RPH Math Tahun 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ISNIN (20 JUN 2022)

MATA PELAJARAN : BIDANG: Nombor dan operasi


MATEMATIK TAJUK: Pecahan
STANDARD PEMBELAJARAN :
KELAS : 3.1 Mengenalpasti konsep satu perdua dan satu perempat
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pada akhir sesi penagajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk:
1Bestari i. Mengenalpasti satu perdua dan satu perempat dengan menggunakan perkataan
(5:00-6:00) “setengah”, “separuh‟ dan “suku” dengan menggunakan bahan konkrit dan
gambar
KRITERIA KEJAYAAN :
i. Saya boleh mewarnakan gambar mengikut bilangan satu perdua atau satu
perempat dengan betul.
ii. Saya boleh menyebut separuh atau suku berdasarkan gambar pecahan yang
ditunjukkan oleh guru dengan betul.

NILAI MURNI :
Bekerjasama, berhati-hati
URUTAN PENGAJARAN
PERMULAAN:
i. Murid diberi penerangan mengenai objektif pembelajaran dan kriteria
kejayaan
PERTENGAHAN:
AKTIVITI INDIVIDU
i. Murid ditunjukkan dengan sebiji buah epal.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai epal tersebut.
- kamu suka makan epal?
- Apakah bentuk epal ini?
- cuba tunjukkan bagaimana kamu potong epal ini supaya menjadi sama besar?
iii. Murid mengambil epal dan membahagikan kepada dua bahagian sama besar.
iv. Guru membimbing murid memahami bahawa bahagian yang dipotong
menghasilkan “separuh” atau “setengah”

v. Seterusnya murid diterangkan mengenai pecahan satu perempat atau “suku”


dengan menggunakan gambar pizza.

AKTIVITI KUMPULAN
i. Setiap kumpulan diberikan beberapa keping bergambar.
ii. Murid diminta mewarnakan gambar mengikut arahan soalan pecahan yang
mewakili “separuh” atau “suku”
iii. Murid membuat aktiviti berkumpulan.
iv. Murid membuat latihan dan guru menyemak jawapan murid.

PENUTUP:
i. Murid diminta menyebut kembali apa yang telah dipelajari pada hari ini
(popcorn)
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM: Pemerhatian
BAHAN BANTU BELAJAR : buku teks,buku aktiviti, lembaran kerja, buku latihan
PENILAIAN PDP : penilaian melalui pemerhatian semasa PDP dan perbincangan
IMPAK :

____ / ____ menguasai topik yang di ajar pada hari ini

______ murid masih lagi perlu di bimbing.

______ murid tidak menguasai topik ini.

You might also like