itu, OIC
juga mempunyai Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Organisasi Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan Islam serta beberapa organisasi kecil lain seperti Tabung
Perpaduan Islam untuk membantu negara anggota.

Penglibatan Malaysia melalui OIC boleh dilihat dalam beberapa aktiviti berikut:

a. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.

b. Terlibat dalam penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang ditaja


sebahagian daripada dananya oleh OIC. OIC menawarkan biasiswa kepada
para pelajar dari negara anggota untuk belajar di UIAM.

c. Malaysia terlibat dalam usaha untuk menubuhkan Bank Pembangunan Islam


untuk membantu negara anggota yang miskin.

d. Malaysia aktif dalam menyuarakan pandangan dan cadangan dalam kemelut


yang dihadapi di Asia Barat khasnya perjuangan rakyat Palestin, perang Iran-
Iraq, perang di Bosnia dan pembangunan negara anggota di benua Afrika.

e. Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam


pada tahun 2002

f. Malaysia pernah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara


Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi.

13.4.3 Komanwel
Komanwel ialah satu pertubuhan antarabangsa yang keanggotaanya terbuka kepada
negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Ditubuhkan pada tahun 1931 dan
dinaungi oleh Ratu England. Ahlinya terdiri daripada 54 buah negara maju dan
negara sedang membangun. Malaysia menjadi ahli pada tahun 1957. Komanwel

247
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

adalah satu pertubuhan yang unik kerana tidak mempunyai perlembagaan atau
piagam yang boleh mengikat ahlinya. Komanwel menganjurkan Persidangan
Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada setiap tempoh dua tahun. Ini
merupakan ruang untuk Malaysia berpeluang membincangkan hal-hal kepentingan
bersama. Malaysia pernah menjadi tuan rumah CHOGM di Langkawi pada tahun
1989 dan Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Terdapat empat peringkat hubungan Malaysia dengan Komanwel (Roy Anthony


Rogers, 2006):

1. Tahun 1960an – Malaysia mempunyai hubungan yang rapat dengan Komanwel.


Ini dikaitkan dengan orientasi dasar luar semasa Tunku Abdul Rahman yang
pro-Barat dan anti-komunis. Malaysia mendapat bantuan ketenteraan daripada
anggota Komanwel dalam menangani krisis dengan komunis dan konfrontasi
Indonesia.

2. Tahun 1970an – Malaysia masih mengekalkan hubungan yang baik dengan


Komanwel tetapi turut berusaha mengadakan hubungan kerjasama dengan
negara serantau, Asia, Afrika dan negara Islam serta mula mengamalkan dasar
terbuka dengan negara komunis.

3. Pada awal 1980an iaitu fasa awal pemerintahan Tun Mahathir – Malaysia
mengkritik dan mempersoalkan peranan Komanwel berhubung isu Apartheid
di Afrika Selatan. Malaysia menunjukkan protesnya dengan tidak menghadiri
dua persidangan Ketua Komanwel di Melbourne dan New Delhi serta tidak
menghadiri Sukan Komanwel yang diadakan di Edinburgh.

4. Pada akhir tahun 1980an – hubungan Malaysia dengan Komanwel semakin


pulih. Malaysia tidak menafikan kepentingan Komanwel tetapi masih terus
menggunakan Komanwel sebagai platform untuk menyuarakan isu-isu
kemanusiaan sejagat.

Walaupun melalui beberapa fasa tertentu dalam hubungan dengan Komanwel,


Malaysia sebenarnya mendapat beberapa manfaat daripada keanggotaan sebagai
ahli pertubuhan ini. Antaranya ialah bantuan ketenteraan semasa 10 tahun di awal
kemerdekaan khasnya dalam berhadapan dengan konfrontasi Indonesia, bantuan
kewangan, latihan ketenteraan dan melalui Rancangan Colombo, Malaysia
menerima bantuan seperti pendidikan, kesihatan dan teknikal. Sukan Komanwel

248
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

pula merupakan salah satu aktiviti tetap pertubuhan ini yang bertujuan untuk
merapatkan hubungan negara anggota.

13.4.4 Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)


Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan melalui Deklarasi Bandung
pada tahun 1956 melalui Persidangan Negara Afro-Asia di Bandung, Indonesia.
Rasional penubuhan pergerakan ini ialah sebagai reaksi balas terhadap Perang
Dingin iaitu satu pendirian kebanyakan negara Asia, Afrika dan Amerika Latin
untuk tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa Besar (Blok Barat atau Blok
Timur). Antara matlamat utama penubuhan NAM ialah untuk menyelesaikan
pertikaian antarabangsa secara aman, menghormati hak asasi manusia, menolak
penggunaan tindakan kekerasan, tidak campur tangan dalam urusan negara lain,
mengiktiraf serta menghormati integriti dan kedaulatan wilayah semua negara.
Penyertaan kepada pergerakan ini terdiri daripada negara sedang membangun,
negara dunia ketiga atau negara yang baru merdeka sekitar tahun 1940-60-an.
di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Malaysia menyertai NAM secara rasmi pada
tahun 1969. Penyertaan Malaysia dalam NAM seiring dengan prinsip dasar luar
Malaysia yang bersifat berkecuali iaitu menyokong usaha penyelesaikan secara
aman terhadap sebarang bentuk pertikaian, menghormati kedaulatan wilayah lain,
mengamalkan prinsip hidup secara aman dan tidak campur tangan dalam urusan
negara lain.

Penglibatan Malaysia melalui NAM boleh dilihat melalui perkara berikut:

a. Menjadikan NAM sebagai platform untuk menyuarakan pandangan mengenai


keperluan negara Dunia Ketiga untuk membentuk satu kerjasama ekonomi
yang dikenali sebagai Kerjasama Selatan-selatan, menentang isu seperti
pencerobohan Yahudi ke atas Palestin, menentang pencerobohan tentera Rusia
di Afghanistan dan pencerobohan Serbia ke atas Bosnia.

b. Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade pada tahun 1989.

c. Malaysia menjadi Pengerusi NAM pada tahun 2003-2006. Malaysia menjadi


tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003.
Semasa menjadi tuan rumah, dalam Deklarasi Kuala Lumpur, Malaysia
berusaha ‘menghidupkan’ semula peranan NAM dan menghasilkan pernyataan
bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap
Iraq.
249
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

RUMUSAN
Sejak merdeka, dasar luar Malaysia berkembang seiring dengan perkembangan
semasa. Secara amnya, prinsip asas dasar luar tidak berubah kerana Malaysia
adalah sebuah negara yang sentiasa mengutamakan kepentingan negaranya
iaitu negara yang merdeka dan berdaulat, rakyatnya yang pelbagai etnik dan
agama dan mempunyai latar belakang nilai sejarah yang tersendiri. Sebaliknya,
strategi pelaksanaan yang berubah dan bergantung kepada peranan dinamik yang
dimainkan oleh pemimpin yang menerajui negara.

