Slide Motor Control Practices Mea 20044

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

ELECTRICAL MACHINE CONTROL

PRACTICES
SEBERANG PERAI UTARA

PENYELENGGARAAN KAWALAN MOTOR


ELEKTRIK TIGA FASA

• Apa yang pelajar fahami maksud penyelenggaraan ?


• Menguruskan
• Mengelolakan
• Mengerjakan
• Merawatkan
• Menguruskan
• Mempeliharakan
• Pengawasan
2
SEBERANG PERAI UTARA

Pengenalan Penyelenggaraan Kawalan Motor


Elektrik Tiga Fasa
• Seperti peralatan elektrik yang lain, motor juga memerlukan
pemeriksaan dan senggaraan yang terancang bagi menjamin motor
berupaya berkendali dengan baik dan selamat. Tempoh pemeriksaan
dan senggaraan mestilah dirancang dengan sempurna supaya dapat
mengurangkan kerosakan pada motor dan dapat digunakan dalam
jangkamasa yang lebih lama.

3
Tujuan Senggaraan SEBERANG PERAI UTARA

Tujuan motor-motor elektrik perlu dilakukan pemeriksaan dan senggaraan adalah


seperti berikut: -

• a)Pemeriksaan dilakukan bagi mengesan tanda-tanda awal kerosakan,


kesan-kesan haba yang boleh menyebabkan kebakaran kabel dan motor.
• b)Senggaraan yang dilakukan bagi memastikan keupayaan motor
sentiasa berkendali dengan baik dan selamat
• c)Jangka hayat motor berkendali lebih lama dan menjimatkan kos
• d)Motor-motor yang tidak disenggarakan dengan baik akan
menyebabkan sering berlakunya kerosakan dan mengganggu
kepentingan pengguna-penggunanya

4
Senggaraan Cegahan SEBERANG PERAI UTARA

(Pemeriksaan Menggunakan Seluruh Pancaindera)


Seluruh pancaindera manusia boleh digunakan untuk tujuan senggaraan cegahan,
pancaindera tersebut ialah: -
• a)Hidung boleh menghidu bau penebat terbakar atau sebarang kesan panas dan
terbakar di sekeliling motor dan peranti kawalannya.
• b)Tangan boleh merasa bahagian yang panas pada motor.
• c)Telinga boleh mendengar dan membezakan bunyi getaran atau kelajuan motor
yang luar biasa.
• d)Mata boleh melihat kerosakan mekanik pada motor, kesan-kesan kelecuran pada
kabel, kesan bunga api atau arka, kerosakan kabel dan peranti kawa-lannya.

5
Senggaraan Bertempoh/berjadual SEBERANG PERAI UTARA

Senggaraan bertempoh dilakukan bagi mengesan tanda-tanda awal kerosakan


dan mengelakkan motor dan peranti kawalannya mengalami kerosakan dan
jangka hayat motor dapat bertahan lebih lama.

Satu borang atau format senggaraan hendaklah disediakan dan diisi oleh pekerja-
pekerja senggaraan. Spesifikasi senggaraan hendaklah dirujuk mengikut
Piawaian/Standard yang ditetapkan oleh pembuat atau pengeluar motor.
Format senggaraan mungkin berbeza - berbeza mengikut jenis kegunaan motor
tersebut dan tempat persekitaran ianya dipasangkan.

Contohnya tempat yang terdedah kepada bahan-bahan kimia, lembapan (pam air),
persekitaran yang berhabuk, terdedah kepada cuaca dan sebagainya.

6
SEBERANG PERAI UTARA

Format yang telah diisi boleh dijadikan bahan analisis oleh Jurutera
Senggaraan atau pekerjanya, diantara analisis tersebut adalah seperti
berikut: -
• a) Ketahanan dan kelasakan motor mengikut jenis beban yang digunakan,
motor yang kelasakan dan ketahanannya rendah mungkin kerap
menjejaskan sesuatu operasi penggunaanya.
• b) Kesesuaian persekitaran motor tersebut dipasangkan seperti tempat
berhabuk, tempat yang terdedah pada bahan kimia, tempat bersuhu panas
dan sebagainya
• c) Kos senggaraan yang lebih ekonomik bagi motor yang digunakan
• d) Keupayaan motor mengikut jenis beban yang digunakan. Contohnya
penggunaan beban yang tetap atau berubah-ubah.
• e) Jenama pembuat dan pengeluar motor juga penting kerana kualiti
pembu-atan dari segi ketahanan dan kelasakan juga mungkin berbeza-beza.
7
Pemeriksaan Dan Penyelenggaraan Ke Atas Penyambungan
Dan Kompenen-Komponen Motor Tiga Fasa Berbeban

Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas penyambungan dan kompenen-kompenen


motor tiga fasa adalah bertujuan untuk mastikan motor tersebut dapat berfungsi
dengan betul. Selain daripada itu ianya juga dapat memastikan motor tersebut selamat
digunakan. Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas kompenen-kompenen
motor tiga fasa berbeban akan dapat menjaga tempoh jangka hayat motor tersebut.

designed by tinyPPT.com
Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk membuat pemeriksaan
seperti gegaran, habuk dan kekotoran, kelembapan, beban berlebihan dan suhu
sekeliling.

