Bahagian B

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAHAGIAN B

Ubahan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ubahan langsung,ubahan songsang dan
ubahan cantum.

1.Ubahan langsung

Terdapat beberapa cara untuk menentukan sama ada suatu kuantiti berubah secara
langsung terhadap kuantiti yang lain. Yang pertama,jika suatu kuantiti berubah secara
langsung dengan suatu kuantiti x,maka y bertambah apabila x bertambah dan y berkurang
apabila x berkurang.Selain itu ,suatu kuantiti y berubah secara langsung dengan suatu
y
kuantiti x jika dan hanya jika =k di mana k ialah pemalar.y berubah secara langsung
x
dengan x ditulis sebagai yαx.Apabila yαx,maka graf y melawan x adalah satu garis lurus
yang melalui asalan.

Situasi masalah yang berkaitan ialah saya memerhatikan panjang neraca spring lebih
panjang apabila 10 biji buah epal ditimbang berbanding satu biji buah epal.

Uji kaji yang telah saya pilih dalam topik ubahan langsung ini ialah pemanjangan spring
dengan daya yang dikenakan berdasarkan Hukum Hooke.Pemanjangan spring adalah
berkadar langsung dengan daya yang dikenakan selagi tidak melebihi had kenyal spring
itu.Rumus untuk masalah ini ialah F=kx di mana F ialah daya yang dikenakan,k ialah
pemalar dan x ialah pemanjangan spring.

Contoh Soalan:

Diberi bahawa y iaitu panjang spring berubah secara langsung dengan x  iaitu daya yang
dikenakan dan y = 20 apabila x = 36. Tulis ubahan langsung itu dalam bentuk persamaan.

Cara penyelesaian:

yαx

y=kx

20=k(36)

4
k=
9

4
maka,persamaan bagi soalan tersebut ialah y= x
9
Maka ,rumus am bagi ubahan langsung ialah y=kx

2.ubahan Songsang

Jika suatu kuantiti y berubah secara songsang dengan suatu kuantiti yang lain x,maka y
bertambah apabila x berkurang dan y berkurang apabila x bertambah.

Menulis suatu ubahan songsang dalam bentuk persamaan


k
Suatu ubahan songsang dapat ditulis dalam bentuk persamaan, y=   di
x
mana k ialah pemalaryang dapat ditentukan.

Saya telah memilih satu situasi yang melibatkan jarum suntik. Ketika saya menarik batang
penutup pada jarum suntik itu menyebabkan isi padu dalam ruangan meningkat. Seperti
yang kita ketahui, ini menyebabkan tekanan melakukan hal yang sebaliknya, yang
menciptakan ruang vakum dengan tekanan rendah di banding tekanan atmosfer. Kemudian
cairan yang tersedia di sisi lain dari jarum seperti darah, akan mengalir masuk ke dalam
ruang dalam jarum suntik, yang kemudian mengurangi tekanan dan meningkatkan tekanan
kembali di tempat itu.Situasi ini telah melibatkan Hukum Boyle.

Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi suatu gas yang jisimnya tetap, isi padunya berkadar
songsang dengan tekanannya. jika suhu gas adalah malar. Iaitu

1

V

1
Di mana P=k
V

PV=k di mana k ialah pemalar.

Contoh soalan:

Diberi y iaitu isi padu gas berubah secara songsang dengan x iaitu tekanan gas dan y = 4
apabila x = 10. Tulis satu persamaan yang mengaitkan x dan y.

Penyelesaian:
1

x
1
y=k
x
k
4=
10
K=40
40
Maka rumus am bagi soalan tersebut ialah y=
x

k
Rumus am bagi ubahan songsang ialah y=
x

3.Ubahan tercantum

Ubahan cantum melibatkan dua ubahan langsung atau dua ubahan songsang atau satu ubahan
langsung dan satu ubahan songsang. Mewakili suatu ubahan tercantum dengan menggunakan
simbol ‘α’
Jika satu pemboleh ubah berubah secara langsung dan/atau secara songsang dengan 
pemboleh ubah yang lain, hubungan ini dikenali sebagai ubahan tercantum.
‘y berubah secara langsung dengan x dan z’ ditulis sebagai y α xz.
‘y berubah secara langsung dengan x dan secara songsang dengan z’ ditulis sebagai
z
y α  .
x
1
‘y berubah secara songsang dengan x dan z’ ditulis sebagai y α 
xz

Dalam topik ini,saya telah memilih tajuk yang berkaitan Hukum Ohm di mana saya dapati
mentol dalam sesuatu litar menyala dengan lebih terang apabila menggunakan wayar yang
pendek berbanding wayar yang panjang.Wayar yang panjang mempunyai rintangan yang
besar manakala wayar pendek mempunyai rintangan yang kecil.Selain itu,mentol menyala
dengan lebih terang apabila saya menggunakan bateri yang bervoltan lebih tinggi
berbanding bateri yang bervoltan rendah.
Di sini dapat saya simpulkan bahawa arus berkadar langsung dengan voltan tetapi
berkadar songsang dengan rintangan dan situasi ini telah mewujudkan ubahan tercantum di
mana ia melibatkan satu ubahan langsung dan satu ubahan songsang.

V
I∝ bermaksud arus, I berubah secara langsung dengan voltan, V dan secara songsang
R
dengan rintangan, R.
Diberi I iaitu arus elektrik berubah secara langsung dengan V iaitu voltan serta berubah
secara songsang dengan R iaitu rintangan.  I= 4 apabila V = 10 dan R=2 Tulis satu
persamaan yang mengaitkan I,v dan r.

Penyelesaian:
V
I∝
R
V
I=k
R
10
4=k
2
V 4
k=
R5
4V
maka , rumus am bagi soalan tersebut ialah I=
5 R
V
rumus bagi ubahan tercantum ialah situasi ini ialah I=k
R
RUJUKAN

BELL (1978) Teaching and Learning Mathematics in Secondary School, Dubuque, Iowa,
Wm. Brown Company

ERNEST, P (1985) The Philosophy of Mathematics and Mathematics Education,


International Journal of Mathematics Education, Science and Technology, Vol. 16(5),
pp.603-612.

NIK AZIS, N. P (1985/86) Membina Makna Dalam Pembelajaran Matematik dan Sains,
dalam Suara Pendidik, 11-12 (4), pp.7-1O

You might also like