SEMAKAN KENDIRI
1. Pelajar mengumpulkan keratan akhbar mengenai isu semasa yang
berkaitan dengan kerjasama serantau.

2. Pelajar berbincang dengan rakan tentang perbezaan orientasi dasar


luar Malaysia di antara Perdana Menteri.

3. Pelajar mengemukakan contoh terkini penglibatan Malaysia dalam


setiap bentuk kerjasama antarabangsa yang sedia ada.

KATA KUNCI

Kerjasama antarabangsa Definisi dasar luar

ASEAN Prinsip asas dasar luar

NAM Pro-Barat

PBB Anti-komunis

OIC Dasar berkecuali

Komanwel Kerjasama serantau

250
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS


1. Berikan definisi dasar luar dan nyatakan prinsip utama dasar luar
Malaysia.

2. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar


Malaysia?

3. Apakah pendekatan utama dalam dasar luar Malaysia Perdana Menteri


yang pertama?

4. Huraikan dimensi baru dasar luar Malaysia semasa di bawah Perdana


Menteri keempat.

5. Nyatakan kepentingan Malaysia dalam kerjasama antarabangsa.

RUJUKAN
Faridah Jaafar. (2007). Perdana Menteri dan dasar luar Malaysia 1957-2005. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Karminder Singh Dhillon. (2009). Malaysian foreign policy in the Mahathir Era 1981-
2003: Dilemmas of development. Singapore: National University of Singapore Press.
Malaysia Kita. (2015). Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. Petaling
Jaya: International Law Books Services.
Rusdi Omar, & Mas Juliana Mukhtaruddin. (2010). Dasar luar Malaysia Era Dato’Seri
Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan dalam aspek hubungan dua hala. Dalam Mohd
Azizuddin Mohd Sani & Abdul Rahman Abdul Aziz (ed.), Proceedings of the Seminar
on National Resilience “Political Managements And Policies in Malaysia” 13-15 July,
Langkawi, Kedah: 173-194
Roy Anthony Rogers. (2006). Malaysia, Komanwel dan pengurusan isu-isu antarabangsa.
Dalam Ruhanas Harun (ed.). Malaysia’s foreign relations: Issues and challenges
(pp.93-112). Kuala Lumpur: University Malaya Press.

251
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Unit 14 Pembinaan Negara-Bangsa


Jayum Jawan

PENGENALAN
Unit ini bertujuan membincangkan proses pembinaan negara-bangsa di Malaysia.
Sehubungan itu, bahagian ini juga akan membincangkan beberapa perkara asas
seperti konsep dan teori berkaitan sebahagian latar belakang dan bahagian ini akan
diakhiri dengan mengetengahkan beberapa persoalan dan cabaran yang masih
perlu ditangani dalam meningkatkan proses membina negara-bangsa.

OBJEKTIF
1. Membincangkan secara ringkas konsep, teori dan jenis integrasi dan perpaduan
sebagai latar belakang kepada pemahaman proses membina negara.

2. Menghuraikan sejarah pembentukan masyakarat berbilang etnik.

3. Meneliti dasar dan strategi integrasi dan perpaduan yang telah dilancarkan di
Malaysia dan aras yang sudah dicapai.

4. Membincangkan cabaran untuk terus meningkatkan tahap perpaduan dan


integrasi di Malaysia.

ISI PENTING
14.1 Konsep Negara-Bangsa
Beberapa konsep dibincangkan dalam bahagian ini. Konsep-konsep yang dipilih
tidak lengkap tetapi tertumpu kepada apa yang dianggap asas dan penting ke arah
memahami proses pembinaan negara-bangsa.

252
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

14.1.1 Perpaduan dan Integrasi


Banyak konsep perlu diketahui dan difahami dalam proses membincangkan proses
perpaduan dan integrasi. Dari segi istilah, perpaduan dan integrasi mempunyai
makna yang sama, iaitu proses di mana dua atau lebih bahagian bersatu, dan di
akhir proses dua bahagian akan menjadi satu. Mengikut kamus Oxford atas talian,
perpaduan atau unity adalah keadaan bersatu atau united atau semua bahagian
yang dahulu berasingan bergabung (menjadi satu). Sementara, kamus yang sama
mentaksirkan integrasi (integration) sebagai proses atau tindakan mengintegrasikan
seperti menyatukan banyak negara ke dalam satu blok perdagangan atau proses
mengintegrasikan banyak orang yang dahulunya terpisah menjadi satu, dalam
erti kata rapat. Kalau integrasi dan perpaduan adalah sama dan membayangkan
proses dan matlamat akhir yang sama, kenapa pula Jabatan Perpaduan dan
Integrasi Nasional menggunakan kedua-dua konsep? Seolah-olah dua konsep ada
perbezaan dan sebaliknya kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain
dengan proses yang ingin dimaksudkan dalam konteks perbincangan mengenai
Persekutuan Malaysia. Barangkali dua konsep boleh dipisahkan dari segi
pemakaian dan apabila merujuk kepada proses. Perpaduan boleh dilihat sebagai
proses menyatukan orang dan dalam konteks ini dua atau lebih orang tidak boleh
disatukan menjadi satu. Dalam konteks orang, perpaduan tepat untuk merujuk
kepada proses ini dan penyatuan merujuk kepada kehadiran, cara berfikir, kesamaan
pandangan dan persetujuan tentang matlamat yang sama. Justeru bersatu dalam erti
kata perpaduan tidak terikat kepada ruang fizikal. Sementara integrasi semestinya
merujuk kepada jarak, dan yang disatukan semestinya jarak fizikal dekat dan hasil
adalah produk baharu ekoran gabungan dua atau lebih elemen asal. Elemen baharu
tidak sama dengan elemen lama tetapi mempunyai atribut dari semua elemen lama.