Pengujian perlu juga dilakukan ke atas motor tiga fasa. Antara pengujian seperti: -
a) Mengukur rintangan penebatan
b) Menggunakan growler bagi mengesan gelung yang berlitar pintas
c) Menguji kesenjaran litar terbuka pada gelung.
d) Menguji imbangan bagi mengesan arus fasa semasa berbeban.
e) Mengukur kelajuan. Armarture testing Growler

Jangkamasa untuk suatu pemeriksaan Faktor-faktor yang diambil kira dalam suatu
Tujuan utama mengadakan satu jadual yang teratur ialah untuk pemeriksaan adalah seperti :
menghalang mesin dari berlaku kerosakan, menghalang adalah a) Kepentingan motor tersebut bagi skim
lebih baik dari membaiki mesin yang telahpun rosak.Setiap pengeluaran
motor yang dipasang di dalam sesebuah kilang hendaklah b) Peratus motor tersebut beroperasi dalam
dipastikan mempunyai rekod-rekod seperti yang berikut oleh masa sehari
pengilangnya : c) Kendalian
a) Tarikh pemeriksaan d) Persekikitaran
b) Butir-butir senggaraan
c) Kos

designed by tinyPPT.com
Jenis-jenis tempoh pemeriksaan dan
penyelenggaraan
a) Tiap-tiap 3 minggu: -

i) Periksa komutator dan set brush, samada AC atau DC.


ii) Periksa paras minyak pada bearing
iii) Lihat samada cincin minyak bergerak bersama shaft
iv) Pastiakn Shaft yang terdedah bebas dari terken grease dan minyak dari bearing.
v) Periksa juga suis pemula, fius, dan bahagian lain kawalan samada ter-dapat bahagian yang longgar.
vi) Pastikan kelajuan sesebuah motor berada di dalam keadaan yang normal, serta masa yang ditetapkan.

designed by tinyPPT.com
b) Tiap-tiap 6 bulan :-

i) Cuci dan bersihkan motor secara menyeluruh, tiupkan segala habuk yang terdapat pada lilitan gelung
dan bersihkan juga permukaan komutator dan berus karbon.
ii) Periksa cincin pengapit komutator
iii) Periksa keadaan berus karbon, jika didapati haus lebih dari setengah, hendaklah digantikan.
iv) Periksa pemegang berus karbon, jika kotor, bersihkan.
Pastikan kedudukan berus karbon di dalam tempat pemegangnya.
v) Periksa daya tekanan terhadap berus karbon.
vi) Periksa kedudukan berus pada komutator
vii) Buangakan (keringkan), basuhkan, dan gantikan dengan minyak yang ba-ru pada sarung bearing.
viii) Periksa minyak dalam bearing atau roller bearing.
ix) Periksa kelajuan operasi atau kelajuan motor.
x) Pastikan kedudukan shaft adalah normal
xi) Periksa serta ketatkan mana-mana bahagian yng longgar pada motor atau alat kawalannya.
xii) Periksa arus kemasukan dan bandingkan dengan keadaan yang normal.
xiii) Mengesan bahagian-bahagian yang memutar, samada keadaan lariannya licin, tanpa gegaran,
dan kerosakan pada bearing, rantai atau tali putar.
xiv) Periksa bolt dan nut pada tapak motor, dikedua penutup tepi, pulley, penyambung, gear dan
semua bahagian yang melibatkan pepasangan skru dan kekunci.
xv) Pastikan semua penutup atau pengadang motor di tempatkan pada tempatnya dengan betul dan
pastikan ianya dipasang dengan selamat.

designed by tinyPPT.com
c) Sekali setahun

i) Bersihkan serta tukarkan grease baru ke dalam bearing bebola atau penge-lak.
ii) Uji penebat dengan alat penguji Megaohmeter.
iii) Periksa ruang udara
iv) Bersihkan benda halus yang terlekat dipermukaan tersebut.
v) Bersihkan jarak antara shaft dan lubang penutup motor supaya bearing tidak
rosak.
vi) Bersihkan lurah pada komutator supaya tidak terdapat bendasing didalamnya.
Menyebabkan segmen komutator melintas antara satu dengan yang lain.
Periksa kelicinin permukaan komutator.
vii) Periksa penyambungan antara komutator dan gelung angker.
viii) Periksa angker samada ianya bengkok.

designed by tinyPPT.com

You might also like