14.1.2 Negara-Bangsa
Negara-bangsa terdiri daripada dua konsep yang membawa dua makna berbeza,
dan bila diguna pakai serentak ia membawa makna yang lebih lengkap. Konsep
negara atau state merujuk kepada satu kawasan yang mempunyai sempadan yang
jelas. Dalam sempadan itu wujud kuasa dan autoriti yang berkuat kuasa ke atas
segalanya dalam negara dan dalam kawasan tersebut. Manakala, konsep bangsa
(nation) merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai ciri dan sifat
yang sama. Mereka tidak semestinya wujud atau mendiami sebuah negara atau
kawasan yang ada sempadan jelas, tetapi boleh wujud dalam beberapa negara dan
di beberapa kawasan.
253
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Sehubungan dengan taksiran di atas, maka Orang Cina adalah bangsa, tetapi China
adalah negara. China ada sempadan, tetapi Orang Cina melintasi sempadan dan
wujud dalam banyak alam atau negara, seperti di beberapa negara sebagai Cina
Malaysia, Cina Filipina, Cina Indonesia. Begitu juga dengan Orang India dan
negara India, termasuk Orang Melayu dan Malaysia atau Indonesia atau Dunia
Melayu. Dari aspek itu, negara-bangsa Malaysia boleh dirujuk sebagai proses
menyamakan sempadan negara dengan sempadan bangsa. Maka, negara-bangsa
Malaysia seharusnya dirujuk sebagai Malaysia dan elemen atau bangsa yang ada
di dalamnya sebagai Melayu Malaysia, Cina Malaysia, India Malaysia, Dayak
Malaysia dan Kadazandusun Malaysia. Dalam Inggeris mereka seharus dan tepat
dirujuk sebagai Malay Malaysians (bukan Malaysian Malays), Chinese Malaysians
(bukan Malaysian Chinese), Indian Malaysians (bukan Malaysian Indians), Dayak
Malaysians (bukan Malaysian Dayak) dan Kadazandusun Malaysians (bukan
Malaysian Kadazandusuns).

14.1.3 Nasionalisme
Nasionalisme sudah dibincangkan dalam unit lain dengan lebih lanjut. Dalam unit
ini, tujuan ialah untuk mengingat kembali secara ringkas. Nasionalisme adalah
semangat kenegaraan yang tercetus menyebabkan rakyat dalam sesebuah negara
bangkit mahu memerintah sendiri. Mereka boleh mempunyai latar belakang ras
dan etnik sama, iaitu sebangsa, atau terdiri dari banyak bangsa seperti dalam
negara-bangsa Persekutuan Malaysia yang lampau. Keinginan mahu memerintah
sendiri dan menentukan hala tuju masa depan negara sendiri telah membawa
kepada perpaduan dan integrasi bagi merealisasikan objektif untuk mendapat
merdeka dan pemerintahan sendiri. Mengikut Kamus Merriam-Webster atas talian,
nasionalisme membawa perasaan bahawa negara sendiri lebih baik berbanding
negara orang lain. Ia juga pembakar jiwa untuk menuntut merdeka.

14.1.4 Patriotisme
Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap negara sendiri. Ini
merupakan sebahagian taksiran bagi nasionalisme, tetapi perbezaannya ialah
bahawa semangat patriotik tidak semestinya ada perasaan bahawa negara dan
budaya negara sendiri lebih agung berbanding negara lain. Walau bagaimanapun,
seorang patriot tetap bangga dan cinta kepada negara sendiri. Semangat cinta ini
termasuk bersedia berkorban nyawa kerana cinta kepada tanah air. Pada suatu

254
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

ketika awal kemerdekaan, patriotik selalu dikaitkan dengan khidmat ketenteraan


kerana negara dilanda ancaman keselamatan. Tetapi patriotik hendaklah lebih
dari kesediaan untuk turun mempertahankan negara. Apa lagi pada zaman aman,
ukuran itu sudah kurang penekanannya dan seharusnya bersifat dan berciri lebih
komprehensif. Sifat dan ciri patriotik semestinya dikaitkan dengan objek dan
simbol negara dan tindakan-tindakan berpusatkan negara. Ini melibatkan semua,
terutamanya pemimpin kerana mereka seharusnya menjadi contoh. Perkara ini
tidak boleh berpandukan peribahasa “buat ikut cakap saya dan bukan buat ikut
cara” tetapi hendaklah didasarkan kepada “kepimpinan melalui tauladan”.

14.1.5 Sejarah Ringkas


Dalam sejarah Persekutuan Malaysia dari 1950-an sehingga sekarang, beberapa
konsep untuk menjelaskan tentang proses dan matlamat perpaduan dan integrasi
telah digunakan dan akan dihuraikan di bahagian ini. Pertama, sikap akomodatif
dan tolak ansur telah mencirikan hubungan antara Melayu, Cina dan India apabila
tercetus pergeseran ekoran pelancaran Kesatuan Malaya pada 1946. Sikap ini penting
bagi melahirkan randau yang seterusnya menghasilkan beberapa persetujuan yang
dikenali sebagai kontrak sosial antara tiga etnik terbesar. Persetujuan ini telah
dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaya yang dilancarkan pada
1948 dan yang merdeka pada 1957.

Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 1963 melalui Perjanjian Malaysia.


Perjanjian ini menunjukkan beberapa perkara penting, dan di antaranya ialah: (1)
Malaysia adalah negara majmuk dari segi bahasa, agama, budaya dan etnik; (2)
kemajmukan ini dipelihara dengan pelbagai jaminan yang dituntut dan dipersetujui,
di mana agihan kuasa kepada negeri berbeza dan wilayah baharu diberi kuasa
lebih untuk menentukan sifat dan kedudukan asalnya dipelihara; (3) tersurat dan
tersirat bahawa kerjasama dan perkongsian kuasa asas kemasukan Sabah dan
Sarawak, dan ini penting sebagai faktor yang melahirkan Persekutuan Malaysia.
Sejak kemerdekaan Malaya dan penubuhan Malaysia, pembinaan negara-bangsa
tidak digariskan sejelas mungkin kecuali selepas berlakunya rusuhan etnik pada
1969. Dari tempoh ini, proses pembinaan negara-bangsa Malaysia menjadi fokus
berdasarkan strategi untuk menangani faktor utama yang mencetuskan pergaduhan
etnik pada 1969 yang telah menyebabkan kehilangan nyawa, pengisytiharan
darurat dan pergantungan demokrasi. Ekoran rusuhan etnik 1969, perpaduan dan

255
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

integrasi tertumpu kepada mengurangkan jurang ekonomi sebagai strategi untuk


merapatkan jarak sosial antara etnik. Justeru itu, pelbagai dasar yang dilancarkan
kerajaan khususnya dasar ekonomi bertujuan merapatkan jarak fizikal, sosial dan
ekonomi. Kehadiran semua etnik khususnya Melayu dan bumiputera yang banyak
ketinggalan dan terpisah dalam pelbagai lapangan dilihat sebagai langkah yang akan
menggalakkan interaksi dan pergaulan antara etnik. Interaksi ini diharapkan akan
mencetuskan hubungan melintasi etnik. Pada masa sama, ada sesetengah golongan
masyarakat berpandangan bahawa dasar memihak dalam usaha merapatkan jurang
fizikal, ekonomi dan sosial adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan
kesaksamaan dan mereka menaja pandangan atas label “Malaysian Malaysia”.
Pandangan dan pegangan ini telah menyebabkan ketegangan dengan wilayah
Singapura kerana wilayah itu menolak kedudukan istimewa yang diberikan kepada
suatu etnik dan merasakan bahawa Persekutuan adalah untuk semua atas dasar sama
rata. Pada 1991, Wawasan 2020 dilancarkan dan ia mengandungi sembilan cabaran
dan cabaran pertama menyentuh tentang corak dan sifat perpaduan dan integrasi
yang diidamkan negara. Cabaran pertama Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh
Perdana Menteri Mahathir Mohamad mensasarkan akan: mewujudkan negara
Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu
bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
(http://www.epu.gov.my/ms/dasar-utama/wawasan-2020, 31 Januari 2017).

Ini mungkin usaha pertama mentaksirkan apa matlamat perpaduan dan integrasi
walaupun bentuk atau rupa “bangsa Malaysia” masih tidak jelas. Dalam banyak
perbualan dan perbahasan, tiada kata sepakat dapat dicapai mengenai apa maksud
bangsa Malaysia dan bagaimana bangsa Malaysia berbeza dengan bangsa negara
lain. Dengan kata lain, apakah sifat dan budaya unik yang mentaksirkan bangsa
Malaysia. Perbahasan dan perbualan berkisar tentang kepelbagaian yang sedia ada
dalam negara-bangsa Malaysia dan proses pembentukan budaya bangsa Malaysia
kena mengambil kira semua kepelbagaian itu selaras dengan dasar-dasar ekonomi
dan sosial yang telah dilancarkan sejak 1971. Pada awal 2010an, wujudnya satu lagi
usaha mentaksirkan perpaduan dan integrasi pelbagai etnik. Perdana Menteri ke-6,
Mohd Najib memperkenalkan konsep Satu Malaysia (1 Malaysia) dengan slogan:
rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Seperti usaha sebelumnya, sifat dan
elemen 1 Malaysia masih umum, pelbagai dan merangkumi usaha cuba untuk

256
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

mentaksirkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelbagai etnik Malaysia


yang mempunyai pelbagai latar belakang sejarah, bahasa, budaya dan cara hidup.
Semua perbualan di atas adalah penting kerana pandangan dan sumbangan setiap
etnik perlu untuk mengukir perpaduan dan integrasi yang boleh dipanggil dengan
pelbagai nama dan konsep seperti “Malaysian Malaysia”, bangsa Malaysia dan
1 Malaysia. Selagi ada perbualan, proses akan terus bergerak menuju ke arah
mencari detik yang dipersetujui ramai.

14.2 Masyarakat Majmuk


Bahagian ini akan membincangkan dua perkara utama: pertama, sejarah
pembentukan masyarakat majmuk beberapa wilayah Persekutuan Malaysia; dan
kedua, konsep dan teori integrasi dan masyarakat majmuk yang akan menerangkan
proses dan kaedah bagaimana hubungan ras dan etnik berlaku secara umum.

14.2.1 Sejarah Ringkas


Sejarah sudah menjelaskan bahawa kemasukan etnik mewujudkan kepelbagaian
etnik di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Di Semenanjung Tanah Melayu,
masyarakat majmuk terbentuk dengan beberapa migrasi massa ke wilayah tersebut
yang bermula dengan kedatangan Melayu proto dan ini diikuti Melayu deutro.
Sejarahwan telah melaporkan bahawa kedatangan kedua-dua golongan etnik ini
telah menyebabkan masyarakat Orang Asli yang dijumpai oleh mereka tertekan
sehingga Orang Asli ditolak ke pedalaman. Lazimnya ini nasib masyarakat asli
yang berhadapan dengan masyarakat baharu yang lebih besar, memiliki kelebihan
teknologi bagi mengalahkan masyarakat tempatan pada ketika itu. Apabila kuasa
penjajah satu demi satu mula bertapak di beberapa negeri-negeri Tanah Melayu,
mereka berhadapan dengan masyarakat tempatan, iaitu Melayu yang dilaporkan
sebagai keturunan dua etnik terbesar tadi. Pada zaman British, kedatangan secara
besar-besaran digalakkan atas alasan ekonomi. Masyarakat Cina dijemput oleh
Inggeris ke Tanah Melayu sebagai pelabur dan pekerja lombong emas dan biji
timah dan ladang-ladang lain yang dibangunkan oleh penjajah. Sementara itu,
masyarakat India pula digalakkan oleh Inggeris datang untuk menampung
keperluan pekerja ladang-ladang yang dibuka secara komersial dan besar-besaran.
Alasan yang sama juga digunakan oleh Rajah Brooke di Sarawak dan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara. Pembukaan estet yang secara besar-
besaran memberi sebab kepada pelabur and pekerja diperlukan untuk memajukan

257
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

bidang ekonomi. Yang membezakan dua negeri Borneo ialah pekerja dari India
terlibat dalam penggalakan kemasukan etnik dari luar negara berkenaan. Sebab
Dasar British yang tidak mahu menyentuh dan mengubah cara hidup masyarakat
asli atau tempatan telah digunakan di mana Melayu, dan bumiputera Borneo Utara
dan Sabah dikekalkan pada tempat asal mereka, iaitu hidup di luar bandar dan
mengikut cara dan gaya hidup mereka yang sudah biasa. Hal ini telah menyebabkan
pembentukan masyarakat majmuk atau berbilang etnik, tetapi mereka terus terpisah
kerana tempat kerja dan mengikut fungsi ekonomi yang ditentukan oleh pentadbir
Inggeris di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Rajah Brooke di Sarawak
dan Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara. Menjelang akhir
penjajahan di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara, masyarakat
berbilang bukan sahaja berasaskan etnik tetapi juga berasaskan pelbagai kategori
dan dikotomi seperti warganegara, bukan warganegara, tempatan-migran, bandar-
luar bandar dan pelbagai bidang ekonomi.

14.2.2 Masyarakat Majmuk


Definisi dan penjelasan tentang masyarakat majmuk yang sering dirujuk
dikemukakan oleh Furnivall dalam kajian beliau terhadap masyarakat Burma dan
Indonesia. Beliau mengemukakan ciri/sifat masyarakat majmuk seperti berikut:

• terdiri daripada dua atau lebih kumpulan etnik.

• kumpulan etnik yang tinggal dalam kawasan (sempadan) sama, tapi tidak
bercampur-gaul walaupun berada dalam satu unit politik yang sama.

• mereka diperintah oleh bangsa berlainan (kuasa luar, penjajah).

• mereka tidak ada kesedaran kenegaraan.

• mereka terpisah dari segi tempat tinggal dan bekerja dalam sektor ekonomi
berbeza mengikut kumpulan etnik.

• mereka berinteraksi sementara di pasar, selepas itu balik ke tempat masing-


masing.

• mereka cenderung berkonflik dan memerlukan kuasa luar (penjajah) untuk


mengawal keadaan.

• setiap kumpulan mempunyai struktur sosial tersendiri yang menjadi garis


panduan hidup masing-masing, seperti budaya dan adat resam.

258
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Selepas Furnivall mengemukakan teori dan penjelasan beliau di atas, perubahan


sejarah penaklukan telah berakhir dan negara yang dikaji beliau telahpun merdeka.
Namun, hujah beliau tetap relevan untuk menerangkan pergolakan dan interaksi
termasuk hubungan antara banyak etnik dalam sebuah negara-bangsa. Beberapa ciri/
syarat yang tidak relevan seperti kuasa asing dan ketiadaan semangat kenegaraan.
Namun, ciri dan syarat masyarakat majmuk tetap dapat menerangkan kebanyakan
negara-bangsa dari segi: kewujudan banyak kelompok etnik; setiap etnik ada cara
dan gaya hidup sendiri; sehingga suatu tahap, etnik dan pekerjaan saling berkaitan
walaupun label ini mungkin sudah cair dari dahulu; konflik tidak berkurang kerana
pergeseran cuba diselesaikan oleh satu dari kumpulan etnik yang sudah berjaya
mendapat kuasa. Justeru itu, konflik bukan lagi antara etnik tetapi bertukar dimensi
seolah-olah satu etnik menentang kerajaan. Definisi dan penjelasan awal tentang
ciri/sifat masyarakat majmuk yang dikemukakan oleh Furnivall telah berubah
di mana ciri/sifat yang menyatakan masyarakat memerlukan kuasa asing untuk
mengawal keadaan tidak lagi relevan di kebanyakan negara-bangsa yang sudah
merdeka kerana peranan kuasa asing tidak lagi diperlukan dalam perbincangan.

14.3 Teori Perpaduan dan Integrasi


Konsep integrasi sudah dijelaskan di bahagian sebelum ini. Untuk membezakan
kedua-dua konsep, maka perpaduan merujuk kepada keberadaan unit fizikal dan
tidak menjadi satu dalam erti kata sebenar. Sekiranya orang dirujuk dalam proses
ini, maka perpaduan merujuk kepada menyatukan dua atau lebih orang atau individu
supaya di akhir proses mereka mempunyai pandangan dunia yang sama, bersetuju
tentang matlamat kumpulan dan seumpamanya. Manakala, integrasi merujuk
kepada proses melahirkan satu unit. Ini tidak mungkin berlaku pada unit yang
disatukan, sekiranya merujuk kepada individu tetapi boleh dicapai dalam produk
yang dilahirkan dari penyatuan berkenaan. Fenomena kahwin campur misalnya
melahirkan kesatuan, di mana produk baharu mewarisi elemen dari kedua-dua
pasangan yang bersatu. Teori integrasi mempunyai banyak variasi dari penyatuan
yang berbentuk mengekalkan identiti asal seperti melahirkan pandangan dunia
yang sama sehingga ke versi yang bersatu melalui biologi bagi melahirkan etnik
dan kelompok baharu. Berikut dihuraikan dengan ringkas setiap satu teori integrasi
dengan variasi yang mungkin timbul.

259
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

14.3.1 Asimilasi
Asimilasi adalah proses interaksi di mana di proses akhir tersebut, etnik kecil
diserapkan ke dalam masyarakat dominan atau majoriti. Ini bermakna, di proses
akhir interaksi, masyarakat kecil mengamalkan budaya, bahasa dan agama
masyarakat dominan. Mereka telah kehilangan budaya, bahasa dan agama mereka.
Dalam kebanyakan kes, masyarakat kecil terpaksa turut dan mengikut arus untuk
terus hidup dalam kalangan masyarakat dominan. Proses ini boleh dibayangkan
oleh formula algebra seperti di bawah:

A + B + C = A, di mana:
A = masyarakat dominan/ majoriti
B, C = masyarakat minoriti

Asimilasi boleh dan mudah berlaku apabila masyarakat kecil mempunyai bilangan
dan peratusan amat kecil sekali seperti masyarakat Cina di Indonesia yang terdiri
dari lebih kurang 1% dari sejumlah pendudukan Indonesia. Hal yang sama dapat
dilihat dari contoh-contoh bukan Melayu yang berada dalam kalangan masyarakat
Melayu di Kelantan. Masyarakat bukan Melayu di Kelantan sudah boleh berbahasa
dengan loghat tempatan, walau belum berasimilasi sepenuhnya. Perkara sama
turut berlaku kepada masyarakat bukan Dayak yang menetap di kawasan yang
penduduknya 99% Dayak di sesuatu kawasan pedalaman seperti Kapit dan Belaga.
Masyarakat bukan Dayak berbahasa Dayak dengan loghat tempatan. Banyak kes-
kes seperti ini dapat dilihat secara rambang di tempat-tempat tertentu di negeri-
negeri di Persekutuan Malaysia.

14.3.2 Variasi Asimilasi


Asimilasi ada dua variasi utama kerana untuk proses asimilasi berlaku secara
lengkap, mereka yang diasimilasikan ke dalam kelompok besar akan terus
kehilangan sifat dan ciri masyarakat asal mereka. Contoh bukan Melayu yang
disebut di Kelantan dan Sarawak di atas bukan mewakili asimilasi sepenuhnya di
mana orang yang diasimilasi masuk “Melayu” di Kelantan dan masuk “Dayak” di
Sarawak. Mereka hanya lebih memahami masyarakat berkenaan, boleh berbahasa
dengan loghat seperti orang tempatan, menjalankan kehidupan mengikut orang
tempatan. Tetapi mereka tetap mengekalkan kebanyakan ciri/sifat masyarakat asal
mereka. Bentuk asimilasi ini dipanggil asimilasi budaya.

260
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Variasi asimilasi kedua ialah asimilasi struktur. Ini merujuk kepada kejayaan ahli
masyarakat minoriti menebus struktur utama masyarakat dominan, tetapi mereka
masih mengekalkan identiti mereka. Ini dilakukan melalui penerimaan sistem
pendidikan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah masyarakat dominan.
Oleh itu, ahli masyarakat berkenaan layak memasuki institusi pekerjaan kerana
mendapat dan memenuhi syarat untuk memasuki institusi pekerjaan masyarakat
dominan. Asimilasi struktur boleh dibayangkan oleh formula algebra seperti di
bawah:

Ai + B + C = Ai + Bi + Ci, di mana:

A = masyarakat dominan/ majoriti


B, C = masyarakat minoriti
i = institusi

Kejayaan proses asimilasi dipengaruhi oleh jumlah dan matrik pendudukan dalam
suatu wilayah atau kawasan. Lebih kecil jumlah dan peratusan kelompok minoriti,
maka lebih mudah proses asimilasi berlaku. Ini adalah kerana jumlah kecil terpaksa
berasimilasi dengan penduduk tempatan untuk terus hidup dan menyesuaikan diri.
Tetapi lazimnya, kalau jumlah minoriti agak besar seperti 20%, mereka boleh
hidup ibarat pulau dalam lautan. Barang kali minoriti ini mampu menarik ahli dari
kalangan majoriti.

14.3.3 Amalgamasi
Amalgamasi adalah proses penyatuan melalui biologi dan produk proses ini ialah
lahirnya etnik baharu yang dinamakan amalgam. Ini merujuk kepada penyatuan
melalui perkahwinan antara dua individu yang melahirkan individu baharu
yang mewarisi sifat biologi dari kedua-dua pasangan ibu bapa. Amalgam tidak
sama dengan mana-mana satu pasangan asal yang bergabung dalam hubungan
biologi tetapi individu baharu ini menonjolkan warisan dari kedua-dua pasangan.
Amalgamasi boleh dibayangkan oleh formula algebra seperti di bawah:

A + B + C* = D, di mana:
A, B, C = masyarakat
D = amalgam, masyarakat baharu, gabungan
Catatan: mana-mana dua bergabung pada satu masa

261
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Mengikut hujah-hujah mengenai proses amalgamasi, masyarakat baharu, iaitu D


lahir dari perkahwinan campur secara besar-besaran dan proses ini diandaikan
akan memakan masa yang panjang untuk melahirkan amalgam, D, yang mewarisi
pelbagai trait dari semua masyarakat atau etnik yang berinteraksi dalam ruang
wilayah yang dinamakan negara-bangsa.

14.3.4 Pluralisme
Plural bermakna sekurang-kurang ada dua elemen dalam satu matrik. Dalam konteks
ini pendekatan pluralisme menekankan bilangan yang banyak untuk menerangkan
proses interaksi dan apa yang bakal berlaku. Pluralisme mempunyai dua variasi
untuk menunjukkan proses yang berlaku apabila banyak etnik berinteraksi dalam
satu ruang fizikal yang dinamakan negara-bangsa. Pertama, pluralisme budaya
merujuk kepada proses bahawa budaya dan cara hidup pelbagai kelompok kekal
seperti sedia ada dan tiada siapa yang hilang budaya dan bahasa mereka, dan tiada
siapa mengamalkan cara hidup orang lain. Pluralisme budaya boleh dibayangkan
oleh formula algebra seperti di bawah:

A + B + C = A + B + C, di mana:

A = masyarakat dominan
B, C = masyarakat kecil/ minoriti

Justeru, di akhir proses berinteraksi, keadaan masih kekal. Masing-masing etnik


mengekalkan budaya, bahasa dan agama masing-masing. Ada beberapa hujah
yang mempertahankan pluralisme budaya seperti berikut:

• setiap etnik/masyarakat mempunyai hak ke atas budaya masing-masing, dan


tiada siapa berhak mengatakan sebaliknya.

• perbezaan adalah semula jadi dan tidak dapat dielakkan.

• negara-bangsa beruntung kerana kepelbagaian; setiap etnik mesti ada kekuatan


yang boleh dimaanfaatkan oleh negara-bangsa.

Pluralisme kedua ialah pluralisme ubahsuaian. Konsep ini dimajukan oleh Glazer
dan Moynihan hasil kajian mereka ke atas masyarakat pelbagai ras dan etnik
yang bercampur-campur di kota raya New York. Teori yang sering diperkatakan

262
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

dan dipertahankan di Amerika Syarikat ialah bahawa negara-bangsa Amerika


Syarikat adalah contoh negara-bangsa jenis periuk pencair atau melting pot. Ini
adalah kerana negara-bangsa berkenaan terdiri daripada pelbagai ras dan etnik
daripada banyak negara di Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia. Pergaulan
dan percampuran ini dijangkakan lama-kelamaan akan melahirkan ras dan etnik
baharu kerana percampuran melalui perkahwinan melintasi ras dan etnik. Hasilnya
ialah kelahiran campuran ras dan etnik ini akan mewarnai negara-bangsa Amerika
Syarikat kerana mereka bukan lagi bangsa kulit putih, kulit hitam, Latino, Asia dan
sebagainya tetapi bangsa baharu negara-bangsa Amerika Syarikat.

Namun kajian Moynihan dan Glazer mencabar fenomena di atas kerana dapatan
dari perhatian dan kajian mereka, mereka menampakkan satu fenomena yang
unik. Masing-masing ras dan etnik yang bercampur di kota raya New York tidak
berasimilasi dalam erti kata melahirkan ras dan etnik baharu tetapi mengekalkan
cara, budaya dan adat resam masing-masing. Namum dalam usaha tersebut,
Moynihan dan Glazer mendapati bahawa budaya, bahasa dan cara hidup asal yang
dibawa mereka ke kota raya New York berubah dari cara ia diamalkan di negara-
bangsa asal mereka. Mereka nampak bahawa ada perubahan dan penyesuaian
budaya asal yang diamalkan di kota raya New York. Contohnya ialah budaya Itali
yang diamalkan oleh orang Itali di New York ada sedikit kelainan berbanding
amalan oleh orang Itali yang masih tinggal di Itali. Begitu juga dengan pengamalan
budaya kulit hitam, Cina, Latino dan orang Eropah yang berada di kota raya New
York. Amalan mereka tetap berlainan sedikit berbanding amalan budaya oleh kulit
hitam yang masih di Afrika, Cina di China, Latino di Amerika Latin, dan orang
Eropah yang masih tinggal di benua Eropah. Perubahan ini adalah ekoran interaksi
antara pelbagai ras dan etnik. Ia adalah perubahan semula jadi atau bebas dan tidak
dipaksa ke atas mana-mana ras dan etnik untuk berubah.

14.4 Pemupukan Hubungan Etnik dan Cabaran Semasa


Hubungan etnik adalah perkara penting dalam politik dan masyarakat Malaysia.
Ini adalah kerana perpaduan dan integrasi adalah asas yang boleh menjamin
keamanan sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi. Justeru itu, apabila
rusuhan etnik berlaku pada 1969, kerajaan atau parti yang memerintah ketika itu
cepat tampil dan menyenaraikan langkah-langkah untuk memupuk perpaduan dan
integrasi. Langkah awal dan asas melibatkan beberapa tindakan penting, seperti:

263
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

(1) penubuhan Jabatan Perpaduan Negara pada 1969; (2) pelancaran Rukun Negara
pada 1970; (3) pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971, dan seterusnya
beberapa dasar ekonomi yang mendokong prinsip DEB; dan (4) pelancaran Dasar
Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Penekanan pelaksanaan merealisasikan
matlamat untuk meningkatkan kedudukan Melayu dan Bumiputera yang dijamin
dalam Perkara 153 mendasari pelaksanaan semua dasar itu demi mencapai
perpaduan dan integrasi dan merapatkan jurang ekonomi yang diakui sebagai
pencetus rusuhan etnik 1969. DEB berjaya mencapai sasaran untuk meningkatkan
penglibatan Melayu dan bumiputera ke tahap lebih kurang 20% pada 1990, iaitu
dari lebih kurang 2% pada 1971. Ini berkaitan pemilikan saham di bursa saham
yang dimiliki Melayu dan bumiputera. Namun ada pandangan mengatakan bahawa
20% itu termasuk sebahagian besar yang dimiliki syarikat berkepentingan Melayu
dan bumiputera dan bukan oleh individu Melayu dan bumiputera. Apa pun, sasaran
20% merupakan dua pertiga sahaja daripada sasaran DEB yang meletakkan 30%
sebagai sasaran menjelang 1990. Selepas itu, sasaran tidak dinyatakan dengan
jelas. Tetapi sasaran akhir yang dibayangkan dan dibahaskan dalam DEB yang
dilancarkan pada 1971 adalah agihan pemilikan harta berdasarkan nisbah etnik
dalam taburan pendudukan negara. Apa pun pengurangan jurang ekonomi
menimbulkan sama ada pergeseran dalam bidang lain atau isu yang menjadi
punca perpecahan seperti isu bahasa, agama, aliran sekolah dan jurang yang berat
sebelah. Hubungan etnik yang baik tercabar kerana sistem sekolah yang pluralistik
diamalkan. Persekutuan Malaysia mewarisi sekolah Inggeris, Mandarin, Tamil dan
Melayu/Agama dari zaman Inggeris. Pada masa sama, selepas Malaya merdeka
pada 1957, keperluan menitikberatkan pembinaan identiti negara-bangsa terus
tercabar kerana semua sistem ini diteruskan. Pandangan sesetengah pakar dan
penganalisis adalah bahawa sistem pendidikan yang berbeza mempunyai pengaruh
dalam mendidik anak bangsa negara-bangsa Malaysia ke arah yang berbeza.
Sebelum Malaya merdeka, kandungan didasarkan kepada kurikulum asing
tetapi selepas Malaya merdeka pada 1957, satu usaha menyatukan kandungan
dilaksanakan. Namun bahasa, pengalaman yang berbeza yang ditimba di sekolah
berbeza aliran terus gagal mewujudkan semangat kenegaraan Malaysia yang
tinggi dan utuh dalam kalangan rakyat negara-bangsa Malaysia yang berbilang
etnik. Perbezaan ini sangat menyentuh perasaan. Dari awal sehingga sekarang,
perbahasan yang matang dan terbuka masih tidak dapat dijalankan kerana semua
pihak cepat melenteng dan tuduh-menuduh antara satu sama lain. Justeru, tiada
penyelesaian untuk mewujudkan satu identiti bagi negara-bangsa Malaysia. Isu

264
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

agama kian hari meningkat sebagai faktor pemisah dan menyebabkan pergeseran
antara pelbagai penganut agama dalam negara. Apa yang sepatutnya diuruskan oleh
setiap etnik adalah menganut agama masing-masing. Sejak 1990an pertembungan
antara pelbagai pihak yang menekankan kedominan agama masing-masing
berbangkit. Sejak 15 tahun kebelakangan ini, banyak insiden kecil menjadi besar
apabila ada sesetengah ahli politik masuk campur dalam menyokong pandangan
dan puak yang bertindak di luar sempadan. Isu seperti alkitab dalam bahasa
Melayu/Indonesia masih mampu menimbulkan ketegangan antara penganut
berlainan agama; penggunaan beberapa perkataan Arab merujuk kepada kata-kata
keagamaan masih mampu menimbulkan pergeseran antara penganut Islam dan
Kristian; kedudukan rumah ibadah dan penonjolan simbol keagamaan juga boleh
menaikkan perasaan marah. Justeru, walaupun jurang ekonomi sudah berubah
ke arah lebih baik berbanding dahulu, namun timbul pula banyak faktor lain
yang mampu terus memisah dan memecahbelahkan masyararat berbilang etnik
yang mempunyai agama, bahasa, dan cara hidup yang berbeza. Kerajaan telah
mewujudkan pelbagai agensi untuk membawa pelbagai pihak ke meja rundingan
untuk tujuan berinteraksi, namun penerimaan usaha ini masih berada di tahap
sederhana kerana tidak semua pihak berkepentingan terlibat dan aktif dalam agensi
seperti Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara
Penganut Agama (JKMPKA) yang ditubuhkan pada 2010. Pelbagai agensi dan
majlis telah ditubuhkan sejak 1970an seperti Majlis Perpaduan Negara (1971).
Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah ditubuhkan pada 2004
untuk menjalankan kajian berkaitan hal-hal etnik. Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional telah ditubuhkan pada 1971 dan sejak itu bertukar nama dan
bertukar kementerian beberapa kali tetapi tetap tidak dapat memainkan peranan
penting untuk menerajui pemupukan perpaduan dan integrasi nasional. Majlis
Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) juga telah ditubuhkan pada 11 September
2013. Walaupun Persekutuan Malaysia sudah pun 54 tahun ditubuhkan, namun
hubungan antara etnik tidak bertambah baik. Keadaan ini turut diperhatikan
oleh ramai pemerhati dan pengkaji. Ramai di antara mereka pernah dilaporkan
berkata bahawa hubungan etnik di abad 1940an dan 1950 adalah lebih baik dari
keadaan sekarang. Ini membimbangkan kerana pandangan ini daripada beberapa
individu yang mempunyai peranan dan terlibat dalam pembentukan ideologi
nasional, Rukunegara. Walau bagaimanapun, hubungan tegang dapat disaksikan
berdasarkan pelbagai insiden di mana kerajaan terpaksa menggunakan kuasanya
untuk menangani masalah ini seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

265
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

(ISA) yang pernah digunakan untuk menahan tanpa bicara semasa pelancaran
Operasi Lalang pada 1987 di mana ramai individu dari pelbagai parti politik,
termasuk ahli akademik ditahan kerana disyaki terlibat mengapi-apikan keadaan
yang boleh membawa ketegangan hubungan etnik pada masa itu. Kebelakangan
ini, salah faham dan sikap serta tindakan melampau menyebabkan laporan polis
bertambah kerana apabila satu kumpulan membuat laporan maka kumpulan yang
dituduh dalam laporan tersebut akan membuat laporan balas.

Sebagai kesimpulan, hubungan etnik yang baik diperlukan oleh negara-bangsa


supaya negara boleh terus maju ke hadapan dan tidak terikat dengan pergeseran
yang akan menggunakan masa, tenaga dan sumber yang terhad untuk ditumpukan
kepada kemajuan negara-bangsa. Kepantasan pemimpin negara-bangsa dapat
menangani masalah dan cabaran untuk mewujudkan hubungan etnik baik, maka
lagi cepat negara-bangsa melangkah ke aras kemajuan yang lebih tinggi.

RUMUSAN
Proses membina negara-bangsa adalah suatu proses yang berterusan. Matlamat
perpaduan dan integrasi akan berubah sepanjang masa menandakan kemajuan
yang dicapai dari masa ke masa. Proses perpaduan dan integrasi ibarat pelayaran
bot melalui sungai yang berlekok-lekok. Justeru, pemimpin yang baik adalah ibarat
pemandu bot yang pandai membawa botnya untuk mengelakkan dari terlantar
di tebing sungai, tersangkut di tempat air cetek dan jeram yang deras. Namun,
pada zaman kini, pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mendengar dan
mengambil kira pandangan ramai dan bersifat adil dan menyeluruh.

266
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SEMAKAN KENDIRI
1. Anda telah diminta oleh Menteri Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional untuk membantu dalam mencadangkan program
yang dilancarkan oleh beliau untuk memupuk perpaduan dan integrasi
dalam kalangan rakyat pelbagai etnik. Anda perlu mendapatkan ahli,
berbincang dan kemukakan cadangan kumpulan anda kepada menteri
berkenaan.

2. Pelajar dikehendaki mencari video tentang keruntuhan patriotisme dan


menganalisis tentang kesannya terhadap negara dari pelbagai aspek.

KATA KUNCI

Rukun Negara Patriotisme

Perpaduan Nasionalisme

Integrasi

267
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SOALAN DALAM TEKS


1. Huraikan bagaimana Rukun Negara boleh membantu merapatkan lagi
hubungan antara etnik.

2. Jelaskan ungkapan ini:


Sifat dan ciri patriotik semestinya dikaitkan dengan objek dan simbol
negara dan tindakan-tindakan berpusatkan negara … Perkara ini tidak
boleh berpandukan peribahasa “buat ikut cakap saya dan bukan buat
ikut cara” tetapi hendaklah didasarkan kepada “kepimpinan melalui
tauladan”.

3. Jelaskan konsep di bawah ini.


• Bangsa Malaysia
• 1 Malaysia
• Malaysian Malaysia
• Periuk pencair

4. Bincangkan hubungan ras dan etnik semasa.

RUJUKAN
Furnivall, J. S. (1948). Colonial policy and practice: A comparative study of Burma and
Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.
Glazer, N., & Moynihan, D. P. (1963). Beyond the melting pot: The Negroes, Puerto Ricans,
Jews, Italians, and Irish of New York City. Cambridge: MIT Press.
Malaysia. (1971). Second Malaysia Plan, 1971-1975. Kuala Lumpur: Government Press.
Perlembagaan Malaysia. (1963). 1st edition. Dimuat turun dari https://legal.usm.my/v3/
phocadownload/laws/Perlembagaan_Persekutuan.pdf
Shamsul, A. B. (2008). Many ethnicities, many cultures, one nation: The Malaysian
experience. UKM Ethnic Studies Paper Series No. 2, November.
____. Wawasan 2020, 1991-2010. Dimuat turun dari http://www.epu.gov.my/ms/dasar-
utama/wawasan-2020

268
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

____. Dimuat turun dari https://www.merriam-webster.com/dictionary/ (31 Januari 2017).


____.1Malaysia. Dimuat turun darihttps://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.
pdf.

269
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

SIMULASI UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan Pertengahan
Peperiksaan pertengahan perlu diduduki oleh pelajar. Soalan
peperiksaan yang akan dikemukakan berdasarkan modul yang
dimiliki. Bentuk soalan adalah mesti berbentuk kombinasi objektif
dan subjektif/esei. Peperiksaan ini merangkumi Unit 1 hingga 4,
Walau bagaimanapun, maklumat mutakhir mengenai peperiksaan
seperti bentuk soalan, bilangan soalan dan topik yang terlibat akan
dimaklumkan kepada pelajar semasa perjumpaan bersemuka.
Nilai keseluruhan markah peperiksaan ini adalah bergantung
kepada pensyarah/pengajar kursus semasa.

Peperiksaan Akhir
Soalan peperiksaan ini akan merangkumi kesemua topik dalam
Unit 5 hingga 8. Tutor di pusat pembelajaran akan dimaklumkan
mengenai topik-topik ini atau pelajar boleh berhubung terus
dengan pensyarah kursus untuk mendapatkan maklumat mutakhir.
Soalan peperiksaan akhir mesti berbentuk kombinasi objektif dan
subjektif/esei.

(Perhatian! Bentuk soalan ini boleh berubah, sebarang


maklumat terkini mengenai peperiksaan boleh berhubung
terus dengan pensyarah/pengajar semasa perjumpaan
bersemuka).

270
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Contoh soalan peperiksaan pertengahan atau peperiksaan akhir adalah


seperti berikut:
OBJEKTIF/PELBAGAI PILIHAN
1) E-mel merupakan salah satu sistem komunikasi yang bertulis. Etika
penulisan e-emel termasuk yang berikut kecuali
a. Ringkas dan padat
b. Mudah difahami
c. Bertujuan
d. Bahasa formal
e. Tersusun

(Jawapannya d)

SUBJEKTIF/ESEI
Senaraikan dan bincangkan langkah-langkah dalam penyediaan papan cerita.

1. Senaraikan setiap langkah. Contoh; Langkah 1 Tema.

2. Bincangkan dengan lebih terperinci langkah-langkah tersebut.


Contoh: Mencari tema yang sesuai untuk cerita yang dipilih.

271
SKP 2101 - Kenegaraan Malaysia PJJ UPM/ UPM Education & Training

Penerangan Mengenai Ikon dalam Modul


Untuk membantu pelajar memahami dengan lebih mudah kandungan modul ini.
Beberapa ikon telah digunakan. Ikon ini bertujuan untuk memudahkan ingatan
pelajar mengenai struktur modul. Di bawah disenaraikan ikon tersebut berserta
dengan maksudnya.

a) Objektif è Objektif modul, unit atau topik.

b) Pengenalan è Sama ada pengenalan unit, topik atau sub


topik.
c) Isi Penting è Kumpulan isi penting yang terdapat dalam
unit, atau topik.
d) Pemerhatian/ è Mengenai topik yang telah di kaji oleh
Pandangan beberapa sarjana atau maklumat daripada
hasil kajian.
e) Kesimpulan è Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan
unit atau topik yang telah dipelajari.

f) Soalan dalam è Soalan yang disisipkan oleh penulis semasa


Teks membincangkan sesuatu topik.

g) Soalan è Soalan yang disediakan oleh penulis


Penilaian untuk menolong pelajar mengetahui
Kendiri tahap kefahaman terhadap topik yang
dibincangkan.
h) Semak è Jawapan berdasarkan latihan-latihan yang
Jawapan telah disediakan di setiap unit.
Latihan
i) Rujukan è Bahan rujukan yang boleh dijadikan
panduan tambahan dalam kursus tersebut.

j) Rumusan è Ringkasan daripada keseluruhan isi


kandungan sesuatu topik
k) Semakan è Soalan untuk menilai keupayaan dan
Kendiri pencapaian kefahaman bagi setiap unit

272

You might also like